Engagement Fund ;)

Thursday, 8 December 2016

Kombo Makan Yang Sedap!

Ini ulasan tak berbayar dari seorang yang suka makan dan tak cerewet tentang makan. Kedai ni dah lama juga buka tapi beroperasi di rumah saja. Haritu dia tutup kejap, lepas raya kot baru buka balik. Waktu ajar tuisyen hujung minggu dulu, kadang-kadang balik mengajar kebulur, makanya aku siap-siap pesan melalui WhatsApp sebaik saja keluar dari pusat tuisyen. Tak payah tunggu lama. Itu waktu awal-awal dulu, masa menu masih sikit.

Sekarang, menu dah pelbagai dan buat aku jadi rambang mata setiap kali nak pesan. Bagi aku, makanan dekat sini sedap-sedap belaka dan kuantitinya pun berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Setakat ni, dah lebih dari enam kali kot aku datang sini.

Ini namanya Kombo Makan. Kalau tamak macam aku, semua benda pun nak, silakan beli kombo ni. Berbaloi! Kombo ni ada 8 biji bebola daging/ayam, chili fries, dan juga salad cuka. 9 hengget sahaja.

Ini waktu pergi dengan Aten hari Sabtu lepas. Dia cakap teringin sebab tengok gambar belah atas ni. Lepas kondangan dekat Kundang, aku bawa dia ke sini. Walaupun lepas makan nasi kenduri, bila nampak menu ni terus perut buat ruang untuk diisi. Hahaha..

Black Mojito - Soda + perasa anggur + hirisan lemo + daun pudina = Sedap! Berbaloi dengan harga sebab gelas dia besar dan tinggi dari gelas air kat pasar malam tu. Semput jugalah nak perabis.

Black Mojito dan Kombo Makan Chilli Dawg

Kalau kebetulan datang ke Banting, bolehlah singgah kedai ni. Beroperasi setiap hari kecuali hari Khamis. Waktu operasi untuk hari bekerja adalah bermula jam 2.00 petang hingga 10.00 malam. Hari minggu pula kedai buka dari pukul 11.00 pagi sampai 11.00 malam. Nah tengok peta lokasi dan menu dari Chilli Dawg Banting ni. Gambar-gambar bawah ni semua dari laman FB Chilli Dawg Banting. Benda sedap kena kongsi.

Senarai minuman

Menu istimewa

Menu a la carte 


Peta lokasi

Bunting dan keadaan depan rumah. Kalau dah nampak pokok tebu ni, maknanya dah sampai la tu.

Nota Kaki: Entri ini adalah pendapat peribadi Tuan Tanah. TIDAK diizinkan untuk salin semula atau terbitkan semula melainkan dengan izin dari Tuan Tanah Atas Nama Cinta. Sekian.

Wednesday, 7 December 2016

Tuesday, 6 December 2016

SAN 2016 - Episod 11: Demi Mencari Heo Yeon Woo

Sambungan kisah hari ketiga di Korean Folk Village. Sebenarnya, masing-masing dah penat waktu berhenti rehat untuk makan tengah hari tu dan majoriti kata nak terus balik lepas makan tu. Aku dah pasrah dah tak dapat jumpa dengan lokasi penggambaran Moon that Embraces the Sun. Sobsobsob.. Okeylah, redho.

Dekat sini kami tak pasti ada atau tidak restoran yang sesuai untuk orang-orang Muslim sebab kami memang dah bajet untuk makan secara sederhana di sini sebelum melantak daging panggang untuk makan malam nanti. Maka, kami bawa bekalan makanan yang berupa serunding, sambal ikan bilis, dan juga Brahim's. Nasi je kami beli yang segera sebab tak dapat nak masak nasi impit kerana ketiadaan periuk. Ramai je pun yang bawa bekal dan makan di tempat duduk yang disediakan. Terliur je kitorang tengok diorang punya kimbap.

Tempek lagi satu gambar makanan tengah hari kami. Teringat-ingat sambal bilis Aten. PM sambal bilis Ten. Hehehe..

Lepas semua dah kenyang dan mood kembali normal, Radin tawarkan diri untuk teman aku jelajah suku kawasan yang kami tak pergi lagi. Besar wei Korean Folk Village ni, kalau nak tengok satu persatu tempat dengan teliti, sehari suntuk baru cukup. Atas timbang rasa dari geng lain, maka aku dengan Radin sambung jalan ke suku bahagian yang belum dijelajah tu sementara diorang duduk menunggu di tempat makan. Kumawo Radin, saranghey!😍😍 Radin teman aku dengan janji aku teman dia pula main dekat Lotte World nanti. Itu perancangannya.

Maka, sayalah orang paling gembira bila dapat sambung menjelajah seluruh kawasan kampung. Woohoo! Berbekalkan smoothies yang berbaki, kami berdua pun masuk ke cabang laluan untuk ke kawasan yang menempatkan suku lagi tarikan. Salah satu tarikan lain selain perkampungan zaman Joseon adalah taman tema mini yang boleh tahan meriah dengan permainan. Waktu dekat jambatan, terserempak dengan orang Malaysia. Dari jauh dah sengih-sengih dah dekat akak tu. Hehehe.. Penyegan kan? Sengih je dulu. Bila dah dekat, akak tu tegur dulu dan kitorang pun balaslah teguran. Bila melancong ke negara luar, kalau segan nak bertegur sapa pun, sekurang-kurangnya senyum pun cukuplah bila terserempak dengan 'orang kampung'. Nak sengih dekat rakyat Korea, belum tentu diorang nak sengih balik dekat kita.

Laluan untuk ke kawasan taman tema

Bila sampai dekat kawasan taman tema tu, aku dengan Radin teruja juga bila nampak permainan-permainan yang ada. Siap dah beratur ni nak main satu permainan. Tapi bila tengok orang lain macam ada pegang tiket asing dan tak nampak pula bayang tempat bayar tiket dekat depan barisan, terus tak jadi main. Maka, kami cuma jalan-jalan aje melihat kawasan dekat bahagian taman tema tu. Dekat sini, rekabentuk bangunan adalah moden.

Habis berlegar di situ, kami mara ke hadapan dan akhirnya jumpa dengan apa yang dicari. Riang gembira tak terkata seperti kera dapat bunga. Hahahaha.. Nak tunjuk betapa gembiranya aku bila jumpa dengan Heo Yeon Woo dan juga Maharaja Lee Hwon. Bangunan yang aku jumpa ni adalah tempat Heo Yeon Woo kena hidup dalam buangan sebab dituduh menyihir maharaja. Dah episod akhir-akhir dah sebab waktu ni dia dah ingat balik siapa diri dia yang sebenar. Lama juga pusing-pusing dalam ni.

Kami dan watak utama Moon that Embraces the Sun dalam kawasan Seowon.

Gerbang di laluan masuk ke Seowon

Ini keterangan mengenai bangunan yang namanya Seowon tu.

Waktu dekat kawasan ni juga ada seorang rakyat tempatan 'menemuramah' kami. Rasa glamour kejap sebab ada juga yang sudi nak tahu kami datang dari mana. Dia tanya sebab anak dia nak tahu; mungkin pelik kot tengok pemakaian kami yang lengkap berbaju kurung tu. Sebenarnya sepanjang berjalan dalam ni, ada beberapa kali terdengar ahjumma dan ahjussi berbicara sesama mereka mengenai kami. Faham gitu-gitu jelah, diorang kutuk ke, diorang puji ke, tak dapat nak dipastikan. Hahaha... Pasrah.
Kami berlatarbelakangkan salah satu pondok yang ada. Dekat kawasan yang belah sini sangat nyaman dan redup sebab ada banyak pokok dan angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kalau lepak dekat pondok belakang tu, memang boleh lena punyalah!

Dari Seowon, kami jalan lagi ke depan dan terjumpa jeti Narootbae. Narootbae ni macam sampan tapi bentuk dia tak macam sampan. Kalau sampan kedua-dua hujung macam runcing kan? Yang ni bentuk dia lebar. Aku pandang Radin, Radin pandang aku. Tak ingat siapa yang ajak siapa untuk naik sampan ni. Tiket untuk naik Narootbae ni berharga 3000 Won dan tiket dibeli dari kedai serbaneka terhampir. Waktu beli tiket ni memang lawak habis sebab barulah merasa macam mana yang dikatakan komunikasi ayam dan itik. Ahjumma yang jual tiket tu memang cakap Korea je dengan kitorang, tak ada percubaan nak cakap Inggeris langsung. Saya bagi ahjumma 5 bintang untuk kesungguhan memartabatkan bahasa Korea. Hehehe.. Kitorang pun, pandai-pandai jelah agak apa yang ahjumma tu sampaikan. Itu satu, bila sampai dekat jeti, ahjussi yang jaga dekat jeti pun sama juga gigih memartabatkan bahasa. Mujurlah kami ni pandai meneka.

Maklumat tentang Narootbae

Bagi aku, berbaloi juga naik bot ni walaupun laluannya tak adalah jauh mana pun. Yang ni memang tak termasuk langsung dalam perancangan tapi bila tiba-tiba 'ter'buat, rasa seronok lain macam dan terasa ada satu kepuasan dalam hati sebab dapat pengalaman naik pengangkutan air 'purba'. Nak tunggu naik sampan dekat Malaysia ni, pun tak tahulah bila. Naik kanu pernahlah. Memandangkan bot ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga manusia, maka sekali pusingan, cuma lima ke enam orang sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Kalau lambat, sila tunggu giliran seterusnya.

Penampilan solo di atas bot. Gigih juga bergambar walaupun matahari terik.

Wefie pulak

Satu lagi

Dekat tengah-tengah tasik(tasik ke sungai?) tu ada macam replika rumah rakit.

Waktu atas bot, ahjumma ni dok tunjuk-tunjuk dekat kitorang lepas tu buat isyarat dekat kepala sambil cakap Korea. Lagi sekali, komunikasi ayam dan itik terjadi. Dia tanya, tak panas ke duduk tengah panas dengan keaadan kepala berbalut? Kitorang agak je la berdasarkan isyarat yang ditunjukkan. Kalau Mada ada, boleh la juga goreng sikit-sikit. Sebab Mada tak ada, Radin terangkan je guna bahasa Inggeris dengan harapan ahjumma tu boleh la faham sikit-sikit apa yang kami cuba nak sampaikan. Tapi tak dapat nak dipastikan dia faham ke tidak. Heee..

Turun dari bot, kami terus mara ke hadapan dan jumpa kawasan buaian berdiri macam dalam drama Princess Man. Gembira lagi sekali sebab sebelum ni tengok dalam drama je kan buaian kayu besar, sekarang ada depan mata. Ada banyak juga buaian ni tapi dah namanya tempat pelancongan, memang semua buaian penuh. Budak-budak je pun yang main waktu kitorang dekat situ. Kalau tak mengenangkan pakai baju kurung, mahu juga aku berebut nak naik. Hehehe.. Bergambar cukuplah.

Kami dan deretan buaian besar

Pondok terakhir yang kami jumpa sebelum kembali ke pintu masuk

Lepas dari situ, teruslah kami kembali ke pangkal jalan. Sebelum sampai ke pintu masuk kampung, jumpa deretan bengkel tradisional yang mempamerkan serta membuat pelbagai alat tradisional termasuklah perabot, perkakas dapur, peralatan untuk bertani dan juga senjata. Boleh tengok cara pembuatan dan boleh beli juga bahan-bahan yang dihasilkan.

Bengkel membuat alatan pertanian yang menggunakan besi

Bengkel membuat sudu besi. Ada pelbagai saiz dan corak.

Sebelahnya adalah bengkel membuat paip tembakau

Pameran alat-alat untuk bertani

Ini pula bengkel membuat kipas yang rangkanya adalah daripada buluh dan kemudian dilekatkan dengan kertas.

Bengkel membuat perabot.

Sebelum kembali ke Seoul, ingatkan nak solat dulu sebab mengikut maklumat dari laman web KFV, ada disediakan bilik untuk solat di bahagian kaunter tiket. Tapi bila kami tanya pada kakitangan di bahagian kaunter tiket, semuanya tak tahu. Sudahnya, kami terus je jalan ke perhentian bas untuk kembali ke Seoul. Waktu nak balik Seoul, semua layu je sebab penat berjalan seharian dan sempatlah lelap mata sebelum melompat terkejut sebab tiba-tiba dah sampai dekat Gangnam balik. Hahahaha.. Yang ini pun lawak juga.

Dikehendaki! (agaknyalah..)

Okey, nak balik dah. Sampai jumpa lagi KFV. Babai

Tapi kalau terlepas perhentian bas tu, tak lawak dah tapi haru. Sebenarnya, masing-masing macam tak pasti nak kena turun dekat perhentian mana, lepas tu masing-masing pun mamai kan? Jadinya, aku kebetulan tersedar dari lena dan perasan yang bas dah hampir sampai di perhentian kami naik pagi tadi. Teruslah aku bagi tahu semua orang dengan nada cemas dan kami pun teruslah melompat turun dari bas dengan keadaan tercengang. Dah turun dari bas, semua 'bertafakur' kejap sebelum kembali ke alam nyata. Hahaha.. Konsepnya, kalau turun sebelum perhentian sepatutnya, boleh tahan bas yang lain untuk pergi ke perhentian yang sepatutnya. Kalau terlepas perhentian, berpusinglah mencari bas lain. Akhirnya, tamatlah cerita tentang Korean Folk Village.