Engagement Fund ;)

Monday, 30 August 2010

Jangan Tegur

Salam pertemuan selepas seminggu lebih tiada sebarang coretan di sini. Sungguh, malas nak menulis walaupun ada beberapa detik yang perlu aku coret di sini supaya dapat aku kenang semula suatu hari nanti. Eh, ni kenapa guna ayat novel? Hahaha.. Nampak tajuk kat atas nun??? JANGAN TEGUR. Siapa tegur tu aku rajin update blog? Angkat tangan tinggi-tinggi. Kahkahkah.. Akibat dari teguran itu, macam dah malas-malas sikit nak menulis walaupun paling koman 2 hari sekali aku online. Sebenarnya, mood nak menulis memang turun naik sebab bila nak menulis, kena cari idea walaupun sebenarnya idea tunjang dah ada. Cuma kena fikir macam mana nak kembangkan isi. Macam kita buat karangan waktu sekolah dulu. Cikgu BM selalu cakap kena buat rangka dulu sebelum mula mengarang walaupun aku karang dulu baru rangka. Boleh pulak macam tu? Kalau cikgu-cikgu BM aku baca ni habis la. Kantoi... Hahaha..

Beberapa hari dalam minggu lepas, aku tidak diam di rumah. Tapi cuma nak catat untuk sehari perjalanan je.

Jumaat 27 Ogos 2010
Cita-cita nak buat banyak perkara dalam senarai-untuk-dibuat seperti mengemas rumah Klang akhirnya tercapai. Semenjak masuk Ramadhan, sangat jarang tidur lepas Subuh dimana harapnya tabiat ini berterusan hingga ke akhir usia. Orang cakap tabiat baik kalau dibuat selama 40 hari akan menjadi habitat. Okey, berbalik pada cerita hari Jumaat, aktiviti dimulakan dengan menghantar Mrs. Kanc untuk dibasuh. Ingatkan tempat cuci kereta tu bukak jam 10 pagi, rupanya bila tengok balik kad dia, jam 8 dah boleh terjah. Cisss, buang masa eden je sebab aku keluar rumah dah dekat jam 10.00. Sampai sana nasib baik cuma ada sebuah kereta yang sedang dibasuh. Dalam setengah jam jugak la menunggu. Selesai je kereta dibasuh, terus menghala ke Kerepek House. Ingat nak beli sesuatu untuk sesorang yang akan ditemui petang nanti. Sekali, berderet-deret kereta parking tepi jalan. Kalau dah sampai parking tepi jalan, kat dalam tu memang sah la orang ramai kan. Kensel.... Malas nak bersesak. Jadi, balik ajelah. Sempat singgah rumah jiran untuk membeli karipap frozen. Beli sekali 4 bungkus, sonang. Balik-balik je terus masukkan barang-barang yang nak dibawa ke rumah Klang dan terus bertolak ke sana.

Hampir tengahari jugak la sampai sana. Sampai-sampai tengok peti surat dulu. Carik segala neka bil seperti bil air, bil api dan bil broadband. Bil-bil tu ada kecuali bil api tapi iklan entah zaman bila punya promosi lebih memenuhi ruang. Masuk rumah, kena menyapu dulu sebab habuk dia sangat tebal dan hitam walaupun baru sebulan ditinggalkan. Kemudian, baru mop lantai. Ingatkan tak banyak kena kemas. Tapi banyak la jugak kena kemas sebab haritu memang tinggal macam tu je. Dengan buku-buku tak bersusun, dengan alat bantuan mengajar yang tersadai kat atas lantai, etc. etc. etc..... Serius penat! Tapi tak boleh nak golek-golek atau baring-baring lepas siap mengemas tu. Alamat tak jalan la projek kalau dah tersadai kat kusyen. Masukkan barang dalam kereta, mandi manda, solat zuhur dan semuanya siap jam 3++. Tunggu hujan reda sikit baru bertolak.



Mula-mula pergi Celcom Center bayar bil dulu. Nasib tak ramai orang. Sebenarnya tak suka pergi Celcom Center yang tu sebab mereka tidak mesra alam. Senyum pun tak okay! Sabar je la sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Terus tanya pasal e-Billing sebab lepas ni kalau guna bil biasa dia caj RM2++ untuk bil saja. Rugi nyah..! Tiba-tiba dia kata nak buat e-Billing tu kena bayar RM 5. Bayar lagi??? Celcom ni memang tau. Hari tu baru je dia ubah servis Call Me Tones yang sepatutnya RM 3 sebulan. Tiba-tiba dia tukar jadi RM 1 untuk seminggu. Aku dah la dah lama guna CMT tu, sejak dari mula-mula pakai nombor tu lagi. Kira-kira 5 tahun lepas kot. Hangin ke tidak?? Lepas tu, beberapa hari lepas, saja la telefon nombor Celcom dari telefon rumah sebab nak pastikan teleron rumah ni okey. (dan keputusannya telefon rumah aku rosak...sesiapa nak telefon, terus tekan nombor telefon bimbit ye) Sekali keluar lagu lain pulak. Sebab telefon umah rosak, aku cuba telefon guna nombor Maxis pulak. Berkali-kali untuk kepastian. SAH..! Memang bukan lagu yang aku langgan. Apa kessssssssss????? Ni nak marah ni. Sabar weh, sabar. Celcom, jangan sampai aku merajuk aku batalkan je servis CMT kamu tu. Rugi satu pelanggan. Padan muka..

Ok, rilek...rilek..Tiba-tiba pulak sampai satu perenggan cerita pasal Celcom je. Sabar je la. Lepas dah geram-geram tu, terus ke Shah Alam sebab dah janji nak buka dengan Kak Chik sebelum beliau pulang ke kampung halaman. Sebab waktu buka lama lagi, maka kami pun pergi mengukur PKNS dulu sambil berniat untuk membeli persalinan hari raya. Keadaannya haruslah sesak kan sebab hari cuti. Kak Chik beli sepasang jubah yang cantik kerawangnya. Jubah Sudirman Alwi memang cantik dan harganya okey. Kalau nak lagi murah, silalah beli secara borong macam yang aku buat suatu waktu dulu. Tengah tunggu Kak Chik tu, tiba-tiba ada satu suara menyapa.... "Sazoh..." Tergezut aku sape la pulak ni. Bila toleh, sekali Pnut daa... Satu keluarga keluar membeli belah untuk raya ye Pnut? Hehehe.. Aku tak beli apape baju pun. Ada berkenan, tapi macam tak berbaloi pulak harga dia. Yang harganya okay, ciri-ciri baju pulak tak sesuai. Nipis kainnya. Satu hal pulak nak kena cari inner. Kensell. Akhirnya beli kuih raya je untuk makan-makan lepas sahur. Bukan untuk raya ye. Hahaha... Hampir 6.30 jugak baru keluar dari kawasan PKNS untuk cari tempat buka. Sebab dah lama tak melawat kawasan jajahan secara teliti, masing-masing tanya nak buka kat mana??? Uiks, ni siapa yang duduk Shah Alam ni? Saya ke awak? Hehehe.. Dua-dua terfikir KFC. Tapi macam tak seronok pulak nak ke KFC. Lagipun ada orang janji nak belanja makan KFC kat Jalan Taiping. Siapa tu?? Sila jangan lupa ye. Hehehe..

Lepas pusing-pusing + terlajak + salah masuk jalan, kami memilih Restoran Nasi King. Mujur ada tempat kosong lagi. Tapi tak nak letak gambar makanan atau sebut nama makanan kat sini. Lepas buka, solat kat Surau Al Ittihadiyah (kalau tak silap) yang sekangkang kera je dari restoran tu. Lepas solat, terus ke Stadium Melawati sebab rasa macam ada jualan untuk raya. Lagi sekali, aku tak beli apape pun sebab tak ada yang cantik. Ada jugak terkenan kat abaya dan jubah yang ku kira harganya lebih murah dari biasa. Tapi, tulah. Macam tak kena pulak. Lepas dari tu, terus hantar Kak Chik balik dan aku pun terus menghala ke Banting. Berakhir sudah satu hari yang memenatkan...

Nota: Kak Chik suruh buat entri tentang kesukaan dan kebencian makanan orang-orang tersayang.

No comments: