Engagement Fund ;)

Thursday, 30 July 2009

Kemas...Kemas...

Tika pulang ke rumah tempoh hari, mak memberitahu mengenai pengubahsuaian bilikku. Okey je. Tak ada masalah. Cuma nanti bilik aku yang besar ni dah jadi kecik la sebab kena bahagi dua. Huhuhu. Takpe, masih jugak besar. Mulalah aku mengemaskan barang-barang yang perlu dikemas. Bawah katil, dah pasti banyak khazanah. Korek la satu-satu bawak keluar. Buku-buku zaman sekolah dulu aku kemas balik. Majalah-majalah lama mak pun kena susun balik. Berkotak-kotak jugak khazanah yang ada tu. Buku-buku sekolah kami adik-beradik masih lagi tersimpan rapi (walaupun ade sikit yang dah kena makan bubuk*). Ada jugak satu kotak barang abah. Disebabkan kotak abah tu masih kosong, aku pun keluarkan la isi kandungan kotak tu untuk susun balik supaya boleh letak lebih banyak barang. Tak ada la membazir ruang kan? Selak punya selak, susun punya susun, nah...Terjatuh satu lipatan kertas. Siap ada duit lagi. Okey, takpe. Asingkan. Susun lagi. Jumpa lagi duit. Kali ni jumlahnya lagi banyak. Rm100++. Eden kayo... Hehehe..Dari dulu, kalau kemas barang abah, memang tak sah kalau tak jumpa duit. Teringat waktu kemas almari sebab ada anai-anai lama dulu. Duit yang abah selit kat dalam buku, etc. pun kena makan anai-anai skali. Sayang jugak. Tak tau abah buat apa dengan duit tu. Mak kata kalau bawak ke bank boleh tukar kot.

Fasa 1 kerja-kerja mengemas


Buku-buku yang dah dipunggah


Pintu bilik yang belum dipasang pintunya


Pemisah ruang (masih lagi rangka)

Harap-harap sebelum aku habis bercuti, sempat siap la bilik tu. Bukan apa. Dah punggah semua barang, kena la kemas balik. Sebab tu bilik aku, jadi akulah yang kena kemas.

.:: Julai ::. (Episod 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Setelah berhari-hari aku singgah sekadar di pinggiran, hari ini alhamdulillah aku berkesempatan untuk mengemaskini Atas Nama Cinta. Kali ini sebenarnya lebih kepada hutang cerita pada Im. Pertama sekali, aku mengucapkan terima kasih kepada Umie yang telah berjaya membuat rancangan terbitan sendiri 'Wa Kena Beb'. Ringkas tapi rasa la jugak penangannya. Kepada Umie --->Lepas ni, tak payah la aku buatkan ko kek coklat lagi kan? Sedap dah kek coklat hari tu. Terima kasih daun keladi...=)

Kali kedua, rancangan Kak Chik bersama Faien dan Aien. Yang ni pun mulanya cuak jugak. Pelik pun ada. Kak Chik ajak aku makan di Little Chef Cafe. Uiks, Kak Chik jadi western pulak tiba-tiba hari Jumaat tu. Hahaha.. Rupanya, 'Wa Kena Beb' lagi. Untuk Kak Chik, Faien dan Aien ---> Terima kasih banyak-banyak. Sedap brownies tu. Lagi sedap kalau kita makan sama-sama hari Jumaat tu. Apa nak buat, tanggungjawab lebih banyak dari waktu, terpaksa la macam tu.


Himpunan foto kenangan di Hari Lahirku yang ke 21

Kepada Sahabat-sahabat dan keluarga yang menyambut Hari Kelahiran pada bulan ini, Selamat Hari Lahir ku ucapkan. Semoga dalam rahmat Allah selalu dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Aien - 1 Julai
Empunya diri - 5 Julai
Ija - 6 Julai
Abang Mad - 6 Julai
Adam - 6 Julai
Ammar - 7 Julai
Nadia - 12 Julai
Cik Nilam - 13 Julai
Cik Runner Sue - 15 Julai
Nabilah Nadzri - 21 Julai
Zamzami - 28 Julai

Friday, 24 July 2009

Gedung Ilmu

Dalam perjalanan pulang tadi, aku singgah di Bandaraya Shah Alam untuk menyelesaikan urusan di JPS. Usai urusan di sana, abah menghalakan kereta ke Kompleks PKNS Shah Alam. Sekadar menjenguk tempat bermain dulu. Hehehe.. Aku berharap agar pesta buku yang dijadualkan bermula esok sudah mulai mengangkat tabir. Benarlah bagai dikata. Ada beberapa kiosk yang sudah memulakan jualan dan dapatlah aku 2 buah buku yang tersenarai dalam 'to-buy list'. Terima kasih kepada mak yang telah menaja buku-buku tersebut. =)

poster promosi

Buat sahabat-sahabat yang ada masa terluang, jenguk-jenguklah Pesta Buku Selangor 2009 ini. Banyak manfaat yang bakal kita peroleh kerana memang tak rugi melabur untuk buku. Teringat satu ruangan dalam Sinar Harian hari ini. Persoalan tentang harga novel yang mahal. Bagiku, tidak timbul isu mahal atau murah kerana semuanya bergantung kepada isi kandungan sesebuah buku atau novel tersebut. Sebagai contoh, kebanyakan novel Alaf21 berharga Rm19.90 senaskhah; berbaloi dengan apa yang terkandung di dalamnya. Disebalik cerita cinta, ada juga ilmu-ilmu tentang perubatan atau sains mahupun psikologi yang diterapkan penulis dan disampaikan dalam keadaan santai. Jika dibandingkan dengan novel-novel karya Faisal Tehrani, Habiburrahman El Shirazy, Fatimah Syarha mahupun Nisah Haron, yang puratanya berharga Rm20++, memang membuat sesetengah orang berfikir dua kali sebelum membelinya. Namun percayalah, pulangan daripada pelaburan yang agak tinggi tadi sangat lumayan. Mengapa? Kerana selain terlalu banyak ilmu yang terkandung didalamnya seperti hadis mahupun potongan ayat Al-quran sebagai pengukuh hujah. Ku kira, novel-novel sebegini ibarat pakej, 2 dalam 1. Cerita hiburan dan juga tazkirah agama. Tak nafikan, novel-novel ini jatuh pada kategori bahan bacaan berat kerana setiap baris ayat yang dibaca perlu dihadam untuk mendapat hasil semaksima mungkin dan masa pembacaan juga lebih lama berbanding novel-novel cinta yang selalunya membuai perasaan saja. Banyakkan membaca karya-karya bermutu untuk membina minda dan membuka fikiran. Bukan bermakna meninggalkan terus karya yang hanya membuai perasaan tadi, cuma lakukan penambahbaikan pada diri. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Akhir kalam, selamat membaca dan menambah ilmu. Semoga pelaburan anda pada buku memberi pulangan yang lumayan..

Antara karya ilmiah

Thursday, 23 July 2009

Aku Kembali..


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, aku selesai menamatkan peperiksaan akhir semester ini dengan jayanya (ye ke?InsyaAllah). Terasa amat lega juga kerana masalah seorang sahabat selesai hari ini walaupun aku pernah mengeluarkan kenyataan yang ku kira agak tak munasabah untuk menguatkan benteng ketabahan dan kesabaran beliau. "Maaf banyak-banyak, semoga awak tabah menghadapi dugaan ini. Kami sentiasa ada untuk awak." Terima kasih kepada Najib kerana turut menyumbang kepada penyelesaian masalah ni.

Kini aku berada di rumah dengan bahagia (walaupun cuti cuma seminggu). Belas juga tika meninggalkan Kak Chik berseorangan di F1 siang tadi. Mujurlah wireless connection kembali muncul beberapa minit sebelum aku berangkat pulang setelah berhari-hari mogok. Ada jugalah peneman untuk Kak Chik. Selamat menyiapkan proposal dan semoga mendapat ilmu dan pengalaman baru dari program yang bakal berlangsung!

Semoga cuti kali ini bermanfaat dan semua perkara yang ada dalam 'To-do list' dapat dilaksanakan. Selamat Bercuti..!

Padang, Indonesia (tempat yang tersenarai dalam to-go list aku)

Friday, 17 July 2009

Maaf, Blog Tutup...

Salam ziarah buat Atas Nama Cinta.. Sejuta kemaafan kepada pengunjung blog saya kerana tiada entri baru kebelakangan ini dan mungkin juga berlanjutan untuk beberapa ketika.. Dalam erti kata lain, blog TUTUP. Terlalu banyak komitmen lain yang perlu didahulukan dan diutamakan serta kerja-kerja yang perlu diselesaikan ditambah pula dengan peperiksaan akhir bagi sesi 3/2008/2009 yang sudah pun menjengukkan diri. Doakan kejayaan kami di sini dan medan perjuangan saya adalah:

21st July 2009 - Material Selection & Adaptation (2.30 p.m. - IPIS)

P/S ;
Buat Im, insyaAllah akak akan langsaikan hutang akak selepas semuanya selesai.

Friday, 10 July 2009

Cerita Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Perancangan Allah yang maha kuasa telah menyebabkan satu pertemuan yang terlalu indah dan menghadirkan sebak di dada. Bermula dengan sebuah pertemuan, membawa kepada satu hakikat kebenaran. Benar-benar membuat aku menitiskan air mata. Ibarat merobek hati yang sudah sedia parah. Hakikat memang memedihkan. Namun aku perlu sedar dengan realiti yang jelas di pandangan mata, tapi tersembunyi dek kerana kaburnya pandangan hati. Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar... "Ya Allah, hadirkan kekuatan dalam diriku dan hembuskan ketenangan ke dalam hatiku.." Doa yang tak pernah lekang. Mujur masih ada insan yang masih sudi memimpin diriku dan menyuntik kata-kata semangat untuk aku terus gagah melangkah. Terima kasih banyak-banyak sedari.

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkinkah ada esok
Tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Hafiz Hamidun

Buat pertama kalinya Cerita Hati benar-benar terkesan pada diriku. Seperti bait-bait perkataan yang tertulis pada liriknya membawa makna yang amat mendalam. Biarlah awan sentiasa membiru untukku lakarkan kata-kata dan langit sentiasa cerah untukku isi semua cerita. Wallahua'lam...

Wednesday, 8 July 2009

Da'ie Yang Fleksibel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Hajat hati, mahu membaiki jam biologiku yang sudah rosak teruk. Namun, tak mengapalah tangguhkan seketika kerana aku ingin berkongsi sedikit cerita yang baru saja diperoleh dari seorang sahabat, Cik Nilam. Sudah terlalu lama tidak berjumpa dengan beliau dan jarang-jarang pula dapat bersembang dengannya. Kejap tadi, kami membincangkan tentang peranan seorang da'ie (pendakwah). Kebelakangan ini, aku sempat berbual dengan beberapa sahabat mengenai pendekatan yang digunakan oleh insan yang diberi kekuatan dan jalan oleh Allah untuk membimbing insan lain yang mungkin terlalai atau terpesong dari landasan. Bukan ucapan syukur yang keluar dari mulut mereka sebaliknya rungutan. Bait-bait perkataan yang masuk ke pendengaranku membuatku tersentak. Bimbang aku juga seperti orang-orang yang disebutkan. Antara dialog yang masih kekal di minda; "Zoh, aku bukan tak nak dekat dengan orang-orang bertudung labuh ni. Tapi tiap kali nak cuba datang dekat, diorang pandang lain macam." atau "Patutnya nak berdakwah kena la berhikmah, bukan main redah je". Terkelip-kelip juga mendengar butir bicara di atas. Aku bukanlah seorang yang hebat, namun masih lagi mampu memproses maklumat itu. Perkongsian dari Cik Nilam, da'ie perlu mengikut cara mad'u (orang yang mahu diajak kepada kebaikan). Bukanlah mengikut dari segi pemakaian atau perangai, tapi sesuaikan diri dengan keadaan mad'u dan fahami dia kerana da'ie selalunya mempunyai lebih. Lebih dari segi kesedaran, ilmu, kebijaksanaan dan sebagainya. Lantas aku teringat ucapan Yb. Dr. Halimah di satu program yang mengatakan bahawa kerja dakwah bukan semata-mata terletak pada ilmu yang ditimba, tapi bermula dengan perkara ringkas dan akhlak yang terpuji. Boleh mulakan dengan pujian atau berkongsi apa yang kita ada dan jangan sekali-kali bosan dengan dugaan kerana Rasulullah juga tidak pernah jemu dan putus asa dalam menyampaikan risalah Allah. Kemudian, terpulang bagaimana mahu menarik minat mad'u tadi mendalami ilmu yang kita ada. Firman Allah dalam Surah Aali Imran: 104; "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Manusia diturunkan dengan 3 tanggungjawab iaitu sebagai hamba yang beribadah kepada Allah, da'ie yang menyeru kepada kemaarufan(kebaikan) dan mencegah kemungkaran(kejahatan), dan juga sebagai khalifah yang mentadbir bumi ini dengan sebaiknya. Tanggungjawab ini tergalas pada semua manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Tidak semestinya orang yang beragama akan selamanya beragama kerana hidayah adalah kerja Allah. Bila-bila masa pun Dia boleh menarik kembali hidayah yang diberi seperti dalam firmanNya; "Dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan" (Aali Imran : 109). Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberi peringatan kepada diriku dan juga manfaat kepada pembaca budiman. Wallahua'lam.

Sunday, 5 July 2009

.:: Julai ::.

Cerita 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Kisah bermula seawal 12.00 malam 1 Julai 2009. Tarikh kelahiran bagi seorang kenalan, adik dan teman serumah. Kami sepakat mahu berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Mahu menjadi kelompok terakhir mengucapkan Selamat Hari Lahir dan meraikan beliau. Dipendekkan cerita, pada hari kejadian (1 Julai = Rabu), kami semua terlupa hendak menempah kek. Sebelum keluar untuk berjumpa Umie pada malamnya, Kak Chik cuma pesan "Awak tengok je kat PP. Kalau ada, ada la. Kalau takde, kita postpone dulu sambutan untuk dia sekali dengan wish." Aku cuma menurut. Malangnya, tak dapat cari sebiji kek hari jadi pun di bumi UNISEL ni. Okey, just proceed to the back-up plan. Ketika sedang melayari internet, aku menekan pautan blog Nazeha Home Bakery yang sengaja aku linkkan di blog ini kerana suka tengok cuppies yang comel-comel tu. Secara tiba-tiba, "Kak Chik, jom kita order cupcake untuk Fatimah nak?". Kak Chik pandang aku lama sebelum bersuara. "Saya tak kisah. Kalau awak sanggup nak buat, saya on je". Kami mula mencari design yang comel dan cantik untuk dihias atas cupcakes tu nanti.

Esok petangnya, (2 Julai = Khamis) aku menelefon nombor yang tertera di blog tersebut. Sebelum itu, risau juga kalau-kalau dia tidak dapat menerima tempahan saat akhir ini. Yelah, tempah lambat, tapi nak dapat cepat (nak ambil esok petang, 3 Julai = Jumaat). Alhamdulillah, Kak Zeha terima tempahan kami setelah berbincang. Okey, selesai.

Kerana sebab musabab yang tak dapat dielakkan, aku dan Kak Chik bertolak agak lewat dari sini. Kira-kira jam 3 petang. Keadaan jalan hari ni tak mengizinkan. Masa nilah nak baiki jalan pulak. Dah tu lori berderet-deret sepanjang jalan. Tak dapat nak pecut. Kak Chik disebelah cuma dapat cakap; "Sabar sedari, sabar". Campur salah jalan + konon dah tau tempat + buang masa = pukul 5 baru kami sampai rumah Kak Zeha. Teruja nak tengok corak cuppies tu, kami berhenti di tepi jalan dan buka kotak kek tu untuk lihat hasilnya. Alhamdulillah, memang corak cupcakes yang kami bayangkan pada Kak Zeha menjadi. Terima kasih Kak Zeha.. Lain kali kami tempah lagi. =)




Mula-mula buka selotip..


Okey, tolak perlahan-lahan..




Tadaaa..."Comelnya.." (Reaksi kami berdua)


Muka Kak Chik yang teruja..

Selesai... kembali ke UNISEL. Sepanjang jalan, kami memikir rancangan untuk mengenakan Cik Beliau (mangsa kejadian) lalu buah fikiran yang sengal dan merapu tu kami kirim melalui sms kepada Faien (roommate Cik Beliau). Berubah beberapa kali hinggalah akhirnya kami sepakat untuk tidak merancang apa-apa. Pasrah saja mengikut situasi. Hehehe.. Kami tiba tika imam Masjid UNISEL sedang membaca doa. Usai solat maghrib, kami mengajak Cik Beliau ke Cangkir di PP untuk makan dan sesi kena-mengena. Malangnya, adik-adik Cik Beliau juga akan makan di situ. Cik Beliau mahu tempat makan ditukar. Aku terus menghalakan kereta ke jalan keluar. Sebenarnya masih buntu mahu pergi ke mana hingga aku tawaf di bulatan pintu masuk UNISEL sebelum menghalakan kereta ke kampung sebelah (Kg. Bestari Jaya). Takdir membawa kami ke U Rock Scorpion (salah satu restoran kat kampung). Mujurlah tak ramai pengunjung kala itu. Ada insiden haru berlaku sebaik turun dari kereta. Apa dia? Biarlah kami berempat saja yang tahu (maaf Kak Chik, kalut punya pasal).


Aku cuma membawa bersama pizza yang dibeli dalam perjalanan balik tadi. Setelah selesai memesan makanan, kami menjamah pizza sebelum mengisi nasi (sehari aku dan Kak Chik tak makan). Panjang pulak la cerita 1 ni. Takpe, dah nak habis. Hehehe.. Okey, dah sudah makan, letak semua pinggan kat meja sebelah. Jeng..jeng..jeng.. " Sedari, mana handphone saya? Adoyai, mane la pulak ni. Jom teman cari kat kereta." Dialog cuak aku yang tak berapa nak cuak. Mesyuarat kejap dengan Kak Chik kat belakang kereta. Macam mana nak angkat kek ni. Akhirnya, Kak Chik angkat kek, aku bawak kotak (untuk simpan lebihan kek). "Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi Fatimah..Selamat Hari Jadi.." Cik Beliau buat muka terkejut + terharu. "Eei, sengal la korang. Patut la tak wish pun kat Aien. Senyap je. Jahat tau" Misi tercapai ke?Apa pendapat korang, Kak Chik dan Faien? Lepas sesi berdialog dan rakaman pendek ucapan dari semua orang, doa diaminkan dan sesi bergambar dengan cuppies yang comel dan cute tu sampai Kak Chik tanya "Bila nak makan ni?" Dengan kerjasama pemilik U Rock Scorpion (yang kitorang panggil Pakcik Scorpion), dapat la mengabadikan kenangan kami berempat dalam satu gambar. Cukup la kot cerita 1 ni. Alhamdulillah, Cik Beliau suka dengan cuppies yang bertemakan ungu (warna kegemaran Cik Beliau)
Fatimah dengan cupcakesnya


"Kami..."


Cerita 2

Sejak dari minggu lepas Kak Chik memberitakan tentang kedatangan ibu tercinta ke UNISEL pada aku. Jadi, habis saja ceramah di masjid siang tadi, dia terus balik untuk berkemas. Sempat pula berpesan pada aku, Faien dan Fatimah; "Balik cepat. Mak mertua nak datang ni. Kena kemas rumah." Cerita pun dipendekkan.... Awal senja tadi, kakak Kak Chik menelefon dan memberitahu bahawa mereka dalam perjalanan. Wah, terus kami semua kelam kabut mengemas apa yang patut. Tung tang...tung tang...tung tang.... Kira-kira jam 8.35 malam, ma Kak Chik tiba dengan kakak(beserta keluarga) dan adik bongsunya(maaf Encik Presiden, tak dapat datang program malam ni). Meriah seketika rumah kami.

Selepas keluarga Kak Chik pulang, aku menghidupkan laptop. Mahu membuat apa-apa yang patut. Seketika, terasa ingin makan cupcakes yang masih banyak berbaki. Kak Chik kata, makan nanti la malam-malam sikit. Supper. Layan jelah. Waktu tu pun dah leka dengan laptop. Setelah siap membersihkan diri, Kak Chik memanggil aku dan kemudian Faien ke meja makan. Mulalah sesi makan cupcakes. Macam biasa, sebelum makan, kami sibuk memilih corak mana yang nak dimakan dulu. Mula-mula aku menghabiskan cupcakes bercorak mahkota. Kak Chik minta dipilihkan corak untuknya. Okey, corak hati dan permata. Beliau makan yang bercorak permata dulu. Faien pula menikmati cupcakes bercorak rantai berloket. Sedang aku sibuk berceloteh itu dan ini, Kak Chik dan Faien serentak mengucapkan Selamat Hari Jadi. Allah..! Terkedu kejap. Terharu pun ada. "Erm..on time. Pukul 12." Faien bersuara. Terima kasih. Pertama kali meraikan hari lahirku di hostel UNISEL. Yang tak patutnya, boleh pulak diorang ambik cupcakes bercorak hati yang aku pilih tadi untuk kek hari jadi aku? Tak patut betul... Faien siap tanya; "Nak lilin?" Aku pun layan jelah.

Nilah rupe kek hari jadiku..

Kelakar la pulak bila ingat balik. Ya, aku dah 21 tahun. Dah boleh daftar untuk mengundi. Erk..! Teruja la pulak. Hehehe.. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Ain Nuar, Hani (dua orang ni wish awal), Abang Garang, Shah, Encik Presiden, Umie, Dyaz, Ifdal dan Aten yang ingat hari lahir aku. =)


Thursday, 2 July 2009

Buatmu Sahabat...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Pada jam ini, sudah masuk hari ke-2 dalam bulan Julai. Rasanya cuma aku yang masih celik mata di rumah ini. Sekadar mahu meluahkan kerinduan yang bertamu pada sahabat-sahabat yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. Akhir-akhir ini, mereka sering saja singgah diingatan. Mulalah aku mengingat kembali saat-saat manis bersama yang kebanyakannya terrakam pada program-program dan aktiviti yang kami uruskan atau hadiri. Ada juga masa-masa sengal yang membuat aku ketawa sendiri bila teringat kembali. Rindu mahu makan bersama atau berkumpul untuk aktiviti buang tebiat dan juga usrah bersama.
Kenangan di RUC 2008 ( Kak Chik, Aini, Sue, Aku )


Kursus Pengurusan Jenazah (Bersama kedua-dua ustazah Hafiza)
Kak Chik, Aku, Sue, Aini & Rahmah

Sebuah lagu khas untuk semua sahabatku yang telah mencipta terlalu banyak memori untuk dikenang. Terima Kasih..

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Mirwana G5


Datin Paduka Umie (Orang yang paling susah nak jumpa)