Engagement Fund ;)

Sunday, 14 November 2010

Maaf, Abang Poslaju..

Tajuk kontroversi pulak. Seperti yang tertulis dalam entri sebelum ni, duduk rumah pun tak selamat dari segi keinginan untuk membeli-belah. Jadi, aku telah TERbeli sesuatu dari Maratussolehah Muslim House. Dah lama dah tengok-tengok benda alah yang satu tu. Tapi selalu boleh je tahan. Kali ni tak boleh tahan dah... Hahaha.. Maka TERBELIlah sehelai abaya yang dah tinggal satu tu je. Dapat diskaun lagi. Suka..suka.. Satu perkara yang seronok membeli-belah di MMH adalah dia suka bagi diskaun untuk barang-barang dikategorikan sebagai 'Penghabisan Stok'.



Belinya hari Rabu, jadi dalam hari Jumaat sampai la. Tapi bila balik rumah petang tu, tak ada lagi. Maka aku sangkakan hari Isnin nanti la kot. Tetiba semalam petang dengar hon kat luar. Eh, Encik Poslaju..! Abah yang keluar sebab Abah duduk kat depan. Dia tanya, kenapa telefon tak dapat? Maaf ye Encik Poslaju, telefon I dalam bilik, I duduk kat dapur. Tak dengar. Hehehe... Ingatkan tak datang sebab dah petang. Tunggu gak dari pagi. Nasib baik jumpa rumah I ni. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan MMH tak ada masalah. Dah banyak kali jugak beli baju dekat MMH. InsyaAllah akan datang membeli lagi. Eh, Kak Chik, macam mana dengan pertemuan anda dengan Encik Mundar Mandir? Selamatkah duit atau terkorban duit anda?

2 comments:

MAN ANA? said...

Ohooo...
TER ya?
alhamdulillah, sy bjaya menepis godaan & hasutan En.Mundar Mandir.
sbb dh kna warning ngn mak sbnrnya.
keh3...jgn lupa pakai abaya 2 time kenduri andak nnt. kta g kenduri kt umah dia la ek?
mau tumpang...bleh?

farae al-farafisya said...

A'ah..TER..
hahaha...
bagus2..saya pun kena limit gak keinginan nak beli baju neh..
almari dah tak muat dah..
orait, beres..
saya pergi dua2 insyaAllah...
karang kena fire dengan andak kalau tak datang nikah dia..
dah la saya yang membuat penyebaran majlis tu, tetiba tak datang pulak..
hehehe..