Engagement Fund ;)

Wednesday, 8 December 2010

Duduk Diam-Diam Sana!

Assalamualaikum w.b.t... Selepas bercuti sehari, rasa macam tiba-tiba nak hari Jumaat dah. Cepat betul masa berjalan. Dan tadi akhirnya, dapat 'surat cinta' ketiga dan mesej PENTING kedua untuk bulan ni. Alhamdulillah, rezeki... Hari ini juga berjaya melabur duit di Tupperware. Hish, pantang betul. Pantang tengok! Nasib baik dapat harga ahli. Kira murah la jugak. Bila aku fikir-fikir balik, aku lebih kurang sama dengan arwah mak; suka Tupperware. Gedik nak beli sebab tengok warna dia cantik dan menarik. Gunanya, entah bila. Padahal kat rumah ni dah bersepah-sepah Tupperware. Takpe, benda tak basi. Hahaha..

Hari Ahad lepas, selamat mengukur Jusco Bukit Tinggi dengan Kak Chik. Tapi tak puas ukur pun sebab pergi lambat. Kesian Kak Chik, penat-penat balik program, kena 'paksa' ukur Jusco + paksa makan Pizza. Dekat sana pun aku berjaya meleburkan sejumlah duit. Memang pakar sungguh bab-bab melebur ni. Bahaya..bahaya..Itu pun nasib baik Kak Chik tahan aku daripada membeli secara berlebihan. Kalau tak, pergi kerja jalan kaki la gamaknya. Tak sanggup den! Walau bagaimanapun, terima kasih kepada Kak Chik kerana sudi mengukur jalan bersama saya. Tapi hutang yang tertunggak dari tahun bila entah, masih belum berjaya dibayar. Sedari, Ahad ni ek. Kita ukur Plaza Shah Alam. Eh, nak pergi mengukur lagi?

Jadinya, sekarang ni TAK BOLEH keluar mengukur pusat membeli belah, TAK BOLEH bukak laman web yang menjual barang, TAK BOLEH buat senarai nak-kena-beli. Gi duduk sana diam-diam...! Benda terakhir yang patut dibeli adalah external hard disk sebelum nak mula merawat Permataku ni. Aku tahu, sesuatu yang buruk bakal berlaku bila dia kejap-kejap bengong. Sebagai langkah berjaga-jaga, kena buat salinan semula semua fail yang ada. Takut-takut jadi macam peristiwa ni. Serius, menangis tak berlagu dibuatnya. Tapi, apa pasal nak kena beli external hard disk baru pulak? Sebab Permataku ni laptop zaman batu yang kapasiti cakera kerasnya tak segah laptop zaman sekarang. Eh, walaupun laptop zaman batu, Permataku tetap hebat tau!

2 comments:

MAN ANA? said...

suka entri jujur neh..haha
melabur ek?

ohohoiiii!!! melabur tupperware y xbasi2 ya..ada2 aje awk ni.keh3

maaf la, lambat kita mengukur jln ari 2 sbb sy tlambat balik dr pgrm.

mau ngukur lg? bleh aje...sy dh kempunan nk mkn big apple ni. huhu
dr ari isnin lg giannya.

sila melabur juga utk ms depan..(utk kawin.haha)

slmt 'melabur' & melabur..

farae al-farafisya said...

hahaha..tu diaaa...!
komen jujur dari seorang pembaca yg jujur...

sejak bila pulak suka makan big apple ni?jom2, saya belanja, awk bayar..ngeh3..

yg itu sudah dilaburkan awal2 lagi..
jgn risau..kata nak majlis gempak, kena la labur byk2..hakhakhak...