Engagement Fund ;)

Sunday, 17 October 2010

Berjaya!!

Cita-cita untuk membuat Ketupat Sotong telah menjadi nyata. Yeaay! Setelah berhempas pulas mengerjakan sotong yang sebanyak 1 kilo itu, ku asingkan 8 ekor untuk dibuat ketupat. Selebihnya ku buat sambal sotong. Kenapa 8 je? Ini kan pertama kali nak cuba, jadinya nak tengok dulu kena kat tekak ke tak. Komen saya, SEDAP...! Terima kasih kepada Kak Chik dan Kak Pnut atas tunjuk ajar untuk mengukus pulut. Selama ni masak pulut macam tanak nasi je. Puas la memikir camana nak kukus pulut tu.Padahal tak adalah susah mana pun. Nak resepi? Nah, ambik dan cuba masak yek. Tapi ni  versi campak-campak dan agak-agak je sebab tak ikut sukatan sebenar resepi asal. Ampun orang Kelantan kalau resepi ni tak sama dengan yang asal. Hehe.. Gambar tak cun sebab malas nak setting tempat.

Bahan-bahan
8 ekor sotong (saiz sederhana)
1 kotak kecil santan M&S
1/2 cawan beras pulut
Sebiji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halba
Garam secukup rasa

Cara mengukus pulut.
1. Rendam beras pulut selama 2 jam. Toskan dan cuci bersih.
2. Letakkan dalam loyang yang dilapik daun pisang. Tak ada pun tak apa kot. Tapi aku letak.
3. Panaskan pengukus hingga air kukusan mendidih. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus hingga separuh masak.
4. Gaul pulut yang separuh masak tu dengan 3 sudu santan + sedikit garam dan kukuslah hingga masak.

Cara masak ketupat.
1. Basuh bersih sotong.
2. Sumbatkan pulut yang siap dikukus dalam sotong. Jangan penuh sangat, karang melimpah pulak. Kira-kira 3/4 penuh.
3. Cucuk hujung sotong dengan lidi. Aku guna pencungkil gigi je sebab tu je yang ada. Hehe..
4. Masukkan sotong yang siap disumbat kedalam periuk berisi santan dan bahan-bahan lain.
5. Masak hingga pekat. Dah siap..!

Versi tenggelam

Versi nak kena ngappp! (sila abaikan lidi-lidi tersebut)

Sebenarnya teringin nak masak banyak benda. Tapi tengah MALAS-TAHAP-GABAN. Dua hari lepas percubaan mengeluarkan mentega untuk membuat kek. Alih-alih mentega tu masuk balik dalam peti. Hahaha.. Angin malas, syuhh..syuhhh..pergi jauh-jauh sana.

No comments: