Engagement Fund ;)

Monday, 30 August 2010

Jangan Tegur

Salam pertemuan selepas seminggu lebih tiada sebarang coretan di sini. Sungguh, malas nak menulis walaupun ada beberapa detik yang perlu aku coret di sini supaya dapat aku kenang semula suatu hari nanti. Eh, ni kenapa guna ayat novel? Hahaha.. Nampak tajuk kat atas nun??? JANGAN TEGUR. Siapa tegur tu aku rajin update blog? Angkat tangan tinggi-tinggi. Kahkahkah.. Akibat dari teguran itu, macam dah malas-malas sikit nak menulis walaupun paling koman 2 hari sekali aku online. Sebenarnya, mood nak menulis memang turun naik sebab bila nak menulis, kena cari idea walaupun sebenarnya idea tunjang dah ada. Cuma kena fikir macam mana nak kembangkan isi. Macam kita buat karangan waktu sekolah dulu. Cikgu BM selalu cakap kena buat rangka dulu sebelum mula mengarang walaupun aku karang dulu baru rangka. Boleh pulak macam tu? Kalau cikgu-cikgu BM aku baca ni habis la. Kantoi... Hahaha..

Beberapa hari dalam minggu lepas, aku tidak diam di rumah. Tapi cuma nak catat untuk sehari perjalanan je.

Jumaat 27 Ogos 2010
Cita-cita nak buat banyak perkara dalam senarai-untuk-dibuat seperti mengemas rumah Klang akhirnya tercapai. Semenjak masuk Ramadhan, sangat jarang tidur lepas Subuh dimana harapnya tabiat ini berterusan hingga ke akhir usia. Orang cakap tabiat baik kalau dibuat selama 40 hari akan menjadi habitat. Okey, berbalik pada cerita hari Jumaat, aktiviti dimulakan dengan menghantar Mrs. Kanc untuk dibasuh. Ingatkan tempat cuci kereta tu bukak jam 10 pagi, rupanya bila tengok balik kad dia, jam 8 dah boleh terjah. Cisss, buang masa eden je sebab aku keluar rumah dah dekat jam 10.00. Sampai sana nasib baik cuma ada sebuah kereta yang sedang dibasuh. Dalam setengah jam jugak la menunggu. Selesai je kereta dibasuh, terus menghala ke Kerepek House. Ingat nak beli sesuatu untuk sesorang yang akan ditemui petang nanti. Sekali, berderet-deret kereta parking tepi jalan. Kalau dah sampai parking tepi jalan, kat dalam tu memang sah la orang ramai kan. Kensel.... Malas nak bersesak. Jadi, balik ajelah. Sempat singgah rumah jiran untuk membeli karipap frozen. Beli sekali 4 bungkus, sonang. Balik-balik je terus masukkan barang-barang yang nak dibawa ke rumah Klang dan terus bertolak ke sana.

Hampir tengahari jugak la sampai sana. Sampai-sampai tengok peti surat dulu. Carik segala neka bil seperti bil air, bil api dan bil broadband. Bil-bil tu ada kecuali bil api tapi iklan entah zaman bila punya promosi lebih memenuhi ruang. Masuk rumah, kena menyapu dulu sebab habuk dia sangat tebal dan hitam walaupun baru sebulan ditinggalkan. Kemudian, baru mop lantai. Ingatkan tak banyak kena kemas. Tapi banyak la jugak kena kemas sebab haritu memang tinggal macam tu je. Dengan buku-buku tak bersusun, dengan alat bantuan mengajar yang tersadai kat atas lantai, etc. etc. etc..... Serius penat! Tapi tak boleh nak golek-golek atau baring-baring lepas siap mengemas tu. Alamat tak jalan la projek kalau dah tersadai kat kusyen. Masukkan barang dalam kereta, mandi manda, solat zuhur dan semuanya siap jam 3++. Tunggu hujan reda sikit baru bertolak.



Mula-mula pergi Celcom Center bayar bil dulu. Nasib tak ramai orang. Sebenarnya tak suka pergi Celcom Center yang tu sebab mereka tidak mesra alam. Senyum pun tak okay! Sabar je la sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Terus tanya pasal e-Billing sebab lepas ni kalau guna bil biasa dia caj RM2++ untuk bil saja. Rugi nyah..! Tiba-tiba dia kata nak buat e-Billing tu kena bayar RM 5. Bayar lagi??? Celcom ni memang tau. Hari tu baru je dia ubah servis Call Me Tones yang sepatutnya RM 3 sebulan. Tiba-tiba dia tukar jadi RM 1 untuk seminggu. Aku dah la dah lama guna CMT tu, sejak dari mula-mula pakai nombor tu lagi. Kira-kira 5 tahun lepas kot. Hangin ke tidak?? Lepas tu, beberapa hari lepas, saja la telefon nombor Celcom dari telefon rumah sebab nak pastikan teleron rumah ni okey. (dan keputusannya telefon rumah aku rosak...sesiapa nak telefon, terus tekan nombor telefon bimbit ye) Sekali keluar lagu lain pulak. Sebab telefon umah rosak, aku cuba telefon guna nombor Maxis pulak. Berkali-kali untuk kepastian. SAH..! Memang bukan lagu yang aku langgan. Apa kessssssssss????? Ni nak marah ni. Sabar weh, sabar. Celcom, jangan sampai aku merajuk aku batalkan je servis CMT kamu tu. Rugi satu pelanggan. Padan muka..

Ok, rilek...rilek..Tiba-tiba pulak sampai satu perenggan cerita pasal Celcom je. Sabar je la. Lepas dah geram-geram tu, terus ke Shah Alam sebab dah janji nak buka dengan Kak Chik sebelum beliau pulang ke kampung halaman. Sebab waktu buka lama lagi, maka kami pun pergi mengukur PKNS dulu sambil berniat untuk membeli persalinan hari raya. Keadaannya haruslah sesak kan sebab hari cuti. Kak Chik beli sepasang jubah yang cantik kerawangnya. Jubah Sudirman Alwi memang cantik dan harganya okey. Kalau nak lagi murah, silalah beli secara borong macam yang aku buat suatu waktu dulu. Tengah tunggu Kak Chik tu, tiba-tiba ada satu suara menyapa.... "Sazoh..." Tergezut aku sape la pulak ni. Bila toleh, sekali Pnut daa... Satu keluarga keluar membeli belah untuk raya ye Pnut? Hehehe.. Aku tak beli apape baju pun. Ada berkenan, tapi macam tak berbaloi pulak harga dia. Yang harganya okay, ciri-ciri baju pulak tak sesuai. Nipis kainnya. Satu hal pulak nak kena cari inner. Kensell. Akhirnya beli kuih raya je untuk makan-makan lepas sahur. Bukan untuk raya ye. Hahaha... Hampir 6.30 jugak baru keluar dari kawasan PKNS untuk cari tempat buka. Sebab dah lama tak melawat kawasan jajahan secara teliti, masing-masing tanya nak buka kat mana??? Uiks, ni siapa yang duduk Shah Alam ni? Saya ke awak? Hehehe.. Dua-dua terfikir KFC. Tapi macam tak seronok pulak nak ke KFC. Lagipun ada orang janji nak belanja makan KFC kat Jalan Taiping. Siapa tu?? Sila jangan lupa ye. Hehehe..

Lepas pusing-pusing + terlajak + salah masuk jalan, kami memilih Restoran Nasi King. Mujur ada tempat kosong lagi. Tapi tak nak letak gambar makanan atau sebut nama makanan kat sini. Lepas buka, solat kat Surau Al Ittihadiyah (kalau tak silap) yang sekangkang kera je dari restoran tu. Lepas solat, terus ke Stadium Melawati sebab rasa macam ada jualan untuk raya. Lagi sekali, aku tak beli apape pun sebab tak ada yang cantik. Ada jugak terkenan kat abaya dan jubah yang ku kira harganya lebih murah dari biasa. Tapi, tulah. Macam tak kena pulak. Lepas dari tu, terus hantar Kak Chik balik dan aku pun terus menghala ke Banting. Berakhir sudah satu hari yang memenatkan...

Nota: Kak Chik suruh buat entri tentang kesukaan dan kebencian makanan orang-orang tersayang.

Saturday, 21 August 2010

Masak Apa Hari Ni?

Sabar je la ye. Sekali update, berderet-deret pulak tuan blog ni. Hahaha.. Tuan tanah baru baik migrain. Dah agak lama tak kena, tiba-tiba semalam kena la pulak. Pagi tu dah rasa lain je. Kena pancaran matahari sikit pun mata ni dah berpinar. Kesannya, petang semalam terlantar sampai la sahur pagi tadi. Sakit sungguh. Nasib baik kali ni tak sampai muntah-muntah. Alhamdulillah hari ni cuma tinggal kesan denyut-denyut sikit je.

Sebab semalam tak masak, tengah memikir nak masak apa hari ni. Macam teringin nak buat karipap. Maklum le, baru je pandai mengelim secara kemas. Dulu waktu arwah mak ada, mak la yang uli tepung untuk doh dengan mengelim. Aku cuma buat inti je. Tapi sekarang kena la buat sendiri dari A sampai Z. Bila mak dah tak ada, macam-macam benda yang dulu aku tak rasa boleh buat, jadi boleh buat. Benda yang dulu tak nak fikir, sekarang kena fikir. Agak-agak malas nak mengelim karipap, start motor, pergi beli frozen punya dari jiran aku ni. Macam-macam kuih frozen dia jual. Tinggal sedia duit aje. Mudah bukan? Hehehe..

Nafsu

Bercakap tentang nafsu, teringat satu tazkirah tentang nafsu yang diceritakan oleh Ustaz Mahadzir ketika di Hamidiah dulu. Betapa degilnya nafsu hingga beberapa kali dihukum, barulah tunduk kepada penciptanya. Maka tadi, aku cuba mencari kisah tersebut melalui Google dan aku menemui kisah itu di laman blog Cerita Sekupang. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Tolong Jaga Diri Ye

Assalamualaikum w.b.t...Agak lama tidak bersiaran. Serasa tiada cerita menarik untuk dikongsi walaupun sebenarnya banyak benda yang ingin dikongsi bersama. Maka hari ini aku gagahkan juga untuk menulis tentang isu ini. Isu yang panas dan makin kritikal hari demi hari. Rumahku tidak pernah tidak ada akhbar harian dan naskhah tetapnya adalah Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Pun begitu, kadang-kadang aku hanya menyelak sekadar di pinggiran saja naskhah-naskhah tersebut kerana setiap hari pun ada dilaporkan kes pembuangan bayi. Sedih membaca berita yang tertulis. Tersayat hati melihat foto yang dirakam. Bayi kecil dibuang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Dicampak ke dalam tong sampah mahupun ditinggalkan di tempat-tempat terbiar. Manusiakah mereka yang melakukan perkara sedemikian? Manusia yang Allah ciptakan dengan akal tergamak melakukan perkara sedemikian.

Beberapa minggu lepas, aku mendengar di berita radio ucapan dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bahawa kes buang bayi akan disiasat sebagai kes bunuh dimana DNA bayi tersebut akan dianalisis untuk mengenal pasti ibu bapanya. Pada pandanganku, ia adalah tindakan yang wajar. Sewaktu ke pesta buku Selangor tempoh hari, Kak Chik berkongsi tentang pengalamannya bertemu dengan seorang remaja yang telah pun selamat melahirkan bayi hasil perhubungan haram dengan teman lelakinya kalau tidak silap. Betapa kisah itu membuat aku berfikir dan berfikir. Beginikah nasib anak-anak muda kita? Aku juga pernah mendengar kisah-kisah serupa dari seorang sahabat yang pernah bekerja di rumah perlindungan untuk remaja yang terlanjur. Ada yang sudah berkali-kali menghadapi situasi sama dan ada juga yang pertama kali. Kak Chik juga berkongsi tentang statistik kelahiran anak-anak luar nikah di negara ini. Seketika, aku tersentak mendengar angka yang disebutkan. Ini adalah statistik kelahiran anak luar nikah yang aku peroleh dari sini.

STATISTIK PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH (1999-2003)
*Sebanyak 30,978 dari 70,430 adalah anak orang Islam
Pecahan mengikut negeri

SELANGOR            = 12,836 orang
PERAK                  =   9,788 orang
KUALA LUMPUR      =   9,439 orang
JOHOR                  =   8,920 orang
SABAH                  =   8,435 orang
NEGERI SEMBILAN  =   4,108 orang
PAHANG                =   3,677 orang
KEDAH                  =   3,496 orang
PULAU PINANG      =   3,412 orang
MELAKA                =   2,707 orang
KELANTAN            =   1,730 orang
PERLIS                  =      691 orang
SARAWAK             =      617 orang
TERENGGANU        =      574 orang
JUMLAH                =   70,430 orang

Lihat pada jumlahnya. Ini adalah statistik sehingga tahun 2003. Belum termasuk tahun-tahun terkini. Tidakkah anda fikir bahawa suatu hari nanti tidak mustahil akan terjadi perkahwinan antara adik-beradik? Bila mana a berlaku, rosaklah nasab keturunannya. Justeru, langkah pencegahan perlu difikirkan bermula dari sekarang. Kaum Hawa, jaga diri anda. Jangan rendahkan martabat anda sebagai wanita dengan melakukan perkara-perkara mungkar. Asuh nafsu untuk tunduk dengan perkara-perkara mungkar ini kerana bila nafsu menguasai diri, akal tidak akan berfungsi melainkan tunduk mengikut nafsu. 

Ingin aku kongsikan satu kisah pendek yang dikirim oleh seorang sahabat melalui SMS. 'Wanita ibarat EPAL.Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah. Tetapi, epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, sudah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, "Kenapa diriku belum dipetik?' Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyentuh tanah sedangkan ia sebenarnya telah dijadikan Allah begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu memetiknya. Mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi kekal mengiringi'

Sumber gambar: Google

Fikirkanlah sama ada mahu menjadi epal yang mana. Epal berguguran atau epal di puncak. Semuanya terserah pada individu.

Friday, 13 August 2010

Epilog Syurga Cinta Umie

 Gambar hasil carian Google

Ada sesiapa layan drama ni? Aku tak layan dekat TV sebab dia mula 6.30. Waktu perdana untuk berada di dapur ye. Cuma tengok di laman web TV3. Rasanya, ini kesinambunagn dari Syurga Cinta kot. Aku tak tengok lagi filem Syurga Cinta tu walaupun dah berkurun filem tu duduk dalam harddisk ni. Sengal di situ. Agak menarik jugak drama ni. Tapi malas nak ulas panjang-panjang. Kalau nak tau, Google sendiri ye. Hehehe.. Waktu tengok cerita ni kan, tiba-tiba "Tingggg..!" teringat kat seorang sahabat. Dalam drama ni, Mia kan tadika dekat Genius Aulad. Secara automatik wajah Umie menjelma di kotak fikiran sebab dia pun kerja di Genius Aulad jugak. Umie, agak-agak ko macam Cikgu Siti tak? Kot-kot ada murid ko jadi macam Mia ni ke? Hahaha...

Rindu gila dekat si Umie ni. Sibuk bebenor dia ni sampai ada la sekali dua nak jumpa dia tapi dia tak dapat luangkan masa. Apapun, semoga Umie tabah menghadapi segalanya ye.

Ni bulan puasa beberapa tahun sudah. Lokasi, Syikin Kafe Ijok. Waktu ni buka ramai-ramai dengan teman-teman rapat sekelas; Mynn, Ain, Apak Hasifi, Mammu Aziz, Hawa dan Shah.

Ni pulak lepas berbuka di BBQ Land Kuang. Tahun puasa, 2008 kalau tak silap. Yang ni memang ramai sungguh yang ikut. Geng-geng FK..

Gila Kentang...

Selamat bersiaran di hari Jumaat. Mula-mula, nak mintak maaf kepada Cik Bintang Timur sebab tidak membalas mesej-mesej anda. InsyaAllah akan dibalas hari ini. Dengan keadaan telefon bimbit yang sengal macam tu, menambahkan kemalasanku untuk berbalas mesej. Agak-agak, kena tambah kot new handphone dekat wishlist belah kanan ni. Hahaha..Sape entah nak bagi...

Semalam aku ke Unisel untuk berjumpa penyelia term paper yang baru. Pertemuan semalam sungguh memotivasi diri ini untuk menyiapkannya secepat mungkin. Selepas perjumpaan tersebut, sempat roger beberapa orang kenalan lama untuk berjumpa dan akhirnya, aku telah berjaya memiliki koleksi gambar program-program yang lepas. (Lepas ni nak buat entri basi pasal gambar-gambar tu pulak...basi la kan sebab dah lama gila) Terima kasih banyak-banyak ye Tuan Presiden. Sempat juga melawat gerai i Rakan di tapak bazar Ramadhan. Tahniah buat Exco Keusahawanan atas inisiatif tersebut. Tak pasti pulak gerai yang sebelah tu i Rakan punya jugak ke bukan. Tapi yang menebeng di situ adalah ahli-ahli juga. Apapun, selamat berniaga la kepada anda semua ye. Rajin buat nasi kerabu ye. Ingatkan ada yang nak belanja, rupanya kena beli jugak. Takpe takpe,nanti kalau sudah berkemampuan anda akan merasa la hasil belanjaan saya ye. Hehehe...

Dalam pada menunggu Tuan Presiden, sempat la jumpa Faien, Kak Suma, Aienn, Fina, Fatin, Ana, Fadilah dan beberapa muslimin yang lain termasuk Encik Presiden yang berdedikasi menghidupkan tempat pembakar di gerainya. Sempat juga jumpa Ifdal, Raudhah, dan terserempak dengan Najib dan Azli ketika mahu ke masjid. Mereka mengajak untuk berbuka sekali di masjid tapi terpaksa menolak kerana perjalanan masih jauh lagi. Cuak jugak nak memandu sendiri malam-malam ni. Itu pun sepanjang perjalanan semalam tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Agaknya semua dah siap-siap nak berbuka la tu kat rumah. Aku cuma minum air je sepanjang perjalanan. Ifdal pesan suruh beli apape untuk buka dalam kereta tapi aku cuma beli nasi kerabu je. Camane la pulak nak makan nasi sambil memandu kan? Jadinya sampei je rumah terus ke dapur. Perut agak pedih dah. Bukak-bukak tudung saji, MasyaAllah, banyak gila lauk. Penuh satu tudung saji tu. Rupanya dua-dua abang aku membeli di bazar. Patut la pun... Gila kentang ah tiba-tiba banyak pulak lauk. Tapi ok jugak sebab dah tak payah masak untuk sahur. Lepas tu ada pulak lagi nasi lemak sebungkus. Duhh, terasa kenyang tiba-tiba. Tapi aku makan jugak nasi kerabu tu. Nampak sikit tapi banyak la pulak. Serius kenyang... Dan kerana kepenatan, tidur awal malam tadi. Jam 10.30 dah pengsan sebab semalamnya aku tak tidur gara-gara melayan Epilog Syurga Cinta secara marathon dan siangnya pula memandu dari Banting ke Unisel ke Banting semula. Sebenarnya, berhajat nak membakar kek pisang untuk diberikan kepada sesiapa jua yang ditemui di Unisel. Semangat ni beli butter sehari sebelum. Dah siap lembutkan butter lagi lepas sahur semalam. Tapi, niat dan keazaman yang kuat saja tidak akan membuahkan hasil tanpa disertai sebarang usaha. Sebabnya, tidur balik dalam pukul 9.30 sebelum bangun semula jam 12.00 untuk bersiap. Itu la sebabnya pisang di dapur tidak menjadi kek. Mungkin lain kali la ye..

Gigih mengopek durian, balik-balik je terus cari pisau ni...hahaha..sebiji je pun sebab...

...Abah take over mengopek selebihnya bila aku kopek lambat sangat..

Gambar di atas ni adalah peristiwa Ahad lepas. Sekarang kan musim durian. Tengok blog orang lain pun ada entri pasal makan durian jugak. Aku memang dah lama teringin nak makan durian. Tapi waktu ajak Abang gi beli durian beberapa minggu sebelum ni, Abah cakap; "Jangan beli dulu. Abah batuk, nanti tak dapat makan." Hehehe..Jadi ditunda sampai la Ahad lepas bila Abah dah tak batuk. Lepas tu, ada orang tamak beli sampai 5 biji. Sape tu??Angkat tangan sikit. Jadi, masih berbaki lagi dalam peti tu. Puasa-puasa ni kurang dah nak makan-makan. Jadi, aku bercadang nak buat serawa durian makan dengan roti jala atau lempeng kalau malas nak menjala karang. Ok, tu je nak tulis. Panjang berjela ni kata JE??? Hahaha..sabar la ye..

Nota 1: Perkara untuk diselesaikan hari ini..WAJIB..
Satu - Kemas ruang solat yang dah penuh dengan pelbagai harta yang tak berkenaan.
Dua - Kemas stor awam yang bersepah bagai tongkang pecah.
Tiga - Menghantar kereta untuk dibasuh kerana sudah tiada rupa kereta lagi gamaknya Mrs. Kanc tu.

Nota 2: Ada orang cakap blog aku banyak gambar makanan je. Siapa tu?? Angkat tangan... Hahaha.. Bila aku semak-semak balik, ada la beberapa entri yang ada gambar makanan. Resepi pun ye jugak. Rasanya, kena bukak lagi satu tempat khas ke ek untuk resepi je??

Monday, 9 August 2010

Mari Mengemas

Baiklah, tajuk hari ini mengenai KEMAS. Walaupun bab-bab mengemas ni aku cuma selaju siput sedut je, kena la jugak paksa diri naik taraf ke tahap arnab. Serius, banyak sangat benda nak kena kemas kat rumah. Patut la dulu arwah mak kata tak nak buat rumah besar-besar. Tapi rasanya rumah ni dah bertambah besar sejak dibuat beberapa pengubahsuaian. Ruang tamu, stor awam, stor dapur, ruang menonton, ruang menyidai, ruang solat, etc. Banyak tuh..! Setakat ni buat yang mana rasa nak buat. Tadi kemas dapur dan selepas hampir setahun, baru aku kemaskan tempat ubat-ubat arwah mak. Banyaknya ubat... Kebanyakannya dah sampai tarikh mati dan ubat-ubat yang masih panjang hayatnya adalah ubat untuk sakit sendi.

Arwah mak dulu memang tak ada penyakit berat macam jantung dan kencing manis. Cuma sakit lutut saja dan sejak dekat nak pencen dan selepas pencen, ada pulak darah tinggi. Jadi ubat-ubatan itu adalah untuk 2 penyakit itu saja. Sayang pulak rasanya nak buang ubat-ubat ni. Kira mahal jugak sebab bukan ubat dari hospital. Yang mana multivitamin tu, boleh la kot aku makan. Susu Alphalipid masih ada setengah tin.

ini ubat yang masih bernyawa(belum expired la maksudnya)




Lepas tu, bila bukak almari makanan kering, jumpa ini ........


Yang ni dah luput lama. Sayang sungguh sebab ini adalah antara makanan kesihatan termahal yang dibeli arwah mak. Tak ingat kenapa mak berhenti makan Nutri blend. Tapi sempat habis banyak botol dah. Satu botol ni RM240. Arwah mak kata, biarlah mahal asalkan kesihatan terjaga. Tak apalah, bukan rezeki manusia nak habiskan Nutri blend ni. Gitulah cerita ubat-ubatan yang ditemui. Yang dah luput semua dah masuk dalam plastik sederhana besar untuk dilupuskan.

Sedang mengemas tadi juga, tergerak nak buka tin biskut yang terletak elok di dapur. Dalam otak terfikir apa la isi tin ni. Bila bukak, rupanya adalah Kuih Bijan raya tahun lepas. Tinggal sikit je. Mungkin kerana lokasinya di ceruk rantau maka ia dilupakan dan akhirnya terbiar disitu selama hampir setahun sebelum ditemui. Sekian saja cerita mengemas hari ni. Meh layan gambar makanan...LAGI...


Ini adalah bingka pisang yang terhasil selepas jenuh fikir nak buat apa dengan pisang tu. Buat kek dah jemu. Maka aku membuat ini menggunakan resepi bingka nangka seperti di entri lalu. Cuma menggantikan nangka dengan pisang. Mudah bukan? Tapi sila jangan makan kuih ini selalu kerana ia berasaskan santan dan santan mengandungi kolestrol. Tapi aku dah buat kuih spesis ni dua kali minggu lepas. Apa kess?? Hahaha..Bertambah bolat la gamaknya...

Nota: Kenapa dengan blog aku ni?? Hilang sudah corak header. Sakitkah? atau dia suruh tukar layout baru? Ingat senang ke nak tukar layout ni? Bercinta tahu...

Saturday, 7 August 2010

Camano Ni?

Hari Jumaat bersamaan semalam, dapat panggilan dari I**. Sebenarnya dah tunggu dari hari Selasa lagi. Waktu ditunggu tu la dia tak panggil-panggil. Nasib baik dia panggil waktu aku ada dalam rumah. Dia tanya, still available lagi ke? Aku memang la available hari-hari. Dok rumah tak buat pape pun. Berdasarkan panggilan tersebut, macam berpeluang tinggi untuk dipanggil mencurah tenaga di I** tu. Kalau dapat, cuak jugak sebenarnya. Macam tak yakin je nak kerja tu. Camano ni? Lagi satu, kena la berlatih tidur secara teratur balik sebab sekarang ni kan aku bertukar jadi kelawar. Kena tukar jadi manusia balik ni. Hahaha...

Entri bawah ni, dah gebang pasal puasa. Korang dah habis ganti??Kalau belum ada beberapa hari lagi masa kecederaan ni. Cepat-cepat la weh. Aku pun baru je habis ganti sebab was-was aku dah ganti berapa hari sebelum ni. Selalunya tulis dalam handphone kalau dah ganti puasa. Tapi tahun ni bila diperiksa semula, tiada sebarang catatan tentang ganti puasa. Lupo nak catat. Jadi, baik la ganti balik kan sebagai langkah keselamatan. Persiapan raya macam mana? Tahun ni, aku macam tak raya je. Baju pun tak ada. Bahan dah beli, tapi tak hantar ke tukang jahit. Itu sengal namanya. Bila dah tak hantar, malas la nak beli baju raya. Pakai je la kot baju-baju tahun sudah. Kuih raya pun macam terpikir-pikir nak buat ke tak. Kalau tahun-tahun sudah, mak yang akan pilih biskut mana yang macam best untuk dibuat dan kemudian, aku akan bua. Tahun ni tengok la dulu.

Meh layan resepi lak. Petang tadi macam membuak-buak je keinginan nak buat bingka nangka. Stok nangka pun tak terusik lagi dalam peti tu sejak dimasukkan ke dalam tempat sejuk itu. Maka, dengan gigihnya aku mula membuat bingka tersebut menggunakan resepi ini:

Ingredients:

2 eggs
2 cups coconut milk (1 thick coconut milk + 1 cup water)
1 cup plain flour
1/3 cup corn flour
1/2 cup sugar
1/2 teasp salt
3-4 pcs nangka (jackfruit)
yellow colouring (optional)

Method:
Mix all ingredient and blend till smooth.
Pour in baking pan and bake @ 200 C 30-45 mins or until skewer comes out clean
Jumpa resepi ni dekat sini. Jadi ini pun copy and paste je dari situ. Sangat la senang nak buatnya. Campak semua benda dalam blender je. Blend, lepas tu tuang dalam loyang dan bakar la sampai masak. Moh la cuba ye.. Gambarnya nanti la ye. Tengah malas nak upload. Hehe

Ramadhan Datang Lagi

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Ramadhan tahun ni, berbeza dengan tahun-tahun sudah sebab ini kali pertama menyambutnya tanpa mak. Semuanya bakal berubah nampaknya. Tahun ni pun juga pertama kali berpuasa sepenuhnya kat rumah lepas bertahun-tahun merantau ke daerah orang. Hehehe... Waktu di Hamidiah dulu, loceng akan dibunyikan untuk mengejutkan penghuni bersahur. Tapi masih boleh dikira dengan jari berapa orang yang turun ke dewan makan. Bila dah duduk di Unisel, pandai-pandai la nak bangun sendiri. Kadang-kadang kalau takut tak terjaga, dah makan siap-siap sebelum tidur tu. Nanti mesti rindu suasana bersahur di hostel dengan teman-teman serumah. Rindu nak berbuka di anjung masjid dengan sahabat-sahabat. Rindu nak redah bazar ramadhan. Rindu dengan alasan-alasan sengal kawan-kawan sekelas untuk membuat pensyarah habiskan kuliah awal. Disebalik semua kerinduan itu, aku akan cuba untuk mengambil segala peluang dan tawaran lumayan yang disediakan oleh Pencipta Semesta Alam. Selamat Berpuasa...


Thursday, 5 August 2010

Kelawar vs Lipan

Assalamualaikum w.b.t...Ini la rutin hidup aku sekarang. Malam berjaga, siang baru tidur. Apa kejadahnya? Dah biasa kot dulu-dulu waktu kat hostel pun cenggini jugak sebenarnya. Malam-malam baru seronok nak study. Sekarang ni study lagi ke? Hahaha...tentu la tidak. Cuma menyiapkan kerja yang tak siap-siap je + melencong kejap-kejap kat blog orang lain, tambah ilmu. Cuma kebelakangan ni memang aku tak buat entri ilmiah. Bahan ada, cuma tengah malas nak mengulas. Apa nak jadi? Malasnya aje dibesarkan.

Ni pun malas nak update blog sebenarnya. Bila letak entri je, pasal makanan. Dah jadi blog makanan gamaknya. Sebelum letak gambar makanan, nak cerita pasal tajuk kat atas nun. Ada tersebut perkataan lipan disitu. Ye, malam tadi seekor lipan telah memasuki rumahku. Tergezut aku dibuatnya... Kus semangat bila tiba-tiba je dia syok melintas depan mata. Nasib baik dia melintas secara menonong tanpa membuat pusingan U. Kalau tak dah kena sengat kot. Selalu aku ngadap laptop atas sofa tapi malam tadi rasa nak duduk atas karpet pulak. Agaknya dah takdir la kot aku nak ternampak lipan tu. Aku pun dok pikir nak buat apa dengan lipan tu. Nak carik parang memang tak tau Abah simpan parang kat mana. Akhirnya aku cepat-cepat ambik besen lubang untuk memerangkap beliau dengan lesung batu untuk tindih besen tu. Kot-kot Encik Lipan tu dapat meloloskan diri, payah pulak karang. Dua kali dia melintas depan mata sebelum berjaya diperangkap. Besar la jugak lipannya. Tapi tak sebesar lipan yang ditemui dalam bilik air beberapa bulan lalu. Kalau yang tu memang besar gila. Kiranya lipan terbesar aku pernah jumpa. Terus kejut Abah. Abah pun gi ambik parang panjang yang buat tebas semak dan terus dibunuh. Bahaya tu kalau kena sengat. Sungguh bisa sebab waktu kecik-kecik dulu aku pernah kena sengat dekat dagu. Abang pulak kena sengat dekat tangan 2 kali. Kiranya aku punya sengatan tak sesakit sengatan dia la. Tapi, bisa jugak woo. Gambar tak dan la nak ambik. Nyawa mesti diutamakan. Hehehe..

Duduk rumah kampung memang macam ni la. Macam-macam serangga + haiwan masuk rumah. Ulat gonggok, kumbang tanduk, kupu-kupu, rama-rama, belalang, mentadak mentadu tu kira biasa la. Yang luar biasa macam lipan ni la. Ular pun pernah gak masuk dulu. Serammm... Walaupun kadang-kadang ada tetamu yang tak diundang macam yang tersenarai di atas, duduk kampung jugak seronok. Jadi, sila la pindah ke kampung halaman masing-masing. Hehehehe..

Ok, nak letak gambar makanan ni. Kalau bukak blog ni, memang akan selalu muncul resepi berasaskan pisang. Sebab? Tiap minggu ada stok pisang. Minggu lepas berlambak pisang nangka. Tapi pisang nangka tak sedap untuk dibuat kek atau mufin sebab dia agak masam. Kalau goreng atau buat pengat, layan. Lepas tu, ada pulak 2 sisir pisang lemak manis. Nak harap abang-abang aku tu makan? Takde la nampaknya. Sebab dia dah nazak, maka aku buat la muffin dengan roti. Tapi pisang ni tak berapa sedap la nampaknya. Serat dia kurang sikit dibandingkan dengan pisang awak atau pisang abu. Meh layan resepi...

Choc Chip Banana Muffins

 I add up 1 tsp of cocoa powder
  • 60g butter
  • 2 cups self-raising flour
  • 1/2 cup caster sugar
  • 1/2 cup milk
  • 2 eggs
  • 2 ripe bananas, mashed
  • 1 cup (200g) Nestle Dark Choc Bits
  1. Preheat oven to 200°C. Line a medium muffin tray (12 sections) with paper cases. Melt butter in a small saucepan or heat-proof bowl in the microwave. Set aside to cool slightly.
  2. Sift flour into a mixing bowl. Stir in sugar. Make a well in the centre of dry ingredients.
  3. Using a whisk, lightly beat milk, eggs and butter in a jug. Add to dry ingredients, along with mashed banana. Using a wooden spoon, gently mix ingredients until just combined. Stir in choc bits. Don't beat the mixture or the muffins will be tough.
  4. Spoon the mixture evenly into the muffin cases. Bake for 20 minutes or until firm on top when lightly touched (get an adult to help with this). Leave in the tray for 3 minutes. Transfer the muffins to a rack to cool.

    Banana & Sultana Bread
    • 2 cups (300g) self-raising flour
    • 1 tsp bicarbonate of soda
    • Pinch of salt
    • 1 tsp ground cinnamon
    • 1/2 cup (110g) caster sugar
    • 3/4 cup (125g) sultanas
    • 2 eggs, lightly beaten
    • 1 cup (250ml) reduced fat milk
    • 1 cup mashed banana (about 2 large ripe bananas)

    1. Preheat oven to 180°C. Line the base and sides of a 23cm x 13cm loaf pan with non-stick baking paper.
    2. Sift flour, bicarbonate of soda, salt and cinnamon into a large bowl. Stir in sugar and sultanas.
    3. Combine eggs, milk and bananas in a large jug. Whisk with a fork, until well combined. Using a large metal spoon, stir egg mixture into dry ingredients, until well combined.
    4. Pour mixture into prepared loaf pan. Bake for 40-45 minutes, or until a skewer inserted in the centre comes out clean.
    5. Cool in pan for 10 minutes. Turn onto a wire rack to cool completely. Slice and serve lightly buttered, or toasted.
    For more recipes, you can click here

    Nota: Untuk roti pisang ni, malas nak ambik gambar sebab dia tak cantik sebab aku guna acuan empat segi biasa sebab patutnya kena guna loaf pan. Abeh, takde loaf pan nak buek cemano?? Belasah je la. Guna apa yang ada. Ok, sila la cuba ye. Tengah mikir nak buat apa dengan setandan pisang awak yang tersadai kat dapur tu. Erk..