Engagement Fund ;)

Monday, 29 November 2010

Kahwin...Bersediakah??

Cuti sekolah dah bermula. Maka tibalah musim melangsungkan perkahwinan bagi yang dah sampai seru. Sejak mula bekerja, sudah beberapa orang bertanya status dan bilakah mahu berkahwin? Ingat bila nak kahwin ni semudah macam bila nak keluar makan tengah hari kah? Kalaulah jawapannya mudah macam jawapan bila nak keluar makan tengah hari, dah lama dah jawab...Hahaha... Belum sampai jodoh. Bak kata Kak Chik, "Tunggulah nanti sampai ayah awak bersedia nak lepaskan awak. Macam tu jugak saya, tunggu mak saya bersedia nak lepaskan saya."

Perkahwinan bukanlah semudah yang disangka. Perlu persediaan. Tapi kalau jodoh dah depan mata, jangan bertangguh. Tanggungjawab lepas kahwin akan bertambah. Kalau waktu bujang, fikir diri sendiri je. Nak makan ke, tak nak masak ke, malas nak basuh baju hari-hari ke, lantak situ. Dah kahwin, kena jaga-jaga. Kalau dapat yang cerewet, habis la. Kalau dapat yang boleh kawtim, bagus jugak. Macam aku ni, dah la tak berapa rajin nak mengemas, nak masak pun kadang-kadang malas. Minggu lepas, berapa kali je dapur berasap. Selebihnya singgah pasar atau kedai makan beli lauk. Sungguh pemalas... Eh, toi..toi..toi..kantoi.

Kepada adik-adik yang tak lama lagi nak bergelar 'Puan', jangan risau dan ragu-ragu. Sungguh pun anda muda, yakinlah bahawa takdir anda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sampai pada usia muda dan anda mampu memikulnya. Cuma, perlulah melebihkan persediaan. Boleh dapatkan nasihat daripada orang-orang berpengalaman atau baca buku-buku tentang perkahwinan yang berlambak-lambak di pasaran sekarang.

Semalam juga, aku menghadiri majlis pernikahan seorang lagi sepupuku belah Abah. Baru melangsungkan pernikahan, majlis resepsinya bulan 12 nanti. Tiba agak lewat juga dan sampai-sampai sudah selamat. Sekali lafaz rasanya. Tahniah buat Kak Had kerana sudah bertukar status kini. Sempat juga bergosip-gosip berborak-borak dengan Makcik ku tentang persiapan perkahwinan. Ambil perhatian, bagi yang mahukan majlis mengikut adat, perkara ini juga perlu difikir dan dipertimbangkan. Daripada urusan hantaran, sampailah perjalanan majlis nanti. Dalam zaman siber dan canggih ni, boleh buat rujukan di internet. Contohnya, untuk persiapan perkahwinan, boleh baca catatan Puan Xora di Dia Terima Nikahnya. Serba serbi dia catat dalam tu. Sangat la membantu. Senang cerita, mengadakan majlis perkahwinan ni sama macam mahu mengendalikan program. Perlu ada organisasi dan kertas kerja dan sudah pasti akan berhadapan dengan masalah dan krisis. Banyak lagi sebenarnya yang kami gosipkan, tapi itu adalah rahsia kerajaan antara kami yang terlibat.Hehehe...
Ini pengantinnya...cuma ambik sekeping gambar ni je sebab semalam aku segan nak klik..klik macam selalu. Nak jadi jurugambar kena tebalkan muka dan yakin. Jadi, kena bertukarrrrr! Sebab semalam tak bertukar, maka ni ajelah yang ada. Ehehehe..

 Ini hantaran dari pihak perempuan. Seperti yang dimaklumkan, kesemuanya ada 15 dulang.

2 comments:

MAN ANA? said...

pah bedah dh xbercerita ek? haha

kdg2 kita rasa kita blm bersedia, tp Allah tahu y kita sudah siap sedia.

kdg2 kita rasa kita dh cukup kuat & bersedia, tp Allah tahu tarbiyyah yang kita ada masih belum cukup.

tabahlah hati. tenangkan diri.

p/s: mgkn kta bleh spend masa utk belajar cara2 mjadi seorang isteri.

farae al-farafisya said...

Sedari, pah bedah dah kena pecat..hahaha..
Ye, macam tulah kita manusia..
Selalu dapat apa yang tidak dijangka dan terlepas apa yang dimahukan..
Kita merancang, Allah juga membuat perancangan ke atas diri kita..
Duduk diam-diam dan nantikan saat itu tiba..hehehe..

psssttt, ada kelas formal ke?