Engagement Fund ;)

Friday, 17 December 2010

Sibuk Ke?

Berjaya meluangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu di Atas Nama Cinta. Rasa macam penat je minggu ni dan malas dah nak bukak laptop bila dah sampai rumah. Nak merepek pasal kenduri Andak pun belum sempat lagi. Sepanjang minggu ni agak-agak sibuk jugak menyiapkan kerja yang bertarikh akhir 31 Disember ni, mengawas peperiksaan, dan menanda kertas peperiksaan akhir mereka. Budak-budak semua dah selamat pulang ke rumah. Cutilah kamu ye 3 minggu ni. Jangan lupa datang balik 10 Januari nanti.

Selalunya, aku yang jadi calon. Kali ni jadi pengawas pulak. Cuma peperiksaan subjek umum je yang dijalankan di Dewan Besar. Peperiksaan subjek teras semuanya dikendalikan di Bengkel masing-masing. Tugas mengawas sebenarnya cuma sehari iaitu Rabu memandangkan hari tersebut adalah subjek Bahasa Inggeris. Tapi Encik Raihan minta bantuan untuk menggantikan tempat beliau pada hari Selasa kerana beliau terlibat dengan 3P. Setakat jalan-jalan, ushar-ushar, dan ngantuk-ngantuk je dalam Dewan Besar tu. Hahaha... Ngantuk rupanya ye jaga periksa ni. Kebetulan aku jaga tu waktu subjek Pendidikan Moral sekali dengan Pendidikan Islam, bila jalan je, ramai pulak yang nak tanya. Tanya soalan tak faham, tak apa jugak. Ini tanya jawapan. Cet, hape lah kamu ni. Mentang-mentang saya bertudung labuh, ingat saya ustazah ke? Walaupun aku tau jawapannya, tidak ku berikan pada mereka. Ketua Pengawas tu dah jeling-jeling je sebab ramai sangat yang angkat tangan waktu aku jalan. Takut gak kan. Dah la Ketua Pengawas tu bukan dari sini. Kot-kot dia jenis yang skema tahap gaban, habis dia suruh Pengawas Peperiksaan pulak keluar. Haru jadinya. Hahahaha...

Teringat waktu periksa dekat UNISEL dulu. Datang-datang je kena tengok kat pintu dewan, nombor tempat duduk untuk subjek dan kelas kita. Pastikan warna kertas jawapan kita apa dan kemudian berasak-asak depan pintu dewan tu sebelum dipanggil masuk. Bila dah boleh masuk, berebut pulak nak tempat duduk yang selesa. Kalau kat Dewan Besar, dulu-dulu tak semua guna meja, yang bahagian belakang guna kerusi yang ada meja tu. Kurang selesa la sikit kan sebab meja tak besar. Lepas tu, kena isi slip kedatangan sebab Pengawas Peperiksaan akan kutip sebaik saja periksa bermula. Paling penting sekali, kena pastikan kad pengenalan, kad matriks dengan slip peperiksaan ada kat atas meja tu. Kalau tak, balik tido jelah. Di sini, mereka tak dibenarkan memakai jaket sewaktu peperiksaan. Mungkin ada kes meniru agaknya. Tapi di UNISEL, alamat bekulah ko kat tempat duduk tu kalau tak bawak jaket masuk dewan. Sejuk sungguh...! Kalau nasib kena jawab periksa dekat Dewan PKP atau IPIS, lagi la haru kuasa dua. Berpanas kat dalam tu. Tapi semua tu dah tinggal kenangan je. Kenangan yang boleh buat aku senyum sendiri bila teringat peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari peperiksaan.

Hari Rabunya, barulah tugas sebenar. Pertama kalinya aku datang awal dari biasa. Eh, kedua kali. Kali pertama waktu mula-mula masuk dulu. Hehehe... Kena la datang awal, nak edar kertas soalan. Soalan untuk budak-budak Semester 1 sangat la mudahnya. Tapi aku berdebar jugak sebab kalau senang, mereka akan cuai. Raj cakap; "I jaga budak U, U jaga budak I." Tapi akhirnya tak jugak sebab dia asyik jalan kat kawasan budak-budak dia. Tak apalah, sama je pun. Pantang aku buat rondaan, semua nak tanya. Yang mana tanya jawapan tu, aku bagi senyuman je. Banyak cantik? Buat sendiri...

Petangnya baru giliran Semester 2. Bila tengok soalan, aku jadi tambah risau. Agak susah soalannya. Tengok masing-masing pun termenung je. Maaf la ye, memang tak dapat nak tolong. Ada sesetengah soalan yang tak terdapat dalam silibus macam Idioms. Banyak pulak soalan berkaitan Idioms tu. Tengok soalan-soalan sem lepas-lepas, tak banyak sangat soalan Idioms. InsyaAllah semester depan kena selit jugak Idioms yang selalu digunakan walaupun tak ada dalam silibus. Bila kertas dah dikumpulkan, masing-masing mengeluh jugak. Tak apa, mana yang saya boleh tolong, saya tolong. Habis je periksa, jumpa diorang kejap sebab dah janji nak bagi sesuatu untuk yang berjaya mendapatkan banyak markah bagi Pengucapan Awam. Sebab tak tahu nak beli hadiah apa, aku beli je coklat untuk diorang. Senang tak payah nak balut cantik-cantik sebab akak tu dah letak dalam kotak cantik dan ikat riben sekali.
 Lebih kurang macam ni rupanya.Tapi aku punya ada 3 bentuk, 4 segi, hati dan ros.Bila akak tu tanya nak warna apa, aku kata tak kisah. Sekali semua warna jambu daaa. Nasib la ye mana-mana budak lelaki yang dapat coklat warna merah jambu tu.

No comments: