Engagement Fund ;)

Thursday, 25 November 2010

Berdebar

Assalamualaikum w.b.t... Tuan Tanah sibuk dan serabut untuk minggu ni dan mungkin berlarutan hingga pertengahan Disember. Sebab? Biarlah rahsia. Hari-hari pun susah hati. Hari-hari pun risau. Hari-hari jugak berdebar-debar. Entah apa yang disusahkan, dirisaukan, dan didebarkan pun aku tak tahu. Tapi itulah keadaan aku sejak dua menjak ni. Kalau ikut kitab perubatan HPA, berdebar-debar tu tanda-tanda awal penyakit jantung. Mungkin juga... Harus berjaga-jaga kerana aku ada sejarah berkaitan ini dan pernah didiagnosis oleh Herbalis HPA bahawa ada sedikit masalah berkaitan itu.

Seronok bila dah lama di sini. Bersyukur juga kerana dapat pelajar-pelajar yang AGAK mendengar kata dan menghantar tugasan walaupun pada minit-minit kecederaan. Kalau kat U, senang je. Tak hantar pada masa yang ditetapkan, bagi je telur ayam. Kat sini kena tolak ansur banyak sebab sistem di sini tak sama macam universiti.

Okeylah, esok-esok kalau rajin tulis lagi di sini. Ini pun masih lagi berada di pejabat. Menyiapkan kerja-kerja yang ada. Jangan mengeluh, jangan gusar. Allah sentiasa bersama kita.

Bila matahari terpancar di permukaan laut
Saya mula merindui kamu
Bila rembulan bersinar di permukaan tasik
Saya mula merindui kamu
Bila debu bertiup dari jalan
Saya akan nampak bayang kamu
Malam di lorong gelap, berjumpa orang asing
Terasa nampak bayang kamu
 
Nota: Sajak di atas tiada kena mengena dengan sesiapa pun dan bukan hasil nukilan Tuan Tanah. Kalau bijak, cari la mana Tuan Tanah dapat sajak ni. HEhehe..

No comments: