Engagement Fund ;)

Wednesday, 30 September 2009

Cerita Raya 1430

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, sempat aku mencuri masa untuk mencatat sedikit cerita raya lepas. Walaupun pada mulanya raya kali ini rasanya akan menjadi kurang meriah dan tidak seronok kerana; pertama, tidak sempat menyiapkan kuih raya yang sudah disenaraikan dalam to-do list, kedua; apa yang dirancang awalnya tak terjadi. Tapi akhirnya ada sedikit keceriaan singgah pada sisa cuti raya.

Cerita 1 (2 Hari sebelum raya...)
Perancangannya, mahu memasak rendang hari ni dek kerana peti ais yang penuh dengan pelbagai stok untuk raya. Mak menyerahkan tugas memasak padaku. Kira-kira lepas asar, tersedialah kesemua bahan-bahan yang sepatutnya untuk rendang daging. Rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih dan ketumbar memang sudah ada tersedia dalam peti. Cuma rendangku tiada lengkuas. Bukan apa, malas eden nak ambik kat kebun nun. Bukan boleh korek-korek dengan pisau macam nak ambik halia, tapi siap kena bawak cangkul dan parang bagai.... Sebelum mula menumis bahan-bahan tumisan, dengan yakinnya aku membuka peti ais untuk mengambil rempah ratus tadi. Jintan putih dan jintan manis memang terletak elok kat para paling bawah. Cuma bekas ketumbar tidak kelihatan di situ. Ah, sudah... Jangan la pulak ada yang terbuang ke atau tertumpahkan ketumbar tu. Seingatku bekas tersebut masih lagi penuh berisi kerana memang sengaja aku siapkan untuk memudahkan mak memasak. Habis satu rumah sibuk mencari bekas tersebut kecuali abah yang masih berada di kebun. "Ko tak baca bismillah ni dik.." Abang berkata sambil mencari. "Dah la tadi. Takpe la, orang baca lagi sekali" Sebaik saja menyudahkan bacaan bismillah.. "Hah, ni apa?" Abang Faiz mengangkat bekas hijau berisi serbuk ketumbar dari belakang bungkusan di atas peti ais. "Hehehe..terima kasih..."

Ni la rupa rendang saya

Cerita 2 (Sepanjang Raya)
Tak ada yang luar biasa pun sepanjang raya. Cuma ada rutin setiap hari. Isi kuih raya, buat air, basuh gelas, masak. Penuhkan balang kuih raya, bancuh air, cuci gelas, masak. Tak berhenti orang datang berkunjung. "Ye, jemput masuk..Mak dan abah ada". Bukan apa, kadang-kadang bila cakap mak dan abah tak ada, tak jadi diorang nak beraya.

Cerita 3 (Raya ke 5)
Sedari awal Man menghantar mesej mengkhabarkan hasratnya untuk bertandang ke rumahku raya kali ini. Aku dengan riangnya berkata "Datang la Man, dah lama tak jumpa." Terus aku khabarkan kedatangan Man pada Aten (geng buang tebiatku). Punyalah kami berdua merancang nak beraya ke mana waktu Man datang nanti. Bila ditanya dengan siapa dan bagaimana Man datang, lagi la keluar sampai 2 master plan pulak. Memandangkan Dyaz, Chik, dan Cik Nilam masih berada di kampung, akhirnya Man datang dengan Cik Makassar. Selamat datang ke rumahku Din! Hehehe.. Rancangan untuk keluar awal terpaksa dilupakan memandangkan tetamu datang silih berganti dimana tika jam menunjukkan 4 petang barulah kami berangkat ke rumah Aten. Hani dan Long telah lama menunggu ketibaan kami. Siap merasa kesemua kuih raya Aten dan bersolat asar, kami bertolak ke Bukit Changgang pula untuk ke rumah Nani dan Lieza. Rumah Ain Nuar terpaksa dikeluarkan dari senarai kerana masa tidak mengizinkan. Sampai di rumah Nani pun sudah hampir maghrib. Sedang enak merasa kuih raya Nani, 2 kereta berhenti di halaman rumah Nani. Tuu dia! Sahabat yang sudah sekian lama tidak berjumpa bertemu muka tanpa dirancang. Nab, Nadia, Fiza, Pana Lan, Zatul dan Ain Nuar pun ada sekali. Terus sesi fotografi berjalan secara rasminya. Stesen seterusnya, rumah Za. Agak lama juga di sini memandangkan kami bersolat maghrib sekali. Selesai semuanya, perjalanan diteruskan. Kali ni menghala ke Kajang. Berani mati ni, anak-anak dara berjalan malam. Bukan apa, aku teringin mahu menjejak kaki ke rumah Man memandangkan sepanjang perkenalan kami, hanya dia saja yang kerap ke rumahku. Disebabkan sudah agak lama tidak ke Kajang, aku kurang ingat jalan di mana Man yang menjadi penunjuk jalan tersalah pilih jalan. Sampai memang sampai. Tapi agak jauh dan jalannya sunyi tanpa satu pun kereta walaupun dalam kawasan Putrajaya! Berdebar juga kalau tiba-tiba ada yang menahan ke. Haish, haru dibuatnya nanti. Jadi aku mengikut saja papan tanda 'Kajang' hinggalah stereng dipusingkan ke kiri untuk susur keluar ke Kajang. Sekali lagi ketar lutut bila tiba-tiba jalan bertukar gelap gelita dan kiri kanannya dipenuhi pokok-pokok dan semak serta jalannya yang berbukit. Kami jadi cuak sekali lagi. Masing-masing kembali sibuk bercerita itu dan ini untuk menutup kecuakan (ye kan korang?). Akhirnya sampai juga di rumah Man. Rupanya tahun lepas Man tak balik beraya di Semenanjung. Patut la beria-ia Man nak datang rumah. Mak Man dah siap masak tika kami menjejak kaki di situ. Alhamdulillah, rezeki. Hampir 45 minit juga di rumah Man barulah kami bergerak ke stesen terakhir, rumah Radin di Bandar Tun Hussein Onn. Yang sengalnya, Tuan Punya Rumah pun ragu-ragu dengan jalan nak ke sana, camano ni hah? Nasib baik sampai jugak walaupun ada terlajak sikit. Kami bertolak pulang kira-kira jam 10++ dengan isi kereta yang sudah berkurangan dan seruan pulang dari rumah masing-masing. Moral of the story, tahun depan kena la keluar pagi kalau nak beraya banyak rumah.

Tangga rumah Aten (tuan rumah tukang ambik gambar)

Kat rumah Aten (penghargaan buat Adik Man kerana jadi jurukamera)

Pertemuan tidak terduga

Tak penat ke posing?

Tangga rumah jugak korang lepak ye...


Ni model kuih raya ke?

Dari kiri;empunya blog, Aten, Long, Man, Hani, Za(tuan rumah), Radin

Menikmati masakan mak Man..

Orang jauh...

Dah kenyang..

Perhentian terakhir, Rumah Radin

Cerita 4 (Raya ke 6)
Dari pagi aku sibuk di dapur membantu mak masak kerana saudara-saudara dan makcik-makcikku akan singgah selepas bertandang ke rumah Kak Jemah yang mengadakan kenduri kahwin anak sulung perempuan.
Ni pelamin Didi...Pengantin tak sampai lagi..

Menu hari ni, mee kari. Petangnya, sudah siap mengemas rumah selepas Kakak-kakak saudara dan makcik-makcikku pulang, satu pesanan ringkas masuk ke dalam Nokia 6085; Salam sazoh, ada kat umah x? Erm...soalan cuak ni. Dyaz dan beberapa sahabat lain sedang dalam perjalanan ke Banting rupanya. Mujurlah semuanya sudah tersedia. Cuma mereka sampai ketika aku belum bersedia (tak solat asar dan mandi lagi). Ingatkan 2 kereta, rupanya satu Avanza. Chik menjadi pemandunya. Sampai juga Kinah, Cik Nilam, Baz dan Dyaz ke rumahku. Aku je tak sampai-sampai lagi rumah mereka. Hehehe.. Dah sudah makan, sesi wajib di setiap destinasi bermula. Macam-macam gaya keluar.


"Okey semua, pandang kamera.."


Teruja pulak bila jumpa kanak-kanak Ribena ni..hehehe..

Kinah, ko baca doa apa tu?


Kaki pun nak gak posing..

Tangan pulak...

Jom buat bintang..


Ibu jari pun kena ke?


Okey, jari mana pulak lepas ni?

Babai Cnah!


Kali kedua pi umah Aten dapat makan Bihun..


Maaf tuan rumah, pinjam tingkap kejap..hehehe

Dah, semua pun nak duduk kat tingkap jugak

Kenangan sebelum pulang..

Antara Aidilfitri terseronok bagiku. Berkumpul semula dengan sahabat-sahabat lama dan mengenang kisah lalu. Tak kurang juga soalan-soalan sengal seperti; "Bila nak dapat kad wangi ni?" atau "Agak-agak sape dalam batch kita kahwin dulu." Sabar la ye kanak-kanak. Nanti-nanti ada la kad wangi sampai.

Friday, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri...




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Ramdahan sudah pun sampai ke penghujungnya. Aku pun dah selamat sampai di rumah petang semalam. Alhamdulillah... Di kesempatan ini, ku memohon sejuta kemaafan kepada semua kenalan dan kaum keluarga (yang baca blog ni la ye,yang tak baca nanti jumpa masa raya) atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata atau apape la yang 'ter..'. Buat sahabat-sahabat seperjuangan di i Rakan, maaf seandainya ada perbuatan, percakapan yang mengguris hati kalian. Kepada teman-teman sekelas; Min, Ain, Eizla, Ella, Fifi, Mira, Kak Syud dan yang lain-lain, maaf zahir batin. Buat sahabat-sahabat Hamidians Batch SPM 05'(kawasan jajahan Banting), jangan lupa tradisi turun-temurun kita ye. Hehehe... Kepada pembaca-pembaca setia blog ini dan pengikut-pengikutnya, terima kasih kerana sudi singgah dan jenguk Atas Nama Cinta. Jemput la datang ke rumah ye... Tak lupa pada sahabat-sahabat yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati; Cik Runner Sue, Abang Garang, Rahmah, Andak, Kak Farah, Kak Fiqah, Kak Mira dan semuanya la.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan selamat menikmati lagu raya pendek dari kad raya di atas. Hehehe.. Terima kasih kepada Abang Faiz yang mereka kad di atas. Sesiapa yang terasa nak letak dalam blog dia, boleh la klik kat sini.

Owh, untuk Kak Chik, maaf zahir batin atas segalanya ye. T shirt kita dah sampai. Lepas raya dah boleh mula bisnes. Kepada Umie, selamat pulang ke kampung. Jangan lupa datang rumah aku ye. Akhir kalam, terimalah pantun jawa popular ni:

Nyimpen jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.

P/s: Bang, tolong promosi ni, ada upah tak?

Thursday, 17 September 2009

Malam-malam Terakhir...

Sekali lagi, aku masih celik. Buat julung kalinya aku turun ke kafe untuk bersahur tadi. Sangkaku tiada manusia di situ kerana sebaik menjejak bumi (sebab rumahku ditingkat 2), tiada satu pun kelibat manusia. Sampai saja di kafe, beratur panjang manusia menunggu pesanan makanan. Tak pernah turun, mana la tau orang ramai kan. Beberapa sahabat muslimin yang turut berada di situ pelik melihat kelibat kami(aku dan Faien). "Dah lapar, turun la carik makan." Ini jawapan Faien. Jawapanku; "Buang tebiat sebelum balik raya." Selebihnya, mahu berbincang buat kali terakhir dengan seorang sahabat tentang program yang bakal berlangsung sebaik saja naik cuti nanti sebelum beliau terbang ke Sabah esok. Bila terdengar lagu raya di corong radio, hati jadi sayu. UNISEL juga semakin lengang. Kami pun tinggal bertiga di rumah ni. Pagi nanti, kelas terakhir sebelum kami boleh bercuti. Pun begitu, masih banyak urusan yang belum selesai. Sewaktu menyerahkan kad raya pada kawan-kawan tadi, aku meng'update' semula kalendar akademikku.

Test:
Educational Research Methodology - 28 September 2009 (Monday)
Teaching of ESP - 29 September 2009 (Tuesday)
ESL Testing & Evaluation - 30 September 2009 (Wednesday)

Assignment:
Educational Research Methodology
- Proposal (Introduction)

- Complete the student perception survey question

Teaching of Writing
- Presentation (Chapter 1)


Teaching of Reading Skill
- Big book approach


ESL Testing & Evaluation
- Design 25 exam questionas for Form 4 students by using health
article from newspaper

Ramadhan juga semakin hampir melabuhkan tirainya. Terasa begitu cepat masa berlalu. Aku bertanya pada diri, banyakkah ibadahku? Manfaatkah masa-masaku sepanjang ramadhan ini? Diterimakah amalanku? Terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat beberapa minggu sudah; "Orang yang paling rugi adalah orang yang tidak sekalipun meminta keampunan dari Allah sedangkan keampunan dari Nya adalah pasti dalam bulan Ramadhan." Ya Allah, semoga kau mengampunkan segala dosaku... Rebutlah peluang terakhir sebelum ia berlalu pergi beberapa hari lagi. Mudah-mudahan Allah memberi keampunan dan menerima segala amalanku, anda dan kita semua. Ameen.. Sebaris ayat dari muka depan Majalah Solusi yang membuatku tersedar dan berfikir; 'Beribadahlah sebanyaknya hingga kamu penat untuk berbuat maksiat'. Semoga kita masih berpeluang mencari redha Allah di malam-malam terakhir ramadhan ini.

Tuesday, 15 September 2009

Dah Macam Ni Pun Tak Boleh Nak Stress Ke?

Lagi sekali kesengalan melanda. Tuan Pengarah kata, jangan stress sangat. Tapi kalau dah kerja tak siap-siap dan banyak pulak nak kena edit, tak ke kena risau dan sekaligus menimbulkan stress? Tak campur lagi dengan assignment yang bersusun-susun dan yang bakal bertompok-tompok. Tadi cuba nak lelap mata kejap, tapi tak boleh pejam pulak memikirkan kerja yang harus disiapkan ni. Ditambah dengan kepala yang rasa macam diramas-ramas. Adoi, saket palo den.. Sabar... Kembali kepada niat. Betul apa yang yang Tuan Koordinator cakapkan tadi. Muhasabah balik diri kita. Teliti apa yang kita buat walau kadang-kadang lebih cakap dari buatnya termasuk la aku sendiri. Kembali pada Kitabullah. Ada dinyatakan pada ayat 7 surah Muhammad yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." Sebelum kepala tambah berdenyut, baik la hamba menyambung kembali kerja yang ditangguh sebentar ni.

*Entri sengal di pagi hari...

Saturday, 12 September 2009

Oh, Ukhuwah...Bukan Kuah?

Sabtu lepas, ketika kami sedang membuat kerja-kerja berkaitan program terbaru persatuan, Encik Presiden mengumumkan bahawa Jumaat depan (semalam petang) akan diadakan iftar jama'ie antara MT. Semuanya gara-gara Encik Timbalan Presiden yang kini sedang berpraktikal di KL dan hanya ada waktu tertentu untuk ke sini (UNISEL). Kami yang berada di situ bersetuju selepas aku tawar-menawar memandangkan aku sudah ada rancangan pada hari kejadian.

Cakap memang mudah tapi melaksanakannya sukar. Aku dan Faien bercakap-cakap tentang beberapa tempat popular di sekitar sini (yang jauhnya berpuluh kilometer jugak la) seperti Satay Hut dan Restoran Stimbot. Memandangkan keadaan tak mengizinkan, akhirnya Cangkir juga yang menjadi pilihan. Kan, rancang la sangat ye. Kami berempat tiba agak lambat, sudah azan pun ketika menjejak kaki ke dalam tempat kejadian. "Uiks, ramainya" terkeluar ayat tersebut tatkala melangkah masuk. Encik Presiden, Ifdal, dan Sha duduk di meja yang terletak di bahagian yang agak belakang juga. Selesai memesan makanan, Encik Presiden, Encik Timbalan, Ifdal, Sha, Faien dan Za bergerak ke surau untuk solat maghrib. Tinggal aku dan Aienn menjadi penjaga meja sebelum bertukar syif.

Ketika aku dan Aienn kembali dari solat maghrib, makanan telah pun terhidang. Agak pelik bila masing-masing ketawa. Seperti ada perkara lucu yang terjadi. Tambah pelik bila Ifdal menundukkan muka, hanya nampak topi Transfomersnya saja. Bila aku tanyakan apa yang terjadi, semuanya berkata;
"Cuba tanya Ifdal.." Haish, main-main pulak korang ni.
Selepas beberapa kali pertanyaanku terbiar tanpa jawapan, Faien mencelah;
"Akak tak perasan ke, air akak tu?"
Aku memandang pada gelas yang ada di hadapanku. Memang bukan milo ais seperti yang aku pesan, sebaliknya sirap limau. Lantas aku tanya kembali;
"Ha, kenapa dengan air ni?". Tiba-tiba Ifdal mencelah;
"Kak, walaupun belum raya, tapi saya nak mintak maaf zahir batin dari akak. Tak, sebenarnya saya dah terminum air akak."
Encik Presiden dan Encik Timbalan masih lagi tergelak-gelak. Memang hairan juga mula-mula bila gelas milo ada di hadapan Ifdal.
"La, ye ke?Dah terminum, takpe la. Tukar je la dengan air yang belum minum."
Aku menyambung.
"Takpe ke akak ambik sirap limau tu?" Ifdal masih serba salah.
"Alah, tak kisah pun."
"Ok, cantik." Keluar dah frasa biasa Ifdal beserta thumbs up nya.
"Lepas tu, Kak Faien pun tertukar air dengan Abang Sha jugak." Dia menyambung. Hurm...padan la ketawa bagai nak rak.

Semasa mula makan, Sha bersuara; "Kenapa masin nasi goreng aku ni?".
"Ko order apa?" aku bertanya.
"nasi goreng kampung".
Ifdal yang baru mula menyuap tiba-tiba menyoal Za;
"Kak Zam, masin tak nasi goreng akak?".
"Tak pun." Za menjawab ringkas.
Aku tertanya, apa kaitan nasi goreng Za dengan nasi goreng Sha. Dua-dua nampak sama. Tapi bila tengok balik, nasi goreng Za ada kangkung dan ikan bilis.
"Tertukar la tu dengan Kak Zam. Akak order nasi goreng ikan masin kan?". Za cuba mengangguk.
Sekali lagi meja kami bising dengan deraian ketawa. Mujur keadaan di situ sudah agak lengang.

"Ni baru la ukhuwah namanya. Tukar-tukar makanan. Saya ambik air Kak Farah, Kak Faien tukar air dengan Abang Sha, Abang Sha tukar nasi dengan Kak Zam". Ifdal bersuara dalam senyum dan yang lain turut keluar dengan dialog masing-masing. Macam-macam la korang ni. Saat berbuka puasa paling meriah tahun ni. Isnin ni Andak pulak datang. Satu lagi pusingan. Ada sesiapa nak join buka puasa dengan Andak pulak?

Roda Kehidupan

Alhamdulillah, petang semalam aku berjaya juga mengadakan perjumpaan bersama adik-adik usrahku selepas beberapa kali dipinda tarikh dan masa pertemuan dek kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Bagi kumpulanku(bersama 2 sahabat lain), rasanya kami perlu berdikari dalam menyampaikan pengisian memandangkan Penasihat kumpulan hanya akan mengadakan perjumpaan bersama atau mungkin bolehku katakan usrah gabungan sekali dalam sebulan. Selebihnya, diserahkan pada kami bagaimana mahu mengolah 'buku teks' yang disediakan. Bukan mudah mahu membimbing dan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Ilmu dan bimbingan yang mahu disampaikan perlu diteliti dan ditapis kebenaran dan kejituannya. Bimbang nanti jadi seperti ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus. Setiap kali berkongsi ilmu, aku terasa puas dan senang hati kerana aku mengulang apa yang dipelajari sekaligus memberi kefahaman kepada orang lain. Salah satu saham akhirat yang lumayan pelaburannya adalah ilmu yang bermanfaat dimana setiap kali orang yang kita ajarkan ilmu mengamalkannya atau mungkin berkongsi pula dengan orang lain dan menjadi penyebab kepada saham itu untuk terus berganda. Semoga pemberi dan penerima ilmu memperoleh manfaat.

Teringat sewaktu zaman persekolahan dulu. Aku juga telah diamanahkan untuk memegang satu kumpulan usrah bersama dengan seorang sahabat memandangkan bilangan ahli usrah yang agak besar. Bila diingat kembali, macam main-main pulak waktu tu dengan ilmu yang tidaklah mantap mana dan pertama kali pula menjadi naqibah. Dari tingkatan 1 hingga 4 cuma dibimbing dan disuap oleh naqibah-naqibah usrah dan bila naik ke tingkatan 5, aku pula dilantik menjadi naqibah. Modul usrah pula berdasarkan buku tulisan Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Memeluk Islam, yang seingatku hanya diselak beberapa kali saja(ye kan Ten?). Bagiku, tidak akan ada kali kedua jika tidak bermula dengan langkah pertama. Pengalaman lalu biarlah menjadi asas untuk memantapkan tanggungjawab yang dipikul sekarang.

Mujur adik-adik usrahku semuanya jenis yang peramah dan sporting. Cuma ada seorang dua yang pendiam. Bila perlu mengendalikan kumpulan usrah, barulah aku sedar yang aku juga dulu macam mereka. Hanya menerima saja apa yang naqibah katakan tanpa ada respon mahupun perkongsian idea. Yang bersuara selalunya orang sama yang tergolong dalam golongan banyak cakap. Usrah bukan tempat untuk pengajaran formal seperti di dalam kelas sebaliknya tempat perkongsian idea, perbincangan dan macam-macam lagi. Andaikan seperti berada dalam keluarga sendiri. Tak sepanjang masa mak dan abah mengajar. Tetapi ada masa berbual, bermain, bercerita, lepak dan sebagainya. Barulah ahli usrah tak bosan dan sentiasa bersemangat. Mudah-mudahan aku berjaya menghidupkan suasana yang disebutkan tadi.

Manusia diciptakan dengan banyak kelebihan dan juga kelemahan. Bagi diriku sendiri, usrah adalah wadah untuk mengecas kembali neuron-neuron keimanan dan peringatan yang telah lemah, sama macam telefon bimbit yang perlu dicas semula setelah digunakan. Sebelum mengakhiri pertemuan semalam, ada seorang dua yang bertanya;
"Kak, boleh ke kalau kitorang nak jadi naqibah nanti?". Tersenyum aku mendengar soalan mereka. Jauh disudut hati, bangga dengan semangat dan pandangan jauh mereka.
"Boleh, apa salahnya. Setiap orang memang ada ciri-ciri untuk memimpin. Tapi sebelum memimpin, kena buat persediaan. Macam sekarang ni pun, yang bawak buku catatan dengan pen pun 2 ke 3 orang je." Tersenyum-senyum mereka sesama sendiri.
"Bukan apa, kalau kita mencatat, kita lebih ingat dan boleh jadikan rujukan kalau-kalau korang jadi naqibah satu hari nanti walaupun ilmu akak takde la hebat pun. Akak kongsi mana yang ada." Tiba-tiba seorang dari mereka menyampuk.
"Ala kak, tak semestinya nak tunggu jadi naqibah baru boleh rujuk. Untuk rujukan diri sendiri pun boleh." Jannah melontarkan pendapat. Aku turut setuju dengan pandangannya kerana takkan mahu menunggu orang lain baru hendak merujuk sedangkan diri sendiri juga perlukan rujukan.

Inilah kehidupan. Ada masa kita diajar. Ada masa kita belajar dan sampai satu masa kita perlu mengajar. Mengajar bukan perlu menunggu kita habis belajar, tapi ajarlah dengan apa yang kita ada kerana masa tidak menunggu kita. Kita yang perlu mengejar masa dan bijak memanfaatkan masa yang ada. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud; Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat. Semoga kita sama-sama sentiasa membaiki diri untuk menjadi lebih baik, InsyaAllah...

Thursday, 10 September 2009

Kesengalan Melanda

Malam tadi, semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Tak tahu mana silapnya. Hanya selepas solat subuh, barulah kelopak mata ini terasa berat yang teramat. Kelas pertama pagi nanti akan bermula jam 8.30 pagi. Kerana bimbang terlajak, dua-dua jam aku kunci. Itu pun lewat 15 minit dari masa yang sepatutnya. Mujurlah dalam kelas tadi tak mengantuk langsung. Alhamdulillah. Bila cerita pada Ain dan Min, mereka mengatakan aku ada sleeping disorder atau dalam Bahasa Melayunya masalah tidur. Macam-macam Ain sarankan untuk membolehkan aku tidur awal dan semua yang dia sebutkan itu telah selamat aku buat. Entah la. Bukan tak nak tidur. Tapi kadang-kadang keadaan tak mengizinkan untuk tidur. Dengan kerja-kerja sampingan di persatuan, assignment, dan juga ulangkaji. Akhirnya, aku isi masa segar tu dengan menggosok pakaian untuk kegunaan siang tadi dan mengulangkaji mana-mana topik yang patut.

Nikmat tidur yang kadang-kadang kita abaikan atau salah guna...


Tamat saja kelas jam 10.30 pagi, aku bertolak ke Tanjung Karang untuk menguruskan perihal kad ATM yang dari minggu lepas tak boleh digunakan. Mujurlah urusan di bank dipermudah kerana ada kaunter khas untuk masalah kad ATM. Dalam perjalanan pulang, aku mahu mengikut jalan biasa (tanpa melalui pekan Kuala Selangor). Disebabkan sudah beberapa purnama tidak menjengah ke sini, kami tersesat separuh jalan. Tapi, seronok la juga sebab kami dapat menikmati pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas. Sejuk mata turun ke hati. Leka dengan kehijauan bendang, Faien berkata "Kak, kita ni macam tawaf satu kampung je". Barulah aku sedar kebenaran kata-kata Faien tadi. Akhirnya, dapat juga kami menemui jalan keluar.

Kehijauan sawah padi (sekadar gambar hiasan)


Balik dari kelas jam 5.00 petang, aku terus ke rumah untuk menyelesaikan apa-apa yang patut sebelum bergerak ke masjid untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UNISEL. Tanpa dijangka, dua SMS yang masuk ke dalam 6850 membuat semangatku merudum. Terus hilang mood. Ketika mahu keluar kira-kira jam 6.40 petang, ada pulak Kenari merah parking belakang Kancil Umie. Adoyai, angin satu badan. Dah la dah lambat, ada pulak halangan. Sabarlah hati. Ekspresi muka waktu tu, tak payah cakap la. Bengang tahap Gaban. 10 minit pergi dengan sia-sia yang mana akhirnya aku mencuba untuk mengeluarkan kereta dengan cara susah dan menyusahkan dengan sedikit ruang yang ada. Tiba-tiba ada pulak 2 orang siswa yang tengah lepak-lepak di tepian menolak Kenari merah tersebut kebelakang. La, tadi aku cuba tolak tak gerak pulak...Sabar je la. "Kereta awak ke?" Aku bertanya dengan muka yang masih lagi bengang. "Eh, tak. Kitorang try tolak je, boleh pulak". Salah seorang menjawab dengan ramah. "Terima kasih ye". Aku melemparkan senyuman dengan muka yang masih lagi kelat. Moral of the story, UNISEL patut menambahkan lagi tempat meletakkan kereta supaya tak la menyusahkan orang lain.

Kesengalan petang tadi masih tertinggal dalam diri ni sampai sekarang. Cuma keadaan sekeliling dan rasional pemikiran yang membuatkan aku bertahan sepanjang perjumpaan tadi. Hai, ada je benda nak jadi. Sebab tak cukup tidur ke?

Friday, 4 September 2009

Beginilah Nasib Kami

Usai saja perbincangan tentang beberapa assignment yang perlu dihantar minggu depan, aku menapak ke bilik Ustaz Saedal untuk memastikan beberapa perkara berhubung persatuan. Kira-kira 10 minit kemudian, aku terus ke Canseleri. Hajat hati mahu merisik khabar tentang surat yang dihantar kepada salah seorang Pengurusan Tertinggi. Rupanya, lain yang dirancang, lain yang ku peroleh. Bilik beliau gelap tanpa cahaya dan kosong tidak berpenghuni. Akhirnya aku menukar haluan ke Pejabat HEP untuk bertemu Ustaz Firdaus. Ini pun berlaku bukan seperti yang dirancang. Dari sekadar untuk memaklumkan mengenai mesyuarat, tiba-tiba dapat pula fail Naqibah yang sepatutnya diambil semalam. Ye, semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Eh, dah lari tajuk ni. Okey, kembali ke pangkal jalan...

Sampai saja di rumah, hati menjadi galau mengingatkan singki dapur yang tersumbat sejak semalam lagi. Entah apa yang tak kena hingga air tidak mahu mengalir. Keadaan ini menyusahkan kami untuk menggunakan dapur lebih-lebih lagi ketika memasak. Sepanjang menyiapkan bahan-bahan masakan, aku berkira-kira mahu melaksanakan apa yang terlakar di fikiran sejak berada dalam kelas lagi; membuka saluran bawah singki untuk membolehkan air mengalir. Bila seorang dari teman serumahku, Asy mengkhabarkan bahawa janji temu untuk membaiki singki itu 2 minggu lagi, kami sepakat untuk meneruskan apa yang terzahir di fikiran. Asy bertindak lebih dulu dari aku. Babak-babak cemas yang aku ingat;

Asy: Akak, asy nak bukak dah ni.
Aku: Dah tadah ke dengan baldi? Kalau melimpah air tu, bercinta nak mengelap nanti.
Asy: Ada ni, baldi Asy.
Aku: Erm, meh akak tolong. Dekatkan sikit la baldi ni dengan saluran tu, takut merecik pulak nanti.(Aku mengangkat baldi yang sudah berada di situ lebih hampir dengan saluran)
Asy:Ketat la kak.(Masih cuba memusingkan 'mangsa'). Ha, ok-ok. Dah longgar dah ni. Nak terbuka dah.
Aku:Baik-baik, nanti terpancut pulak, habis kita.
Beberapa saat kemudian...
Asy: Okey, dah terbuka.

Dek kerana air yang mengalir agak deras dan banyak, aku meletak kembali baldi yang dipegang dan hanya memerhatikan proses yang sedang berlaku hinggalah...

Asy: Akak, muat ke baldi ni nak tadah?
Aku: Muat kot. Besar jugak baldi tu.

Kami terus menanti dan tiba-tiba..

Asy: Akak..akak! Tak muat ni. Nak melimpah dah. Cepat ambil baldi lain!

Aku lantas mencari baldi kosong di luar bilik air. Yang mana akhirnya terlambat dan air kotor dari singki tadi telah pun melimpah dan membasahi lantai di hadapan kabinet.

Aku: Ah, sudah. Memang kena lap jugak ni. Owh, I hate this smell.
Asy: Takpe kak, ada mop kan? Lap pakai mop senang.

Akhirnya, dari hanya memasak untuk juadah berbuka, bertambah kepada membersihkan air kotor yang melimpah. Nasib, nasib. Kalau nak tunggu Jana Niaga, alamat bau air tadi berganda la tu. Cerita belum habis lagi. Sekarang singki tu tersumbat balik. Terpaksa kami buat-buat seperti tak ada singki kat dapur. Segala urusan membasuh pinggan, cawan, periuk, sudu,etc.. dilakukan dalam bilik air sampaikan Faien berkata;
"Hey..macam setinggan la pulak basuh pinggan dalam bilik air.."Nasihat ikhlas dariku, "Banyakkan bersabar ye Faien. Dah nasib..."

Thursday, 3 September 2009

Semuanya Bermula Dari Diri...

Aku terjaga awal pagi ini setelah 2 hari terlepas waktu sahur. Sejak bermula semester baru, malam tadi kali pertama dapat melelapkan mata awal dan meluangkan sedikit masa untuk membaca buku yang telah lama dimulakan pembacaannya namun masih belum pasti bila akan khatam. Seronok bila dapat tidur dengan aman tanpa perlu terlalu memikirkan apa yang telah terjadi siangnya, tindakan untuk program dan urusan persatuan, kerja kuliah yang perlu disiapkan, dan pelbagai lagi masalah kecil kadang-kadang menyemak dalam fikiran. Kadang-kadang rasa penat dengan kitaran hidup begini. Hampir setiap malam ada urusan dan hanya dapat mengulangkaji dan menyiapkan kerja kuliah selepas masuk hari baru. Jadual bagi semester ini pula bagiku padat dan memenatkan sementelah subjek pengajaran(teaching subject) mengambil masa hingga 4 jam bagi satu sesi kuliah. Lebih mengharukan bila ada 2 Teaching subject dalam sehari seperti pada hari Selasa.

Semangat memang tidak selalu tinggi dan stabil. Ada masa surut dan ada masa berkobar-kobar. Apa yang aku lakukan bila terasa tak upaya menghadapi ujian yang datang, aku kembali menilik peti simpanan mesej 6850 milikku. Satu mesej perangsang untukku dari seorang sahabat yang menjadi penghuni setia di situ. Walaupun hanya sebaris kata-kata, impaknya amat besar. ;
Tepuk bahu ko, cakap kat diri "aku kuat, aku tabah, apa pun yang jadi Allah ada dengan aku".

Apa yang perlu aku lakukan, yakin dengan diri sendiri. Nasihat mak tetap jadi azimat sampai bila-bila pun;
"Walau apa pun yang datang, kena hadapi sebab itu memang ujian untuk kita. Allah dah tau kemampuan setiap hambanya".
Bila yakin, insyaAllah tempat pergantungan seluruh alam, Allah Yang Maha Esa akan meniupkan kembali kekuatan dan kelegaan dalam diri kita. Wallahua'lam..

Tuesday, 1 September 2009

Kencing Kotor

Entri terakhir untuk waktu ini. Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan sementelah seorang sahabat baru saja pulih dari penyakit ini. Sila klik di sini untuk mengetahui sumber artikel. Semoga bermanfaat.

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

  • Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

  • Demam dan seram sejuk.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.

  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri

  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.

  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.

  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).

  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).

  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.

  • Memberi antibiotik tertentu.

  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Ubat Hati

Rawat hati sebelum menjadi parah
  • Membaca Al-Quran dan maknanya
  • Bersolat malam
  • Bergaul dengan orang-orang soleh
  • Memperbanyakkan puasa
  • Berzikir

Sardin Roll

Sardin Roll yang dah sedia untuk dinikmati

Bahan-bahan:
Sebuku roti
2 biji telur
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung gorengan
Sedikit air untuk membancuh

2 tin kecil sardin
2 ulas bawang merah (mayang halus)
5 ulas bawang putih (mayang halus)
Sedikit halia (mayang halus)
2 biji cili merah (kisar)
9 biji cili padi (kisar)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Tumis halia dan bawang hingga layu dan masukkan cili kisar tadi. Kacau dan biarkan cili masak.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sardin dan kacau hingga sebati dengan tumisan tadi. Masukkan sedikit air.
4. Kemudian, hancurkan sardin dan biar hingga masak.
5. Sejukkan
6. Roti dileperkan (boleh gelek dengan gelas).
7. Kemudian, sapukan sardin keseluruh roti dan gulungkan. Gulungan tidak akan terbuka kerana inti sardin tadi berperanan sebagai pelekat. Boleh juga sapukan sedikit telur dihujung gulungan jika tidak melekat.
Roti yang dah siap gulung

8. Buat hingga habis.
9. Bancuh tepung-tepung dan telur hingga menjadi barter(bancuhan untuk menggoreng) yang agak cair.
10. Celupkan roti ke dalam barter dan goreng dalam minyak panas hingga masak.
11. Boleh la hidangkan.

Nota:
Cili tu kalau nak potong pun boleh. Tapi sebab malas, kisar je la. Kalau nak guna cili giling pun boleh dan kuantiti boleh ditambah atau dikurangkan mengikut ketahanan anda.

Wedges

Ni la rupa wedges buatanku..

Bahan-bahan:
4 Biji Kentang

Tepung gorengan (Adabi, HPA, etc..)
1 biji telur
Secubit serbuk rempah kari
Secubit serbuk jintan manis
Secubit serbuk jintan putih
Secubit serbuk ketumbar
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Potong kentang mengikut cara potongan wedges KFC.
2. Masukkan dalam air mendidih dan rebus hingga separa empuk.
3. Angkat dan toskan.
4. Pukul telur bersama-sama kesemua serbuk hingga kembang.
5. Kemudian, celupkan kentang tadi kedalam telur dan golekkan dalam tepung gorengan.
6. Goreng hingga kekuningan.
7.Bolehlah hidangkan dengan sos.

Nota:
Tak perlu tambahkan garam kerana tepung gorengan sudah masin. Memang sedap dimakan waktu masih panas. Selamat mencuba =)

Anggur??

Kira-kira jam 11++ tadi, satu pesanan ringkas masuk ke 2610. Mesej dari orang jauh. Mahu jumpa katanya sementelah hari ini dia turun ke UNISEL. Terburu-buru aku menyiapkan 'kerja' yang sedang dilakukan. Tika jam 11.30 malam, aku ke pondok pengawal. Menunggu tidak lama, dia pun tiba. Masih garang macam selalu (jangan marah ye Abang Garang). Perbualan kami hanya berkisar tentang keadaan semasa di sini dan sedikit tentang dirinya. Sedikit dialog lucu tadi;

Aku: Buat apa sekarang?
Abang Garang: Tak kerja pun lagi.
Aku: Oooo.
Abang Garang: Tanam anggur. Hari tu dah eksport ke Arab. Ye la, diorang eksport kurma kat kita, kita eksport la anggur kat dia.
Aku: Hahaha... Macam tu ek? Kiranya, dah jadi orang kaya la sekarang ni? Wah, lepas ni kalau kitorang ada program boleh la mintak sponsor dari tauke anggur.

Kemudian, tiba-tiba dia bangun dan menuju ke CCA. "Sebenarnya nak bagi ni". Satu plastik jernih berisi keropok lekor bertukar tangan. Patut la nak jumpa. Kalau dulu, jumpa sebab ada masalah 'negara'. Macam dengar-dengar pulak perbualan aku dengan Abang Faiz dalam perjalanan ke sini tadi. Topik; keropok lekor Terengganu. Selebihnya, sekadar berbasa-basi tentang keadaan i Rakan, UNISEL, dan beberapa sahabat lama. Apa-apa pun, terima kasih daun keladi la ye Abang Garang. Sedap makan keropok panas-panas.