Engagement Fund ;)

Wednesday, 15 September 2010

Nasib Baik Tak Bagi Bunga Sejambak

Siaran langsung dari 'kutub utara'. Berlalu sudah Syawal kelima. Sedihnya masih tersisa. Tak dapat ku menghadiri rumah terbuka Chik di Kajang semalam kerana tidak layak bercuti. Seperti kata Kak Chik, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. Kesedihan berganda sebab kawan-kawan dari serata dunia turut hadir seperti Syafaf, Fairuz, Zimah, dan Radin. Mereka cuma berada di Malaysia sekali sekala. Tapi, tak mengapa, ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi ye kawan-kawan.

Gambar ni ambik dari Facebook Chik. Berdiri dari kiri, Hani (Mesir), Radin(Indonesia), Syafaf(Mesir), Zimah(Mesir), tak kenal, Cik Nilam(IPG). Duduk dari kiri Chik, Fairuz(India), Nadiah(UM), Mahada(UIA). Caption gambar ni adalah with international students. Yolah Chik... Kepada anda yang rasa dikategorikan sebagai pelajar antarabangsa, selamat terbang ke tempat rantau. Panjang umur kita jumpa lagi, InsyaAllah.

Dah sedih-sedih, aku pun balik je la rumah lepas kerja. Rutin baru, masak untuk makan malam lepas balik kerja. Hari Isnin jengah pasar malam nak cari sayur sebab dah bosan makan lauk raya. Borong sayur la pulak. Makanya minggu ni kena kekalkan kerajinan supaya sayur-mayur yang dibeli tidak terbuang begitu saja. Alah, ni tengah rajin, masak la macam-macam. Tunggu la kemalasan melanda. Dapur pun tak berasap karang. Hahaha..

Okey, mari kita masuk ke topik utama seperti yang tertera di atas. Cerita ni dah agak lama, 2 minggu lepas. Tapi nak catat juga di sini untuk ingatan. Al kisahnya, pada hari tersebut aku dan Kak Chik ke UNISEL untuk menyelesaikan urusan seri paduka baginda dan berbukalah sekali dengan sahabat-sahabat yang dah lama tak jumpa. Sebelum tu berjumpa dulu seseorang. Janjinya jam 6. Tapi kami membuat lawatan kerja ke bazar ramadhan yang ada dulu dan tiba di tempat perjumpaan agak awal. Beberapa minit awal. Dia baru tiba bila kami sampai di situ. Dari jauh aku nampak banyak benar barang yang dia bawa. Tika menuju ke meja, telefon berbunyi. Jawab dulu kot-kot ada hal penting pulak. Pung..pang..pung..pang..ok, talian diputuskan. Khidmat tenaga diperlukan di Masjid. Elok je aku duduk, dia bagi kotak kek dengan satu beg plastik dan dia terus minta diri. Aku ingat nak cakap-cakap ke borak-borak kejap ke. Aku pandang Kak Chik. Kak Chik pandang aku. Biar betul. Lama aku menung kat meja tu. Kak Chik pun terkebil-kebil. Ish, mahal ni. Takkanlah... Akhirnya, Kak Chik kata; "Orang dah bagi, ambik ajelah." Tak tergamak pulak nak terima sebab ianya memang mahal untuk diberi begitu saja tanpa apa-apa sebab. Dalam masa yang sama, teringat arwah mak kata kalau orang bagi sesuatu kena terima. Jadi kami berlalu dari situ dengan rasa tak sangka.

Bila tiba waktu berbuka, aku bawa sekali kotak berisi kek coklat yang sangat sedap untuk dihidangkan sebagai juadah sampingan. Nak makan sorang, memang tak la kan sebab ia adalah sebiji dan agak besar juga saiznya. Semua yang ada di situ tanya mana dapat kek ni? Untuk jawapan bagi soalan cepu cemas ni, aku tak pasti siapa yang reka jawapan tapi aku cakap; "Ada orang tinggal kat atas kereta." Najib buat muka tak percaya. "Iye, orang letak kat kereta. Dah orang bagi, ambik je la kan." Tiba-tiba Azli menyampuk; "Oh, atas kereta. Bukan atas motor??" Kami pun tergelak-gelak. Ada peristiwa sengal berkaitan kek yang diletak atas motor. Mangsa kejadian la gelak paling panjang. Perstiwa KEK ATAS MOTOR adalah rancangan wa kena beb untuk Najib sempena hari kelahirannya tahun lepas. Tidak tercatat pula peristiwa itu di Atas Nama Cinta.

Pengakhirannya, kami sama-sama melantak kek tersebut. Tu pun banyak lebih lagi. Anda tertanya-tanya apa yang aku dapat yang dikatakan mahal? Inilah dia bendanya...
gambar ihsan dari Pakcik Google

Waktu survey dekat PC Fair dulu, harganya RM 40-50. Yang aku punye ni tak tau la berapa. Tengok, tergamak tak nak terima pemberian tanpa sebab ni? Aku memang dah lama nak cari laptop bag pack yang seronok dan kalau aku nak beli haruslah berwarna hijau sebab aku adalah pencinta hijau tegar. Pemberian ni masih lagi tersimpan rapi. Tak tahu nak pakai ke tak...

No comments: