Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 July 2010

Akhirnya

Sepinggan penuh..

zoom lauk pulak

Selepas berbulan-bulan teringin nak makan nasi beriani dan berminggu-minggu bercadang untuk memasaknya, akhirnya hajat terlaksana petang tadi. Rancangnya, nak masak hujung minggu hari tu. Semangat aku redah Tesco carik barang hari Rabu lepas. Sampai dah layu karet dalam peti sejuk tu. Haha.. Hari ni jadi jugak projek ni. Terpaksa masak petang sebab tunggu Abah beli ayam sampai tengahari. Hehehe...Ni resepi campur-campur + campak-campak. Mengikut stok yang ada kat rumah. Untuk nasi, aku tengok resepi kat Mingguan Wanita + belakang paket rempah beriani. Jadi la cenggini...

Bahan-bahannya:
3 pot beras basmathi
2 sudu minyak sapi
1 sudu marjerin
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia
sekuntum bunga lawang
5 biji cengkih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
daun sup
daun ketumbar
2 helai daun pandan
sebiji tomato (dilenyek)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar jus limau Sunkist
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh pewarna kuning

Cara masak:
1. Tumiskan bahan-bahan rempah bersama minyak sapi dan marjerin. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris. (Aku tumbuk sekali bawang + halia + daun sup + daun ketumbar). Bila dah naik bau, masukkan tomato lenyek + rempah beriani. Rempah beriani tu bancuh dulu dengan air sikit. Kira jadi macam pes la.
2. Bila tumisan tu dah pecah minyak, masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan masukkan jus limau Sunkist. Masukkan juga daun pandan yang disimpul.
3. Kemudian, masukkan beras dan masak mengikut sukatan air yang mencukupi. Biasanya 1 pot beras memerlukan 1 pot air.
4. Bila nasi dah hampir masak, titiskan pewarna kuning. Gaul nasi sebelum dihidangkan.


Sukatan dedaun tu aku agak-agak je. Pewarna tu kalau tak ada pun takpe. Untuk resepi ayam perap masak merah madu tu aku tengok resepi kat sini. Dalca tu pun main campak je.Ikut bahan apa yang ada kat dalam peti. Ala-ala buat kari jugak resepinya. Acar pun sama gak. Hehehe..Malas nak korek resepi. Tapi kalau nak cuba, ini resepi yang aku 'goreng' tadi...

Acar Kuning
2 biji timun (hiris memanjang)
2 batang lobak merah (hiris memanjang)
1 ulas bawang merah (diracik halus)
3 ulas bawang putih (diracik halus)
3 ulas bawang merah (dibelah 4)
2 tangkai cili merah/hijau (belah 4 dan buang bijinya)
1 camca serbuk kunyit
1/2 camca serbuk kari
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara masak:
1. Tumis bawang yang diracik halus hingga layu. Masukkan bawang yang dibelah empat sekali dengan cili. Kacau seketika.
2. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari. Masukkan juga sedikit air dan kacau hingga rata.
3. Masukkan lobak dan timun. Gaul rata dan biarkan seketika. Akhir sekali, masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan biarkan seketika. Jangan masak lama sangat sebab nanti timun dan lobak tu dah tak rangup.

Kalau ada yang rajin, boleh la cuba buat. Satu petang aku ipruk kat dapur. Sanggup?? Sanggup...kalau dah teringin tahap gaban, buat apa pun sanggup. Hahaha...Rasanya boleh la tahan. Tapi tak terbanding la kot dengan Briyani King punya. Kiranya kalau makan kat Briyani King tu tak payah la komen mahal ek. Memang patut dia caj sepinggan RM9.90.

Monday, 26 July 2010

Banana Crumbs Muffin

Projek hari ni, menghabiskan pisang yang hampir 'bonyot' kat dapur tu walaupun projek nasi beriani masih belum terlaksana. Cadangnya nak masak beriani tu semalam tapi ada rezeki dari nenek dan ada kenduri sampai 2 tempat pulak. Kalau masak jugak memang la membazir namanya. Hari ni pun cuma makan berkat kenduri semalam je sebab memang belum diusik langsung. Dapat-dapat je terus masuk peti sejuk. Akhirnya aku cuma mengerjakan pisang je la. Dah lama betul nak cuba resepi ni sejak nampak kat dalam blog masakan yang lain. Senang je pun. Yang penting, tak payah guna mixer. Cuma kacau guna senduk je. Ok, cukup merapu. Mari tengok resepinya...

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang besar - dilenyek (aku guna 4 biji pisang abu)
3/4 cawan gula (boleh kurangkan sikit sukatan gula kalau tak suka terlalu manis)
1 biji telur - pukul sikit
50 g mentega - dicairkan

Bahan tabur:
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
secubit serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega dalam periuk menggunakan api perlahan.
2. Panaskan oven.
3. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, baking powder dan garam.
4. Dalam bekas lain, masukkan pisang yang dilenyek, gula, telur dan mentega cair. Kacau rata.
5. Tuang adunan pisang dalam tepung dan gaul hingga sebati.
6. Sudukan dalam acuan 2/3 penuh.
7. Satukan bahan tabur dan gaul menggunakan hujung jari. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
8. Tabur atas adunan dan bakar hingga masak.

Boleh la cuba resepi ni ye. Mudah dan ringkas. Yang buat muffin ni best adalah crumbs dia yang rangup tu. Nasihat ikhlas, gula tu kena kurangkan dari sukatan asal sebab pisang tu pun dah manis dan gula pun dah naik harga.



Nota: Gambar tempek kemudian ye sebab malas nak bukak laptop.

Thursday, 22 July 2010

Banyak Nak Buat

Banyaknya benda nak kena buat bila dah duduk kat rumah ni. Nak mengemas rumah. Nak membasuh baju. Nak memasak to-cook list. Hahaha...Sape suruh buat list tu? Semua ni kena seru semangat rajin-tahap-gaban baru la jalan sebab aku bab-bab mengemas ni lemah sikit. Baiklah, mahu menyiapkan bahan-bahan memasak juadah buka kejap lagi.

Monday, 19 July 2010

Pizza Segera Humraaz

Pizza kali ni tak payah uli doh. Cuma guna roti pita sebab ada orang tu syok beli tapi tak reti nak makan sampai dah dekat expired.  Sonang je pun. Suka hati nak letak apa kat atas dia. Aku cuma guna apa-apa bahan yang ada dalam peti sejuk.

Bahan-bahan:
Roti pita
Keju (ikut suka nak letak keju apa tapi aku letak slice cheese Cheesedale)
Sosej
Bawang goreng (goreng sekadar masak je..tak perlu sampai garing..Rachael Ray kata, caramelized onion)
Sos cili
Oregano
Lada hitam

ni rupa sebelum dibakar

Cara nak buat:
Mula-mula goreng bawang sampai agak-agak layu. Aku punya geseng banyak sikit sebab sambil goreng sambil tengok hindustan. Hahaha.. Lepas tu, panaskan ketuhar. Ambil roti pita, carik-carik keju dan taburkan. Letakkan sosej yang dihiris. Suka hati la ye nak hiris macam mana. Taburkan bawang diikuti lada hitam. Letakkan sos cili sebanyak mana yang disukai. Taburkan oregano. Kemudian, taburkan keju lagi. Bakar sampai keju cair. Dah siap...!

Dah siap bakar..boleh la makan..

Sambil buat pizza, sambil layan Bobby Deol dengan Amisha Patel. Lama tak layan hindustan, tiba-tiba ada pulak cerita best kat TV2. Nak-nak ada sekali Akshaye Khanna.  Melekat la depan TV, apo laie.. Hindustan ni memang layan pun tapi layan cerita yang lama-lama. Yang baru-baru ni kureng sikit sebab tak berapa berkenan dengan pelakon-pelakonnya; satu. Kedua, pakaian yang dikenakan untuk filem hindustan baru-baru ni amat la terdedah dan tidak sesuai dengan citarasa.  Tu yang sampai geseng bawang gorengnya. Geseng pun gesenglah. Janji sodap..kahkahkah..Selain guna roti pita, boleh jugak guna roti arab. Pernah rasa yang Faien buat dulu, guna roti arab pun sodappp. Moh ushar sikit hero dan heroin Humraaz ni..zassss..

terima kasih kepada Pakcik Google untuk gambar ni ye..

Alhamdulillah

Selepas seharian berjalan-jalan, penatnya harus terasa. Tapi aku mahu juga catatkan sesuatu di sini. Sesuatu yang amat bermakna bagi diriku. Selepas berkali-kali mencuba dan hampir putus asa untuk kali ni, akhirnya aku berjaya mendapat apa yang aku sangat harapkan. Alhamdulillah...Terus terang aku kata, persediaan yang ku buat tidak seperti persediaan sebelum-sebelum ini. Kerana itu juga, aku menunggu hingga ke saat ini untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah, angka yang aku harapkan muncul tatkala menekan butang 'Submit' muncul jelas di situ. Syukur... Bagi sesetengah orang, mungkin perkara ini mudah dan hanya mencuba sekali, terus dapat apa yang diingini. Bagiku, aku sampai takut untuk mencuba lagi selepas apa yang aku dapat. Memandangkan aku wajib mencapai matlamat itu, aku perlu juga bergelumang dengannya hingga mendapat apa perlu aku dapatkan. Alhamdulillah, aku merasai nikmatnya kini. Mungkin, Allah mahu mengajar dan tunjukkan sesuatu padaku sebelum memberi apa yang aku impikan.

Kemampuan setiap orang tidak sama seperti yang terzahir. Rezeki masing-masing juga berbeza. Ada yang lebih, ada yang sekadar cukup. Ada yang mudah, ada yang payah. Semuanya perancangan Yang Maha Kuasa. Sebagai hamba, perlu berusaha dan berdoa supaya apa yang dihajati tercapai. Kemudian redha dengan apa yang dikurniakan. Allahuakbar...'Ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur.'

Semakin masa berlalu, semakin bertambah beban yang perlu ditanggung. Jalan perjuangan juga semakin sukar dan mencabar. Persiapkan diri dengan benteng kesabaran yang utuh kerana untuk menghadapi kehidupan, SABAR sangat perlu. Tanamkan ketabahan agar tidak mudah putus asa dan paling penting sentiasa ingat bahawa semua yang kita lakukan adalah kerana ALLAH.

Nota:Sebagai peringatan untuk aku yang selalu alpa....

Thursday, 15 July 2010

Gambar Saja...

Sebahagian gambar di SK TKJ. Tuan blog malas nak edit, jadi ditempek sebijik-sebijik saja. Ustazah to be, these are my students...
3 Intan


ni saja caranya untuk mereka senyap









baru la dapat potong kek

mereka yang baik

suka la ye dapat makan kek



3 Delima







Kenangan terakhir..


Ini cerita di bilik guru pulak...





Perbicaraan sedang berlangsung

Hidangan potluck






Inilah Meja Besar yang menjadi tumpuan tu..macam-macam ada...


Nota: Kemalasan dalam rajin..semua gambar tak di edit barang seinci pun...

Kitar Semula...Fikir Dulu Sebelum Buang!

Ini kisah waktu kat SK TKJ tempoh hari. Dimaklumkan bahawa SK TKJ telah terpilih untuk menjadi peserta kitar semula kotak minuman anjuran Tetra Pak. Mula-mula aku tak ambik berat pun pasal kempen ni. Tapi bila ditawarkan hadiah untuk pengumpul kotak terbanyak, sedikit sebanyak terbuka hati jugak aku nak sumbang kotak. Tambahan, Abah rajin beli air kotak untuk stok dalam peti sejuk kat rumah tu. Kiranya, takde la aku pergi mengutip kat mana-mana. Cuma kumpul yang dekat rumah je. Jadi la kan, daripada dibakar macam tu je. Dekat sekolah ni, saingan sengit 2 kelas je. 3 Delima dengan 4 Berlian. Kiranya kalau minggu ni 3 Delima juara, 2 minggu lagi 4 Berlian pulak. Untuk pusingan pertama haritu, dah dapat pengasah pensel yang cun. Perkiraan hadiah mengikut jumlah kotak yang dihantar;
10 - Pensel biasa
20 - Pensel bercorak
30 - Air kotak
40 - Pengasah pensel

Berlumba-lumba budak-budak ni mengumpul kotak. Lepas tu, hari Jumaat lepas Tetra Pak sendiri turun padang untuk kutip kotak-kotak minuman ni dengan pertukaran hadiah daripada hasil kitar semula kotak-kotak minuman. Yang kali ni, tak ingat perkiraannya macam mana. Macam-macam ada. Aku pun tumpang sekaki la beratur dengan budak-budak ni tukar kotak.

 ni sebelum diproses





 
 sewaktu pemprosesan..kotak-kotak ni kena basuh dulu

 
 ni dah siap proses...


 Kotak-kotak ni kena basuh dulu sebelum dihantar untuk kitar semula. Semua sekali ada 70 kotak. Banyak tu...Hanya kotak-kotak yang di kumpul di rumah. Waktu tengok tawaran hadiah dari Tetra Pak tu, aku ajak Abang nak pergi kutip kotak kat mana-mana. Sekali kena gelak pulak. Hahaha.. Cikgu pulak excited ye. Sebabnya, Kak Fatimah pernah kutip kotak sampai 100 lebih untuk sekali operasi. Tu yang bersemangat sikit tu. Bila dah ditukar, dapat la benda ni...




buku nota pelbagai saiz...

Ada 2 saiz lagi tapi ambik yang ni la sebab nampak cantik. Mula-mula Encik Tetra Pak tu tanya nak hadiah yang mana. Aku termenung lama sebab banyak pulak pilihan hadiah dia. Lepas tu Encik tu tanya lagi untuk diri sendiri ke untuk anak murid? Eh, mesti la untuk diri sendiri. Dah tak mengajar dah lepas ni. Hehehe..Tu yang dia bagi seperti dalam gambar di atas. Jadi kalau ada kotak minuman nak dibuang, jangan la buang macam tu je. Hantar la kitar semula. Selamatkan bumi yang semakin tenat ni. Sekian terima kasih...






Wednesday, 14 July 2010

Aku Orang Jawa

Dah lama nak membebel pasal keluarga sendiri. Untuk ulangkaji dan ingatan diri sendiri. Kalau tak nak baca, boleh tekan simbol 'x' kat belah kanan atas ni ye. Bila orang tengok nama abah dan tanya nama mak, automatik mereka tanya; "Jawa ye?" dan aku akan jawab; "Yes I am.." Eceh, jawab guna bahasa Inggeris. Hahaha.. Tak tak, aku jawab guna bahasa melayu. Ini salasilah keluarga sebelah mak. Keluarga mak ni agak besar berbanding keluarga abah. Atukku nama Kasmuri bin Hj. Abdul Rashid telah berkahwin dengan nenekku Sayam binti Hasan Istat. Nenek berasal dari Indonesia. Tak berapa ingat nama tempat asalnya. 2 orang kakak nenek turut sama berhijrah ke Malaysia, Mbah Dinah dengan Mbah Nasilah. Mbah Dinah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Mbah Nasilah sudah sakit-sakit tua. Kat Indonesia, ada lagi sorang adik nenek, Mbah Ron. Pernah melawat Malaysia beberapa tahun lepas. Itu je la sekali aku jumpa dengan Mbah Ron.

Baik, teruskan lagi. Adik-beradik mak ada 8;
Kasminah (Wak Nah)
Towingah (Wak Towingah)
Miskiah (Wak Mis)
Khadiah (Wak Yah)
Partijah (Mak)
Selamat (Cik Mat)
Siti Jumarah (Cik Iti)
Misman (Paman).
Yang ada sekarang ni 3 orang; Wak Mis, Wak Yah, dengan Cik Iti. Semua adik beradik mak sempat jumpa kecuali Wak Towingah, meninggal waktu mak belum kahwin lagi. Sepupu pun ramai jugak. Entri kali ni kira macam belajar Kajian Tempatan dulu. Topik, salasilah keluarga.

Kasminah + Mohd Halil
Abang Leh, Abang Dir, Kak Sam, Kak Yati, Abang Deni, Abang Jaril, Abang Abib, Abang Amid, Abang Jack, Kak Edah, Abang Bakir. Dua orang dah pergi, Abang Dir dengan Abang Deni.

Towingah + Rahmat
Kak Rasidah, Kak Alos, Kak Awok.

Miskiah + Basir
Abang Mad
Miskiah + Sairin
Abang Zahar, Kak Idah, Abang Wan, Kak Ela, Kak Ina, Kak Eli.

Khadiah + Mohji
Kak Mona, Abang Izan, Kak Elin, Abang Mohsein, Abang Khairul, Rini.

Selamat + Aishah
Abang Akim, Abang Rashid, Shukor, Nurul, Mahmud, Aminah, Karim

Siti Jumarah + Yusof
Kak Shikin, Ani, Khidir, Idris, Wani, Daud

gambar kenangan waktu rumah terbuka beberapa tahun sudah..dari kiri; mak, wak mis, wak yah, cik iti

Itulah maklumat yang masih tersimpan setakat ni. Tang anak-anak saudara tak berapa ingat. Lagi-lagi cucu-cucu arwah Wak Nah. Memang ramai sungguh. Satu penemuan terbaru mengenai keluarga besar ni, waktu majlis perkahwinan Abang Mohsein tempoh hari. Aku dan sepupu yang lain dah jadi nenek / atuk..! Macam kelakar pun ada jugak. Tapi, itulah hakikatnya. Fendi, anak arwah Abang Dir baru dikurniakan cahaya mata. Jadi, setakat ni masa terbaik untuk kesemua ahli keluarga berkumpul adalah ketika diadakan kenduri atau majlis perkahwinan. Sekian saja sejarah salasilah keluargaku. Kalau ada yang tersilap atau tertinggal, boleh tolong tambah ye.

Jama' Tak Dan

1 Hari Lagi
Baiklah, aku mengumpul seluruh kekuatan untuk menaip coretan kenangan hari-hari terakhir seorang pendidik di SK TKJ. Seperti yang dirancangkan, kami akan mengadakan acara potluck Meja Besar. Menu utama adalah hidangan istimewa dari Tok Janggut. Bergegaslah aku ke restoran Tok Janggut sebelum ke sekolah pada hari Khamis itu. Acara dimulakan agak awal memandangkan Kak Linda nak balik cepat. Meriah acara tersebut dengan telatah penghuni Meja Besar yang bersahaja dan selalu ceria. Usai saja acara makan-makan, bilik guru diziarahi murid-murid 'bertuah' dengan iringan guru disiplin. Kebetulan tengahari tu, Badan Disiplin baru je mesyuarat. Seingat aku, hari tersebutlah paling banyak masalah berlaku. Bermula dengan seorang murid yang cedera akibat bergaduh. Dikuti dengan pembongkaran geng pergaduhan dari kalangan mereka. Nak gaduh pun ada geng tu. Dahsyat betul budak-budak ni. Bila dah bawak mengadap Cikgu Adzim, masing-masing tunduk je la. Diorang ni memang paling takut dengan Cikgu Adzim. Bayangkan, hero segala hero dalam 3 Mutiara tu pun boleh menangis teresak-esak bila Cikgu Adzim angkat rotan dia. Baru angkat rotan tu, belum kena rotan. Hish, pandai berlakon betul la kamu ni. Dalam kelas bukan main lagi kamu ye...

Maka kami yang menghuni meja besar cuma menjadi penonton kerana di tepi meja besarlah hukuman tersebut dijalankan. Kemudian, selidik punya selidik, korek punya korek, mereka jugalah yang selalu tidak memikirkan insurans bila bercakap walaupun dengan guru-guru. Apalagi, Cikgu Adzim telah menyumbat mulut mereka dengan kapas yang dicelup dengan minyak angin. Kesian ada, geram pun ada bila mengenangkan perangai mereka tu. Harapnya, itu menjadi pengajaran buat mereka.

Hari ni jugak hari terakhir aku mengajar 3 Delima dan hari ni jugak la mereka paling mendengar kata. Macam biasa sebelum berpisah, kena la bebel-bebel banyak sikit. Ada jugak yang mengalir air mata waktu aku membebel tu. Cuma nasihat biasa je. Nasihat ringan yang mereka boleh terima. Bila teringat kat diorang, memang rindu. Rindu dengan gelagat 106 murid dari kesemua kelas yang aku ajar.


Inilah Harinya
Jumaat, 9 Julai 2010. Hari terakhir aku bergelar guru praktikum di SK TKJ. Memandangkan hari tersebut adalah Hari Bicara Ilmiah, maka kami semua kena hadir waktu pagi. Aku ditugaskan untuk membantu Kak Mim di 3 Intan. Teringat balik waktu hari ambik report card sekolah rendah dulu. Kebanyakan dari sesi yang diadakan dihadiri oleh arwah mak sebab mak pun mengajar kat situ. Sama jugak macam beberapa murid yang ibunya menjadi guru di SK TKJ. Merekalah yang mengambil laporan kemajuan anak-anak mereka.

Macam-macam ragam ibu bapa. Ada yang komplen pasal anak-anak, ada yang menyerah bulat-bulat urusan pembelajaran anak-anak kepada cikgu, ada yang marah anak depan-depan dan ada jugak yang cadangkan denda yang paling sesuai diberi kepada anak mereka sekiranya melakukan kesalahan. Kebanyakan mak ayah yang datang bersikap terbuka berbincang tentang anak-anak mereka. Yang paling cool sekali, ayah Iqmal. Murid yang bagi aku agak nakal sebab suka sangat kacau orang lain. Sampai menangis kawan tu kena kacau dengan dia. Ayah dia memang sporting dan faham anak dia macam mana. Kiranya tak la salahkan cikgu ke apa. Bila dilihat prestasi mereka dalam PKSR ni, kesemuanya menurun dibandingkan dengan Ujian Bulanan 1 tempoh hari. Satu sebab utama yang ditimbulkan adalah masalah FACEBOOK. Budak-budak ni leka dengan FACEBOOK sampai merosot pelajaran. Nasihat ikhlas, hadkan masa dengan FACEBOOK ye... Itulah pengalaman terakhir di SK TKJ, berurusan dengan ibu bapa.

Pengalaman yang aku dapat di situ tak akan aku dapat di tempat lain. InsyaAllah akan sentiasa dalam ingatan dan kalau aku lupa, aku masih ada Atas Nama Cinta untuk bantu aku ingat semula...

Tuesday, 13 July 2010

Antik

Selamat hari Selasa buat semua. Aku sudah melanggar kata pada ustazah to be. Mintak maaf ye ustazah, tak dapat nak update blog seperti yang dijanji. Alkisahnya.... laptop antik aku ni dah sikit-sikit dia meragam. Sejak beli, dah dua kali format. Yang mula-mula tu memang salah tuan laptop. Tapi yang kali kedua tu salah 'dia'. Memang dahsyat virus ternakan 'dia' sampai laptop ni tak boleh nak bukak langsung. Habis semua gambar hilang. Menangis tak berlagu dibuatnya. Tapi lepas letak antivirus Kaspersky, alhamdulillah antibodi Permataku jadi kuat.

Lepas tu, bateri dia pulak buat hal. Cepat je habis walaupun dah cas. Kena sentiasa pasang plug. Takpe la, masih ada charger dia. Tak lama kemudian, charger dia pulak dah mula wengg. Pantang terusik sikit, terus dia "puuppp!" mati... Takpe la, selagi tak diusik, elok la dia. Tiba-tiba, Jumaat lepas, dia terus tak mau hidup dah... Memang sah dah tak dapat nak diselamatkan ni.

Maka petang tadi baru aku berkesempatan beli yang baru. Bajet dalam RM100 je. Sekali encik Sinaro tu bagi yang multipurpose punya. Semua jenis laptop boleh cucuk. Hambik je la...Terbang la RM135. Harapnya, yang ini boleh guna lama. Jadi, tunggu mood datang la ye baru aku letak entri-entri yang berderet tu...

Nota: Selamat kembali ke kampus kepada ustazah to be dan Cik Sepupu...

Thursday, 8 July 2010

Jama' Ta'khir

Assalamualaikum pembuka bicara...Ini entri jamak. Jama' ta'khir namanya. Semalam tak sempat nak menaip sebab teacher balik kampung. Macam jauh benar pulak ye kampungnya. 1 jam je perjalanan dari Klang ni. Cerita dimulakan dengan peristiwa hari Selasa.

3 Hari Lagi
Semalam cuma ada satu kelas; 3 Intan. Sebenarnya, tak tahu nak ajar diorang apa walaupun weekly plan dah siap tulis. Boleh pulak ek? Hehe... Selak-selak buku teks, jumpa sebaris ayat dekat muka surat pertama topik ni; In this unit, you will play a game. Ahha, macam seronok je. Terus aku selak buku ajaib kesukaan ni.


Buku ni memang betul-betul membantu dan menyeronokkan! Jumpa la satu board games yang sesuai untuk murid-murid tahun 3. Tak ikut sepenuhnya pun dalam buku ni. Aku ubah-ubah ikut kesesuaian murid-murid aku. Ringkas je. Walaupun mereka bermain, tapi mereka tetap mempelajari sesuatu. Riuh rendah satu kelas sampai Puan Che Da hampir-hampir nak masuk 3 Intan untuk sound. Hahaha..Nasib baik tak jadi sebab nampak ada cikgu kat dalam kelas tu. Aku la tu. Cuba bagi tau, macam mana nak halang mereka daripada tidak berbunyi sewaktu melakukan aktiviti sebegini? Cuma boleh suruh mereka merendahkan sikit volume suara je.

Selebihnya, cuma duduk di bilik guru. Waktu relief cuma 1 waktu; pukul 5.30 - 6.00. Itupun budak-budak tu tak ada dalam kelas. Puas jugak aku menunggu dan mencari. Akhirnya memang diorang tak masuk. Tak tahu la ke mana.


2 Hari Lagi
Hari ni ada taklimat untuk Hari Bicara Ilmiah yang bakal berlangsung Jumaat ni. Aku ditugaskan untuk membantu Kak Mim, guru kelas 3 Intan. Lepas habis taklimat, terus ke dewan sebab aku nak buat kelas kat dewan hari ni untuk 3 Intan. Fokus untuk hari ni, writing. Jadi, topiknya adalah How to Make a Kite. Tekun la mereka membuat layang-layang. Cuma langkah asas je. Itu pun bukan main bising lagi. Nasib baik kat dewan. Layang-layangnya tak semua siap dan tak sempat nak bagi hadiah untuk diorang sebab masa dah habis. Jadi, aku telah berfikir untuk mencari masa lain. Lepas 3 Intan, terus ke 3 Mutiara. Lewat sikit masuk 3 Mutiara. 3 Mutiara ni memang pantang tak ada cikgu. Ada cikgu pun diorang selamba rock je keluar kelas, apatah lagi tak ada. Sebab hari ni hari terakhir aku ajar diorang, maka aku memberikan hadiah untuk kegunaan mereka. Awal-awal aku cakap, siapa yang tak siap kerja, tak dapat hadiah. Terus semua buat kerja cepat-cepat. Hahaha... Hari ini sahaja ye. Hari lain harapan la weh, nak tengok diorang siap kerja.

Habis kelas, terus ke bilik guru. Aik, meja besar dah jadi kecik? Kejutan jamuan perpisahan untuk kami. Terharu sangat sebab rancangan asalnya nak buat potluck je. Sekali formal pulak... Guru besar pun ada sekali. Cikgu Adzim jadi pengerusi majlisnya. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis. Terus kepada ucapan dari kami yang diraikan. Tiba-tiba tak tahu nak cakap apa pulak. Segan weh. Dah la duduk kat depan sekali. Lepas tu semua mata tertumpu pada satu arah. Dah habis mengarut berucap, Puan Rahimah pulak bagi ucapan diikuti oleh Puan Che Da. Puan Che Da kata; "Saya tak nak ucapkan selamat berpisah sebab kita mungkin akan jumpa lagi. Nanti nak makan nasi minyak, jangan lupa jemput kami." Tu dia... Tak tahu la bila boleh makan nasi minyak tu. Hehe.. Bila Cikgu Adzim cakap ada penyampaian cenderahati, kami terkejut. Memang tak sangka langsung. Cenderahati dari cikgu-cikgu petang. Lepas tu, Puan Che Da pun bagi hadiah peribadi. Yang seronoknya Puan Che Da bagi buku. Yeaayy..! :) Kekesalan terbesar adalah, tiada sekeping gambar pun sepanjang majlis tersebut berlangsung. Sebab? Aku lupa nak beli bateri. PADAN MUKA AKU...! Sayang betul...

Dah habis menjamu selera dan memenuhkan perut, aku tanya Kak Mim kalau-kalau boleh ambik masa dia setengah jam untuk 3 Intan. Sekali dia bagi 1 jam terus... Sempat la diorang siapkan layang-layang. Semua mintak nak bawak balik layang-layang tu. Esok la ye teacher pulangkan. Sempat la bagikan hadiah untuk mereka. Sepanjang mengajar diorang pun jarang sangat aku sogok diorang dengan hadiah sebab tak nak nanti diorang terbiasa. Tak ada hadiah, tak nak belajar. Seperti yang dijangka, semua mintak nombor telefon dan FACEBOOK! Baik, aku sudah membuat akaun khas untuk mereka di Facebook. Waktu akhir, ada relief kelas 1 Zamrud. Muzik pulak... Nasib baik 1 masa je. Belasah je nyanyi lagu yang aku dan mereka tahu.. Dah boleh balik..

Monday, 5 July 2010

Sudah 22 Tahun

Ini entri ketiga untuk hari ni. Gigih betul tuan blog ni buat sampai 3 entri. Hehe..Hari ni umurku genap 22 tahun. Dah lebih 2 dekad bernafas di bumi Allah ni. Tiada sambutan istimewa pun. Malah aku bersendirian di sini. Eleh, buat ayat sedih pulak dah. Maksud aku, tiada sesiapa di sisi kala ini. Tak apalah, doa dari kalian menjadi peneman di kala sunyi. Macam tahun-tahun lepas, aku tak gunakan peluang yang Maxis dan Celcom bagi. Tiba-tiba pulak Maxis dengan Celcom pun masuk sini apa kes?Hahaha...Bila hari jadi, Maxis akan bagi waktu panggilan percuma. Telefon la selama mana pun ke mana-mana nombor Maxis. Ongkosnya TIADA. Entah, tak terasa nak bergayut pulak hari ni. Celcom pulak, bagi 7 hari percuma panggilan dan SMS ke nombor 8pax. Setakat ni belum usik mana-mana pun. Takpe la, halal je.

Umur dah meningkat, ajal pun makin mendekat. Maka aku perlu banyak perbaiki diri yang selalu alpa dan tak sempurna ini. Malas nak cakap banyak. Terima kasih kepada Kak Chik atas pemberian semalam. Saya agak, tu hadiah hari jadi saya. Betul ke? Terima kasih banyak-banyak. Buat sahabat-sahabat yang mengucapkan selamat, juga jutaan terima kasih diucapkan. Turutan ucapan melalui SMS yang diterima:
1. Kak Suma
2. Kak Chik
3.Na
4.Yusni
5.Shah
6.Tiew Dental (klinik gigi yang selalu aku pergi..pagi-pagi buta dia hantar mesej..hehe)

Selebihnya, mereka gunakan Facebook sebagai medium untuk menghantar ucapan. Sungguh tak sangka sebegitu ramai yang memenuhkan wall Facebook ku dengan ucapan selamat. Terima kasih semua.... Tak larat rasanya nak senaraikan semua yang 'conteng' dinding Facebook aku di sini. Terasa macam diva kejap. Hahaha. Perasan je.. Bagi peluanglah kan, setahun sekali je. Hehehe..

Jalan-jalan

Baik, ini entri kedua untuk hari ni. Ini cerita semalam. Perancangan asal nak keluar hari Sabtu. Sekali tu, migrain pulak. Tak sangka la pulak dia nak jadi teruk. Dah rasa dari hari Rabu lagi sebenarnya. Tak apalah, ujian Allah. Jadi, satu hari aku berkurung dalam rumah tanpa membuka tingkap mahupun pintu sebab tak berapa boleh nak tengok cahaya.

Pagi Ahad, dah kembali ke keadaan asal. Maka aku membuat perancangan bidan terjun dengan Kak Chik. Pesan beliau, "Nak gi pesta buku roger ek." Lebih kurang macam tu la. Jadi, aku mesej dia dulu tanya nak pergi ke tak baru la aku mesej Cik Sepupu. Ok, dua-dua layan. Bersiap la aku. Bangun awal pun, keluar dekat nak tengahari jugak. Apakah? Takpelah, janji keluar. Waktu tengah bersiap tu, mendung berat sungguh. Angin pun kencang je bertiup. Elok je bukak pintu, hujan mencurah dengan lebatnya. Tidur pun sodap ni. Kena la tunggu reda sikit baru boleh keluar.

Dalam perjalanan, hujan jadi lebat balik. Maka aku telah menjadi pemandu berhemah buat seketika. Hahaha... Sampai saja di perkarangan Kompleks PKNS, kereta beratur panjang nak masuk ke tempat parking. Ah, harapan la kan nak dapat parking kosong kat PKNS ni. Akhirnya aku terus ke SACC Mall. Parking kat situ je senang. Nasib baik ada kosong.

Masuk je ke dalam PKNS, manusia ada di mana-mana. Namanya hari Ahad, harus la ramai orang kan. Mula-mula kami rancang nak tawaf dulu tengok booth mana yang ada buku paling berkenan di hati. Berjalan la kami sambil berhenti-berhenti. Tiba-tiba terberhenti lama dekat booth Karangkraf. Tengok buku-buku masakan dia. Sebenarnya tak sepenuh hati berniat nak beli buku-buku tu. Tapi bila sorang dah membelek, maka aku pun belek sekali. Hasil perbincangan dan belekan bersama, kami membeli 10 buah buku masakan yang berlainan. Kalau beli satu, harganya RM 7.90. Beli 5 cuma RM 25. Kongsi-kongsi, jadi la 10 kesemuanya. Ini kalau tak masak jugak tak tau la. Korang, sila cuba resepi-resepi tersebut ye. Lepas tu, redah booth bahagian tengah. Kak Chik nak beli sesuatu untuk anak-anak buahnya. Cik Sepupu pulak nak cari hadiah untuk anak buahnya yang dapat nombor 1. Sebab aku tak ada anak buah lagi, aku jadi konsultan tak bertauliah kepada mereka. Hahaha...

Kemudian, kami kembali ke booth PTS. Sebab bajet ciput, kena la hadkan buku yang nak dibeli. Aku cuma beli satu novel sejarah islam, Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel dengan satu novel tulisan A.Ubaidillah Alias bertajuk Kala Cinta & Wahyu Bersatu. Rupanya buku ni sambungan dari buku terdahulu; Warkah Cinta Berbau Syurga. Koleksi novel sejarah islam tu pulak dah lama Najib dengan Azli cadangkan untuk baca. Pelan-pelan kumpul la. Dah banyak tajuk dah. Tahun lepas pergi sini dengan abah dan arwah mak. Ada la jugak mak taja pembelian beberapa buku ilmiah. Kalau nak novel, tetap kena guna duit sendiri. Dah habis borong, terus ke surau nak solat zuhur. Mak aih, ramainya! Tak jadi solat sini. Pergi tempat lain yang tak berapa ramai. Lepas tu dalam perjalanan keluar, semuanya terbeli beg kertas kat booth Moy Publications. Beli beg, dapat percuma 2 Ujang. Lama sungguh aku tak baca Ujang ni. Ok, habis...

Owh, waktu tengah sibuk-sibuk cari buku tadi, ada orang bagi idea nak melawat Umar Darwisy. Tak pasti pulak siapa. Macam aku je. Hahaha. Jadi waktu jalan keluar dari bangunan PKNS, sibuk bincang nak cari hadiah yang sesuai untuk Umar Darwisy. Akhirnya kami tawaf SACC Mall pulak cari hadiah yang sesuai dengan Umar juga dengan kemampuan kami. Semua butik barangan bayi tu kami terjah. Cik Sepupu dengan Kak Chik kata, bagi je teether sebab Umar dah nak tumbuh gigi. Teether? Tanda soal BESAR dalam kepala aku. Apa benda tu?? "Alah, macam toys jugak la. Nanti baby tu gigit-gigit." Mereka menerangkan. Aku ni mana la pernah bela budak kecik. Mana la tau benda-benda alah ni. Bila dah jumpa benda alah teether tu, baru la aku "ooo,camni ke?" Kahkahkah..Maafkanlah diriku ye. Ni la teether untuk Umar Darwisy. Comel sebab ia berwarna HIJAU dan ada gambar zirafah kat situ.


Ada lagi satu; set baju. Sebab tak pernah jumpa Umar lagi, kami beli je saiz yang besar sikit dari umurnya. Rupanya mencari hadiah ni memakan masa selama 1 Jam! Banyak berangan je ni. Dah beli, cepat-cepat fikir nak solat kat mana. Nasib baik kat SACC Mall pun ada surau. Jadi, kami solat di situ saja. Tak ramai orang pun. Dah solat baru dapat makan tengahari. Lepas tu hantar Cik Sepupu balik dulu, baru teruskan perjalanan ke rumah ustazah. Lama jugak berkampung di sana. Semangat betul Umar Darwisy. Ustazah pulak yang kurus. Sangat kurus. Najah pun dah besar. Gigi dah penuh. Seronok Kak Chik main dengan Najah ye. Aku tengok je la. Dukung Umar pun kejap je sebab kekok. Tak ada baby nak dukung, cenggitu la. Gambar-gambar di rumah ustazah kena tunggu Aienn letak dalam Facebook dulu. Jadi, sekian saja la kisah hidupku pada Ahad lepas. Terima kasih Kak Chik kerana selalu melayan idea buang tebiat saya ni.Hehehe..Lepas ni kumpul duit nak ke S**** pulak. Tapi dalam perjalanan balik tu, Kak Chik cakap LEGA. Mungkin sebab satu agenda dah selesai agaknya. Dah lama sangat rancang nak melawat Umar, tak terlawat-lawat sampai dah besar pun Umar Darwisy.

4 Hari Lagi

Assalamualaikum...sekolah cuti,blog pun cuti. Hehehe...tengok tajuk entri ni, 4 Hari Lagi. Ye, 4 hari saja lagi aku sah menjadi warga SK TKJ. Hari ni, patutnya ada kelas dengan 3 Mutiara. Tapi waktu punch card tadi, tengok dekat kaunter pertanyaan tu, ada jadual baru untuk hari ni saja. Kelas 3 Mutiara telah dipecahkan. Maka aku tak perlu masuk ke situ pada hari. YAHOOO..! Sebabnya, hari ni tahun 6 ada Kem Bistari Solat. Jadi ramai ustazah terlibat dengan kem tu ditambah dengan ketidakhadiran beberapa orang guru. Aku cuma relief kelas 4 Nilam dengan 4 Berlian saja. Dekat 4 Nilam, aku bagi diorang buat latihan grammar. Senyap la sikit. Dekat 4 Berlian pulak, cuma sambung game yang Mira buat. Mira kata, 4 Berlian ni kelas pandai. Jadi diorang asyik belajar je. Waktu relief ni la nak bagi diorang tenang sikit. Okey, layan je...

Dah sudah relief semua kelas, duduk dekat bilik guru tunggu waktu balik. Sambil duduk, sambil layan The Educator, majalah untuk budak-budak. Baru sekarang aku tau rupanya The Educator ni ikut tahap. Maknanya ada edisi berlainan untuk setiap tahun dari Tahun 1 sampai Tahun 6. Dulu beli waktu sekolah mana la kesah benda-benda ni. Yang aku tau, bila cikgu offer The Educator, cuma hulur duit je beli senaskah.

Nota: Marilah sama-sama kite menyedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Cikgu Saiful Anuar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Taman Klang Jaya yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu lepas. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Friday, 2 July 2010

5 Hari Lagi

Hari yang panjang buat aku. Mungkin entri pendek saja. Banyak nak bebel hari ni sebenarnya. Tapi mata dah berat sungguh. Waktu memandu siang tadi pun terkelip-kelip tahan mengantuk. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Macam biasa, bila tiba hari Jumaat, terasa waktu berlari dengan lajunya. Sedar-sedar je dah boleh balik. Hehehe... Akhirnya hari ni dapat bawak 3 Delima masuk makmal komputer. Semua sibuk nak tengok movie. Maaf la, awak semua tak dibenarkan tengok movie sebab kerja tak siap. Kita belajar macam biasa je.

Pukul 5.00, kena relief 1 Berlian pulak. Tapi hari ni jadi cikgu BM. Tak tahu nak buat apa. Puan Che Da kata, bagi je latihan ejaan sebab kelas ni kelas lemah. Jadi, belajar mengeja pulak hari ni. Ok, itu saja catatan untuk hari-hari terakhir di SK TKJ. Tidur sekarang...daaa~

Nota: Kepada Fatimah Nurul Ain, diucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-21. Maaf la, nyanyi lagu tak habis tadi. Hehehe...

Thursday, 1 July 2010

Edisi Merapu

Semalam, pertama kali buat resume. Agak-agak blurr jugak la carik punca sebab sebelum ni tak pernah pulak pergi mana-mana kursus untuk persediaan bekerja. Dekat UNISEL memang kadang-kadang ada dianjurkan kursus tu. Selalu berazam nak pergi sampai la azam tu tinggal kenangan. Tiap kali ada kursus tu je, mesti ada hal lain yang perlu dipentingkan. Nasihat kepada anda yang masih berpeluang, hadiri kursus tersebut untuk kemudahan di masa depan.

Hati dan perasaan tidak sepenuhnya berharap untuk mendapat posisi tersebut. Waktu diberitakan oleh seorang sahabat tentang posisi itu, gembira juga sebenarnya. Gembira banyak. Tapi hajat hati nak menenangkan otak dan merehatkan diri dulu sebelum menduduki mana-mana posisi. Memandangkan mungkin ini bantuan dari Allah, maka aku teruskan juga prosedurnya. Harapan cuma 50 / 50. Yelah, aku tidaklah sehebat mana pun. Apa pun, terima kasih ye Abang Garang. Kalau dapat, saya belanja makan seafood.

Tadi aku ada sebut pasal KFC kan? Ada terliur tak, nak makan menu baru dia yang bernama Toasted Pocketful? Aku tawar hati sikit dengan Tok Janggut ni. Ayam Goreng Lada Hitam dia tempoh hari mengecewakan. Aku berharap agar ayam tersebut betul-betul pedas seperti yang diuar-uarkan. Malangnya tidak. Sabar je la. Pasal Pocketful ni, memang aku tak nak makan dah kot. Ada sejarah hitam tentang makanan poket Tok Janggut. Apa dia? Biarlah rahsia.

6 Hari Lagi

6 hari lagi... Macam tak sabar-sabar je nak tinggalkan sekolah? Tiada komen. Mungkin perasaan tu 50/50. Hari ni tempat letak kereta kembali penuh. Adakah kerana bos besar dah habis kursus? Tiada komen juga. Kelas cuma satu je hari ni; 3 Delima. Itupun waktu akhir, 5.00 sampai 6.00. Mulanya ingat nak bawak masuk makmal komputer sebab dah janji hari tu. Malangnya Encik Technician tu terlupa kot sebab waktu jenguk makmal dalam pukul 4 tadi dah bermangga pintunya. Takpe la, akan mencuba lagi esok hari. Tak banyak yang berlaku hari ni. Macam hari-hari biasa juga. Cuma, 1/2 jam sebelum balik tadi, ada kes luar biasa terjadi.

Kecoh-kecoh depan pintu bilik guru. Ingatkan apa, rupanya ada budak ni luka kat kepala. Darah dia memang dahsyat... Mengalir dengan banyaknya. Kak Linda cakap, ada lubang di tempat luka tersebut. Maknanya luka ni jatuh dalam kategori parah la ye. Aku memang perhati dari jauh je. Ngeri sikit tengok luka ni. Ok, hari ni bertambah lagi tugas cikgu yang kelapan; menjadi pegawai perubatan tak bertauliah. Setuju? Dahsyat la budak-budak ni. Sementara nak tunggu bas pun sempat lagi mencederakan diri. Memang la dah nak balik, tapi disebabkan kejadian ini berlaku semasa dalam waktu persekolahan, maka pihak sekolah perlu memberi rawatan yang difikirkan sesuai sementara menanti waktu ke klinik.

Cerita lain... Selepas Kak Roza mencadangkan untuk mengadakan acara makan-makan di kalangan geng Meja Besar secara tidak sengaja, geng Meja Besar lain telah memandang serius cadangan tersebut. Maka, setelah ahli Meja bermesyuarat, acara potluck ini akan diadakan pada hari Rabu depan. Nak bawak apa ye? KFC boleh??