Sila beri laluan kepada Ms. Chubby Stick yang dah lama terperuk dalam draf ni. Saja nak komen produk baru ni walaupun dia keluar hujung tahun lepas tak silap. Kira barulah ek! Bila nampak je menda alah ni keluar dekat FB Clinique, aku dah siap-siap letak dalam senarai MESTI BELI. Sebab? Sejak berpatah arang berkerat rotan dengan AVON, kenalah cari pengganti yang sesuai. Jadi pada suatu hari, dengan ditemani oleh Kak Chik, aku singgah ke kaunter Clinique Bukit Tinggi untuk membelinya. Waktu nak beli, tinggal 4 pilihan warna je. Itupun warna-warna yang tak menyerlah. Warna tanah orang kata. Disebabkan aku pun tak suka warna yang menyerlah, maka pilihlah Fuller Fig ni. Sedang-sedang aje warnanya.
Apa yang menarik tentang produk ini adalah kerana dia merupakan pelembap bibir berwarna. Jadi, tak perlu pakai gincu dah. Oleskan saja Chubby Stick ini dibibirmu dan ia akan melembapkan serta menambah seri. Macam aku, memang perlu benda ni sebabnya tiap-tiap hari duduk dalam tempat berhawa dingin. Kalau tak pakai, bibir akan pecah-pecah. Satu lagi, kena pakai sebelum masuk kelas sebabnya bila banyak bercakap bibir akan jadi kering jugak. Setakat ni, puas hati dengan produk ni dan harganya pun munasabah iaitu RM 52 sebatang. Untuk orang yang
kedekut penjimat macam aku, memang boleh pakai lama punyalah. Hehehe...
0 comments:
Post a Comment