Engagement Fund ;)

Sunday, 10 October 2010

Dah Cukup Peram

Hari ini sudah pun masuk 2 Zulkaedah. Hari baru, bulan baru. Cerita raya yang ku peram, sudah pun cukup matang dan boleh dimakan dicatat di sini seadanya. Dok bertangguh-tangguh, sampai dah lupa. Alhamdulillah, jauh perjalanan dan banyak juga rumah saudara mara yang dikunjungi. Rumah terbuka juga tidak terkira banyaknya. Nak tempek gambar je la kot.

Ini di rumah Abang Zahar. Asalnya nak ke rumah Wak Mis. Tapi separuh perjalanan tu, ku telefon Wak Mis nak bagi tau kami dalam perjalanan. Bila Wak Mis kata ada kat rumah Abang Zahar, maka teruslah menghala ke sana. Sebelum tu sempat juga singgah di rumah Bik Seri dilalui dalam perjalanan. Nak jumpa saudara mara yang agak jauh, memang jarang-jarang terutama Abang Wan yang kini menetap di Dubai. Dalam gambar ni cuma ada isterinya saja, Kak Atie. Abang Wan dah habis cuti. Dari kiri belakang; Abang Farhan, Abang Faiz, Abah, Abang Narul, Abang Zahar, Kak Lina, Kak Atie, Kak Ela dengan anak bongsunya, Aqilah Ilyani, dan Kak Eli. Depan dari kiri; Diri sendiri, Wak Mis, Mira.

Yang ini kami sekeluarga dengan Wak Mis.

Ini pulak depan rumah Bik Mini di Shah Alam. Dah petang sangat pun sampai sini. 

Ini di KLIA. Malam Ahad 18 September. Menghantar anak saudara yang melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang pergigian. Nama dia Farah. 

Ini pulak siang 18 September. Anak murid Abah yang memang tiap tahun datang beraya datang ziarah. Memang wajib ada sesi bergambar kalau Dr. Rafie ni ada.
 
Ni kat luar rumah pulak, sebelum berangkat pulang. Memang wajib ada.

Ini gambar terakhir arwah mak. Diambil pada Syawal tahun sudah, sehari sebelum mak pergi buat selamanya. Juga sewaktu Dr. Rafie datang beraya. 28 Syawal yang lalu, genap setahun mak pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk mak. Semoga mak ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Rasanya itulah saja coretan raya untuk kali ini. Jemputan rumah terbuka memang tak tercoret gamaknya sebab banyak la jugak. Terima kasih pada yang menjemput datang memeriahkan majlisnya tempoh hari. Mohon maaf pada mereka yang tak sempat ku jengah rumahnya. InsyaAllah panjang umur kita ketemu pada Syawal akan datang.

Sebelum mengakhiri entri ini, selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Abang Zahar yang bakal bertolak 12 Oktober nanti. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

No comments: