Engagement Fund ;)

Monday, 6 December 2010

Silih Berganti


Salam pertemuan. Dalam masa beberapa jam lagi, 1431 akan digantikan dengan angka baru. Bila tahun bertukar, maka umur juga bertambah. Bagaimana dengan amalan kita? Bertambah atau berkurang? Muhasabah amalan ni, bukan waktu tahun nak bertukar je, hari-hari pun kena buat. Sejak menjadi seorang Blogger, aku suka menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain yang pelbagai. Dalam seronok menjelajah, aku terjumpa satu blog yang memaparkan senarai semak untuk diri sendiri buat dan ingat setiap hari. Menarik dan tertarik. Senarai itulah sebenarnya yang diterapkan waktu aku duduk di Hamidiah dulu. Indahnya zaman persekolahan, ramai yang mengingatkan bila alpa. Aku sertakan senarai semak yang buat aku tersentak...
Senarai Semak untuk Saya dan Anda Semua...

# ~ Menutup aurat sepenuhnya
# ~ Beristighfar apabila buat benda lagho
# ~ Bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah
# ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
# ~ Mendoakan orang lain
# ~ Memaafkan kesalahan orang lain
# ~ Membaca Al Ma'tsurat selepas subuh dan asar
# ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
# ~ Taat pada suami & ibu bapa
# ~ Bersabar mendidik anak
# ~ Mengingati mati sekerap mungkin
# ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
# ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
# ~ Bangun qiam sekurang-kurangnya seminggu sekali
# ~ Berpuasa 8 kali sebulan
# ~ Solat 5 waktu di awal masa
# ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
# ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
# ~Berusaha memperbaiki diri
# ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
# ~Jaga mata, lidah dan hati
# ~Jaga pergaulan
# ~Senyum selalu & gembirakan orang sekeliling

Senarai semak yang mungkin nampak ringan, tapi semua yang disenaraikan itu adalah apa yang patut kita lakukan setiap hari. Aku tak tambah dan kurangkan senarainya langsung, sama seperti yang tertera di blog Kitchen Colours.  Semoga tahun baru yang bakal menjelma, dipenuhi hari-harinya dengan perkara yang tersenarai diatas. Selamat menghadapi hari baru dengan semangat baru. Jangan lambat-lambat hari ni, bersedia di atas sejadah seawal 6.30 petang untuk doa akhir tahun dan doa awal tahun. 

No comments: