Engagement Fund ;)

Friday, 19 November 2010

Bila Bos Tak Ada...

Hari ni masih lagi dalam mood beraya. Pejabat juga lengang kerana ramai yang bercuti. Kafe pun tutup kerana tidak ramai makhluk di ILP ni. Cuma bilik kewangan je yang meriah macam biasa. Siap kedengaran suara orang menyanyi dari kejauhan. Hehehe... Bos besar dah balik kejap tadi. Ada hal mungkin. Maka ramai pulak yang ikut jejak. Bukan aku pastinya kerana aku masih diam di meja kerja ni. Selepas bercuti dua hari, rasa macam bengong-bengong je. Sebab? Duduk rumah tak buat apape melainkan bermalas-malasan walaupun hakikatnya aku perlu merapikan rumah tu supaya jadi lebih kemas dan teratur.

Cadangnya, hari ni nak habiskan menanda tugasan budak-budak ni. Kali ni mereka cemerlang kerana semuanya berjaya menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan. *Tepuk tangan* TAPI... Aku jadi keliru bila mengadap tugasan mereka tu. Apakah? Inilah fungsi latihan diberi. Boleh tahu mereka faham ke tak dengan apa yang diajar. Kesimpulannya, aku kena letak tepi dulu tugasan-tugasan tu dan balik rumah korek nota + assignment dari pensyarahku dulu untuk kepastian. Tunggu-tunggu budak-budak TESL dalam Facebook tadi, tak ada pulak yang muncul. Kalau tak, boleh jugak buat perbincangan dengan mereka macam tempoh hari. Kali ni, tugasan untuk topik Reading Comprehension. Dulu aku belajar benda ni waktu Tahun Asas, subjek apa ek? Hilang ingatan pulak.Mr. Lim yang ajar.  Lepas tu waktu dah masuk degree belajar jugak pasal ni dalam subjek Academic Writing, Mr. Siva yang ajar. Apa yang pasti, aku memang kurang gemar topik ni sebab lambat sikit nak faham. Banyak kekeliruan di situ. Tapi sebab nak mengajar, kena fahamkan dulu betul-betul. Belajar balik guna buku teks yang digunakan dulu. Alhamdulillah, dah faham dah. Yang ajaibnya, bila mengadap je tugasan budak-budak ni, aku jadi kabur balik. Hahaha... Tunggu buat rujukan balik, baru boleh tanda tugasan ni. Kalau didapati ramai yang buat silap dalam tugasan ni, maknanya mereka tak faham apa yang diajar. Maka, WAJIB buat kelas tambahan untuk mereka. Cikgu-cikgu, mengajar bukan setakat habiskan silibus, tapi nak bagi mereka faham. Itu yang utama. Ingat ye...

No comments: