Engagement Fund ;)

Monday, 9 August 2010

Mari Mengemas

Baiklah, tajuk hari ini mengenai KEMAS. Walaupun bab-bab mengemas ni aku cuma selaju siput sedut je, kena la jugak paksa diri naik taraf ke tahap arnab. Serius, banyak sangat benda nak kena kemas kat rumah. Patut la dulu arwah mak kata tak nak buat rumah besar-besar. Tapi rasanya rumah ni dah bertambah besar sejak dibuat beberapa pengubahsuaian. Ruang tamu, stor awam, stor dapur, ruang menonton, ruang menyidai, ruang solat, etc. Banyak tuh..! Setakat ni buat yang mana rasa nak buat. Tadi kemas dapur dan selepas hampir setahun, baru aku kemaskan tempat ubat-ubat arwah mak. Banyaknya ubat... Kebanyakannya dah sampai tarikh mati dan ubat-ubat yang masih panjang hayatnya adalah ubat untuk sakit sendi.

Arwah mak dulu memang tak ada penyakit berat macam jantung dan kencing manis. Cuma sakit lutut saja dan sejak dekat nak pencen dan selepas pencen, ada pulak darah tinggi. Jadi ubat-ubatan itu adalah untuk 2 penyakit itu saja. Sayang pulak rasanya nak buang ubat-ubat ni. Kira mahal jugak sebab bukan ubat dari hospital. Yang mana multivitamin tu, boleh la kot aku makan. Susu Alphalipid masih ada setengah tin.

ini ubat yang masih bernyawa(belum expired la maksudnya)




Lepas tu, bila bukak almari makanan kering, jumpa ini ........


Yang ni dah luput lama. Sayang sungguh sebab ini adalah antara makanan kesihatan termahal yang dibeli arwah mak. Tak ingat kenapa mak berhenti makan Nutri blend. Tapi sempat habis banyak botol dah. Satu botol ni RM240. Arwah mak kata, biarlah mahal asalkan kesihatan terjaga. Tak apalah, bukan rezeki manusia nak habiskan Nutri blend ni. Gitulah cerita ubat-ubatan yang ditemui. Yang dah luput semua dah masuk dalam plastik sederhana besar untuk dilupuskan.

Sedang mengemas tadi juga, tergerak nak buka tin biskut yang terletak elok di dapur. Dalam otak terfikir apa la isi tin ni. Bila bukak, rupanya adalah Kuih Bijan raya tahun lepas. Tinggal sikit je. Mungkin kerana lokasinya di ceruk rantau maka ia dilupakan dan akhirnya terbiar disitu selama hampir setahun sebelum ditemui. Sekian saja cerita mengemas hari ni. Meh layan gambar makanan...LAGI...


Ini adalah bingka pisang yang terhasil selepas jenuh fikir nak buat apa dengan pisang tu. Buat kek dah jemu. Maka aku membuat ini menggunakan resepi bingka nangka seperti di entri lalu. Cuma menggantikan nangka dengan pisang. Mudah bukan? Tapi sila jangan makan kuih ini selalu kerana ia berasaskan santan dan santan mengandungi kolestrol. Tapi aku dah buat kuih spesis ni dua kali minggu lepas. Apa kess?? Hahaha..Bertambah bolat la gamaknya...

Nota: Kenapa dengan blog aku ni?? Hilang sudah corak header. Sakitkah? atau dia suruh tukar layout baru? Ingat senang ke nak tukar layout ni? Bercinta tahu...

No comments: