Engagement Fund ;)

Saturday, 28 November 2009

Carrot Walnut Cake

Tajuk je ditukar menjadi inggeris. Bahan-bahan dan cara pembuatan ditaip dalam bahasa kebangsaan. Hehehe...

Bahan-bahan:

A (Ayak bersama)
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

B
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan minyak zaitun
2 sudu madu

3 cawan parutan lobak (kira-kira 3 biji lobak bersaiz sederhana)
1 cawan kismis
1 cawan walnut (bakar sekejap dan tumbuk kasar)


Cara pembuatan:
1. Satukan telur, minyak zaitun, gula, esen vanila dan madu dan pukul hingga kembang.
2. Masukkan bahan B sikit demi sikit dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan parutan lobak, kismis dan walnut. Gaul sebati.
4. Bakar sampai masak. Lebih kurang 45 minit ke 1 jam.

Ni la hasilnya (gambar tak berapa nak jelas sebab cuma guna kamera handset)


** Nak tau dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi bersih atau garfu. Kalau kek tak melekat, maknanya dah masak la tu.
** Kek aku tak ada topping sebab cream cheese tak ada kat Tesco semalam. Jadi, makan macam tu je la.
** Resepi di atas dirujuk dari sini dan sini

Biskut Koko Oat

Bahan-bahan:

A
275 gm Mentega
1 3/4 Cawan gula perang
2 Sudu esen vanila
1 Biji telur
1 1/2 Cawan oat
1/2 Cawan Susu tepung

B (Bahan untuk diayak)
2 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan tepung jagung
1/2 Cawan serbuk koko
1 Sudu serbuk penaik


Cara membuatnya:
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Satukan bahan B dengan oat dan susu tepung.
3. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung tadi ke dalam adunan mentega. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh.
4. Sudukan adunan menjadi bebola kecil dan golekkan dalam oat. Kemudian, tekan dengan garfu.
5. Bakar dalam oven hingga masak.

Sebelum di bakar..


Ni dah siap masuk Tupperware..

** Adunan agak lembik, susah nak terap. Buat bebola lagi sonang
** Masa membakar kira-kira 20 ke 25 minit bergantung pada suhu oven (oven yang aku guna tak boleh nak set suhu. Jadi, tunggu la dia masak sendiri)

Nota: Resepi diambil dari Mingguan Wanita Edisi Khas Aidilfitri 2005. Gambar akan diletak kemudian ye.

Friday, 27 November 2009

Satu Hari di Hari Raya

Tiada apa yang menarik pun berlaku padaku Aidiladha kali ni. Biasa-biasa saja. Sampai rumah semalam pun sudah 12.30 malam. Sebabnya? Dalam perjalanan dari Banting ke UNISEL, ada kemalangan berlaku di jalan menuju ke Pelabuhan Klang. Bayangkan, kesesakan bermula dari Taman Teluk Gedung Indah sampai la di tempat kejadian yang berhampiran dengan gudang Behn Meyer. Jauh tuuu... Aku ni risau la jugak bila tunggu dari tengahari sampai la maghrib, abah tak sampai lagi. Rupanya berlaku kesesakan jalan raya yang dahsyat + Encik Saga yang 'terbatuk' kat tengah jalan. Mujur selamat sampai. Aku meninggalkan perkarangan UNISEL pada saat jam menunjukkan angka 8.00 malam. Rancangan awalnya, nak singgah la mana-mana pasaraya untuk beli bahan-bahan masakan sempena raya ni (macam tahun lepas, mak dah siap masak rendang bila aku sampai rumah). Jadinya, cakap la kat abah nak singgah kat Tesco Setia Alam memandangkan itulah satu-satunya tempat yang dibuka hingga lewat malam dan ada semuanya dari bahan basah hinggalah bahan kering.

Tapi, jangkaanku meleset bila hampir kesemua rak di tempat bahan basah kosong..! Adoyai.. cili kering pun licin... Macam mana nak masak esok ni. Cadangnya nak buat nasi lemak + rendang kerang. Tapi bila dah tak ada bahan, terpaksalah redha. Nasib baik karet masih ada. Maknanya jadi la nak buat 'Carrot Walnut Cake'.

Bila masuk dapur siang tadi, abah dah rebus nasi impit pulak. Jadi, kena la tunda menu nasi lemak. Abah siap cakap; "Abah masak nasi je. Lauknya belum ada." Aiseh, nasi impit mesti la kena makan dengan sambal kacang + kuah lodeh + rendang. Memikirkan yang nak buat sambal kacang tu memang leceh dan lambat, aku masak rendang daging dengan kuah lodeh je. Cili kering pun abang dah beli lepas balik solat tadi. Bermulalah kerja memasak aku. Disebabkan masa terhad, aku kisar semua sekali bahan serentak(tak macam yang mak selalu buat). Masa habis agak banyak kat luar rumah sebab nak ambik serai(yang dah nak mati rumpunnya), korek kunyit dan halia. Seronok duduk kampung ni, boleh tanam macam-macam(abah yang tanam, aku tukang ambik je...hehehe). Dekat pukul 3 jugak siap masak semuanya.

Petangnya, bermulalah projek memarut karet. Memang patut la kek ni mahal kalau beli siap. Nak buatnya leceh. Penat tangan memarut ni. Dah tu pulak, tengah syok memarut, jari aku 'terparut' sekali. Adeh..pedih seh. Kena la berhenti kejap untuk redakan pendarahan(takut nanti jadi raja bersiong pulak). Pukul 5.30 baru la selamat masuk oven.

Pergi solat, masuk dapur balik. Sebab dah keluarkan mentega, kena la jugak adun biskut yang memang dah rancang nak buat raya ni. Abah pun dah bising sebab banyak bahan mentah untuk biskut raya haritu tak habis lagi. Jadinya, teradun la Biskut Koko Oat. Sampai malam ni baru siap bakar biskut la ni. Untuk resepi, boleh la tengok kat atas ni. Selamat Menyambut Aidiladha semua..;-)

Wednesday, 25 November 2009

Tanda Ingatan

Alhamdulillah, selamat menjawab ujian terakhir bagi subjek ESL Testing & Evaluation petang tadi. Mujurlah dah khatam latihan berset-set yang diberi Miss Hayati, tidak la mataku ini menjadi kelabu menatap formula dan nombor. Hahaha... ayat poyo seorang pelajar bahasa. Internet menjadi sangat laju sejak jam 6.00 petang tadi(mungkin kerana sudah ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing) dan membuatkan aku berkobar-kobar untuk menulis entri rojak ini.

Petang tadi juga aku membuat keputusan muktamad untuk praktikal tidak berapa lama lagi. Aku memilih sekolah menengah di kawasan Klang. Dari dulu lagi dah cakap dengan mak dan abah nak praktikal di Klang. Berisi la jugak rumah Abah kat Klang tu. Kalau minta di Banting mungkin boleh. Tapi, macam bahaya je. Sebab pertama; aku memang pantang kalau jejak kaki kat rumah tu. Secara automatik, kemahiran untuk belajar terbang melayang. Sebab kedua; ramai kenalan abah dan mak di kawasan jajahan Banting yang membuatkan aku cuak untuk menunjukkan prestasi di situ. Saudara-mara, sepupu-sepapat pun ramai jugak yang memegang gelaran cikgu, ustazah, dan teacher di situ. Jadi, Klang pun boleh la ye. Hehehe... Doakan semuanya berjalan lancar.

Isnin lepas, aku diuji lagi. Teman sebilikku memang sudah berselubung dari petang lagi dek kerana demam. Lewat malamnya, aku pula terasa lain. Sakit dada bertandang. Tidak tahu kerana cuaca yang sejuk atau sebab lain. Keadaan itu membuat aku tidak dapat melelapkan mata. Sakitnya mencucuk dan ada masanya berdebar-debar. Puasku sapu minyak panas namun kesannya hanya seketika. Berterusan hingga keesokan harinya. Alhamdulillah, ketika tengahari hampir ke penghujungnya, kesakitan itu hilang sepenuhnya. Kenapa ye?

Semenjak dua menjak ini, aku mendapat satu kerja sambilan yang kadang-kadang ku kira sebagai membuang masa. Aku menjadi blog walker tegar..! Disebabkan tabiat baru ini, maka bertambah panjang la senarai blog di bahagian kanan Atas Nama Cinta. Jadi seronok bila membaca coretan mereka tentang kehidupan, isu semasa dan tidak kurang juga kupasan tentang agama. Sudi-sudikanlah melawat mereka yang tersenarai di tepi sini ye.

Akhir kalam, inilah isi utama entri kali ini sebenarnya; ucapan selamat menyambut aidiladha buat semua sahabat dan juga pengunjung Atas Nama Cinta. Selamat bercuti seketika dan kembali semula ke UNISEL untuk sahabat-sahabat UNISEL bagi menjawab peperiksaan akhir yang bermula 30 November ini.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Nota: Siapa-siapa yang nak datang rumah raya ni, habaq mai dulu no.

Saturday, 21 November 2009

Semoga Kak Chik Bertemu Jodohnya

Ini adalah entri ke-3 untuk hari ini. Bagi yang mengenali Kak Chik dan pembaca setia blog beliau, beliau ada bercerita tentang jodoh dan perkahwinan di laman blognya kebelakangan ini. Semoga Kak Chik bertemu jodohnya. Hehehe.. Memperkatakan soal jodoh, teringat perbualanku dengan Kak Idah sewaktu beliau berkunjung ke rumahku Aidilfitri lepas, selepas beliau menghadiri walimah anak saudaraku, Didi.

Kak Idah: In, orang mana?
Aku: (tergelak saja)

Kak Idah: Kalau belum ada, tak payah la carik jauh-jauh. Leceh. Kalau dah ada, cancel je. Kalau Kak Idah tau Johor tu jauh, tak ada la Kak Idah pilih. Dah jodoh agaknya.
Aku: Eh, boleh ke macam tu? Tengok la dulu kak. Tak tau lagi orang mana. Ada jodoh nanti, ada la tu. (senyum)

Bila berbicara tentang jodoh dan perkahwinan, semua jadi teruja. Malah bila ada ceramah atau forum yang membincangkan soal perkahwinan, tempat duduk yang ada penuh berisi. Kenapa? Kerana fitrah setiap manusia, mahu menyayangi dan disayangi, mahu mengasihi dan dikasihi. Situasi yang selalu dibincangkan bila berada dalam jemaah, baitul muslim. Bila berada dalam jemaah, boleh dikatakan masing-masing menyimpan azam untuk bertemu jodoh dengan orang yang juga satu jemaah kerana masing-masing sudah ditarbiah dalam acuan yang sama. Terdidik dengan nilai-nilai islam dalam setiap perbuatannya, pemikirannya juga cita-citanya. Ini juga yang sebaiknya kerana perkahwinan bukan sekadar melengkapi kehidupan dan meneruskan sunnah Junjungan, tetapi untuk melahirkan generasi muslim yang soleh dan solehah bagi meneruskan kerja dakwah dan seterusnya membina khilafah. Tidak semestinya perlu juga mencari yang satu jemaah. Carilah yang sefikrah. Bila berkahwin dengan yang sefikrah, kerja dakwah tetap berterusan walau lain jemaah kerana telah dididik dengan asas yang sama.



Pilih dan buatlah pilihan terbaik dalam soal jodoh. Allah s.w.t juga telah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud; "dan diantara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir."

Nota: Sila klik di sini dan di sini untuk bacaan lanjut.

Mereka Yang Pergi

Kebosanan sebenarnya malam ni. Kami bertiga saja dirumah(aku, Faien dan Aienn) dan aku sendirian di bilik ini. Teman sebilik memang pulang ke rumahnya setiap hujung minggu. Kalau la aku tahu perkhemahan itu dibatalkan awal-awal lagi, harus aku memberitahu abah mahu pulang ke rumah minggu ini. Mengada-ngada sungguh kan, nak balik je kena berambik. Habis tu, dah tak diberi kebenaran untuk pulang sendiri menaiki bas, nak buek camano? Ye ke? Ye la. Dari sekolah dulu lagi. Bila cakap je kat mak nak cuba balik sendiri naik bas, mesti tak dapat punyalah. Sampai la sekarang. Kat Unisel ni je aku belajar berdikari sikit. Sikit je. Itu pun kalau keluar berjalan menggunakan kenderaan awam kena berteman. Jalan seorang? Tak ada kekuatan lagi. Memandu sendiri takpe. Sejauh dan seasing mana pun destinasi pemanduanku, tak kisah langsung. Tapi kalau lalu jalan Pelabuhan Klang nak ke Banting, berdebar jugak bila kiri kanan depan belakang lori kontena yang saiznya 6 kali saiz Mrs. Kanc yang aku bawak tu.

Baiti Jannati..

Sebenarnya nak cerita benda lain, tapi cerita benda lain pulak. Rindu sangat-sangat nak balik rumah, tu la sebabnya. Kenapa rindu nak balik rumah? Mungkin sebab mimpi aku minggu lepas. Mimpi yang sangat menyedihkan. Tidak mengerti apakah punca sebenar mimpi itu. Aku mimpi bertemu mak. Dalam mimpi tu, mak tanya, kenapa dah lama tak datang? Sempat juga mak pesan; jangan tinggal solat dan banyakkan mengaji. Ada banyak lagi yang mak pesan, tapi aku cuma ingat dua pesanan itu saja. Beberapa hari juga aku tidak tenteram disebabkan mimpi tersebut. Kini baru aku mengerti kenapa arwah mak sangat jarang menjengah kubur arwah nenek dan atuk. Mak lebih senang menyedekahkan yassin dari rumah saja. Setiap kali ziarah pusara mak, pasti bacaan yasinku tersekat-sekat kerana berhenti menahan esakan. Kerana itu jugalah aku senang bersendirian menziarahi pusara mak.

Arwah atuk pergi ketika aku masih terlalu kecil. Tak sempat beramah mesra dengannya dan tiada kenangan untuk diingati. Berbeza dengan arwah nenek, yang pergi dalam tidur dan aku berada di sisinya pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Aku agak rapat dengan nenek kerana selalu mengekor nenek ke sana sini, tolong nenek buat kuih, dan kadang-kadang mengikut nenek ke kebun di belakang rumah. Tapi itu 15 tahun dulu. Banyak kenangan dengan nenek. Bila nenek jatuh sakit dan tak boleh berjalan, aku tolong mak jaga nenek. Arwah Wak Nah(kakak sulung mak) dan Wak Mis(kakak ke-3 mak) juga bergilir menjaga nenek. Secara tak langsung, aku jadi rapat dengan kedua-dua makcikku ini.

Selepas nenek pergi, Wak Nah pula dijemput ke pangkuanNya. Pemergiannya sungguh tidak terduga. Kehilangannya turut meninggalkan kesan padaku kerana selepas nenek pergi pun, Wak Nah kerap juga berkunjung ke rumahku. Wak Nah rajin membuat pelbagai jenis makanan tradisional, sama seperti arwah nenek. Bila dia ada di rumahku, ada saja kuih-muih atau makanan yang terhidang di atas meja.

Kemudian, Paman pun pergi mengikut mereka. Juga tidak disangka-sangka. Apa yang diceritakan, pagi itu arwah tergelincir di dapur dan terus mengadu sakit dada yang teramat sangat. Cepat-cepat mak dan abah membawa Paman ke hospital. Tapi Allah lebih sayangkan Paman. Paman meninggal pada hari Ahad dalam tahun 2004. Aku masih ingat, sepanjang hari tersebut terasa tak sedap hati dan teringat pada rumah dan keinginan untuk menelefon ke rumah meluap-luap. Tapi, entah mengapa, aku tidak berbuat demikian. Menyedapkan hati tiada apa yang berlaku hinggalah Kak Ela muncul di perkarangan asrama mahu menjemput aku pulang.

Nota: Tiba-tiba teringat pada mereka yang pergi. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Ameeeen..

Untuk Mereka...

Masih lagi tercongok dihadapan Permataku seperti tiada apa yang perlu diutamakan dan berlagak sudah habis mengulangkaji semua 6 subjek untuk peperiksaan akhir kira-kira seminggu lagi(tolak tidur, makan, termenung, dll.). Gila kuasa pulak la kan. Ini pun masih ada beberapa entri tertangguh lagi. Tapi, aku utamakan yang ini kerana aku sudah menjadi tidak adil kepada dua orang sahabatku ini. Mohon ampun dan maaf kepada Fatheen Aina dan Shardiansha yang tidak 'diraikan' hari lahirnya. Maksud tidak diraikan disini adalah tiada langsung ucapan selamat untuk mereka pada hari kejadian. Situasiku adalah begini

Seawal jam 12 malam, peringatan (reminder la) 6850 sudah bising berbunyi menandakan ada tarikh penting untuk hari tersebut. Okey, aku ingat dan sentiasa ingat 15 November adalah hari kelahiran Atin. Cuma entah kenapa aku menangguh untuk menghantar ucapan selamat melalui SMS seperti yang selalu ku buat untuk sahabat-sahabat lain. Akhirnya, aku berazam untuk menjadi orang terakhir mengucapkan selamat pada Atin iaitu beberapa minit sebelum hari baru menjelma. Tapi, azam cuma tinggal azam. Sampai sudah aku tak hantar apa-apa. Maaf deh.! Hehehe.. Ini entri khas buat kamu yang sedang bercuti.

Gambar mangsa yang diambil semasa berada di rumah Man, Aidilfitri lepas..

Satu lagi mangsa adalah Saudara Sha, sahabat seperjuangan di Unisel merangkap Timbalan Exco Penerangan & Penerbitan i Rakan yang telah dilahirkan pada 18 November. Insiden yang sama berlaku seperti cerita di atas. Ampun maaf jua yang dipinta. Tapi hari kelahiran Sha sudah selamat diraikan sewaktu Majlis Jamuan i Rakan semalam. Nak tahu apa terjadi? Tunggu la entri tentang peristiwa tersebut ye. Ini sedikit ucapan untuk anda berdua;

"Hari ini bukan semudah semalam untuk kita bergelar manusia fatanah. Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersandung rebah menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah...dan semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan airmata. Selagi prinsip hidup berada diatas landasan yang betul, usah gusar pada anugerah Tuhan untuk kita. Anggaplah bila sesekali diduga itu sekadar mematangkan dan mengajar kita bagaimana menjadi manusia hambaNYA..."

---> Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah.
---> Semoga apa yang dilalui dan dihadapi sepanjang 21 tahun kehidupan/22 tahun kehidupan memberi pengajaran yang tidak ternilai buat hidup di dunia ini.
---> Selamat Hari Lahir yang ke-21 untuk Fatheen Aina & Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat Shardiansha.


(eKad Hari Lahir untuk korang.Orang lain dapat SMS je tau..hehehe)

Nota: Atin, kalau nak tuntut kek hari jadi, datang la rumah raya haji ni. Raya aidilfitri hari tu ko tak datang rumah aku kan?kan?kan? Tak aci tau...huhu..Sha, gambar ko takde yang sesuai nak diletakkan kat sini la pulak..

Friday, 20 November 2009

Manhaj Al-Quran Dalam Memperbaiki Masyarakat

Sekian lama Atas Nama Cinta terbiar sepi tanpa pengisian ilmu membuatkan aku terasa seperti mengkhianati tujuan asal blog ini direka; seimbang pengisian ilmu dan perkongsian pengalaman hidup. Malam tadi, sempat aku meneliti salah satu eBook yang tersimpan elok dalam koleksi eBook yang ada di dalam Permataku ini. Inilah sedikit perkongsian yang diharap dapat dihadam dan dicerna. Dipetik daripada Antara Semalam & Hari Ini karya Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna.

Firman Allah, maksudnya.
"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya".
(al Furqaan:32-33).

Setiap sesuatu yang berlaku ada penjelasannya. Dalam pada mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar, ketahanan diri perlu dimantapkan selain mencari strategi untuk mengekalkan keharmonian dalam hidup bermasyarakat.

Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan didalamnya penjelasan tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar pembaikian dan pengislahan masyarakat yang sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini:

1) Ketuhanan (Rabbaniah).

2) Ketinggian jiwa manusia.

3) Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.

4) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.

5) Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara mendalam.

6) Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja,
kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.

7) Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara
keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks.

8) Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.

9) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang
membawa perpecahan umat.

10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang
didatangkan oleh sistem ini.

11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab
melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam
masyarakat yang khusus(Negara Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh
manusia.

Wednesday, 18 November 2009

Cerita Hati Lagi...

Baru pulang dari bertemu Encik Presiden. Minda yang sedia sesak dengan pelbagai perkara, terus menjadi kucar-kacir. Haish.... Kena banyak-banyak bersabar. Kelas petang tadi, langsung tak boleh tumpu perhatian. Tak tau sebab aku sejuk kerana dibasahi air hujan atau otak tak bersedia mencerna formula dan nombor-nombor. Sebelum pulang petang tadi, Ili memberitahu tentang praktikal. Perlu menyerahkan nama secepat mungkin, dan aku masih dalam dilema. Menengah atau rendah? Bila tanya kawan-kawan, teman serumah, dan teman sebilik, mereka kata menengah. Bila bertanya pada Abah, Abah memberi tahu situasi kedua-duanya dan diakhir perbualan, Abah lebih cenderung pada menengah kerana Abah mengajar di sekolah menengah. Cuma Abah suruh fikir betul-betul. Kak Chik pulak cakap, sekolah rendah. Entah la weh. Esok ada ujian. Teaching of ESP. Tapi otak masih berfikir tentang majlis esok. Aku dah agak, memang akhirnya akan jadi macam ni. Itu tak kena, ini tak buat lagi. Waktu merancang tempoh hari, rasanya semua dah selesai. Biarlah. Benda nak jadi. Yuran asrama pun tak selesai lagi. Haish... Tenang. Sabar.

Tuesday, 17 November 2009

Bicara Kata

Bila sesuatu yang dibuat tidak mencapai tahap kepuasan, patutkah aku mengalah dan melupakannya?

Susah bekerja dengan manusia yang punya pelbagai ragam, yang susah diduga tindakannya.

Bila aku diperlaku seperti patung bernyawa, patutkah aku restu dengan tindakan mereka?

Payah untuk memahami dan membuat mereka faham.

Bila hak sendiri diceroboh dan dirampas, perlukah aku terus membisu?

Hidup memang memenatkan dan kadang kala memeritkan...

Namun itulah namanya kehidupan, perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.

Sunday, 15 November 2009

Tenanglah Hati

Bila menyelak-nyelak kembali arkib artikel di dalam Permataku(laptop kesayangan saya), terjumpa artikel pendek yang bertajuk seperti di atas. Tak ingat ambil di mana. Namun harapnya, artikel pendek ini dapat sama-sama memberi manfaat dan sedikit peringatan pada kita semua yang acapkali lalai dari mengingatiNya. Semoga dengan amalan ini dapat membantu mengubat hati yang berkecamuk dan dirundung duka, InsyaAllah...

1. Banyakkan beristighfar memohon ampun dan maaf kepada ALLAH di atas segala dosa yang dilakukan sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.Sesungguhnya menurut riwayat junjungan kasih kita Rasulullah S.A.W yang maksum lagi dijanjikan syurga beristighfar 70-90kali sehari.Inikan pula kita yang banyak melakukan kesilapan.

2.Banyakkan berselawat keatas Nabi.Sesungguhnya ALLAh beserta Malaikat berselawat ke atas Nabi.Inikan pula kita hambaNya.Dengan berselawat dapat menenangkan hati.Insyallah.


3.Perbanyakkan menyebut "Laillahailalllahu Muhammadar Rasulullah"dengan penuh keikhlasan,keyakinan dan niat kerana ALLAH semata-mata.Sesungguhnya andai di timbang kalimat tauhid ini dengan selurus isi alam nescaya lebih berat lagi kalimat ini.


4.Lafazkan "innaillahainaillahirajiun" seandainya menghadapi musibah.Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jualah kita kembali.Dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan segala.


Firman ALLAH dalam surah Adz-Dazariyat Ayat 56;

"Tidakku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk menyembahku"

Friday, 13 November 2009

Bila Kenangan Menyapa

Kebelakangan ini, Atas Nama Cinta sudah menjadi tempat untuk aku meluah rasa walau tujuan asalnya, mahu seimbangkan antara perkongsian ilmu dan cerita. Tapi, dacing cerita bertambah berat dengan kehadiran entri ini. Bila sibuk dengan kerja-kerja kuliah dan tanggungjawab lain di UNISEL, aku menjadi normal kembali. Tiada masa melayan ingatan hingga tumpah air mata.

Satu tabiatku, meletakkan berkeping-keping penanda buku pada Buku Rahsia Kerajaan. Sewaktu menyelak-nyelak helaian Buku Rahsia Kerajaan, terpegang penanda buku yang tertulis nama mak dengan tulisan khat. Aku beli ketika majlis perkahwinan Kak Maria 3 tahun sudah. Tak ingat sejak bila penanda buku yang tertulis nama mak menjadi penghuni Buku Rahsia Kerajaanku. Sebak bertamu. Ku tahan hingga tiba di rumah, dan saat ini.

Peperiksaan akhir bermula 30 November ini. Tapi hari pertama subjekku adalah 2 Disember. Bila tiba saat peperiksaan, teringat kebiasaanku. Hari pertama sebelum melangkah ke Dewan Peperiksaan, aku mesti menelefon ke rumah dan bercakap dengan mak. Walau perbualan kami berlangsung dalam masa yang sangat singkat, itulah rutinku. Sekarang, rutin tersebut bakal bertukar. Aku jadi sedih yang teramat. Hanya telefon menjadi penghubung untuk memohon doa dan restu mak abah setiap kali peperiksaan sejak dari sekolah lagi. Kadang-kadang, cemburu jugak dengan kawan-kawan yang dapat salam dan cium tangan mak abah diorang sebelum menjawab soalan. Situasi ini tidak berlaku padaku kerana aku menjadi penghuni tetap asrama sejak tingkatan 1 lagi. Masa berada di samping mak dan abah sangat sikit. Di Maahad dulu, perlu beratur untuk menelefon ke rumah dek kerana hanya ada 2 telefon awam di asrama kami. Itu pun terpaksa telefon waktu malam. Pagi hari peperiksaan, memang lagi panjang barisannya. Bila dah berada di universiti, lebih mudah kerana hanya menekan punat telefon bimbit. Tak perlu lagi beratur panjang. Tapi semuanya dah berubah dan aku perlu redha dengan perubahan ini....

Alhamdulillah

Siang tadi, tamat la sudah semua microteaching untuk 4 subjek teaching yang aku ambil untuk semester ini. Microteaching pertama adalah untuk subjek Teaching of Reading. Permulaan yang tidak begitu baik untuk kami (Aku, Memynn, Ain, Eizla) kerana aktiviti yang dirancang tidak menepati kriteria untuk setiap peringkat (set induction, pre-reading,while reading,post reading,closure). Mungkin juga kerana angin pensyarah kami yang tidak begitu baik pada hari kejadian.

Pembentangan kedua adalah untuk subjek Teaching of Writing pada Ahad lepas yang sepatutnya selesai pada hari Selasa (3/11/09). Namun dek kerana terdapat masalah di learning outcomes dan objectives, semua kumpulan yang patut bentang pada hari tersebut disekat. Jadi, Ahad sudah kami menyelesaikan microteaching untuk subjek ini. Teguran dari pensyarah tersebut padaku; "Do you have high heels?" Aku yang sedang menguruskan kelas terhilang bicara kejap sebelum menjawab "Ya". "No flat shoes when you are going to school ya." Okey. Jadi, lepas ni kena la beli kasut tumit banyak-banyak. Hehe.. Untuk kali ini, alhamdulillah mendapat pujian dari pensyarah kami tentang lesson plan yang menarik dan fokus. Cuma, ambil perhatian ye cikgu-cikgu sekalian, setiap sesi pengajaran perlu ada matlamat. Maksudnya, buat aktiviti langkah demi langkah dan jangan lompat-lompat. Contohnya, kalau nak ajar menulis, mulakan dengan perkataan, diikuti menyusun perkataan menjadi ayat dan akhirnya menyusun ayat menjadi perenggan. Peringatan untukku dan kamu semua.

Seterusnya, hari Selasa (10/11/09) adalah microteaching untuk Teaching of ESP. Yang ni kalut sikit sebab dapat tau kena bentang, hari Isnin. Jadi, lepas habis kelas Dr. Mahmud terus la kami menyiapkan apa yang patut. Sasaran pelajar kami adalah pembantu jualan. Terima kasih kepada teman-teman sekelas yang sangat bekerjasama menjadi pelajar kami sewaktu microteaching itu berlangsung. Usai mengajar, kami diminta berdiri sebaris di hadapan untuk kritikan dan komen sepanjang pembentangan berlangsung. Macam dalam rancangan realiti tv pulak rasanya waktu kena komen itu dan ini. Alhamdulillah, kumpulan kami mendapat markah tertinggi pada hari tersebut. Penghargaan kepada Memynn, Ain, dan Eizla lagi sebab anda semualah kita berjaya..

Hari terakhir, siang tadi. Khamis. Kali ini untuk subjek Teaching of Literature. Ini kerja berpasangan. Aku dengan Eizla. Memang la kami ni sungguh sengal. Orang lain semua bersedia 2 ke 3 minggu sebelum hari kejadian. Tapi kami baru mula Isnin lalu. Itupun baru nak pilih topik sama ada nak buat character and characteristcs of Looking for A Rain God atau moral values of Si Tenggang's Homecoming. Segan dengan Mynn dan Ain yang asyik tanya kami nak buat tajuk apa. Akhirnya, kami memilih Si Tenggang. Pembentangan bagi subjek ini sangat membuat kami cuak kerana pensyarah ini sangat teliti dan tegas. Dah la masa aku nak mula mengajar, pembesar suara buat hal pulak. Tak nak keluar bunyi. Jadi la menggelabah kejap sebab masa terbuang kat situ. Mujur Ida, Ju dan Eizla sudi membantu. Tapi untuk aktiviti Eizla, semuanya berjalan lancar. Masa nak penutup pun jadi gelabah lagi sekali sebab Miss Shangeetha dah suruh wrap up the lesson. Terlebih masa dah kot. Kelam kabut aku wrap up sampai bertabur ayat dan lupa nak bagi kerja rumah. Haish... Sengal sungguh. Di sebalik kelemahan, ada kelebihan. Komen beliau, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sangat bagus dan bahan yang dipilih sesuai untuk pelajar Tingkatan 4. Err..sebenarnya kan Eizla, topik-topik untuk perbincangan tu Farah adapt and adopt dari internet. Mula-mula ingat nak tengok dari buku teks English Form 4 je tapi, sungguh tak ada idea. Maaf untuk grammatical error yang sangat banyak kat situ. Rasanya dah periksa banyak kali semalam.

Jadi, berakhir la subjek Teaching untuk kami bagi Ijazah Sarjana Muda ni. Lepas ni, cuma nak siapkan statistik soalan untuk subjek Miss Hayati dan habis la assignment kami untuk semester ini. Tugasan terakhir, perlu fokus untuk peperiksaan akhir saja yang bakal bermula pada 2 Disember 2009 nanti. Terima kasih buat ahli kumpulan yang disayangi, Mynn, Ain dan Eizla serta kawan-kawan sekelas yang banyak bekerjasama sepanjang semester ini.

The making of Big Book... (dah lama hantar pun tapi baru ada masa nak upload gambar)

Sibuk menyusun..

Pakar mewarna kami...hehe

Muka depan buku besar a.k.a. Big Book kami

Berlakon je orang tudung ungu ni..sebab nak masuk gambar..






Ketiga-tiga gambar ini merupakan halaman daripada Big Book kami..


Sebab dah tak ada idea nak lukis, terpaksa la aku lukis Mr. Wall tu berdialog..

Wednesday, 11 November 2009

Rindu...

Jumaat lepas, aku bawa Aienn untuk membeli barang-barang basah untuk memasak di Kem Ikatan Mesra. Ini aje yang aku mampu tolong untuk program kali ini. Cemburu tengok sayur-mayur yang segar-segar kat Econsave tu. Geram je tengok udang yang besar-besar. Apakan daya, kalau beli pun aku tak sempat nak masak. Tapi hari Sabtu tu, abah rajin dan masak sambal udang dan jantung pisang rebus. Memang sedaapp..! Hehehe.. Balik rumah untuk tidur, jawab soalan MUET, jenguk sahabat-sahabat di El-Azzhar, tidur. Pagi ahad, kembali semula ke UNISEL untuk menghadiri kelas ganti Mr. Mustafa. Adoi.. Agak memenatkan. Bila baca blog orang lain dan tengok depa letak resepi-resepi senang dan mudah untuk dicuba, terasa macam nak balik rumah dan masak. Saja nak buang tebiat tulis entri ni. Macam tak ada kerja dah ye. Insaf la Cik Farah, masih ada lagi satu microteaching Khamis ni. ~_^

Sebelum mengundur diri, saja nak letak to-cook list aku kat sini:
1. Fetuccini
(bahan-bahan dah beli dari raya hari tu tapi tak sempat masak sebab sentiasa ada banyak makanan kat rumah tu)

2. Pizza Oat
(resepi dapat dari iklan Quaker Oat kat surat khabar)

3. Nasi lemak + rendang kerang
(akibat dari pengaruh Kak Chik yang suka bagi tau aku bila dia makan lauk kerang)

4. Carrot Walnut Cake
(sebab macam sedap je makan carrot walnut cuppies yang tempah dari Kak Ana dan kat rumah masih ada baki walnut dari raya hari tu. Resepi dah dapat dari sini)

5. Kuey Teow Kungfu
(terpengaruh dengan resepi dan gambar-gambar dari blog Kak Pnut)

Tuesday, 10 November 2009

Utamakan yang Utama (Episod 2)

Bila anda melihat Atas Nama Cinta, saban hari senarai blog di bahagian kanan sudah bertambah dan akan bertambah. Inilah rutin hidupku sejak kebelakangan ini. Seronok membaca cerita-cerita tentang kehidupan dan pengalaman hasil penulisan orang lain. Bukankah pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan? Cara berkesan untuk belajar adalah dengan memerhati daripada bertanya. Bergantung pada diri masing-masing. Sekejap tadi, menemui satu entri yang sangat-sangat berguna untuk diriku dan mungkin juga anda. Maklumat ini diambil dari sini.



Antara Dua
Apa perlu kita lakukan bila berlaku pertembungan antara dua kebaikan atau kewajipan?

Antara solat berjemaah dan solat awal waktu…

Bila program persatuan bertembung dengan peperiksaan…


Bila temu janji bertembung dengan usrah…


Bila program dakwah bertembung dengan aktiviti keluarga…


Mana yang perlu diutamakan?
Sedar atau tidak, dilema-dilema seperti ini sering kita alami dalam kehidupan seharian. Mahu tak mahu kita mesti membuat keputusan. Tetapi, atas dasar apakah keputusan perlu dibuat? Kedua-duanya sama baik, sama penting. Tiada jawapan objektif untuk perkara ini. Bergantung pada situasi. Tapi, ada garis panduan yang boleh digunakan untuk membuat pertimbangan.

1. Utamakan perkara yang maslahatnya lebih besar.
2. Utamakan perkara yang kepentingannya lebih utama.

3. Jika kedua-duanya sama penting dan sama maslahat, utamakan perkara yang datang lebih awal.


Apa pun, semuanya bergantung pada penilaian kita terhadap situasi-situasi tersebut. Tepuk dada, tanya iman.


Semoga bermanfaat..

Sekitar Pertemuan Bersama YB Dr. Halimah

Khamis, 5 November 2009 lalu, aku menghadiri pertemuan Majlis Perwakilan Nuqaba' bersama Dr. Halimah di Dewan Senat. Alhamdulillah, beliau belum tiba ketika aku sampai di perkarangan canseleri kira-kira jam 9.00 malam. Pertemuan dimulakan pada jam 9.30 malam dengan kehadiran seramai 25+/- naqib dan naqibah Usrah Umum UNISEL. Pelbagai maklumat baru didapati daripada pertemuan singkat itu. Secara umumnya, kupasan pada malam itu adalah berkenaan pentingnya pembangunan konsep SPIES dalam diri setiap insan dan bagaimana mahu mengaplikasi konsep tersebut dalam kehidupan seharian, juga kepada anak-anak usrah. SPIES adalah singkatan bagi Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social. Susunan bagi setiap item adalah seperti logo di bawah.



Spiritual diletakkan pada aras paling bawah dan paling besar bukaan tapaknya. Macam tapak piramid, lebih lebar tapaknya, lebih kukuh binaan piramid itu. Elemen spiritual adalah elemen terbesar yang perlu dibina dan diambil kira oleh setiap individu kerana semuanya bermula dari dalam diri. Jika kuat suntikan rohani yang diterima, maka teguhlah iman dalam diri.

Fizikal, Intelektual dan Emosional pula diletakkan sejajar sebagai tanda perlu pembahagian seimbang bagi ketiga-tiga elemen ini. Fizikal yang sihat menjana minda yang cerdas dan membentuk emosi yang stabil. Bagiku, emosi adalah penyumbang terbesar pada keseimbangan diri kerana kadang-kadang fizikal sihat dan intelek pun tiada gangguan tetapi jiwa kacau kerana emosi yang tidak stabil. Pernahkah tiba-tiba anda terasa tidak puas hati pada seseorang dan seperti mahu mengherdik beliau kerana melakukan tabiat dan kesilapan menyakitkan hati yang berulang-ulang? Di sini, emosi memainkan peranan besar untuk mengawal diri kita. Membentuk sabar. Perlu kuasai dan didik emosi supaya tiada ledakan tak bertempat. Tentang intelektual, perlu diberi perhatian kerana ilmu adalah segala-galanya. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu."
Berdasarkan hadis ini, ilmu dunia dan akhirat perlu seimbang. Alhamdulillah, usrah umum telah menjadi salah satu sumber untuk menambah ilmu akhirat dan menyeimbangkan ilmu dunia di UNISEL. Aku akui, makanan rohani amat penting untuk pembinaan minda dan emosi serta pelbagai kemahiran yang lain. Aku mendapat ilmu melalui usrah. Aku belajar memimpin melalui usrah. Aku belajar menyampaikan ilmu melalui usrah. Aku belajar berkata-kata melalui usrah dan aku belajar untuk membina daya tahan diri melalui usrah. Usrah juga medan untukku menjalinkan silaturrahim sesama saudara seislam. Penghuni UNISEL memang ramai. Bila bertemu dalam usrah, aku dapat mengetahui lebih banyak perkara dan belajar untuk memahami manusia. Semangat berani mencuba juga perlu disemarakkan. Sudah tentu dalam percubaan-percubaan yang kita lakukan, akan ada kesilapan. Yakinlah bahawa kesilapan itu adalah guru terbaik untuk mengajar kita. Tiada yang mahu kesilapan berulang sebaliknya mencari inisiatif untuk membaiki kesilapan dan menambah baik apa yang dilakukan. Akhirnya, jangan takut untuk dikritik. Sebagai seorang naqib atau naqibah, kita menjadi perhatian bagi anak-anak usrah sendiri mahupun orang di sekeliling kita. Mudah saja kesilapan yang mungkin tidak disengajakan dicanang dan diperbincangkan. Adat manusia. Kuman diseberang laut nampak jelas dipandangan tapi gajah di depan mata tidak diberi perhatian. Ambil kritikan mereka sebagai suntikan imunisasi untuk menguatkan diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam perjuangan, juga alat untuk membetulkan kesilapan.

Sedikit perkongsian tentang rangkuman bait-bait bahasa indah yang menjadi inspirasiku tatkala dugaan datang bertimpa-timpa.

Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepenatan.
Biarlah menangis, terluka, kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah.
Kita tak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah bahawa setiap titisan darah dan air mata itulah menghantar kita ke syurga.
Apabila ditanya kenapa perjuangan itu pahit, jawablah bahawa syurga itu manis...

Kiriman SMS dari seorang adik yang kini sedang berpraktikal. Terima kasih atas kiriman SMS ini. Sangat bermakna dan menjadi momentum untuk tabah dan cekal menghadapi apa jua yang terjadi. Cuma aku belum memenuhi kriteria seorang pejuang dan perlu selalu menjahit koyakan kelemahan diri.

Sunday, 8 November 2009

Kisah Misteri Nusantara....

Banyak misteri yang mahu ku rungkaikan dalam entri kali ini. Untuk tidak membiarkan anda diselubungi misteri, teruskan membaca.... Alhamdulillah, selesai ujian bertulis MUET siang tadi. Satu perkara yang menyentuh perasaan, tiba-tiba semua orang jadi prihatin. Terima kasih. Cuma sewaktu mahu bangkit dari tidur pagi tadi, terasa mata bagai dilekatkan dengan gam UHU. Sangat letih, penat, dan tak larat. Alkisah malam sebelumnya(malam sabtu), fail berisi slip MUET tertinggal di tempat sahabat-sahabat melangsungkan Kem Ikatan Mesra. Tuuu dia.. Dah la sampai di rumah hampir jam 11. Aduss.. Sedar pun sudah agak lewat. Kira-kira 12.00 malam. Nak memandu sendiri, seriau juga rasanya. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa selama setengah jam juga la. Ditambah dengan keadaan jalan yang kurang kenderaan. Akhirnya, terpaksa la tunggu Abang balik kerja kerana abah dah pun tidur. Jam 2.00 pagi baru dapat lelap mata.

Walaupun dalam jadual mengatakan ujian tamat pada jam 12.30, tapi masanya pasti lebih. Hampir jam 1.00 baru aku keluar dari bilik peperiksaan dan menuju ke kantin untuk menunggu abah. Agak lama menunggu. Penat semalam belum hilang. Ditambah dengan kepala yang berdenyut-denyut. Dah lama sakit yang satu ini tak bertandang. Singgah ke sini dan ke situ, sampai di rumah hampir 2.30 petang. Usai berwuduk dan solat, aku bercadang mahu menghilangkan penat dan melegakan kepala yang semakin kuat denyutannya. Setengah jam pun jadi la sebelum ke El-Azzhar semula. Jam loceng yang ada dikunci semuanya. Dengan tempoh setengah jam saja. Tapi, mungkin kerana faktor-faktor yang disebutkan tadi, tak sedar langsung jam berbunyi. Beberapa panggilan yang masuk juga terbiar sepi hinggalah terjaga pada jam 5.30 petang. Allah, tak sempat nak ke sana.

Terlepas banyak aktiviti sepanjang kem diadakan. Aku tiba di sana kira-kira jam 10.00 selepas membeli bahan-bahan masakan untuk keesokan hari. Cuma malam ini aku berpeluang mengikuti slot kembara malam bersama mereka. Ha, waktu inilah kisah Misteri Nusantara berlaku. Jeng..jeng..jeng.. Peserta-peserta ditutup matanya dengan ikatan kain sebelum dibawa berjalan ke tempat yang telah ditetapkan. Akhirnya, seorang demi seorang dilepaskan ke dalam... apa ye nak cakap? Nak kata hutan, memang bukan. Belukar kot. Ha, belukar la sesuai. Lokasinya sangat hampir dengan paya bakau. Kiranya melalui kawasan pasir laut la. Memandangkan angin agak kuat dan lilin yang digunakan 'sangat besar', maka satu lilin penanda check point terakhir padam sebelum semua orang selamat tiba. Sedang sibuk-sibuk berkumpul dengan peserta lain di tempat gelap tersebut, kami terlihat kelibat orang berlari terus ke depan, tanpa berhenti seketika pun di check point kedua terakhir. Orang ke 'beruang' ek yang lalu tadi tu? Haish, meremang bulu roma. Semua dok menjerit panggil. Takut-takut terlajak, susah pulak jadinya. Tapi, takde tindak balas pula. Aku dan Za jadi risau. Dah la gelap. Entah apa la kat depan tu. Awi mencadangkan supaya kami menjejak orang tadi. Jadi, kami bertiga terus la ke arah orang tadi berlari. Separuh perjalanan sambil memberi salam, tiada sahutan langsung. Degupan jantung dirasakan semakin laju bila Awi kata "Dah la, sampai sini je. Bukan orang tu. Kalau orang pun, mesti kita dengar derapan dia berlari." Zuppp... Ye, itu adalah 'beruang'. Slot dihentikan bila hujan yang mulanya rintik-rintik bertukar menjadi semakin lebat. Rasanya, ini saja aktiviti yang aku sertai sepenuhnya. Pagi nanti, perlu pulang ke UNISEL semula untuk kelas Teaching of Writing. Ada microteaching lagi. Hai la Mr. Mus, kenapa hari Ahad?

Nota: Maaf ye sahabat-sahabat, tak dapat bersama hingga akhir program dan kehadiranku hanya seketika. Encik Presiden, keputusan untuk tidak ke Bukit Jalil adalah keputusan yang tepat.

Thursday, 5 November 2009

Matematik oh matematik..!


Sekadar berkongsi cerita lucu aku dan teman-teman sekelas hari ini. Minggu sudah, sebelum menamatkan kelas, Miss Hayati berpesan supaya membawa bersama kalkulator untuk kelas minggu ini (petang tadi la kan). Okey. Tak ada masalah. Petang tadi, bermulalah kesengalan kami bila slide tentang bendasing matematik dipancarkan. Hah, sudah. Awal-awal lagi Miss Hayati berkata; "Saya tau awak dah lama tinggal benda ni. Tapi, cuba yang terbaik la ye." Pergh, sungguh mendebarkan. Tentang min, mod, median, sisihan piawai, etc. etc.... Adoyai, ni Matematik Moden tingkatan 4 ni. Sebaik saja kerja-kerja mengira bermula, terdengar suara-suara sengal di segenap ruang kelas seperti; "Miss, can we just write an essay?", "Sebab tu la aku ambik TESL", "Adoi Miss, gugur rambut kalau macam ni." Hahahaha... bila budak TESL belajar matematik, ini la jadinya. Dah lama tinggal, kena kikis dulu karat-karat dalam otak ni. Memang sungguh lama untuk kami menyudahkan satu soalan dan masing-masing mengeluh bila dikhabarkan bahawa satu muka surat jawapan hanya bernilai 5 markah. Ater.. Setiap kali selesai dengan langkah pertama, masing-masing riuh bertanya orang di sebelah kiri, kanan, depan, dan belakang. Untuk mengesahkan jawapan yang diperoleh. Satu lagi dialog lucu bila seorang teman berkata; "Macam ni dalam exam kena la duduk dekat-dekat. Nak sahkan jawapan." Oh, kalaulah boleh... Tapi itu adalah mustahil bukan? Walau duduk berdekatan, masih tidak boleh berkata sepatah pun, apatah lagi berbincang. Sabar je la. Apa pun, latihan yang mencukupi dan berterusan boleh mengasah otak yang diselaput karat tadi.

Nota: Edisi asal cerita di atas adalah Bahasa Inggeris dan telah diterjemah ke Bahasa Melayu untuk tujuan paparan di Atas Nama Cinta. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 4 November 2009

5 Surprising Reasons to Get More Sleep

Of course, in a less busy world we would all grab some extra shut-eye. But sleep could have more effect on your health than you think.
It could make you thinner. The less sleep you get, the higher your body mass index tends to be. Research showed that people who sleep five hours a night were found to have 15 per cent more ghrelin ( a hormone that boost hunger) in their bodies and 15 per cent less leptin (which suppresses it) than those sleeping eight hours.
It could enhance your memory. Sleep plays a key role in making new memories stick in the brain. A Harvard experiment showed that subjects taught complex finger movement such as a piano scale recalled them better after 12 hours’ sleep than 12 hours’ wakefulness.
It can fight colds, ulcers and even cancer. Good sleep boosts the immune system. Melatonin, produced when you sleep, is a cancer-fighting antioxidant. Night-shift workers may have up to 70 times greater risk of breast cancer. Also, the chemical to repair damage to the stomach lining is secreted during sleep, so staying up all night regularly could raise your risk of ulcers.
It can slow down ageing. Persistent sleep debt affects carbohydrate metabolism and hormone function in a way that may increase the severity of age-related chronic disorders. A large-scale study concluded that people who sleep six to seven hours a night lived longer than those sleeping less than 4.5 hours.
It could keep you orderly. If you are a child, that is. The depression and low self-esteem often associated with just being a teenager actually correlate with sleep shortage. Young kids who sleep poorly are more than twice as likely to take to drink and drugs in adolescence.

Adapted from Reader’s Digest, November 2007

Bila Bahasa Menjadi Perantara

Sebelum membaca titipan kali ini, anda tentu membaca tajuknya terlebih dahulu bukan? Macam gah aje tajuk entri. Tapi sekadar ulasan biasa sebenarnya. Teruskan membaca. Anda akan tahu apa maksudku. Sebelum meneruskan bicara, pernahkah anda bertanya siapa anda dan anda adalah jenis manusia yang bagaimana pada orang-orang disekeliling anda? Aku pernah bertanya dan ditanyakan dengan soalan di atas. Ada juga yang memberi komen tanpa dipinta. Bukan senang nak berterus terang dan bukan senang juga nak menerima kenyataan. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita lakukan. Hanya bila orang-orang disekeliling menegur, barulah kita berfikir sejenak. Muhasabah semula tentang perkara yang sudah berlalu. Hakikatnya, susah untuk mengubah apa yang telah menjadi tabiat. Namun boleh terus mencuba. Cuba untuk lakukan yang terbaik. Antara bersemuka dan menjadikan bahasa sebagai perantara, aku lebih cenderung memilih cara yang kedua. Tapi jangan diam seribu bahasa bila sudah habis sesi berbicara. Katakan sesuatu sebagai petanda bahawa apa yang dibincangkan sudah tamat dan tidak perlu diungkit lagi. Tertarik dengan coretan Cik Hijau di blognya;

Insan yang soleh tersenyum dalam kesusahan,
mendapat kekuatan melalui doa,
menenagkan hati melalui istighfar,
dan mendidik diri dengan solat yang khusyuk...

Indah sekali bahasa yang digunakan.

Tuesday, 3 November 2009

Utamakan yang Utama

Alhamdulillah, sempat menggunakan masa yang bersisa sedikit untuk menjengah Atas Nama Cinta. Hidupku sedikit kelam kabut dan jadualku padat setiap setiap hari. Kadang-kadang keluar pagi tak balik-balik sampai malam. Hari paling penat rasanya Khamis lepas. Dengan assignment, presentation, dan pelbagai perkara lain, benar-benar membuatku mudah marah dan melenting jika ada benda yang tak kena. Tidur pun cuma 2 ke 3 jam sehari. Itupun sebab tertidur depan laptop. Oh Allah, kurniakan kekuatan padaku... Berterusan hingga hujung minggu, yang kujangkakan dapat la merehatkan diri. Jumaat petang, aku melepasi pintu utama UNISEL tika jam menghampiri 5 petang untuk pulang ke rumah. Sudah rindukan rumah dan balik pun rasanya cuma beberapa jam saja di rumah. Kadang-kadang, aku terfikir apa yang seorang sahabatku selalu katakan padaku. Inti pati percakapannya sangat mudah; walau sesibuk manapun, jenguk-jenguk la mak abah kat rumah. Sungguh terkesan kata-katanya padaku. Terhiris hati juga ada. Kalaulah aku boleh pulang ke rumah setiap minggu... Melekat kata-katanya di mindaku hingga perasaan terkilan kerana tak dapat berjumpa mak buat kali terakhir kembali menerpa. Aku ajukan persoalan itu pada Kak Chik; "Salah ke saya jarang balik rumah?" Kak Chik menjawab, utamakan yang utama. Kena rujuk balik Fiqh Al-Awlawiyat. Kalau nak bercerita tentang fiqh awlawiyat ni, memang rumit dan panjang. Akhirnya aku terdiam. Benar, utamakan yang utama. Inilah yang selalu aku cuba lakukan. Tapi biarlah. Situasi semua orang tak sama. Tanggungjawab juga berbeza.



Kembali pada cerita hujung minggu. Walau di rumah, masih juga menyambung kerja-kerja yang perlu disiapkan. Aku berada di rumah hanya satu malam. Dek kerana kepenatan, tertidur di ruang tamu dengan laptop yang juga terbuka. Pagi, usai subuh aku meneruskan kerja. Janji untuk ke rumah Kak Yah pada jam 10 juga menjadi lewat. Siap mengedit soalan untuk dihantar survey juga agak lewat kerana perlu menyeimbangkan antara soalan susah dan soalan senang dan kedua-dua printer yang kehabisan dakwat.Sungguh menguji kesabaran. Sekarang baru ku tahu nak jadi cikgu bukan mudah. Betul tak cikgu-cikgu dan bakal-bakal cikgu sekalian? Mujurlah Kak Yah sanggup membantu untuk mencari responden bagi menjawab soalan tersebut. Agak lama juga berada di rumah beliau. Pelbagai cerita keluar. Abang Mad bertanya kalau-kalau ada mimpikan mak. Aku cuma menggeleng dan bertanya padanya kalau dia ada 'berjumpa' mak. Dia juga menidakkan. Cuma 2 minggu sebelum mak pergi, Abang Mad mengatakan bermimpikan Atuk, Nenek, dan Paman. Pelik dengan keadaan begitu hinggalah terjawab akhirnya bila mak pergi mengikut mereka.

Sampai di rumah kira-kira jam 12 tengah hari. Terus membersihkan ayam untuk dimasak. Kesian pada abah dan abang-abang yang dah lama tak makan dengan betul. Kalau masak pun, lauk yang mudah je la. Bila buka peti ais pun, kosong tak berisi. Dalam kelam kabut, sempat la masak 3 jenis lauk. Usai masak kira-kira jam 3, terus bersiap untuk menjemput Faien, Sha dan Ifdal yang sudah tiba di stesen bas Banting. Dari jauh mereka datang untuk melihat tempat untuk kem yang bakal diadakan; El-Azzhar Camp di Morib. Agak lama juga meronda di sekitar kem dan berbincang mengenai pakej, kemudahan, dan pembayaran. Usai urusan di sana, terus menghalakan kereta ke Pantai Morib. Sekadar lalu untuk melihat laut. Sudah banyak yang berubah. Berhenti seketika di tepi kerana Ifdal mengidam air kelapa. Hehehe... Sudah hilang rasa mengidam, aku terus ke Pantai Kelanang. Mahu membawa mereka melihat tempat yang menenangkan bagiku. Pemandangan indah sepanjang jalan kerana terdapat laluan menyusur sepanjang pantai dengan ditemani deretan pokok bakau dan deruan ombak yang menghempas. Sedikit malang bila kami hanya dapat menempuh separuh perjalanan kerana separuh lagi ditutup. Tidak tahu kenapa. Aku mengeluh kecewa hingga Ifdal menawarkan diri untuk mengalih penghadang yang menutup jalan. Suka hati kamu je ye nak alih benda alah tu. Tergelak besar jugak la dalam kereta tu. Sampai di rumah sudah 6 petang. Terus bersiap untuk berangkat pulang ke UNISEL semula kerana aku ada kelas ganti esoknya. Penat. Penat. Penat.

Selepas maghrib baru aku berangkat. Mujurlah ada teman sepanjang jalan. Tidak terasa penat yang hinggap di badan. Dalam perjalanan, singgah bertemu Kak Ana untuk mengambil tempahan. Teruja melihat biskut yang comel. Tapi tak sempat nak tengok kek kerana mangsa kejadian berada di depan mata. Hahaha.. Kelam kabut Kak Chik bila aku cakap Faien ada di rumahku. Alhamdulillah berjaya melaksanakan perancangan yang tak berapa terancang tu dengan masing-masing kepenatan. Sekian saja cerita hujung minggu yang memenatkan.
fancy cookies yang ditempah dari Kak Ana

Kak Chik dah asingkan ikut kategori (gambar sedikit kabur kerana kualiti kamera yang cap Ayam)


Ini adalah kek hari jadi Faien (sedikit cacat corak di bahagian kanan kerana sedikit kesilapan teknikal)