Engagement Fund ;)

Friday, 24 December 2010

Tokojut Den..!

Di saat jari-jemari ku menaip patah-patah perkataan ini, daku masih lagi dalam keadaan terkejut dan tidak percaya. Ceritanya, seorang sahabat yang sama-sama menuntut di Hamidiah dulu menelefon ku petang tadi. Mujurlah aku perasan ada panggilan masuk sementelah kedua-dua telefon ku sakit tenat sampai yang satu tak berbunyi dah, yang satu pulak mati bila ada panggilan masuk. Waktu tu, aku sedang mencari aiskrim perasa vanila untuk dibeli di Econsave. Bila ku angkat, si pemanggil memberi salam dan terus memanggil; "sazoh.!" Ah, sudah...siapa pulak ni? Suaranya tak kenal. Main teka teki kejap, baru la si pemanggil berkata; "Hawa la ni..Hawa Dolkafle." Oh, Hawa ke? Suara dah matang + dah bertahun-tahun tak dengar suara. Terus ku tinggalkan tempat aiskrim tanpa membelinya. Hahaha...

Pelik bila dia telefon tiba-tiba. Kemudian, cepat-cepat ingat yang dia pernah cakap akan pulang ke Malaysia hujung tahun ni (sekarang la). Inilah antara inti pati perbualan antara kami;

Hawa: Sazoh, lapang tak esok?
Sazoh: Erk, tak pasti lagi. Kenapa ye?
Hawa: Macam ni, kita nak nikah esok. Jadi nak jemput datang.
Sazoh: Haaa??? Nikah? Esok? Tipulah....Ko dah ada kat Malaysia ke?
Hawa: Iye, kita nak kahwin dah. Jemput la datang.
Sazoh: Erm..InsyaAllah..Eh, biar betul ni We. Esok? 25 haribulan?
Hawa: Iyyee, esok 25 haribulan. Dari pagi sampai petang. Nikahnya pukul 11. Kalau nak tengok nikah, datang la pagi tu.
Sazoh: Nikah lepas tu terus majlis ek? Sehari je? Buat kecil-kecilan ke? Kenapa tak bagi tau awal-awal?
Hawa: Hari tu tak confirm lagi sebab nak berurusan dengan JPA semua. Ni dah confirm, baru kite bagi tau. Ha, sehari je. tapi malam ni ada kenduri doa selamat. Kalau sempat datang, boleh datang jugak.
Sazoh: Owh...
Hawa: Lepas tu nak mintak tolong, ada tak nombor kawan-kawan kita yang lain? Tak dapat nak contact la, ramai yang dah tukar nombor.
Sazoh: Ada la jugak.
Hawa: Kalau macam, tolong panjangkan jemputan ni kat diorang ye? Datang la wei, dah lama tak jumpa korang. Boleh kumpul-kumpul esok.
Sazoh: InsyaAllah, nanti kite panjangkan jemputan ni.
Hawa: Datang ye..

Anda berjaya membuat kami semua terkejut. Tahniah Hawa..! hahaha.. Mau tak terkejut? Tiba-tiba je telefon kata nak nikah esok sampai aku siap kata tipu lagi tadi + temu ramah dalam telefon. Adoyai, maaf la We, terkejut punya pasal. Cik Hawa ni sedang melanjutkan pelajaran di Mangalore, India dalam bidang perubatan dan sudah bertunang awal tahun ni kalau tak silap. Waktu balik Malaysia tempoh hari, ada ura-ura nak berjumpa sesama kami tapi tak sempat. Bila dia kata akan balik lagi hujung tahun nanti, aku ada syak jugak entah-entah nak langsung dah. Rupanya betul... Inilah pertama kali dapat jemputan bidan terjun macam ni. Memang terkejut habis. Ikut perancangan, esok nak rewang rumah makcik ku. Tapi aku datang hari Ahad je la gamaknya sebab esok nak ke Sijangkang. Jadi anda yang mengenali Hawa Dolkafle, jemputlah datang ye. Aku tolong jemput bagi pihak je. Hehehe...

2 comments:

hanafijaafar said...

aku suka entri ini. sangat suka.

farae al-farafisya said...

terima kasih kerana menyukai entri ini..tahniah kerana sudah selamat diijabkabulkan...jaga sahabat saya baik-baik ye..