Monday, February 20, 2012

Sunyi...

Kabare? Hehehe... masuk je bulan Februari, blog aku pun terus sunyi. Bulan lepas punya entri bukan main banyak lagi walaupun tidaklah sebanyak orang yang kemaskini blog dia hari-hari. Kenapa sunyi? Sebab aku dah mula kerja balik. Alhamdulillah kontrak sambung lagi 3 bulan. Baru masuk kerja 1 Februari sudah dan  minggu ini adalah minggu ketiga bekerja. Eh, dah nak habis ke bulan Februari? Masih malas nak menulis. Nak merapu kejap.

  • Bila lebih dari 3 orang cakap aku nampak kurus dan aku rasa kain baju kurung pun dah longgar, memang aku dah kurus la kan?hahaha.. Bila dah kerja kena jaga makan balik sebab waktu makan adalah paling kurang tiga kali sehari paling banyak lima kali sehari. Mari mula mengayuh fit-and-fold strider semula!
  • Bila setia dengan kerja sedia ada dan individu yang menguruskan permohonan kerja aku tu asyik nampak nama aku, dari gelaran Cik sudah tukar kepada Puan (pulak???)
Salah satu surat tawaran terdahulu..

Surat tawaran terkini..
  • Bila aku dah tamatkan perkhidmatan broadband Celcom aku tu, maka redha sajalah dengan talian internet pejabat yang agak hazab tu sampai nak bukak kamus online pun tak dapat..sobsobsob..
  • Bila aku cuak dan gementar dari pagi, dan 'rama-rama berterbangan dengan gembira dalam perut', maknanya ada kelaslah tu! Dari dulu sampai sekarang sama je cuak bila ada kelas padahal bila dah mula mengajar, tak ada apa-apa yang pelik pun berlaku. Kelas untuk semester ini adalah pada hari Selasa dan Rabu. Tapi Selasa banyak cuti umum. Camano ni??
  • Bila perlu memandu kembali selepas kemalangan yang berlaku bulan lepas, aku perlu tabahkan hati walaupun cuak tahap gaban dan kerisauan bersarang dalam hati sepanjang  perjalanan pulang dari bengkel ke rumah tempoh hari. Alhamdulillah selamat tiba di rumah. Sekarang ni kalau nampak lampu brek kereta depan menyala dari jauh, aku dah tekan brek siap-siap walaupun masih ada sebatu untuk sampai di belakang kereta tersebut. Hahaha..
Rupa Mrs. Kanc selepas dibaiki..bahagian depan memang renyuk habis haritu.. Semua kerosakan terdahulu juga selamat dibaikpulih...

Sekian saja catatan pendek untuk diri sendiri. Terima kasih kalau ada yang baca...


0 comments: