Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 April 2010

Selamat Sudah...

Hari yang panjang. Dalam banyak-banyak hari, hari ni la aku rasa paling mengantuk waktu menunggu jam menginjak ke 6.30 petang. Pelik, selalu lepas solat, hilang la ngantuk tu. 'Alah, ngantuk tidur je la..' Amboi, waktu kerja mana boleh tidur. Sudahnya, satu sekolah aku pusing, sampai la akhirnya menyibuk kat padang. Hahaha...Daripada tidur, baik ambik udara segar kan?

Baru teringat, kenapa aku ngantuk sangat hari ni, tidur 2 jam je rupanya. Sebab? Nak kena paksa jugak diri ni sampai ke UNISEL untuk hantar borang audit yang bertarikh mati minggu ini. Kalau asyik tangguh, bilanya?? Dengan semangatnya, tepat jam 4.15 pagi aku merebahkan diri ke kerusi panjang. Tak ada bilik ke budak ni? Owh, kalau saya berbaring di bilik, memang sah la tak puas tidur. Kena sambung balik lepas subuh tu. Hehehe... Jadi, pukul 6.00 tu loceng dah menjerit. Ala, dah pukul 6.00 ke? Ok, 5 minit...5 minit...5 minit...5 minit...5 minit...5 minit..(kira la berapa banyak aku punya 5 minit..hahaha..) Akhirnya, 6.30 baru bangkit solat. Lepas solat punggah barang dalam kereta. Jadi, bertolak dari rumah, kira-kira 7.30 pagi. Perlu mencari topup dulu. Terus la ke 7eleven sebab tak terfikir kedai jual topup mana yang dah bukak pagi buta ni. Sekali En. Kaunter cakap..." Topup pukul 8 cik.." Cettt..baik takyah bukak kedai 24 jam kalau nak beli topup kena tunggu pukul 8. Ada hikmah jugak masuk 7eleven tu. Dapat surat khabar percuma. Perjalanan tidak berapa lancar. Sebab, aku salah belok. Boleh pulak terbelok ke Jalan Sungai Jati yang sibuk tu. Patutnya, masuk ke Jalan Raja Nong. Mungkin lancar sikit. Sempat la aku sarapan dalam kereta tu. Hehehe..Makan apa?? Rahsia..

Sampai UNISEL jam 9.00 pagi. Perkara pertama yang harus dicari, TOPUP... Sebab? Nak bagi tau Encik Beliau, Beliau, dan Beliau bahawa aku sudah selamat berada di bumi UNISEL. Sementara menunggu 3 orang beliau, aku dulukan yang utama. HANTAR BORANG. Lepas tu, PULANG BUKU PINJAMAN. Lepas tu, PILIH BUKU BARU. Dekat pukul 10.00 jugak baru ke kafe semula. Mintak maaf sahabat-sahabat lain, tak sempat nak jumpa.

Perkara kedua, ambik kabel external harddisk yang Encik Beliau tolong beli. Terima kasih banyak-banyak. Pengeras dah dapat, cuma tak sempat nak belanja makan je. Nanti ye, lain bulan. Waktu bagi tu, terjadilah dialog sengal antara kami;

Encik Beliau 1: Betul kan saiz dia yang ni?
Tukang Kalut: Eh, ada saiz ke? Bukan semua sama ke?(cuak seketika)
Encik Beliau 1: Aku rasa ni la. Tapi cuba la check dulu. Kalau salah nanti....
Tukang Kalut: (tambah cuak) Habis, kalau salah macam mana?
Encik Beliau 1: Kalau salah, kena tukar yang lain la. Ada resit tu.
Tukang Kalut: Uish, jauh tu...Nak pergi Low Yatt.
Encik Beliau 1: Takpe la....(sambil tersengih)
Tukang Kalut: Kejap, aku ambik harddisk tu.

Berjalan la Tukang Kalut ke kereta mengangkut beg laptopnya. Sampai saja di meja perjumpaan, Encik Beliau 2 juga tiba di situ. Sesudah dikeluarkan harddisk yang menjadi bualan,

Tukang Kalut: Mintak-mintak la sama.
Encik Beliau 1: Cucuk la dulu. Boleh tak?
Tukang Kalut: (mencucuk kepala kabel ke harddisk) Ha, sama..sama...hehehe
Encik Beliau 2: Ada pendrive tak? Kata nak gambar kat Parit Buntar hari tu.
Tukang Kalut: Ala, pendrive kecik je kapasitinya. Nah la, masukkan dalam harddisk ni. Boleh tengok kalau kabel ni berfungsi ke tak.
Encik Beliau 1: Kena cucuk dua-dua kepala la...
Encik Beliau 2: Boleh la.. Ni laju sebab ada satu USB je.
Tukang Kalut: Menyala tak harddisk nya? Maklum la, cap ayam je. Sekali dengan wayarnya.
Encik Beliau 1: Tu, menyala. Cuba rasa kat harddisk tu, gerak tak?
Tukang Kalut:(meletakkan tangan di atas harddisk). Ha, ada-ada...(teruja) Wayar cap ayam ni memang.
Encik Beliau 1: Yang aku belikan tu cap itik.
Tukang Kalut: Ha? (lampi kejap) sengal la ko..itik pun itik la, janji boleh guna...hahaha..Terima kasih banyak-banyak. Pengeras dah ambik kan?

Telefon berdering....
Tukang Kalut: Hello..assalamualaikum..
Encik Beliau 3: Waalaikumussalam...ha, ada kat kafe lagi ke? duduk bahagian mana?
Tukang Kalut: Ada kat sebelah tempat buat air ni. Pakai baju oren. (sambil melambai tangan kepada beliau)
Encik Beliau 3: Oh, ha..ha..dah nampak dah...

Talian diputuskan...
Tukang Kalut: Ha, nah..Rezeki hari ni... Ni pun sebab ada permintaan dari Encik Beliau 1 ni. Dapat buat lebih. Tapi tak jamin sedap tau.
Encik Beliau 3: Terima kasih..la, ye ke? Terima kasih la Encik Beliau 1. Rezeki ko melimpah sampai kena aku.(sambil bersalaman dengan Encik Beliau 1). Ok la, ada hal sikit ni. Terima kasih ye..
Tukang Kalut: Sama-sama...

Perbualan seterusnya, biarlah rahsia...Hahaha...poyo je...Tu je nak mengarut malam ni. Pesanan penaja, sila jangan kutuk rasa pengeras yang diberi ye. Kalut sikit waktu buat tu. Sukatan bahan-bahan pun tak sekata. Belasah saja asalkan ada rasa... Hehehe..sebarang komen, boleh dimajukan pada saya ye...Terima kasih..

Nota: Encik Beliau 1, saya lupa nak ambik gambar Rehlah. Ishhk, patut la macam ada benda lupa tadi. Lain kali saya cari anda lagi.. Lagi, kalau perhati betul-betul, entri ni macam tunggang langgang sikit. SEBAB? Mengantuk tahap gaban. Tapi tak reti nak tidur. Beginilah jadinya...Hahaha...

K.R.E.D.I.B.I.L.I.T.I

Masih berjaga di kala ini? Ye,masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Mengambil sedikit masa untuk menulis tentang ini. Aku pasti, seluruh rakyat Malaysia masih tertumpu pada berita mengenai kematian seorang remaja lelaki yang ditembak polis, seperti yang dilaporkan dalam akhbar ini dan ini. Jika anda menonton Buletin Utama 26 April, pasti anda juga sudah tahu tentang kes tersebut. Aku kurang pasti samada berita itu sudah tersiar sebelum jam 8.00 malam kelmarin atau belum (maksudnya, Berita Terkini atau Buletin 1.30 atau apa-apa berita di televisyen).

Namun, aku mengetahui berita tersebut ketika berada di kantin SK TKJ, sewaktu sedang menikmati hidangan bersama-sama dengan beberapa guru lain petang kelmarin (Isnin 26 April 2010). Sangat-sangat terkejut. Salah seorang guru dalam kelompok kami mempunyai pertalian keluarga dengan si mangsa. Untuk seketika, kami semua berhenti menyuap. Masing-masing terkesima mendengar perkhabaran tersebut dan membuat spekulasi tentang kejadian yang berlaku. Terkejut...beliau telah ditembak kerana polis tersebut MENGESYAKI beliau adalah penjenayah. Diulang, DISYAKI...

Cakap banyak salah, tak cakap pun, salah. Tapi, perkara ini melibatkan nyawa. Jika ragu-ragu, sepatutnya jangan berbuat apa-apa yang boleh membahayakan nyawa. Sedangkan seorang ulama' yang ragu-ragu untuk memberi hukum tentang sesuatu perkara yang bukan dalam kepakarannya pun mengatakan tidak tahu, ini pula melibatkan nyawa.

Sebagai seorang pegawai undang-undang, perlu lebih teliti dalam menjalankan tugas. Rasanya, selagi musuh tidak melepaskan tembakan, pegawai undang-undang juga tidak boleh menembak. Kalau pun mahu menembak, tembak di tempat yang akan memudaratkan si pesalah dan menghalang pesalah daripada membahayakan polis, bukan sampai kehilangan nyawa.Penguatkuasa undang-undang juga seringkali menjadi tempat orang ramai bergantung harap dan dihormati kerana tugas dan tanggungjawab yang dipikul; mengekalkan keamanan,seperti yang tersenarai dalam Seksyen 20 Akta Polis. Seharusnya setiap dari penguatkuasa undang-undang mempunyai KREDIBILITI yang tinggi, sesuai dengan amanah dan tugas yang digalas. Tak tahu kredibilit tu apa? According to Oxford Advance Learner's Dictionary, CREDIBILITY is quality that somebody has that makes people believe or trust them. 


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Apa sebenarnya yang terjadi pada saat-saat tembak-menembak berlaku, hanya Allah yang tahu kerana fakta dari manusia memang boleh direka atau ditokok tambah. Al-fatihah buat Aminulrashid Amzah. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Nota: Beberapa laman blog yang mengulas tentang kes ini:
http://www.kakinakl.com/
http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/kakak-rakan-yakin-remaja-ditembak-polis.html

Tuesday, 27 April 2010

Perasan Je..


Tadi, jalan-jalan... Memang hari-hari aku berjalan. Asal bukak laptop je, jalan kat blog orang. Apa nak jadi? Hehehe..Apa salahnya jalan blog orang? Dapat jugak ilmu dan pengalaman. Nampak award ni? Dari blog Kak Ena. Perasan je gi ambik award ni. Biar la, Kak Ena kata memang untuk pengunjung rumah dia. Mak dengan Abah cakap, kalau orang dah bagi, kena ambik. Memang agak lama tak singgah blog orang-orang dapur. Orang-orang dapur? Nak tau siapa, pergi tengok kat senarai bawah blog ni belah kanan, dalam kategori All New Things. Kiranya sekarang ni kalau terasa nak masak apape, klik je kat link yang tersenarai tu. Macam-macam ada... Hehehe...

Cap Ayam

Ehem..ehem..percubaan suara...1..2..3..
Mentang-mentang lesson plan dah siap, teaching aids dah mantap tersedia, bukan main update blog pada jam 1.27 pagi (waktu Permataku). Saja, nak conteng-conteng kat sini. Sekarang ni, terasa sungguh nak makan sardin. Sila jangan ketawa. Memang teringin nak makan sardin. Masak bagi pedas tahap gaban (bubuh cili padi banyak-banyak), makan dengan nasi panas bertemankan telur dadar dan kicap. Fuhhhh...bertambah nasi 2 kali! Tapi,buang tebiat apa ke nak gi masak malam-malam? Esok je la. Lagipun nak simpan periuk untuk masak puding esok pagi memandangkan Ahad lepas tak jadi pergi, harapnya esok pagi sampai la aku di sana.
Sumber gambar: Google 

Sardin Cap Ayam ni banyak stok kat dapur..bak kata Abang aku, makanan untuk orang bujang..Cehhh 

Nota:Erkk..apa kaitan entri aku dengan tajuk di atas? Hahaha...layan je la...Sedang 'ketagih' mendengar Forever Love by X Japan sekali dengan versi piano.

Saturday, 24 April 2010

Cerita Hari Jumaat....Eh, Sabtu La...

Topik: Seperti di atas.
Tema: Bebel..

Hahaha..Ada rupa lesson plan tak entri blog aku? Sebenarnya nak cerita satu kisah insaf. Tapi, nanti la kejap lagi sebab nak karang ayat menarik supaya impak lebih mendalam. Ahaks...

Sebenarnya, agak keliru dengan status hari ini. Kerana? Sekolah-sekolah seluruh Selangor (setahu aku la) bersekolah hari ni. Tu yang lain macam je rasa. Malam tadi, tak lena tidur. Setiap 1 jam terjaga. Apakah?? Kalau dekat rumah Banting ni, jangan harap la aku nak tidur kejap-kejap terjaga macam kat rumah Klang ni. Dari dulu lagi. Kenapa ntah... Alkisahnya, aku menjadi antara orang terawal tiba di kelas peperiksaan. Mana taknya, dari rumah kira-kira jam 6.40 pagi (walaupun target nak gerak pukul 6.30). Kalau kat gerak dari rumah Banting, 7.30 baru keluar rumah. Ish..ish..ish..sengal sungguh. Perjalanan hanya 30 minit +/- (jalan lengang ke aku yang bawak kereta laju?). Lepas habis periksa, terus pecut ke Klang balik. Eh, tak balik rumah Banting ke? Huish, nak kena marah dengan Cikgu Besar? Beliau bagi kebenaran datang lewat pun kira okey tau..Perjalanan pulang tidak selancar perjalanan pergi. Ada sekatan jalan raya pulak. Duhhh... Akhirnya, aku sampai sekolah kira-kira jam 2 petang. Budak-budak semua dah masuk dewan. Hari ni tak belajar pun. Ada sambutan Hari Buku Sedunia. Sampai-sampai terus la naik pejabat, punch card. Lambat pun kena punch jugak. Sebab sistem tu macam jadi sengal tiba-tiba, aku terpaksa tekan sana sini, baru dia ok balik. Rugi 2 minit (sebab waktu mula-mula nak punch jam komputer tu tunjuk pukul 2).

Kali ni, tak kira. Nak membebel jugak. Kadang-kadang, kita tak perlulah terlalu berdedikasi sampai menyusahkan diri sendiri kan? Serius, minggu ni rasanya minggu paling menyesakkan otak. Tak kisah pun nak buat perkara yang kita tau boleh buat. Tapi, kena rancang dan timbang dulu kemungkinan yang bakal terjadi. Kesan pada diri sendiri dan orang lain. Positif? Negatif? Kena fikirkan tu. Ye, aku pernah cakap, kita bukan milik kita. Maksudnya, diri kita bukan hanya digunakan untuk memenuhi keperluan dan kesenangan diri. Kena ada imbangan la maksudnya. Utamakan yang utama. Marah ni..marah..

Kesannya, lepas balik sekolah tadi terus halakan kereta ke Giant. Serius, duduk sini banyak betul dugaan. Ko cakap je nak apa. Semua ada. Giant? Tesco? Jusco? KFC? Briyani King? Pizza Hut? sebut je. Cuma macam biasa la, no money no talk ok! Tapi kalaua nak bercakap jugak, kena la catu perbelanjaan harian. Maka, penuhlah shopping bag Giant aku dengan barang-barang dapur. Hari ni kan hari tanpa plastik bagi negeri Selangor? Tu yang aku siap-siap bawak shopping bag sendiri.

Ingat malam ni tak nak makan nasi dah. Tiba-tiba mak Suhana datang pulak. Macam biasa, mesti ada lauk-pauk beserta yang lain-lain. Jadi, ingatan tadi terus hilang. Ngeh..ngeh..ngeh.. Sambil makan, layan Knight Rider. Ini versi baru. Anak dia pulak yang jadi pemandu Kitt. Cerita ni memang layan dari zaman bapak Mike ni lagi. Versi lama ada ulang siar kat TV 2 dulu. Tak pasti pulak hari apa. Layaaaann... 3 Cerita zaman tok kadok yang aku boleh layan sampai muntah; Knight Rider, Airwolf, Mac Gyver. Layannnnnn...

Ni iklan versi bapak


Ni pulak iklan untuk versi anak

Untuk yang ni, belum keluar versi anak-beranak lagi..Okey jugak kan kalau keluar versi anak pulak. Confirm rongak lesson plan aku. Tapi bila dia dah tukar hero untuk Musim ke 4 tak silap, terus merudum mood nak tengok Airwolf (nampak benor la kan tengok bukan sebab jalan cerita..kah..kah..kah..). Err, nak buat permintaan, ada sesiapa sudi nak hadiahkan 3 set VCD Airwolf ni? Botak la kepala nak beli... Semua set tu dalam RM 300++. Murah Mahal ko..!

Ni lagi masyuk. Kira zaman cerita ni keluar, sangat hebat la Encik Mac Gyver ni sebab dia mengaplikasikan sains dalam kehidupan sehariannya. Ni semua cerita zaman kanak-kanak ni. Tengok, kanak-kanak menyerap maklumat dengan cepat dan menyimpannya dalam tempoh yang lama. Contohnya macam si Tukang Taip ni la. hehehe.. Aku ingat lagi, waktu tu semua orang dah kumpul depan tv nak tengok Encik MG ni beraksi. Tiba-tiba aku gatal tangan gi tekan apa ntah. Terus tak dapat dah channel yang siar Encik MG ni. Hahaha.. Habis mengamuk Abang aku yang nombor 2.

Sumber Gambar-gambar: Encik Google

Nota: Terima kasih banyak untuk kalian yang mendoakan pemergian aku pagi tadi. Mynn siap telefon. Harapnya, semua berjalan lancar. Jadi, setakat itulah saja bebelan Cik Kiah. Selamat malam...

Thursday, 22 April 2010

Ada Apa Dengan 8??

Tajuk tak boleh blah. Sebenarnya, kena tag dengan sahabat blogger yang baru kenal. Tergezut jugak la bila kena tag ni. Maklum la, selalu orang-orang yang dikenali dan terkenal je kena tag ni. Apape pun, jawab la jugak sebab sonang je pun. These are the rules:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Bila dah selongkar bagai, keluar la gambar ini..
....

.....

......


.....

......













.........









......











........






......



Taraaaa....!
Nilah gambar dari file Masak-masak aku. Nasib baik gambar ni jadi gambar yang ke-8. Sebenarnya dah tapis-tapis jugak gambar bertuah nombor 8 ni sebab kalau ikut susunan asal folder dalam My Pictures, gambar yang keluar agak-agak censored. Lepas susun balik, tonggang terbalik keluar la gambar ni.

Ini pizza pertama yang aku cuba buat. Al kisah gedik nak cuba A sampai Z buat sendiri, maka hasilnya mengecewakan si pembuat pizza walaupun rupanya boleh la tahan (kalau cakap nampak sedap kang, ada yang gelak guling-guling).

Waktu nak buat benda alah ni, tetiba aku jadi kurang bijak sebab mula buat pun lepas maghrib. Berpeluh eden buat sos, tumis daging untuk topping, caramelized the onion, hiris menatang untuk tabur atas tu, etc..etc.. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan Rachael Ray yang selalu buat kuah pasta dengan mudahnya walaupun realitinya agak leceh. Nak sonang, gi beli sos pasta Prego je. Boleh guna untuk masak pasta dan sos pizza sekali.

Nak tunggu doh naik menggebu, dah satu hal. Kena tunggu 1 jam tu. Aku ni ikut la segala arahan membuat doh sebab roti ni sangat-sangat sensitif. Silap sikit je, bantat la roti tu. Macam piza ni lerr. Tak tau silap kat mana, lepas 1 jam tak naik-naik jugak dohnya. Aku yang malas menanti, belasah je proceed to the next step. Nak-nak, waktu tu ada pulak marathon James Bond kat TV2. Berlari-lari la aku dari dapur ke depan tv. Apakah???Hahaha...sila jangan contohi sikap ini ye. Mungkin kerana inilah doh saya tak menjadi.

Apa yang penting, pizza ni masih boleh digigit dan dikunyah dan habis licin dan mendapat permintaan untuk pizza kedua. Hehehe... Eh, ada kes tau, doh pizza yang tak menjadi ni jadi keras macam batu. Langsung tak boleh nak gigit. Kira ok la pizza ni sebab boleh digigit walaupun tak selembut Pizza Hut atau Pizza Pah. Rasanya, cukup la tu kan. Asyik membebel je, kelabu mata pembaca blog ni. Mangsa seterusnya ialah...Siapa ye?? Dorang ni tak berapa nak rajin jawab soalan tag. Tapi aku nak tag jugak... Zaasssssss
  1. Kak Chik (mangsa wajib ni)
  2. Cik Nilam
  3. Cik Hijau
  4. Nisa' Chik
  5. Dyaz
  6. Faliqh
  7. Rinie
  8. Encik Syrup
Payah benor nak carik 8 orang ni. Selamat menjawab ye...

Macam-macam...

Beberapa hari Atas Nama Cinta terbiar sepi tanpa entri baru. Bukan tak ada cerita, banyak ceritanya. Cuma masa yang cemburu. Jadi hari ni macam ada cerita menarik untuk dikongsi. Sebenarnya, minggu ni sengal-sengal ubi sikit sebab dah masuk topik baru. Macam tak ada idea nak ajar apa kat budak-budak ni. Paling sakit kepala, memikirkan lesson plan untuk 3 Mutiara. Fuhh...menguji minda sungguh. Betul la, sekarang ni pergi mana-mana pun fikir lesson plan. Set induction nak buat macam mana, presentation nak bagi apa, practice nak buat apa, production nak suruh diorang main game ke? Closure pulak, nak selit info apa? Kerja rumah perlu ke tak. Serius, dok fikir benda alah ni je. Memang macam Kak Linda cakap la. Semuanya kena tip top. Budak-budak ni pulak, dok tanya bila aku nak masuk kelas diorang bila jumpa tengah jalan. Haish, korang ni tak boleh agak ke hari apa yang selalu teacher masuk? Dalam seminggu, aku akan masuk setiap kelas ni 2 kali. Mutiara; Isnin dan Selasa. Intan; Selasa dan Rabu. Delima; Khamis dan Jumaat.

Tadi, jumpa Pn. Ananthi. Bincang pasal jadual baru yang akan digunakan Isnin depan. Agak-agak tak seronok jugak jadual ni sebab kebanyakan masa BI lepas rehat. Budak-budak pun dah tak berapa nak fokus. Contohnya bila aku masuk 3 Intan hari Selasa. Waktu sebelum balik. 15 minit sebelum loceng diorang dah simpan buku. Pastu dok bising padahal baru siap 1 kerja. Aku kalau dah bising-bising ni senang je. Balik lambat la jawabnya....Hehehe... Berbalik pada perbincangan kami. Aku tanya la jugak macam mana nak buat dengan 3 Mutiara ni. Pn. Ananthi bagi la contoh aktiviti yang boleh buat dengan diorang ni. Nak buat yang advance sangat pun, nanti diorang tak faham. Baca pun ada yang tak boleh lagi. Takpe, pelan-pelan kayuh. Lepas tu, aku tanya la jugak kalau-kalau aktiviti yang aku rancang tu sesuai untuk budak-budak ni. Minta pendapat games yang aku boleh buat untuk diorang. Alhamdulillah, muncul la jugak idea dalam otak ni.

Sebut pasal games, budak-budak ni paling suka kalau ada games. Tu yang dok tanya bila aku masuk walhal teacher korang ni nak pecah kepala memikirkan games yang korang boleh faham dan dalam masa yang sama mencapai objektif pengajaran. Yang geramnya, bila bagi game, budak-budak ni tak buat seperti yang diarahkan sedangkan aku dah hilang suara menerangkan peraturan(yelah, semua dah excited nak main game, teacher dorang dok menjerit pun buat dono je). Setakat ni, baru buat satu game je untuk topik Animals and Pets. Idea ni dapat dari pelbagai sumber termasuk dari yang muncul dalam mimpi buku yang aku pinjam dari perpustakaan UNISEL tercinta. Jadi inilah gamenya. Sesiapa nak guna, silalah ye.


Riddle Time...!
Materials: Ballons, A4 paper, envelopes.
Language focus: Animals, food, everyday objects (or any other language and vocabulary)
Content: For example;
  • It's _____________
  • It lives in ____________
  • It's got _____________
  • It eats ____________
(Fill in the blanks with suitable terms.)
  1.  Prepare the clues and put them inside the balloon. Each group will get four balloons since there are four clues for one animal.
  2. Insert the balloons into an envelopes.
  3. Divides the pupils into a group of four (jangan cuba-cuba nak letak lebih dari 4 orang dalam 1 kumpulan kerana....lu pikir la sendiri)
  4. Appoint a leader and ask them to take materials needed.
  5. Each group will get an envelope and a piece of A4 paper.
  6. Pupils must blow the balloon until it popped to get the clue.
  7. Then, they are required to combine all the clues and write them on the A4 paper provided. Finally, write down the answer at the bottom of the clues. (If you have more time, you can ask them to draw the picture of the animal.)
  8. Later, each group need to tell their friends what animal they have.
  9. Pupils with correct answer win the game.
Keputusannya, cuma satu kumpulan yang menang sebab nak tahu apa diorang buat? Diorang bagi empat jawapan untuk satu teka-teki..! Maknanya, satu klu, satu haiwan. Patutnya 4 klu tu untuk satu jawapan. Hai, gugur rambut teacher. Penat aku menerangkan peraturan game ni. Siap bagi contoh lagi. Lepas ni, takde la tiup-tiup belon ye...



Cerita Lain...

Sesi soal jawab

Tengok, berebut nak salam pakcik singa ni..


Hari ni ada ceramah tentang alam sekitar dari walls. Maskot dia yang terkenal tu pun ada jugak. Siapa lagi kalau bukan Paddle Pop Lion. Bukan main berebut lagi budak-budak ni nak salam dengan dia. Waktu aku nak pergi solat tadi, tetiba ada pulak sorang budak ni (Darjah 1)mintak 20 sen kat aku sebab nak beli aiskrim. Apakah?? Ingat aku ni Paddle Pop Lion ke nak bagi baucar aiskrim percuma? Bila aku tanya kenapa nak beli aiskrim? Dia cakap panas, baru lepas PJ. Aku pun goreng la, cakap kat dia; "Lepas PJ mana boleh makan aiskrim. Badan tengah panas, nanti pengsan." Hahahaha.... Budak, budak.. Agaknya sebab aku relief kelas dia 2 kali haritu, tu yang dia ingat aku ni macam cikgu kelas dia. Tapi betul la kan, lepas senam tak boleh makan benda sejuk?


Masuk hari ni, dah 4 hari aku tak merasa Kopi Radix. Stok habis pulak... Celah mana aku nak carik PB kat sekitar Klang ni. Yang aku tau, kat Meru ada la stokis. Nak ke sana satu hal. Jadi, terpaksa la beli kat satu kedai kat Tesco ni yang ada jual macam-macam produk kesihatan. Dah namanya, beli kat kedai 'jual ubat'. Tak dapat la harga ahli + nilai mata. Takpe, asalkan dapat hirup Kopi Radix ni. Bila dah hari-hari minum, rasa lain je bila sehari tak minum. Tak percaya? Cuba la. Lebih sedap dari Nescafe tau. Yang malasnya bila dah keluar ni, bukan barang yang aku nak beli je dibeli. TERBELI sekali benda lain. Dah kata pergi Tesco. Kedai lain pun banyak kat bawah tu. Nasib baik tak melencong ke King's. (Psstt, King's tengah ada offer 20% untuk produk dia.) Waktu ni la nak menambah lemak. Kek yang harga RM5.50, bole dapat 2 hengget lebih je. Rasa tetap sama. Sampai hujung bulan ni je ye..

Sunday, 18 April 2010

Giveaway Kedai Islah

Entri keduaku tentang giveaway. Sila lihat gambar-gambar di bawah...
Cantik bukan? Ini adalah hadiah-hadiah untuk pemenang bertuah bagi Giveaway Kedai Islah. Kedai Islah menawarkan lebih banyak pilihan brooch dengan rekaan menarik untuk dipilih... Jadi, moh la jenguk Kedai Islah...

Create your own banner at mybannermaker.com!

Hantu Kek

Ada sesiapa tengok drama ni? Baru je habis tayang kat TV3. Kisah Alia(Yasmin Hani) yang obses dengan kek cawan(cupcake) sampaikan dia nak bakal suami dia nanti pandai buat kek. Sungguh dahsyat... Hari-hari mesti nak kena makan kek cawan ni. Pada masa yang sama, Anuar(Pirre Andre) admire Alia ni. Yang kejinya, boleh pulak dia tipu Alia. Khairi(Ako Mustapha) anak kepada jiran lama Alia pun berkenan kat Alia bila diorang terjumpa kat kedai kek sebab dia pun hantu kek. Dia hantu yang bukan hanya pandai makan, tapi pandai buat sekali. Kisah keji bermula bila Anuar disuruh buat cupcake sebagai tanda minta maaf kerana memfitnah Alia. Satu hari, Khairi ni nak hantar cupcake pada Alia. Kebetulan, tengah jalan dia jumpa dengan Anuar. Anuar ni boleh pulak 'goreng'Khairi untuk ambik cuppies tu dimana akhirnya Anuar mengaku kat Alia, dia yang buat cupcake tu. Tengok, keji kan?? Akhirnya, kisah keji tu terbongkar bila Alia dengar Anuar dengan Marina buat pakatan jahat kat pantri. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Moral of the story, korang tak payah la menipu ni ye. Dah terbongkar karang tak tahu nak letak muka kat mana. Lagipun, berdosa menipu ni.

Bila aku tengok iklan drama ni mula-mula, tergelak sendiri. Macam aku jerk. Gila cupcake. Tapi idok la sampai jadi makanan ruji macam si Alia ni. Hari-hari nasik gak aku carik. Bukan apa, geram tengok corak yang cute atas kek tu. (wish a set of cute cuppies for my birthday..) Setakat ni, idok la aku gila beli cuppies untuk makan sendiri kan sebab aku tak suka cuppies yang ready made ni. Aku lebih suka melompat dari blog ke blog untuk cari pembuat cupcake yang murah tapi berbaloi dan sedap serta paling penting dekat dengan tempat tinggal (ayat skema pulak). 

Setakat ni, aku selalu tempah kat Kak Ana dengan Kak Zeha. Sonang je. Pergi blog diorang, tengok harga, email tempahan. Sampai waktu, pergi ambik. Baru-baru ni ada jugak tempah dengan Kak Zeha. Mintak dia hantar ke sekolah sebab nak kejar masa ke UNISEL lepas sekolah. Tapi tak boleh nak tengok design sebab Kak Zeha dah balut dengan reben bagai. Mintak mahap la ye I****. Shah cakap kamu tertanya-tanya kenapa akak bagi cenggitu rupa. Ni pakatan bersama Shah yang secara tak sengaja menjadi nyata (Shah, aku tunggu gambo cuppies tu, Kak Zeha tak letak lak dalam blog dia). Hahaha...takde niat apa pun. Nak bagi sama rata je sebab semua MT diraikan hari lahirnya dengan kek. Ini adalah antara cuppies yang aku pernah order.

Ni untuk makan-makan dengan adik-adik usrah sem lepas...mix flavor cupcakes dengan tema smiley + rainbow..

Ni sebab mengidam nak makan...Oreo cupcake dengan tema Sesame Street...Sebab banyak, tak boleh la aku habiskan sorang..Jadi bawak la ke meeting pimpinan..

Ni first time order untuk birthday Fatimah...girlish theme with mix flavor cupcake;vanila n chocolate...Puas makan langsat dengan Kak Chik sebelum jumpa rumah Kak Zeha..hahaha..


Yang ni untuk Ain pulak..temanya English roses dengan rasa kek carrot walnut..

Friday, 16 April 2010

Sendiri..

Salam pertemuan... Takde kerja? Owh, sila jangan tertipu. Aku je yang buat-buat macam kerja dah habis. Hehehe... Kekenyangan lepas makan cucur sardin. Dari kat sekolah tadi perut kreuk...kreuk..kreuk.. Al kisahnya, lepas habis kelas 3 Delima, lepak-lepak dulu dalam bilik guru mengisi lesson plan yang rongak sebab buku ringkasan nak kena hantar. Jadi, bila rehat tahap 2, aku ajak la Cik Mira gi kantin. Laparnya... Pagi tadi isi biskut dengan Kopi Radix je. Menu best hari ni. Aku pun senduk la bihun goreng singapore bertemankan seketul begedil. Baru je nak suap, N6850 menjerit. Alamak, Pn. Che Da(Penyelia Petang). Bla..bla..bla...sok..sek..sok..sek... kena relief kelas Moral 1 Nilam/Delima. Kelam kabut la jadinya sebab kelas mula pukul 4. Waktu tu pun dah pukul 4. Tapau je la makanan yang dalam pinggan tu. Jadi, sampai balik la perut tak berisi.

Tengah syok-syok buat lesson plan untuk next week, terbayang-bayang cucur sardin yang nampak dalam blog Kak Pnut haritu. Terus terfikir-fikir. Syok jugak kalau buat malam ni. Tapi masih was-was. Cerita kedua. Dah elok melepak depan tv lepas balik sekolah, terasa sangat nak buat cucur ni. Semua bahan ada. Tapi tiba-tiba teringat yang garam tak ada la pulak. Apa kes masak tak letak garam?? Keluar la jugak gi carik garam. Memang takde kerja gamaknya keluar rumah semata-mata nak cari garam yang berharga 70 sen tu. Kedai bukannya dekat. Ah, demi cucur sardin. Hahaha...sanggup seh.. Malangnya kurang umph.. Kurang cili, kurang bawang, kurang sardin, kurang garam, dan kurang sayur. Cucur ulam (abah suka buat cucur letak ulam-ulaman yang tumbuh subur belakang rumah) abah lagi sedap.

Oh ye, sebagai blog walker dan blog reader tegar, aku banyak jengah blog yang buat cabutan bertuah untuk pembacanya. Hari tu ada jugak nak cuba cabutan bertuah blog Kak Min LG. Hadiah dia best tu...! Cupcake stand dengan cake stand. Seronoknya kalau dapat. Malangnya, tak ada rezeki. Nombor bertuah yang disenaraikan telah menjadi milik orang. Jadi, aku pun terfikir jugak nak buat macam tu. Ok tak?? Kalau ok, korang nak hadiah apa?? Ngeh..ngeh..ngeh..

Lagi satu, kalau korang perasan, aku dah tambah pet(mentang-mentang la baru je ajar topik animals and pet kat budak-budak ni) dalam ni. Tuan tanah memang suka tambah je. Tapi tak suka bela. Hahaha..apakah?? Takpe, aku tau ada hamba Allah yang suka tolong tuan tanah jaga pet dia. Tolong bagi mereka makan ye. Comel pulak tengok penguin dengan kura-kura tu bila ke blog orang lain.

Thursday, 15 April 2010

SukmaOn9Shop 1st year GIVEAWAY

Ini kali pertama sebenarnya menyertai pertandingan sebegini sejak menjadi seorang blogger. Entah, selalunya cuma keinginan yang membuak-buak tapi kali ini disertai dengan kemampuan aku untuk menulis tentangnya(mungkin ada rezeki untuk menang,siapa tahu kalau tak cuba kan?). Kebelakangan ini, aku sibuk juga mencari tudung ala Ariani yang cuma sarung je bila nak dipakai tu. Tapi bila melihatkan harganya yang agak mahal dari tudung-tudung yang berada dalam koleksi, aku cuma tengok saja. Tudung pertama dari jenis ini yang ku beli adalah tika mahu ke TESL Night tempoh hari. Tudung jenis ini mempunyai saiz dan saiz yang ku mahukan(L @ XL) memang agak payah ditemui. Bila bertanya pada Kak Ain tempoh hari, dia bercerita serba sedikit tentang tudung jenis ini. Katanya, tudung yang diperbuat dari lycra adalah yang paling baik kerana sifatnya yang tidak melekat di badan dan tidak terlalu lembut.

Jadi, aku yang suka membeli-belah melalui internet terus saja cuba mencari kedai online yang menawarkan pilihan tudung dengan ciri-ciri yang dikehendaki sehinggalah akhirnya ketemu dengan SukmaOn9Shop ini, yang menawarkan produk dari lycra dengan harga yang menarik. Tertarik melihat pilihan corak dan warna yang ada, juga saiznya yang labuh(melihat yang dipakai oleh pemilik kedai) hingga menutupi dada. Tahniah kepada pemilik kedai yang kini sudah pun mempunyai laman web rasmi untuk perniagaan ini. Yang lebih menarik lagi, kemunculan semula SukmaOn9Shop disertakan sekali dengan lebih banyak pilihan corak dan warna yang menarik serta 4 pilihan rekaan(An-Nurul Printed Exclusive, An-Nurul Plain awning Thai Silk Exclusive, An-Nurul Plain Exclusive, An-Nurul Diamond Exclusive) membuatkan pembeli mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih hanya di satu tempat.

Sesuatu yang baru muncul, sudah pasti perlukan banyak penelitian dan usaha untuk menjadikannya terbaik dan menarik. Bagi pelanggan baru, mungkin memerlukan lebih banyak info tentang sesuatu yang ingin dibeli seperti saiz bagi setiap jenis tudung yang ada lebih-lebih lagi barang tersebut hanya boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan dibelek seperti di kedai biasa. Sebagai pelanggan maya, apa yang paling penting untuk berurusan di alam siber ini tentulah amanah dan jujur serta perlu diperlihatkan kedua-dua sifat ini. Rasanya, proses pembelian yang tertera di blog sebelum ini perlu diletakkan di laman web bagi memudahkan pelanggan baru kerana selalunya pelanggan akan melihat dulu cara pengurusan kedai online ini barulah mereka yakin untuk berurusan. Bagiku, do not judge a book by its cover but, there's no second chance for the first impression.

Rasanya, inilah saja kemampuan yang ada untuk keinginan yang muncul. Mudah-mudahan kali ini ada rezeki untukku. Teringat kata-kata seorang muridku tempoh hari yang menjawab runugutan kawannya bila disuruh melukis dengan berkata; "Belum cuba, belum tahu..." Semoga percubaan ini membawa khabar gembira... www.SukmaOn9Shop.com

Sunday, 11 April 2010

Sejuk Hati Bila....

Agak lama tidak menjengah ke laman 1 Bulan 1 Adab. Pertama kali mengetahui tentang ini adalah melalui Kak Chik. Bagiku, ini adalah satu usaha untuk menerapkan kembali nilai-nilai murni yang semakin terhakis pada diri masyarakat kini.



Bagiku, dengan hanya satu perkataan saja; TOLONG, sudah cukup membuatkan diri rasa dihargai. Kadang-kadang, kita tak mampu untuk melakukan semuanya sendiri dan sudah tentu memerlukan pertolongan dari orang lain. Pertolongan itu pula mungkin diminta saat kita sedang sibuk dengan perkara lain atau sedang enak bersantai setelah penat menyelesaikan sesuatu tanggungjawab. Dalam konteks organisasi, acapkali pihak yang menduduki hierarki lebih tinggi menyerahkan tugasan pada anak-anak buahnya dan kadang-kadang terlupa mahu menggunakan perkataan keramat ini kerana memikirkan itu hanyalah penyedap ayat. Ye, kalau diikutkan memanglah itu sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab ahli. Tapi perlu diingat, mereka juga ada tugas lain yang lebih utama. Masa yang ada perlu dibahagi sama rata. Bukankah sejuk hati mereka bila diucapkan "Tolong" pada arahan yang diberikan?

Satu lagi, bila mahu meminta sesuatu dari orang lain. Silalah belajar untuk menggunakan perkataan ini. Aku selalu saja menerima pesanan ringkas daripada kawan-kawan yang mahukan sesuatu maklumat tanpa perkataan TOLONG. Maaf kerana mesej anda tidak akan dilayan sama sekali...! Ini caraku... Anda bagaimana? Kak Chik, Ifdal, dan Aini, anda telah ditag...

Thursday, 8 April 2010

Imbasan Muktamar Thanawi i Rakan Kali Ke-2

Alhamdulillah, setelah beberapa kali ditangguhkan dek kerana rintangan yang tidak dapat dielakkan, i Rakan berjaya mengadakan Muktamar Thanawi Kali Ke-2 semalam, 8 April 2010. Alhamdulillah juga, aku sempat sampai di sana sebelum majlis bermula. Seharusnya, bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Sahabat dan sahabiah yang hadir pasti faham. Seorang sahabat lama yang diharapkan hadir juga tidak dapat hadir. Aku awal-awal sudah memberitahunya melalui YM kerana memang dia berpesan agar memberi makluman tentang majlis yang satu ini. Rupanya ramai yang berhasrat mahu ketemu dengannya. Mungkin dia terlupa tarikhnya. Tak mengapalah, segala yang terjadi ada hikmahnya.

Mungkin kerana ini adalah yang kedua kali, maka susunan dan perjalanan program lebih teratur dibandingkan dengan yang terdahulu. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat. Kekurangan yang terselit di celah-celah kesempurnaan, hanya kita saja yang tahu. Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah lebih hebat lagi... Ketika membuka buku laporan yang disediakan, terkejut juga melihatkan ucapan dasar Encik Presiden yang begitu panjang. Panjang dan berisi. Mudah-mudahan apa yang diperkatakan boleh direalisasikan dan dipraktikkan. Izinkan saya untuk memetik beberapa perenggan daripada keseluruhan perenggan yang ada ye. Semoga mendapat manfaat bersama....

Dan jadikan Islam itu sebagai cara hidup kita. "Islam is the way of life". Bersiap sedialah dengan pelbagai ujian yang akan datang darisegenap sudut perjalanan perjuangan sehingga ke hari kiamat. Marilah kita mengikhlaskan niat dan amal perbuatan kita semata-mata kerana Allah, untuk melaksanakan tugas dan amanah yang amat berat di muka bumi ini. Perjuangan kita tidak terhenti di kampus sahaja kerana cabaran luar lebih getir untuk kita. Dan wadah yang kita lalui sekarang ini hanyalah medan mendidik kita bagaimana yang kita akan jadi kelak. Kampus merupakan kilang melahirkan produk yang profesional dan serba boleh. Senjata utama yang kita ada sebagai mahasiswa yang ditakuti musuh hanya dua iaitu keberanian dan keintelektualan. Inilah yang digeruni musuh kelahiran pejuang kampus.
Walau apa juga yang dihadapkan pada kita, Islam tetap pilihan utama dan perlu diletakkan di tempat yang paling atas. Selagi ada masa, persiapkan diri dan kukuhkan ilmu sebelum pergi ke lapangan. Teori bukanlah susah tapi jangan menjangkakan keadaan di lapangan itu semudah teori. Ingat, jemaah hanyalah platform untuk kita bergerak tapi matlamatnya tetap satu; Islam. Jangan kerana cara berbeza, kita bermasam muka dan mula berpecah. Apa yang diperkatakan Saudara Haez, "Berjuang bererti mencari Tuhan.." perlu diteliti. Buka minda untuk menafsir sebaris ayat itu.

Asas pembentukan sesebuah persatuan Islam adalah tarbiyyah. Tarbiyah merupakan satu pelaksanaan dalam pembentukan ahli persatuan Islam, dan biarlah rekacipta penyusunan itu bersesuaian dengan waqi'e (keadaan) masing-masing. Ia umpama legend bagi seorang pengembara dalam menuju matlamat destinasi. Begitu juga kita dalam mencapai matlamat daulah islamiyyah berjuang bersama pejuang-pejuang dunia dalam mengembalikan apa yang terlepas di era Turki Uthmaniyah. Perancangan perlulah sesuai dengan semasa kerana setiap tempat adalah berbeza geografinya. Yang diutamakan adalah pelaksanaan. Bagaimana kita melaksanakan dengan istiqomah, husnuzzon (bersangka baik) dan pelaksanaan itu lebih baik dari sebelumnya.
Tidak dinafikan, untuk membina sebuah bangunan yang kukuh, asasnya perlu utuh dan mantap. Begitu juga dengan pembentukan sesebuah gerakan. Tarbiyyah pada diri amat penting. Kalau pun bukan untuk pembentukan gerakan, kita masih perlu mentarbiyyah diri sendiri untuk menambah kualiti diri sebagai seorang hamba Allah. Tarbiyyah perlu berterusan meskipun jauh dari kelompok gerakan dan pelaksanaannya amat perlu diberi perhatian. Bukan mudah untuk istiqomah kerana setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan iman tidak sentiasa berada di 'paras selamat'.

Kampus adalah titik mula medan tarbiyyah sebagai bekalan diluar. Pemimpin wajib memimpin persatuan Islam mengatur, mengurus, dan melaksana tarbiyah agar dapat membekalkan produk yang berkualiti kepada masyarakat kelak. Dan ahli wajib mengikuti segala yang dirancang oleh pimpinan. Usrah perlu dicatur dengan sistematik dan pengisiannya perlulah tersusun. Muqayyam dan kem perlu hikmah agar ukhuwwah, pengorbanan, dan daya tahan menguatkan lagi mental dan fizikal ahli. Ceramah umum, kuliah-kuliah perlu diadakan dan diikuti sebagai tambahan ilmu. Rehlah, kursus motivasi dan kepimpinan, mendaki, khidmat masyarakat, ziarah kampus lain itu akan membuka minda ahli Persatuan Islam. Berorganisasi, merancang program, dan pilihanraya pula merupakan medan siasah yang akan menajamkan lagi akal fikiran kita menjadi pemimpin yang bijaksana. Jangan dilupakan qiamullail, iftar, solat berjemaah, zikir ma'thurat, solat-solat sunat, tadarus Al-quran, ziarah hospital dan kubur serta muhasabah diri. Itu semua menguatkan roh kita kepada Allah.
Bagiku, usrah adalah tempat permulaan segalanya. Dalam usrah, kita akan didedahkan kepada pelbagai ilmu dan kemahiran sekaligus melatih diri menjadi lebih yakin dan berketerampilan. Sahabat sahabiah sekalian, ambil semua peluang yang datang sementara masih ada masa ketika di alam kampus. Jangan berkira untuk melakukan pengorbanan kerana apa yang dikorbankan itu walaupun sedikit dan kecil tapi hakikatnya itulah kunci kejayaan. Mungkin, pada permulaan, ada yang rasa terpaksa atau tidak biasa. Tapi percayalah, bila kita berfikir hasilnya yang positif, perlahan-lahan kita akan menerima perubahan baru itu. Jangan cepat menghakimi sebelum memahami. Tak kenal, taaruf dulu. Kemudian baru datangnya cinta. Satu pepatah Inggeris yang kerap singgah di telinga kebelakangan ini patut diguna pakai iaitu; don't judge a book before finish reading it. Alah bisa, tegal biasa. Sesuatu yang dilatih untuk dijadikan tabiat akan menjadi habitat pada pengakhirannya. Maknanya, kebiasaan yang sudah sebati dengan diri dan jiwa kita tak mungkin lagi dapat dipisahkan.

Ancaman terbesar bukanlah ancaman daripada pihak luar. Tetapi ancaman yang terbesar adalah ancaman diri kita sendiri iaitu ketiadaan kepercayaan, akal fikiran, kesungguhan, pengorbanan, husnuzzon, pengurusan masa, dan kemalasan sebagai mahasiswa.... Jauhkanlah daripada bercinta tanpa ikatan kerana ia akan hanya menghilangkan keberkatan kita dalam membawa Islam.
Ye, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Justeru, perlu pandai mendidik diri. Kadang-kadang, perlu juga kritikan dan hentaman dari orang lain supaya kita tahu kelemahan diri dan boleh perbaikinya. Terima kritikan dengan minda dan hati terbuka. InsyaAllah, jalan menuju kesempurnaan dan berjuang untuk Tuhan dipermudahkan. Firman Allah: “sesungguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong (agamanya).Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Sedikit perkongsian tentang ucapan dasar mantan Presiden dan ulasan dariku sendiri yang mudah-mudahan akan dapat mendidik aku dan kalian yang membacanya. Aku menulis untuk peringatan sendiri dulu kerana mata pertama yang menatap hasil tulisan ini adalah penulisnya. Aku juga masih cetek ilmu dan pengalaman tapi apa yang ada harus dikongsikan dulu. Wallahua'alam...

Monday, 5 April 2010

Budak-budak...

Lama tak berceloteh di sini. 'Di sana' juga tiada apa-apa untuk dibaca. Entah, mood untuk menulis semakin surut. Setakat ini, aku hanya memenuhkan senarai tajuk untuk entri di sini dan di sana. Bila nak mengarang, tak tau la.... Hehehe... tapi hari ni nak celoteh sikit. Sila baca tajuk di atas dengan nada yang tersendiri (mendatar, menaik, mahupun menurun). Aku tak ada pengalaman dengan budak-budak sangat. Maklum la, tengok budak pun takut. Hahaha..Apakah? Bukan la takut ape pun, cuma tak reti nak melayan. Tapi sekarang, hari-hari mengadap budak-budak. Yang baik dan muka tak bersalah tu, ada. Yang memang tak boleh nak kawtim langsung pun ada jugak. Haish... sabar...sabar... Bila ada kawan-kawan bertanya keadaan mereka, aku ada juga bercerita sedikit sebanyak. Kemudian, akan kedengaranlah dialog ini; "Budak-budak... biasalah tu..." Untuk makluman semua, tanggapan ini adalah tanggapan yang AMAT SALAH. Adakah kerana mereka budak-budak, maka kelakuan mereka harus dibiarkan?

Ada satu pepatah melayu yang berbunyi; Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Manusia juga seperti buluh. Perlu dilentur seawal usia. Kenapa? Kerana kanak-kanak paling peka dengan apa jua yang diberi kepada mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka cenderung meniru dan mengikut apa jua input yang diterima tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara. Kalau sedari kecil mereka tidak diajar menghormati, bagaimana mereka mahu menghormati bila mereka dewasa kelak? Bila kanak-kanak tidak dilatih untuk bersopan santun dan berbudi bahasa, adakah mereka tahu berbahasa di kemudian hari? Ye, aku bukan seorang ibu yang sudah punya 3 anak. Aku hanya menulis berdasarkan pemerhatian dan pembacaan. Pembacaan dari blog ibu-ibu dan juga memerhati keadaan sekeliling.


Minggu lepas, tika sedang bersantai dan mencari rancangan yang menarik perhatian, aku tertekan saluran NTV7. Rancangan realiti yang agak menarik perhatian. Nanny 911. Pertama kali menontonnya, aku sudah menjangka rancangan ini bakal menjadi rancangan wajib untuk ditonton setiap minggu. Mendidik anak-anak bukan sesuatu yang mudah. Malah, lebih mencabar dan sukar jalannya. Hukuman dan jeritan bukan cara terbaik. Tapi, melalui psikologi. Mendidik anak-anak seharusnya bermula sedari dalam kandungan lagi. Biasakan mereka dengan alunan ayat Al-Quran dan zikir.

Kemudian, anak-anak perlu diisi dengan pengisian rohani dan dibina kekuatan mentalnya seawal usia 5 hingga 7 tahun kerana pada umur ini, otak mereka berkembang pesat dan apa jua yang diterima bakal dicerna dan dihadam dengan sempurna. Latih anak-anak dengan segala kemahiran yang diperlukan. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar, dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan.

Anak-anak zaman sekarang, bukan seperti zaman kita dulu. Zaman budak-budak yang dilahirkan pada tahun 80-an kebelakang berbeza dengan mereka yang lahir pada tahun 90-an ke depan. Semuanya makin canggih dan mahu cepat saja. Cara asuhan dan didikan pun mahu cepat saja. Dulu, mana ada mak ayah yang datang mengadu dan mengamuk di sekolah kerana anaknya dirotan atau didenda. Lagi kena marah bila balik rumah ada la. Kenapa? Kerana mereka faham, cikgu-cikgu bukan sengaja menghukum tanpa sebab. Tidak seperti sekarang. Tidak boleh diusik langsung. Aku pun pernah jugak kena rotan waktu sekolah rendah dulu. Ingat sampai sekarang... Guru besar lagi yang rotan. Sape suruh main kejar-kejar dalam kelas? Kan dah kena... Nak-nak, kelas aku betul-betul sebelah pejabat sekolah. Hambik... guru besar yang rotan..!Hahaha... Rentetan dari peristiwa tu, cikgu kelas pun bagi lagi sekali. Sebab dia dah pesan banyak kali, tak boleh main dalam kelas. Hehehe.. Kenangan tu. Balik rumah kena bebel lagi dengan mak. Dah memang kita salah kan? Terima je la. Tapi, lepas kena tu, dah ingat dan tak buat lagi. Insaf...

Kesimpulannya, mendidik anak-anak bukan satu kerja yang mudah. Jadi, ibu bapa, sila prihatin terhadap anak-anak anda. Didik mereka sebaiknya kerana usia muda mereka hanya sekali dan pada usia itulah mereka paling berharga. Teringat kata-kata ustazah Engku Zarihan dulu; "Orang yang paling disukai Allah adalah remaja yang baik akhlaknya.." Banyak kupasan dan ulasan yang boleh difikirkan dari sebaris ayat ini. Fikirkanlah..

Nota: Kalau ada masa, cuba la tonton Nanny 911. Memang boleh dapat banyak pengajaran dan keinsafan. Boleh muhasabah balik diri sendiri. Macam ni rupanya mak ayah kita dulu susah nak disiplinkan kita.