Engagement Fund ;)

Friday, 27 February 2009

Perjalanan yang harus ku tempuh...





20 hingga 22 Februari yang lalu, barisan pimpinan i Rakan telah selamat menjalani kem kepimpinan yang bertempat di Banyu Manis Resort, Meru Klang. Tak sangka di Klang juga ada tempat sebegitu. Jangan tertipu dengan perkataan Resort di belakang Banyu Manis kerana ia bukanlah seperti resort-resort yang biasa dikunjungi untuk bercuti. Pun begitu, tempatnya ku kira damai dan indah. Teringat ketika berkhemah di Sukida Resort, beberapa tahun yang lalu. Malamnya indah berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang-bintang. Keindahannya, Subhanallah... tak dapat diucapkan. Sama seperti malam di Sukida Resort. Di Banyu Manis, kami ditempatkan di chalet-chalet kecil. Agak selesa berbanding di dalam khemah.

Terasa begitu jauh perjalanan dari jalan utama. Beberapa buah kampung dilalui dan pohonan kelapa sawit berbaris menyambut ketibaan kami. Sampai di satu simpang, bas berhenti dan membuat pusingan. Aku tertanya-tanya, mana resortnya? Rupanya, perjalanan masih belum berakhir. Sebuah lori sederhana besar tiba ketika kami turun dari bas. Untuk sampai ke resort tersebut, kami perlu menaiki lori ini. Aku yang berbaju kurung agak kalut memikirkan cara untuk naik ke lori tersebut. Begitu juga beberapa teman yang lain. Mujurlah beberapa sahabiah yang dah pun selamat berada di atas, menghulurkan bantuan. Deretan pokok getah menemani perjalanan kami seterusnya. Barulah aku faham mengapa lori menjadi pengangkutan kami. Jalan berlekuk dan bertanah merah langsung tidak mengganggu kelajuan lori yang dinaiki. Satu pengalaman baru kerana di Sukida Resort dulu trak bomba dijadikan pengangkutan kerana perkhemahan yang aku sertai itu adalah perkhemahan Kadet Bomba. Kami memasuki pintu utama resort ketika senja melabuhkan tirainya. Pemandangan menghijau dan sebuah tasik mencuri tumpuan kami. Terus sesi bergambar berjalan secara tak rasmi. Encik presiden ku lihat tak berupaya menghalang kami yang teruja ketika itu. Malah seingatku, tumpang dua kaki. :-)

Usai solat maghrib, kami berbincang untuk menentukan jawatankuasa yang akan berkhidmat. Atas sebab-sebab tertentu, aku termasuk di bawah biro makanan bersama dengan Kak Suma, Ija dan Za. Jadi, tugas kami terus bermula sejurus selepas pelantikan. Hangus kuliah maghrib dan semua kuliah yang berjalan selepas waktu solat. Menu sepanjang berada di sini benar-benar seperti menu orang bujang. Telur, ikan masin dan sayur kobis. Sekampit beras yang ada perlu digunakan untuk 3 hari. Riuh juga kami berempat menentukan menu untuk 3 hari berbekalkan barang mentah yang harus dijimatkan. Aktiviti pada malam tersebut merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap kem iaitu sesi taaruf atau ice breaking. Terketar lutut juga la berhadapan dengan kakak fasi yang tegas. Waktu ini, barulah aku sedar yang diri ini kosong. Segala ilmu yang dikutip di zaman persekolahan dulu tidak aku manfaatkan sebaiknya. Hasilnya?lupa segala. Menerusi sesi ini, aku kembali menyelak lembaran-lembaran ilmu yang berhabuk di minda. Tepat jam 3, sesi taaruf tamat dan kami dibenarkan kembali ke chalet masing-masing.

Tugasku pada hari kedua dimulakan di dapur, menyediakan sarapan bagi sahabat-sahabat yang lain. Lebihan nasi malam tadi dijadikan nasi goreng dan cucur bawang turut disediakan. Lepas bersarapan, satu slot ceramah berjalan. Aku kurang pasti tajuknya. Tetapi, banyak isi yang dapat dimanfaatkan. Kira-kira jam 11, slot tersebut tamat dan kami diberitahu untuk bersedia bagi aktiviti seterusnya. Seperti yang telah kujangkakan, tasik yang berhadapan dengan chaletku termasuk dalam agenda aktiviti tersebut. Kami dikehendaki bergerak dalam satu kumpulan dimana dalam kumpulan tersebut perlu ada seorang yang buta, bisu, kudung dan tempang. Kami perlu melalui check point yang telah ditetapkan dan menyelesaikan tugasan yang ada dan menjawab soalan yang disertakan di setiap check point bagi mendapatkan klu. Salah satu aktiviti menyeronokkan bagiku kerana aku berjaya mengatasi rasa takut terhadap air dengan meredah tasik tersebut dengan selamat. Selain itu, ada juga aktiviti membuat rakit dan menyeberang tasik dengan rakit tersebut. Suasana tika ini agak kecoh kerana Abang Garang yang turut memantau kami sepanjang disitu turut sibuk mengocak dan menyimbah air tasik ke arah rakit yang lalu dihadapannya. Laluan berhalangan diredah bersama yang akhirnya aktiviti tersebut tamat pada jam 2 petang. Usai makan tengahari, hujan turun selebat-lebatnya.









Mujurlah slot seterusnya bermula agak lewat. Dalam pemerhatianku, masing-masing sedaya upaya menahan mata dari terkatup rapat termasuklah aku. Slot muhasabah adalah slot yang paling meninggalkan kesan padaku dan mungkin sahabat-sahabat lain. Cara fasilitator mengendalikan slot tersebut lain dari yang pernah aku lalui sebelum ini. Tersingkap kembali semua kekurangan yang aku ada dan terbentang realiti tugas baruku sebagai ketua. Ya Allah, memang berat amanah yang tergalas di bahu ini. Sebelah kakiku sudah berada di neraka! Ketika ditanyakan soalan mengenai latar belakang sahabat-sahabat yang ada, banyak yang tak dapat menjawab termasuk diriku. Apa yang sebelum ini sudah berlegar di ruang minda terbang melayang dek kerana sergahan fasilitator yang mengendalikan slot tersebut. Hanya satu soalan yang berjaya ku jawab, tarikh lahir presiden kerana seingatku Hari Lahirnya tahun lalu diraikan ketika kami berada di Pulau Pangkor. Rentetan dari kegagalan kami menjawab soalan yang diajukan, kami diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan lain. Beliau turut menekankan bahawa ukhuwah merupakan kunci utama kepada kebajikan jemaah. Lantas aku teringat kembali perbualanku dengan salah seorang teman di Yahoo Messenger mengenai kepentingan ukhuwah. Memang sama dan serupa seperti apa yang sedang diperkatakan. Selepas tamat sesi tersebut, seorang lagi fasilitator meneruskan slot dengan memberi tazkirah. Apa yang sempat aku rakam dan hadam, ukhuwah mempunyai 3 cabang dimana selemah-lemah ukhuwah adalah berlapang dada. Kemudian bersangka baik dan yang paling kuat adalah melebihkan sahabat. Aku terus mengingat kembali ukhuwahku dengan sahabat-sahabat lain. Masih belum kukuh dan terlalu banyak yang perlu dibaiki. Slot tersebut tamat kira-kira jam 3 pagi.

Hari terakhir, pagi kami diisi dengan slot ceramah yang banyak memberi kesedaran pada kami. Kami didedahkan dengan perkara-perkara yang wajib ada pada setiap diri pemimpin. Penceramah sempat menitipkan pesanan As-syahid Imam Hassan Al-Banna supaya:
1. Membentuk diri menjadi muslim yang baik.
2. Berkahwin dengan orang yang baik dan sefikrah.
3. Membentuk masyarakat muslim.
4. Membentuk pejuang-pejuang islam yang dapat mengembalikan kepimpinan islam (khilafah).
Bagi merealisasikan perkara-perkara di atas, setiap muslim perlu ada 4 perkara iaitu:
1. Iman. Perkara paling penting dan kunci untuk melaksanakan apa yang diwasiatkan.
2. Tanzim. Atau organisasi yang merupakan medium untuk mewujudkan gerakan seterusnya menyumbang kepada pembentukan ummah.
3. Takhdid. Perancangan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan kerana Saidina Ali Karramallahuwajha bersabda; "Jangan sesekali berfikir tentang kemenangan kalau tidak merancang kerana kebatilan yang terancang boleh mengalahkan kebenaran yang terancang."
4. Perkara terakhir adalah istiqamah. Usaha yang berterusan insyaallah akan membuahkan hasil dan diredhai.
Akhirnya, kami semua berkumpul dan berbincang mengenai hala tuju dan peranan i Rakan serta memperjelas segala kekaburan sebelum ini. Alhamudlillah... Program tamat tepat jam satu dan lori putih telah pun menunggu untuk meraikan kepulangan kami. Semoga segala ilmu yang diberi oleh fasilitator dan penceramah sepanjang kem ini berjalan dapat aku manfaatkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian. Insyaallah... Buat sahabat dan sahabiah pimpinan yang membaca coretan ini, dialu-alukan untuk menambah atau membetulkan andai ada yang tersilap. Wallahua'lam...

Kaedah Menghafal Al-Quran

Mayonis

Kali ni, saya nak berkongsi satu resepi yang orang selalu tertanya-tanya macam mana nak buat ye? Sebenarnya, senang je. Murah dan menyihatkan sebab tiada perasa dan pewarna tambahan dan yang paling penting tak ada bahan pengawet. Bahan-bahannya pun mudah je:

2 biji telur
1/2 camca garam
1 camca cuka
1 camca gula
1 cawan minyak masak

Cara-cara nak buat pun mudah cuma memerlukan kesabaran. Mula-mula, pecahkan telur dan masukkan ke dalam blender. Letak semua bahan kecuali minyak masak. Boleh la mula blend. Masukkan minyak sikit demi sikit. Blend sampai pekat. Lepas tu, siap la. Nak tunggu dia pekat memang agak lama. Jadi, nasihat ikhlas saya, sabar je la ye. Insyaallah jadi. Selamat mencuba.

Akhirnya...

Diam tak diam, hampir tamat tempoh cuti pertengahan semester kali ini. Alhamdulillah...segala urusan yang tertangguh sekian lama dah selesai. Semalam, sempat aku mengunjungi klinik gigi yang selama ini terletak dalam 'to do list' yang paling atas lantaran masa yang sering saja cemburu padaku. Sebab dah lama tak buat check up, habis RM120 juga la kat klinik gigi yang dari dulu aku kunjungi. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Cuti kali ni agak kurang menyeronokkan bagiku kerana ujian atau dalam bahasa inggerisnya 'test' menunggu sebaik saja isnin selepas cuti menjelma. Lagi satu, tiada kenderaan untuk aku menjalankan aktiviti kesukaan a.k.a merayap dan meronda. Semuanya disebabkan abang sulungku yang dah mula bekerja sebulan lalu. Ada hikmahnya tu.

Malam tadi juga, sempat aku menunaikan satu lagi aktiviti wajib ketika berada di rumah. Apa ye? Mak kata, aku ni pelik sebab macam orang lelaki pula, suka minum di kedai mamak atau istilah jawanya 'ngeteh'. Tapi, aku tidak bersendirian kerana ngeteh ni memang hilang seri kalau sendiri. Jadi, abang-abangku la yang jadi mangsa. Hehehe... Hidangan utamanya adalah teh tarik kurang manis dan roti naan bawang putih beserta ayam tandoori. Memang umpph!






Abang Faiz menggigit naan cheesenya

Thursday, 19 February 2009

Kenapa Yahudi Bijak?

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik. Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

*Artikel ini telah dipost oleh Saudara Haez di Kolum Perbincangan Group i Rakan di Friendster

Wednesday, 18 February 2009

Pendrive oh Pendrive...

Di zaman yang semakin canggih ini, segalanya menjadi lebih moden dan berteknologi tinggi. Kalau dulu(zaman sekolah)aku seperti terpinga-pinga bila orang bercakap tentang pendrive, kini tidak lagi. Malah, objek kecil yang mempunyai bentuk pelbagai ini telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Bagiku, ketiadaan pendrive ini seolah-olah membuat aku lumpuh. Maklumlah, semua kerja kuliah dan pembentangan dibuat menggunakan komputer. Pagi tadi, bila aku mengeluarkan USB port dari beg untuk mencetak assignment, Min ketawa. Apa nak buat, satu-satunya benda yang aku ada untuk menyimpan dokumen dari Microsoft Word adalah kad memori telefon bimbit. Nasib baik ada juga memori kad tu. Sekurang-kurangnya, tak perlulah aku mengangkat beg laptop yang berat dan besar tu ke sana sini lebih-lebih lagi kelasku hari ini bertempat di Fakulti Kejuruteraan yang terletak paling jauh dari hostel. Oh, tidak tidak! Biar la orang ketawa asalkan tidak menyusahkan diri sendiri. Akhirnya, tengahari tadi aku telah mendapat semula pendrive yang telah 2 minggu berpergian. =)

Solat Dhuha

Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hinggakan menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justeru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:
1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama.

Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah.

Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan solat sunatnya sebanyak dua atau empat, lapan dan dua belas rakaat, meskipun solat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya;
"Rasulullah SAW melaksanakan solat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahawa beliau tidak pernah mengerjakannya."

Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuha yang ia lakukan meskipun ianya ibadah sunat sahaja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya disamping ada faedah dan manfaatnya.


Khasiat dan Fadhilat

Sebagaimana yang kita fahami bahawa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadhilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Dari Nuwas bin Sama'an, Rasulullah bersabda;
"Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pasti akan ku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." [Al Hakim dan Thabrani]

Sementara itu di dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:
"Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat." [Ahmad Muslim dan Abu Daud]

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." [Al-Tabrani]

Doa :
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

[Sumber: Panduan Solat Dhuha - Muhammad Uzair Al Aziz, Dinie]


Friday, 13 February 2009

Demi Masa...

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,wireless connection di hostel kembali pulih.Terasa dapat bernafas kembali bila saja Kem Kepimpinan yang dijadualkan pada hujung minggu ini ditunda ke minggu hadapan.Jauh di sudut hati,terselit satu keazaman untuk mengemas segala buku-buku dan nota-nota yang agak bersepah dan bercampur aduk di atas meja yang ku kira sudah tidak kelihatan rupa meja.Kalau mengikut istilah Kak Chik,"clearance".Boleh dikatakn,aku hanya balik ke rumah untuk menukar baju dan tidur saja sepanjang minggu ini.Selebihnya,habis di bilik kuliah atau kadang-kadang di bilik perbincangan mahupun bilik mesyuarat.Jadual kuliah tidaklah padat mana,tapi bila ditambah dengan kelas-kelas ganti,maka bilik kuliah menjadi tempat teratas dalam senarai kunjungan.Sebelah malamnya,aku isi dengan aktiviti persatuan yang memenuhi masa senggang yang berbaki.Ini jalan yang ku pilih,maka harus ku hadapi dengan bijak dan berhemat supaya seimbang diantara pelajaran dan kemahiran bersosial serta tanggungjawab sebagai dai'e.Di awal penghijrahan,aku agak canggung dengan persekitaran yang ku tafsirkan kurang mesra.Namun setelah diuji dengan beberapa insiden yang tidak dijangka,perlahan-lahan 'kedinginan' yang menyelubungi beransur.Situasi yang berlaku menyebabkan aku memikirkan kembali firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud; Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Sering kali juga aku membisikkan ke dalam hati untuk FIKIR,FIKIR dan FIKIR sebelum membuat sesuatu keputusan atau mengeluarkan sebarang kenyataan dan yang paling penting jangan mudah menjatuhkan hukuman ketika diri sedang berada dalam keadaan marah kerana pada tika itu,akal akan menjadi kurang waras dalam menentukan hukuman yang setimpal.Semoga suasana mesra dan saling memahami yang mula bercambah ini terus bertunas menjadi sepohon pokok yang memberi hasil dan manfaat kepada si penanam.





Setelah merancang beberapa hari lalu,akhirnya terrealisasi juga hajatku untuk meraikan ulangtahun kelahiran Kak Chik yang ke-24.Oleh sebab masing-masing sibuk,maka terpaksa dibuat majlis tersebut lewat sehari.Maaf kerana sambutan tadi tidak sempurna dan agak kelam-kabut.Mungkin kerana sekali dengan Ifthar dan waktuku yang agak terhad.Ucapanku padanya,sama seperti tahun sudah;semoga bertemu jodoh dan berkahwin tahun ini juga.Insyaallah...Terima kasih kepada Ain dan Faien yang sama-sama membantu.

Tuesday, 10 February 2009

Pengakhiran Sebuah Kisah, Permulaan Satu Perjuangan...


AJK & Fasilitator terlibat


Nyanyian lagu tema, Bingkai Kehidupan



Sesi Taaruf


Alhamdulillah,aktiviti pertama yang termaktub di dalam takwim i Rakan telah selamat dijalankan. Tahniah kepada Pengarah Program, Saudara Syazwan yang telah bersungguh-sungguh merealisasikan apa yang sebelum ini hanya tertulis di atas kertas. Bukan mudah untuk mengarah program kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dilepasi. Tahniah juga buat semua AJK yang terlibat juga barisan MT dan Mantan Presiden i Rakan, Saudara Haez yang turut serta menjayakan program ini. Walaupun banyak kekurangan, tetapi anda semua telah melakukan yang terbaik. Tak akan ada kali kedua kalau tidak bermula dengan kali pertama. Pada saya, tamrin kali ini benar-benar mengingatkan kembali kepada Kem Induksi i Rakan di Janda Baik pada tahun 2007. Cuma pada 2007, saya adalah peserta dan kini saya merupakan salah seorang AJK. Setiap kekurangan harus diteliti dan dikaji supaya pada tamrin yang mendatang, segala masalah yang timbul dapat diatasi. Seperkara yang menjadi persamaan bagi kedua-dua kem ini, kami telah meraikan ulangtahun kelahiran individu bertuah yang turut serta. Di Janda Baik, Kak Sham telah 'diraikan dengan meriahnya', manakala di Masjid Daerah Sultan Ibrahim(lokasi program),pengarah program sendiri telah dikenakan. Apa yang meriah dan bagaimana mereka terkena,biarlah rahsia. Mudah-mudahan, segala yang telah dilalui dijadikan teladan dan ilmu yang telah diterima dapat dihadam dan dipraktikkan kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.



Friday, 6 February 2009

Kek Coklat

Bahan-bahannya:
3/4 Mentega
2 Cawan tepung gandum
1 Sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 Sudu teh baking powder
1 1/2 Cawan gula pasir
3 Biji telur

1 Cawan koko
1 Cawan air

Cara membuat:
1. Bancuh koko dengan air sehingga menjadi pes dan sejukkan di dalam peti ais selama 3 - 4 jam.
2. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan baking powder. Seelok-eloknya, ayak sebanyak 3 kali supaya bahan-bahan tadi bercampur dengan elok.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Kemudian,masukkan pes koko tadi dan pukul lagi hingga rata.
6. Akhir sekali,masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan pukul hingga sebati.
7. Tuang dalam loyang pembakar yang dialas dengan kertas minyak dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Resepi kek ini adalah resepi termudah yang ada dalam koleksi buku resepi mak dan kini diperturunkan kepadaku...Walaupun ringkas,tetapi hasilnya memang memuaskan hati...Selamat mencuba...

Thursday, 5 February 2009

Your Islamic Birthday

Muharram:
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat
didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana
bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia
mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada
dalam selamat.

Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui
kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk
menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya
menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ia akan mendatangka! n hasil.

RabiulAwal:
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang
menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah
kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya.
Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JamadilAwal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi.
Berani dan nekad. Kadangkala melakukan
sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu,
keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil
usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

Jam! adilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu
dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila
dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu
mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang
tuanya.

Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya
patut mendidik dengan baik agar dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa,
dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa
kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa .

Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak
putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila
bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik,
berbudi bahasa hingga semua orang suka
kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam
segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki .

Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia
tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak
suka membanggakan dirinya dan kehidupannya
selalu selamat.

Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan
tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi
susah kerana perangai keras hatinya dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.

Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu
banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil
yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi
keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang
memuaskan.

Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik
terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah,dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan

Terima Kasih...

Jam di skrin laptop sudah menginjak ke angka 2...Bermakna hari ini adalah hari baru...Tarikhnya juga sudah berganti kepada 5 Februari...Tarikh hari ini adalah penting untuk diingati kerana merupakan tanggal kelahiran yang ke-61 buat ayahanda tersayang...Selamat Hari Lahir...Doaku agar abah dikurniakan dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik...Selalunya,keluargaku tidak menyambut ulangtahun kelahiran dengan sebiji kek seperti yang biasa dilakukan...Cuma kadang-kadang makan bersama di luar saja...Tiada hadiah...Cuma ucapan dan doa sebagai tanda ingatan....Alhamdulillah,abah masih sihat dan cergas walaupun usianya sudah 61 tahun...Namun,aku agak risau dengan keadaan abah yang sering sakit sendi selepas diserang demam selama seminggu 2 bulan lepas...Moga penyakit abah segera sembuh...

5 Februari juga adalah tarikh yang bermakna bagiku kerana pada tarikh ini 8 tahun yang lalu,aku dengan rasminya menjadi warga Hamidiah...Selamat Ulangtahun kepada Batch SPM 05 yang mendaftar pada tanggal ini...Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang aku berada di sana...Kenangan yang terlalu mudah singgah di tubir mata...Hingga kini,aku masih ingat bagaimana kalut dan gelabahnya aku pada hari pertama mendaftar...Mujurlah kakak-kakak sedorm baik-baik belaka dan memberi tunjuk ajar...Kalau nak diceritakan,memang takkan habis...Jadi,biarlah memori dan kenangan yang ada abadi dalam ingatan...

Tadi,aku tertanya-tanya apa perkara penting yang mahu dibincangkan oleh Andak,Mantan bosku...Sehingga tamat perjumpaan,aku keluar dari bilik tersebut untuk bertemu dengannya...Bila saja dia mengeluarkan senaskah Al-Quran kecil berwarna biru dan menghulurkan padaku,aku kaget...Ketika Al-Quran tersebut bertukar tangan,dia berkata "Inilah yang akan menjadi peneman setia dan rujukan ketika ada masalah"...Terharu dengan pemberian tersebut...Mungkin kerana aku pernah bekerja dengannya,maka aku tahu sedikit sebanyak tentang dirinya dan perwatakannya...Seorang sahabat pernah berkata bahawa hadiah yang paling bernilai adalah Al-Quran...Hari ini,aku tidak menyangka ada yang sudi menghadiahkannya padaku...Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan...Insyaallah,akanku manfaat pemberian tersebut semaksimum mungkin...

Wednesday, 4 February 2009

Cinta Bukan Hak Milik Tetapi Anugerah...

Alhamdulillah...sempat juga aku mengikuti Program Wacana Mencari Cinta yang dianjurkan oleh Kelab Fasilitator Unisel...Panel-panel jemputan adalah Tn. Haji Baharudin Ali Masrom Al-Haj dari RESQ World Training Sdn. Bhd. dan Saudara Jufitri Joha, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan...Moderator pada malam ini pula adalah Encik Izwan Suhadak Ishak, Pensyarah di FITM...sebenarnya,saya berfikir beberapa kali juga sebelum membuat keputusan untuk menyrahkan sekeping not RM10 kepada Kak Chik...Bukan apa,aku terpaksa berjimat cermat lantaran keadaan kewangan yang tidak berapa lancar...Bukan itu saja,masa yang aku ada untuk berehat dan mengulangkaji setiap malam telah dicuri...Boleh dikatakan,setiap malam aku tiada di rumah...Kalau tidak ke mesyuarat i Rakan,ada perjumpaan Kelab Fasilitator pula...Kadang-kadang,program-program ilmiah menjadi penyebabnya pula...Selebihnya,perbincangan bersama kawan sekuliah untuk menyiapkan tugasan(assignment) atau pembentangan...Rasa bersalah juga meninggalkan teman sebilikku bersendirian setiap hari...Tapi,apa kan daya,tanggungjawab melebihi masa yang ada...Pagi ini,payah benar rasanya mahu mengangkat kepala dari bantal empuk yang mengalas...Terasa berdenyut-denyut...Kerana tanggungjawab,ku gagahi juga...Memang beberapa hari ini waktu tidurku tidak seimbang..Berbalik kepada wacana,aku begitu teruja untuk mengikuti program tersebut bukan saja kerana tajuknya yang mencuri perhatian,tetapi juga panel yang dijemput...Aku kira,bayaran RM10 yang dikenakan amat berpatutan kerana pihak penganjur turut menyediakan makan malam dan sijil...Dari dulu,aku memang suka mengumpul sijil sebenarnya...Tapi,tidak la janggal rasanya bila aku membuat kenyataan begitu kerana aku bukan sekadar memandang kepada sehelai kertas keras berwarna krim tetapi juga ilmu yang dapat dikutip daripada sesuatu program...Pernah sekali,aku dipaksa rela untuk ke satu program atas arahan Presiden kelab...Mulanya,niat ke situ hanyalah atas arahan beliau tapi setelah berada di disitu, aku sedar bahawa aku sebenarnya telah ditakdirkan untuk mempelajari ilmu baru dan alhamdulillah tika diakhir program, terasa otak ini tepu dengan input baru yang diberi dan tidak sabar untuk berkongsi ilmu tersebut...Akhirnya,aku berterima kasih pada presiden kelab ku kerana memberi arahan tersebut...Inilah manusia...hatinya sering berubah-ubah walaupun kadang-kadang kita tahu benda yang perlu kita buat adalah benda yang baik dan mendatangkan manfaat...Seperti yang telah diperkatakan oleh Saudara Jufitri tadi,kita sering memberi alasan untuk mengelak daripada melakukan sesuatu dan Abang Su selalu mengingatkan supaya jangan memberi alasan kerana bimbang satu hari nanti alasan itu dimakbulkan oleh Allah...Rasanya,cukuplah setakat ini kerana laptop pun dah kata pergi dan katil memanggil mari...

Sunday, 1 February 2009

Kenapa Tak Cuba Dulu?

Seperti yang dimaklumi,saudara seislam kita di Palestin sana terus-terusan menderita kerana kekejaman rejim zionis yang tak pernah berputus asa mahu mendapatkan Palestin...Syukurlah kerana bantuan kemanusiaan sudah dapat disalurkan kepada mereka setelah disekat dulu...Bila dah terjadi begini,barulah ada kesedaran untuk memboikot barangan dan jenama Yahudi...Pernah sekali,seorang sahabat saya mempersoalkan isu boikot memboikot ni...Dia tidak yakin mampu untuk melakukannya...Malah,dia seperti bimbang bahawa dengan memboikot barangan Yahudi,dia tidak boleh menikmati apa yang sebelum ini dinikmati...Masya Allah...Sampai begitu sekali...Selepas dari itu,barulah saya terfikir betapa selama ini mereka(Yahudi) hidup dengan penuh kesenangan kerana telah berjaya mempengaruhi kita secara halus untuk mengiakan hasrat mereka merampas Palestin...Kenapa tak nak cuba dulu?Rasanya,inilah yang paling mampu untuk kita buat bagi membantu saudara kita di sana selain doa...Biarpun kita merasakan seperti tiada impak besar,tapi hakikatnya ia memang berkesan...Ingatlah bahawa setiap sen yang kita sumbangkan bersamaan sebutir peluru yang menembusi tubuh-tubuh yang tidak berdosa...Ini maklumat terbaru yang saya terima...TESCO adalah singkatan daripada TESsa COhen, isteri kepada jutawan Yahudi U.K yang memiliki hypermarket tersebut...Jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi-yahudi Israael melalui kekayaan nya...Jadi setiap syilling/sen/RM yang kita beli bermakna satu peluru untuk membunuh saudara kita di Palestin...Cubalah apa yang termampu...Bukankah BELUM CUBA BELUM TAHU?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tanggungjawab dan amanah

Sesi Perbahasan

Debaran yang sarat dihati akhirnya terungkai sebaik saja selesai pembentangan semalam...Mulanya,agak kalut juga menguruskan Muktamar yang kali pertama diadakan ini...Mujurlah aku pernah menghadiri Muktamar pada beberapa semester lepas di UIA...Kalau tak silap,Muktamar PKPIM UIA PJ...Alhamdulillah,semuanya lancar walaupun ada yang mempersoalkan perjalanan Muktamar kami...Terpaksa begitu kerana masa yang ada terlalu singkat...Selalunya,Muktamar akan berjalan paling minima satu hari tetapi kami cuma ada masa selama 2 jam...Bagiku,Muktamar kali ini berlangsung dengan cemerlang hasil daripada garapan idea dan panduan daripada beberapa sumber...Biarlah ini menjadi asas dan rujukan untuk Muktamar yang akan datang...Walaupun kehadiran ahli agak mengecewakan,namun aku terpaksa akur bahawa hanya 61 orang inilah yang digerakkan hatinya untuk menghadiri Muktamar Sanawi i Rakan yang julung kali diadakan...Hakikatnya,jalan perjuangan tidak mudah dan kerana itulah kita sering diuji...Harapanku agar barisan kepimpinan yang dilantik berdasarkan Syura ini tahan diuji dan larat memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan...Tanpa sedar,sudah hampir 3 tahun aku berada bersama i Rakan dan sepanjang tempoh itu,tak dapat dihitung kekecewaan yang melintasi hati walaupun terselit juga kegembiraan dicelah-celah ruang kesedihan...Kenapa kecewa?Kenapa gembira?Aku kecewa kerana ada yang 'syahid' setelah dimamah amanah yang mungkin terlalu lapar atau kalah dengan perasaan...Tiada jalan perjuangan yang lurus dan dipenuhi haruman mewangi...Cuma kita perlu bijak mengharungi jalan perjuangan yang bersimpang siur dan penuh dengan duri...Aku gembira kerana masih ada yang sudi menyertai perjuangan ini walaupun mereka datang dan pergi...Terima kasih kepada Andak kerana telah meneraju i Rakan dan memahami kami...Terima kasih juga buat Najib kerana terus menyumbang tenaga dalam i Rakan...Takziah buat barisan pimpinan yang baru dilantik...Majlis Tertinggi yang terdiri daripada saudara Mustapha sebagai Presiden, Najib sebagai Timbalan Presiden, Farahin Mispul sebagai Naib Presiden, Farahin Aziz sebagai Setiausaha, Ain sebagai Timbalan Setiausaha, Hafiz sebagai Bendahari, dan Zamzami sebagai Timbalan Bendahari...Manakala barisan Exco pula terdiri daripada Sayuti sebagai Ketua Exco Sahsiah,Norliza sebagai Ketua Exco Latihan & Pembangunan,Syazwan sebagai Ketua Exco Kesenian & Kebudayaan,Zharudin sebagai Ketua Exco Penerbitan,Kak Sham sebagai Ketua Exco Rehlah & Kemasyarakatan,dan Zakwan sebagai Ketua Exco Tugas-tugas Khas...Semoga Allah memberi kekuatan padaku dan kalian untuk memikul amanah dan tanggungjawab baru yang kukira lebih besar dan berat ini...

Barisan Pimpinan i Rakan Sesi 08/09