Engagement Fund ;)

Wednesday, 22 December 2010

25 Facts About Cik Farae

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."



Saya nak isi masa senggang (masa senggang?*berfikir*) dengan buat tag ni boleh? Dah lompat beberapa blog yang ada tag ni dan mereka kata, siapa yang baca ni kena buat. Bukanlah wajib pun. Tapi saja nak buat.

1. Dilahirkan pada tanggal 5 Julai 198_ di Klinik Damo, Klang dan membesar di sebuah kampung yang terletak dalam jajahan Kuala Langat.

2. Anak ke 3 daripada 3 orang adik-beradik.

3. Satu-satunya wanita di dalam rumah selepas emak kembali ke rahmatullah setahun yang lalu. Masih tetap bergenang air mata bila ada yang menanyakan tentang mak.

4. Banyak nama panggilan melekat selain nama sebenar. Bermula di Hamidiah, kawan-kawan panggil nama penuh kecuali Nur. Tapi selalu perasan sebab ada lagi seorang kawan nama sama jugak hinggalah masuk tingkatan 3, kami ditempatkan dalam dorm yang sama. Terbitlah nama 'Ayin' tapi cuma kawan kembar nama je yang panggil nama tu.

5. Lepas kem SOLEH, dapat nama baru. Ustazoh. Melekat nama tu sampai sekarang (tapi dipendekkan kepada "sazoh") sebab dulu cita-cita nak jadi ustazah tapi end up jadi cikgu BI. Hehehe..

6. Dah masuk U, dapat lagi nama baru yang aku guna dalam dunia blogger ni; Farae. Sebutannya bukan "fara e" tapi "fare" ('a' yang akhir tidak dibunyikan dan 'e' disebut macam 'e' dalam perkataan emak). Nama yang diilhamkan oleh Izie dan Mimynn.

7. Selepas beberapa tahun di U, berjodoh pulak dengan seorang insan bernama sama sekali lagi. Serumah dan seangkatan dalam persatuan. Bila kami berjalan bersama dan ada yang memanggil nama tanpa disertakan nama ayah, kami cuma buat pandai dan teruskan berjalan.

8. Seorang yang pendiam tapi banyak cakap dengan orang-orang yang rapat. Diam bukan bererti sombong ye tapi lebih baik mendiamkan diri daripada bercakap perkara yang tak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain.

9. Tulisan tangan aku sangatlah tak cantik sampaikan seorang teman di SKKD dulu cakap, kena banyak tulis cerpen untuk membaiki tulisan. Sampai sekarang tulisan masih tak cantik jugak walaupun telah berlatih dengan cara menulis surat kepada sahabat pena bertahun lamanya. Kesian kat mereka sebab kena baca tulisan buruk ku. Hehehe...

10. Pernah mempunyai sahabat pena sewaktu di Hamidiah dulu yang mana beliau mula mengutus surat sejak gambar kirimanku sewaktu Merentas Desa di Wetland Putrajaya tersiar di Dewan Siswa dan kerap juga berutus surat dengan seorang sahabat yang telah berpindah dari Maahad sewaktu di tingkatan 2. Rindunya nak menulis surat macam dulu-dulu. Sudah tidak berhubung lagi dengan mereka sekarang ni. Tak ingat kenapa terputus hubungan. Kena korek kotak ajaib untuk mengetahui puncanya. Ada yang nak menjadi sahabat pena saya?

11. Sangat-sangat suka memasak dan mencuba masakan baru. Tapi kalau ribut malas melanda, aktiviti itu dicampak jauh-jauh..

12. Suka menonton rancangan masakan sejak kanak-kanak lagi. Kalau dah mengadap rancangan masakan, orang lain tak boleh kacau. Semua aku sapu, Chef Wan ke, Chef Florence Tan ke, Chef Zaidah ke, mahupun Chef Ismail, belasah je. Rancangan masak antarabangsa pun disapu sekali. Suka tengok Jamie Oliver sebab dia masak main campak-campak je. Memberi motivasi kepada orang yang menonton mengenai mudahnya untuk memasak.

13. Lebih suka beli sendiri bahan-bahan masakan dan kalau membeli sayur, tidak merancang sayur apa nak dibeli. Dah sampai pasar, baru fikir menu sambil tawaf gerai penjual sayur beberapa kali. Lebih seronok sebenarnya.

14. Sangat tidak berbakat dalam ilmu tanaman dan berkaitan tumbuhan. Terus putus asa bila cuba menjaga kaktus yang sepatutnya mudah dijaga, tapi kaktus tu mati dalam jagaan.

15. Geli pada cicak sampai sanggup tak masuk tandas bila kebetulan ada cicak tanpa ekor mencicit lalu di tepi dinding bila lampu bilik air dibuka. Sebab? Sah-sah la ekor dia tertinggal kat mana-mana dalam tandas tu. Geli...Mungkin sebab pernah lenyek cicak dengan tapak kaki sampai lunyai tanpa sedar bahawa yang aku lenyek itu adalah bukan getah tapi cicak.

16. Suka menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Seiring dan sejalan katanya sebab walaupun ilmu berbahasa Inggeris banyak, masih juga perlu kuasai bahasa Melayu dengan bagus kerana itulah bahasa ibunda dan keduanya saling bergantung. Masih ingat kata-kata Abang Su suatu waktu dahulu; walaupun menceburi bidang baru, jangan abaikan bidang yang sepatutnya kita kuasai sebelum menguasai bidang baru itu.

17. Senang menyelak kamus Dewan mahupun Oxford sekiranya tak pasti dengan makna mahupun ejaan. Kenapa nak malu sebab selak kamus? Yang penting tak salah guna bahasa.

18. Sangat suka telefon bimbit jenis lipat kerana nampak lebih bergaya selain terpengaruh dengan drama Korea yang pelakonnya sering menggunakan telefon bimbit jenis lipat. Bercita-cita untuk memiliki LG Lollipop suatu hari nanti kerana setakat ini itulah telefon bimbit yang ada warna hijau dengan harga yang dalam kemampuan.

19. Hijau merupakan warna kesukaan. Kalau boleh semua benda nak cari warna hijau tapi agak-agak la weh, tak semua benda sesuai berwarna hijau.

20. Membaca merupakan salah satu hobi dan kesukaan tapi kebelakangan ini aku bukan lagi membaca tapi mengeja kerana mengambil masa berminggu lamanya untuk menghabiskan sebuah buku. Apakah?

21. Terlalu ingin bercuti ke mana-mana tempat yang damai dan menenangkan di Malaysia tanah airku. Langkawi, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands tersenarai di tempat teratas. Sedari, jom cuti-cuti Malaysia.

22. Tidak mempunyai keberanian dan pengetahuan untuk menggunakan pengangkutan awam. Mula menggunakan pengangkutan awam ketika berada di universiti dan mesti berteman. Tapi tidak mengapa kalau diberi sebuah kereta untuk ke mana-mana lokasi yang tidak pernah dijejak. Lebih rela memberanikan diri memandu daripada menaiki kenderaan awam dengan senarai nombor bas yang perlu dinaiki atau nama-nama stesen komuter yang perlu dijejak untuk sampai ke satu-satu lokasi.

23. Mempunyai lesen motorsikal yang sah tapi tak pernah menunggang motorsikal di jalan-jalan utama. Penakut punya pasal! Setakat merayau dan merayap di kawasan kampung saja.

24. Berazam untuk menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini berpandukan senarai semak di sini. Azam ni boleh juga diumpamakan macam kereta. Lepas enjinnya dihidupkan, kena masuk gear supaya kereta bergerak. Jadi, lepas berazam, kena cari cara untuk menjadikan azam itu satu kenyataan.

25. Berharap agar dapat menunaikan janji yang dibuat dengan orang-orang terdekat secepat mungkin. Menanti masa yang sesuai. Baru saja berjaya mengotakan janji pada Kak Chik yang dibuat beberapa tahun lepas kerana kekangan masa. Masing-masing sibuk nak melawat tanah jajahan sampai tak ada masa nak buang masa. Eh, kenapa saya buat janji tu dengan awak ek? Lupa dah. Hahaha... Teruk betul

Itulah dia fakta pelbagai tentang Tuan Tanah. Tak nak la tag siapa-siapa. Siapa rasa nak buat, silakan. Tapi teringin nak tahu dengan lebih terperinci tentang mereka yang tersenarai di bahagian Pieces of Me. Anda tahu siapa anda...

No comments: