Engagement Fund ;)

Sunday, 19 September 2010

Penjenayah Yang Jahat

Sejak akhir Ramadhan negara digemparkan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya. Sekelip mata Kuala Langat menjadi terkenal. Kereta polis juga sentiasa kelihatan di jalan-jalan utama di Banting. Dekat pejabat pun tiap-tiap pagi mereka akan memperuntukkan beberapa minit bercerita perkembangan terbaru kes tersebut. Orang datang beraya juga hangat berbicara tentangnya. Kejadian yang sangat tidak terduga. Aku tidaklah mahu mengulas secara serius tentang topik ini. Anda boleh baca di akhbar-akhbar tempatan untuk berita selanjutnya. Semoga roh mangsa-mangsa yang terlibat dicucuri rahmat.

Petang tadi, Abah bagi sehelai kertas padaku. Sekilas ku lihat, ada lambang PDRM. Eh?? Ku baca satu persatu perkataan yang ada. Eh?? Laporan polis? Rupanya nenekku menjadi mangsa ragut. Rantai emas milik nenek telah diragut petang semalam ketika dua orang lelaki tidak dikenali pura-pura bertanya sesuatu. Geramnya lah.. Dengan orang tua pun korang tak bertimbang rasa. Mujur tiada kecederaan. Anda semua, berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Sebelum ni ada juga terdengar beberapa kes seperti ini terjadi di kampungku. Tapi itu aku dengar waktu masih bersekolah dulu. Kiranya sudah lama kejahatan tidak muncul. Kini ia kembali selepas beberapa tahun. Lagi sekali, berhati-hati dan jaga diri ye...

No comments: