Sunday, February 26, 2012

Jimat atau Kedekut?

Bila tengok arkib untuk bulan Februari, terus bermonolog; 'Weh, baru 5 entri? Yang duduk terperuk dalam draf tu nak letak tahun bila?' Hahaha... Ye, dalam draf memang ada beberapa entri tak siap tapi tak berapa nak  rajin siapkan. Mak sibuk noks! Masih nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Gaya cakap macam baru kahwin je gamaknya. Bukanlah! Tak kahwin lagi. Cuma nak sesuaikan diri dengan kehidupan yang berubah bila saja mula bekerja kembali. Semester ni, jadual sudah berubah. Kalau sebelum ni kelas aku biasanya pada hari Rabu dan Khamis, kini kelas aku adalah pada hari Selasa dan Rabu. Maka kesesuaian waktu nak sediakan rancangan mengajar dan bahan-bahan pengajaran kena ubah juga. Hari Isnin kena pulun siapkan semuanya. Tapi biasanya bermula hari Khamis aku dah buat draf apa nak ajar untuk kelas seterusnya.

Memandangkan hanya aku seorang yang mengajar subjek ini, maka akulah juga kena sediakan semuanya. Jumlah pelajar untuk semester ni ada hampir 200 orang. Jadi bila nak sediakan tugasan, kenalah guna banyak kertas. Waktu nak isi borang minta barang daripada Pengarah tempoh hari, segan juga bila minta kertas A4 banyak-banyak. Sampai kena angkut dengan troli. Tapi kalau tak mintak, macam mana nak bagi tugasan kan? Jadi tiap kali bagi tugasan, aku akan pastikan kedua-dua belah muka kertas digunakan. Ini jimat namanya, bukan kedekut. Waktu nak fotostat tugasan pun jadi serba salah sebab dalam buku rekod fotostat tu, nama akulah yang selalu fotostat sampai beratus-ratus helai. Dah tu pulak, aku je yang rajin tulis rekod fotostat. Memang semedang nama aku jelah dalam buku tu.

Itu bab fotostat tugasan. Bab yang agak memeningkan adalah bila nak isi markah dalam sistem pemarkahan yang dipanggil SPC. Pulak tu, bermula sem ni, Pengajar bagi subjek berkenaan kena buat sendiri menatang SPC tu dari A sampai Z sendiri. Lagilah pening. Karang ada format yang lari, karang ada nama yang salah pulak. Nak tanya banyak kali pada Pegawai yang pakar pun jadi segan. Tapi, aku tebalkan je muka tanya sebab kalau tak siap kang dapat surat tunjuk sebab lagi macam sem lepas. Hehehe.. Setakat ni, tak ada masalah kronik lagi. Esok nak sambung isi SPC untuk kelas semester 1 pulak.

Bab yang paling mengharukan adalah bila tiba waktu menanda tugasan. Elok-elok aku cergas, terus jadi ngantuk. Elok-elok aku gembira, terus jadi tertekan. Hahaha... Sekarang aku faham kenapa pensyarah-pensyarah aku dulu kerap kali bagi peringatan tentang tugasan yang diberikan. Tugasan pulak, ada dua situasi. Situasi pertama adalah tugasan yang dibincangkan dalam kelas bersama-sama dan situasi kedua pula adalah tugasan yang diberi untuk dilengkapkan sendiri berpandukan nota. Mereka memang cari nahaslah kalau tak buat tugasan dengan bersungguh-sungguh dalam situasi pertama. Masalahnya, jawapan dah tulis dekat papan putih sebiji-sebiji. Puunnn, ada yang salah lagi. Geram kan? Sabar jelah...
Ini rupa meja aku waktu menanda tugasan..penuh dengan kertas merah jambu tu..

0 comments: