Engagement Fund ;)

Wednesday, 24 February 2010

Gembira Setelah Duka

Saat mahu melelapkan mata malam tadi, hujan turun dengan selebatnya. Jarum jam hampir ke angka 4. Alhamdulillah, bumi Allah kembali sejuk setelah seharian panas membahang. Perkara yang paling seronok dilakukan ketika persekitaran sejuk adalah TIDUR. Orang lain memang sudah lama lena diulit mimpi. Aku saja yang baru hendak melelapkan mata. Apa pun, syukur Allah masih mengurniakan nikmat tidur untukku yang kadang-kadang 'insomnia' pada waktu malam. Ada satu ketika, aku mengalami gangguan untuk tidur. Terasa mengantuk. Tapi tidak boleh tidur. Macam-macam perkara berlegar di otak. Selepas satu, beralih pula memikirkan perkara lain. Kadang-kadang cuma dapat tidur selama 2 hingga 3 jam saja. Itupun rasa macam tak tidur kerana otak tidak berhenti bekerja. Bila bangun pagi, kepala memang sakit. Susah hati juga kerana keadaan itu mempengaruhi rutin hidupku. Pelbagai cara aku buat untuk menyuruh otak bertenang. Membaca Al-Quran sebelum tidur, berselawat, dan mendengar muzik lembut. Tidak begitu berkurang juga. Akhirnya 'penyakit' itu sembuh sendiri tanpa disedari. Kiffarah untukku yang mungkin alpa mengingatiNya.

Pagi ini, setelah kelam kabut bersiap untuk ke kelas, satu mesej masuk ke dalam peti simpanan mesej 6850. Kelas ditunda ke jam 2.00 petang. Aiseh, tunda la pulak. Terfikir untuk menyambung tidur. Hehe.. Tapi mata tak mengantuk. Jadi aku terus menyelesaikan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Bergegas ke canseleri untuk bertanya khabar proposal program yang dihantar sebelum cuti tempoh hari. Berita dari Encik Presiden malam tadi sedikit sebanyak melegakan kerisauan. Memanglah kalau mahu menganjurkan sesuatu program, pasti ada saja halangannya. Bila menapak ke dalam Pejabat HEP 2, Cik Ilani pula tiada. Tapi memang pasti proposal sudah dilulusakan. Cuma tunggu surat kelulusan keluar saja. Alhamdulillah. Mudah-mudahan urusanku selepas ini dipermudahkan. Kemudian aku ke aras 2. Cadangnya mahu menghantar sijil-sijil penyertaan program untuk ditandatangan oleh TNC HEP. Beliau juga tiada. Nampaknya tertunda lagi. Urusan yuran juga tidak dapat dijalankan kerana ada masalah dengan sistem. Sudahnya aku ke Pusat Pelajar untuk membeli makanan tengahari.

Dalam perjalanan pulang, ku terima satu berita melalui SMS. Majlis yang telah dirancang nampaknya perlu ditunda lagi. Dugaan lagi. Disebalik dugaan ini, aku percaya ada hikmah terbesar yang mengiringi. Paling mengecewakan, aku tak akan layak untuk menderma darah hari ini kerana tidurku kurang dari 5 jam malam tadi dan hari ini adalah hari terakhir...! Semalam, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengatakan darahku kekurangan zat besi. Pertama kali perkara ini terjadi. Aku bertanya kalau-kalau keadaan itu hanya sementara. Dia menerangkan keadaan ini memang kadang-kadang berlaku kepada wanita. Macam ni pun ada? Azamku, mahu membaiki keadaan itu dengan mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi yang tinggi (Ain siap tanyakan lagi apa jenis makanan yang tinggi zat besi pada jururawat yang ada di tempat kejadian semalam) dan kembali semula pada hari terakhir mereka di sini untuk mencuba nasib kalau-kalau keadaan darahku kembali normal. Sangkaku 24 haribulan adalah esok. Rupanya hari ni..! Itupun seorang sahabat yang memberitahu. Tak ada rezeki nampaknya. Mungkin lain kali...

Permulaan Bagi Sebuah Pengakhiran

Saat ini, hari sudah berganti yang baru. Hariku semalam(siang tadi) sedikit suram. Banyak perkara berlaku. Berita gempar dari seorang sahabat, perubahan masa muktamar, kekangan untuk satu urusan, dan beberapa lagi. Antara tanda akhir zaman adalah masa berlari dengan sangat pantas. Sedar-sedar, sudah 4 tahun aku di sini. Masih kuingat saat kali pertama ku menjejakkan kaki di sini. Saat pertama ku mengenali segalanya di sini. Semuanya terpahat kemas di minda. Sayang sungguh rasanya mahu meninggalkan tempat ini. Rindulah nanti dengan suasana hidup di kampus, sahabat-sahabat yang ku kenal sepanjang berada di sini, dan pelbagai lagi perkara yang aku alami selama menjadi warga UNISEL. Rasanya waktu mahu meninggalkan bangku sekolah dulu pun tak seberat ini perasaannya.

Setiap pertemuan pasti ada saat perpisahannya. Namun berpisah bukan bermaksud terputus hubungan. Bukan juga mengakhiri ukhuwwah yang terbina. Perpisahan adalah tanda permulaan sebuah kisah baru yang penuh cabaran. Tidak dapat dijangkakan apakah yang bakal dihadapi nanti. Apa yang pasti, semangat perlu kuat dan ilmu harus mantap. Itulah bekalan untuk terus menjalani sebuah kehidupan yang belum pasti dimana penghujungnya.

Disebalik semua ini, ada keraguan yang bersarang di hati. Mampukah aku menghadapi dunia baru? Cekalkah aku mendepani hari mendatang? Walau apa pun yang datang, aku harus tabah dan kuatkan semangat kerana segala yang terjadi adalah setimpal dengan kemampuanku mengemudi kehidupan ini. Perancangan Allah pasti yang terbaik kerana Dia tahu setakat mana kemampuan hambaNya.

Sumber gambar: Google

Tuesday, 23 February 2010

Ujian

" Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Anfal :66)

Monday, 22 February 2010

Pengumuman



Nota: Terima kasih kepada Encik Faiz yang bermurah hati menaja pembuatan banner di atas.

Sunday, 21 February 2010

Silap Beli Pulak

Bila kecewa, aku dok mengadap Encik Laptop. Semangat je keluarkan swiss roll dari peti sejuk. Bukak almari dapur sebab nak pastikan tepung kastad masih ada. Keluar rumah, sebab nak beli susu cair. Dah sampai T****, beli benda lain. Separuh jalan balik, baru teringat tentang susu cair. Terpaksa la cari kedai runcit sepanjang jalan pulang. Mujur kedai Wak Topah masih bukak. Gumbira bila nampak susunan tin susu cair cap F&N. Ambil setin, bayar di kaunter. Sampai rumah, selongkar almari cari sekotak serbuk 'jeli kristal' yang di beli tempoh hari. Bila baca label, rupanya tulisan dia Puding pulak. Terus batal projek nak buat puding triffle. Huhuhu... Silap beli la pulak. Esok pagi je la aku carik jeli kristal tu. Haish... sabar je la.

Friday, 19 February 2010

Pizza


Doh

1/4 cawan quaker oats
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan myk zaitun dan myk sayuran
1/4 sudu teh gula
3/4 cawan air suam
1 paket yis segera (2 sudu teh)
2 cawan tepung

Gaulkan yis dan gula dalam air suam hingga sebati (tunggu sampai dia berbuih)
Ayak tepung dan garam dalam mangkuk besar. Masukkan quaker oats. Gaul bersama campuran yis dan minyak hingga menjadi doh yg lembut.
Uli atas permukaan yang ditabur tepung selama 5 minit hingga kenyal. Biarkan di tempat panas hingga naik. Dah sudah naik, canaikan ikut saiz yang dikehendaki. Letak dalam pan*. Biarkan dalam 20 minit. Kemudian, bakar dalam 10 minit(separuh masak). Dah sudah tu, keluarkan dari oven dan tabur la topping.

*Aku guna tudung periuk je. Tak ada pan.

Sos* (memandangkan aku tak ikut sukatan, jadi agak-agak je la ye)

Tomato
Bell pepper(capsicum)
Minyak zaitun (EVOO)
Bawang putih
Italian herbs
Garam dan lada hitam secukup rasa.

Belah 2 tomato dan capsicum. Ketuk bawang putih. Letakkan semua dalam loyang, tabur italian herbs dan masukkan EVOO. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Bakar sampai agak-agak masak. Dah masak, tunggu sejuk sikit, baru kisar.

*Nak sonang, beli je sos pasta prego kat pasaraya. Sapu je atas doh tu.

Topping

Daging(pun tak timbang, campak je.hehehe)
2 camca lada hitam
2 camca tepung jagung
2 sudu besar kicap pekat
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa

Cincang daging. Campurkan lada hitam, tepung jagung, dan kicap pekat dan bancuh dengan 1/2 cawan air. Racik halus bawang merah dan putih. Tumis bawang hingga layu. Masukkan daging. Kacau-kacau kejap. Masukkan bancuhan lada hitam dan biar sampai masak. Perasakan garam dan gula.

Topping lain, suka hati nak letak apa. Aku letak cendawan, capsicum, bawang, dan tomato. Dah siap tabur topping ni, tabur sikit oregano. Banyak pun sedap jugak. Dah sudah, baru tabur keju. Bakar la sampai keju tu cair dalam 15 minit.

Nota: Doh aku tak menjadi sangat. Tak lembut seperti yang sepatutnya. Ada la tu yang tak kena kat mana-mana. Asal boleh kunyah, kira ok la kan. Hehehe..

Thursday, 18 February 2010

Kek Badam


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
150 gm gula kastor
5 butir telur
1 sudu kecil esen vanila
200 gm tepung naik sendiri*
100 gm badam kisar

*Aku guna tepung gandum yang ditambah dengan 1 camca baking powder. Ayak 3 kali, baru cukup syarat..hehe

Cara: Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk badam.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 35 minit dengan suhu 175 darjah Celcius.*

*Kalau guna acuan cupcake, bakar dalam 20 ke 25 minit je. Kalau tak nanti 'geseng'.
Ni contoh yang 'geseng' sikit..(orang melayu kata hangus)

Wednesday, 17 February 2010

Membeli dan membelah

Bosannya tunggu upload gambar ni. Ni yang taip entri baru ni. Cerita tentang membeli dan membelah. Salah satu kesukaan aku. Tapi AWAS! Aktiviti ini hanya boleh dilakukan ketika aku berwang saja. Hehehe... Semenjak dua menjak ni, aku suka membeli belah secara online. Lebih senang dan selesa. Kenapa senang? Tak payah nak penat-penat jalan dari satu kedai ke satu kedai dan harganya pun lebih murah berbanding yang ada di kedai. Tempat shopping favourite, adalah di
http://www.maratussolehah.com/

Sebab pelbagai pilihan yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Paling penting, sistematik dan cepat. Ada juga beberapa tempat yang aku kurang berkenan sebab aku kira mereka ni tak pandai jaga hati pelanggan. Kalau shopping melalui internet, tentulah urusan pembayaran dibuat menggunakan bank in di ATM atau pemindahan wang secara online. Tak semua yang ada akaun online. Jadi, cuma boleh bank in di ATM. ATM pula tidak menerima wang kertas RM 1 dan RM 5 kalau tak silap. Jadi, bayaran perlu genap dan maknanya kita membayar lebih dari jumlah yang sepatutnya.

Satu kedai ni, boleh pulak dia tak bagi balik baki bayaran tu. Aku ingat, aku sorang je yang kena. Rupanya orang lain pun macam tu juga. Patutnya tak boleh macam tu. Baki tetap baki walaupun RM 1. Apa la salahnya kalau selitkan duit baki tu dalam bungkusan barang? Baru la orang percaya nak berurusan. Kalau ada 10 pelanggan, dan baki bayaran setiap orang tu RM 5, dah berapa untung? Hak pengguna ni. Cuba kalau orang tu tak redha, tak berkat duit hasil perniagaan tu. Kepada yang berniaga, jadilah jujur dan amanah. Barulah orang percaya nak berurusan.

Nota: Malasnya nak keluar. Kena gak merajinkan diri sebab setakat ni tak jumpa lagi ink printer dijual secara online. Huhuhu..

Gambar dan Ceritanya

Perjalanan Ke Perak (Episod 2)
Gambar-gambar semasa Program Memperingati Rasulullah di SMK Methodist Parit Buntar tempoh hari. Baru siap edit dan hanya gambar-gambar pada hari terakhir saja sebab gambar-gambar ni je yang jurugambar bagi.





















Makan-makan
Cerita ni dah lama dah. Tapi belum masuk dalam blog je. Cerita makan-makan dengan adik-adik usrah sem lepas. Sem ni dapat adik-adik baru. Tapi adik-adik lama tetap dalam ingatan. Layan gambar je la ye...


The food..masak sendiri tau..

Yang ni order..tak sempat nak buat

Sesi makan

Sesi bergambar

Makan-makan lagi..
Kali ni tak formal. Teringin nak makan cuppies dengan corak Sesame Street. Tapi takkan la nak makan sorang-sorang. Tak seronok pulak. Jadi, bawak la ke mesyuarat pimpinan minggu lepas. Rezeki untuk yang datang la gamaknya. Yang tak datang, tak dapat la merasa.



Ragam 'kanak-kanak Ribena' makan kek

Marathon Update

Bila dah balik rumah, kemalasan untuk meletak entri baru berganda. Asyik malas je, bilanya nak rajin? Haha… Ni tengah rajin, letak la entri baru. Cerita lama pun nak letak jugak sekali.

Jumaat 12 Februari
Khamis malam, aku memutuskan untuk melawat tapak program akan datang bersama dengan beberapa AJK terlibat pada sebelah petang dan menyelesaikan urusan di Kuala Selangor dan rancangan ke Rawang. Memandangkan urusan di Kuala Selangor masih tergantung(kerana tiada respon dari bos), aku batalkan lawatan ke tapak program. Hampir jam 12, satu ‘panggilan terlepas’ tertera di skrin telefon. Adoi, Encik Presiden… Sungguh la malas mahu memanggil semula panggilan tersebut kerana aku kurang suka bercakap dalam telefon. “Jumpa di kafe sekarang boleh?” (aku mintak 10 minit lagi). Kelam kabut aku bersiap. Kejap je pun bincangnya. Pasal sumbangan untuk program yang lepas. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi nak hantarkan dokumen-dokumen berkenaan ke Kuala Selangor.

Sebab tak jadi ke Kuala Selangor dan lawatan dibatalkan, aku pun dengan tiba-tiba mengajak Kak Chik meneruskan rancangan kami malam tadi (banyak benor rancangannya). Terus halakan kenderaan ke Rawang untuk membeli kek lapis Sarawak. Teringin nak makan sebab hari-hari dok usha kek-kek tu kat sini. Mau tak kempunan? Alhamdulillah, tak sesat macam selalu ye Sedari...hahaha... Sampai kat bengkel tu, lama jugak kami bertanya dan memilih (walaupun tak banyak stok yang ada). Kak Chik beli 4 biji, aku beli 6 biji (semua perasa yang ada aku capai). Habis juga RM 75. Tapi berbaloi. Kira murah tu, dapat lagi 1 percuma setiap seorang. Terima kasih kak, boleh datang lagi lepas ni.
Ni la keknya..bawak ke rumah Cik Iti perisa cappucino dengan cadbury

Dah sampai dalam kereta, aku terfikir ‘sape pulak la nak menelan kek yang banyak-banyak ni?’. Tingggg! Sesuatu muncul di fikiran. “Sedari, jom pergi rumah makcik saya. Dia duduk kat Rawang gak, Bukit Beruntung. Alang-alang dah sampai Rawang ni.” (boleh juga bawa kek lapis ni sebagai buah tangan) Serba salah gak sebenarnya sebab tiba-tiba je ajak merayap. “Takpe ke korang?” Aku tanya pulak 2 penumpang yang ada di tempat duduk belakang (Faien dengan Ain). Selepas bersetuju, aku pun meredah jalan ke Bukit Beruntung (dengan sedikit keraguan sebab selalu ikut Bukit Tagar). Ah, jalan je ikut papan tanda. Alhamdulillah, kali pertama ke rumah Cik Iti tanpa sesat..! Selalu tu kalau pergi dengan mak abah, ada je tersalah belok jalan sebab aku dengan yakinnya jadi GPS tak bertauliah. Hahaha.. Lama juga di rumah Cik Iti; kira-kira 1 jam lebih juga. Banyak juga boraknya. Kami tiba semula di UNISEL kira-kira jam 6 petang melalui lebuhraya Bukit Tagar. Dalam perjalanan pulang, Cuma driver dengan co-driver je yang masih terjaga. Penumpang? Selamat beradu. Mana taknya, perut kenyang + kena aircond.

Sabtu 13 Februari
Esok paginya, terasa sangat malas untuk bangun. Hostel pun dah sunyi. Tenang je. Tidur pun terlajak-lajak sampai ada ketukan, baru terkejut. Cepat-cepat bersiap untuk ke gotong-royong bilik gerakan persatuan. Punyalah ramai yang tak datang walaupun dah diberitahu seawal mesyuarat pertama lagi. Memang sah kena denda korang ni. Encik Bendahari senyum lebar la lepas ni ye. Terima kasih kepada yang datang; Najib, Azli, Shardiansha, Ifdal, Ila, Ain, dan Faien. Sekurang-kurangnya, bilik itu menjadi lebih kemas walaupun terselit unsur tadika di situ. Word of the day; PASU. Sape yang tau cerita, gelak la sendiri. Sogan eden ni hah. Haish....

Seboleh mungkin, nak beransur cepat sebab nak ke walimah abang teman serumah, Shiro. Sendiri pun sendiri la. Takkan la asyik nak berteman kan? Orang dah jemput kena datang. Nanti bila kita jemput orang, diorang tak nak datang pulak. Malangnya, tak sempat juga nak kejar masa sebab bertolak dari UNISEL pun dah hampir jam 4 dengan keadaan jalan yang agak banyak kereta (kalau pecut memang sempat sampai). Kemudian, rasa mengantuk yang amat menyerang tiba-tiba(sampai terpejam-pejam mata ni waktu tengah memandu). Tak pernah pun ngantuk sampai macam tu sebelum ni sampai terpaksa berhenti kejap kat masjid, take a nap. Lepas 10 minit take a nap, kurang sikit ngantuk. Terus la memandu. Singgah di Giant Klang untuk ambil barang yang ditempah. Barang? Ni la dia.... untuk orang-orang di rumah.

Nak buat, entah bila kan. Order je sonang. Kali ni order dari Kak Ain.

Isnin 15 Februari
Bangun pagi hari ini. Sesuatu yang mustahil untuk spesis burung hantu macam aku ni. Hehe.. Sebab, nak hantar rombongan peminangan Abang Mohsin, anak ke-4 Wak Yah. Kami bergerak dengan 6 kereta semuanya. Meriah tak meriah, meriah gak la. Kumpul-kumpul keluarga. Bukan selalu dapat jumpa. Kali ni, bakal menantu Wak Yah orang KL. Kira dekat je dengan Klang. Dalam perjalanan pergi, aku naik dengan Abang Mad dan Kak Yah. Farah pun sorang je sebab Fairuz dah kembali ke Langkawi. Sepanjang jalan, macam-macam pantun direka sebab Abang Mad jadi jurucakap. Kami gelak-gelak je. Kalau aku la, mau dok termenung dulu nak buat pantun tu. Tengah dok reka pantun, ada pulak soalan cepucemas. Aiseh, hari ni je 2 orang tanya soalan tu. “Sabar.. Tenang.. Bagi peluang yang dah mampu dulu.” Jawapan tak boleh blah. Muehehehe... Aku ni nanti kalau la dapat kerja dengan kerajaan, kot-kot kena hantar ke pedalaman, kena la pergi. Bukankah ada ura-ura di akhbar bahawa semua guru baru perlu mengajar di pedalaman selama 3 tahun sebelum ke tempat mengajar idaman? Pengalaman tu weh. Hahaha...cakap senang la kan, nanti bila dapat tak nak pergi pulak ye? Tunggu dan lihat je la.

Alhamdulillah, beberapa minit selepas jam 12 tengah hari, rundingan dan semua yang perlu dilakukan waktu majlis pertunangan selesai (penetapan tarikh, hantaran, sarung cincin, etc..).

Waktu sarung cincin

Hantaran dari pihak lelaki

Sirih Junjung


Waktu balik, Rini cerita sikit macam mana mereka berjumpa. Membenarkan apa yang Abang Mad cerita waktu dalam kereta tadi. Pertama kali rasanya aku dengar cerita macam ni terjadi pada keluarga aku. Abang Mohsin dengan Kak Nisa’ ni tak pernah pun bercakap dalam telefon. Cuma berutus email dan SMS saja. Lagi, mereka bertemu melalui usrah; disatukan melalui orang tengah. Kagum kejap sebab pertama kali benda ni berlaku dalam keluarga sendiri. Hehehe... Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Baliknya, Abang ajak lalu jalan lain sebab jalan pergi tadi banyak tol. Sampai la kat Putrajaya. Akhirnya, sampai ke Alamanda dimana aku berjaya ‘mengopak’ Abang dengan dahsyat. Muehehehe... Sape suruh gi Alamanda? Kan dah kena kopak? Jadi, terima kasih daun keladi ye, lain kali boleh kopak lagi. *wink*wink*

Nota: Bila melihatkan persiapan untuk pertunangan saja hampir menyamai persiapan untuk majlis walimah, rasa macam tak nak bertunang pulak nanti. Berlegar-legar juga idea Ela di fikiran yang diutarakan waktu kami di Habib Jewel beberapa minggu sudah iaitu bertunang di kedai emas. Senang kan? Tak perlu terlalu ramai yang hadir. Pilih cincin, bayar, dan selesai. Tak perlu hantaran dan sebagainya. Boleh ke? Lepas tu Ela bagi tau balik; selalunya orang kaya je tunang kat kedai ni sebab dia kena tempah satu kedai untuk acara memilih cincin berlangsung. Hmmm..betul jugak. Macam dalam drama-drama Korea tu la kan.

Wednesday, 10 February 2010

Jodoh Itu Ketentuan Allah

Kebelakangan ini, terlalu kerap soal jodoh menyapa pendengaran dan menjadi topik perbualan. Lumrah manusia, mahu menyayangi dan disayangi. Rasa sayang yang paling manis dan diberkati tentulah rasa sayang yang lahir dan mekar dari satu ikatan hubungan yang sah; perkahwinan. Rasanya belum terlalu lewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada salah seorang sahabat i Rakan, Saudara Merico yang selamat bernikah 6 Februari lalu. Teringat dulu salah seorang makcik ku pernah berkata; "Cari la 'sesiapa' kalau dah tahun akhir ni. Dah keluar bekerja nanti susah nak jumpa yang sekufu." Lebih kurang begitulah dialognya. 'Sesiapa' merujuk kepada orang yang boleh dijadikan isteri/suami. Benarkah apa yang diperkatakan? Mungkin juga.



Mencari teman hidup bukanlah semudah mencari sepatu untuk dipakai setiap hari. Malah, mencari sepatu yang selesa dipakai juga memerlukan ketelitian dan masa. Apatah lagi mencari teman hidup yang akan menemani kita setiap hari hingga ke akhir hayat. Perlukan lebih ketelitian dan masa untuk menilai hati dan pekerti seseorang itu. Bukanlah aku katakan seseorang yang mahu dijadikan calon itu harus ada setiap sifat lelaki soleh/wanita solehah. Kalau ada yang menepati semua ciri-ciri itu, itu adalah satu bonus kerana tiada seorang pun yang sempurna di atas bumi Allah ini. Sekurang-kurangnya, jika memilih calon suami, biarlah dia seorang yang ada agama supaya dapat membimbing isterinya dalam segala aspek, menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya, dan baik akhlaknya. Sifat penyayang dan sabar juga adalah antara ciri-ciri yang perlu diambil kira kerana sudah terlalu banyak kes perceraian yang dilaporkan di media massa dan sebab perceraian hanyalah kerana masalah kecil. Kenapa? Kerana tiada sifat sabar dan kurangnya rasa sayang. Bagaimana boleh berlaku? Rata-rata pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah selepas bercinta bertahun-tahun; kononnya sudah kenal hati budi masing-masing. Sudah puas berpegang tangan, menyuap makanan, dan lain-lain perbuatan yang selayaknya dilakukan selepas diikat dengan lafaz pernikahan. Percayalah bahawa semua yang dilakukan semasa di alam percintaan bukanlah sifat sebenar pasangan anda. Hanya sifat yang indah saja yang dipamerkan tapi hakikat sebenar tersembunyi disebalik madu cinta palsu tadi.

Siapakah yang memiliki hati kita? Yang Maha Esa atau manusia biasa?

Buat wanita, janganlah mengimpikan suami sehebat Saidina Ali jika dirimu tidak semulia Fatimah Az-Zahra. Mahukan suami soleh? Jadikan diri solehah terlebih dulu. Memang, bukan senang mahu merubah diri menjadi baik. Tapi itu bukan sesuatu yang mustahil. Mulakan dengan langkah pertama dan perlahan-lahan melangkah agar kita akhirnya boleh berlari kerana jika terus mahu berlari, kita mungkin akan jatuh dan tercedera parah berbanding jika menapak satu-persatu. Muhasabah diri dahulu. Cukupkah solat kita? Tergesa-gesakah kita mengangkat wudhuk tatkala azan berkumandang bagi setiap waktu solat? Basahkah lidah kita dengan zikrullah? Khatamkah 100 ayat Al-Quran setiap hari? Sabarkah kita menempuh dugaan yang menimpa? Astaghfirullahalazim.... Aku juga masih belum boleh berlari. Masih perlu membina dan mengukuhkan diri. Masih jauh perjalanan mencapai gelaran solehah Fatimah Az-Zahra. Suka aku selitkan sepotong hadis yang bermaksud;

Rasulullah SAW bersabda, "Wanita yang paling baik iaitu yang pandai mengenderai unta. Wanita Quraisy yang terbaik iaitu yang besar kasih sayangnya kepada anak kecil dan pandai memelihara (harta) dan melayani suaminya serta pandai membelanjakan harta suaminya yang sedikit"
-Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, dan Muslim-

Nah, sudah jelas bukan apakah sifat-sifat yang perlu ada dalam diri kita untuk menuju solehah Fatimah Az-Zahra? Apa yang tercatat dalam hadis di atas hanyalah sebahagiannya saja. Banyak lagi ciri-ciri lain yang perlu dipupuk dan diterapkan dalam diri untuk mendapat pakej lengkapnya. Bukan niatku mahu membuat sesiapa terasa dengan beberapa baris ayat dalam entri kali ini. Namun itu hakikatnya. Tiada istilah couple dalam kamus seorang muslim. Semua itu hanyalah propaganda Barat yang mahu merosakkan akhlak seorang muslim. Iya, semua manusia pernah melakukan kesilapan. Tapi masih belum terlambat untuk bertaubat dan yang paling penting, jangan jadikan titik hitam yang hanya beberapa itu sebagai penghalang untuk berubah dan mengikut acuan hidup Islam. Allah juga telah bersabda dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud; “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kepada seorang sahabatku yang sedang dalam dilema mahu memilih, buatlah istikharah. Berdoa memohon pada Allah agar ditunjukkan pilihan terbaik. Renungkan ayat di atas. Belas juga melihat mukanya yang sangat-sangat berubah selepas menamatkan perbualan dengan ibunya siang tadi. Pelbagai perasaan bercampur menjadi satu. Kerisauan jelas terpamer di wajahnya. Kita merancang. Allah juga merancang. Namun perancangan Allah lebih hebat daripada perancangan hambaNya. Wallahua'lam..

Saturday, 6 February 2010

Apakah?

Peringatan----> Entri ini hanyalah sekadar bebelan tentang aku danteman-teman yang dah lama tak membeli dan membelah. Jadi, kalau rasa tak minat nak baca, boleh klik pada tanda "X" di bahagian kanan skrin anda. Sekian, terima kasih...

Selepas sekian lama merancang, akhirnya rancangan menjadi realiti. Rancangan apa yang beria sampai masuk blog ni?? Bukan rancangan realiti tv yang bersepah tu, tapi rancangan nak keluar melawat Jalan Tunku Abdul Rahman dengan teman-teman sekelas. Selalu mereka ajak aku ikut tapi selalu tu juga la ada hal lain yang lebih penting. Kan utamakan yang utama? Jadi, semalam tiada 'angin lintang' yang bertiup dan keadaan itu memberi ruang untuk aku tunaikan hasrat mereka dan aku juga. Hehehe.. Apa yang menyedihkan, ahli kami tak lengkap. Di saat akhir Mimynn perlu berada di rumah kerana kekangan yang datang tiba-tiba. Keseronokan sedikit pudar.

Disebabkan aku terbangun lambat ('ter' ok, bukan saja-saja), maka kami hanya bergerak meninggalkan UNISEL pada jam 10.00 pagi dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30++ pagi dengan menaiki Kancil Ain. Kalau aku la disuruh memandu dekat KL ni, mau asyik kena hon kot. Sebabnya jalan yang sesak dan bersimpang siur memang pakej yang cukup untuk buat aku menggelabah. Antara tips berguna untuk anda yang mahu menghabiskan masa membeli belah ialah:
  1. Dapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum hari kejadian.
  2. Sila ambil sarapan sebelum memulakan acara.
  3. Sila pakai kasut yang bertapak rata, lembut, dan selesa bagi memudahkan pergerakan dan melindungi kaki anda daripada kecederaan.
  4. Sila buat senarai barang-barang yang perlu dibeli supaya TIDAK TERLEBIH BELANJA.
  5. Paling PENTING, sila KAWAL NAFSU anda jika terlihat barang-barang yang termasuk dalam senarai kehendak dan bukan senarai keperluan.
Rasanya, inilah saja tips aku setiap kali mahu keluar membeli belah. Apakah?? Hehehe... Masalah pertama kami adalah mencari tempat letak kereta yang strategik dan berpatutan harganya. Pusing punya pusing, bincang punya bincang, kami berkeputusan masuk saja ke tempat meletak kereta Sogo (walaupun harga untuk sejam mencecah RM 3). Keluar saja dari Sogo, aku terlihat Butik Turkuaz yang terletak betul-betul di hadapan bangunan Sogo. Apa lagi, masuk la dalam. Hajat hati mahu sekadar melihat-lihat. Nasihat ikhlas, sila jangan masuk ke dalam butik ini jika anda sekadar mahu melihat kerana nanti anda akan terbeli produk yang dipamerkan. Jubah seluar dan jubah Butik Turkuaz memang cantik dan berkualiti (maklumlah, semuanya import). Aku tertarik juga. Tapi ketika membelek harganya, ''Mak aih, boleh dapat 4 helai jubah biasa ni!'' Sepasang harga jubah seluar adalah diantara RM 200 hingga semahal-mahal harga. Akhirnya 2 helai tudung 60' menjadi pilihan. Lepas pilih, dok pusing lagi satu kedai tu sampai ke bahagian atas. Terberkenan pulak kat sepasang jubah seluar yang ada diskaun (diskaun-diskaun pun RM100 ye). Haish, cantik ni. Padan dengan tudung tadi. Pegang-pegang. Angkat dari gantungan dan sesuatu berbisik dalam hati, 'beli weh, lawa ni. Saiz pun ok'. Ah, takde-takde. Lari la bajet kalau beli jubah ni. Ini adalah kehendak, bukan keperluan. Letak balik, dan aku cepat-cepat ke kaunter untuk membayar harga tudung tadi. Bukan aku saja yang melabur di sini, Ain dan Ela juga dengan masing-masing membeli sehelai selendang. Seterusnya, kami meronda lagi ke bahagian belakang. Masuk la pulak ke sebuah kedai kain bersebelahan Nagoya. Ain dan Ela membeli bahan untuk baju kurung dari kain kapas yang berharga RM20++ semeter. Tawar punya tawar, dapat la RM 20 semeter. Aku cuma cuci mata. Tak niat nak beli bahan.

Dah beli tudung, kena beli brooch pulak. Memandangkan kedai yang Ela, Ain, Farahiya dan Nur tuju tidak banyak pilihan brooch dari Korea, aku melangkah ke kedai di depannya dengan Nur. Wah, banyak sungguh pilihan..! Rambang mata kejap. *wink*wink*. Hehehe... Lama jugak meneliti corak yang cantik. Kenapa brooch Korea? Fanatik dengan Korea ke? Bukan la. Brooch dari Korea lebih berkualiti dari segi ketajaman pin(pin yang tumpul boleh merosakkan tudung anda ye - petua mak) dan kilatan batu-batu yang digunakan. Walaupun mahal sikit, tapi berbaloi. Perhentian seterusnya, Semua House. Beli ape je ye kat sini? Tak ada apa kot. Singgah 'rumah Encik Habib' je. Beli apa? Sesuatu yang bersinar. *wink*wink*

Dah penat jalan dalam panas, kami masuk ke Sogo pula. Sejuk sikit. Kat sini cuma beli Clinique. Itu pun kena buat ujian kesesuaian kulit dulu. Yang tak berkenannya, jurujual yang layan aku tu macam tak ikhlas je nak layan. Sabar je la. Yang lain-lain survey beg dengan kasut kat Carlo Rino. Survey je. Tak beli pun. Masing-masing sebenarnya mencari kasut yang sesuai untuk praktikum nanti. Maklumlah, kena cari kasut yang bertutup dan bertumit sedikit. Tak sempat pun nak survey satu Sogo sebab semua dah kebuluran. Satu insiden sengal berlaku yang mana menambah rasa fobia aku pada 'benda alah' tu. Waktu tengah jalan nak ke Carlo Rino, entah macam mana beg plastik yang berisi kit percubaan Clinique telah membuatkan alat pengesan kecurian (tu kot nama dia) berbunyi. Haish, masuk ni dah kali keempat kot jadi macam ni. Benda tu dah bayar ok..! Geram je rasa. Kena la pergi periksa di kaunter. Dah naik satu tahap lagi fobia aku kat benda alah tu. Serius, setiap kali nak melalui benda tu mesti berdebar sangat-sangat. Takut benda tu berbunyi. Ada sesiapa yang tahu macam mana nak hilangkan fobia tu?
Ni la benda alah tu. Semua pasaraya ada benda ni.

Akhirnya kami pun menuju ke tingkat bawah untuk mengisi perut. Memandangkan kedai lain macam penuh dan tak cukup kerusi, Ain mencadangkan Nando's sebagai tempat kami mengalas perut. Makanannya lebih memuaskan hati dan murah berbanding Secret Recipe (mintak maaf kepada peminat Secret Recipe). Aku memang tak dilatih untuk berkunjung ke tempat-tempat yang dikategorikan sebagai mahal seperti S***** R*****, N******, dan lain-lain. Sesekali boleh la. Itupun dengan kawan-kawan. Habis makan, semua menahan pedas sebab masing-masing tunjuk hebat order extra hot 1/4 chicken . Pastu, tuang lagi sos extra hot. Hambik... Hahaha.. Lepas solat, kami bergerak mencari lokasi tempat meletak kereta sebelum ke Pavillion dengan monorail.

Turun naik jejantas, tukar tren, dan jalan sikit, sampai la kami di Pavillion. Decoration for CNY Pavilion memang cantik. Ramai yang bergambar kat pintu masuk Pavillion tu termasuk la kami. Hehehe... Dah sampai dalam, berpecah la kami membawa haluan sendiri. Aku pun dok la jelajah satu Pavillion. Nak membeli dan membelah, tak berapa nak berkenan sangat dengan barang-barang yang ada. Mahal pun mahal. Cuma bila masuk dalam Sembonia, tergoda jugak dengan sepasang kasut ni. Cantik dan agak selesa. Tapi harganya RM 100++. Lepas diskaun pun harganya masih tak berbaloi jugak untuk seorang pelajar macam aku ni. Pesan mak, nak pakai yang mahal-mahal, tunggu dah kerja dan ada duit sendiri nanti. Jadi, berputih mata je la. Akhirnya tak beli apa-apa pun melainkan donut J. Co yang banyak kalori tu.

Bergambar kat depan Pavillion


Kami bergerak meninggalkan Bandaraya Kuala Lumpur kira-kira jam 8.00++ dengan masing-masing dah sakit kaki. Hehehe.. Memandangkan hari dah gelap, kami tak berani nak lalu jalan Rawang. Jadi, haluan ditukar mengikut Sg. Buloh. Ain tanya, "Siapa tau jalan?". Ela pun cakap, "Ikut je Bas Selangor tu". Hahaha... Bas Selangor jadi GPS kami. Tapi sebab terleka borak, dah tersalah jalan. Lalu jalan yang kena bayar tol. Tak apalah, asal sampai. Sampai UNISEL pun dah lewat juga la. Bila dah penat, terus la lena tidur. Aku tak dapat pun barang yang nak. Dalam hati, tekad nak sambung 'membelah' kat Jusco Bukit Tinggi. Hahaha..

Satu Tekad
Jadi, petang tadi singgah Jusco Bukit Tinggi dengan niat nak cari kasut dan kek hari jadi untuk Abah. Sebab duit tak berapa nak banyak, aku tuju ke ATM dulu. Dah beratur panjang-panjang, tiba-tiba duit tak nak keluar pulak. Sabar-sabar. Tak dapat la membeli ni. Cuci mata je la gamaknya. Ahha... memang banyak pilihan kasut bertutup dengan tumit pelbagai ketinggian dan rekaan yang menarik. Paling penting, HARGANYA BERBALOI walaupun jenama mahal macam Crocodile, Alain Delon, Sembonia, dan lain-lain. Harga memang masyuk sebab BERBALOI dan BERBALO-BALOI lepas diskaun. Muehehehe.. Orang pun ramai la kan sebab diskaun bukan main best. Takpe, tengok dulu mana yang berkenan. Esok datang lagi.

Dah puas tengok, terus ke La Boheme untuk beli kek hari jadi Abah. Lama jugak merenung satu-satu kek yang ada. Kena pilih kek yang Abah akan makan iaitu jenis yang tak banyak krim. Tenung punya tenung, tanya punya tanya, beli la sebiji kek coklat pisang (kek span yang dibelah dua dan ditengahnya dilapis dengan potongan pisang). Teringin nak makan sushi pulak. Usha kejap sushi yang ada. Beli la jugak 2 bekas. Tengah bayar tu, baru teringat yang hari ni 'Hari Tanpa Plastik Selangor'. Nak plastik boleh. Tapi kena caj 20 sen la. Nasib baik beli kek tadi dia bagi plastik. Aku sumbat je dalam plastik kek tu. Dah selesai semua urusan, terus ke tempat parking. Jalan punya jalan, tak jumpa pulak kereta. Aduh, sudah... Pusing lagi satu kawasan tu. Berhenti kejap, tengok pintu yang aku keluar tadi. 'Eh, rasanya pintu ni jugak aku masuk tadi'. Memang dah cuak tahap gaban. Kereta aku tak ada..! Takpe takpe... Jalan depan sikit. Sambil jalan, sambil cuak. Apakah?? Hahaha... Tiba-tiba terbau sesuatu yang kurang enak. Macam bau herba. Tinggg! Terus tersedar yang aku salah pintu. Cis, apakah?? Terus la aku ingat balik jalan masuk tadi; masuk-masuk je nampak kedai herba. Jalan depan sikit, nampak la kelibat Mrs. Kanc aku. Fuhh..! Lega. Moral of the story, sila makan kismis dan kurma banyak-banyak untuk mencegah kelupaan.. Hahaha... Sekian saja catatanku kali ini.

Friday, 5 February 2010

Selamat Ulangtahun..

Entri pertama untuk bulan ini aku mulakan dengan ucapan selamat. 5 Februari adalah tarikh istimewa yang akan aku ingati setiap tahun. Hari ini merupakan hari Abah dilahirkan. Walaupun sebelum ini aku ada bercerita tentang Abah, tapi kali ni nak cerita juga lagi. Bila melihat ayah-ayah yang bekerja disekelilingku(pensyarah-pensyarah di UNISEL), aku selalu terfikir sesuatu. Ada yang tinggal jauh dari tempat bekerja. Tentulah keluar rumah seawal pagi untuk sampai ke sini. Kemudian, pulang ke rumah pula tak menentu. Kalau tiada apa-apa, lepas saja tamat waktu bekerja sudah boleh berangkat. Tapi kalau ada program universiti atau mesyuarat, mungkin hanya akan bertolak pulang semasa bulan sudah bersinar terang. Bila masanya berjumpa dengan anak-anak? Tapi sekurang-kurangnya masih berkesempatan berjumpa anak-anak setiap hari walaupun hanya seketika.

Berbeza dengan situasi Abah. Abah kekal menetap di Klang selepas Arwah Mak berpindah semula ke Banting untuk menemankan Arwah Nenek kerana belum dapat bertukar. Bertahun-tahun keadaan begitu berterusan. Berjumpa dengan Abah hanya pada hujung minggu atau cuti sekolah. Mujur Abah seorang guru. Jadi cutinya sama dengan cuti kami adik-beradik. Bila tiba Hari Terbuka untuk mengambil Kad Laporan Peperiksaan, aku paling suka bila Abah yang datang sebab jarang-jarang dapat jumpa Abah. Tapi cuma beberapa kali saja Abah dapat datang sebab Hari Terbuka diadakan pada waktu sekolah. Selalunya Mak aje yang datang jumpa cikgu sebab mak pun mengajar di sekolah yang sama. Akhirnya pada tahun 1999 Abah dapat tawaran bertukar ke PPD Kuala Langat. Barulah dapat jumpa Abah hari-hari.

Hari ini, Abah genap berusia 62 tahun. Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Abah tersayang... Semoga Abah dikurniakan kesihatan yang sejahtera, dirahmati Allah, dan dimurahkan rezeki. Amiiinnn...




Pada tarikh ini juga, 9 tahun lalu aku mendaftar di sekolah yang tak disangka-sangka akan menjadi tempat untuk aku menimba ilmu di peringkat menengah. Memang tak terfikir pun nak sekolah kat situ walaupun selalu datang sebab Abang juga bersekolah di situ. Tanggal 5 Februari 2001, aku menjadi salah seorang warga SMKA Maahad Hamidiah bersama dengan sahabat-sahabat sebatch.

Selamat Ulangtahun Perkenalan dan Pertemuan buat semua sahabat batch SPM 05'. Semoga ukhuwwah yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat..