Engagement Fund ;)

Wednesday, 31 March 2010

Untuk Sahabat...(Puding Triffle)

Dah beberapa hari tak kemaskini blog ni. Baru kemaskini blog amanah sebab Encik Presiden bagi peringatan balik sebijik tadi. Adeh, selepat kena..! Dush..dush..dush.. Ye, itu amanah saya. Kadang-kadang alpa jugak. Jadi bila kena ketuk, tersentak kejap. InsyaAllah lepas ni akan kemaskini secara berkala. Terima kasih kerana mengetuk.

Sebenarnya nak post resepi Puding Triffle. Dah lama nak post. Cuma malas je. Mintak maaf ye Azli, kemalasan melanda. Jadi, bila dah tau resepi lepas ni buat sendiri ye. Hehehe... Sonang je...

Puding Triffle

Bahan-bahan:
Lapisan 1
1 biji kek gulung (beli kat King's cuma RM4.90 sebiji-ada 5 perasa)

Lapisan 2
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
3/4 cawan gula

Lapisan 3
1 tin buah-buahan campuran

Lapisan 4
1 kotak jeli kristal

Cara-cara membuatnya:
Lapisan 1
Potong kek gulung mengikut ketebalan yang sesuai. Susun dalam bekas. Penuhkan permukaan bekas supaya nanti tak la cacat lapisannya.
lapisan kek aku ternipis dan kurang padat..tu yang kastad dia meresap menembusi susunan kek

Lapisan 2
Panaskan susu cair hingga menjadi suam. Sementara nak tunggu dia jadi suam, bancuh tepung kastad dengan 4 cawan air. Bancuh sampai betul-betul larut dan tuangkan ke dalam susu cair yang sedang dipanaskan. Kacau bancuhan hingga menjadi pekat.
PERHATIAN: Anda mungkin menjadi bosan dan lenguh tangan ketika mengacau bancuhan ini untuk menjadikannya likat. Jangan sesekali tinggalkan bancuhan ini atau puding anda akan menjadi berketul dan berkerak.
Bila bancuhan dah pekat dan tangan dah cukup lenguh, tuangkan atas susunan kek gulung tadi. Pastikan ia melitupi permukaan ye. Ratakan.

Lapisan 3
Toskan air buah-buahan campuran. Kemudian, tuangkan atas lapisan kastad.
PERHATIAN: Sila tuangkan buah-buahan ini sejurus saja anda meratakan kastad. Jangan tunggu hingga kastad sedikit keras kerana nanti lapisan buah-buahan ini akan tertanggal di kemudian hari.
Nak tukar guna buah-buahan segar pun boleh juga.
ni sebelum tuang jeli...

Lapisan 4
Bancuh jeli kristal dengan air panas (ikut je arahan kat kotak). Kemudian, curah atas lapisan buah-buahan tadi. Biarkan sejuk sekejap. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Nak bagi sedap la. Kalau nak terus ngappp pun boleh je. Kalau nak nampak meriah, jangan pilih jeli yang sama warna dengan kastad. Kurang berseri. Hehehe..
yang ni dah siap..

Jadi, selamat mencuba ya..

Nota: Semangat nak post resepi ni sebab baru 'terbeli' majalah Sedap (ala, macam majalah Saji dengan Rasa) yang ada pelbagai resepi manisan. Rindu nak masak...huhuhu..hari-hari makan makanan kat kantin sekolah je.

Friday, 26 March 2010

Tak Suka La...

Hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Lusa hari Ahad. Jadi??? Walaupun esok dan lusa adalah hari cuti, aku tak cuti pun. Kena pergi sekolah jugak. Ada taklimat Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Maklumlah, bila semuanya di hujung jari, kena la 'asah jari' bagi lembut. Lepas tu nak balik Banting, angkut barang-barang yang tertinggal. Lepas tu nak membeli-belah bahan bantuan mengajar. Pakej tak cukup lagi. Hehehe..

Mula-mula niat online nak siapkan kerja. Tapi ada jugak melencong ke sana-sini. Hehehe... Tiba-tiba terbukak website Maratussolehah pulak. Geram la ni kan. Sungguh banyak jubah baru yang cantik dan harga yang masyuk. Sabar-sabar... Bila bukak Facebook, ternampak pulak profil Turkuaz. Ada promosi jugak. Ni yang nak marah ni! Jubah-jubah kat Turkuaz memang sedia maklum la harga dia mahal. Bila ada promosi ni, boleh dapat separuh harga + baucar pembelian lagi. Nak-nak yang dah jadi ahli (aku la tu). Tengah fikir ni. Tapi yang banyak pilihan dan stok, Turkuaz di Jalan Tunku Abdul Rahman. Memang sakit hati la masuk dalam tu. Cantik-cantik wooo! Tapi bila fikir balik, buat apa pun nak beli jubah seluar? Bukan boleh pakai ke sekolah pun. Tapi, nak fikir jugak. Pergi ke tak. Hahahaha...(banyak betul tapi..) Lepas tu, bermula dari semalam sampai hari Isnin depan, ada jualan untuk ahli. GERAM...!!! (Umie, jom kite singgah Turkuaz Jalan TAR lepas gi Pesta Buku...! *wink*wink*)

Walau apa pun, yang paling penting nak ke Pesta Buku Antarabangsa. Dah 2 tahun berturut-turut aku pergi. Pertama kali pergi, dengan Abang Garang, Rahmah, Aini, dan Ida. Kali kedua pergi, dengan Faien dan Su. Kali ketiga?? Dengan ...... (sape-sape nak ikut habaq mai noo). Nak borong buku untuk kegunaan mengajar. Novel-novel? DILARANG SAMA SEKALI. Harap maklum...

Haa, lagi satu. Tengah keliru sekarang ni. Sebenarnya taman tempat aku duduk ni apa ek nama dia? Setahu aku tak berubah. Tetap Taman Desa Utama. Tapi kenapa bila orang dengar nama Taman Desa Utama, diorang buat muka pelik? Haish, keliru...keliru... Aku siap Google lagi tau, nak tengok ada ke tak dalam peta. Memang sah la ada. Terpampang nama jalan beserta nama taman. Hurmmmm...

Wednesday, 24 March 2010

Kesian Dia...

Hari ini sudah hari ketiga aku menjadi warga SKTKJ. Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Memang aku cuma menjengah Atas Nama Cinta sekadar di pinggiran. Walaupun mengikut panduan praktikum yang mana 2 minggu pertama kami hanya dikehendaki menjadi pemerhati dan memantau keadaan sekolah, tetapi seandainya kami diminta untuk mengajar, kami perlu akur. Jadi, insyaAllah aku akan mula masuk ke kelas pada minggu hadapan. Untuk itu, aku mencoretkan perjalanan hidup sepanjang 14 minggu ini di blog baru. Tapi cuma untuk orang-orang tertentu saja. Saja nak menggedik, buat blog macam tu. Eh, blog saya kan! Biar la... Kalau nak menggedik macam tuan blog, boleh la pergi ke;

http://teachertobeyard.blogspot.com

Kalau aku rasa nak approve, boleh la masuk dalam tu. Tak payah pun tak apa. Bosan pulak nanti baca bebelan aku ni.

Termasuk hari ni, dua kali ganti Cikgu tak datang(relief). Yang masyuknya, dua-dua tu waktu Matematik. Apakah?? Kena tukar opsyen ke? Bila duduk dalam bilik guru, ada seorang Cikgu Matematik bertanya major subjek kami. Bila jawab Bahasa Inggeris, dia gelak-gelak dan kata susah. Kemudian kami tanya beliau mengajar subjek apa pulak(maklumlah, masih dalam mode taaruf), bila dia jawab Matematik, kami pulak berpandangan sesama sendiri dan kata susah. Ye, aku tak berapa nak suka Matematik. Mintak ampun dan maaf ye Cikgu-cikgu Matematik yang pernah ajar saya... Cara cikgu ajar memang seronok. Tapi saya tetap tak minat dengan nombor. Hehehe.. Jadi untuk waktu relief tu, kena la juga ajar sikit-sikit Matematik ni. Nasib baik sekolah rendah. Kalau sekolah menengah, memang aku suruh diorang belajar sendiri je la.


Pagi tadi kena datang untuk kokurikulum. Oleh sebab aku diberi kebebasan untuk memilih kelab dan badan beruniform pujaan, aku pun pilih la Puteri Islam. Sungguh nostalgia sebab waktu sekolah rendah dulu memang pajak Puteri Islam je. Lagu dia pun ingat lagi sampai sekarang. Cita-cita nak sambung bila sekolah menengah. Alih-alih kena masuk Kadet Bomba pulak bila sampai Maahad. Tak dapat la naik pangkat. Pangkat kekal sampai sekarang, Puteri Bongsu (pangkat seterusnya Puteri Tengah dan sambung ke Puteri Sulung). Setakat hari ni, semua gelaran Cikgu, Teacher, dan Ustazah diorang guna. Hahaha, belasah je la. Tapi waktu masuk kelas 1 Berlian tadi, terasa aku la paling tinggi dalam tu. Hehehe... Darjah 1 kan comel-comel je.

Setakat ini sajalah coretan untuk kali ini. Sekarang kena hadkan masa nak mengadap blog ni. Rancangan mengajar kena siapkan. Bahan bantuan mengajar pun kena buat lawa-lawa. Term paper kena pikir jugak. Sampai rumah hari-hari pun nak dekat maghrib. Cikgu pelatih mana boleh balik on time. Kena lewat-lewat sikit. Hehehe... Memandangkan rumah ni belum ada dapur dan peti sejuk, kena la singgah makan sekali lepas waktu sekolah. Nak keluar balik? Tak kuasa pulak. Kalau singgah makan, memang pukul 8.00 la baru sampai rumah.

Saturday, 20 March 2010

Rumah Baru

Entri ini ditaip di lokasi baru. Lokasi yang strategik untuk merayap dan meraban sebab "Macam-macam adaaaa.." hehehe... Ye, aku menaip dari No. 19, Jalan S****** 3. Tempat perlindungan untuk 14 minggu mendatang. Lama tuh... Sebenarnya, bukan rumah baru pun. Rumah lama tapi baru diduduki semula. Banyak lagi benda tak selesai ni. Baju tak siap lipat. Bilik tak siap kemas. Lantai pun kena mop balik sebab habuk-habuk ni memang pantang tengok lantai rumah ni bersih. Yang penting, kena ambik mood dulu. Yang paling paling penting, cuak-hari-isnin tak hilang lagi. Huhuhu

Cinta Dulu Cinta Sekarang

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risik bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya

Tan Sri SM Salim

Nota: Tertarik dengan sindiran dalam lirik ini ketika kali pertama mendengarnya di radio.

Friday, 19 March 2010

Selamat Tinggal Cinta...

Petang tadi, taklimat terakhir sebelum kami mula mengajar. Sungguh, tamat saja taklimat, terasa berdebar-debar sampai sakit dada. Cuak betul nak tunggu hari Isnin ni. Macam mana suasana sekolah? Macam mana cikgu-cikgu kat situ? Macam mana pulak murid-muridnya. Bimbang...Mampukah aku? Selama ni kalau buat micro teaching, kawan-kawan sekelas yang jadi murid-murid. Cuak jugak waktu buat micro teaching tapi kurang sikit la sebab murid-murid micro teaching bijak-bijak belaka...

Dua kali jugak air mata bergenang. Waktu bersalaman dengan Mynn, memang sedih sangat. 4 tahun berkongsi suka duka, jatuh bangun sebagai seorang pelajar. Hari ni pergi mengikut haluan sendiri. Semoga segala urusan dipermudahkan...

Kali kedua, waktu nak bergerak meninggalkan perkarangan RKS. Walaupun tempoh perkenalan tak berapa nak lama, tapi sedih jugak rasanya. Panjang umur kita jumpa lagi...

Kami...

Nota: Tiada mood untuk menaip panjang.

Tuesday, 16 March 2010

Dia Meragam...

Ini kisah siang tadi, 15 Mac 2010. Kira-kira jam 11.20 pagi, aku keluar rumah menuju ke tempat letak kereta hostel Jananiaga. Semalam dah janji dengan Abah nak balik hari ni dan terus hantar barang ke rumah Klang. Macam biasa, panaskan enjin dulu sebelum gerak. "Bismillahirrahmanirrahim..." Masuk gear, turunkan brake tangan, lepaskan clutch perlahan-lahan sambil menekan sedikit pedal minyak untuk menggerakkan kereta. Baru je kereta nak gerak, tiba-tiba macam tersekat. Ah, sudah... Nak ke depan, tak boleh. Nak undur balik pun tak mahu. Adoi, kereta dah separuh keluar dari kotak parking ni. Cuak kejap. Sabar...sabar...tenang...tenang... Okey, cuba lagi sekali untuk undurkan semula kereta supaya ia kembali ke tempat asal. Alhamdulillah... gerak pun. Apa la pulak masalah Mrs. Kanc ni? Aku ni idak la expert bebeno pasal kereta. Setakat yang asas tu, boleh la. Terus aku kunci balik kereta dan kembali ke rumah.

Telefon Abah. Nasib baik Abah masih ada kat rumah. Bla..bla..bla..bla..(terangkan masalah Mrs. Kanc). Okey, terpaksa la Abah datang ke UNISEL. Bila Abah sampai, Abah cuba la tengok apa masalahnya. Memang la ini pertama kali berlaku. Sebab kereta tu memang tak nak gerak, kena hantar ke bengkel. Abah kata, hantar ke Perodua jugak sebab apa-apa hal di kemudian hari, senang. Jadi, aku kalut jugak la pikir mana la pusat servis Perodua terdekat. Periksa dalam buku jadual servis, memang tak ada alamat yang terdekat. Lepas tu aku cakap, cuba la telefon talian panas (hotline) Perodua Sales. Nombor tu ada kat pelekat yang ditampal sejak kereta tu dibeli(berguna jugak ekau ye). Telefon dan bicara, dia kata yang paling dekat, Rawang. Abah kata, terus la ke sana dan tanya macam mana. Nak cakap dalam telefon karang ada yang silap info pulak. Alhamdulillah, tak berapa susah nak mencari. Sampai kaunter, bla...bla...bla...bla... (bagi tau la masalahnya). Lepas tu, Cik yang bertugas kata, kemungkinan masalah brake atau clutch. Aku rasa sebab clutch kot sebab semenjak dua menjak ni memang bila nak lepas clucth waktu nak gerak mula-mula dia ada bunyi eek..eek..eek.. (ah, sape yang selalu naik Mrs. Kanc tu dah tau dah bunyi dia).Kesimpulannya, memang kena tarik a.k.a tow sebab memang dia tak nak gerak langsung. Hambik ko, RM200 untuk tow saja. Huhuhu...tak dapat la peti ais.

Sementara tunggu Encik Towing tu sampai, sempat la jugak aku angkut barang-barang yang dah siap dikemas. Dah tu, pergi solat asar pulak. Pukul 7 jugak la Encik Towing tu sampai sebab berlaku kesesakan lalu lintas. Bila sampai kat pintu utama UNISEL, mesti la Encik tu bertanya arah ke hostel pada Pakcik Guard. Tapi dia telefon jugak aku untuk kepastian. Lepas tu, Pakcik Guard tu mintak nak cakap dengan aku sebab nak kepastian betul ke aku yang panggil Encik Towing ni. Okey, aku faham la sebab Encik Towing tu pun pertama kali masuk kawasan tu. Boleh pulak Pakcik Guard tu tanya dengan nada tak puas hati (macam nak marah) "Ha,kereta rosak ke? Kat mana? Bla...bla...bla..." berkata Pakcik Guard dalam telefon (sila baca dengan nada macam nak marah + tak puas hati). Aku pun jawab je elok-elok. Tapi sebenarnya geram jugak. Kenapa perlu bernada macam tu? Kalau kereta tu boleh gerak, tak adanya buang duit panggil Encik Towing tu. Haish, Pakcik ni... Sabar je la. Kemudian, bermulalah sesi menarik dan menyeret Mrs. Kanc, seperti di bawah;


Kena seret keluar dari kotak parking...

Bersedia untuk diseret naik ke atas lori

Tengah kena seret naik atas lori

Dah selamat duduk atas lori (sesiapa yang ada masalah kereta rosak ke, ambik la nombor kat lori tu.)

Alhamdulillah jugak dia meragam waktu aku dalam kawasan jajahan. Dibuatnya dia meragam waktu tengah dalam perjalanan ke mana-mana, mau tak gelabah? Selama ni, ulang alik Shah Alam, pergi balik KL, elok je dia. Bila nak balik rumah pulak dia semput. Tak apalah, ada hikmahnya tu. Jadi, inilah kisahnya kenapa aku tak dapat nak email assignment kat Min before 12 pm tadi. Dah la tak dapat internet dari hari Jumaat lepas kat hostel ni. Ingat tadi nak balik cepat-cepat dan email dari rumah je. Tiba-tiba pulak jadi macam ni. Takpe Min, I've published my work on our page. No worries..

Thursday, 11 March 2010

Menanti Waktu

Aku sepatutnya perlu fokus pada nota-nota yang berhelai-helai. Baca dan baca untuk ingat fakta dan mengadaptasi teori dengan situasi. Jadi, aku menulis kali ini sekadar di pinggiran. Cerita-cerita yang terkumpul, akan diabadikan kemudian. Jadual peperiksaan ku untuk semester ini;

Friday 12 March 2010
Educational Administrarion - 9.00 a.m. - 12.00 p.m (IPIS)

Creative Writing Skills - 3.00 p.m. - 5.00 p.m. (IPIS)




Hah, memang sah kami akan bermandi peluh hari Jumaat ini. Sila pakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca sekarang ye kawan-kawan.

Alhamdulillah, beberapa perkara yang patut diselesaikan, sudah selesai.
  • Yuran Pengajian (Selesai..jimat RM400 sebab P**** terlebih tolak duit)
  • Slip keputusan peperiksaan Semester 3/08/09 (Tak kena denda..hehe..jimat lagi RM30)
  • Slip keputusan peperiksaan Semester 1/09/10 (Selamat dah duduk dalam fail)
  • Slip menduduki peperiksaan (Dah ambik siang tadi)
  • Borang keluar hostel (tinggal nak hantar kat Jananiaga je)
Sedikit masalah dengan Term Paper. Nampaknya perlu cari topik baru yang lebih mudah dan sesuai dengan responden.

Saturday, 6 March 2010

Goodbye (The Saddest Word)

Mamma you gave life to me
Turned a baby into a lady
And mamma all you had to offer
Was a promise of a lifetime of love

Now I know there is no other love like a mother's
Love for her child
I know that love so complete someday must leave
Must say goodbye

Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word and I will cry
It'll break my heart to hear you say goodbye

Mamma you gave love to me
Turned a young one into a woman
And mamma all I ever needed
Was a guarantee of you loving me

'Cause I know
There is no other
Love like a mother's love for her child
And it hurts so
That something so strong
Someday will be gone, must say goodbye
Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word and I will cry
It'll break my heart to hear you say goodbye

But the love you gave me will always live
You'll always be there every time I call
You offered me the greatest love of all
You take my weakness and you make me strong
And I will always love you 'til forever comes

And when you need me
I'll be there for you all the way
I'll be there all life through
I'll be there this I guarantee

Mamma, I'll be
I'll be there through the darkest nights
I'll be the wings that guide your broken flight
I'll be your shelter through the raging storm
And I will love you 'till forever comes

Goodbye's the saddest word I'll ever hear
Goodbye's the last time I will hold you near
Someday you'll say that word and I will cry
It'll break my heart to hear you say goodbye

'Till we meet again...
Until then...
Goodbye

Celine Dion

Notes: I'm currently listening this song...Miss my mom so much..

Friday, 5 March 2010

Perubahan Kadar Degupan Jantung..

Wah, ada artikel mengenai sains dan kesihatan. Cerita tentang jantung lagi. Sila jangan terpedaya. Tajuk tu gimik semata-mata. Tapi ada la sedikit kaitan dengan cerita di bawah. Okey, sekarang aku perasan yang aku susah betul nak tidur bila weekdays. Tapi bila weekend, akan ada satu masa aku pengsan tak ingat dunia. Entah, aku lebih suka ulangkaji dan buat kerja-kerja yang perlu dibuat waktu malam. Tak tau kenapa. Tidur lepas solat subuh, lepas tu bangun balik pukul 8.30 sebab ada kelas pukul 9.00. Ada kebarangkalian untuk mati cepat ni sebab mengikut kajian, manusia yang tidur kurang dari 5 jam sehari sangat-sangat berisiko untuk menghidap kanser. Nauzubillah.. Ajal dan maut di tangan Allah. Kita cuma perlu bersedia setiap masa. Macam mana? Banyakkan amal ibadat. Banyakkan ingat mati. Tak tahu bila Allah nak ambil semula kepunyaanNYA.

Hari Rabu lepas, kami ada taklimat praktikum. Ni la yang buat aku berdebar sebenarnya. Alhamdulillah, dapat juga tempat yang aku mintak walaupun bertukar dari sekolah menengah ke sekolah rendah. Ada hikmahnya tu. Aku dapat SK Taman Klang Jaya(Rini, nanti kalau ada waktu lapang hujung minggu, I roger U ye..hehehe). Setakat ni tak sempat lagi nak melawat sekolah tu. Cuma Google je. Kalau ikut Google Map tu, tak ada la jauh sangat jarak sekolah dengan rumah. Nak tau jauh ke tak, kena la pergi tengok sendiri kan? Bila dah dengar taklimat, terbukti tanggapan orang bahawa kerjaya cikgu sebagai pilihan terakhir adalah SALAH. Siapa kata jadi cikgu ni senang? Mana ada benda senang dalam dunia ni? Macam tu la jugak dengan profession perguruan. Okey, bukan dalam mood nak tulis artikel.

Cakap tentang rumah. Susah hati jugak ni. Rumah tu memang dah lama sangat tak dijenguk. Laman depan memang sah dah jadi 'hutan simpan'. Habuk kat lantai memang dah boleh buat tayamum untuk 5 waktu solat. Bercinta tu nak mengemas. Huhuhu... Ada sesiapa nak tolong saya cuci rumah? Sila angkat tangan. Hehehe... Bila dah tau dapat mengajar kat Klang, terus la bagi tau Abah sebab rumah tu rumah Abah ok, bukan rumah aku. Abah memang sangat baik sebab? Ada la sebabnya. Aku agak jahat. Sebab? Aku mintak peti sejuk, dapur, dan televisyen untuk diletakkan dalam rumah tu. Jahatkah? Tak kot, demand je. Serba salah jugak nak mintak. Nasib baik cakap dalam telefon. Kalau cakap bersemuka, tak tercakap kot. Hehehe.. Abah tak garang pun. Cuma tegas je. Tu yang buat aku macam segan sikit nak mintak apa-apa kat Abah. Tak seronok la kalau tak ada peralatan dapur. Tak boleh nak memasak. Waktu mintak tu, Abah siap tanya; "Lagi?" Ish, Abah ni. Cukup la tu. Hehehe.. Rumah tu dulu ada semuanya. Tapi sejak dah tak duduk kat situ, satu persatu barang yang aku sebut tadi mula meragam. Peti sejuk dah rosak. Televisyen pun rosak jugak. Dapur pun rasanya.

Cukup la dulu cerita pasal praktikum dan rumah. Nanti lepas ni mesti aku nak cerita jugak lagi. Yela, orang dah kahwin, cerita pasal hidup lepas berkahwin. Orang dah ada anak, cerita tentang perkembangan dan tumbesaran anaknya. Orang yang suka memasak, cerita tentang masak-memasak dan berkongsi resepi. Aku? Macam-macam ada... Cuma tang kehidupan lepas berkahwin dan tumbesaran anak je tak ada lagi. Ater, kahwin pun belum. Hahaha... Cuma tak seronok sikit nak menulis di Atas Nama Cinta kebelakangan ni sebab kebanyakan hasil tulisan aku sekarang cuma diari kehidupan. Tak ada langsung penulisan yang memaksa aku berfikir dan mengkaji. Bukan tak nak menulis, cuma masa terbatas. Tajuk banyak, idea pun ada la sikit. Belum berkesempatan je nak mengolah isi. InsyaAllah ada waktu nanti aku titipkan juga olahan idea dan kajian itu. Aku faham, mahasiswa perlu sentiasa memaksa otaknya berfikir dan memikirkan idea-idea global supaya generasi pemimpin akan datang akan lebih matang pemikirannya dan mempunyai minda kelas pertama.

Nota: Dah lama entri aku tak ada gambar. Malas nak upload. Wireless connection slow ya amat. Erm..ada aku kesah???(pinjam ayat Azli)

Wednesday, 3 March 2010

Hati Lain-lain...

Minggu lepas, seorang sahabat menyapa di Yahoo Messenger. Tersentak juga membaca mesej yang ringkas tapi padat tu. Sombongkah aku? Hari ini, bila aku membaca titipan di blog miliknya, aku merasakan kata-kata itu untukku. Bukan nak menyombong. Lagi-lagi dengan sahabat sendiri. Sabar itu perlu. Tapi bila aku je yang memulakan sesuatu dan tidak mendapat respon, mau tak kecik hati? Entah la. Bila sekali dah kecik hati, susah nak besarkan balik hati tu. Biarlah orang fikir aku gembira walaupun kadang-kadang tak semua kegembiraan itu benar seperti yang terpamer. Ya, mungkin masing-masing tak sedar dengan kesilapan masing-masing. Apa pun juga perangai aku yang menyinggung hati kamu, sejuta kemaafan ku pohon. Kamu tetap sahabat aku yang terbaik dulu, kini, dan hingga ke akhirnya. Walaupun jauh, sahabat-sahabat sekalian tetap dekat dihati ini. Sentiasa rindu kamu semua, dan teringat kenangan yang tercipta waktu kita sama-sama mengharung kehidupan.

Nota: Seseorang pernah mengatakan, jangan menulis mengikut emosi. Ya, tiada siapa yang sudi mendengar bebelanku melainkan blog sendiri. Ku tulis semuanya bukan untuk tatapan mata-mata lain. Tapi untuk mata sendiri. Biarlah dari mata turun ke hati agar aku dapat muhasabah kembali khilaf sendiri. Pada sesiapa yang menegurku di sini, terima kasih kerana memberi ingatan. Cuma janganlah berselindung di 'sebalik pokok'. Jadilah diri sendiri.

Monday, 1 March 2010

Dia Buat Hal Lagi...

Siapa pulak yang buat hal ni?? Bukan orang mahupun beruang. Ianya hanyalah N2610. Tak tahu apa masalahnya. Sebelum ni buat hal macam ni jugak. Bila aku biarkan dia, bukak bateri dan cabut kad sim, dia sihat balik. Dah pernah jugak hantar servis. Sekarang ni jadi balik.. Hadoi.. susah macam ni. Mesej asyik pending je. Mesej 2 hari sudah, hari ni baru dapat. Nak hantar servis lagi?? Kemalasan melanda... Kalau nak servis, nak kena salin dulu segala neka yang ada dalam tu. Banyak tu nombor telefon orang, mesej-mesej nasihat, etc. etc. etc.... Biar je la dulu. Kepada anda-anda yang berkenaan, jika mahu menghantar mesej, sila hantar ke nombor Celcom saya ye(walaupun keadaan ini membuatkan saya muflis kerana caj untuk satu SMS dari Celcom ke Maxis adalah 20 sen). Sekian, terima kasih..

"Akak, saya dah ada blog.."

Tahniah kepada Ifdal kerana akhirnya berjaya mempunyai blog sendiri.... Shah, tengok kakak dia ajar sampai dia dah ada blog sendiri. Hahaha... Mintak maaf jugak sebab dah lama janji nak ajar buat blog tapi tak terajar-ajar. Akhirnya hari ni dapat jugak ajar perkara asas tentang blog. Sebenarnya kalau nak buat blog ni, kena rajin godek-godek dan explore. Baru la dapat blog yang best...(aku tak cakap blog aku best ye..) Ingat nak ulangkaji balik macam mana nak buat blog ni. Maklumlah, dah lupa-lupa sikit. Tapi tak sempat pun nak ulangkaji. Redah je la. Err..Ifdal, faham ke apa yang akak ajar tadi? Kekadang dia jadi blurr kejap bila aku tunjuk lompat-lompat blog orang nak tunjuk contoh. Ye la, nak jugak ajar yang gempak dan cara belajar berkesan adalah dengan menunjukkan contoh. Tapi bak kata Ifdal, "Ala kak, asal boleh tulis-tulis jadi la.." Okey, sekarang awak dah ada blog sendiri, boleh la tulis apa-apa yang nak ditulis ye. Nanti akak baca.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Nota: Ada e-kad tahniah lagi tau..hehehe..lepas ni boleh la explore pasal nuffnag pulak ye Ifdal..

Pertama dan Terakhir

Entri kali ini mungkin tidak mengikut peraturan tatabahasa yang sepatutnya kerana orang-orang yang membebel tidak akan pernah mengambil kira peraturan tatabahasa ayat yang keluar. Ada betul??

Sebenarnya, tengah termangu-mangu depan laptop ni. Macam mana nak buat surat ni? Adeh..lama sungguh tinggalkan kerja setiausaha ni. Selalunya jadi editor je. Haish..kena ulangkaji balik ni. Tengah pening fikir pasal surat, terasa nak kemaskini blog pulak. Minggu lepas, minggu yang memenatkan. Tiap malam ada meeting tergempar. Hadoi... tapi, nak tulis tentang 3 hari paling memenatkan. Bermula dari Khamis hinggalah Sabtu. Ni antara benda tersengal pernah aku buat sepanjang berada di kampus ni. Hehehe..Tu la, elok-elok tak ada kerja, pergi cari kerja. Hambik ko..

Khamis
Kelas Edu Admin habis awal pulak. Macam biasa, Min ajak kami makan bersama. Nasi lemak la jawabnya. Rasanya, tiap hari aku makan nasi lemak minggu lepas. Mana la tak makin bulat? Ciss.. Usai makan, aku bergegas ke canseleri untuk menguruskan tentang program akan datang dan beberapa urusan tertangguh. Alhamdulillah, urusan tertangguh selesai. Cuma proposal program masih belum dapat ambik lagi. Dah dapat proposal karang, nak kena uruskan bas, surat-surat permohonan, memo, etc. etc. etc... InsyaAllah ini program terakhir yang akan aku kendalikan. Kira-kira jam 12.30, aku bergerak meninggalkan UNISEL untuk ke Shah Alam. (Apa hal pulak makcik ni ke Shah Alam?) Sila teruskan pembacaan..... Dalam perjalanan, hujan turun agak lebat juga. Co-driver dah nyenyak tidur kat sebelah ni(apa da co-driver ni..). Sampai-sampai je, terus parking kereta di SACC Mall tapi ke Kompleks PKNS dulu. Sebelum mulakan kerja, kena solat dulu. Baru tenang nak buat kerja. Usai solat, aku dan Aien mula 'bekerja'. Tak ingat pulak berapa kali tawaf PKNS. Nak cari baju je pun. Dah penat tawaf dan menyinggah, tak ada satu pun yang berkenan di hati. Jadi, stesen seterusnya, SACC Mall. Yang ni pun aku dengan Aienn tawaf jugak. Tak dapat jugak bajunya. Ingat kat Turkuaz ada. Memang ada pun, tapi harga baju macam tak berbaloi dengan rekaan baju tu. Prinsip aku, kalau nak beli barang, biar murah tapi nampak mahal. Kena bajet woo. Pusing punya pusing, tak ada jugak. Terus keluar dari SACC Mall, gi Plaza Alam Sentral pulak. Kat sini kot banyak buang masa. Dok pilih clutch bag. Murah tapi lawa dan elegen. Punya la lama memilih, tapi tak beli jugak. Akhirnya patah balik ke PKNS sebab Aien asyik teringat-ingat je jubah seluar merah jambu yang berbaloi harganya. Dah sudah beli, perut berbunyi pulak. Apa lagi, isi perut dulu baru sambung kerja.

Dah kenyang, kami masuk SACC Mall balik. Tengok, memang takde kerja kan?? Ulang alik tempat sama. Gatal pulak masuk Vincci. Ingat nak cari kasut untuk dinner nanti sebab selalu Vincci ada banyak kasut blink blink yang lawa. Kat sini aku tak minat apa-apa pun. Tapi......... Aienn telah terbeli sepasang wedges. Terbeli ok... Hahaha.. Jalan depan sikit lagi. Gatal gi singgah Primavera (pertama kali tawaf tadi dah tersinggah kejap). Ada offer best..! Beli 1 dapat 1 percuma(Either bag or shoes). Kasut dia memang blink blink. Kat sini paaaaaling lama. Aku ni, payah sikit kalau dah berkenan tu. Jadi, beli kasut dapat beg. Satu set. Ok la tu. Aienn pun sibuk nak jugak. Lagi tak boleh tahan... Hampir semua kasut yang ada kat situ ekau cuba ye Aienn. Memang lama. Dekat 1 jam kot.. Nasib baik adik yang layan kitorang ni baik. Sabar dan sentiasa senyum. "Takpe dik, lain kali akak datang lagi ye..." Hahaha.. (tunggu dia buat offer beli 1 percuma 1 la gamaknye baru aku datang). Aienn beli sepasang kasut dan ambik kasut jugak untuk yang percuma. Jadi, dia dapat 3 pasang kasut hari ni. Waktu keluar tu, aku cakap; "Ni sape teman sape shopping ni??" Kami gelak-gelak je.

Stesen seterusnya, Anggerik Mall. Nak jugak cari baju. Sampai-sampai je, kedai banyak tutup pulak. Sabar je la. Takpe la, solat asar dulu. Cari punya cari, tak ada jugak baju yang berkenan. Harapan terakhir, Plaza Shah Alam. On the way nak ke Plaza Shah Alam, Aienn cakap gelang dia tertinggal kat surau tadi. Terus aku terbebel dalam kereta tu. Peringatan tu ye Aienn... Bukan apa, kena kejar masa sebab lepas isyak ada perjumpaan untuk program hari jumaat. Pusing gak satu plaza tu. Tak ada jugak yang berkenan. Keluar balik, terus ke Anggerik Mall balik. Nak tengok barang yang tertinggal tu dan solat maghrib kat situ sekali.

Lewat dah ni.. Tapi tak kira, nak jugak tengok kat Hajaba. Punya la pusing satu kawasan tu, tetiba semua butik yang ada tutup pulak. Sabar je la. Memang takde rezeki la tu. Terus la balik. Sampai di UNISEL hampir jam 10 malam. Perjumpaan dah mula. Perjumpaan ni untuk perarakan maulidur rasul peringkat negeri esoknya. Memang kelam kabut. Waktu ni la baru nak susun kedudukan, pilih tema baju, taklimat pertandingan, etc. etc. etc... Yang best tu, esok pagi kena berkumpul kat PKP jam 4.30 pagi ni. Pukul 12.00 malam baru la jejak kaki kat hostel.

Jumaat
Esoknya, memang susah betul nak bangun. Ye la, tidur pun dah lewat. Dengan penatnya lagi. Nasib baik terjaga. Tu pun kamilah orang terakhir naik bas. Malu seh..hehehe... Dalam bas memang tak boleh nak tahan mata. Sampai di Shah Alam, dah ramai peserta yang berkumpul. Sampai-sampai, kami terus solat subuh. Disediakan surau sementara kat tepi stadium tu. Tapi yang tak puas hatinya, tempat wudhuk muslimat tak ada apa-apa penghadang pun. Habis, macam mana? Depan belakang, kiri kanan ada orang lelaki dok lepak. Yang lelaki ni pun tak paham-paham ke tu kawasan muslimat? Pergi la lepak jauh-jauh sikit. Sudahnya kami bergilir-gilir jadi penghadang sambil memegang jaket bagi melindungi orang yang sedang berwudhuk. Lepas solat, semua diarahkan untuk bersarapan. Diarahkan tu.. Ye la, nak jalan jauh ni kejap lagi. Kalau perut kosong, mau ada yang pengsan pulak kang. Tengah sarapan tu, mata pun melilau tengok gelagat peserta lain. Memang semangat sungguh. Hampir kesemua kontinjen berpakaian warna seragam. Ada yang bersampin songket siap bertanjak. Ada yang berjubah warna sama, dan ada jugak yang memakai pakaian seragam sekolah saja. Kami?? Tak seragam pun. Cuma semuanya pakai jaket UNISEL. Ni pertama kali muslimat sertai perarakan maulidur rasul ni. Sebelum ni hantar muslimin je. Apa yang mengharukan, dah siap-siap nak berbaris, tiba-tiba hujan turun dengan agak lebat. Semua pakat lari cari tempat untuk berteduh. Majlis ditangguhkan seketika sehingga hujan reda.

Alhamdulillah, hujan turun tak lama dan masa pun tak lari dari jangkaan asal. Kira-kira jam 8.00++, perarakan bermula. Waktu tunggu giliran nak gerak ni la macam-macam ragamnya. Kisah kasut tercabut, kasut ketat, baju hujan, lap peluh guna bendera, dan macam-macam lagi. Lucu pulak bila ingat balik. Ada satu kontinjen tu, memang macam berkawat. Sebijik...! Cuma hayunan tangan tak sampai 90 darjah. 45 darjah je. Terus teringat waktu berkawat kat sekolah dulu. Rindunya nak kawat balik... (Kawan-kawan, jom kita kumpul balik platun kawat kita. Kita kawat macam dulu-dulu.. Kan best??) Perjalanan agak jauh jugak. Dari Stadium Mini Shah Alam ke Stadium Melawati. Berpeluh-peluh.. Naik bukit, turun bukit, sampai la kami kat Stadium Melawati tu.

Acara kemuncak bermula kira-kira jam 10.30 pagi. Bermula sejurus selepas DYMM Sultan Selangor tiba dengan diiringi oleh Menteri Besar Selangor dan Dato' Hassan Ali, dan dimulai dengan persembahan dari kumpulan Rabbani, Amy Search, dan Hijjaz. Ada juga paparan montaj sepanjang mereka membuat persembahan. Ada juga persembahan penceritaan kisah, koir oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Jugra, dan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dalam pada itu, kerajaan Selangor turut menyediakan enam anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul berteraskan nama tokoh Islam iaitu Anugerah Saidina Ali, Anugerah Saidatina Khadijah, Anugerah Uthman Ibnu Affan, Anugerah Imam Al-Ghazali, Anugerah Khalid Al-Walid dan Anugerah Umar Abdul Aziz. Majlis tamat hampir jam 12.00 tengahari. Dalam perjalanan pulang, semua kepenatan sebab bangun awal pagi tadi. Jadi, bas pun sunyi je la. Hehehe..

Ingat, petangnya nak keluar menyambung kerja yang tak sudah semalam. Tapi sebab penat dan kepala pun sakit berdenyut-denyut, aku pun terlantar je la dalam bilik. Dah lama tak sakit kepala macam ni.

Sabtu
Paginya, semua terbangun lambat. Anak dara tak elok bangun lambat, tapi tu la yang kitorang buat. Hehehe... Kira-kira jam 10.30 pagi, kami bergerak melepasi pintu utama UNISEL. Ni pasrah je ni, memandu ke KL. Sebelum ni orang lain tolong bawakkan. Kali ni aku pulak bawak orang. Memang kerja saat akhir. Event malam ni, siangnya baru sibuk nak cari baju. Alhamdulillah, selamat sampai ke Bandaraya Kuala Lumpur walaupun beberapa kali pusing-pusing sebab nak cari parking. Wahha, aku berjaya memandu dalam kawasan Kuala Lumpur..! Habis la lepas ni.. Makin panjang langkah... Hahaha... Turun dari kereta je, perut lapar. Lapar je kerjanya. Dah tu, pagi tadi tak sarapan. Memang la lapar.. Apa lagi, terus je masuk kat Station Kopitiam tu. Lain kali tak nak dah makan kat sini. Menunya banyak sangat. Tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya, nasi ayam jugak yang ku pilih bersama dengan cappucino milkshake.. Memang nalledeke..! Sodapp dan berbaloi.

"Letak jauh sikit, nanti Ain buat main.." (ni la benda alah yang Ain suka tekan tu Sha)

My yummy cappucino milkshake..

Chicken rice set 2

Dah kenyang, marilah kita mulakan kerja. Mula-mula, masuk SOGO dulu. Waktu masuk tu, aku perasan ada banner SALE untuk beg kat 5th floor. Discount up to 80%(kalau tak nampak banner pun aku tau SOGO tengah SALE sebab Clinique ada hantar mesej promotion haritu+ info dari Cik Yasmin..kalau Clinique ada SALE, barang lain mesti la SALE jugak kan??). Tinggg..! Macam best je. Walaupun korang tak suka shopping kat SOGO, tapi tempat ni jugak pilihan aku kalau nak beli barang berjenama dengan harga yang masyuk. Kena bijak bajet. Betul tak? Hehehe.. Nak jugak naik 5th floor walaupun barang yang nak dibeli belum dapat. Nak cari beg untuk bawak ke sekolah. Beg lama ni dah terkopek-kopek (alasan la tu nak beli beg baru..hahaha). Kalau ikutkan nafsu, memang dah beli 2 ke 3 beg dengan saiz yang berbeza. Ye la, dah potongan sampai 80%. Sape tak geram? Okeh, satu cukup. Terima kasih kepada Faien dan Aienn yang menghalang saya dari membeli mengikut nafsu. *wink*wink*.

Macam biasa, sebelum sambung 'kerja', solat dulu baru tenang. Dah sudah solat, terus terjah butik-butik yang ada sepanjang Jalan TAR. Kat butik ketiga, terus berkenan dengan satu jubah ni. Memang lawa. Bagi pilihan lain pun aku nak jugak beli yang tu. Hehehe... Tapi jubah tu sensitif sangat sebab banyak manik dan labuci. Memang kena jaga elok-elok. Dah dapat baju kena cari tudung pulak. Nasib baik kat situ ada jual tudung sekali. Sonang kerja. Hehe... Baju dah, tudung dah. Sekarang cari topeng pulak. Kata tema Masquerade, kena la ada topeng a.k.a mask. Terima kasih kepada Cik Yasmin kerana memberi maklumat kedai yang menjual topeng tu di Semua House. Topeng dah dapat(termasuk yang aku janji nak sponsor kalau Aienn pergi TESL night ni). Okey, semua dah ada. Lepas tu, gatal pulak masuk Watson. Dah terbeli beberapa mekap kat situ. Haish, lari bajet tau.. Haha, takpe la. Boleh la pakai nak kelas nanti. Tu pun kalau rajin nak menempek. Kalau tak, jadi yang macam sebelum ni je la. Pakai beberapa kali, lepas tu terperuk je. Lepas 3 tahun, buang. Ish, membazir sungguh. Takpe-takpe, kali ni mesti pakai punya.

Sepanjang perjalanan balik, hujan turun selebatnya. Bersih Mrs. Kanc aku, alhamdulillah. Sampai UNISEL pun dah pukul 6.00 petang. Terus kejar asar. Lepas solat, terus bersiap untuk malam ni. Majlis bermula selepas maghrib. Waktu sampai, dah ramai berkumpul kat lobi dewan. Lecturers pun dah ramai yang sampai.



What I can said about 'TESL Night 2010: A Night to Remember' is;
#This is the first and last time I attend the night after 4 years waiting (min, you know what I mean...hahaha)..

#Big round of applause for the committe members for making a night of it..

#Everobody looks very gorgeous with the dress and mask..

#Thanks for giving us chance to have the walk of honour (on the red carpet of course)..












Nota: TESL student buat dinner kat dewan universiti je lah sebab nanti event sekolah pun banyak kat dewan sekolah je...hehehe.. Dan aku pergi TESL night ni pun sebab muktamar ditunda pada saat akhir. Jadi pada saat akhir juga aku memberi nama pada Eizla...