Engagement Fund ;)

Thursday, 2 September 2010

10 Minit Saja

Alhamdulillah, rezeki menyebelahiku. Permohonan kerja yang dihantar dengan tidak sepenuh hati 2 bulan lepas diterima. Terima kasih kepada Abang Garang yang memaklumkan mengenai tawaran tersebut juga terima kasih kepada kawan kepada Abang Garang, Kak Ili yang menguruskan permohonan tersebut. Jadi hari ni hari pertama aku bekerja secara rasmi.

Bertolak dari rumah 7.25 pagi. Ukuran tempoh perjalanan yang dibuat semalam adalah 15 minit. Tapi pagi ni cuma 10 minit saja. Seronok juga bekerja di tempat aku bertendang. Jadi orang-orang kampung, marilah balik bekerja di tempat anda bertendang dulu-dulu. Kolej komuniti ada, ILP ada, dan ada lagi 2 buah IPT yang sedang dalam pembinaan rasanya. Kalau tak silap kolej matrikulasi dan politeknik. Banyak peluang kerja tu. Okey, sambung cerita.

Sampai-sampai je, masih sunyi lagi. Tapi PA bos dah datang. Terus bertanya di mana mahu punch card sebab tak nampak pun tempat punch card. Waktu sekolah dulu scan saja tag nama dan sudah tentu la komputer untuk mengimbas terletak elok di dalam pejabat. Tapi kat sini tak nampak la pulak. Agak-agak dah lama sikit, aku keluar balik meninjau keadaan. Eceh... Rupanya tempat tu disorokkan dalam kabinet. Bijak...bijak... Patut la aku tak jumpa. Hahaha... Lega bila dah punch card.

Jadual dah dapat semalam dan hanya mengajar 2 kelas saja. Kelas akan berlangsung pada hari Rabu dan Khamis. Jadi hari ni ada kelas la kan. Maka dengan gigihnya aku mengulangkaji silibus pengajaran yang setebal kamus Oxford hingga habis. Sampai mengantuk-ngantuk. Hampes.. Oh, lupa nak kabo. Ada lagi seorang teman seperjuangan. Seorang lelaki berbangsa India dipanggil Raj. Kiranya nanti dia ambik separuh kelas, aku ambik separuh kelas. Kalau tak paruh-paruh, kena mengajar dalam dewan besar sebab ramai. Pasal mengantuk ni, serius hari ni sangat mengantuk. Mungkin sebab cuma tido 2 jam +/- je kot malam tadi + penat menguruskan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA semalam. Tersengguk-sengguk kat meja. Dah la sejuk tahap gaban. Tapi masih la control ayu kan. Tapi, bila jam tepat kat nombor 1, aku tolak tepi ayu-ayu tu. Terus tumbangkan kepala atas meja. Staf lain ramai lagi dalam tu. Tapi, waktu tu dah masuk waktu rehat. Kira tak salah la kan? Tido kejap je buat ubat. Lepas 20 minit gitu bangun nak solat zohor. Bila masuk dalam surau, ada sorang staf landing baik punya. Siap bantal + selimut. Maklum la sejuk tahap gaban. Kalau tau tadi masuk sini je kan. Mau terus tido sampai balik pulak kang. Hahaha... Tapi memang serius sejuk sampai ambik wudhuk pun menggigil. Waktu ni la teringat kat jaket i Rakan yang selesa dipakai waktu kesejukan yang aku tinggalkan kat rumah Klang. Haish, kena ambik gak ni.

Jam 2, ada kelas dengan pelajar semester 2. Bilik kuliah sekangkang kera je. Tak perlu turun naik tangga. Tapi aku belum mula mengajar lagi. Raj yang ajar harini dan aku cuma tengok nak biasakan diri. Ye la, sebelum ni ajar budak-budak. Sekarang ajar abang kakak kepada budak. Jauh beza umur tu. Lepas kelas, aku selak-selak balik silibus dan kesejukan yang amat memaksa aku keluar dari tempat tersebut. Mana nak pergi? Mari kita terjah perpustakaan. Best jugak perpustakaan dia. Ada buku-buku kesukaan lagi. Tak termasuk la buku-buku yang berkaitan kos mereka. Lepak sana sampai waktu balik. Kurang sikit sejuk...

No comments: