Engagement Fund ;)

Friday, 13 August 2010

Gila Kentang...

Selamat bersiaran di hari Jumaat. Mula-mula, nak mintak maaf kepada Cik Bintang Timur sebab tidak membalas mesej-mesej anda. InsyaAllah akan dibalas hari ini. Dengan keadaan telefon bimbit yang sengal macam tu, menambahkan kemalasanku untuk berbalas mesej. Agak-agak, kena tambah kot new handphone dekat wishlist belah kanan ni. Hahaha..Sape entah nak bagi...

Semalam aku ke Unisel untuk berjumpa penyelia term paper yang baru. Pertemuan semalam sungguh memotivasi diri ini untuk menyiapkannya secepat mungkin. Selepas perjumpaan tersebut, sempat roger beberapa orang kenalan lama untuk berjumpa dan akhirnya, aku telah berjaya memiliki koleksi gambar program-program yang lepas. (Lepas ni nak buat entri basi pasal gambar-gambar tu pulak...basi la kan sebab dah lama gila) Terima kasih banyak-banyak ye Tuan Presiden. Sempat juga melawat gerai i Rakan di tapak bazar Ramadhan. Tahniah buat Exco Keusahawanan atas inisiatif tersebut. Tak pasti pulak gerai yang sebelah tu i Rakan punya jugak ke bukan. Tapi yang menebeng di situ adalah ahli-ahli juga. Apapun, selamat berniaga la kepada anda semua ye. Rajin buat nasi kerabu ye. Ingatkan ada yang nak belanja, rupanya kena beli jugak. Takpe takpe,nanti kalau sudah berkemampuan anda akan merasa la hasil belanjaan saya ye. Hehehe...

Dalam pada menunggu Tuan Presiden, sempat la jumpa Faien, Kak Suma, Aienn, Fina, Fatin, Ana, Fadilah dan beberapa muslimin yang lain termasuk Encik Presiden yang berdedikasi menghidupkan tempat pembakar di gerainya. Sempat juga jumpa Ifdal, Raudhah, dan terserempak dengan Najib dan Azli ketika mahu ke masjid. Mereka mengajak untuk berbuka sekali di masjid tapi terpaksa menolak kerana perjalanan masih jauh lagi. Cuak jugak nak memandu sendiri malam-malam ni. Itu pun sepanjang perjalanan semalam tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Agaknya semua dah siap-siap nak berbuka la tu kat rumah. Aku cuma minum air je sepanjang perjalanan. Ifdal pesan suruh beli apape untuk buka dalam kereta tapi aku cuma beli nasi kerabu je. Camane la pulak nak makan nasi sambil memandu kan? Jadinya sampei je rumah terus ke dapur. Perut agak pedih dah. Bukak-bukak tudung saji, MasyaAllah, banyak gila lauk. Penuh satu tudung saji tu. Rupanya dua-dua abang aku membeli di bazar. Patut la pun... Gila kentang ah tiba-tiba banyak pulak lauk. Tapi ok jugak sebab dah tak payah masak untuk sahur. Lepas tu ada pulak lagi nasi lemak sebungkus. Duhh, terasa kenyang tiba-tiba. Tapi aku makan jugak nasi kerabu tu. Nampak sikit tapi banyak la pulak. Serius kenyang... Dan kerana kepenatan, tidur awal malam tadi. Jam 10.30 dah pengsan sebab semalamnya aku tak tidur gara-gara melayan Epilog Syurga Cinta secara marathon dan siangnya pula memandu dari Banting ke Unisel ke Banting semula. Sebenarnya, berhajat nak membakar kek pisang untuk diberikan kepada sesiapa jua yang ditemui di Unisel. Semangat ni beli butter sehari sebelum. Dah siap lembutkan butter lagi lepas sahur semalam. Tapi, niat dan keazaman yang kuat saja tidak akan membuahkan hasil tanpa disertai sebarang usaha. Sebabnya, tidur balik dalam pukul 9.30 sebelum bangun semula jam 12.00 untuk bersiap. Itu la sebabnya pisang di dapur tidak menjadi kek. Mungkin lain kali la ye..

Gigih mengopek durian, balik-balik je terus cari pisau ni...hahaha..sebiji je pun sebab...

...Abah take over mengopek selebihnya bila aku kopek lambat sangat..

Gambar di atas ni adalah peristiwa Ahad lepas. Sekarang kan musim durian. Tengok blog orang lain pun ada entri pasal makan durian jugak. Aku memang dah lama teringin nak makan durian. Tapi waktu ajak Abang gi beli durian beberapa minggu sebelum ni, Abah cakap; "Jangan beli dulu. Abah batuk, nanti tak dapat makan." Hehehe..Jadi ditunda sampai la Ahad lepas bila Abah dah tak batuk. Lepas tu, ada orang tamak beli sampai 5 biji. Sape tu??Angkat tangan sikit. Jadi, masih berbaki lagi dalam peti tu. Puasa-puasa ni kurang dah nak makan-makan. Jadi, aku bercadang nak buat serawa durian makan dengan roti jala atau lempeng kalau malas nak menjala karang. Ok, tu je nak tulis. Panjang berjela ni kata JE??? Hahaha..sabar la ye..

Nota 1: Perkara untuk diselesaikan hari ini..WAJIB..
Satu - Kemas ruang solat yang dah penuh dengan pelbagai harta yang tak berkenaan.
Dua - Kemas stor awam yang bersepah bagai tongkang pecah.
Tiga - Menghantar kereta untuk dibasuh kerana sudah tiada rupa kereta lagi gamaknya Mrs. Kanc tu.

Nota 2: Ada orang cakap blog aku banyak gambar makanan je. Siapa tu?? Angkat tangan... Hahaha.. Bila aku semak-semak balik, ada la beberapa entri yang ada gambar makanan. Resepi pun ye jugak. Rasanya, kena bukak lagi satu tempat khas ke ek untuk resepi je??

2 comments:

Nurfarahin said...

salam ziarah..wah nama faien naik lagi..haha..anyway, sedap x nasi kerabu tuh..?harituh masa jenguk x nampak nasi pun..nampak ulam2 nye je...

farae al-farafisya said...

salam..jemput masuk...
org terkenal,gitu la gamaknya..hahaha
nasi kerabu?boleh tahan gak la kalau nak suruh buat sendiri,memang tak kose akak...
ada,dorg letak dalam termos atas kerusi..pegi la cuba beli..
mantan bos awk tu ye2 je kate nak belanja..