Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 October 2009

Kerana Hiburan Itu Indah

Beberapa hari lepas, aku diajukan dengan soalan cepucemas dari Kak Chik yang membuatkan aku terdiam seketika. Memikirkan jawapan terbaik untuk persoalan tadi. Sememangnya persoalan itu sudah kerap menjadi topik perbualan kami. Program hiburan di universiti seperti sudah menjadi adat dan tradisi yang harus di penuhi hampir setiap semester. Fenomena hedonisme seperti bukan masalah besar yang membebani pemikiran. Budaya hiburan terlampau bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat kini. Jika melihat di televisyen, ada saja berita tentang kedatangan artis-artis antarabangsa untuk mengadakan konsert di Malaysia. Ada saja program hiburan dan realiti televisyen yang diperkenalkan. Pendek kata, mentaliti masyarakat kini tertumpu pada hiburan dan keseronokan semata-mata. Apa yang menyedihkan, budaya hedonisme merebak dengan begitu pantas di kalangan anak muda yang bergelar mahasiswa dengan kewujudan program-program berbentuk hiburan yang tidak mendatangkan faedah malah menyumbang kepada kemerosotan akhlak dan tahap intelektual. Sebagai seorang mahasiswa, kita perlu sedar bahawa masyarakat memandang tinggi pada golongan yang berjaya menjejak kaki ke universiti kerana pada pandangan mereka, kualiti pemikiran dan ketinggian ilmu menjadi ukuran kerana tidak semua belia berpeluang ke universiti. Pandangan sedemikian perlu dihormati dan dipelihara kerana mahasiswa adalah pelapis kepada generasi pemimpin akan datang.

Budaya hedonisme perlu dihapuskan daripada terus tumbuh dalam kawasan kampus kerana belia adalah aset paling bernilai bagi sesebuah negara. Sayang kerana fikiran belia sudah tercemar dengan racun hiburan yang tidak mengenal batasan. Terlalu asyik menghayati irama dan alunan yang tanpa sedar melalaikan dan mencantas nilai-nilai murni dan merosakkan sahsiah. Berdasarkan pengalamanku sepanjang 4 tahun berada di alam kampus, mahasiswa lebih rela duduk bersila dan berhimpit untuk menonton konsert hiburan melalaikan daripada menghadiri diskusi ilmiah yang dianjurkan. Sanggup berbelanja lebih untuk tiket konsert berbanding mendengar forum ilmiah yang disediakan jamuan pada akhirnya tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Aku bertanya, adakah Pihak HEP begitu mudah meluluskan program-program hiburan yang mahu dibuat? Kak Chik lantas mengatakan perlu diingat bahawa tidak semua program memerlukan kelulusan dari Pihak HEP. Ada juga program yang diluluskan dengan kebenaran dari pihak fakulti. Jadi salah siapa? Berhibur tidak menjadi satu kesalahan asalkan kita pandai memilih dan tahu konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Sungguh menduka citakan bila melihat penonton bagi konsert-konsert adalah anak-anak muda bertudung yang sudah tentunya seorang Islam, terjerit-jerit dek kerana teruja dapat bertemu dengan artis kesayangan. Dari situ, sudah tercemar nilai murni yang perlu ada pada seorang wanita Islam. Setiap individu harus sedar peranan dan tanggungjawab yang tergalas di pundak masing-masing; peranan untuk membangun modal insan sebagai seorang mahasiswa, tanggungjawab sebagai seorang muslim yang perlu patuh pada batas hiburan yang dibenarkan. Sentiasa berwaspada agar terhindar dari kelalaian dan kealpaan budaya hedonisme seperti dalam firman Allah dalam Surah Luqman ayat 6 yang bermaksud;

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan".


Justeru, kita sebagai pewaris budaya ilmu perlu bijak memilih dan mengatur jalan kehidupan. Sementara berada di alam kampus, kutip sebanyak mungkin ilmu yang bukan saja diperoleh dari bilik kuliah, tetapi juga melalui penglibatan dalam persatuan untuk melahirkan mahasiswa yang matang dan mempunyai minda kelas pertama. Hormati dan hargai pandangan masyarakat pada mahasiswa universiti yang diharap dapat menyambung tradisi ilmu dan memimpin negara pada masa akan datang.


Sabar...

Akhirnya, aku berjaya merempuh sistem pertahanan blogger setelah 2 hari gagal untuk daftar masuk dan mengemaskini blog tersayang. Skema bukan jika kita menterjemah satu persatu istilah yang digunakan di internet ke dalam bahasa melayu? Perlu juga ambil tahu. Nanti kalau ada anak-anak saudara yang bertanya, baru la tergagau nak cari jawapan.

Okey, cukup dengan perenggan pendahuluan. Teruskan dengan apa yang aku nak sampaikan. Semalam, tika sedang sibuk menyiapkan 'buku besar' atau lebih sinonim dengan nama big book dikalangan pelajar-pelajar TESL untuk seubjek Teaching of Reading, kami mendapat khabar berita bahawa kelas akan berlanjutan hingga hari Ahad. Reaksi masing-masing? Mesti la mengeluh. Terus masing-masing hilang mood untuk menyiapkan buku besar yang hampir siap tu. Setiap hari kelas penuh ditambah dengan kelas pada hari Ahad? Adoyai... Benteng kesabaran perlu tinggi. Tak termasuk dengan microteaching yang beratur menunggu giliran, kerja kuliah, dan ujian. Memang, masing-masing stress dan tension dengan jadual kelas yang padat dan kerja yang bertimbun. Tapi nak buat macam mana? Kena la terima hakikat. Bagi aku sendiri, memang tak larat rasanya. Nak menangis pun ada. Itu baru kelas. Tak campur lagi dengan kegiatan persatuan dan lain-lain. Tergugat juga iman yang senipis kulit bawang ni. Antara kehendak diri dan tanggungjawab, perlu bijak membuat keputusan dan pembahagian. Sesak rasanya berada di akhir-akhir semester ni. Aku sedar yang Allah menguji hambaNya setimpal dengan kemampuan masing-masing. Jadi, hadapi dengan hati terbuka. Agak-agak dengan masa yang terhad ni, sempat tak balik ke rumah? Hati sudah berada di rumah. Teringat tentang banyak benda yang tak selesai di sana, dan perkara yang perlu diselesaikan di sini. erm...

Terima Kasih



Tadi Abang Garang menghantar SMS mengkhabarkan ketibaannya di bumi UNISEL. Terus hati berbunga riang. Keropok lekor terlayar di ruang mata. Hahaha.. Terima kasih daun keladi ye Abang Garang atas pemberian keropok lekor Ganu. Sedap sampai licin pinggan tu. Bukan makan seorang ye, makan dengan orang-orang rumah. Lagi ucapan terima kasih kepada Abang Faiz kerana mendapatkan nombor telefon beberapa kem di sekitar Banting. Owh, sementara teringat, terima kasih pada insan-insan yang ambil berat pada diriku; Kak Idah dan Cik Iti. Maaf sebab mesej yang dihantar lambat sampai. Memang antik sungguh 2610 tu, mesej yang dihantar hari Sabtu hanya akan diterima 2 hari kemudian atau kadang-kadang penghantaran pada waktu pagi tapi penerimaannya tengah malam nanti. Seantik-antik 2610 pun, aku takkan tukarkan dia dengan yang lain kerana itulah satu-satunya telefon bimbit dari mak. Mungkin perlu dihantar servis saja. Jadi kepada anda yang ingin berurusan denganku, gunakan talian Celcom untuk penghantaran SMS ye.

Perancangan..
Petang semalam, seorang sahabat bertanya kalau-kalau ada sambutan Hari Lahir untuk Encik Presiden. Mulanya malas nak fikir sebab macam tak ada kudrat nak buat. Tapi untuk tak menghampakan sahabat tadi, aku memberi kata putus untuk cuba dengan kemampuan yang ada. Kerana sudah mengajak Memynn untuk ke KFC selepas maghrib(dek kerana teringin sangat nak meratah ayam goreng KFC), aku meminta pertolongan darinya untuk singgah ke kedai kek di Ijok dalam perjalanan ke KFC. Mujurlah ada kek yang dah siap dibuat. Hanya tinggal pilih saja. Sampai di UNISEL kira-kira jam 10.15 malam, 15 minit lewat dari masa yang dijanjikan. Maaf, segala kesulitan amat dikesali. Hehehe. Waktu tiba pun, mereka masih menonton siaran rakaman Program Suara Siswa yang diadakan sempena pesta konvokesyen UNISEL. Aku pulak yang menunggu mereka. Akhirnya, orang-orang yang ditunggu pun tiba.



Sementara menanti tetamu 'VIP'

Ni je la yang datang

Encik Presiden tak sabar nak potong kek..

Inilah rupa kek selepas dipotong..Chocolate Indulgance

Sambutan kali ni tak semeriah sambutan yang terdahulu. Tak selucu sambutan Hari Jadi Najib yang dah terkantoi awal-awal lagi. Ye la, perancangan pun beberapa jam sebelum tu, mana la tak kelam-kabut. Apapun, terlaksana juga hajat kamu ye Sha. Sekarang, aku dah tahu siapa yang hantu kek dan siapa yang alergik kek(dah lama tau sebenarnya).=) Jauh di ruang pemikiran, terkilan sebab tak dapat nak sambut hari lahir mak tahun ni. Hari jadi Abah, Abang dan An, sempat aku raikan. Allah lebih sayangkan mak. Semoga mak aman di sana. Ameen.

Monday, 26 October 2009

Cawan Bocor...

Usai mesyuarat tadi, aku mengajak Aienn, Faien, Ifdal, Sha, dan Moktar makan di Taska (gerai makan ni terletak di sebelah taska ye). Sampai-sampai saja, penuh gerai tersebut dengan manusia. Semuanya leka menonton perlawanan bola sepak antara Manchaster United dan Liverpool. Lelaki dan bola, tak boleh dipisahkan. Sudah memesan makanan, sesi berborak sementara pesanan dihantar bermula. Tapi mata-mata 3 orang jejaka di depan kami cuma tertumpu di skrin Tv yang tak berapa nak nampak tu. Ada juga mereka menyampuk sekali sekala. Entah macam mana, perbualan kami berkisar tentang perkahwinan. Wah, isu yang tak pernah habis diperkatakan. Tentang poligami, duit hantaran, dan macam-macam lagi. Tapi perbualan kami terputus-putus kerana sesi kejar-mengejar bola nan sebiji tu juga yang lebih menarik perhatian. Lantak kome la yob. Spontan aku berdoa "Jangan la dapat suami yang suka bola macam ni. Ameen." Sha menyampuk; "Selalu yang mintak tak nak ni, akan dapat." "Kalau dah dapat, aku redha je. Dah jodoh." Ifdal menyambung; "Mana boleh kak, lelaki mana yang tak suka bola." Okey. Baik. Lelaki memang suka bola. Aku layan jugak bola ni kadang-kadang. Tapi bola sepak tempatan la. Cuma Abang mesti tak suka bila aku tengok bola dengan dia sebab aku akan lebih banyak bertanya dari menengok. Nak buat macam mana, tak kenal, kena la tanya. Hehehe..

Sebaik makanan habis dihidangkan, aku mula membebel. Tak puas hati dengan servis yang diberikan. Memang sudah amat lama aku tidak makan di sini. Kadang-kadang pun cuma tapau saja. Bukan apa, layanan pada pelanggan tidak mesra alam dan sedikit tidak sopan. Sabar je la. Gamaknya, tak makan sini lagi dah la kecuali inilah satu-satunya pilihan terakhir. Bila makanan sampai, perhatian beralih pada makanan seketika. Budak-budak lelaki ni kalau makan tak mengunyah ke? Kejap benar dah habis makanan dalam pinggan tu. Sedang kami cuba menghabiskan makanan, Moktar bersuara sambil mengangkat gelas minumannya yang sudah kosong; "Gelas ni bocor ni". Aku, Aienn dan Faien spontan ketawa. Ifdal memandang kami; "Ala kak, benda ni dah biasa la". Sha menambah; "A'ah la, dah biasa dah. Korang tak pernah dengar ke?". Adoyai, sebab tak pernah dengar la kami gelak bagai nak rak ni. Tak lama kemudian, Aienn pulak membelek gelasnya yang sudah kosong dengan penuh khusyuk; "Akak, gelas Aienn pun bocor la kak." Udah-udah le tu. Sengal la korang ni..

Sunday, 25 October 2009

3 Dalam 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Terima Kasih..
Memandangkan banyak yang aku mahu perkatakan tapi perlu menjimatkan entri(boleh ke macam tu?), maka tertulislah '3 Dalam 1'. Mula-mula sekali, aku ingin merakamkan penghargaan pada pengunjung Atas Nama Cinta yang pada saat ini sudah mencecah 2309 pengunjung. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blogku yang memaparkan catatan kehidupan, suka duka perjuangan, maklumat yang ingin ku kongsikan, dan tidak kurang juga cerita sengal dan mengarut tentang kehidupan seharian. Semuanya ku curah di sini. Terima kasih juga kepada yang memaparkan link Atas Nama Cinta di blog masing-masing. Semoga apa yang tertulis disini memberi manfaat pada kalian. Kepada Abang Garang, saya cuba untuk ceria dan gembira selalu. Nanti boleh la dapat keropok lekor kan? kan...kan... Hehehe.. Sebagai tanda terima kasih untuk keropok lekor yang bakal diberi (saya menanti dengan penuh harapan ni), aku ingin mengumumkan bahawa akhirnya Abang Garang dah ada blog sendiri. Beliau boleh dilawati dengan klik di sini.

Budi Bahasa Budaya Kita..
Saja mahu bercakap tentang ini kerana orang Malaysia dikenali dengan budi bahasanya walaupun sebenarnya tidak. Bukanlah mahu mengaibkan atau mengata, tapi sekadar mengingatkan diri sendiri andai aku terlupa untuk berbudi atau berbahasa. Kadang-kadang, aku menerima SMS dari entah siapa (nombor yang tidak dikenali atau tak tersimpan dalam telefon) tanpa muqaddimah dan budi bahasa. Untuk pengetahuan, aku pantang betul kalau orang mesej meminta sesuatu (macam nombor telefon orang lain ke maklumat tentang sesuatu ke, etc. etc...) tanpa memberi salam dan penggunaan bahasa yang sopan. Anda mahu meminta dari saya, tapi tidak tahu berbahasa. Maaf andai mesej anda tidak berbalas dan aku memang selalunya tak balas pun mesej-mesej macam tu. Bukan susah nak beri salam. Kalau melalui mesej, memadai menaip sebaris perkataan 'Salam..'. Aku faham la yang itu tandanya ucapan salam. Dan, diikuti dengan perkataan 'Tolong...'. Baru la seronok nak menolong. Macam tu jugak kalau nak pinjam barang. Bila dah guna, ucap la terima kasih masa nak pulang tu. Ini tak. Haish, sabar je la. Jadi, anda semua perlu maklum bahawa berbahasa itu amatlah perlu bila mana mahu berurusan dengan orang lain.

Selamat Hari Jadi...
Banyak benar entri yang mengandungi ucapan hari lahir di sini. Hari ni adalah hari lahir sahabat sekuliahku yang bernama Sarah Yasmin. 'Selamat Hari Lahir diucapkan kepada anda ye Memynn. Semoga umur yang dikurniakan diberkati, berjaya dalam hidup dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.' Sebenarnya aku tak hantar lagi pun ucapan selamat kat Memynn ni. Terlupa dalam ingat. Ingat hari lahir dia hari ni. Tapi lupa nak hantar mesej. Jadi, 11.59 malam ni la mesej itu akan dihantar ye. Hehehe..

Dan ucapan hari lahir lagi. Buat Saudara Yusof, Timbalan Exco Kesenian & Kebudayaan i Rakan yang sudah berlalu hari lahirnya; 8 Oktober 2009. Maaf kerana terlupa. Bila menyelak Buku Rahsia Kerajaanku beberapa hari lepas, baru perasaan ada catatan di kolum 8 Oktober. Seterusnya, buat Saudari Farahin a.k.a Faien yang merupakan Setiausaha dan teman serumah yang best yang hari lahirnya jatuh pada 10 Oktober 2009. Maaf kerana masih belum sempat mengatur sambutan hari lahir untuk anda. InsyaAllah akan dibuat dalam masa terdekat. Yang terakhir, Encik Presiden kami, Saudara Mustapha yang hari lahirnya jatuh pada 26 Oktober 2009 bersamaan esok hari. Wah, cepat pulak ye ucapan untuk anda. Tahun ni, pulau mana pulak? Hehehe... Tahun lepas, memang teruk Encik Presiden ni dikenakan oleh Saudara Muk semasa program rehlah i Rakan di Pulau Pangkor. Dengan aku sekali terkena. Sabar je la. Jadi, Selamat Hari Lahir kepada mangsa-mangsa di atas. Hadiah kena mintak dengan orang lain sebab aku hanya mampu memberi ucapan lantaran tidak berwang buat masa sekarang...

Saturday, 24 October 2009

Kerana Kamu Adalah Cermin Diriku...

Rentetan dari entri Pergi Tak Kembali, aku ingin berkongsi sebuah cerita. Berkait dengan entri yang lepas. Kadang-kadang, kesedihan tak dapat terluah dengan ucapan. Ia terbias melalui perbuatan atau dizahirkan dengan tulisan, seperti yang aku lakukan sekarang. Sekali lagi ku pohon kemaafan pada sahabat-sahabat yang menghantar SMS bertanya tentang keadaanku. Aku kehilangan idea untuk mengkhabarkan keadaanku kini. Walau pada zahirnya aku ceria, namun duka di hati tiada siapa dapat meneka. Aku tak suka bila sendiri. Perlahan-lahan kesedihan datang menyapa. Kak Chik cakap, aku perlu tabah. Allah yakin aku mampu hadapi ujian yang diberi. Tapi hingga kini aku masih mencari ketabahan yang dia katakan. Kadang-kadang rasa tak mampu nak teruskan semester ni. Terasa semua semangat dibawa pergi. Prestasi aku semester ini memang sangat buruk. Cuma amanat abah semasa menghantar ku pulang ke sini tempoh hari dan kata-kata dari sepupu-sepupuku menjadi perangsang untuk ku terus bertahan. Entah la. Biar masa mengubati segalanya.

Ini sebenarnya yang mahu kukongsi. Semalam, tika sedang berada dalam perbincangan kumpulan, aku menerima satu SMS. SMS dari orang yang aku nantikan. Aku nantikan dia datang ke rumahku saat aku kesedihan kerana dia seperti memberi harapan untuk sama-sama berkongsi apa yang aku rasakan. Selepas membaca SMS tersebut, semerta air mataku mengalir laju. Ini rupanya yang dia rasa. ".....Sori tak datang tengok ko. Aku tak kuat...Aku terkilan. Selalu hari raya mesti aku datang rumah ko. Jumpa mak ko, makan masakan mak ko...." Maaf Ten, aku bersangka buruk pada ko. Maaf juga tak membalas SMS tu. Tak tertaip bait-bait perkataan untuk balasan. Beberapa kali aku cuba namun akhirnya aku biarkan sepi. Aku tau ko baca apa yang aku coretkan. Sekarang aku faham, ko berkongsi kesedihan yang sama walau tiada di depan mata.

Apa yang aku harapkan, aku menemui ketabahan yang diuar-uarkan. Aku yakin, setiap sesuatu yang Allah ambil, akan diganti dengan sesuatu yang lebih bernilai. Ajal maut telah tertulis. Cuma bila dan bagaimana caranya, Allah saja yang berkuasa menetapkan. Seperti dalam firmanNya; 'Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu. Maka Maha suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan.' - Yasin; ayat 82-83-

Tuesday, 20 October 2009

Pergi Tak Kembali

Ini adalah cerita pada hari Sabtu 17 Oktober 2009 bersamaan 28 Syawal 1430H. Tika itu aku baru tiba di rumah Na, memenuhi jemputan rumah terbukanya di penghujung Syawal. Saat melabuhkan punggung di kerusi, terasa getaran dari 6850 di dalam beg. Jam 1.50 petang, aku menerima panggilan telefon dari Abang Faiz. Saat Abang menyuruh aku bersabar sebelum beliau meneruskan perbualan, hati menjadi sangat berdebar-debar. Terdengar esakan kecil tika Abang menyebut "Mak dah tak ada..." Aku terdiam seketika sebelum bertanya kembali. Tidak percaya dengan berita yang singgah di cuping telinga. Innalillahiwainnailaihirajiun.... Mak dah pergi buat selamanya. Selepas menamatkan perbualan, aku jadi kaku. Buntu. Umie, Na dan Fiza tertanya-tanya apa yang berlaku. Kolam air mata pecah jua tatkala aku mengkhabarkan berita tersebut pada mereka. Umie kurang percaya dan menyuruh aku mengesahkan semula berita yang diterima. Beberapa kali menekan nombor telefon rumah, talian sibuk. Talian telefon bimbit abang tidak berjawab. Beberapa kali mencuba, berita disahkan. Mulanya Umie menyuruh aku menghabiskan dulu makanan di pinggan kerana tahu aku belum makan sedari pagi. Namun, ku hanya terasa seperti menelan butiran pasir. Hanya 3 suap, aku terus basuh tangan dan menanti Na yang katanya mahu membungkuskan makanan untuk kami. Beberapa minit kemudian, Na keluar diiikuti ibunya dari belakang. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa. Hanya ingat mahu pulang. Maha berat ujian dariMu Ya Allah. Umie melarang aku memandu. Bimbang keadaanku mempengaruhi pemanduan. Aku akur dan hanya menjadi penunjuk jalan. Aku ingin cepat sampai. Memandangkan kami dari Seksyen 25, aku mengikut jalan dalam yang lebih menjimatkan masa. Namun dengan emosi yang bercelaru dan kurang fokus, kami tersesat. Akhirnya kami bertukar posisi. Bagiku, lebih baik aku melakukan sesuatu berbanding hanya duduk diam di sebelah pemandu. Alhamdulillah, kami selamat tiba. Aku sempat menaip SMS kepada Aten dan Kak Chik, sahabat paling rapat denganku dan menggagahkan diri menelefon Faien. Selebihnya, Umie yang menguruskan. Beberapa sahabat menelefon sebaik saja mendapat perkhabaran, dan yang pertama adalah Ifdal. Kurang percaya dengan berita yang diterima. Masakan tidak, sepanjang pagi kami bercerita itu dan ini dalam perjalanan ke Klang tanpa sekelumit pun kesedihan. Selebihnya, ada yang mampu ku jawab, ada yang ku biarkan sepi. Maafkan aku... Sampai di rumah, tempat perbaringan mak sudah terletak elok di ruang tamu. Sudah ramai jiran tetangga tiba. Jenazah mak masih di hospital. Telefon tidak berhenti berdering. Masing-masing tidak percaya sementelah mak tiada penyakit kronik. Pemergian mak memang secara tiba-tiba. Usai solat zohor, Cik Rop menyuruh aku mengambil daun pandan dan pelbagai lagi sebagai persediaan. Aku hanya memberi apa yang diminta. Mujurlah Umie ada. Terima kasih. Kehadiranmu amat membantu. Semakin lama, semakin ramai. Hampir jam 4, jenazah mak tiba. Aku memegang tangan mak, sejuk. Muka mak pucat sangat. Saat ini, air mata membasahi wajahku dan aku duduk di tepi jasad kaku mak sementara menanti untuk memandikan jenazah. Ruang tamu dan halaman semakin penuh dengan jiran-jiran, sanak saudara, dan sahabat-sahabat handai untuk memberi penghormatan buat kali terakhir. Semasa jenazah mak dimandikan, aku memangku kepala mak, dibantu dengan ahli keluarga yang lain; Cik Iti, Wak Yah,Kak Mona, Kak Yah, Bik Tar, dan Wak Ajah, Wak Tirah, Wak Kamisah dan Wak Gayah. Alhamdulillah, senang menguruskan jenazah mak. Usai dikafankan, aku mencium dahi mak buat kali terakhir, diikuti abang-abang, Wak Yah(kakak ke-4 mak), Cik Iti(adik mak) dan saudara-mara yang lain. Aku perasan, cuma Wak Mis(kakak ke-3 mak) yang tak mendekati. Semasa mahu menukar baju yang basah sebelum ke kubur, Cik Rop menyuruh aku solat asar dulu kerana bimbang berada di kubur hingga maghrib. Aku akur. Namun, tika aku tiba, liang lahad telah dikambus. Tak sempat melihat mak buat kali terakhir. Tak apalah, aku redha. Kawan-kawan Abang pun ramai yang datang. Paling lama rasanya Kak Nabila yang sedari petang menunggu dan menawarkan bantuan. Malamnya, mak dan kakak Umie tiba.

Sampai sudah pun aku tak bertanya pada Cik Iti bagaimana mak menghembuskan nafas terakhir. Aku tak kuat. Walau sesabar dan setabah manapun aku, emosiku tetap pincang. Cuma mendengar bila ada yang bertanya memandangkan Cik Itilah satu-satunya orang di sisi mak tika mak pergi. Memang mak tiada sakit kronik. Hanya kadang-kadang darah tingginya kembali. Pagi sabtu, mak masih buat sarapan seperti biasa. Lepas sarapan, mak mengadu sakit dada dan mahu berehat sebentar. Tika ini, mak ada cakap sesuatu yang menakutkan. Cik Iti lantas menyuruh mak mengikutnya membaca sepotong ayat(tak ingat ayat apa) sambil dia mengurut-urut mak bagi mengurangkan kesakitan. Abah tika ini sudah keluar mahu menjemput doktor ke rumah. Malangnya, klinik yang dipercayai tutup pula. Lantas abah membawa mak ke hospital. Saat ini, mak masih mampu berjalan sendiri ke kereta dan berpesan pada Cik Iti supaya mengunci pintu rumah. Tiba di hospital pun, mak turun dari kereta sendiri hinggalah dimasukkan ke wad kecemasan. Selebihnya, aku samar-samar. Cuma abah tak sempat jumpa mak kali terakhir kerana keluar mencari air minuman untuk mak.

Kali terakhir berjumpa mak 2 minggu lepas, semasa beraya ke rumah Cik Iti. Itulah kali terakhir. Seingatku, tiada yang pelik berlaku. Cuma pelukan mak lain dari biasa. Selepas jenazah mak dikebumikan, beberapa saudara bertanya; "Mak ada pesan apa-apa ke?", "Bila kali terakhir jumpa mak?" dan beberapa soalan berkaitan lagi. Sangat terkilan kerana tak sempat jumpa mak buat kali terakhir. Mujur malam sabtu aku menelefon ke rumah. Sewaktu bercakap dalam telefon pun, tiada yang mencurigakan. Mak seperti biasa. Sempat bercerita tentang kedatanagn Cik Iti siang tadi(Jumaat), kedatangan Dr. Rafie(anak murid abah) ke rumah tengah harinya, dan tentang jemputan rumah terbuka Bik Riah di Shah Alam esok(Sabtu) dan mak bercadang nak ajak Cik Iti sekali. Aku menelefon sekadar untuk memberitahu aku akan pulang pada Ahad pagi kerana malam esok(malam Ahad) ada program bersama anak-anak yatim di UNISEL. Mak kata tak apalah sebab aku bercuti agak lama. Cuma baru aku teringat nada suara mak macam tak seronok. Aku juga sempat mengkhabarkan aku akan menduduki MUET pada Selasa ini dan mak bertanya "Ooo, periksa ye? Kat sekolah hari tu ke?".

Bila difikirkan semula, aku teringat yang sepanjang minggu lepas ingatanku pada mak sangat kuat dan berasa tak sedap hati. Berterusan hingga beberapa hari dan entri 'Runsing' juga ditulis atas sebab itu. Cuma aku tidak tergerak untuk telefon ke rumah hinggalah Jumaat malam. Rupanya itu adalah tandanya, tanda yang sama ketika Paman meninggalkan kami pada tahun 2004. Aku masih ingat, pada hari Paman pergi, aku berasa serba tak kena. Ingatanku hanya pada rumah. Terasa mahu menelefon ke rumah namun tak tergerak untuk menelefon hinggalah kemunculan Kak Ela di asrama mengkhabarkan pemergian Paman dan mahu membawaku pulang.

Hari Ahad, aku kembali ke UNISEL dengan Abang Faiz untuk mengambil slip MUET. Sepanjang perjalanan, seboleh mungkin aku mengelak untuk bercerita tentang mak. Cukuplah air mata yang tumpah. Namun ada juga beberapa kali Abang bertanya dan bercerita tentang mak. Abang kata, mak sempat masak Mentaram(lauk kegemaran mak) yang jarang-jarang mak masak, beberapa hari lepas. Aku cuma diam mendengar. Abang juga bertanya sama ada aku melihat An menangis. Baru aku tersedar, dari aku tiba di rumah hingga saat ini, aku tak sekalipun melihat abangku yang kedua ini menangis. Kemudian, Aienn menelefon memberitahu beberapa sahabat mahu datang berziarah. Sewaktu hampir sampai Banting, aku terima SMS dari Ida tentang kedatangannya dan beberapa sahabat lain. Aienn tiba tika maghrib melabuhkan tirai bersama Kak Chik, Jun, Hani dan seorang lagi sahabat(maaf terlupa namanya) manakala Ida dan 2 kereta yang lain tiba ketika tahlil telah pun bermula. Terima kasih Shah, Najib, Azli, Ifdal dan Pdy. Kedatangan kalian sedikit sebanyak membina kembali semangat yang hilang. Bila Kak Chik masuk ke bilik saat yang lain sedang makan, air mataku kembali tumpah. Terima kasih kerana memberi semangat padaku. Cuma, jangan sesekali memelukku atau mengusap belakangku ketika aku sedang menangis. Perbuatan tersebut hanya akan menggandakan kesedihan. Biarkan aku teresak sendiri.

Banyak lagi yang mahu ku kongsikan. Namun, cukuplah dulu setakat ini. Aku tahu, ramai yang terkejut dengan pemergian mak. Wak Yah juga tak percaya pada mulanya dan mengandaikan mak yang menelefon mengkhabarkan tentang pemergian Mbah Nasilah yang memang terlantar di hospital. Segalanya berlaku sekelip mata. Mbah As pula hanya duduk di ruang tengah rumah tanpa melihat jenazah mak diuruskan. Hanya pada hari Isnin petang sewaktu Mbah As datang menjenguk persiapan tahlil, beliau bertanya pada Wak Yah apa yang terjadi. Hanya Mbah Mainah yang setia menunggu di sisi mak ketika mak dikafankan dan memberi amanat dan semangat sebelum pulang petangnya. Apa pun, terima kasih pada semua saudara mara yang membantu menguruskan tahlil hingga hari terakhir(Isnin); Wak Yah, Cik Iti, Along, Kak Eli, Kak Idah, Kak Alos, Wak Yem, Kak Awok, Kak Yah, Farah, Kak Jemah dan yang lain-lain. Sekurang-kurangnya bila ramai orang di rumah, aku tiada masa untuk bersedih. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat i Rakan, teman-teman di UNISEL, sahabat-sahabat Maahad dan sesiapa jua yang yang memberi semangat melalui SMS. Walaupun hanya patah-patah perkataan, ianya cukup membantu aku menghadapi apa yang berlaku. Terima kasih banyak-banyak. Kepada yang cuba menelefon, maaf kerana panggilan kalian terbiar sepi. Belum cukup kuat untuk menjawab dan mendengar apa jua yang kalian mahu sampaikan.

Nota: Sahabat-sahabat, lepas ni buat seperti biasa ye. Jangan bangkitkan lagi soal ni. Cukuplah Umie berceramah sepanjang perjalanan hari tu. Aku tetap aku. Umie and Mynn, thanks for the concern. I know both of you are trying to call me so many times. But I still don't have the strength to answer any calls. Till we meet again.. Sorry for not replying your messages too. Somehow, those messages really meant for me. Terima kasih Kak Rini, for the concern. Kepada Hani, ye mak aku dah pergi buat selamanya. Doakan dia aman di sana ye. Takziah buat Ija dan keluarga yang turut kehilangan bonda tercinta pada hari yang sama(Sabtu 17 Oktober).

Thursday, 15 October 2009

Malam Kesenian Amal Aidilfitri

Entri ini ditulis khas untuk Abang Garang yang berada nun jauh di sana. Kenapa Abang Garang? Kerana sewaktu Konsert ini dimulakan, beliau telah menghantar SMS padaku bertanyakan tentang perjalanan program. Turut dinyatakan adalah kesedihan kerana tidak dapat sama-sama menghadiri Konsert Kesenian Amal yang diadakan buat kali ke-2 di UNISEL ini. Semoga Abang Garang mendapat gambaran tentang apa yang telah berlaku sepanjang program. Selamat Membaca..

Pada 8 Oktober 2009 bersamaan 19 Syawal 1430 H yang lalu, Persatuan i Rakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Hal Ehwal Unit Pemuda Masjid UNISEL telah mengadakan Konsert Kesenian Amal Sempena Aidilfitri buat kali kedua dengan jayanya. Program dimulakan hampir jam 9.00 Malam. Namun, perasmi bagi Konsert ini, YB Dr. Halimah Ali telah pun tiba seawal waktu maghrib lagi. Disebabkan beliau berpuasa pada hari tersebut, maka jamuan VVIP telah diadakan di Bilik Syura Masjid UNISEL. Aku, Tuan Pengarah, Faien,dan ketua AJK Jamuan serta dua orang anak buahnya telah ditempatkan di situ untuk meladeni YB Halimah, TNC HEP, Prof. Madya Hj. Zainal Abidin Kidam, serta PA YB. Halimah bersantap. Usai solat isya', kami semua bergegas ke Dewan Utama untuk acara seterusnya. Agak malang kerana aku tidak dapat menyaksikan bagaimana sambutan ketika VVIP masuk ke dalam dewan. Cuma yang pasti, alunan selawat yang mengiringi perarakan masuk tetamu VVIP kedengaran sayup-sayup di luar dewan. Berjalan seperti yang dirancang. Selepas ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudara Syahir, bacaan doa diaminkan memohon keberkatan perjalanan majlis. Seterusnya, ucapan perasmian oleh YB Dr. Halimah Ali. Banyak nasihat dan peringatan terkandung dalam ucapan beliau. Beliau juga turut memperkatakan tentang program Jelajah Ilmuan yang akan bermula pada awal bulan depan. Selebihnya, aku perlu merujuk pada Naib S/U yang duduk disebelahku dan mencatat segalanya. Hehehe... Sejurus selepas program dirasmikan, 2 jejaka berbaju melayu hitam segak berjalan dari belakang membawa cermin setinggi seorang manusia untuk ditandatangan oleh YB sebagai gimik perasmian, ditemani sorotan lampu sehingga ke pentas.

Persembahan pembukaan dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Juara Akademi Al-Quran musim ke-3. Kemudian kumpulan Destiny memulakan dengan 2 buah lagu (tak ingat pulak apa tajuknya). Sedikit kelainan pada konsert kali ini, diselitkan dengan persembahan dari UCCA (Unisel Chinese Culture Association) iaitu tarian singa. Sangat comel dan menyeronokkan. Kedua-dua singa masuk ke dewan dari pintu masuk terus ke atas pentas. Sempat bersalaman dengan tetamu VIP sebelum keluar dewan melalui celahan penonton. Apa yang istimewanya, tarian ini dipersembahkan sendiri oleh ahli-ahli UCCA yang merupakan pelajar UNISEL, tanpa penyertaan dari organisasi luar seperti kebiasaannya. Seterusnya, persembahan dari MESTICA dengan 3 buah lagu (pun terlupa apa tajuknya). Kemudian, bacaan puisi oleh Mantan Presiden Ke-2 i Rakan, Saudara Abd Haez Abd Rahim bersama-sama dengan Saudara Najib Dan Saudara Yusof sebagai suara latar. Sayu dan menikam kalbu bait-bait puisinya. Diteruskan lagi dengan persembahan kebudayaan dari ICLS (Indian Culturul Language Society) iaitu Tarian...erk, ape ye? Ada disebutkan malam tu, terlupa jugak. Tapi something to do with kayu la. Macam seronok je kalau buat sendiri. Hehehe..Acara seterusnya adalah cabutan bertuah. Mantan Presiden pertama i Rakan agak bertuah kerana nombornya turut tercabut. Tahniah..! Persembahan kemuncak oleh UNIC. Kali ini pun, mereka masuk dari pintu utama dewan, bukan dari belakang pentas seperti persembahan lain. Persembahan dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu medley (tajuknya kemudian ye) sebelum sesi taaruf. Usai sesi taaruf, sesi beramah mesra bersama penonton. 2 orang penonton muslimin telah naik ke pentas untuk sesi ini. Beberapa dialog dan aksi melucukan keluar pada waktu ini. Sakit perut kami ketawa. Abang Garang mungkin sedang mengenang nostalgia lama waktu konsert terdahulu bukan? Kerana andalah yang naik ke pentas bersama Saudara Shafidy(turut hadir kali ini) tika itu. Sudah sesi mengenakan, terkena dan ketawa, UNIC mendendangkan sebuah lagu sedih, Ke Makam Bonda. Sangat sayu dan menusuk kalbu. Mungkin, bagi yang sudah kehilangan bonda tersayang sangat terkesan dengan lagu ini. Akhirnya, persembahan gabungan dari kesemua artis jemputan, sebuah lagu raya, Zapin Aidilfitri. Begitulah pengisian untuk konsert kali ini.

Sudah makan-makan untuk AJK, sesi bergambar bersama artis-artis jemputan. Yang terakhir, adalah sesi mengemas dewan. Disebabkan masing-masing bergaya dengan baju dan kasut raya, habis je berkemas, ada yang tersandar kat tiang dewan tu; lempoh. Ada jugak yang dah tanggal kasut dan selesa berjalan tanpa alas. Hehehe..jangan marah ye orang yang terlibat.

Sedikit perbezaan dulu dan sekarang.Maafkan diriku kerana membuat perbandingan ini....

Dulu...AJK tak seramai sekarang.

Sekarang...penonton lebih memenuhi ruang dewan dan mendapat Majalah sebagai cenderahati.

Dulu...persiapan dewan tidak sehebat sekarang kerana kami baru hendak menapak.

Sekarang...walaupun program macam bidan terjun, alhamdulillah semuanya berjaya berbanding dulu yang rapi persediaannya.

Dulu...Man sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan padaku berbanding sekarang yang hanya ditemani sahabat-sahabat dari UNISEL

Sekarang...Tiada pensyarah yang hadir memenuhi kerusi yang disediakan untuk mereka berbanding dulu yang kerusinya diisi dengan pensyarah-pensyarah sebagai tetamu jemputan.

Disebalik perbezaaan dulu dan sekarang, kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Yang pastinya, kedua-duanya meninggalkan kesan yang sangat bermakna pada diriku sebagai orang dulu dan sekarang. Fahamkah anda apa yang cuba aku sampaikan?

Nota: Nama asal program ini adalah Malam Kesenian Amal dengan motonya Irama Sufi Mencorak Nurani. Tetapi bila sampai pada Sha untuk urusan banner dan bunting, nama dan motonya telah bertukar kepada Konsert Kesenian Amal dengan motonya Irama Sufi Mencorak Rohani.

*Gambar-gambar akan diupload kemudian ye...Maklumat yang dilupakan juga akan dikemaskini selepas ku merujuk pada Cik Naib S/U ..Harap Abang Garang puas hati dengan apa yang ku coretkan dan jemput ke Program Tautan Lebaran pada 17 Oktober ni ye kalau ada kemampuan..

Wednesday, 14 October 2009

Runsing

Sebelum meneruskan pembacaan, diingatkan bahawa ini adalah kawasan jajahanku
Segala yang tercatat di sini adalah perkara yang berkaitan dengan hidupku,
dan mungkin orang-orang di sekelilingku
Justeru, maaf andai ada yang terguris rasa kerana apa yang tercatat di sini


Hati jadi rindu pada mereka yang jauh..
Rindu pada mak, abah dan rumah..
Namun kerja yang tak pernah sudah membuat emosiku terganggu
Lesson plan, presentation, research proposal, big book, etc... etc... etc...
Isu yang tak pernah reda dari perbincangan menyarati ruang pemikiran
Sabarlah hati, tenanglah emosi..
Ada yang perlu kusimpan, ada juga yang perlu kuluahkan...
Akhirnya di sini jua ruang untukku menyusun kata-kata..
Maafkan aku kerana gagal mengawal keadaan...

"Jika perlu marah, marahlah...
Tapi usah lupa perkataan SABAR.
Jika perlu menangis, menangislah...
Tapi usah lupa perkataan TENANG."
(petikan kata-kata Atiqah Humaira)

Monday, 12 October 2009

Subhanallah...

Kekeringan idea untuk menaip walau sepatah pun perkataan di helaian MS Word yang sedari tadi ku buka. Telinga di temani alunan gemersik petikan piano Yiruma, pemuzik instrumental yang baru ku kenali hasil kerjanya beberapa bulan lepas. Menenangkan... Akhirnya di sini juga aku mencurah idea sementara menunggu ilham untuk memulakan kerja.

Kebelakangan ini, masa pembacaanku pada bahan-bahan ilmiah adalah sangat terhad. Beberapa buah buku dan majalah yang kubeli awal semester dulu terus tersadai di atas rak tanpa diselak pun helaiannya. Salah satu ukuran pada seorang manusia adalah ketinggian ilmunya. Bukan ku tak sudi menambah ilmu, tapi masa untuk membaca agak terhad dek kerana kesibukan kuliah dan sebagainya yang lebih menuntut perhatian. Cuma membaca yang wajib dan penting saja. Insyaallah buku-buku dan majalah-majalah itu nanti akanku khatamkan dan hadam sepenuhnya pada cuti semester mendatang. Tinta Ilmu blog ini pun sudah lama tidak bersiaran kerana untuk memberi aku perlu ada. Tiada input, bagaimana mahu ada output?

Mungkin sudah agak lewat untuk mengulas tentang ini. Namun, it's better late than never, right? Isu ini masih hangat dibincangkan dan akan terus diberi perhatian untuk beberapa ketika. Kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia baru-baru ini menjadi perhatian banyak pihak. Malah, gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Malaysia. Subhanallah, dalam sekelip mata saja Allah menjadikan semuanya kucar-kacir. DIA Maha Berkuasa memberi dan menarik nikmat pada hambaNya. Segala yang berlaku sudah tentu ada sebabnya. Seorang sahabat telah memaparkan kaitan waktu kejadian gempa tersebut dengan Al-Quran di Yahoo Messenger. Aku cepat-cepat menyalin nombor-nombor yang tertera dan mencapai Al-Quran terjemahan biru di atas meja untuk mengetahui kesahihan berita tersebut. Selepas di semak, Subhanallah...

Tasik 15:04
"dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"

[Al-Hijr; Surah ke 15, Ayat 4]


Padang (Kejadian pertama) 17:16

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu)." [Al-Isra'; Surah ke 17, Ayat 16]

Padang (Kejadian kedua) 17:58 "Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami seksa (penduduknya) dengan seksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) [Al-Isra'; Surah ke 17, Ayat 58]

Jampi 08:52
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Fir'aun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras seksa Nya."
[Al-Anfal; Surah ke 8, Ayat 52]



Pemandangan indah Padang sebelum gempa


Keadaan selepas...

Subhanallah, sungguh besar KekuasaanNYA. Semoga kita mengambil iktibar dengan apa yang tejadi dan tidak riak dengan keharmonian yang dinikmati.

Friday, 9 October 2009

Minggu Sibuk

Ahad lepas, aku sambung beraya lagi. Kali ini, ke rumah Cik Iti di Bukit Beruntung sebelum menjejakkan kaki di rumah Pnut di Taman Seri Andalas. Terkejut beruk Pnut bila melihat kami melangkah masuk ke dalam rumahnya! Dan dia masih macam dulu. Nak tau dulu dia macam mana? Tanya la orang-orang yang kenal dia selain aku. ^_^ Rumah Wak Mis, terpaksa dimasukkan dalam senarai lain. Mungkin sabtu atau ahad ni. Bergantung kepada masa dan keadaan. Panjang cerita dan jauh perjalanan kami ahad lepas. Mak bagi syarat, bawak kawan dari sini kalau nak ke Klang dek kerana jarak dan keadaan dari sini ke Klang. Terima kasih Kak Chik dan Na. Sempat jugak ambik tempahan cupcakes untuk hadiah hari jadi Ain. Tak tahu nak bagi hadiah apa, akhirnya aku merasakan cupcakes pun sesuai jugak kan? Cerita tentang cupcakes, kebelakangan ini, aku senang membeli sesuatu melalui internet. Sudah beberapa kali juga aku melakukan urus niaga melalui internet dan alhamdulillah, semuanya selamat dan memuaskan termasuk la tempahan cupcakes untuk kedua-dua Ain (Fatimah Nurul Ain[Julai lalu] dan Nurul Ain [minggu lepas]).

Bilangan asal...gambar dari blog Kak Ana.

10 biji untuk Ain..
Sedap dan lawa design carrot walnut cupcake tu sampaikan Ain cakap; "Too nice to be eaten." Apa pun, thanks to Kak Ana for the adorable design and delicious cuppies. Sesiapa yang nak tempah, boleh la klik kat sini.

Pagi Isnin. Beratnya nak bangun pagi. Terasa sakit-sakit seluruh badan. Penat semalam tak hilang lagi. Sampai di UNISEL pun beberapa minit sebelum jam 12.00 Malam kerana keadaan jalan raya yang agak sesak. Tidur pun agak lewat kerana menyiapkan sedikit kerja kuliah dan menyusun jadual untuk esok yang agak padat. Untuk seminggu dua kebelakangan ini, jadualku memang padat dan bersepah seperti yang Kak Chik cakap. Mujurlah kelas hari ni cuma pagi tapi di panjangkan sedikit masanya hingga ke tengahari sebagai ganti kepada waktu-waktu kelas yang tertinggal kerana cuti am. Usai kelas, aku balik ke rumah untuk berehat sekejap dan solat zohor sebelum keluar semula untuk menyelesaikan urusan Konsert Kesenian Amal yang bakal berlangsung Khamis ni. Penat ke sana ke mari. Teringat petang ini ada usrah bersama adik-adik. Ikutkan hati, mahu saja ditunda ke hari lain. Namun, Allah masih memberi kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan sisa tenaga yang ada. Semua kelihatan penat dan tidak bermaya tika kami bersua. Akhirnya, aku memutuskan untuk hanya mengisi masa usrah kali ini dengan hanya membincangkan isu-isu semasa dan topik santai tanpa mengikut silibus yang diberikan. Aktif pulak mereka ni sampai kami habis agak lewat. Kemudian, aku terus ke kampung sebelah kerana sudah berjanji mahu bertemu Umi. Lama betul tidak lepak di rumahnya. Akhirnya aku makan malam di rumahnya sambil berbual tentang keadaan hidup masing-masing kerana sekarang amat susah untuk kami berjumpa dan berbual. Tidak seperti dulu. Banyak yang dah berubah. Siapalah kita untuk melawan takdir. Apa yang mampu dibuat, berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Jadual kelas hari Selasa selalunya sangat padat dan memenatkan. Tapi minggu ni kelas Mr. Mus dibatalkan. Tak ingat pulak kenapa. Alhamdulillah, boleh sambung kerja-kerja terbengkalai dan selesaikan urusan yang perlu diselesaikan. Thanks to Mr. Mus. Hehehe... Tengaharinya, aku dan Faien ke rumah terbuka UNISEL di Dewan Utama sebagai mewakili i Rakan. Memang meriah dan ramai.

Kenangan dengan Amal yang datang dari jauh..(kampus Shah Alam)

Sebelum berlari keluar mengejar Puan Azizah..hehehe..

Konsepnya dibuat ala gerai. Gerai yang ku lihat sentiasa penuh adalah milik Koperasi UNISEL Sdn. Bhd. Dah kata hidang sate, siapa pulak tak nak ambik kan? Lagi-lagi la ambik percuma. Sanggup beratur panjang. Yang kelakarnya, kami makan sambil memerhati pensyarah Faien, Puan Azizah. Selagi dia masih duduk dan ada pinggan ditangannya, selagi tu la kami menambah makanan kerana kelas Faien jam 2 petang nanti adalah bersama beliau. Terkocoh-kocoh kami keluar dewan bila kelibat beliau tiba-tiba saja hilang dari pandangan. Mujurlah sempat sampai sebelum beliau masuk kan Faien?^_^. Kelas Teaching of ESP hari ni bermula jam 3. Sejam lewat dari biasa. Ops, baru teringat aku perlu menyudahkan survey needs analysis. Habis kelas, aku terus berkejar ke masjid. Bersolat asar sebelum melangkah ke bilik syura untuk mesyuarat HPA bersama Encik Isma. Mesyuarat tamat ketika maghrib melabuhkan tirai.

Antara yang hadir

Ustaz Saedal dan Encik Isma membincangkan sesuatu

Terus sambung dengan sesi makan malam bersama sebelum ke masjid semula untuk perjumpaan terakhir bersama semua AJK Konsert Kesenian Amal Aidilfitri 2009. Bila setiap biro membuat pembentangan, masih nampak cacat celanya. Program mana yang tak ada masalah kan? Namun aku tetap yakin semuanya boleh diatasi. Usai perjumpaan, aku, Faien, Fiza dan Ifdal berkejar ke rumah Ustaz Firdaus. Ada hal yang perlu dibincangkan. Terima kasih kerana habiskan perjumpaan agak awal berbanding biasa,Tuan Pengarah. Di rumah ustaz, macam-macam berita terkini aku terima. Tak sangka rupanya masih banyak yang belum selesai. Namun, walau apa pun yang terjadi, seberat mana pun masalah yang dihadapi, biarkan senyuman sentiasa menghiasi wajah kita. Kagum dengan Ifdal yang sentiasa nampak tenang dan selamba walau hakikatnya masalah datang bertimpa-timpa. Pelbagai perkara kami bincangkan hingga malam sudah larut. Jam sudah pun menunjukkan 1.00 pagi tika tiba di rumah. Nasihat dari adik-adik ketika perbincangan tadi, aku pahatkan kemas dalam minda. Cakap memang mudah, namun untuk melaksanakan mungkin payah. Walau apa pun, tak salah mencuba kan?

Kelas pagi rabu dibatalkan lagi. Kali ni kelas Teaching of Reading, Madam Zainon. Syukur. Dapat berehat sedikit dan ulangkaji untuk ujian petangnya. Walaupun soalan ujian Testing & Evaluation adalah soalan bocor, terkial-kial juga aku menulis jawapannya. Alhamdulillah, dapat menghabiskan ujian kira-kira jam 3.30 petang. Terus aku berkejar ke FOB(Faculty of Business) dengan ditemani Mynn dan Ain. Hasrat hati mahu menderma darah. Ini kali kedua selepas beberapa bulan lalu memandangkan aku hanya boleh menderma darah 3 bulan selepas pendermaan terakhir. Aku antara orang-orang terakhir mengisi borang kerana kaunter tutup tepat jam 4.00. Servis yang diberikan kurang memuaskan kerana petugas di 3 kaunter pemeriksaan tidak mesra alam. Tidak sedikit pun senyuman dihadiahkan pada kami. Takpe la, mungkin mereka penat. Tapi jururawat bertugas di tempat mengambil darah tetap melayan kami dengan mesra. Walaupun kali kedua, hati tetap berdebar tika seorang jururawat mahu memasukkan jarum ke urat. Kepada anda yang berhasrat mahu menderma darah, jangan takut. Tak sakit seperti yang orang lain katakan. Biasa je, macam kena gigit semut. Prosesnya pun tak lama. Tapi, aku masih tak berani memandang tika jarum dimasukkan. Sementara menunggu darah keluar, aku membelek-belek buku rekod pendermaan. Jumlah darah yang diambil berbeza. Hanya 350 berbanding 450 sebelum ini. Lantas aku bertanya pada jururawat yang bertugas. "Mungkin tekanan darah awak rendah. Tu yang boleh ambil cuma 350." Owh! Macam tu. Beberapa minit kemudian, jarum dikeluarkan. Tapi cairan merah masih lagi keluar dari tempat jarum dimasukkan tadi. Jururawat yang mengarahkan aku menekan tempat tersebut dengan kapas supaya bekasnya tidak membiru dan berehat seketika sebelum dibenarkan beredar. Ada la dalam 15 minit kot aku tunggu sambil memerhati sekeliling. Kemudian, bekas tusukan jarum tadi ditampal dengan plaster. Macam dulu jugak, setiap penderma akan diberi minum secawan milo suam, air kotak, 3 paket biskut,2 jenis pil(folic acid & ferrous fumarate) dan sijil penghargaan. Kali ni sebatang pen turut diberi sebagai tandamata kot. Mynn yang melihat tanganku penuh dengan barang-barang diatas berkata; "Amboi, banyaknya dapat." Aku pun pelik jugak dapat biskut bagai. Tapi dah orang bagi, ambik je la kan. Sedikit kemusykilan, boleh tak kalau tak makan pil-pil tu? Ada mana-mana doktor atau bakal doktor boleh jawabkan? Sebab ada orang cakap pengambilan ferrous fumarate boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan secara mendadak. Jam 5, usrah gabungan bersama dengan 2 lagi kumpulan lain. Sepatutnya bersama penasihat, namun atas sebab tertentu, Azim sendiri mengendalikan usrah tersebut kerana aku sampai agak lewat. Perjumpaan tamat hampir jam 6.30 petang. Beberapa adik usrah mahu berjumpa tika aku melangkah keluar dari BK 17. Tak sampai hati pula mahu menolak walaupun aku perlu mengejar masa. Rupanya mereka ada masalah. Kali ini barulah aku teringat kata-kata naqibah pada kursus-kursus nuqaba' lepas. Setiap orang berbeza dan pelbagai masalah akan timbul ketika mengendalikan usrah. Ye, kita tak boleh memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita atau mengubah orang lain mengikut apa yang kita mahukan. Mungkin pada mulanya semua selesa dan boleh menerima diri ahli lain seadanya. Tapi lama kelamaan, ada juga yang berubah. Saat inilah pembinaan ukhuwah perlu dikukuhkan. Tak dinafikan, semua orang berbeza. Tapi percayalah, dalam perbezaan, tetap ada persamaan. Titik persamaan itulah perlu ditemukan agar masing-masing kekal sehaluan. Berat juga masalah ni. Aku perlu mencari penyelesaian. Akhirnya hanya ketika jarum jam menginjak ke 6.30 petang, barulah aku memenuhi janji pada Ila. Tapi sebelum itu, aku singgah di bilik gerakan untuk menghantar kotak-kotak yang penuh dalam kereta ni. Kebetulan beberapa AJK sedang membalut hamper untuk program esok. Dah, aku pun duduk sekali membantu sikit-sikit sementara menunggu barang dipunggah. Malamnya, aku menerima berita sedih dan menyakitkan. Terasa sangat-sangat teruji dengan apa yang telah terjadi. Spontan air mata mengalir. Jauh disudut hati, aku berdoa agar apa yang dicanangkan tidak menjadi kenyataan. Lama juga aku duduk termenung di katil sebelum perasaan reda dan kembali normal. Aku menyambung ulangkaji untuk perbincangan esok pagi dan ujian pada hari Jumaat.

Khamis pagi. Aku terjaga awal walaupun tidur sangat lewat malamnya. Bila kerja tak selesai, nak tidur pun tak tenang. Bersiap-siap untuk ke perbincangan kumpulan. Kepala yang kian berat ku tahan. Berharap agar aku kekal sihat memandangkan aku perlu membantu membuat persiapan akhir sebelum program malam ini. Tapi akhirnya, aku hanya terlantar menahan kesakitan. Migrain kembali menyerang setelah agak lama tidak bertandang. Berdasarkan cara hidupku sepanjang beberapa minggu ni, banyak faktor yang menjadi kemungkinan. Sejuta kemaafan pada anda yang mencari dan cuba menelefonku sepanjang hari. Bila dah sakit, memang aku letakkan jauh-jauh 2610 dan 6850. Alhamdulillah, petangnya kesakitan beransur pergi. Dapat juga aku menjenguk persiapan dan membantu mana yang termampu. Semangat yang hilang beransur datang bila Andak mengkhabarkan dia akan datang malam ni. Insan yang awalnya separuh berjanji mahu hadir tidak kuharap kehadirannya kerana dia pernah berjanji sama pada program terdahulu. Puas kutunggu, hingga akhir majlis bayangnya tidak juga muncul. Jadi untuk kali ini, aku berhenti berharap. Dalam kelam kabut, ku kira majlis berjalan dengan sempurna walau pun tetap ada cacat celanya. Sampai di rumah pun sudah sangat lewat dan penatnya jangan cerita la. Ditambah sisa kesakitan yang tertinggal.

Pagi tadi, aku gagahkan juga diri untuk bangun. Kalau tak kerana ada ujian untuk Teaching of Literature pagi ni, mahu aku ponteng kelas. Tika sampai ke kelas, Ain bertanya, ada dapat mesej tak? Puas aku membelek 2610. Memang tiada mesej baru. Akhirnya aku cuba mematikan sebentar dan menghidupakan kembali 2610. Usai menjawab ujian, aku memeriksa 2610. Nah, lebih dari 4 sms mengisi ruang peti simpanan! Bila ku buka dan memeriksa masa serta tarikh penghantaran, ada yang merupakan mesej 3 hari lepas. Wah, memang sengal tahap gaban dah 2610 ni! Dia buat hal lagi. Dah beberapa kali dia jadi macam ni. Tapi kali ni paling tak patut sebab dia buat hal pada masa genting. Jadi, apa yang harus kubuat? Tukar telefon bimbit barukah??? Sedikit perkongsian. Sewaktu berjalan pulang selepas habis kelas, kami terserempak dengan ibu salah seorang kawan yang mengambil jurusan sama dengan kami;TESL. Beliau bertanya di mana mahu berjumpa Head of Programme sambil mengkhabarkan tentang pemergian anaknya yang dijemput Ilahi 1 Oktober lepas. Kami yang sudah tahu tentang berita tersebut jadi kelu dengan ketabahan beliau mengkhabarkan pemergian anaknya. Al Fatihah buat Saudara Akram yang dijemput Ilahi kerana menderita kanser otak. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Okey, cerita terakhir untuk entri ni. Orang lama yang baru je Mynn sebut-sebut siang tadi kembali menyapa. Haish, yang dah sudah, sudah la. Teruskana hidup awak, dan saya dengan hidup saya. Mynn, mulut you memang masin. Huhuhu...

Nota: Entri paling panjang kot setakat ni. Kalau nak baca-baca la. Tak nak pun takpe. Tak paksa. Kepada yang dah baca, terima kasih...

Thursday, 8 October 2009

Kenapa Wanita Menangis?

Seorang kanak-kanak lelaki bertanya
kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?”

“Kerana ibu adalah seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.
“Saya tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan
berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian dia bertanya
kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”,Align Center
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Kanak-kanak itu pun membesar menjadi seorang lelaki
dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya dia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat untuk menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-
orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan
kelelahan tanpa mengeluh ”

“Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya ”

“Aku memberinya kekuatan untuk
menyokong suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya ”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi
suaminya tanpa ragu ”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan."

Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bila pun ia diperlukan.”

“Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, penampilan diri, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.”

Saturday, 3 October 2009

Janji yang Tertunai

Semalam, sepetang aku memandu. Tujuan asal, mahu membeli barang-barang hamper untuk program akan datang. Tapi, dapat juga selesaikan 2 ke 3 perkara lain sekaligus. Destinasi pertama adalah Tanjung Karang. Usai urusan di Bank Islam, sempat kami menjenguk ke Bakeri yang terletak betul-betul di sebelah bank. Hasilnya, 2 bekas kuih raya untuk hidangan tetamu VIP nanti. Seterusnya kereta dihalakan ke Kuala Selangor. Destinasi pertama adalah kedai mencetak tiket untuk urusan pembayaran. Tapi aku dan yang lain-lain terus ke stokis HPA yang terletak selang beberapa kedai. Mujurlah ada stokis HPA ni. Dapat jugak tunaikan janji pada Kak Chik untuk memasakkan ayam masak merah untuknya yang rasanya dari 2 tahun lepas (lama tuh..). Kemudian, kami ke kedai barangan plastik dan peralatan dapur untuk membeli bakul hamper dan pembalutnya sekali. Urusan paling penting kami selesaikan di Masjid Sultan Ibrahim. Asar la weh. Dah pukul 5 lebih waktu tu.

Perjalanan diteruskan lagi dengan mencari isi untuk hamper pulak. Nasib baik ada satu kedai borong kat deretan belakang KFC. Apa lagi, masing-masing teruja pilih itu dan ini. Saudara Bendahari pulak hanya memerhati. Ye la, anda yang akan membayar kan? Selepas habis pilih itu dan ini dan tauke kedai pun menjumlahkan harga, masih ada RM20 untuk ke RM200. Dengan sedikit pandangan dan kebenaran dari Saudara Bendahari, kami menambah beberapa barang untuk mencukupkan ke RM 200. Ketika mahu memuatkan segala jenis kotak dan plastik ke dalam kereta, kelihatan seperti tak muat di tempat meletak barang(Kancil je kot!). Dengan sedikit pertolongan dari tauke kedai, akhirnya Saudara Bendahari dan Sha terpaksa memangku satu kotak seorang. Nasib baik muat jugak. Kalau tak ada yang kena naik bas pulak kan?Hehehe... Ketika sampai di BB, aku singgah di pasar malam untuk membeli sayur bagi pelengkap hidangan. Tak seimbang la pulak kan makan nasik dengan berlaukkan ayam je. Sampai je rumah terus solat maghrib sebelum meneruskan kerja-kerja memasak. Waktu ni la teringat dapur rumah yang lengkap dengan perkakas dan bahan untuk memasak. Lebih mengharukan, terlupa nak beli kunyit. Pucat la ayam aku gamaknya tak berkunyit. Jadinya, perap je ayam tu dengan apa yang ada kat dapur ni. Kira-kira jam sebelas, baru siap masak semuanya. Fuh, penat seh.. Tapi takpe, sebab janji dah tertunai walaupun tak tepat. Kira okey la ek Kak Chik kan? Tepat jam 12 baru la masing-masing tiba di rumah dan sesi 'makan malam' dimulakan. Memang buang tebiat makan nasik tengah malam.

Kangkung ikan masin

Ayam goreng pucat...(sebelum dimasak merah)

Hasil terakhir..Ayam Masak Merah..(letak dalam pan je,senang nak panaskan)