Engagement Fund ;)

Wednesday, 30 June 2010

7 Hari Lagi...

Selamat hari Rabu...Seperti yang aku dah janji dengan seorang ustazah-to-be tu, kena update tentang hari-hari terakhir seorang guru praktikum. Ustazah, sila baca dengan muka serius ye...Nanti kena pukul. Hahaha..Bos besar masih berkursus hari ni. Bila sampai sekolah tadi, lengang betul tempat letak kereta. Macam ramai lagi cikgu-cikgu yang bercuti hari ni. Bila ramai cikgu cuti, maka harus ada kelas relief untuk aku. Maka aku cuma tunggu diam-diam. Eh, tak diam jugak sebab kena masuk kelas. Hari ni 2 kelas berturut. 1.10 sampai 3.10. Mula-mula masuk 3 Intan. MasyaAllah, sungguh kotor kelas tersebut. Sementara aku menyalin perenggan pendek di papan putih, mereka diarahkan untuk membersihkan kelas. Bukan main bising lagi. Sabar je la... Ingat tak semalam aku suruh bawak gam, gunting dan krayon atau pensel warna? Semangat je nak suruh diorang buat pamplet tu. Hampeh tak sempat sebab diorang masuk agak lambat. Jadi, terpaksa fikir alternatif lain untuk P&P tadi. Lepas tu terus ke 3 Mutiara. Nasib baik kelas ni berjiran. Tak ramai yang datang hari ni. Cuma 20 orang daripada 32 orang. Kurang sikit kebisingan. Tapi masih lagi ada insiden luar biasa. Eh, baru perasan Kathir tak ada hari ni. Patut la kurang kecoh sikit. Hehe.. Kadang-kadang, macam tak sanggup je nak masuk kelas ni sebab sebahagian dari mereka memang hero segala hero. Dengan cikgu-cikgu yang dah lama mengajar pun diorang tak takut, inikan pulak cikgu praktikum macam aku. Takpe, lagi 2 kali je nak masuk kelas ni.

Berbalik pada kekosongan tempat letak kereta tadi, benarlah seperti yang dijangka. Kena relief kelas..! Yang lebih 'menyeronokkan', dapat kelas 3 Mutiara pulak. Fuhhh.... Ku himpun segala kekuatan dan kesabaran yang berbaki. Udah la hari ni satu hari sakit kepala. Ujian... Masuk jugak la. Subjek? MATEMATIK... lagi. Memandangkan tak tahu nak buat apa, maka aku telah memberi mereka latihan matematik dengan soalan buatan sendiri. Latihan yang mudah saja... Itu pun tak siap-siap sampai balik. Yang berborak tu satu hal. Yang mengejek dan mengusik kawan lain, satu hal. Yang termenung pun ada jugak. Bila aku cakap siapa yang tak siap tak boleh balik, baru la masing-masing kembali tekun. Tepat 6.30 petang, aku keluar dari kelas tersebut. Cuak sangat bila tempat letak kereta dah kosong. Aik?? Baru bunyi loceng, semua orang dah balik? Gelabah aku turun ke bilik guru, takut bilik guru dah kunci. Nasib baik geng-geng Meja Besar masih ada. Dapat la ambik beg dan buku-buku aku. Owh, sebut pasal buku..Tambahan tugas guru yang kelima, menanda buku-buku latihan murid. Keenam, menghadapi kerenah murid-murid yang pelbagai. Satu kelas ada 35 murid. Paling sikit kelas yang akan diajar, 5 kelas. 35 x 5 = 175. Jadi, seorang guru akan berhadapan dengan 175 kerenah murid yang pelbagai. Ada berani? Ketujuh, berurusan dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai pandangan dan tanggapan dan juga kerenah. Ada sekali tu, seorang cikgu kena tengking dengan seorang mak budak sebab anak dia jatuh waktu rehat. Kena tengking ok. Cikgu tu dah la bukan cikgu kelas budak tu, juga bukan cikgu bertugas pada minggu tersebut. Jadi, manalah tau sangat pasal budak yang jatuh tu. Kami yang tengok dari jauh jadi tergamam menyaksikan situasi tu.Hadoi, ada sanggup?? Dulu waktu ada bilik sakit, lagi la. Hari-hari ada je yang datang ke bilik guru dengan linangan air mata. Sebab? Jatuh waktu berlari masa rehat. Cikgu suruh jalan, kamu lari. Macam mana tak jatuh? Cikgu suruh duduk kat kantin, kamu main lari-lari kat padang. Siapa yang salah?Kalau ada tugas tambahan, boleh tolong tambah ye. Sekian terima kasih..

Nota: Ustazah, masih malas la nak upload gambar mereka... Ustazah baca tentang mereka dulu la ye...Hehehe..

Semua Ada...

Ada orang cakap, jadi cikgu ni tak banyak kerja. Dah la tak banyak kerja, banyak cuti pulak. Ok, yang bahagian tak banyak kerja tu boleh abaikan sebab cikgu sebenarnya banyak kerja. Banyak cuti tu memang betul kot. Tapi waktu cuti pun kena pergi sekolah tau. Kenapa cikgu banyak kerja? Pertama sebab nak kena buat rancangan mengajar. Kedua, kena laksanakan rancangan tadi dengan cemerlang. Cemerlang di sini bermaksud mencapai objektif yang ditetapkan. Ketiga, kena sediakan alat bantuan mengajar. Keempat, kena buat tugas sampingan macam jadi guru media, guru SPBT, guru RMT, guru peperiksaan, dan pelbagai jawatan tambahan lagi. Yang paling sakit mungkin jadi guru kelas sebab nak kena uruskan data murid-murid, pemarkahan, dan sebagainya.

Tapi ada jugak bahagian lain yang kurang berkenaan dengan tugasan tetap. Berniaga sampingan. Ada sekali tu, macam-macam katalog bersusun atas Meja Besar sampai Kak Roza cakap; "Cikgu ni senang. Tak payah nak keluar ke kedai beli barang-barang. Pilih je dari katalog ni ha." Meja Besar ni meja awam yang menjadi tempat pertapaan cikgu-cikgu praktikum dan cikgu ganti. Kiranya kalau ada produk nak dipromosikan, letak aje dekat Meja Besar ni. Lokasinya strategik dan tidak mengganggu keselesaan pengguna. Cakap je nak produk apa, insyaAllah ada. Avon, Nutrimetics, Cosway, Zhulian, Rorine, etc..etc..etc.. Semalam Meja Besar jadi kaunter baju raya. Penuh atas meja dengan kain 1 Malaysia dan crepe wangi. 1 Malaysia dengan crepe wangi ni tengah musim tau. Dah ada baju, kena padankan dengan tudung. Tudung pun ada. Dari saiz S sampai XL. Pilih mana yang berkenan, dan hulur duit. Mudah bukan? Tak perlu ke kedai-kedai berhampiran. Makanya, aku juga tergoda dengan kain-kain yang berlonggok depan mata lalu TERbelilah dua pasang kain dan sehelai tudung bersaiz L. Lagipun harganya agak murah berbanding dengan harga jualan terdahulu. JANGAN RISAU, cikgu-cikgu hanya terlibat dengan aktiviti belian dan jualan ketika TIADA KELAS. Tidak mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran ye.

Nota: Maaf, saya merapu...Sedang risaukan sesuatu sebenarnya.

Novel Setebal 62 Mukasurat?

Puas ku fikir mahu diletak tajuk apa pada entri kali ini. Maka itulah yang terlintas di otak secara tiba-tiba sebentar tadi. Alhamdulillah, semua yang berkaitan praktikum dah selesai kecuali masa untuk aku berpraktikum di SK TKJ. Borang-borang markah dah hantar. Jurnal pun dah selesai. Jurnal praktikum setebal 62 mukasurat yang dikarang dalam keadaan yang tidak menentu itu. Berbaki 8 hari lagi aku di sini. Sebelum bersedih-sedihan, seharusnya aku terus pada apa yang terjadi hari ini.

Sampai sekolah awal hari ni. Alah, awal beberapa minit je dari biasa. Waktu nak intai buku relief dekat kaunter pejabat, terdengar Pn. Narimah mengeluh sebab ramai pulak cikgu tak datang hari ni. Baiklah, bos besar tak ada, mari kita cuti berjemaah. Eh, tak..tak.. Tak pasti kenapa mereka tidak hadir. Mungkin keran kesihatan diri terjejas, atau kesihatan anak tidak mengizinkan. Bos besar memang tiada sejak Isnin lagi kerana berkursus. Bos besar yang dimaksudkan, Pn. Che Da. Awal-awal lagi sudah memberi taklimat tentang latihan yang harus dibuat ketika aku relief kelas beliau. Cikgu-cikgu praktikum memang laku untuk kes relief ni. Mula-mula aku masuk 4 Zamrud pada jam 12.40 hingga 1.40 petang. Wah, sungguh kuat suara mereka hinggakan kelas mereka yang terletak di hujung sana seperti berada betul-betul di sebelah sini. Relief yang ni memang bidan terjun sebab cikgu yang tak datang tu bagi tau saat akhir. Tak prepare apa-apa pun. Jadi, aku cuma duduk di situ merenung masa depan memastikan tiada kes-kes luar biasa seperti bertinju dan bergaduh terjadi. Budak-budak ni memang pantang kalau cikgu tak ada. Macam-macam boleh jadi. Ada 1 kes hari tu, seorang murid kena toreh tangan dengan pisau pengasah pensil. Meleleh-leleh darah mengalir. Kreatif sungguh mereka ni, pengasah pensil pun boleh bertukar jadi senjata.

Pukul 2.40, ada kelas dengan 3 Intan. Secara jujurnya, aku tidak bersemangat untuk menjadi serius seperti selalu dengan mereka pada hari ini. Jadi, aku telah memesan kepada Ketua Kelas 3 Intan untuk membawa anak buahnya ke makmal komputer. Kata-kata azimat untuk mereka supaya dapat berada di makmal komputer; beratur, jangan bising, jangan berlari. Kalau tak ikut azimat ni, kita belajar dalam kelas je. Mereka memang seronok kalau dengar makmal komputer. Jadi, waktu tunggu mereka turun, sayup-sayup aku dengar suara Rahmat menenangkan anak-anak buahnya. Sebijik-sebijik yang aku pesan dia cakap. Tergelak sendirian aku depan pintu makmal tu. Aku bagi diorang tengok kartun. Sambil tengok tu, ada sesi soal jawab pasal apa yang diorang tengok. Kira kena la jugak kartun tu dengan topik minggu ni. Bertapa la aku dengan 3 Intan dalam makmal sampai rehat. Sebelum keluar rehat, tiba-tiba aku rasa nak suruh diorang bawa gam dan gunting untuk lesson esok. Sesuka hati je suruh diorang bawa padahal tak terfikir lagi ni nak suruh diorang buat apa dengan benda-benda alah tu. Suruh diorang buat pamplet pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia ok kot.

Lepas rehat, relief kelas 4 Berlian. Kelas pandai ni.... Paling banyak kerenah pun ye jugak. Jadilah cikgu matematik lagi sekali untuk 1 jam hari ni. Topiknya, Masa dan Waktu. Jenuh jugak mengajar diorang macam mana nak buat. Mintak maaf la ye murid-murid, cikgu tak tau nak terangkan cara paling senang awak nak faham. Berkerut-kerut dahi diorang dengar aku ajar cara pengiraan. Jadi, marilah kembali ke pangkal jalan. Sila ingat fakta ini:
1 jam = 60 minit
1 hari = 24 jam
1 dekad = 10 tahun

Dah kembali ke pangkal jalan, tengok dekat soalan tu dia nak apa. Nak jawapan dalam minit ke atau nak jawapan dalam jam dan minit. Lepas tu, buat la jalan kerjanya. Ok, cukup belajar matematik untuk hari ni.

Lepas mengira, mari menyanyi pulak. Berkejar ke 3 Intan pulak. Relief waktu muzik. Ni pun sama jugak. Dari jauh dah dengar suara. Siap boleh cam lagi suara siapa. Bila masuk je, semua tepuk tangan. Eh, teacher masuk untuk relief je la. Dah bagi salam semua, riuh pulak tunjuk kat kotak kek yang besar kat atas meja cikgu. Subjek muzik ni memang cikgu kelas diorang yang ajar. Jadi diorang menjangkakan Cikgu Mim yang akan masuk dan mengendalikan sambutan hari lahir salah seorang murid 3 Intan ni. Jadi, aku la yang kena handle. Birthday girl memang la teruja sebab hari ni hari jadi dia. Yang lain pun terlebih-lebih seronok sampai kerumun kat depan tu kenapa? Tu baru keluarkan kek dari kotak tu, belum sesi nyanyi lagu dan potong kek lagi. Sangat mengambil masa yang lama untuk mereka tenang sementara aku berpeluang memotong dan mengagihkan kek kepada semua. Bila semua dah dapat kek, barulah boleh makan. Dah mula makan, ada pulak yang habis dulu dan sibuk nak mintak kawan yang masih ada baki kek. Camane tu?? Akhirnya, aku korbankan bahagian aku. Nah, ambik kek teacher ni. Jangan gaduh-gaduh dan nangis-nangis ye. Haish, budak-budak... Sabar je la.

Sementara tunggu Kak Aziatul solat, aku duduk je dalam kelas tu. Dah, bising balik dah. Akhirnya, untuk isi masa lapang, aku tanya diorang siapa yang cita-cita nak jadi cikgu? Semua diam dan buat muka pelik. Ada 5 orang yang angkat tangan. Semua lelaki; Kalai, Kavinash, Dinesh, Arif dan Riveness. Aku suruh diorang berdiri dan tanya soalan sengal; "Apa awak nak buat kalau murid-murid awak bising macam tadi?" Nak tahu apa diorang jawab?
Kalai: Beat them.
Kavinash: Beat them.
Dinesh: Write down their names.
Arif: Slap them.
Riveness: Scold them.
Brutal betul 'cikgu-cikgu' ni. Hahaha..Serius, nak tergelak. Untuk jawapan yang Dinesh bagi, aku tanya balik; "After writing their names, what will you do with the names?" Dia blurr kejap sebelum jawab; "Give them to the headmaster." Okey, boleh la tu. Aku tanya lagi, kamu suka tak kalau saya jadi cikgu yang macam mereka berlima ni? Semua pakat geleng kepala. Barulah senyap...SIKIT.. Tak nak pulak. Aku ada la bagi penerangan sikit pasal hukuman untuk murid bising lepas tu.

Nota: Someone was requested to see photos of my pupils here. InsyaAllah the photos will be uploaded later ya..

Friday, 25 June 2010

Jalan-jalan Buang Masa

Entri kedua untuk hari ni. Hari ni hari Jumaat. Esok hari Sabtu. Hari Jumaat hari terakhir sekolah bagi setiap minggu. Mood cuti pun dah terasa. Cepat je bilik guru kosong hari ni. Hehe... Berlainan pulak dengan aku. Sementara tunggu budak-budak 'surut', duduk la termenung kat kerusi pemandu Mrs. Kanc. Lapar pulak tiba-tiba. Tak dan nak ke kantin waktu rehat tadi. Terasa nak makan sesuatu. Toleh kat sebelah, nampak risalah iklan yang aku ambik kat pagar sebelum ke sekolah tadi. Cuba teka risalah apa?? Papa John's Pizza...! Duduk dekat perumahan ni memang tak sah kalau tak dapat risalah iklan. Macam-macam iklan ada termasuk la iklan pinjaman Ah Long. Apakah?? Ok, berbalik kepada risalah tadi. Nampak sedap je piza ni. Ada tawaran menarik pulak tu untuk combo. Pikir kejap. Mira cakap nak balik rumah hari ni. Ha, kalau Mira ada, boleh jugak pesan combo ni. Bila telefon Mira, dia cakap dia balik Ampang. Alah, duduk sorang lagi la malam ni. Terus la aku halakan kereta tanpa tujuan. Hahaha.. Balik awal pun, bukan ada orang kat rumah nak borak kan? Gi la jalan-jalan buang masa.

nampak offer ni?memang buang tebiat la kalau order untuk makan sorang...

Mula-mula pergi Andalas. Lepas tu gedik singgah Tesco. Usha King's kot-kot ada 40% diskaun macam haritu lagi. Uh, takde diskaun pulak. Sedang aku berjalan tanpa tujuan, seseorang menyapa namaku; "Farahin.." Eceh, ayat novel pulak. Classmate UNISEL rupanya; Khaya. Dia praktikum kat SMK Raja Mahadi. Borak-borak la kejap kat tengah jalan tanpa rasa bersalah. Hahaha... Excited kejap sebab jumpa orang yang dikenali ketika berjalan-jalan tanpa arah. Dah sudah ukur Tesco, terus la pandu kereta menghala ke Bandar Botanic. Samar-samar kelihatan bangunan Jusco. Tinggg..! Apa kata kita ukur Jusco pulak? Hahaha.. Pergilah, pergi ukur. Sebenarnya teringin nak singgah makan. Tapi nampak pelik pulak bila makan sendirian ni. Jadi, aku cuma jalan-jalan saja. Masuk Jusco, habis satu pasaraya Jusco (bukan bangunan Jusco ye) tu aku pusing.

Dah habis pusing, aku jalan ke depan sikit dari La Boheme. Eh, ada ekspo apa tu? Mari kita terjah..! Owh, produk makanan keluaran bumiputra rupanya. Tak ingat pulak nama saintifik spesifik ekspo tu. Ronda la, apa lagi. Macam-macam ada. Pizza ada, coklat, biskut-biskut, kerepek, perencah masakan, kek, makanan kesihatan, dan beberapa produk makanan lagi. Kalau dah namanya produk makanan, mesti la dia sediakan sikit untuk rasa kan? Aku ni lembut hati sikit. Kalau dah rasa, macam kesian pulak kalau tak beli. Lepas tu bila kita lalu depan gerai tu, dia cakap macam-macam untuk promosi produk dia. Cair hati ni... lagi-lagi kalau aku senyum, lagi la semangat dia promosi produk dia. Abeh, tak rasa macam kesian ke? Hahaha...inilah aku. Tapi aku tak rasa banyak pun. Jalan sambil tutup sebelah mata. Cuma terberhenti kat 3 gerai. Gerai pertama, dia jual sambal tumis segera. Bila dah rasa, eh sedap pulak. Erm, beli la... RM 4.90 satu bekas. Lepas tu, pergi kat gerai piza. Beli la satu piza blackpepper. Kan tadi mengidam pizza, jadi beli la yang kuantiti untuk sorang makan boleh habis. RM 6.90 satu. Suruh dia bakar sekali sebab takde caj tambahan. Sementara tunggu piza, jalan ke depan sikit dan terberhenti kat gerai menjual pes masakan. Macam best je. Beli la satu plastik. RM 10. Ada 5 pes. Cuma tambah santan dan ayam/ikan/daging je. Tak pasal-pasal pulak, terbang duit saya.

 ni sambal tumis tu..sedap..macam yang masak sendiri..


ni antara pes yang aku beli..ada lagi 3; pes ikan bakar asli, pes kari ayam dan daging, pes kurma ayam dan daging..

Okey, cukup. Sila keluar dari tempat letak kereta AEON sebelum tempoh 1 jam tamat bagi mengelak caj parking dikenakan. Jadi, itulah saja aktiviti buang masa kali ni. Sebelum entri tamat, beberapa info yang baru diketahui ketika menghantar buku ringkasan mengajar di bilik penyelia petang.
1. Solat Sunat Gerhana Bulan bertempat di Masjid Negeri Shah Alam bermula jam 6.00 petang esok.

2. Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana di Tasik Shah Alam esok, mulai jam 9.00.

3. Konsert Amal Nur Kasih Al-Quds bertempat di KUIS mulai jam 8.30 malam.

Hajat hati, nak pergi ke acara nombor 3. Tapi tak ada teman + jauh + mesti Abah tak bagi sebab sampai malam. Dah la perempuan, memandu waktu malam-malam. Bahaya.. Erm, mungkin akan cuba untuk ke acara nombor 1.

Lega

Salam Jumaat semua. Kalau diikutkan, malas banyak nak menaip. Disebabkan aku rasa macam hari ini perjalanan hidupku bercampur baur antara gembira, cuak, sedih, dan yang sewaktu dengannya, maka aku nak taip jugak. Hari ni last observation oleh supervisor sekolah, Pn. Ananthi. Alhamdulillah, ABM semua dah siap awal-awal. Tengah buat persiapan terakhir tu, ada pengumuman mintak semua murid Islam ke dewan. Ada tazkirah sikit. Kelam kabut la jugak cari Pn. Ananthi tanya macam mana. Akhirnya, mintak tukar jadual dengan Kak Sabiah. Aku ambik masa dia lepas rehat. Alhamdulillah, lega... Jadi, sempat la jugak jumpa budak-budak tu sebelum observation sebab tazkirah tu habis beberapa minit sebelum rehat. Yang kelakarnya, tak sempat jejak kaki dalam kelas lagi, dah kena serbu dengan budak-budak bukan Muslim. Diorang tanya; "Teacher, why they are all crying?" Dah sudah. Macam mana ek nak terangkan? Akhirnya aku cakap la diorang ni baru kena motivasi. Lepas tu, baru la semua "Ooooo.." Ustaz tu buat ala-ala brain wash dekat kem-kem motivasi. Cakap pasal macam mana kalau mak ayah meninggal tanpa sempat diorang mintak maaf, etc..etc..etc.. Macam aku waktu kat Maahad dulu, tiap kali Perkampungan Ilmu mesti ada slot muhasabah ni. Memang sampai bengkak jugak menangis.

Dah habis terangkan kat budak-budak bukan Muslim ni, aku suruh yang lain semua berhenti menangis. Caranya?? "Take out your homework and pass up to me now." Terus la berhenti nangis. Hehe.. Lepas tu, ramai-ramai pulak diorang ni angkat tangan. "Teacher, i'm not doing my homework because I got tuition last night. Didn't have time to finish them." Achhhooo... Mereka mengaku tak buat kerja rumah tanpa rasa takut dan bersalah...! Ni yang nak marah ni. 5 soalan je pun. Jawapannya cari dalam nota yang aku dah bagi awal-awal. Sabar..sabar..Lepas tu aku tanya la, mana yang penting; sekolah atau tuisyen? Semua diam je. Tak lama tu ada yang jawab sekolah tu penting. Memang, sekolah perlu diutamakan. Tuisyen jatuh nombor 2. Aku dulu tuisyen jugak waktu sekolah rendah, sempat je siapkan kerja rumah. Takpe la, takpe. Sebagai cikgu yang tak lama lagi nak tinggalkan mereka, aku bagi diorang masa siapkan. Hah, 5 minit je pun dah siap. Haish...

Bila diorang dah siap tu, aku bagi tau aku akan masuk lagi lepas rehat. Macam-macam reaksi. Ada yang tanya kenapa. Aku pun terangkan la dengan panjang lebarnya. Antara yang aku cakap, aku dah nak tinggalkan diorang. Dah, semua sibuk pulak tanya; "Teacher, can I have your phone number?", "Teacher, do you have facebook?", "Teacher, I want your email." Ah, sudah.. Sabar ye, teacher masih ada 2 minggu kat sini. Tapi tak puas hati jugak, nak jugak nombor telefon, email, dengan facebook aku dan-dan tu. Aku cakap; "I'll give you my number etc..etc.. But, not now. Before I leave." "Ala, teacher..." Hahaha..tergelak sendiri dalam hati dengan gelagat diorang.

Ada jugak sesuatu yang buat aku sedih. Lepas semua dah kecewa sebab tak dapat nombor telefon, ada sorang budak India datang kat aku. Dia cakap, kenapa aku nak pergi? Selama ni kan kitorang dengar cakap teacher. Cuma A****** sorang je yang selalu nakal dengan teacher. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aiseh, macam ni pulak? Aku cakap elok-elok yang aku memang mengajar kat sini 3 bulan je. Dia diam kejap. Lepas tu sebelum aku bagi diorang keluar rehat, dia datang lagi kat aku cakap benda yang sama. Adeh, jenuh la pulak nak cari ayat yang sesuai. Dengan budak-budak kelas ni, memang kena sangat hati-hati sebab diorang sangat sensitif. Senang menangis. Bayangkan, bila waktu soal jawab, ada yang menangis sebab aku tak nak dengar jawapan diorang...! Bukan tak nak dengar, cuma aku cakap tunggu giliran, jawab sorang demi sorang. Benda kecik macam tu pun boleh buat diorang nangis. Sabar je la...

Jadi sekarang ni, kira macam semuanya dah selesai. Lapang dada sikit. Cuma perlu siapkan beberapa perkara kecik je.Harapnya semua akan berjalan lancar...

Wednesday, 23 June 2010

Malaysia Kini

Sejak duduk rumah bujang yang tak berapa nak bujang ni, hari-hari mesti tengok Buletin Utama sekerat(sebab 8.30 layan Korea). Bila dah tengok berita, macam la isunya kan. Cerita semalam, seorang pelajar sebuah sekolah menengah agama tumpah darah. Kalau dah kata tumpah darah, mesti la sebab mengandung. Yang sedihnya, sebab mangsa ini di tarbiyah di sekolah agama. Bila borak-borak dengan Kak Chik pasal benda-benda macam ni dulu, tiada jawapan lain yang sesuai keluar dari mulut beliau melainkan; "Iman tu tak dapat diwarisi." Betul...jadi, kena la bina iman dalam diri. Belum cukup sekadar bina. Kena mantapkan setiap hari. Teringat tazkirah dari almarhum Ustaz Arman; "Jangan malu nak mintak pada Allah. Bahkan, Allah galakkan kita meminta dari dia. Bagaimana? Berdoalah. Kalau rasa susah sangat nak solat 5 waktu sehari semalam, mintalah pada Allah agar diberi kekuatan untuk laksanakan solat 5 waktu tu. Yang penting, kita minta, dan usaha." Ini antara isi tazkirah yang aku paling ingat. Ringkas tapi jelas dan padat. Buat anak-anak dara sekalian, jaga diri, jaga iman. Andalah bakal mencorakkan 'kain putih' anak-anak anda di masa akan datang.


Ada sesiapa yang tengok piala dunia? Aku tak berapa nak layan bola sepak ni. Setakat kacau Abang aku tengok bola, ada la. Hahahaha...Dia auta aku, aku fire dia. Lagi isu pasal piala dunia. Berjudi pulak dah....Tak ada kerja ke?? Baik la simpan duit tu untuk masa depan. Kan bagus? Nak tengok bola, tengok je la. Tak payah la nak meramal nasib pulak. Membazir dan berdosa tau berjudi ni. 

Nota: Tahniah buat Aini yang selamat bertunang pada 19 Jun lepas. Semoga tarikh langsung tu dah tetap ye.(Eh, tetiba pulak..)

Lega...(sikit)

Alhamdulillah, hari ni observation terakhir oleh pensyarah. Walaupun ada sedikit kekalutan pada hari sebelum, tapi semuanya berjalan lancar hari ni. Serius, sangat cuak bila Prof. nak datang tengok. Markah bertambah sikit dari observation pertama. Sebab kali ni 3 Intan. Senang sikit nak handle budak-budak ni. Sekarang, aku tau jadi cikgu ni bukan senang ye... Sabtu lepas, Kak Ebib buat house warming sempena pindah masuk rumah baru. Orang Melayu cakap, kenduri doa selamat. Waktu macam ni la baru saudara mara semua berkumpul. Waktu borak-borak ni, terselit la tentang cabaran dan tanggungjawab seorang cikgu. Kak Ebib pun cikgu. Adik beliau, Helmi pulak bakal cikgu. Borak punya borak, masuk pulak bab sampah. Cakap punya cakap, Kak Ebib meluahkan rasa kecewa pada anak muridnya bila si murid tadi menjawab; "Cikgu, saya bukan MPK nak kutip sampah ni," bila disuruh mengutip sampah. Adoyai, budak-budak zaman sekarang. Sabar je la ye.. Elemen terpenting anda perlu terapkan pada diri jika mahu menjadi guru, SABAR.Waktu aku bersama murid-murid 3 Intan, Delima dan Mutiara berbaki lagi 2 minggu. Sedih la pulak. Masa berlalu begitu pantas. Hmmmm...

Sebagai peringatan, segala borang yang berkaitan HARUS dihantar kepada beliau pada Rabu depan, 30 Jun 2010 beserta jurnal. Kawan-kawan, dah siap jurnal? Ada yang rongak? Ada masa lagi nak tampal. Hehehe.. Rasa macam banyak nak bebel. Tapi, tak apalah. Cuma ini yang boleh dibebelkan.

Nota: Rindu pada laut. Jom jalan-jalan ke Tanjung Harapan!

Abah Saya...

Ini cerita hujung minggu sudah. Seperti yang diketahui, hari Ahad minggu ketiga pada bulan Jun setiap tahun adalah sambutan Hari Bapa di Malaysia. Ye, mungkin ada yang cakap; "Eleh, takkan nak tunggu bulan Jun baru nak raikan abah?", "Ha, sambut hari bapa tu kan budaya Barat." etc. etc. etc. Sejarah hari bapa mungkin ada diceritakan dimana-mana dan kisahnya mungkin tak sama berdasarkan sumber-sumber yang ada. Ok, tapi aku meraikan Abah. Ye la, kalau selalu nak buat yang istimewa, idak ke pelik pulak? Kalau sekali-sekala, kira ada kelainan la. Fakta ke auta ni??

Kejadian berlaku pada Sabtu malam. Bukan Ahad. Tapi kira ada Ahad di situ; malam Ahad. Petangnya, Abah ajak makan kat luar. Sebab aku dah beli kek bagai, maka tak jadi la makan luar. Makan la dalam rumah je. Hehehe...Gambar-gambar hari kejadian masih tersimpan di kamera kerana ketiadaan masa untuk memindahkan tempat simpanan ke dalam laptop. Ok, ini Abah saya. Gambar ni di ambil waktu hantar pengantin ke....aiseh, lupa pulak nama tempat tu. Senang cerita, waktu Abang Izan kahwin 2 tahun sudah.

Abah saya pendiam. Jarang marah tapi kami gerun dengan beliau. Anak-anak murid Abah cakap, Abah baik tapi tegas. Kata warden asrama, harus la begitu. Abah saya sangat suka berkebun. Waktu masih kerja dulu pun memang hari-hari akan ke kebun di tepi dan belakang rumah. Kadang-kadang, waktu balik rehat tengahari pun jejak kaki jugak kat kebun tu. Dah pencen ni, apatah lagi. Alhamdulillah, Abah masih sihat dan kuat. Jarang sakit teruk. Tapi kalau demam, sampai seminggu jugak. Teringat satu cerita... Waktu tu Abah demam teruk. Orang sakit kadang-kadang ada mengidam nak makan apa-apa kan. Jadi, Abah teringin nak makan sup ketam(ketam adalah kegemaran Abah). Malangnya, orang yang tahu menyiang ketam di rumah hanya Abah. Cemana tuh?? Aku dengan arwah mak gelak-gelak kat dapur. Tak tau nak siang ketam sebab selama ni Abah yang buat semua tu. Ulang alik la dari dapur ke bilik tanya macam mana nak siang ketam. Serius, sampai sekarang masih ingat walaupun cerita tu dah agak lama. Kesimpulannya, saya tidak tahu menyiang ketam. Hehehe...Walaupun lewat menulis tentang Hari Bapa, aku tetap nak abadikan dalam sini. Semoga Abah dikurniakan kekuatan dan kesihatan dalam menjalani kehidupan. Aminn...

Friday, 18 June 2010

Komunikasi Solehah

Dah lama tak mengulas tentang ilmu. InsyaAllah kali ni aku titipkan sikit apa yang diperoleh dari segmen Al-Hidayah tadi. Tak sempat aku catat semua, jadi aku kongsikan apa yang sempat dicatat.


4M yang menjauhkan komunikasi...
-Mengkritik
-Membina sempadan
-Mencela
-Menyalahkan orang lain

10 cara untuk berkomunikasi:
1. Cari tempat dan suasana yang sesuai.
2. Jangan potong waktu oran bercakap. Tunggu sampai orang tu habis cakap, baru la kita cakap.
3. Jadilah pendengar yang baik. Raikan orang yang sedang berkomunikasi itu dengan cara memandang wajahnya dan lihat matanya. Tapi AWAS! Bagi lelaki dan perempuan bukan muhrim, sila tundukkan pandangan ye.
4. Gunakan body language yang sesuai.
5. Wujudkan rasa empati. Letakkan diri kita pada tempat si dia.
6. Beri respon. Senyum atau angguk atau apa-apa la yang sesuai.
7. Bagi sokongan pada idea yang dilontarkan.
8. Beri kelegaan sekiranya si dia meluahkan masalah dengan cuba memikirkan cara penyelesaian.
9. Ungkapkan kasih sayang. Dengan cara dan orang yang sesuai ye.
10. Tegaskan emosi. Jangan la buat tak tahu je waktu orang tu bercakap. Gunakan bahasa yang sesuai dan lembut.

Misi Terlaksana!!

Alhamdulillah, to-do list yang dibuat sejak mula cuti sudah banyak yang ditanda 'selesai'. Hari ni, bangun pagi. Sesuatu yang jarang dibuat. Err,maksudnya tak pengsan balik selepas subuh. Dapat la basuh baju-baju yang bertimbun tu. Tapi, bila waktu aku membasuh baju dengan banyaknya, matahari pulak tidak bersinar riang. Malu-malu je Encik Matahari berselindung di balik awan. Takpe, dia keluar kejap-kejap pun kira ok la. Hehe.. Kemudian, keluar rumah. Dah lama sangat mengidam nak makan nasi lemak bungkus yang jual tepi jalan. Memandangkan pertama kali keluar cari sarapan, jauh jugak aku meronda. Demi kerana nasi lemak..Nasi lemak kerang lagi. Konon-konon nak tambah hemoglobin kan. Hahaha...

Sampai je rumah, nampak sampah sarap berlonggok-longgok tepi jalan. Owh, lori sampah nak datang kutip la tu. Sampai je, terus keluarkan sampah kat dapur. Tiba-tiba, teringat teguran abah minggu lepas; "Rumahnya kok semak betul. Cabut la sikit-sikit rumput-rumput tu.." Ha, tu dia. Big Boss buat pemeriksaan mengejut. Hehe.. Jadi rajin sikit sapu daun-daun kering dan cabut rumput yang boleh dicabut. Lepas sarapan, memang terasa sungguh kenyang. Jadi untuk mengelakkan mata kuyu dan lemak tadi terkumpul bersama lemak sedia ada, terus la cari penyapu. Rumah memang dah berhabuk Kena la sapu. Bukan senang aku nak kemas rumah ni. Serius, aku bukan jenis yang rajin berkemas. Cuma sesekali angin kus-kus datang, baru kemas secara drastik. Kahkahkah... Macam ni punya orang pun ada ke? Ada, aku la tu.

Dah sapu, mop lantai pulak. Rasa tak sedap je kaki ni pijak lantai. Dah siap mengemop, angkat karpet letak kat pagar. Rasa macam berkepuk-kepuk habuk terperangkap dalam serat-serat karpet. Terus cari apa-apa yang boleh digunakan untuk 'memukul' Encik Karpet supaya habuk hilang. Memang, banyak tahap gaban habuk dia. Terpaksa jadi ninja kejap. Pukul...pukul...pukul...pukul sampai habuk takde. Tukar kepada karpet kedua. Pukul...pukul...pukul..pukul..pukul sampai habuk hilang. Okey,siap..! Masuk rumah, tengok ruang tamu. Macam nak tukar susunan kerusi. Dah jemu pulak. Tak larat nak angkat sorang. Tarik aje la. Dah alih susunan, rasa macam sarung kusyen ni perlu diganti. Selongkar almari cari sarung kusyen bersih. Aktiviti menukar sarung kusyen dilakukan sambil menonton televisyen. Ceh, ayat skema pulak. Dah sudah tukar, macam bau almari pulak kusyen ni. Terus aku sembur Febreze, bagi wangi sikit. Kerja siap, cerita pun dah habis. Terus ke agenda utama...Jeng..jeng..jeng..

Basuh kereta! Kesian Mrs. Kanc, dah tak serupa kereta dah. Dari haritu nak hantar cuci tapi dok nanti, nanti, sampai dah tukar warna. Nasib baik ada pencuci kereta kat dalam stor, Kalau tak, ada yang basuh kereta guna Biozip Ros. Jirus, jirus. Gosok, gosok. Jirus lagi. Ok, siap..! Boleh la tu. Asal nampak rupa kereta..Heee.. Masuk dalam, lipat baju pulak sambil menonton televisyen...lagi. Okey, siap sudah semua kerja. Tabiat ini dinamakan 'Rajin Kus-kus'..Hahaha...Hah, siapa nak datang rumah, sila-sila... Aku dah kemas dan bagi wangi...

6 Bulan Pertama

Salam ketemu...blog ini semakin sunyi nampaknya. Namun, aku cuba untuk tidak melupakan ia kerana ini adalah sebahagian dari hidupku. Hampir semua yang aku tempuhi dan lalui dalam kehidupan seharian aku titipkan di sini. Kalau ada yang sudi menjengah, silakan. Tapi catatan ini tidak lain untuk diri sendiri. Sebenarnya, ada banyak perkara yang memberat di kepala dan keadaan itu sedikit sebanyak membataskan masa untuk menulis. Juga, aku masih lagi warga UNISEL sehingga akhir tahun ini. Biarlah lambat, asal puas hati.

Berbalik pada tajuk entri ini. Tahun 2010 sudah pun sampai ke pertengahan. Bagaimana dengan diri sendiri? Terlaksanakah azam yang dibuat sebelum 2010 menjelma dulu? Bagaimana iman? Terjagakah? Bagaimana amalan? Adakah sentiasa ditambah atau berkurang? Sebagai manusia, aku perlu sentiasa muhasabah diri sendiri. Aku paling ingat satu mesej ringkas dari seorang sahabat yang kini berada jauh di seberang laut. Mesej yang bersahaja tapi terkesan di hati.'Jaga diri, jaga iman, dan jaga amal baik-baik ya sayang..' Begitu pesannya. Terima kasih Man, kerana mengingatkan. Bercakap tentang Man, baru aku teringat. Aku terlupa tentang hari lahirnya..! Saban tahun, walaupun hanya mengucap selamat melalui SMS, aku akan kirimkan SMS padanya.

Jadi, untuk entri kali ini, khas untuk ucapan hari lahir kepada teman-teman. Dalam kalendarku, ada saja tarikh yang ditandakan menunjukkan ada hari lahir seseorang. Maaf kerana tahun ini aku menjadi kedekut dengan ucapan. Selepas di semak, tiada entri untuk meraikan sahabat-sahabat sekalian pada hari lahirnya di Atas Nama Cinta. Jadi, mari kita lihat siapa yang kena...

Jun
14 Jun - Shah, orang yang memperkenalkan i Rakan padaku
13 Jun - Nani, sahabat di Hamidiah
           - Hani, sahabat di Hamidiah
           - Atelia, adik usrah di UNISEL
           - Diela, adik usrah di UNISEL
14 Jun - Maznee Ma, sahabat Hamidiah yang kini berada di seberang laut
16 Jun - Izie, teman sebilik sewaktu di Tahun Asas
19 Jun - Dyaz, teman gosip dulu, kini dan selamanya...
22 Jun - Aida, sahabat zaman kanak-kanak yang baru jumpa semula

Mei
5 Mei - Ain Nadia, sahabat Hamidiah
15 Mei - Bazliah, sahabat Hamidiah
16 Mei - Cik Iti, makcikku yang ada di sisi mak ketika
              menghembuskan nafas terakhir


April
2 April - Wana, adik usrah di UNISEL
3 April - Abang Faiz, abang sulungku
           - Ifdal, adik yang semakin matang dan selalu memberi nasihat
25 April - Umie, sahabat rapat yang kejap ada kejap takde
28 April - Adawiah, adik usrah di UNISEL(akak tak lupa besday awak tau..)
30 April - Ain Nuar, sahabat Hamidiah yang bakal menjadi guru matematik..
              - Najib, sahabat i Rakan yang kejutan hari lahirnya tak menjadi tahun lepas


Mac
14 Mac - Abang Farhan, abang keduaku
30 Mac - Na, sahabat Hamidiah juga teman bergosip


Februari
5 Februari - Abah tersayang
6 Februari - Aina, adik usrah di UNISEL
11 Februari -Kak Chik, sahabat yang berkongsi suka duka juga teman buang tebiat
28 Februari - Fendi, sahabat i Rakan


Januari
14 Januari - Abang Garang, sahabat i Rakan yang garang tapi handsome (kata beliau..)
20 Januari - Rahmah, sahabat i Rakan
26 Januari - Nabila, sahabat Hamidiah
27 Januari - Radin, sahabat Hamidiah yang ceria dan periang
                - Mada, sahabat Hamidiah yang sporting


Bersama ini, disertakan kek yang comel (tapi cuma gambar je...hehe) dan ucapan pendek untuk anda semua...
ha,ambik sorang satu ye..tak cukup, potong yang kat bawah ni...hehehe

potong sama besar ye...
Selamat Hari Lahir buat kalian.. semoga umur yang bertambah turut meningkatkan iman dan amalan. Doaku, agar rahmat Allah sentiasa mengiringi...

Wednesday, 9 June 2010

Mari Berpesta...

Uih, macam gerun je tajuk entri ni. Pesta apa neh? Malam pesta muda mudi ke? BUKAN la...Marilah berpesta buku...!Hehehe.. Ye, Pesta Buku Selangor bakal tiba lagi. Sesiapa yang berhajat nak tambah koleksi buku dan tambah ilmu, moh la datang ramai-ramai.


Sila klik banner untuk gambaran yang lebih jelas ye..

Melencong...

Aku masih berada di bumi Klang. Benda alah term paper ni yang membuatkan aku masih di sini. InsyaAllah segalanya berjalan lancar. Tak nak cerita keserabutan aku dengan benda alah term paper. Nak cerita yang menyenangkan hati je. Boleh? My blog, my rules...hehehe... Ahad lepas, terlebih rajin memuding trifle. Sebab niatnya nak ke rumah Wak Yah. Macam tak seronok pulak datang dengan tangan kosong. Maka terciptalah 2 bekas sederhana besar puding trifle. Tujuan asal nak pulangkan pendrive je. Boleh pulak terlepak lama kat sana. Hehehe... Secara tidak sengaja, aku merancang untuk ke Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam bersama dengan Cik Sepupu. Siap usha bukak pukul berapa tu sebab konon-konon nak pergi awal. Bila dah tukang rancang ni spesies kelawar, memang hampeh la nak gerak awal. Bangun dah la lambat. Pergi basuh baju lagi. Sidai baju lagi. Akhirnya matahari tegak atas kepala, baru kami gerak. Hahaha...

Lama jugak kami bertapa di dalam sana. Mujur tak sejuk macam hari tu. Agak kecewa sebab tak dapat banyak bahan pun. Tak apalah... Dah sudah bertapa, maka kami pun melencong ke tempat lain. Jeng..jeng..jeng.. SACC Mall jadi sasaran. Aku jalan-jalan cuci mata je. Tak terniat nak membeli apa-apa pun. Cik Sepupu yang jalan-jalan cuci poket. Hahaha...takpe, bukan selalu pun kan? Lagipun setahun sekali je beli hadiah untuk yang tersayang. Erk, untuk Kak Elin la. Besday beliau akan tiba tidak berapa lama lagi. Kira satu bangunan tu jugak la kami redah. Nasib baik tak jelajah bangunan yang sebelah dia tu. Kalau tak kerana dah petang, mau jugak kami terjah bangunan yang sebelah tu.

Dah jalan-jalan cuci poket, perut berbunyi pulak. Jadi, marilah kita jalan-jalan cari makan. Sekali sekala keluar dengan Cik Sepupu memang seronok. Banyak je benda nak borak. Sambung borak kat Pak Li Kopitiam. Kata jalan-jalan cari makan, tak nak la pergi mamak. Saja nak buang tebiat makan kat tempat yang tak biasa pergi. Ramai sungguh manusia yang bergelar lelaki. Jadi kami masuk sedalam yang boleh dan memilih tempat yang agak tersorok. Lebih selesa untuk menelek menu yang pelbagai tu. Lepas lama menelek menu, aku telah memesan Mee Udang dan Tiramisu Coffee manakala Cik Sepupu pula telah memesan Laksa Katong dan Honey Lemon Tea. Secara keseluruhan, makanannya boleh tahan. Boleh tahan je? Ok la, sedap... Tapi tak pedas. Tak apa, lain kali kita terjah tempat lain pulak...Ngeh..ngeh..ngeh...

Nota: Psstt, kalau dah sudah masukkan gambar-gambar wedding dan gambar hari kejadian, habaq mai na.

Friday, 4 June 2010

Buang Tebiat...

Lama tidak bertegur sapa dengan blog. Sibuk ke? Boleh la kata camtu. Susah hati sebenarnya. Tarikh hantar term paper dipercepatkan kira-kira sebulan. Mau tak susah hati? Huhuhu...Sempatkah? 'Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..Ameeeeeeen'. Rasa macam nak tulis banyak-banyak. Tentang kisah sinoman* hari Sabtu lepas. Tentang jemputan untuk sinoman lagi. Tentang serangan Israel terhadap Mavi Marvara. Tentang aku dan mereka pergi buang tebiat. Tentang jemputan ke majlis khatam quran. Tentang.... Tentang... Tentang...

Pelan-pelan kayuh taip. Hehe... Minggu ni budak-budak periksa. Memang sunyi je suasana kat sekolah tu. Ragam mereka, tetap seperti biasa. Ada saja cerita lucu dan menggeramkan tentang mereka berlaku setiap hari. Budak-budak zaman sekarang, memang macam tu agaknya. Waktu jaga periksa 3 Mutiara, boleh pulak berduyun-duyun angkat tangan nak pergi tandas. Gerammm... Maka aku terus bertanya; "Ha, siapa nak pergi tandas?" Hampir semua angkat tangan. Lagi la gerammm nyah. Lantas aku berkata; "Ok, nanti saya bagi tau Puan Che Da, 3 Mutiara nak jawab periksa dalam tandas. Jangan risau ye, awak cuma angkut kerusi meja ke sana je." Semuanya terdiam dan terpinga-pinga. Ada juga yang ketawa. Geram seh. Tapi diam dioarang tu kejap je. Pastu sok sek sok sek balik. Waktu jawab periksa pun boleh buat bising. Apakah?? Kelas 3 Intan pulak, asyik angkat tangan je nak tanya. Ada pulak yang tanya jawapan. Apakah?? Sabar je la... Nasib baik 3 Intan. Hari ni, masuk 3 Delima. Masing-masing sua kertas mintak tolong periksa jawapan. Boleh la ambik 2 ke 3 orang. Matematik pulak tu. Kalau nak diikutkan, aku bukan dari spesies yang terror matematik. Dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, dengan bantuan cikgu-cikgu matematik dan arwah mak, aku boleh la lalui waktu-waktu bersama matematik dengan susah payahnya. Eceh..

Isnin lepas, waktu sedang memandu tanpa arah(membuang tebiat), satu SMS masuk ke dalam peti simpanan. Memandangkan sedang berhenti menanti giliran untuk jalan, aku baca juga SMS tu. Mesej dari seorang junior ketika di Maahad dulu. Agak panjang juga. Inti patinya; Israel telah menyerang konvoi Life Line 4 Gaza. Terkejut aku... Terus istighfar. Sungguh-sungguh terkejut. Baru je tengok berita malam tadi yang mengatakan perjalanan konvoi itu lancar. Apa yang termampu aku dan kita semua lakukan, panjatkan doa agar Allah melindungi dan membantu mereka yang menjadi mangsa. Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.

Dah 2 malam aku menjadi kelawar. Menerima ajakan untuk makan di luar sebenarnya. Erm.. lama fikir. Kalau keluar malam, aku akan terlepas; 1. Buletin Utama, 2. Brilliant Legacy. Apakah?? Hahaha... Fikir...fikir...dan fikir... Tak apalah, tak salah meraikan kawan. Lagipun ada rezeki lebih minggu ni. Semalam keluar bertiga. Dengan siapa? Identiti terpaksa dirahsiakan atas permintaan empunya diri. Owh, bukan sang jejaka. Kaum sejenis juga. Kah..kah..kah..poyo je. Alhamdulillah, murah rezeki kami. Tak sangka jugak mulanya. "Terima kasih kak.." Semalam jugak aku jejak kaki kat satu tempat tu. Kalau ajak Umie, memang sah dia takkan tolak. Tempat apa tu? Gi la tanya Umie dia suka gi mana... Hahaha.. Tapi, taubat aku tak nak naik benda alah tu lagi. Rasa macam nak gugur jantung ni. Tobat...tobat...

Siang tadi waktu nak solat Zuhur, ada 4 orang manusia sedang sibuk berbincang tentang Warisan... Owh, perancangan malam ni rupanya. Keluar makan lagi gamaknya. Kak Akmal mengidam nak makan RasaMas Warisan Roaster. La, ingatkan dah lupa. Rupanya masih melekat di ingatan. Kami nampak menu RasaMas Warisan Roaster ni bila dah pesan menu lain waktu makan di RasaMas  beberapa minggu lepas. Lama tu, beberapa minggu lepas. Ok, tak mengapa... Beres...RasaMas masih mampu lagi walau keadaan kewangan tidak 'menggembirakan'. Hahaha..boleh pulak ek.. Kebetulan, aku puasa hari ni. Jadi, kira tak apalah nak keluar makan malam-malam. Lepas maghrib tadi, bergeraklah kami ke Jusco Bukit Tinggi. Saat melangkah ke pintu masuk, aku gatal bersuara; "Akak, ntah-ntah ayam tu dah habis." Kak Akmal gelak-gelak dan berkata; "Awak jangan, akak tak kira, nak jugak." Hehehe... Bila buku menu berada dalam tangan kami, kami selak sekadar dipinggiran sebab menu Warisan Roaster tu menu baru. Panggil pelayan dan terus pesan Warisan Roaster set untuk 4 orang. Berlakulah dialog di bawah.

Pelayan: "Maaf ye, rasanya untuk Warisan Roaster ni tak cukup seekor ayam." 
Masing-masing buat muka kecewa.
Pelayan: "Tapi nanti saya confirmkan dulu." 
Pelayan tadi menyambung. Mungkin terkesan dengan muka kecewa kami. Kah..kah..kah.. Sementara menanti dia kembali,
Kak Akmal: Awak la ni, mulut masin. Hehehe.. Ampun... 
Aku: Mulut saya kurang masin kak. Ada sorang kawan saya, mulut dia memang masin. (Anda tahu siapa anda. Anda yang membuat panggilan rindu petang tadi tu la. Tunggu I topup ye,nanti I call u back..hehe) 
Kak Ina: Kalau tak ada, kita pergi tempat lain ar.
Hahaha...apa-apa aje. Bila si pelayan kembali, dia memberi khabar;
Pelayan: Warisan Roaster cuma ada half je. Boleh tak ganti dengan Pepper Roaster?
Kak Ina: Sedap tak Pepper Roaster tu?
Pelayan: Errr, rasa lada hitam.(memang la, dah kata Pepper kan..)
Mira: Banyak tanya ar ko kak
Aku: Perasa lain ada tak? Percik ke?
Pelayan: Perasa lain pun dah habis. Tinggal Pepper je..
Kak Akmal: Ha, boleh la. Rasa jugak Warisan tu.
Pelayan: Ok. Ada nak tambah apa-apa?
Aku: Jap, nak study menu ni jap.
Kak Ina: Pilih..pilih..
Mira: Boleh la, ambik Kutlet Ubi Kayu dengan Ais Krim ni.
Kak Akmal: Ok, dah tu je. Terima kasih..

Inilah dia Encik Warisan Roaster yang disebut-sebut tu...

Set untuk Warisan Roasters ni terdiri daripada;
- 4 Nasi Pandan
- Seekor Ayam Panggang Warisan (Whole Warisan Roasters)
- Sup kosong (Clear soup)
- Sepinggan ulam
- Sepinggan tauhu ayam (Beancurd Chicken Roll)
- Sambal
- Dan juga begedil (yang berharga RM 1.50 seketul)


Beancurd Chicken Roll

Fishcake

Begedil..(tidak la dia hidang dalam pinggan asing macam ni...ia diletak sekali di sisi nasi..)

Ni la Kutlet Ubi Kayu dengan Aiskrim tu...orang Jawa kata, Getuk Ubi...cayalah, Getuk Ubi dimakan bersama aiskrim..sedap jugak...

Maka, kami pun menikmati hidangan dengan riuh rendahnya. Memberi kritikan itu dan ini. Ish, tak baik sungguh. Depan rezeki ni. Hahaha... Nasib baik duduk luar. Jadi, tak kedengaran sangatlah keriuhan kami tu. Terima kasih Kak Akmal. Murah rezeki kami malam ni....Apa pun, sedap menu kami tadi. Boleh datang lagi ni...Hahaha...ada hati tu...Pengakuan jujur, begedil dia kureng sikit. Begedil di kantin SK TKJ jauh lebih sedap dan murah harganya..Kata, RasaMas..normal la tu....

*sinoman adalah perkataan Jawa yang membawa maksud rewang. Rewang tu apa? Pergi tanya Wak Mis.hehe..Waktu kecik-kecik dulu kalau ada perkataan Jawa yang kami adik-beradik tak faham, mak suruh tanya kat Wak Mis maksud dia..

Ok,dah..dah..gi sambung buat term paper..bukan main lagi mengarut dalam ni ye...hehehe...