Engagement Fund ;)

Wednesday, 26 May 2010

Bila Kali Terakhir?

Malam tadi tak berapa lena tidur. Asyik batuk je. Hidung pun dah mula la nak tersumbat sana sini ditambah dengan sakit tekak lagi. Owh, sungguh tidak keruan. Nak telan air liur pun sakit. Sakit tekak dari hari Ahad. Tapi masih boleh bertahan. Jadi, aku biarkan saja. Minggu lepas, baru je kena migrain. Dah lama jugak tak datang, tiba-tiba pulak. Baru nak pulih balik, penyakit lain pulak datang. Dugaan....

Tadi memang tak boleh tahan. Kat sekolah pun macam tak betul je. Sakit kepala woo.. Dengan hidung berair. Tekak perit gila lagi-lagi lepas keluar dari 3 Mutiara. Tak boleh tak menjerit ok bila masuk situ. Jadi, lepas balik sekolah, terus je cari klinik. Tak tau nak pergi klinik mana. Dulu masa kecik-kecik rasanya kalau kami adik-beradik sakit, Abah bawak ke Klinik Dr. Halimah kat Andalas. Jadi, tadi cuba juga cari klinik tu. Ada lagi, tapi tutup pulak. Pusing punya pusing, nampak Klinik Nor Azian. Belasah je masuk klinik tu. Tempat dia kira eksklusif jugak. Dah daftar semua, duduk la tunggu giliran. Sementara tunggu, belek-belek majalah. Tiba-tiba terlintas sesuatu di otak. Dengan tempat yang macam ni, agak-agak berapa la dia caj ye? Cuak kejap... Takut tak cukup duit. Pergi sekolah mana boleh bawak duit banyak-banyak. Nanti waktu nak bayar makan kat kantin, orang kantin mengadu kat cikgu disiplin sebab bawak duit besar.. Eh, tak..tak...itu budak sekolah la.Apa ko mengarut ni? Hahaha... Ye la, dulu pergi klinik kampus je. Tak pun pergi Klinik Kuben dengan Abah atau Mak. Itu pun tak ingat dah bila kali terakhir. Tak perlu risau. Sekarang? Ermmm... Tapi aku pasrah je. Nak sedapkan hati, aku cakap kat diri sendiri; 'Alah, paling mahal pun dia caj RM 50.' Lega kejap...Hehehe...

Masuk dalam bilik rawatan, doktor perempuan yang sempoi tersenyum menyambut kedatangan aku. Kenapa sempoi? Selalu kalau gi klinik semua doktor yang aku jumpa mesti pakai baju doktor yang putih tu. Tapi yang ni tak. Periksa tekanan darah. Tengok tekak. etc...etc.. Ok, siap..! Semua sekali RM 35. Fuhh.. nasib baik. Dapat la ubat batuk, antibiotik, ubat selesema, dengan ubat sakit tekak. Kira ok la caj dia tu. Pertama kali pergi klinik yang letak kata-kata nasihat kat label ubat. Maksud hadis sebenarnya. Berbunyi; " Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa."


Dah lama tak minum ubat batuk klinik, rasa tak sedap pulak. Selalu minum Madulia atau Cap Ibu dan Anak je kalau batuk. Sekarang ni mata dah kelabu je. Penangan ubat selesema la ni... Sebelum cari bantal, layan gambar makanan buang tebiat aku malam semalam...hehehe...

Baked dory fish with mashed potato and broccoli...(resepi belasah..malas nak Google)

Tuesday, 25 May 2010

Selamat Pengantin Baru...

Ini cerita hari Sabtu. Seorang lagi sepupuku, Abang Mohsein menamatkan zaman bujangnya pada hari tersebut dengan hanya sekali lafaz. Rasa macam ada banyak nak cerita. Tapi tak tertaip pulak. Jadi, tengok gambar dulu ye...
 Ni sebelum nikah..sempat lagi bergelak ketawa..memang sempoi..

Penyerahan mas kahwin..banyaaaakkk..

Hantaran dari kedua belah pihak..

Hujung minggu ni, kenduri belah lelaki pulak. Jadi, aku telah ditempah oleh Wak Yah untuk memberi khidmat di rumahnya. InsyaAllah, kali ini boleh sinoman sesungguh hati..eceh...Waktu Abang Izan dulu, tak pergi langsung kenduri dua-dua pihak. Sebab waktu tu aku pergi Pangkor. Kali ni jadual dah dikosongkan...Tunggu..


Rojak Manis...

Assalamualaikum.... dah seminggu rupanya rumah kena tinggal. Ada pulak orang komen cakap blog tak update. Hehehe...mana la tahu kome suka jengah blog teman. Ok, ni kira marathon update la ni. Lepas ni tak janji bila boleh update lagi. Baca la sampai muntah. Hahaha...

Minggu lepas, kira tak berapa nak sibuk mengajar. Dapat masuk berapa kelas je pun sebab cikgu-cikgu ada latihan untuk persembahan hari guru. Semua cikgu kena terlibat termasuk la kami. Persembahan apa pulak ni?? Biasa la, hari guru. Hari untuk cikgu-cikgu. Cikgu petang, BERBORIA. Boria ok... Segan jugak nak tunjuk muka atas pentas tu. Tapi, takpelah. Mungkin ini yang pertama dan terakhir, mungkin juga ini langkah pertama. Ada yang menyanyi, ada yang menari. Memandangkan aku termasuk dalam kategori muda, kena la menari kan. Cuma langkah asas saja sementelah kami semua pun bukan pakar tarian.

Ni kumpulan penyanyi..

Ni pasukan penari

Orang duduk hujung memang macam ni, terkial-kial ikut langkah orang lain...kahkahkah..


Waktu latihan, memang seronok. Hari-hari keluar peluh dan secara tak langsung inilah aktiviti senaman aku untuk sepanjang minggu lepas. Masa latihan ni, langkah sumbang. Aku dok ikut Kak Kamelia je memandangkan dia berdiri sebelah aku. Selalu, langkah kami la yang lain dari yang lain. Hahaha...Belasah la, baru latihan je pun. Kemudian, pada hari kejadian iaitu Jumaat 21 Mei, kami tergugat tengok persembahan cikgu pagi yang mempersembahkan dikir barat. Kira mendapat sambutan hangat la (sebab budak-budak semua ikut nyanyi sekali). Berdebar la ni kan... Depan guru besar ni... AJK PIBG lagi. Tapi, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun tiada iringan nyanyian dari murid-murid. Ye la, liriknya Kak Linda dengan Mira yang reka. Memang la tak boleh nak ikut. Waktu kejadian sebenar, tak ada perasaan pun bila dah ada atas pentas. Perasan tenang la konon. Tapi semua orang enjoy. Langkah tiada yang sumbang. Tempo pun tak lari. Alhamdulillah... Hari ini dalam sejarah, berboria sambil berjubah. Keh..keh..keh...

Nampak, kami pegang pom-pom lagi...yang anda tak nampak, cikgu-cikgu lelaki yang sporting jadi pom-pom boy kat belakang tu...hehe..

Riak kelegaan di wajah kami..eceh..

Sebenarnya, sebelum acara formal ni, ada sukaneka. Tak dan la nak ambik gambar. Masing-masing sibuk nak bersukan. Masing-masing sibuk nak fikir strategi terbaik untuk menjatuhkan kesemua tin dengan sebiji kelapa yang dibekalkan. Sekian la saja cerita hari guru. Hadiah?? Ada... Banyak dapat bunga, perhiasan meja, lilin wangi, etc..etc.. Malaslah nak tunjuk kat sini. Nanti ada yang kata poyo pulak. Terima kasih pada mereka yang telah memberi pada saya...

Cerita Kelakar di Petang Jumaat
Alkisah ni berlaku pada petang Jumaat. Baru je ingat nak lelap mata kejap sebelum mula basuh baju yang dah direndam. Penat tahap gaban sebab malamnya tak tidur gara-gara menyiapkan kerja yang tertunggak. Tiba-tiba N6085 menjerit pulak. Selalunya, aku biar je dia berhenti berdering. Tapi entah kenapa rajin pulak aku nak seluk dalam beg dan jawab panggilan tu. Bila tengok nama pemanggil, tergezut kejap. Ifdal yang terkejut sebab nak buat kejutan kat aku!! Hahahaha...tu la, lain kali kalau nak jumpa cakap awal-awal. Ni tiba-tiba dah terpacak depan sekolah. Kan terkejut sebab sekolah tak ada orang. Memang la, semua datang pagi. Petang rehat la... Ajak keluar pulak... Malas betul nak keluar. Tapi, tak apalah, dah lama pun tak jumpa. Boleh la gosip-gosip. Hahaha... Gosip la sangat. Perkara yang tidak dirancang, selalu saja datang tanpa diundang. Gitu-gini, setengah jam kemudian baru keluar rumah. Lepak JJ Bukit Tinggi. Sungguh seronok sebab tak ramai orang... Sebab kami tiada perancangan yang terancang, maka melepaklah kami menambah lemak di Big Apple. Ni semua idea Ifdal ni. Owh, ada lagi seorang yang turut serta, Shah. Kat Big Apple pun tak ramai orang. Jadi kami mengambail masa yang agak lama ketika memilih donat yang mahu di makan. Inilah hasilnya...

Ni donat kami...dari kiri ke kiri; Duren-Duren, Duren-Duren lagi, Californian Almond, Say Cheese, Tom & Cherry, Ponie Express

Puas hati la. Inti dalam Duren-duren memang macam durian asli. Lepas ni beli Duren-duren je. Jom, sape nak ikut lepak?? Kita makan ramai-ramai, tapi bayar sorang-sorang la ye...Hahaha...Banyak la jugak kami borak. Macam dah lama betul tinggalkan UNISEL ek..hehehe... Waktu balik, Ifdal hantar Shah balik. Rupanya, kami berjiran. Ceh, poyo je ko ni Shah..Baik la suruh Ifdal ambik je kan tadi. Selang 1 lorong je rupanya rumah pakcik dia. Tergelak-gelak si Ifdal ni...
Antara yang aku suka bila berjumpa adalah kami berbincang. Walaupun santai, tapi ada juga terselit sedikit ilmu dan nasihat. Selalunya, perbualan kami akan menjurus kepada yang serius dan berat. Aku ada tanya soalan cepucemas yang ditanyakan pada aku suatu waktu dulu. Suatu waktu dulu? Baru-baru ni jugak la... Antara nasihat yang diberi, "Akak tengok dalam persatuan. Siapa yang paling akak respect dari segi ilmunya? Kalau boleh, akak cari yang ilmunya lagi tinggi dari orang tu. Akak kena ingat, akak nak cari orang yang boleh bimbing akak, bukan akak bimbing dia. Syaitan ni bijak. Permainan dia halus sampai kadang-kadang kita terleka." OK, soalannya, APAKAH TOPIK PERBINCANGAN KAMI BERDASARKAN NASIHAT YANG DIBERI OLEH BELIAU?? Siapa dapat jawab, aku bagi setengah dozen cupcakes dengan buttercream icing.

Nasihat lain... Ini kadang-kadang aku lupa. Lupa bahawa tempat pergantungan hanyalah pada Pencipta Seluruh Alam, bukan ciptaannya. "Sebelum dail 911, akak dail yang kat atas tu dulu.." Peringatan berharga buat aku yang terlupa. Terima kasih...

Sunday, 16 May 2010

K.R.E.D.I.B.I.L.I.T.I Guru..

16 Mei adalah tarikh sambutan Hari Guru di Malaysia, iaitu hari ni. Negara lain tak tahu pulak. Sebelum celoteh berkajang-kajang, diucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru dan warga pendidik di Malaysia.

Bercerita tentang guru, teringat waktu aku YM dengan Dyaz tempoh hari. Entah kenapa, tiba-tiba kami boleh bercerita tentang guru. Celoteh kami itu diabadikan di laman blog beliau dalam entri ini. Ramai juga sahabatku yang sama-sama di Hamidiah dulu menempuh perjalanan untuk menjadi seorang guru. Dyaz antaranya dan dia pernah menjadi guru ganti. Sahabat lain, Cik Nilam, Zatul, dan Ain Nuar. Cik Nilam baru saja habis menjalani praktikum. Tertarik dengan entri beliau di laman blognya, Harapan Anak-anak. Katanya, guru perlu menjadi seperti malaikat. Satu ayat yang membawa seribu maksud. Waktu jelajah blog, aku terjumpa blog ini. Juga seorang guru. Menjadi guru bukan semudah yang disangka. Cabarannya bertambah seiring dengan perubahan zaman. Waktu kerja bukan lagi separuh hari dan boleh bersantai di hujung minggu. Pengajaran dan pembelajaran tidak semata-mata berkonsepkan chalk and talk. Bila aku sudah bergelumang dengan dunia pendidik, baru ku tahu apa rasanya menjadi seorang guru.



Melihat guru-guru tahun 1 yang sedaya upaya mencari cara agar anak didik boleh mengenal huruf dan nombor, berusaha mereka supaya lancar membaca, dan mendengar keluhan risau tentang pencapaian sesetengah murid yang agak lemah membuatkan aku bersyukur dan berterima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidikku dulu. Terima kasih dan selamat hari guru buat semua guru dan warga pendidik di Malaysia amnya dan istimewa kepada

1.Abah
2.Takis Kuala Langat
3.SK Kanchong Darat
4.SMK Telok Datok
5.SMKA Maahad Hamidiah
6.Institut Harapan
7.UNISEL

Pertama kali dengar lagu ni waktu di Hamidiah dulu. Setiap kelas akan diberi satu risalah yang mengandungi lirik lagu ini dan ditampal di papan kenyataan kelas masing-masing. Lagu ini dinyanyikan mengikut rentak lagu Antara Gadis nyanyian kumpulan Dinamik.

Seawal musim menimba ilmu, 
hanya kau cikgu yang ku kenali. 
Kejujuran dan keikhlasanmu, 
syahdu jiwamu. 

Detik berlalu jua ketika, 
dianmu tetap terus menyala. 
Jasa baktimu ku sanjung tinggi…
Terima kasih cikgu.

Tiap detik jasamu dikenang, 
ku abadi saban waktu.  
Walaupun jauh di rantau orang,
terimalah sanjunganku.  

Seumpama lilin yang membakar diri, 
kau dihormati. 
Dengan tulus hati ku lafazkan kata….
Terima kasih cikgu.

Kena Tukar Menu...

Hari yang memenatkan. Malam tadi tak dapat tidur sangat rentetan peristiwa pecah kaca pecah gelas tu. Itu telah menyebabkan aku terlewat bangun pagi tadi. Mujurlah waktu sampai sekolah acara belum mula. Sampai-sampai je terus ke kantin sebab cikgu lain semua kat situ. Owh, ada sarapan rupanya. Maka kami pun makan la bihun goreng beserta telur mata itu. Dah habis makan, duduk-duduk, cakap-cakap, rupanya ada aerobik sebelum mula bekerja.

Teruja kejap. Lama sungguh tak buat aerobik ni. Waktu kat hostel dulu, ada la jugak waktu-waktu buang tebiat. Kami tolak semua kerusi meja kat ruang tamu ke tepi dinding. Berpoco-pocolah kami di tengah malam. Sungguh buang tebiat. Hahaha... Housemates, rindu kamu semua... Kadang-kadang, kalau terlebih rajin, buat aerobik dekat court badminton dengan Mynn, Ain, Qis, Ela, dan beberapa kenalan mereka lepas isya'. Tapi tadi, paling ingat waktu MTS Mei; sesi aerobik kat IPIS. Kenangan yang hanya boleh diimbas kembali.
Sesi belajar langkah poco-poco

Orang lain sibuk aerobik, kami posing..hahaha..

Ada la 1 jam jugak sesi aerobik tadi. Naik semput dibuatnya. Macam-macam lagu ada. Zapin? Rock? Hindustan? Cina? Tak payah pilih, memang semua sekali ada.Seronok... Cikgu-cikgu pun enjoy je. Guru besar dan pentadbir lain pun ikut sekali ke kiri dan kanan. Gambar mana?Cerita je berkajang-kajang. Tak dan la nak pegang kamera. Hahaha...

Dalam pukul 9.30 ++ baru gotong-royong mula. Aku kena dekat bilik guru. Tak banyak kerja pun. Cuma kemas-kemas sikit, tampal nama cikgu-cikgu kat loker, dan lap-lap habuk sikit. Dah siap tu, pergi meronda tempat lain, tengok apa yang boleh dibantu. Tapi semua pun dah dekat siap. Memandangkan kerja dah habis, aku dan Sucha sambung sikit projek mural. Cadangnya nak sambung petang tadi, tapi harapan la. Masing-masing dah kepenatan, rancangan ditunda. Dalam perjalanan pulang, ternampak tanda ini kat tepi jalan.


*wink*wink*...Dah lama cari port. Waktu kat UNISEL haritu, tak boleh nak derma sebab hemoglobin tak cukup. Lebih kurang macam tu la. Ye ke Hani?? Kalau salah tolong betulkan. Hehehe.. Tapi kena balik rumah dulu sebab kad merah tak bawak pulak. Dah belok ke jalan tu, tercari-cari arah lagi. Nampak la banner ni. Ha, betul la tu.

Harapnya, hari ni boleh la derma. Bila check, tengok cair benor darah yang keluar kat jari ni. Memang sah tak boleh derma lagi la ni. Huhuhuhu...sedihnya...Masalah yang sama gak. Pegawai perubatan tu cakap, makan banyak makanan yang boleh tambah darah macam bayam dengan kerang. Nasihat sama yang jururawat kat UNISEL bagi dengan apa yang Hani cakap kat entri ni. Mulai esok, harus tukar menu nampaknya. Tak boleh makan sardin dah. Hehehe... Waktu nak ke kereta, sorang akak yang jaga kat kaunter tu bagi aku 1 goody bag. Terkejut jugak bila dia hulur sebab aku tak jadi derma pun. Dia kata, tak apa. Asal ada niat, dan alang-alang dah sampai kat situ, kira macam derma jugak. Alhamdulillah...
 Nama syarikat yang anjurkan kempen derma darah ni..dalam beg tu ada tuala warna HIJAU..

Saturday, 15 May 2010

Ketar Lutut..

Ya Allah, berdebar-debar betul rasa. Baru je kejap tadi berlaku satu peristiwa yang boleh buat jantung gugur. Aku tengah dok syok tengok TV. Baru je mula Friday Night Movie kat TV2 ni. Tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah dan enjin kereta menderum kat luar rumah diikuti dengan brek mengejut yang sampai bunyi "srrreeett". Terus ketar lutut ni. Berdebar-debar jantung. Takut-takut jugak nak intai. Rumah ni dah la betul-betul depan simpang dan aku keseorangan kala ini. Ya Allah...jangan la berlaku apa-apa yang dahsyat. Bila aku bukak sikit tingkap, ada 2 buah kereta; Waja dengan Toyota Vios kalau tak silap. Berhenti tengah jalan dengan kesemua pintu kereta terbukak. Bunyi kaca pecah masih lagi kedengaran. Lepas tu, ada lagi beberapa lelaki dari arah kanan jalan lari-lari anak ke rumah yang bunyi kaca pecah tu. Cuak sungguh. Dalam kepala ni, fikir nak telefon polis ke nak telefon Pakcik Nasir, jiran sebelah ni. Beberapa minit jugak la keadaan tu berlangsung sebelum kesemua penumpang kereta tu keluar dari rumah tadi dan terus memecut.

Tak lama lepas kereta-kereta tadi pergi, jiran depan rumah yang diserbu tu keluar jenguk keadaan. Mau tak risau? Aku yang jarak berapa buah rumah ni pun dengar dengan jelas bunyi kaca pecah yang bertalu-talu tu, apatah lagi orang yang duduk betul-betul depan rumah tu. Lepas tu, ada satu kereta datang. Berhenti betul-betul depan rumah tu jugak. Dua orang jiran yang jenguk tadi takut-takut jugak bila kereta ni berhenti. Tak lama lepas tu, ada 2 buah motosikal datang diikuti dengan sebuah Iswara. Mungkin saudaranya kot. Lepas tu ramai pulak orang berkumpul depan tu. Ada la dalam 10 orang, termasuk 2 orang yang pertama keluar tadi. Tak tahu la apa yang terjadi sebenarnya. Risau weh...

Hari tu borak-borak dengan Pakcik Nasir dengan Aunty sebelah ni, macam-macam kes berlaku kat kawasan perumahan ni. Tak aman macam dulu dah. Memang sah la aku takkan keluar rumah waktu malam. Dulu pernah keluar waktu malam sekali. Waktu tu malam Ahad tak silap. Memang lapar tahap gaban dan aku sorang-sorang kat rumah. Dapur belum ada pulak. Keluar la jugak cari makanan. Tak ada la malam sangat pun. Keluar lepas maghrib, balik dalam pukul 9 macam tu la. Waktu sampai depan rumah, ada seorang India duduk atas motor. Macam tengah tunggu orang. Tapi yang mencurigakan ialah, dia bukan menunggu depan rumah warga India. Dia park betul-betul tepi rumah orang Melayu sambil mata melilau. Kalau la nak kata dia tengah tunggu orang, tunggu la depan rumah orang yang ditunggu. Tapi tak. Bila borak-borak dengan jiran sebelah ni, memang kadang-kadang ada orang tunggu macam tu. Tak tahu la buat apa. Kalau dah macam tu, jangan la turun dari kereta dulu. Pergi la ronda-ronda dulu dan datang balik. Bahaya betul...

Thursday, 13 May 2010

Alah Membeli, Menang Memakai

Pergi ke sekolah tanpa perasaan. Hari ni ada 1 kelas saja. Waktu paling akhir. Usai punch card, Kak Mira tersenyum di kaunter. Dah paham dah... Relief... 1.40 hingga 2.40. Adeh, muzik pulak. Darjah 1 pulak tu. Pening palo den mikir nak buat apa. Darjah 1 ni masih dalam kategori kanak-kanak riang Ribena. Perlu buat sesuatu supaya mereka tidak ulangkali bertanya soalan seperti; "Cikgu, tak ada buat apa-apa ke?" atau "Cikgu, kenapa cikgu ****** tak datang?" atau "Cikgu, tak ada radio. Tak best la nak nyanyi." Nak-nak budak kelas pandai. Lagi la banyak kerenah. Agaknya aku dulu waktu darjah 1 macam tu jugak kot. Hahahaha...Ini kali kedua relief kelas muzik. Kali pertama tempoh hari, darjah 1 jugak. 1 Zamrud-kelas kedua. Hari ni 1 Mutiara-kelas pertama. Sebab dah buntu tahap gaban, aku belasah je ajar diorang 1 lagu yang paling aku ingat. TERIMA KASIH KEPADA  ENCIK NAJIB DAE kerana lagu ini beliau yang perkenalkan sewaktu program motivasi cuti sekolah dulu. Habis kena paksa nyanyi. Kah..kah..kah..Nak nyanyi jugak? Nah, layan gambar sifu dulu baru tengok lirik..

 
Angkat tangan....
Goyang...goyang...goyang...
Simpan tangan kanan, duduk diam-diam...

Angkat tangan kiri...
Goyang...goyang...goyang...
Simpan tangan kiri, duduk diam-diam...

Angkat bahu kanan....
Goyang...goyang..goyang...
Simpan bahu kanan, duduk diam-diam....

Angkat bahu kiri...
Goyang...goyang...goyang
Simpan bahu kiri, duduk diam-diam...

Angkat kaki kanan...
Goyang...goyang..goyang...
Simpan kaki kanan, duduk diam-diam...

Angkat kaki kiri....
Goyang..goyang..goyang...
Simpan kaki kiri, duduk diam-diam...

Ok, dah habis. Gi duduk diam-diam. Hehehe..Sekurang-kurangnya, dapat la jugak sesuatu sebab ada lagi yang tak tau mana tangan kanan, mana tangan kiri. Pssst...Jib, ada lagi lagu lain? Untuk persediaan kalau-kalau kena relief kelas muzik lagi. Hehehe...

Balik sekolah, buka peti surat rumah. Ada sampul warna putih dialamatkan kepada diri sendiri. Gembira... Baucar Clinique dah sampai..yeehaa! Jom, kita pergi kaunter Clinique tebus baucar. Suka berurusan dengan Marmalade ni sebab dia bagi balik baki bayaran. Jangan tak tahu, bila membeli belah dalam talian(online), ada yang tak pulang balik baki bayaran. Dah kena 2 kali. Mula-mula macam berat hati jugak nak berurusan, takut tak bagi baki. Maklum la, mesin deposit tunai tak terima wang kertas RM 1 dan RM 5. Jadi kena bayar genap. Alhamdulillah, dapat balik baki bayaran tu.

Petang tadi jugak, dah cabut nama untuk acara tukar-tukar hadiah antara guru-guru. Kena cabut depan Puan Che Da sebab guru besar kata kalau bagi main cabut je nanti ada yang tipu. Hehe.. Lepas kelas tadi, terus la naik pejabat nak cabut nama. Jeng...jeng...jeng...kita tengok siapa yang kena... Dapat cikgu pagi. Kenal la jugak cikgu tu. Tengah memikir nak bagi apa. Topik hangat dalam bilik guru sebelum balik tadi, 'Hadiah apakah yang patut ku beli untuk si dia?' Hehehe... Nilainya RM 20 dan ke atas. Ha, nak bagi apa ni??? Ingat nak redah Jusco hujung minggu ni. Ada hati ko ye nak meredah Jusco. Duit ada? Tak ada, duduk diam kat rumah. Jangan diajar pakai barang mahal. Dah tersampuk sekali, susah nak ubati. Berhenti la berharap akan ada duit jatuh dari langit. Hhmmm...

Wednesday, 12 May 2010

Jalan-jalan, masak, dan makan

Aku agak kehilangan arah hari ini. Dari semalam lagi. Bila menukar status di FB semalam, bertalu-talu pertanyaan dari mereka. Biarlah aku saja yang tahu. Inilah jadinya bila kesengalan melanda. 2 hari berturut perasaan kecewa ini menerpa. Ah, biarlah... Salah aku juga. Benda dah jadi. Lepas ni kena baiki. Bila tidak tenteram, selalunya aku akan buat 3 benda. Jalan-jalan, masak, atau makan. Semalam petang dah buang tebiat. Lepas balik sekolah terus halakan kereta tanpa arah. Boleh pulak...Memang aku buat walaupun aku tau bandar Klang ni menyakitkan hati pada waktu-waktu puncak seperti waktu habis sekolah sebab akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Ada aku kesah?? Minggu lepas lagi teruk... Hampir sampai ke Shah Alam aku redah jalan. Tapi, itulah caranya untuk kembali tenang. Baru konflik diri ni, belum berdepan dengan konflik negara.

Masak... Memang la masyuk kalau dapat masak. Memandangkan keadaan dapur rumah Klang yang tak berapa menyeronokkan untuk memasak, maka aku tak nak masak. Sebab tu, dah 2 minggu berturut aku bakar kek. Ni faktor sengal jugak la ni. Minggu ni mungkin tidak pulang kerana hari Sabtu ada gotong-royong. Hari Ahad mungkin aku dan 'mereka' akan menyambung projek mural di sekolah. Masih tentang masak. Waktu ke Giant tempoh hari, aku cuba mencari acuan bundt. Cantiknya acuan tu... Mesti lagi cantik kalau aku ada 1. Dulu aku dan arwah mak selalu saja berborak tentang masakan, resepi, acuan, etc. etc. etc. sambil kami memasak di dapur. Kalau ada jumpa acuan itu atau perkakas ini waktu berjalan di mana-mana, beli saja. Boleh claim kemudian pada mak. Sekarang dan seterusnya, tiada lagi perbualan seperti itu akan berlaku... Masih tentang masakan... Ahad lepas, berkenalan dengan seorang kakak yang membuka gerai ketika sukan sekolah berlangsung. Kerana dia agak ramah, maka aku juga meramahkan diri dengan bertanya tentang dirinya. Tidak semena-mena, dia memberitahu bahawa dia ada menganjurkan kelas membuat roti, pastri, dan kek. Yang lebih mengejutkan, bayaran yang dikenakan sangat-sangat murah; RM 10 seorang. Jika berminat, boleh la dapatkan 5 orang, telefon, dan buat temu janji. Memang minat...Nanti la, tunggu dah lapang sikit..

Cantik bukan? LEbih cantik kalau aku ada 1..Tapi...........................

Makan... Ada yang tak suka makan ke? Rasanya semua suka kan... Ada orang, bila berada dalam keadaan stress akan makan untuk meredakan stressnya. Aku kadang-kadang macam tu jugak. Tapi tidak hari ini. Tidak menjamah nasi walaupun sebutir. Makan malamku hanya roti yang disapu marjerin, kemudian ditabur dengan bawang putih cincang, dan dibakar selama 3 minit di dalam ketuhar. Dalam bahasa mudahnya; Garlic Bread. Tak perlu la nak berhabis duit beli ready made Garlic Spread yang mahal tu sebab rasanya sama je. Lebih sedap lagi dimakan sambil meminum secawan Kopi Radix...! Rasa bersalah nak makan banyak hari ni sebab semalam dah melantak. Sengal punya pasal, dari hujung ke hujung aku redah pasar malam tu.. Kah..kah..kah..Bila dah boleh ketawa, maknanya kesengalan beransur pergi...

Nota: Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak acuan bundt.

Monday, 10 May 2010

Menu Hari Ahad

Popia Goreng

Popia Goreng bersama sos yang tak sedap...

Bahan-bahan inti
Sebatang lobak merah (saiz sederhana)
Tauge
Udang
Daun bawang (hiris halus)
Bawang merah (racik halus)
Bawang putih (racik halus)
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popia
1 camca teh tepng ubi (bancuh dengan sedikit air)

Cara pembuatan:
1. Bersihkan udang dan cincang kasar.
2. Tumis bawang hingga layu. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Masukkan lada hitam, lada putih, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Kacau seketika dan tutup api.
5. Biarkan sejuk.
6. Sagat lobak merah. Celur tauge.
7. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan lobak merah, tauge, dan inti udang. Gulung dan gamkan dengan bancuhan tepung ubi.
8. Goreng hingga masak dan hidangkan dengan sos.

Nota: Sukatan bahan agak-agak sendiri la ye. Takde keje pulak nak menimbang bagai. Tapi yang ini menghasilkan 15 biji popia.  Resepi sos, boleh Google sebab sos aku buat tak berapa nak jadi.^_^

Custard Cake


Bahan-bahan:
2 Cawan tepung naik sendiri
250 gram mentega
2 sudu teh esen vanila
2 cawan gula kaster*
4 biji telur
3/4 cawan tepung kastad
1 cawan susu

Langkah pembuatan:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung** sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan.
5. Akhir sekali, masukkan susu segar dan gaul sebati.
6. Bakar dalam oven hingga masak. (Mengambil masa kira-kira 1 jam.)

* Kuantiti gula boleh dikurangkan sedikit kerana kek agak manis.
** Campurkan sekali tepung naik sendiri dengan tepung kastad dan gaul hingga agak sebati sebelum dimasukkan kedalam adunan mentega.

Sumber: Best Recipe

Nota: Dah lama cari resepi yang guna tepung kastad dalam kuantiti yang agak banyak. Aik, kenapa pulak? Sebab banyak gila stok tepung kastad kat rumah ni. Waktu beli, tak hengat dunia. Sekarang terkial-kial la nak menghabiskan stok. Hahaha... Semalam bila check 'pantri'(eceh,rumah aku ada pantri), muncul la beberapa paket gula aising dengan gula perang. Ha, sekarang kena cari resepi yang guna 2 bahan ni dengan kuantiti yang banyak la pulak gamaknya.Selain buat kek ni, mula-mula ingat nak buat Banana Crumbs Muffin sebab ada 2 sisir pisang masak kat dapur tu dengan Custard Tea Cake yang nampak sangat menyelerakan kat blog orang lain. Memandangkan angin malas perlahan-lahan bertiup dalam diri, maka cuma sebiji kek ini saja yang berjaya dibuat. Hahaha..Anda yang rajin, silalah cuba ye...

Friday, 7 May 2010

Takziah...

Selamat hari Jumaat... Ketika melihat N6085 pagi tadi, ada satu mesej masuk. Daripada Abang Garang... Ayahanda kepada seorang sahabat i Rakan telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Innalillahiwainnailaihirajiun... Terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Agak lama tidak mendengar berita dari Rahmah, tiba-tiba mendapat khabar sedih ini pula. Al-fatihah buat ayahanda Rahmah...Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Ketika sedang bersiap untuk ke sekolah tengahari tadi, ada 3 panggilan terlepas dan 2 mesej di N6085. Hanya ketika berada di atas jalan raya ke SK TKJ, aku menghubungi semula nombor terlepas tadi. Kak Chik rupanya.. Mengajak aku ke rumah Rahmah. Aduhai, kalaulah aku boleh...Habis sekolah, jam 6.30 petang. Mahu ke UNISEL dulu berkumpul dengan yang lain, 2 jam perjalanan. Dari sini ke Johor, 6 jam perjalanan. Jam berapa mahu tiba dan kembali semula? Maafkan saya ye Rahmah. Tak dapat ziarah. Hanya doa yang mampu ku kirimkan..

Saat-saat begini, sokongan daripada sahabat-sahabat sangat membantu untuk memulihkan kembali semangat yang terbang.Aku bercerita melalui pengalaman. Sama sewaktu aku kehilangan insan tersayang dulu, sokongan sahabat-sahabat sangat membantu untuk bertahan, biarpun hanya melalui SMS. Terima kasih kepada beberapa sahabat yang hadir pada majlis tahlil dulu. Kehadiran anda sangat-sangat bermakna buatku. Mudah-mudahan, kehadiran beberapa sahabat yang Kak CHik khabarkan tadi mampu mengembalikan semangat Rahmah yang hilang..

Wednesday, 5 May 2010

Peranan Wanita..

Sudah agak lama aku tidak berkongsi makanan minda di sini. Tadi, waktu meredah blog-blog lain, aku terjumpa artikel ini di sini. Tertarik dengan isi kandungannya, maka aku paparkan ia di Atas Nama Cinta. Moga mendapat manfaat.

Peranan Wanita.

Jika kita membaca Al-Qur'an, maka dapat kita ketahui bahwa penciptaan Nabi Adam as. bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau.

Kita mengetahui kisah isteri Fir'aun, yang dapat mencegah Fir'aun dalam niatnya untuk membunuh Nabi Musa as. Sebagaimana tercantum dalam firman Allah swt. yang bermaksud:

"Dan berkatalah isteri Fir'aun, '(Ia) biji mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut menjadi anak, sedangkan mereka tidak menyedari."
(Q.s. Al-Qashash: 9).

Kita semak kisah dimana ada dua wanita di kota Madyan, keduanya puteri Asy-Syekh Al-Kabir, yang diberi air minum oleh Nabi Musa as. Kemudian kedua wanita tersebut mengusulkan kepada ayahnya, supaya memberi pekerjaan kepada Nabi Musa as. kerana beliau memiliki amanat (dapat dipercaya) dan fisiknya kuat. Sebagaimana yang tertera dalam firman Allah swt.:

"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, 'Wahai Bapakku, ambillah dia sebagai orang yang
bekerja (kepada kita), karena sesungguhnya orang yang terbaik, yang kamu ambil untuk bekerja (kepada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya'." (Q.s. Al-Qashash: 26).


Kita semak lagi kisah ratu Balqis di negeri Yaman, yang terkenal adil dan memiliki jiwa demokrasi. Ratu ini setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman as. yang isinya seruan untuk taat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya, lalu dia meminta pendapat kepada kaumnya dan bermusyawarah untuk mengambil sebuah putusan bersama.

Firman Allah swt.:

"Berkata dia (Balqis), 'Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku).'

Mereka menjawab, 'Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang luar hiasa (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah yang akan kamu perintahkan'." (Q.s. An-Naml: 32-3).

Kemudian dia berkata, sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt.:

"Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang terhormat jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat." (Q.s. An-Naml: 34).

Kesimpulan dari pendapat ratu tersebut ialah bahwa penguasa-penguasa di dunia ini jika mereka hendak menguasai suatu negeri, maka mereka akan merosakkan dua hal, yaitu merosakkan negara dan moral penduduknya.

Oleh kerana itu, di dalam Al-Qur'an telah disebutkan nama-nama wanita selain wanita-wanita yang tersebut di atas, yang ada hubungannya dengan kisahnya masing-masing. Misalnya, ibu Nabi Isa as, Maryam Al-Batul.


PERANAN WANITA PADA MASA NABI MUHAMMAD SAW.
Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah yang memelihara Nabi saw, yaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halima As-Sa'diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari Habasyah.

Nabi saw. telah bersabda, "Bahwa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri."

Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukmtniin (ibu dari kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi, dan isteri-isteri para sahabat Rasulullah saw.

AKTIVIS WANITA MASA KINI

Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama yang berhubungan dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan oleh Islam.

Wanita Muslimat mempunyai kewajiban untuk memperkuat hubungannya dengan Allah dan menyucikan pikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh pikiran Barat.

Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap Islam.

Harus diketahui dan disadari hal-hal yang melatarbelakanginya, mengapa dia harus menerima separuh dari bagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari lelaki? Juga harus memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang menyelimuti benak dan pikirannya.

Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita non-Muslim atau berpaham Barat. Kerana mereka bebas dari pemikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka tidak terikat pada perkara halal dan haram, baik dan buruk.

Banyak diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang buta akan hal-hal terlarang.

Nabi saw. telah bersabda:

"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."


PERANAN WANITA DALAM KELUARGANYA

Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada kedua pihak, lelaki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka, kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan baginya.

Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orang tuanya atau salah satunya menyimpang dari batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia harus mengajak kedua orang tuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.

Wajib bagi setiap wanita (para isteri), yaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.

Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua orangtuanya.

Kewajiban bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, yaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi paham-paham yang bersifat merusak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.

Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang ditimbulkan oleh sebagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan paham-pahamnya.

Harus diakui, bahwa hak-hak wanita di sebagian masyarakat Islam belum diberikan secara penuh.

Harus diketahui pula, bahwa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:

"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahmi, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak punya, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita."

Orang pertama yang berperanan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.

Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di surga."

Artikel Dr. Yusuf Al-Qardhawi :
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html


Kenapa?

Kenapa aku buat entri ni?Eh, tanya pulak. Sebab suka nak bertanya dan menjawab sendiri. Dari semalam, aku dok terfikir. Kenapa aku bukak akaun Facebook? Kenapa aku membina blog? Kenapa? Kenapa?

Facebook.
Mula-mula aku buat Facebook ni, tak ingat tahun bila. Kira dah lama jugak. (Tapi aku ingat bila aku mula guna Friendster. Sekarang Friendster dah jarang buka. Tapi sayang nak tutup sebab itu yang paling lama dan paling banyak cerita.) Tapi sebab tak reti pakai, dok terbiar je sampai la sekarang ni. Pengguna aktif la jugak. Sebabnya:

  1. Aku jumpa ramai kawan lama dari sekolah rendah dalam Facebook (diorang tak pandai guna Friendster kot sebab sepanjang aku layan Friendster, tak jumpa seramai aku jumpa dalam Facebook...jangan marah haaa..kah...kah...kah)
  2. Jumpa ramai ahli keluarga yang ada akaun Facebook. Maknanya, walau kami jarang jumpa di alam fana, masih boleh mengumpat bertanya khabar di Facebook.
  3. Boleh main luahan perasaan dengan respon dari kawan-kawan secara pantas. Hahaha..boleh terima ke? 
Blog
Seterusnya, kenapa aku ada blog?

  1. Mengikut arus kemodenan dunia yang semakin canggih. Eceh...Orang lain ada blog, aku pun sibuk nak blogging jugak. Hahaha...
  2. Sebab walaupun aku pendiam, tapi aku suka membebel sebenarnya. Cuma orang-orang yang rapat dengan aku je la yang selalu dengar aku membebel. Sebab kesian pada mereka yang perlu mendengar bebelan, maka aku mewujudkan blog untuk bebelan selebihnya.
  3. Boleh dapat ramai kawan baru dari seluruh pelusuk dunia. Yolah tu.. Betul apa. Sesiapa pun boleh datang ke blog anda sekiranya anda sudah mempunyai alamat blog yang sah dan berdaftar. Terima kasih kepada pengunjung yang tersinggah atau saja-saja singgah di sini.
  4. Berkongsi maklumat dan ilmu adalah amalan mulia. Justeru, aku juga tidak ketinggalan mahu membuat amal jariah. Hehehe...Mana tahu, ilmu yang kita ada, belum tentu orang lain ada. Bila letak dalam blog, orang boleh baca dan boleh manfaatkan. Sama jugak macam blog-blog orang lain yang aku suka singgah tu. Banyak ilmu dan pengalaman baru boleh dapat.
  5. Boleh mengasah bakat menulis. Sungguh... Tak tipu. Cuba la...
  6. Berfikir...
  7. Berfikir..
  8. Berfikir...
  9. Berfikir...
  10. Berfikir...
Itulah antara sebab kenapa aku mempunyai Facebook dan Blog. Bagi kekosongan nombor 6 hingga 10, akan diisi kemudian kerana aku perlu masa untuk berfikir...Hehehe...

Tuesday, 4 May 2010

Apakah??

Aku sedang kerisauan. Terlalu banyak perkara berlegar-legar dalam otak. Fobia mahu melihat peti simpanan N6085. Ada dua mesej yang membuatkan aku insomnia. Facebook pulak 'sakit' malam ni. Jadi, aku sedikit wengg. Tapi, entri ini bukan tentang mesej-mesej di N6085 atau Facebook. Ia tentang aktiviti hujung minggu sudah.

Rasa geram je lepas habis tengok dua filem ni. Maklumlah, orang takde A***O, apa jua filem yang tersiar di televisyen ku sapu habis. Hehehe...


Urban Legend....tentang kisah pembunuhan beramai-ramai yang berulang di sebuah kampus universiti. Satu demi satu pembunuhan berlaku menjelang tarikh kejadian sebenar. Kebanyakan pembunuhan berlaku di sekeliling Natalie. Di pengakhiran cerita, rupanya si pembunuh ni adalah kawan baik Natalie sendiri, Brenda sebab nak balas dendam atas kematian tunangnya yang terbunuh dalam kemalangan melibatkan Natalie. Yang peliknya, orang jahat ni selalu panjang umur kan sebab waktu kejadian kejar mengejar dan menyelamatkan diri, Brenda ni dah kena tembak bagai dan akhirnya jatuh dari jambatan. Ingatkan mati. Sekali waktu nak habis, dia muncul lagi ....Tak paham ke sinopsis aku ni? Gi tengok sendiri la filem ni...


 Shrooms ni pulak, pasal pembunuhan jugak. Sungguh la sakit hati bila aku menunggu hingga ke pengakhiran cerita. Apa yang boleh disimpulkan, pembunuh sebenar bukanlah roh yang berdendam dari kisah seram yang diceritakan, tapi adalah Tara (heroin la kononnya) yang dah termakan "Death's Head fungus" yang mana merupakan cendawan penyebab kematian kepada roh yang berdendam tadi. Tak paham jugak sinopsis aku ni? Gi muat turun cerita ni dan tengok sendiri ye...

Kesimpulannya, cerita pembunuhan macam ni memang pengakhirannya membuat kita berfikir dengan dahsyatnya. Kira merangsang sel-sel otak untuk berkembang jugak la..Kah..kah..kah..boleh pulak macam tu ye?Ok, tu je nak gebang...

Saturday, 1 May 2010

Marble Cheese Cake

 Ni sebelum masuk oven

Kek yang sudah berkurun mahu ku buat. Alhamdulillah malam ni selamat sudah mengadun dan membakarnya. Nak cuba? Buat sendiri ye...ni ada resepi..

Bahan A
185 gm mentega
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250 gm keju krim(cream cheese la)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Cairkan mentega, masukkan koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan mentega dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul keju, gula, dan esen vanila hingga sebati. Masukkan telur dan susu. Sebatikan.
4. Tuang adunan koko berselang seli dengan adunan keju ke dalam acuan yang telah dilengser dengan mentega. Kemudian, lorekkan dengan lidi untuk marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan semalaman, baru potong.

Setelah dipotong..marble tak jadi tapi SEDAAP...! hehehe...

Tak percaya ke aku cakap sedap? Tengok loyang ni...

Nota: Gambar akan ditempek kemudian kerana perlu menuggu sehingga esok pagi untuk melihat hasilnya.