Engagement Fund ;)

Thursday, 30 September 2010

Rumah Terbuka

Kembali bersiaran. Orang lain semua dah habis berkisah tentang raya mereka. Aku punya, masih terperuk dalam draf. Apakah? Ini malas nak menaip punya pasal la ni. Tahun ni tahun pertama beraya sepenuhnya di rumah memandangkan aku tidak lagi terikat dengan kelas dan kerja kuliah. Cumanya, tahun ni melalui pengalaman baru, menggigil kesejukan dalam pejabat waktu raya sebab ramai lagi staf yang cuti.

Memandangkan kami tak buat rumah terbuka tahun ni, maka kami terjah rumah orang lain. Hahaha... Orang jemput, kena pergi. Mula-mula, hari Sabtu lepas. Jemputan dari anak murid Abah, Dr. Rafie. Tapi kami tiba lambat sebab ke rumah Cik Esah (isteri arwah Cik Mat) dulu. Strees je sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari Gombak. Kesesakan lalu lintas yang dahsyat telah berlaku. Orang KL, tahniah kerana tahap kesabaran anda tinggi. Hari paling banyak makan jugak. Sebelum bertolak, singgah di Bahar Ali (restoran kegemaran kami sebab makanan sedap + murah) dulu untuk samari (sarapan + makan tengah hari). Sukati je nak buat perkataan baru. Hahaha... Kat rumah Cik Esah, makan lagi. Sedap masak lemak ikan parang tu. Hehe.. Kemudian di rumah Dr. Rafie, makan lagi sekali. Dah takde orang pun. Cuma ada 1 keluarga je. Abah kata, tak nak lama-lama sebab dah petang. Sekali borak punya borak, makan punya makan, dah azan maghrib pulak. Maka kami bersolat maghrib di sini.



Ni kat rumah Dr. Rafie. Satu perkara yang bagus tentang beliau adalah beliau suka mengambil gambar. Dekat rumah beliau pun ada satu almari penuh dengan album gambar saja. Banyak lagi gambar yang beliau ambik. Nanti kemudian la tempek ye...

Hari Ahad, sudah malas nak keluar rumah. Maka cuma duduk di rumah bermalas-malas saja. Sesi makan seperti rumah terbuka adalah pada Selasa lepas. Jamuan raya anjuran ILP Kuala Langat. Mula-mula ingatkan semua sekali terlibat termasuk pelajar. Rupanya cuma segelintir pelajar saja yang dijemput macam MPP. Selebihnya adalah staf. Tiba agak lewat sebab gatal nak pakai selendang Arab yang dah lama beli tapi tak pernah pakai. Mujur belum mula waktu sampai tu. Segan juga nak datang sebab baru je masuk keluarga ILP ni. Tapi, petang sebelum balik, beberapa orang staf dengan ramahnya mengajak ku hadir dan bos besar pun dah tazkirah tentang komitmen pada aktiviti yang dianjurkan organisasi waktu perhimpunan bulanan hari Isnin tu. Maka datanglah aku dengan Cik Asma. Datang je, kawasan luar dewan diselubungi asap. Ada makanan yang sedang dibakar. Baik, meh nak cerita menu. Sangat banyak ok makanan malam tu dan yang paling laku adalah kambing panggang. Aku merasa la jugak kesemua menu yang ada kecuali soto. Mula-mula ambik nasi goreng cina. Sangat sedap ye nasi goreng tersebut. Lepas tu layan rojak pulak. Rojak mee. Borak-borak jap, jengah lagi meja bufet. Ambik nasi impit dan suku sakatnya iaitu rendang ayam, kuah lodeh dan sambal kacang. Eh, tiba-tiba teringat pulak waktu Malam Tautan Ukhuwah 2 tahun sudah. Kami memanggil nasi impit dan lauk pauknya sebagai menu suku sakat. Lepas tu, layan pulak roti jala dengan lemang dan rendang daging. Dalam masa yang sama, ku membuat beberapa kali percubaan untuk mengambil kambing panggang. Sekali barisannya punyalah panjang. Baik la aku makan dulu apa yang dah tersedia. Kemudian, ada jugak roti bawang putih, sup cendawan dan salad. Kelas gitu... Makanan barat pun ada. Saladnya macam salad yang kat KFC tu. Sodap..! Tak dilupakan buah-buahan untuk cuci mulut. Ada tembikai dan oren juga agar-agar. Cendol pun ada... Waktu nak mula makan tu, tiba-tiba menyesal gila sebab tak angkut satu keluarga sekali. Rupanya ramai je yang bawak keluarga. Lama jugak la dok situ sampai berpeluang untuk merasa kambing panggang yang menjadi rebutan itu. Patut la jadi rebutan, rupanya memang sedap. Alhamdulillah, kembung perutku malam tu. Gambar tak ada ye. Segan nak bawak keluar kamera pun. Kehkehkeh...

Hujung minggu ni paling banyak jemputan. Yang paling awal sampai jemputannya adalah dari Alumni STAR. Mereka jemput Abah dan keluarga. Maka termasuklah kami bertiga. Kemudian, petangnya seorang lagi anak murid Abah buka rumah juga. Ada juga jemputan dari staf ILP. Hari sabtu jugak. Rasanya Encik Bad. Dan baru siang tadi dapat jemputan dari kawan di Hamidiah dulu. Untuk hari Ahad, jemputan dari Na. InsyaAllah nak terjah jugak. Petangnya ada jemputan dari Pengarah pulak. Tak pasti lagi nak pergi ke tak. Kira penuh la hujung minggu ni. Tengah hari tadi jugak aku telefon Umie nak ajak ke rumah Na. Sekali dia ajak merayap pulak lepas terjah rumah Na. Hahaha..layan beb.. Ni kes lama tak gosip la ni. Mie, ko kena belanja ngeteh ni. Hah, makan lagi...

Wednesday, 29 September 2010

Buatmu Wanita (Episod 2)

Apabila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:


"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"


Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...


Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.


Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:


Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :


1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.


"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :


1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)


2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.


- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.


-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Alhamdulillah, arwah mak awal-awal lagi memberitahu tentang ini walaupun mulanya aku sedikit pelik. Artikel ini ku ambil dari laman web Rakan Masjid. Semoga bermanfaat.

Buatmu Wanita...

Beberapa hari ini, aku diajukan dengan soalan berbaur kemusykilan yang melibatkan isu feqah untuk kaum wanita. Wanita adalah istimewa kerana kami diberi cuti setiap bulan. Memandangkan aku bukanlah bijak pandai yang khatam kesemua jilid Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali, ulama' feqah tersohor, maka aku telah mencari artikel-artikel yang dikarang oleh mereka yang lebih mengetahui dan ku kongsikan di sini. Isu puasa 6 dan puasa qadha telah ku kongsikan di sini siang tadi. Moga bermanfaat.

Tentang Puasa
Bulan Syawal sudah hampir sampai ke penghujung. Namun, bagi sesiapa yang masih berusaha memenuhkan 6 hari puasa sunat Syawal, teruskan usaha. Kepada yang sudah melangsaikan kesemua 6 hari, alhamdulillah. Manakala bagi yang masih belum bermula, masih sempat lagi untuk anda memulakannya. Disebalik ganjaran pahala yang Allah janjikan kepada sesiapa yang menunaikan puasa 6 ini, timbul juga kemusykilan terhadap beberapa isu berkaitan. Teruskan membaca huraian dan penjelasan terhadap kemusykilan yang timbul berdasarkan hadis-hadis soheh dan huraian serta pendapat oleh para ulama'.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?

Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW,

Ertinya "... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Artikel adalah olahan daripada artikel asal oleh Ustaz Zaharuddin dan juga artikel yang dipaparkan di PMIUM. Semoga bermanfaat.

Friday, 24 September 2010

Lebih

Assalamualaikum w.b.t... Lama betul tak menulis. Minggu yang sibuk sebab budak-budak dah habis bercuti. Maknanya kelas dah bermula dan semua staf pun dah habis cuti maka pejabat kembali penuh dan suhu dalam pejabat berjaya dinaikkan. Jadi, tidaklah lagi menggigil. Sibuk menyediakan bahan-bahan untuk diajar, membuat soalan latihan untuk mereka, juga membuat soalan kuiz untuk topik-topik yang telah dipelajari. Selain masuk ke kelas, kami diberi tugas baru yang mungkin berjaya membuatkan masa senggang kami dimanfaatkan. 2 hari lepas, kami dipanggil ke bilik Pn. Reza. Kak Dayan memulakan bicara; "Ha, ni ada modul untuk sem 3 dan 4, nak mintak awak berdua tolong terjemahkan semuanya dalam bahasa melayu". Ha, 3 buah fail berisi tebal perlu diterjemah. Silakan la ye... Jangan dok termenung je dalam pejabat tu. Hahaha.. Tak sempat menung pun. Ada je benda yang ku buat dan perlu buat.

Hari ni tiada kelas. Maka aku meminta kebenaran dari bos untuk keluar berjumpa Pensyarah bagi menyerahkan Term Paper. Lagi lama pegang, lagi banyak rasa tak puas hati dan kekurangan yang dirasakan. Jadi, dah selamat hantar. Tapi, macam-macam ke'lebih'an ku lalui hari ni.

1. Jalan raya LEBIH SIBUK dari biasa. Baik perjalanan pergi, mahupun pulang.
2. Terdapat LEBIH BANYAK LORI memeriahkan suasana trafik dari pagi sampai petang. Keadaan itu juga menyebabkan,
3. LEBIH DARI 3 BUAH LORI ROSAK ku temui sepanjang perjalanan.
4. Terjumpa LEBIH RAMAI ORANG YANG SENTIASA DIINGATI DAN DIRINDUI dari kejauhan tanpa sengaja.

Cukup la tu walaupun ada lagi sebenarnya. Tapi betul, jalan raya memang sesak lain macam hari ni. Lori di kiri, kanan, depan dan belakang. Gerun tak? Sang Kancil tersepit di antara lori-lori tersebut. Lampu isyarat juga ada yang tiak berfungsi. Cuak banyak bila sampai di Johan Setia tadi tengok dari jauh cuma isyarat berwarna kuning saja berkelip-kelip. Maknanya mentol warna lain tu rosak la kot. Jalan tu dah la sibuk ya amat. Nasib baik depanku adalah sebuah lori. Maka ku mengikut PakCik Lori secara dekat supaya kereta dari arah lain bagi laluan sebab lori panjang dan besar nak lalu. Eh, cerita pasal lori pulak dah... Lagi, semua lori yang rosak adalah kontena. Panjang dan besar dan memakan banyak ruang jalan dan menyebabkan kesesakan teruk berlaku dan menyebabkan aku tak sempat sampai semula ke pejabat pada jam 5.00 petang. Nak punch card la sebab tak mintak cuti hari ni, cuma mintak kebenaran keluar saja. Sayang pulak nak mintak cuti.

Hari ni jugak aku buat eksperimen. Nak tengok lebuh raya baru; LKSA (Lingkaran Kemuning Shah Alam). Tapi kitorang panggil LAKSA je. Hahaha.. Pernah lalu separuh waktu raya hari tu. Aku dengan yakinnya mengatakan bahawa kami patut melalui susur keluar Alam Impian kerana mahu ke Klang. Kena tol 60 sen saja. Tiba-tiba, masuk kawasan perumahan pulak. Takpe, terus je. Mesti ada jalan punya. Nasib baik tembus ke Kampung Sg. Kandis. Nasib baik jumpa jalan keluar. Kalau tak kena kutuk la dengan abang. Jangan main-main ko bang, tu kawasan jajahan aku tu. Hahaha... Kalau jalan di kawasan Klang dan Shah Alam, insyaAllah boleh dijajah. Ok, kembali kepada LAKSA. Sepupuku kata, jalannya lebih dekat dan seronok. Maka ku ingin mencuba. Lepas mencuba, aku tak nak dah lalu jalan ni sebab kena dua kali tol. Sekali RM2.20  dan lagi sekali RM1.20. Weh, itu adalah harga sepinggan nasi putih + sayur + seekor ikan masak merah di kantin ILP tau. Rugi...rugi... Lepas ni ikut jalan biasa je. Memang seronok la jalan LAKSA ni sebab dia adalah luas + lurus + tak banyak kenderaan.

Ketika di bumi UNISEL, aku singgah ke PP untuk membuat salinan laporan program yang tertunggak. Secara tidak sengaja ku ternampak teman sebilik waktu di tahun asas dulu. Ye, dia adalah Cik Ezie. Lama betul tak jumpa Si Ezie ni. Seronok duduk sebilik dengan dia sebab dia ni jenis yang gila-gila. Kira crime partner sejati la waktu tahun asas dulu selain Cik Umie yang selalu sibuk. Hehe.. Agak lama ku berbual dengan beliau. Pung..pang...pung..pang...ku meminta diri untuk melangsaikan perkara lain yang perlu dilangsaikan. Nak makan pun tak sempat sebab ingat nak kejar masa. Tapi akhirnya aku berhenti makan jugak dekat Pelabuhan Klang bila jam di dashboard kereta memaparkan angka 4.45. Harapan la ko nak sampai ke ILP jam 5.00. Kepala pun dah sakit sebab angin dah naik. Jumpa Faien jugak. Sempat la borak-borak kejap. Faien, meh datang rumah akak beraya. Angkut sekali yang lain-lain. Nanti akak bawak korang melawat kilang kerepek tempat Sosilawati beli kerepek sebelum dia hilang. Nak bawak ke tempat kejadian, jauh la pulak. Jadi akak bawak ronda-ronda tempat yang dokek je. Hehehe..

Sudah selesai urusan di UNISEL, berkejar ke Kuala Selangor untuk ke KWSP. Asalnya nak terjah yang dekat Shah Alam. Tapi tawaf punya tawaf jalan dan bulatan yang ada kat Shah Alam tu, tak nampak pulak papan tanda KWSP kat mana-mana. Kak Ila kata dekat DEMC yang baru tu. Tapi tak jumpa pun... Silap aku jugak la kot sebab tak Google dulu lokasinya. Selalu aku memang Google dulu lokasi yang baru pertama kali diterjah supaya tak la sesat teruk. Maaf la, ku tak mampu nak guna GPS dan tiada keperluan lagi nak guna GPS. Jadi, cuma guna khidmat PakCik Google saja. Setelah membuang masa berpusing-pusing di situ, aku terus ke UNISEL sebab takut tak sempat. Hari ni kan hari Jumaat. Rehat lama. Jadinya, aku terjah KWSP di Kuala Selangor. Fikir-fikir mula-mula nak ke Klang. Tapi dibuatnya jalan sesak, sampai-sampai tinggal PakCik Guard je pulak karang. Kat sini pun memang tak ramai orang. Tak sampai 10 minit aku kat sini. Sebelum berurusan di sini, aku ada la bukak laman web dia tengok-tengok apa yang patut. Dalam laman web tu dia ada bagi borang untuk dimuat turun dan syarat yang perlu semasa mahu membuka akaun ni. Aku pun poyo la pergi fotostat IC bagai. Sekali bila sampai, bagi MyKad je. Cet..membazir 40sen ku. Siapa kata kerajaan tak maju dan perkhidmatan lambat??(sekarang ku kerja dengan kerajaan, kena la sokong kerajaan...hehehe) Tak sampai 10 minit tau prosedurnya. Satu lagi maklumat berguna, KWSP beroperasi dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang termasuk waktu rehat. Kiranya dia tak tutup la waktu rehat tengah hari tu. Jadi Kak Chik, awak boleh la terjah kaunter KWSP semasa lunch hour, okey..

Cerita lain, nanti tunggu angin rajin datang baru letak sini. Sekarang ni bila balik rumah dah malas nak ngadap laptop sebab seharian mengadap laptop kat pejabat. Esok ada jemputan rumah terbuka anak murid Abah dan bercadang mahu beraya ke Gombak. Juga ada jemputan rumah terbuka di Klang, rumah Cik Pinat. Kalau serbu ramai-ramai ni macam seronok. Hamidiansss, siapa nak ikut???Angkat tangan tinggi-tinggi dan capai telefon bimbit anda. Roger Tuan Tanah segera...

Sebelum menamatkan repekan kali ini, sedikit info untuk anda yang mahu pahala lebih.

Program Derma Darah anjuran UiTM dan Persatuan Penduduk Kg. Idaman akan diadakan pada:
25 September 2010
Sabtu
9.00 pagi - 6.00 petang
Jusco Bukit Tinggi.

Apa lagi, dah puas melantak kat rumah terbuka, singgah la derma darah pulak ye. Hehehe..

Sunday, 19 September 2010

Gambar Kesukaan...(Edisi Kemaskini)

My Group mates.. Miss them so much..
Waktu lepas kelas Educational Psychology kot. Kumpulan pertama yang bentang. Suka gambar ni sebab ianya penuh. Nampak cantik (bagiku lah, bagimu ku tak tahu).

Muktamar Thanawi Kali Ke-2 i Rakan
Ini kenangan seusai Muktamar. Saat akhir ku terima mesej dari S/U suruh pakai pakaian seragam kami. Kelam kabut ku gosok sebaik saja pulang dari sekolah. Encik Presiden punya arahan. Mula-mula ku pelik. Bila sampai di dewan senat, baru ku tahu sebabnya. Sebab muslimin baru saja membeli pakaian beragam mereka yang mereka beria-ia kata nak beli setahun lalu.

Program Hari Memperingati Rasulullah
Satu lagi pakaian beragam. Kali ini ditaja. Terima kasih banyak-banyak kepada penaja. Gambar ni adalah shot ke berapa entah sebab jurugambar set kamera canggih dia sebanyak 5 shot rasanya. Tu yang macam-macam gaya keluar tu. Kenangan terakhir sebelum meninggalkan SMK Methodist Parit Buntar.

Rehlah Mahahbbah Nisa'
Gambar ni diambil sejurus selepas Kembara Ibnu Battutah ditamatkan. Kenangan sebelum pulangkan basikal sewaan. Susunan yang teratur dan wajah ceria manusia dalam gambar ini menyebabkan ku sukakan ia. Selepas penat mengayuh basikal naik turun bukit dan dibasahi hujan, mereka masih mampu senyum. Terima kasih semua...

Penjenayah Yang Jahat

Sejak akhir Ramadhan negara digemparkan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya. Sekelip mata Kuala Langat menjadi terkenal. Kereta polis juga sentiasa kelihatan di jalan-jalan utama di Banting. Dekat pejabat pun tiap-tiap pagi mereka akan memperuntukkan beberapa minit bercerita perkembangan terbaru kes tersebut. Orang datang beraya juga hangat berbicara tentangnya. Kejadian yang sangat tidak terduga. Aku tidaklah mahu mengulas secara serius tentang topik ini. Anda boleh baca di akhbar-akhbar tempatan untuk berita selanjutnya. Semoga roh mangsa-mangsa yang terlibat dicucuri rahmat.

Petang tadi, Abah bagi sehelai kertas padaku. Sekilas ku lihat, ada lambang PDRM. Eh?? Ku baca satu persatu perkataan yang ada. Eh?? Laporan polis? Rupanya nenekku menjadi mangsa ragut. Rantai emas milik nenek telah diragut petang semalam ketika dua orang lelaki tidak dikenali pura-pura bertanya sesuatu. Geramnya lah.. Dengan orang tua pun korang tak bertimbang rasa. Mujur tiada kecederaan. Anda semua, berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Sebelum ni ada juga terdengar beberapa kes seperti ini terjadi di kampungku. Tapi itu aku dengar waktu masih bersekolah dulu. Kiranya sudah lama kejahatan tidak muncul. Kini ia kembali selepas beberapa tahun. Lagi sekali, berhati-hati dan jaga diri ye...

Are You Waiting For Your Husband?

Tajuk tak boleh belah. Cerita tak berkaitan. Tak nak baca, boleh klik senarai blog lain kat sebelah ni.  Sebenarnya banyak benda nak nak tulis. Tapi masih belum ada mood. Dah baca tajuk? Ini kisahnya. Terjadi pada Khamis lepas.

Lokasi: Surau Al Ittihadiyah, Seksyen 9.
Waktu: Selepas solat Maghrib
Usai solat maghrib, aku terus keluar dari surau tersebut. Rupanya Abah dan Abang-abang masih belum keluar. Maka aku pun berdirilah menunggu di tepi pagar surau. Nak tunggu di luar, macam bahaya sebab keadaan sunyi. Sedang menunggu, seorang lelaki masuk. Beberapa minit kemudian, dia berjalan keluar setelah melangsaikan mahgribnya. Tiba-tiba dia menegur;

Encik Lelaki: Are you waiting for your husband?
Aku: (erk...)nop..I'm waiting for my father.
Encik Lelaki: Oh, where is he?
Aku: He's still inside.

Terpelik kejap sebab kena tegur. Agaknya dia pelik tengok aku berdiri lama dekat situ, tu yang dia tegur. Encik ni, saya belum kahwin lagi la. Tak layak lagi nak kahwin. Ahaks...

Sedikit teguran untuk kaum wanita. Silalah pakai kain lain di bahagian dalam kalau kain baju kurung anda jarang. Sepanjang aku berdiri kat pagar surau tu, lebih dari 2 orang muslimat berkain jarang. Kalau dah jarang, maka anda tahulah apa yang akan kelihatan. Tolong ye... Atas dah elok bertutup litup. Tapi tiba-tiba bawah pulak cacat.

Nota: Lebih elok cari pakaian yang berkain tebal.

Wednesday, 15 September 2010

Nasib Baik Tak Bagi Bunga Sejambak

Siaran langsung dari 'kutub utara'. Berlalu sudah Syawal kelima. Sedihnya masih tersisa. Tak dapat ku menghadiri rumah terbuka Chik di Kajang semalam kerana tidak layak bercuti. Seperti kata Kak Chik, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. Kesedihan berganda sebab kawan-kawan dari serata dunia turut hadir seperti Syafaf, Fairuz, Zimah, dan Radin. Mereka cuma berada di Malaysia sekali sekala. Tapi, tak mengapa, ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi ye kawan-kawan.

Gambar ni ambik dari Facebook Chik. Berdiri dari kiri, Hani (Mesir), Radin(Indonesia), Syafaf(Mesir), Zimah(Mesir), tak kenal, Cik Nilam(IPG). Duduk dari kiri Chik, Fairuz(India), Nadiah(UM), Mahada(UIA). Caption gambar ni adalah with international students. Yolah Chik... Kepada anda yang rasa dikategorikan sebagai pelajar antarabangsa, selamat terbang ke tempat rantau. Panjang umur kita jumpa lagi, InsyaAllah.

Dah sedih-sedih, aku pun balik je la rumah lepas kerja. Rutin baru, masak untuk makan malam lepas balik kerja. Hari Isnin jengah pasar malam nak cari sayur sebab dah bosan makan lauk raya. Borong sayur la pulak. Makanya minggu ni kena kekalkan kerajinan supaya sayur-mayur yang dibeli tidak terbuang begitu saja. Alah, ni tengah rajin, masak la macam-macam. Tunggu la kemalasan melanda. Dapur pun tak berasap karang. Hahaha..

Okey, mari kita masuk ke topik utama seperti yang tertera di atas. Cerita ni dah agak lama, 2 minggu lepas. Tapi nak catat juga di sini untuk ingatan. Al kisahnya, pada hari tersebut aku dan Kak Chik ke UNISEL untuk menyelesaikan urusan seri paduka baginda dan berbukalah sekali dengan sahabat-sahabat yang dah lama tak jumpa. Sebelum tu berjumpa dulu seseorang. Janjinya jam 6. Tapi kami membuat lawatan kerja ke bazar ramadhan yang ada dulu dan tiba di tempat perjumpaan agak awal. Beberapa minit awal. Dia baru tiba bila kami sampai di situ. Dari jauh aku nampak banyak benar barang yang dia bawa. Tika menuju ke meja, telefon berbunyi. Jawab dulu kot-kot ada hal penting pulak. Pung..pang..pung..pang..ok, talian diputuskan. Khidmat tenaga diperlukan di Masjid. Elok je aku duduk, dia bagi kotak kek dengan satu beg plastik dan dia terus minta diri. Aku ingat nak cakap-cakap ke borak-borak kejap ke. Aku pandang Kak Chik. Kak Chik pandang aku. Biar betul. Lama aku menung kat meja tu. Kak Chik pun terkebil-kebil. Ish, mahal ni. Takkanlah... Akhirnya, Kak Chik kata; "Orang dah bagi, ambik ajelah." Tak tergamak pulak nak terima sebab ianya memang mahal untuk diberi begitu saja tanpa apa-apa sebab. Dalam masa yang sama, teringat arwah mak kata kalau orang bagi sesuatu kena terima. Jadi kami berlalu dari situ dengan rasa tak sangka.

Bila tiba waktu berbuka, aku bawa sekali kotak berisi kek coklat yang sangat sedap untuk dihidangkan sebagai juadah sampingan. Nak makan sorang, memang tak la kan sebab ia adalah sebiji dan agak besar juga saiznya. Semua yang ada di situ tanya mana dapat kek ni? Untuk jawapan bagi soalan cepu cemas ni, aku tak pasti siapa yang reka jawapan tapi aku cakap; "Ada orang tinggal kat atas kereta." Najib buat muka tak percaya. "Iye, orang letak kat kereta. Dah orang bagi, ambik je la kan." Tiba-tiba Azli menyampuk; "Oh, atas kereta. Bukan atas motor??" Kami pun tergelak-gelak. Ada peristiwa sengal berkaitan kek yang diletak atas motor. Mangsa kejadian la gelak paling panjang. Perstiwa KEK ATAS MOTOR adalah rancangan wa kena beb untuk Najib sempena hari kelahirannya tahun lepas. Tidak tercatat pula peristiwa itu di Atas Nama Cinta.

Pengakhirannya, kami sama-sama melantak kek tersebut. Tu pun banyak lebih lagi. Anda tertanya-tanya apa yang aku dapat yang dikatakan mahal? Inilah dia bendanya...
gambar ihsan dari Pakcik Google

Waktu survey dekat PC Fair dulu, harganya RM 40-50. Yang aku punye ni tak tau la berapa. Tengok, tergamak tak nak terima pemberian tanpa sebab ni? Aku memang dah lama nak cari laptop bag pack yang seronok dan kalau aku nak beli haruslah berwarna hijau sebab aku adalah pencinta hijau tegar. Pemberian ni masih lagi tersimpan rapi. Tak tahu nak pakai ke tak...

Saturday, 11 September 2010

Mereka Bakal, Anda Bila?

Ok, entri terakhir untuk malam ni. Entri ni untuk 2 orang sahabat yang bakal mengakhiri zaman bujang mereka dalam masa terdekat ni. Pertama sekali, Kak Ida yang bakal melangsungkan walimahnya Ahad ini, 12 September 2010. Sangat teringin nak pergi tapi malangnya tak dapat sebab tiada yang berkelapangan untuk berkonvoi ke Chini. Ye, kampung halaman Kak Ida adalah di Felda Chini, Pahang. Maaf banyak ye Kak Ida. Tahniah diucapkan. Aku kenal Kak Ida waktu mula-mula sertai i Rakan dan dia adalah Naib Presiden pada waktu itu. Tak pernah nampak Kak Ida marah sepanjang bekerjasama dengan beliau. Selamat Pengantin Baru dariku untukmu. Kak Ida, kalau akak baca entri ni, tinggal la jejak ye...Hehehe..

Bakal kedua adalah Saudari Noraini. Untuk yang ini, aku sangat-sangat berharap nak hadir. Tengah mengumpul duit dan ahli rombongan. Kak Chik, saya masih berdoa agar bonda awak merelakan pemergian kita ke seberang laut. Baru beberapa minggu lepas aku sempat berbual dari hati ke hati dengan Aini melalui Facebook. Terkejut jugak bila tiba-tiba je dah bertunang. Rupanya jodoh beliau dikenali melalui ruangan sembang di alam maya. Aini ni pun dikenali waktu berada dalam i Rakan. Pertama kali bekerja sama dengan beliau adalah untuk program Pidato Piala Merdeka. Program yang sangat memberi makna untukku. Melalui program inilah juga aku belajar banyak benda dan Aini juga mengajar aku banyak benda baru.Beliau merupakan Pengarah bagi program tersebut. Rasanya waktu mengendalikan program ini juga baru aku kenal rapat dengan beliau. Sahabat yang banyak beri nasihat dan motivasi waktu kesengalan melanda selain Kak Chik. Aini, macam mana persiapan?? Hehehe.. Aini juga merupakan Naib Presiden i Rakan selepas Kak Ida. Eh, baru perasan, dua-dua mantan Naib Presiden dah nak naik pelamin. Maksudnya??? Sendiri cerna... Tahniah buat Aini dan bakal suami. Doakan perancanganku berjaya.

Yang terakhir, adalah Mantan Bos.Khabarnya akhir tahun ni. Tapi belum dapat hitam putih. Nanti akan ku buat satu entri khas untuk Mantan Bos ni. Kata Bos, mesti la istimewa. Hehehe.. Jangan marah ha..

Nota: Nak tempek gambar, tapi nanti la ye..

Jemput Datang

Hari ni cuma ke rumah nenek saja. Belum ke mana-mana lagi. Siang nanti insyaAllah nak ke rumah nenek-nenek saudara dan jiran-jiran berdekatan. Tetamu pertama yang mencemar duli siang tadi adalah Encik Ahmad sekeluarga. Lupa nak ambik gambar pulak. Kalau tak boleh tempek kat sini kan. Hehehe... Borak-borak la jugak. Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada Farah Ahmad yang akan terbang ke Mesir 18 September ni untuk menyambung pelajaran dalam bidang pergigian.

Kepada saudara mara yang lain, singgah-singgah la ye. Nak lepak-lepak waktu tengah hari pun boleh. Jangan tak datang sebab segan-segan Mak dah tak ada. Selalu yang lepak-lepak ni saudara belah mak sebab mereka tidak bermastautin di Banting. Rumah aku memang jadi tempat saudara mara melepak untuk solat zuhur dan sebagainya sebab rumah ni rumah pusaka dulu. Kira diorang dah biasa la lepak-lepak sini dari dulu lagi. Itulah sebabnya dari raya pertama hingga ketiga mesti aku terperuk kat dapur untuk memasak. Tahun ni tak dapat dipastikan.

Jadi, sesiapa yang mengenali diri ini, jemput la datang beraya ye. Agak-agak nak lepak lama sikit, telefon dulu kot-kot boleh merasa nasi beriani ke nasi bukhari ke nasi impit ke. Hehehe.. Selamat sambung beraya ye..

Kuih Raya 2010

Walaupun kelam kabut, sempat jugak buat 3 jenis biskut. Senarai asal nak buat 6 jenis. Tapi lembab punya pasal, sempat buat 3 je. Ini yang pertama


Shortbread Chocolate Rice
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1/2 cawan coklat urai
160 gram mentega
1/2 cawan kelapa kering
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara membuat
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanila serta bahan-bahan lain.
3. Kacau hingga sebati.
4. Terap ikut acuan yang digemari.
5. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Nota: Biskut ni memang sedap dan baunya harum semerbak waktu dibakar. Tapi aku derhaka sikit kali ni. Aku guna cornflakes yang dihancurkan instead of using nestum sebab lupa nak beli. Sila la cuba untuk raya tahun depan.


Coklat Cip
Bahan-bahan
350 gm mentega
300 gm gula merah
3 butir telur
500 gm tepung kek
20 gm serbuk penaik
20 gm serbuk koko
400 gm coklat cip
100 gm walnut

Cara membuat
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul perlahan.
2. Masukkan pula tepung kek, serbuk penaik, serbuk koko dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan  coklat cip dan walnut.
3. Sudukan adunan dan bakar selama 15 minit - 20 minit.

Nota: Ini resepi baru, bukan resepi tradisi. Resepi yang arwah mak bagi dulu dah hilang tak tau kat mana. Terkilan jugak. Untuk biskut ni, memang tak sah kalau tak ada yang geseng. Mesti ada 2 ke 3 loyang yang geseng. Hahaha...Abang-abang, sila makan yang geseng dulu.


Biskut Cornflakes
Bahan-bahan
1 sudu teh esen vanila
250 g gula
1 sudu teh baking powder
300 g tepung gandum
250 g mentega
cornflakes sebanyak yang disukai

Cara buat
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan cornflakes.
6. Sudukan adunan atau kepal ke...

Nota: Resepi ni memang senang gila. Sangat senang ok. Kejap je dah siap. Memang tak ada telur tau. Dulu macam pelik sebab selalu biskut ada letak telur. Mak kata, letak la sebiji. Sekali, dia mengembang dengan dahsyatnya. Hehehe.. Kredit kepada Kak Yah sebab kongsi resepi. Sila cuba jugak ye..

Thursday, 9 September 2010

Aci Tak?

ni la jadinya kalau tak ada kerja..

Aku masih bekerja walaupun tiada kerja. Serius, bosan. Pejabat adalah KOSONG dan SANGAT SEJUK. Budak-budak praktikal tu tak nampak pulak. Kereta mereka ada. Raj pun tak nampak. Aci tak update blog waktu macam ni? Sungguh, tak tahu nak buat apa. Nak membaca, dah habis baca. Nak kerja, tak ada orang nak bagi kerja. Nak tidur, karang kena kunci dalam pejabat pulak.(Apakah?) Tak..tak..gurau je. Aku memang tidur waktu kerja tapi waktu rehat tengah hari je. Waktu lain kalau ngantuk pergi jalan-jalan dekat luar atau pergi belek buku dekat pusat sumber. Ada banyak buku best..(walaupun kebanyakan buku adalah berkaitan teknikal, multimedia dan yang sewaktu dengannya)

Ini tempat dudukku. Betul-betul sebelah bilik pengarah. Juga dimaklumkan bahawa Tuan Pengarah suka berhenti meninjau keadaan di tempat ini. Bahaya ni. Dan, kerusi itu sangat la memalukan sebab dia ada bunyi eeeet...kriekkk..eeeeet..gitu. Hahaha..Sabar je la. Walaupun dapat PC sorang sebiji, aku lagi suka guna laptop sendiri sebab PC tu tak boleh baca dokumen PDF. Yang merah tersidai tu pashmina pemberian mama Izie. Kesejukan kurang dirasai bila membalut badan dengan pashmina itu.

Sejak kerja ni, kalau kat rumah tak berapa sempat nak mengadap laptop. Malam tadi pun membazir bukak laptop tapi tinggal buat kerja kat dapur. Tahun ni, pertama kali beraya tanpa mak. Banyak benda yang buatkan aku teringat kat mak, tapi biar la aku tak kongsi kat sini. Ok, tak nak sedih-sedih. Biar sedih sendiri je. Waktu ambik peyek hari tu, borak-borak la sikit dengan Wak Jiah. Kira dah jadi orang tua la aku ni sebab mikirkan pasal rumah. Sebelum buat selamba je tapi bila mak dah tak ada, lain jugak cara berfikir tu. Macam mana nak mengurus rumah, nak itu, nak ini. Kadang-kadang kalau tak tau nak buat apa, aku buat selamba jugak. Kuih raya semua dah ada. Dah 3 malam ni buat kuih raya. Boleh la untuk hidang sikit-sikit.

Rumah masih belum berkemas. Balang-balang kuih raya masih dalam kotak. Gelas-gelas untuk tetamu pun aku tak carik lagi kat mana. Mula-mula ingat nak mintak tolong Abang-abang yang dah kat rumah tu basuh kan menatang alah gelas semua tu. Tapi takut pulak karang tersompek. Mereka ni ganas sikit. Kalau tengok pinggan makan kat dapur pun, semuanya sompek kerana keganasan mereka. Hahaha... Dasyat.. Takpelah, balik karang aku buat.

Monjong dah selesai. Tapi siap lambat sebab mula lambat. Alhamdulillah semua yang tersenarai telah mendapat punjungan dari kami. Lega... Menu hari tu nasi tomato, daging berempah ala utara dengan acar kuning. Al-kisah waktu nak masak nasi tu, aku pun bukak la sepitan (aku sepit guna penyepit baju) karung beras basmathi cap Tesco yang dibeli waktu nak buat nasi beriani dulu. Bukak-bukak je, ada benda putih halus meliuk-liuk kat plastik beras. Aku terus menjerit macam kena histeria.Panggil Abang aku sebab Abah tak ada waktu tu. ADA ULAT beras!!! Pertama kali ni jumpa ulat beras. Selama ni cuma jumpa binatang yang hitam-hitam tu je. Aku adalah alergik ok kepada ulat-ulat ni. Geliiiiiiiii. Bila Abang muncul je aku terus cakap; "Pergi beli beras baru cepatttt..." Sanggup kau suruh beli beras baru padahal beras tu baru guna untuk masak 2 kali. Banyak lagi. Hahaha... Tengah geli-geli tengok ulat tu, Abah pun sampai rumah. Terus aku cakap kat Abah. Maka Abah pun tengok la keadaan beras tu. Tak ada la banyak mana pun sebenarnya tapi lebih dari seekor, kira banyak la kan. Hahaha.. Abah suruh tuang semua dalam talam, nak tengok keadaan beras tu. Pilih punya pilih, tiada lagi ulat yang kelihatan. Fuhh..nasib baik. Lepas ni aku tak nak beli beras cap Tesco dah sebab ada ulat. Gitu la alkisahnya.. Dua menatang yang aku alergik sangat; ULAT dan CICAK. Tapi sealergik mana pun kat dua menatang ni, kalau waktu kecemasan kena jugak memberanikan diri berhadapan dengan mereka. Eh, tapi beras tu dijamin bersih dari ulat-ulat tau sebab waktu basuh beras tu aku basuh banyak kali kot-kot ada lagi kaum kerabat dia yang tertinggal.

 inilah hasilnya..(abaikan plastik-plastik kat tepi-tepi tu)

Sebelum menamatkan entri ni, nak kongsi sesuatu. Dulu waktu kecik-kecik, selalu tertanya-tanya apa yang diperkatakan oleh orang-orang tua waktu bersalaman nak mintak maaf. Panjang benar rasanya. Akhirnya, aku dapat jugak dialog tu. Tanya dari arwah mak waktu nak buat presentation untuk salah satu subjek dulu. Inilah dia...
Peminta: Kulangwon ngatur aken sedoyo kuluputan kulo lahir batin di ngapunten.
Pemberi: Sak wongsule kulo tiang sepah katah keluputan lupute sampeian di ngapunten lupute kulo sampeian ngapunten.

Eid Ettiquettes


The Sunnahs that the Muslim should observe on the day of Eid are as follows:

1 – Doing ghusl before going out to the prayer.
It was narrated in a saheeh hadeeth in al-Muwatta’ and elsewhere that ‘Abd-Allah ibn ‘Umar used to do ghusl on the day of al-Fitr before going out to the prayer-place in the morning. Al-Muwatta’ 428.
Al- Nawawi (may Allah have mercy on him) said that the Muslims were unanimously agreed that it is mustahabb to do ghusl for Eid prayer.
The reason why it is mustahabb is the same reason as that for doing ghusl before Jumu’ah and other public gatherings. Rather on Eid the reason is even stronger.

2 – Eating before going out to pray on Eid al-Fitr and after the prayer on Eid al-Adha.
Part of the etiquette is not to go out to pray on Eid al-Fitr until one has eaten some dates, because of the hadeeth narrated by al-Bukhaari from Anas ibn Maalik, who said that the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) used not to go out on the morning of Eid al-Fitr until he had eaten some dates… of which he would eat an odd number. Al-Bukhaari, 953.
It is mustahabb to eat before going out to emphasize the fact that it is forbidden to fast on that day and to demonstrate that the fast has ended.
Ibn Hajar (may Allah have mercy on him) suggested that the reason for that was so as to ward off the possibility of adding to the fast, and to hasten to obey the command of Allah. Al-Fath, 2/446
Whoever does not have any dates may break his fast with anything that is permissible.
But on Eid al-Adha it is mustahabb not to eat anything until one comes back from the prayer, so he should eat from the udhiyah if he has offered a sacrifice. If he is not going to offer a sacrifice there is nothing wrong with eating before the prayer.

3 – Takbeer on the day of Eid
This is one of the greatest Sunnahs on the day of Eid because Allah says (interpretation of the meaning):
“(He wants that you) must complete the same number (of days), and that you must magnify Allah [i.e. to say Takbeer (Allahu Akbar: Allah is the Most Great)] for having guided you so that you may be grateful to Him” [al-Baqarah 2:185]
It was narrated that al-Waleed ibn Muslim said: I asked al-Awzaa’i and Maalik ibn Anas about saying Takbeer out loud on the two Eids. They said, Yes, ‘Abd-Allah ibn ‘Umar used to say it out loud on the day of al-Fitr until the imam came out (to lead the prayers).
It was narrated in a saheeh report that ‘Abd al-Rahmaan al-Sulami said, “They emphasized it more on the day of al-Fitr than the day of al-Adha.”. Wakee’ said, this refers to the takbeer. See Irwa’ al-Ghaleel, 3/122/
Al-Daaraqutni and others narrated that on the morning of Eid al-Fitr and Eid al-Adha, Ibn ‘Umar would strive hard in reciting takbeer until he came to the prayer place, then he would recite takbeer until the imam came out.
Ibn Abi Shaybah narrated with a saheeh isnaad that al-Zuhri said: The people used to recite Takbeer on Eid when they came out of their houses until they came to the prayer place, and until the imam came out. When the imam came out they fell silent, and when he said takbeer they said takbeer. See Irwa’ al-Ghaleel, 1/121
Saying takbeer when coming out of one’s house to the prayer place and until the imam came out was something that was well known among the salaf (early generations). This has been narrated by a number of scholars such as Ibn Abi Shaybah, ‘Abd a l-Razzaaq and al-Firyaabi in Ahkaam al-Eidayn from a group of the salaf. For example, Naafi’ ibn Jubayr used to recite takbeer and was astonished that the people did not do so, and he said, “Why do you not recite takbeer?”
Ibn Shihaab al-Zuhri (may Allah have mercy on him) used to say, “The people used to recite takbeer from the time they came out of their houses until the imam came in.”
The time for takbeer on Eid al-Fitr starts from the night before Eid until the imam enters to lead the Eid prayer.
In the case of Eid al-Adha, the takbeer begins on the first day of Dhu’l-Hijjah and lasts until sunset on the last of the days of tashreeq.
Description of the takbeer:
It was narrated in the Musannaf of Ibn Abi Shaybah with a saheeh isnaad from Ibn Mas’ood (may Allah be pleased with him) that he used to recite takbeer during the days of tashreeq:
Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha ill-Allah, wa Allahu akbar, Allah akbar, wa Lillaah il-hamd (Allah is Most Great, Allah is most Great, there is no god but Allah, Allah is Most great, Allah is most great, and to Allah be praise).
It was also narrated elsewhere by Ibn Abi Shaybah with the same isnaad, but with the phrase “Allahu akbar” repeated three times.
Al-Mahaamili narrated with a saheeh isnaad also from Ibn Mas’ood: “Allahu akbaru kabeera, Allahu akbaru kabeera, Allahu akbar wa ajallu, Allahu akbar wa Lillaah il-hamd (Allah is Most Great indeed, Allah is Most Great indeed, Allah is most Great and Glorified, Allah is Most Great and to Allah be praise).” See al-Irwa’, 3/126.

4 – Offering congratulations
The etiquette of Eid also includes the congratulations and good wishes exchanged by people, no matter what the wording, such as saying to one another Taqabbala Allah minna wa minkum (May Allah accept (good deeds) from us and from you” or “Eid mubaarak” and other permissible expressions of congratulations.
It was narrated that Jubayr ibn Nufayr said: When the companions of the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) met one another on the day of Eid, they would say to one another, “May Allah accept (good deeds) from us and from you.” Ibn Hajar said, its isnaad is hasan. Al-Fath, 2/446.
Offering congratulations was something that was well known among the Sahaabah, and scholars such as Imam Ahmad and others allowed it. There is evidence which suggests that it is prescribed to offer congratulations and good wishes on special occasions, and that the Sahaabah congratulated one another when good things happened, such as when Allah accepted the repentance of a man, they went and congratulated him for that, and so on.
Undoubtedly these congratulations are among the noble characteristics among the Muslims.
The least that may be said concerning the subject of congratulations is that you should return the greetings of those who congratulate you on Eid, and keep quiet if others keep quiet, as Imam Ahmad (may Allah have mercy on him) said: If anyone congratulates you, then respond, otherwise do not initiate it.

5 – Adorning oneself on the occasion of Eid
It was narrated that Jaabir (may Allah be pleased with him) said: The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) had a cloak which he would wear on the two Eids and on Fridays. Saheeh Ibn Khuzaymah, 1756,
Al-Bayhaqi narrated with a saheeh isnaad that Ibn ‘Umar used to wear his best clothes on Eid.
So a man should wear the best clothes that he has when going out for Eid.
With regard to women, they should avoid adorning themselves (to show off to non-mahram men) when they go out for Eid, because they are forbidden to show off their adornments to non-mahram men. It is also haraam for a woman who wants to go out to put on perfume or to expose men to temptation, because they are only going out for the purpose of worship.

6 – Going to the prayer by one route and returning by another
It was narrated that Jaabir ibn ‘Abd-Allah (may Allah be pleased with him) said: On the day of Eid, the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) used to vary his route. Narrated by al-Bukhaari, 986.
It was said that the reason for that was so that the two routes would testify for him on the Day of Resurrection, for the earth will speak on the Day of Resurrection and say what was done on it, both good and bad.

Copied from: IqraSense

Wednesday, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sempena dengan kemunculan bulan Syawal, sejuta kemaafan ku pohon atas segala salah silap yang telah dilakukan. Berhati-hati di jalan raya.

Tuesday, 7 September 2010

Checklist...

In this blessed month of Ramadan, we have now come to the grand finale – the last ten days of Ramadan that are even more blessed than the rest of Ramadan. In it is a night that Quran tells us is better than 1000 months (yes, months – not days).

The Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said:
There has come to you Ramadan, a blessed month which Allah has enjoined you to fast, during which the gates of heaven are opened and the gates of Hell are closed, and the rebellious devils are chained up. In it there is a night which is better than a thousand months, and whoever is deprived of its goodness is indeed deprived.” Narrated by al-Nasa’i, 2106; Ahmad, 8769. classed as saheeh by al-Albani in Saheeh al-Targheeb, 999.
So, in preparation for the grand finale, here is a checklist of some of the things that we can all do to make the remaining days of Ramadan work to our advantage –
1) Get in high gear for the next 10 nights and days –
Time is of the essence. Every moment counts. Whatever you need to do for the next ten days to make the most in Ibada, good deeds, reciting Quran, dhikr, making dua, etc., rewards are going to be multiplied. No one knew about the importance of these days more than the prophet (saws). Al-Bukhari and Muslim narrated from ‘Aishah (may Allah be pleased with her) that when the last ten days of Ramadan began, the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) would stay up at night, wake his family and tie his lower garment tight. According to Ahmad and Muslim: he would strive hard in worship during the last ten nights of Ramadan as he did not do at other times.
Imam Ahmad recorded that Abu Hurayrah said “When Ramadan would come, the Messenger of Allah would say,
Verily, the month of Ramadan has come to you all. It is a blessed month, which Allah has obligated you all to fast. During it the gates of Paradise are opened, the gates of Hell are closed and the devils are shackled. In it there is a night that is better than one thousand months. Whoever is deprived of its good, then he has truly been deprived.)” An-Nasa’i recorded this same Hadith.

If we lose this opportunity, we get our next opportunity next year – assuming we are still around and are in good health and shape to make use of it. Even if we are – we have the past years’ sins on our shoulders and life’s normal trials and tribulations to face the coming year. So, there is no better time to ask Allah to make all that easier than NOW.
2) Get a Quran and recite as often as you can –
A few lines on this post can’t even come close to explaining the benefits and virtues of Quran. It is proven in the saheeh Sunnah that the Quran will intercede for those who read it at night, as Ahmad (6626) narrated from ‘Abd-Allah ibn ‘Amr that the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said:
Fasting and the Quran will intercede for a person on the Day of Resurrection. Fasting will say, ‘O Lord, I deprived him of his food and his desires during the day, so let me intercede for him.’ And the Quran will say: ‘I deprived him of his sleep at night so let me intercede for him.’ Then they will intercede.” Narrated by Ahmad; classed as saheeh by al-Albani in Saheeh al-Jami’, no. 3882.
Narrated Abu Musa: The Prophet said,
The example of a believer who recites the Qur’an is that of a citron (a citrus fruit) which is good in taste and good in smell. And the believer who does not recite the quran is like a date which has a good taste but no smell. And the example of an impious person who recites the Qur’an is that of Ar-Rihana (an aromatic plant) which smells good but is bitter in taste. And the example of an impious person who does not recite the quran is that of a colocynth which is bitter in taste and has no smell.” (Book #93, Hadith # 649)
As is stated in the hadeeth narrated by ‘Abd-Allah ibn ‘Amr ibn al-‘Aas (may Allah be pleased with them both), in which the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:
Whoever recites ten aayaat (verses) in qiyaam will not be recorded as one of the forgetful. Whoever recites a hundred aayaat (verses) in qiyaam will be recorded as one of the devout, and whoever prays a thousand aayaat (verses) in qiyaam will be recorded as one of the muqantareen (those who pile up good deeds).” (Reported by Abu Dawood and Ibn Hibbaan. It is a hasan report. Saheeh al-Targheeb, 635).
3) If your sins are holding you to move forward, this is the time to get them forgiven –
First the bad news – In Musnad Ahmad it is narrated that Thawbaan said: The Messenger of Allah (SAWS) said:
A man is deprived of provision (Rizq) because of the sins that he commits.’” (Narrated by Ibn Maajah, 4022, classed as hasan by al-Albaani in Saheeh Ibn Maajah).
And now for the good news
It was narrated from Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:
Whoever spends the night of Laylat al-Qadr in prayer out of faith and in the hope of reward, will be forgiven his previous sins.”

4) What to say on Laylat al-Qadr –
One of the best dua’s that can be recited on Laylat al-Qadr is that which the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) taught ‘A’ishah (may Allah be pleased with her). It was narrated by al-Tirmidhi, who classed it as saheeh, that ‘A’ishah said: I said: “O Messenger of Allah, If I know which night is Laylat al-Qadr, what should I say?” He said: “Say: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’fu ‘anni (O Allah, You are All-Forgiving and You love forgiveness so forgive me).”
5) Get in the class of the Pious People –

Allah has described the pious as follows (interpretation of the meaning):
They used to sleep but little by night (invoking their Lord (Allah) and praying, with fear and hope). [Quran: Surah Adh-Dhariyat (17)]
And in the hours before dawn, they were (found) asking (Allah) for forgiveness, [Quran: Surah Adh-Dhariyat (18)]
6) Finally……
Think of all that you need to ask Allah for and ask Him now. If you haven’t before, this is the time to connect with Him and feel closer to Him. And when you do during these last ten nights and days of this Ramadan, you would want to do this again and again – even after the month is over.
And finally, when you are in a state of prayers and worship, please open your heart for others as well and please do remember your brothers and sisters in your prayers. Remember what the Prophet said:
“The supplication that gets the quickest answer is the one made by one Muslim for another in his absence.” Reported by Abu Daw’ud and Tirmidhi
May we all make the most of the last ten nights and days of Ramadan…

Taken From: IqraSense

Kemaskini Cepat-cepat atau Cepat-cepat Kemaskini??

Tajuk sengal. Maaf... Ini siaran langsung dari pejabat yang sejuk tahap gaban. Hari ni malas nak balik. Rehat 1 jam je pun. Orang lain semua dah ucap selamat hari raya dekat Facebook dan juga Blog. Pejabat pun dah lengang. Aku jugak yang lambat bertindak. Ok, hari ni aku letak ucapan tu ye. Takut terlepas macam ucapan-ucapan lain. Sebelum tu, mari membebel. Tempoh hari aku ada cerita pasal nak buat e-Billing untuk Broadband Celcom. Itu sudah selesai dibuat dengan yuran RM 5. RM 5 ye.(aku sudah menjadi kedekut sikit sekarang macam A**** F**Z) Kenapa aku buat e-Billing ni? Sudah tentulah sebab nak menyelamatkan bumi dan yang paling utama sebab kedekut. Kenapa?? Celcom akan caj RM 2 untuk bil normal. Tiba-tiba...

Aku dapat email dari Celcom tadi yang mengatakan bahawa 'Sila semak bil anda di blablablabla....' gitu la lebih kurang. Okey, mari semak... Bila tengok jumlah yang perlu dibayar, tertera nombor RM69.87. Apakah??? RM 1.87 tu bayaran untuk apa? Ni yang geram ni. Sabar...sabar...sabar... Ada sesiapa yang boleh terangkan?? Kot-kot aku salah baca ke.

Tinggalkan cerita Celcom itu sekarang. Lompat pada cerita lain. Nokia 6085 aku tiba-tiba menyala semalam setelah hampir seminggu koma. Rasa macam "Wah, ajaibnya...!" Teruja la weh. Sakit apa la telefon aku yang satu tu. Musykil jugak. Ah, biarlah. Asal dia hidup balik, sudah.

Dah buat kuih raya? Semalam telefon Cik Iti nak bagi tahu pasal tempahan peyek. Borak-borak sikit dan Cik Iti kata; "Beli aje. Mak kamu pun dulu beli aje" Pesanan ini dibawakan khas kepada A**** F***. Tapi tak seronok pulak kalau tak buat kuih sebab dah biasa buat. Jadi malam tadi aku menggigihkan diri mengadun biskut Shortbread Chocolate Rice. Dapat la 2 adunan. Alhamdulillah. Resepi akan dikepilkan kemudian ye. Tapi aku derhaka sikit kat resepinya. Nanti la tengok apa yang membuatkan aku derhaka. Ok, untuk menyesuaikan tajuk entri dengan isi kandungan, maka aku berhenti di sini. Selamat menyempurnakan ibadah puasa ye...

Sunday, 5 September 2010

Baru Ada Perasaan

Selamat pagi Ahad... Sebenarnya malas nak menulis. Tapi bila baca blog Cik Nadya, macam jadi rajin lak. Sebenarnya hari baru beberapa jam lepas perasaan nak berhari raya tu datang. Sebelum ni tak rasa apape walaupun baru beberapa hari lepas aku dok mengulang dengar lagu raya kegemaran.Sepasang Kurung Biru yang dinyanyikan oleh Khiril Johari Johar. Saya berniat untuk meletakkan lagu itu di sini tapi disebabkan sangat lama untuk menanti dia muncul maka kome pergi la cari sendiri di YouTube ye. Pertama kali bagi tau Kak Chik pasal lagu ni, dia bantai gelak sebab aku takde la nyanyi ikut lagu dia betul-betul sebab tak ingat. Cuma bagi tau lagu ni pasal apa. Eh, lagu ni sangat sayu ok. Kak Chik, jangan gelak lagi okeh lepas ni... Sila dengar dan hayati maksudnya...

Hari ni adalah hari yang panjang dan bakal memenatkan sebab nak masak untuk monjong. Aku tak berapa pasti apakah makna sebenar monjong ni. Tapi kira macam sedekah makanan dekat jiran-jiran secara besar-besaran la. Mula-mula rasa nak tempah je tapi sebab aku adalah pemalas untuk mencari katerer, maka kenalah masak. Baru lepas habis buat kek kastad untuk disertakan dalam punjungan. Punjungan adalah bungkusan makanan untuk monjong. Cakap pasal kek ni, rasa macam nak sekeh kepala sendiri sebab telah tersalah mendarab jumlah kek. 6 x 5 = 30 kan? Boleh pulak aku dok ulang-ulang 6 x 5 =32. Tak ke sengal namanya?? Hahahaha..Gelak kat diri sendiri. 5 adalah jumlah kek. 6 adalah potongan untuk sebiji kek.

Kuih raya. Mula-mula malas nak buat kuih raya. Tetiba Jumaat pagi tu Cik Sepupu buzz di YM. Borak-borak pasal raya dan kuih raya. Ish, macam semangat pulak nak buat kuih raya. Maka malamnya telah memaksa Abang Faiz teman mencari bahan untuk kuih raya. Bahan dah borong, kuih bila nak jadi??Tunggu dan lihat je la. Kerepek pun dah beli sikit. Mula-mula macam risau tak dapat kerepek sebab kat pejabat tu mereka sibuk bercerita tentang lokasi penjualan kerepek yang best yang dah tak banyak stok. Bila terjah Kerepek House lepas kerja aritu, bersusun kerepek okeh..! Rempeyek pun dah tempah. tinggal nak ambik saja nanti.

Raya ni memang tak cuti la gamaknya. Baru mula kerja, dah nak cuti lama-lama. Banyak cantik? Takpe takpe. Pasrah... Azam baru, nak gosok baju untuk seminggu supaya tak perlu bersusah payah menggosok baju waktu malam atau pagi. Tengok la berapa lama azam ni bertahan. Waktu praktikal aritu tahan sebulan je kot. Lepas tu gosok baju tiap hari. Hampeh...

Ok, nak tidur kejap. Semalaman tidak tidur dek kerana membakar kek-kek tersebut. Jiran-jiran, mintak maaf sebab rupa kek tak cantik tapi rasanya insyaAllah sedap. Hehehe..

Thursday, 2 September 2010

10 Minit Saja

Alhamdulillah, rezeki menyebelahiku. Permohonan kerja yang dihantar dengan tidak sepenuh hati 2 bulan lepas diterima. Terima kasih kepada Abang Garang yang memaklumkan mengenai tawaran tersebut juga terima kasih kepada kawan kepada Abang Garang, Kak Ili yang menguruskan permohonan tersebut. Jadi hari ni hari pertama aku bekerja secara rasmi.

Bertolak dari rumah 7.25 pagi. Ukuran tempoh perjalanan yang dibuat semalam adalah 15 minit. Tapi pagi ni cuma 10 minit saja. Seronok juga bekerja di tempat aku bertendang. Jadi orang-orang kampung, marilah balik bekerja di tempat anda bertendang dulu-dulu. Kolej komuniti ada, ILP ada, dan ada lagi 2 buah IPT yang sedang dalam pembinaan rasanya. Kalau tak silap kolej matrikulasi dan politeknik. Banyak peluang kerja tu. Okey, sambung cerita.

Sampai-sampai je, masih sunyi lagi. Tapi PA bos dah datang. Terus bertanya di mana mahu punch card sebab tak nampak pun tempat punch card. Waktu sekolah dulu scan saja tag nama dan sudah tentu la komputer untuk mengimbas terletak elok di dalam pejabat. Tapi kat sini tak nampak la pulak. Agak-agak dah lama sikit, aku keluar balik meninjau keadaan. Eceh... Rupanya tempat tu disorokkan dalam kabinet. Bijak...bijak... Patut la aku tak jumpa. Hahaha... Lega bila dah punch card.

Jadual dah dapat semalam dan hanya mengajar 2 kelas saja. Kelas akan berlangsung pada hari Rabu dan Khamis. Jadi hari ni ada kelas la kan. Maka dengan gigihnya aku mengulangkaji silibus pengajaran yang setebal kamus Oxford hingga habis. Sampai mengantuk-ngantuk. Hampes.. Oh, lupa nak kabo. Ada lagi seorang teman seperjuangan. Seorang lelaki berbangsa India dipanggil Raj. Kiranya nanti dia ambik separuh kelas, aku ambik separuh kelas. Kalau tak paruh-paruh, kena mengajar dalam dewan besar sebab ramai. Pasal mengantuk ni, serius hari ni sangat mengantuk. Mungkin sebab cuma tido 2 jam +/- je kot malam tadi + penat menguruskan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA semalam. Tersengguk-sengguk kat meja. Dah la sejuk tahap gaban. Tapi masih la control ayu kan. Tapi, bila jam tepat kat nombor 1, aku tolak tepi ayu-ayu tu. Terus tumbangkan kepala atas meja. Staf lain ramai lagi dalam tu. Tapi, waktu tu dah masuk waktu rehat. Kira tak salah la kan? Tido kejap je buat ubat. Lepas 20 minit gitu bangun nak solat zohor. Bila masuk dalam surau, ada sorang staf landing baik punya. Siap bantal + selimut. Maklum la sejuk tahap gaban. Kalau tau tadi masuk sini je kan. Mau terus tido sampai balik pulak kang. Hahaha... Tapi memang serius sejuk sampai ambik wudhuk pun menggigil. Waktu ni la teringat kat jaket i Rakan yang selesa dipakai waktu kesejukan yang aku tinggalkan kat rumah Klang. Haish, kena ambik gak ni.

Jam 2, ada kelas dengan pelajar semester 2. Bilik kuliah sekangkang kera je. Tak perlu turun naik tangga. Tapi aku belum mula mengajar lagi. Raj yang ajar harini dan aku cuma tengok nak biasakan diri. Ye la, sebelum ni ajar budak-budak. Sekarang ajar abang kakak kepada budak. Jauh beza umur tu. Lepas kelas, aku selak-selak balik silibus dan kesejukan yang amat memaksa aku keluar dari tempat tersebut. Mana nak pergi? Mari kita terjah perpustakaan. Best jugak perpustakaan dia. Ada buku-buku kesukaan lagi. Tak termasuk la buku-buku yang berkaitan kos mereka. Lepak sana sampai waktu balik. Kurang sikit sejuk...