Engagement Fund ;)

Wednesday, 1 December 2010

Hadiah Untuk Pengantin

Salam pertukaran bulan. Hari ini dah pun masuk ke bulan baru yang juga merupakan bulan terakhir di tahun 2010 ni. Kerja untuk hari ni, adalah menyambung penterjemahan modul. Bila agak-agak otak pun beku, aku menebeng kat sini kasi dia cair balik. Hahaha... Alasan ah ko. Okey, berbalik pada tajuk. Hadiah untuk pengantin. Terasa nak buat entri pasal ni sebab:
  1. Terbaca tentangnya di sini.
  2. Aku akan menghadiri banyak majlis perkahwinan selepas ini.
Selalunya, kalau yang berkahwin tu adalah kenalan rapat, aku lebih suka nak bagi hadiah, bukan salam kaut bak kata Andak. Kenapa ye? Mungkin sebab...entah. Masing-masing ada sebab masing-masing. Ini antara cadangan barang-barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah pada pendapat akulah ye.

Buku - Ini mungkin jarang orang buat. Tapi tak tahulah kalau sekarang dah ramai yang buat. Macam yang aku baca dalam novel Lantera Mustika, Dr. Mustika lebih cenderung sekiranya buku dijadikan hadiah kerana buku memberi ilmu baru kepada yang membacanya. Mungkin anda boleh beri buku yang mungkin jadi kegemaran si pengantin atau buku-buku tentang ilmu rumahtangga. Buku masak pun boleh jugak. Lebih bermakna bila yang menerima hadiah tu suka memasak. Dia boleh merujuk pada buku yang diberi untuk menyediakan menu setiap hari. Kalau hari-hari buat telur teplok masak kicap atau ikan goreng berlada, boleh muntah dibuatnya. Hahaha...jawa pulak. Telur teplok ni macam telur mata la. Dipanggil teplok sebab dipecahkan telur sebiji demi sebiji dalam kuah kicap yang mendidih dan tunggulah dia masak. Kalau dapat buku-buku tulisan Jamie Oliver, masyuk gak ni. Ahaks....
 Buku yang mahal dan susah nak dapat


Perkakas rumah - Ini pun paling biasa orang buat. Dari peralatan elektrik hinggalah perkakas dapur. Hadiah biasa macam seterika, periuk nasi, cerek elektrik, set pinggan mangkuk dan lain-lain. Bagi ini boleh, tapi kadang-kadang ada 2 ke 3 hadiah sama. Betul tak pengantin? Jadi, kalau tak nak sama dengan orang lain, bagilah benda-benda pelik macam pinggan Corelle atau mesin pengadun Kenwood. Hahaha..demand kau ye nak benda-benda mahal.
 Set pinggan Corelle dengan corak terbaru yang berharga paling murah RM360 satu set

Cadar - Pasti akan digunakan kalau bagi cadar ni. Mana ada orang tidur atas tilam tak bercadar? Tilam bayi pun bercadar tahu. Satu perkara yang bagus adalah cadar ni tahan lama. Buktinya, cadar yang diberikan sebagai hadiah perkahwinan abah dan mak dulu, masih elok keadaannya hingga kini. Rasanya cadar ni mahal harganya sebab mesti nak bagi yang berkualiti kan kat orang? Jadi, bolehlah kongsi-kongsi dengan kawan-kawan lain.
Dapat cari cadar yang dah siap bungkus dengan reben, lagi sonang


Tuala - Kalau yang ini, nak bagi sampai 2 helai pun mampu rasanya. Murah je kan. Kadang-kadang dekat pusat membeli-belah, ada yang dijual dengan sulaman ucapan Selamat Pengantin Baru. Boleh juga beli yang itu. Haruslah digunakan kalau dapat hadiah ni. Korang mesti mandi kan hari-hari? Sah-sah la nak guna tuala untuk keringkan badan.
 Macam-macam warna ada!

Hamper makanan- Rasanya takkan ada yang menolak kalau diberi makanan percuma, apatah lagi dijadikan hadiah. Makanan boleh juga dijadikan alternatif untuk hadiah. Zaman sekarang ni, ramai orang yang tak akan menolak bila dihadapkan dengan kek cawan yang dihias dengan cantik dan menarik. Rasa geram je nak makan kan. Selain daripada kek cawan, anda boleh juga bagi coklat yang digubah menjadi hamper atau dibungkus dengan bungkusan yang menarik. Tak payah susah-susah cari di kedai. Boleh saja beli dalam talian, macam yang aku selalu buat. Caranya? Pergilah ke blog peniaga, lihat produk yang ditawarkan, runding harga dan cara penghantaran, bayar dan tunggulah produk tu sampai. Contoh-contoh blog yang menawarkan produk tersebut ada disenaraikan sedikit di bahagian Cute and Adorable dalam blog ini.
 Antara pembungkusan coklat yang ditawarkan di Gorgeous Homemade Chocolate

 Kek cawan yang dihias comel di Anissya Cakes

Itulah saja pendapat yang terlintas di otak ni. Mungkin ada lagi barang lain yang anda rasa sesuai dijadikan hadiah. Ada yang nak kongsi, boleh saja tambah di ruangan komen. Peringatan: tulisan ini 'tiada kena mengena' dengan kehendak penulis. Kehkehkeh.... Marilah sambung buat kerja ye.

    No comments: