Engagement Fund ;)

Sunday, 31 October 2010

Kelas Asas Menghias Kek Cawan

Alhamdulillah, berjaya menghadiri kelas ni Sabtu lepas. Dimulakan tepat jam 10.00, kami diajar tentang cara-cara membancuh adunan kek cawan secara teori dan beberapa tips tentang kek. Rupanya soda bikarbonat tu berfungsi untuk memanjangkan jangka hayat kek. Selama ni tertanya-tanya jugak fungsi soda bikarbonat ni apa sebab kalau terletak banyak, kek akan rasa macam pahit. Ok, dah tau dah. Kemudian, kami juga diajar bagaimana nak membancuh coating untuk disapu atas kek dan juga penyediaan topping kek. Selain itu, kami juga diberitahu bagaimana nak menjaga kedua-dua adunan supaya tahan lebih lama pada suhu bilik.

Akhirnya, tibalah pada saat yang dinanti. Mula-mula, kena sapu coating dulu sebelum boleh dihias dengan corak-corak yang dikehendaki. Cara nak letak coating pun ada teknik jugak. Kemudian, cikgu memperkenalkan jenis-jenis peralatan yang akan digunakan seperti piping bag, jenis-jenis nozle, ros stand, dan banyak lagi. Mula-mula, bancuh adunan topping dengan warna yang dikehendaki. Cuma warna-warna yang mudah saja dan untuk mendapatkan warna merah, bancuhan perlu dibiar selama 3 hari kalau silap barulah ia bertukar jadi merah. Kalau tak, ia cuma akan menjadi warna merah jambu. Mula-mula, belajar buat ros. Tak mudah tapi tak susah jugak. Terketar tangan nak menekan piping bag tu. Hehehe.. Lagi satu, nak main dengan benda ni, tangan memang kena kuat sebab adunan krim tu tak lembut seperti yang disangka. Belajar buat corak bakul, rumput dan beberapa corak lagi. Walaupun kita nampak corak tu ringkas, tapi nak membuat tu bercinta weh. Gambar di bawah adalah hasil keras tangan Tuan Tanah. Hehehe..

Paling senang nak buat adalah yang ditengah-tengah. Cuma guna nozle corak macam semperit, pusing dan tarik. Kemudian hias dengan bunga atau apa-apa hiasan comel. Ros merah jambu tu ros pertama yang aku buat. Lebih menjadi daripada ros yang kuning. Kemudian bunga Selangor. Yang warna merah tu adalah jeli. Boleh cari yang dah siap di kedai dan kemudian bancuh saja dengan warna yang dikehendaki. Sebelah, edible image Ben 10. Imej tu memang ada jual yang dah siap kat kedai. Tapi corak terhad. Kalau nak corak sendiri, kena tempah la ye dan edible image ni sensitif pada udara. Kalau terdedah lama, gambar akan pudar. Sebelahnya, ros kuning dipagari rumput-rumput. Kemudian, corak anyaman bakul. Yang ni pun bercinta jugak nak buat. Corak pagar tu pulak namanya open star. Kemudian, corak yang agak senang iaitu errkk, lupa pulak nama dia. Agak ringkas la. Untuk bagi nampak menarik, letak la apape kat atas dia. Macam yang ni aku letak m&m. Akhir sekali yang ada ros ungu tu. Bawah dia corak rumput. Ros ungu tu diperbuat daripada fondant. Cuma untuk hiasan dan tak boleh dimakan sebab mengandungi bahan kimia yang pelbagai kecuali hiasan fondant yang dibuat sendiri. Bak kata cikgu, nak buat hiasan fondant ni lebih la bercinta sebab nak tunggu dia kering pun makan masa 2 ke 3. Senang cerita, beli saja yang dah siap di kedai.

Ros pertama yang menjadi jugak la

Itulah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsikan. Lepas ni harus la aku berkampung dekat Pasaraya 2 Ply tu nak membeli peralatan buat cupcake ni. Hahaha... Habis la kena borong. Benda-benda macam ni kena selalu buat untuk mengelakkan daripada lupa.

CAP SYABAS - Jalan-jalan Cari Bocor

Hari ni hari terakhir dalam bulan Oktober. Dah nak habis dah tahun 2010 kan? Sebenarnya macam banyak benda nak conteng, tapi macam malas nak cari masa untuk menulis. Mari mula mengupas tajuk di atas. CAP bukan merujuk kepada topi tetapi adalah Consumer Awareness Program yang dianjurkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor. Diadakan pada Jumaat lepas, jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Seminar Pusat Sumber ILPKLS. Baru je ingat nak sudahkan pengiraan markah budak-budak ni, alih-alih semua staf DIWAJIBKAN pergi. Tapi tak semua pun datang sebab kebanyakan pensyarah yang ada kelas di bengkel teruskan dengan kelas. Peperiksaan akhir dah makin hampir, tak boleh main-main dah. Ada jugak staf di bahagian pentadbiran yang tak hadir. Mungkin ada kerja yang perlu diselesaikan segera. Aku pun ada kerja jugak, tapi disebabkan aku kan skema, maka datang je la. Duduk depan lagi. Hehehe...

Bermula agak lambat dari jadual sebab masalah teknikal. Mula-mula ceramah, agak boring. Tapi masih boleh diterima. Banyak juga la info baru kami dapat. Contohnya macam berapa kadar pengiraan untuk kadar pH dalam air, kekeruhan yang dibenarkan dan kandungan klorin dalam air yang dibenarkan. Kami juga diterangkan tentang peranan dan kuasa SYABAS dalam pengurusan air di Selangor. Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan bekalan air, boleh terus hubungi PUSPEL dan tindakan akan diambil dalam masa 1/2 jam untuk beberapa kes. Kepada yang gunakan tangki simpanan air, rajin-rajin la cuci tangki anda sebelum ia menjejaskan kualiti air dan kalau sesuatu berlaku dengan bekalan air ke rumah anda, SYABAS hanya bertanggungjawab hingga meter air di rumah anda. Saluran lepas daripada meter adalah hak privasi pengguna. Contohnya macam rajah di bawah:
Nak tengok lagi jelas, tekan pada gambar la ye. Kepada yang menggunakan penapis air, pastikan penapis anda diselenggara pada tempoh masa yang ditetapkan kerana sekiranya tidak diselenggara, kemungkinan penapis air anda akan berlumut dan menyebabkan pembiakan bakteria. Lagi satu, sila jangan mandi pada waktu seperti pagi dan petang(dalam dekat-dekat maghrib) sebab tekanan air akan menjadi rendah. Jika anda tak mandi pada waktu tersebut, maka pengaliran air tidak banyak dan tekanan air akan kekal tinggi. Ini membolehkan rumah saya mendapat air yang banyak. Hahahaha... Fahamkah? Maksudnya, waktu tu la semua orang pun nak mandi. Tu yang air jadi kecik tu. Cuba kalau mandi waktu lain, mesti air tak jadi kecik.

Kemudian, SYABAS juga ada program Jalan-jalan Cari Bocor. Tujuan? Sudah tentulah nak cari paip yang bocor. Ia dilakukan secara manual ye. Dalam erti kata lain kakitangan SYABAS yang terlibat akan menyusuri saluran paip sambil berjalan kaki untuk mencari bahagian yang bocor. Malas nak cerita panjang-panjang, korang klik la sini untuk info lanjut ye. Akhirnya, sebelum keluar dari Bilik Seminar, kami diberi goodies bag  yang berisi pelbagai benda. Tak cukup dengan itu, ada lagi jamuan di kafeteria. Makan percuma lagi... Alhamdulillah, rezeki... Hehehe..

Tuesday, 26 October 2010

Lambat

Rasa macam aktif pulak aku memenuhkan entri Atas Nama Cinta ni. Biarlah, asal ku bahagia. Pagi tadi aku lambat. Lambat yang betul-betul lambat. Waktu punch, jam punch tu dah menjerit-jerit. Maknanya dah pukul 8.00. Adoi, kali pertama ni lambat. Sebab? Pagi-pagi dah sengal. Bangun pagi memang macam biasa. Gosok baju pun macam biasa. TAPI... pagi tadi sesuatu telah berlaku. Waktu dah nak habis menggosok tu, baru perasan ada kekotoran BANYAK pada baju tersebut. Memang nampak jelas. Ini mesti kes air kotor waktu basuh dalam mesin. Terus aku termenung kejap depan iron board. Memikir. Lepas tu, cepat-cepat pergi cari baju lain dalam almari. 3 ke 4 kali jugak dok belek-belek baju yang berlainan. Lepas tu boleh lagi termenung pikir baju mana yang senang gosok. Boleh?? Tu yang buat lambat. Ini adalah kali pertama dan terakhir aku lambat tahap gaban. Banyak baju, susah. Tak ada baju pun, susah. Haish.. Kesimpulannya, lepas ni kena gosok baju untuk seminggu terus. Senang kerja.

Dah datang lambat, maka aku balik lambat. 5.40 kot baru keluar pejabat. Kerja pun berlambak sebenarnya. Semalam bila dapat takwim untuk prosedur pemarkahan dan bla..bla..bla, baru kelam kabut nak kemaskini data. Markah-markah semua pun tak masuk dalam SPC lagi ni. Ish.. Nasib baik kerja penterjemahan kena hantar hujung tahun ni. Tapi tak boleh juga melambatkan kerja sebab tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Lepas keluar pejabat, terus ke bank, buat bayaran. Habis la, angin membeli belah dalam talian sudah kembali. Hahaha... Kalau dah namanya kaki membeli dan belah, dalam talian ke, luar talian ke, sama aje. Dah sudah urusan, terus ke Pasaraya 2 Ply. Masuk dalam ni lagi la kelabu mata. Tapi tahankan je sebab tujuan utama nak cari cream cheese dengan pastry brush. Oh ye, pasaraya ni hanya menjual bahan-bahan mentah untuk kek dan biskut serta segala neka alatan untuk memasak. Betul kata Asma, bila masuk sini rasa macam nak beli semua je. Tapi tawaf jugak satu kedai tu hinggalah ada suara dalaman yang menjerit;"KO PERGI BAYAR APA YANG NAK DIBELI TU SEKARANG AND GET OUT FROM THIS PLACE BEFORE YOU BUY UNNECESSARY THING..!!" Baik..baik..beli apa yang diperlukan, bukan apa yang dikehendaki. Fuh..selamat duit.. Hehehe.. Dan malam ni berjaya membuat Carrot Walnut Cake With Cream Cheese Topping. Rasanya boleh tahan dekat tekak ni, tapi lepas ni kalau buat lagi, malas dah kot nak letak topping sebab jadi comot. Kepada yang nak resepi, boleh tekan kat label resepi dan carik la sampai jumpa ye... Kepada yang nak merasa, marilah datang ke rumah sementara stok masih ada. Hehehe...


Monday, 25 October 2010

Ia Berwarna Hijau!


Hanya kerana ia berwarna hijau, maka ia selalu ada dalam ingatan. Ingat senang ke Nokia nak keluarkan telefon warna hijau? Balik-balik merah jambu..balik-balik merah jambu..ingat semua orang suka warna merah jambu ke? Hehehe.. Emosi pulak. Ini kali pertama ke ek Nokia keluarkan telefon warna hijau? Maksudnya warna asal badan dia, bukan casing yang boleh cabut-cabut tu ye. Cantik... Tapi duit aku tak banyak hijau... Kena menabung duit hijau banyak-banyak kalau nak telefon hijau ni. N6085 aku memang dah buat hal banyak. Satu-satu tak berfungsi. Sabar dulu.. Tunggu semua kong baru ku bergegas ke kedai cari yang baru. Hehehe... Pssstt! Kakitangan kerajaan dah gaji kan? Sila jangan ke mana-mana pasaraya untuk 2 ke 3 hari akan datang kerana sah akan bersesak-sesak sebab semua pun nak beli stok dapur. Hehehe.. Nasib baik gaji I tak ikut kakitangan kerajaan yang normal.

Nikmat

Siang tadi sudah bercakap tentang keselamatan. Hati-hatilah wahai wanita sekalian. Siang tadi tolong jaga periksa di pusat sumber. Peperiksaan bagi yang mengulang. Bosan jugak la sampai sempat baca sebuah buku. Tapi tak habis. Tapi dapat banyak input. Nanti aku kongsi kat sini ye. InsyaAllah... Esok ada kelas ICT memang sah la kena tolong lagi sebab dah tak ada budak-budak praktikal untuk disuruh bantu. Apalagi, yang nak praktikal tu, meh la mohon kat ILP ni. Hehehe.. dan hari ni makan percuma lagi. Alhamdulillah, rezeki.. Bos belanja sebab temankan beliau minum pagi. Baru ni kali pertama berbual panjang tentang banyak benda. Eh, bukan Tuan Pengarah. Ini bos bawah Tuan Pengarah, Puan Reza. Tanya-tanya jugak pasal ILP dan tiada jawatan untuk pangkat DG di ILP. Maknanya memang tak akan boleh bekerja tetap di bawah KSM ni untuk orang yang memegang pangkat DG. DG ni macam kod la kot untuk jawatan dan penentuan gaji seseorang. DG untuk guru-guru kalau tak silap. Ada beberapa pangkat lagi yang baru ku ketahui antaranya;
N untuk pentadbiran
J untuk teknikal
W untuk kewangan
yang lain-lain pun ada lagi. Tapi tak habis menuntut lagi. Jadi cuma ini yang aku tahu. Hari ni jugak hari terakhir untuk Kak Siti di ILPKLS. Beliau ditukarkan ke Putrajaya kerana naik pangkat. Inilah al-kisahnya dapat makan percuma sejak Jumaat sudah. Mula-mula, jamuan perpisahan untuk budak-budak praktikal. Lepas tu tengah hari pulak, Puan Erlina ajak sekali meraikan Cik Asma di Ani Sup Utara. Orang undang, kena pergi. Petangnya pulak, jamuan perpisahan untuk Kak Siti anjuran KESKIL. Fuh, yang petang memang dahsyat menu dia. Macam-macam adaaa! Syok..syok..hehehe.. Ada nasi goreng kampung, ayam panggang, kuey teow goreng, rojak buah, mee kari, roti jala, pengat labu, kuih muih, laici kang, dan beberapa lagi menu. Dahsyat ke tak? Mewah dengan makanan saja. Petang tadi pun, setengah jam sebelum balik, masing-masing keluar masuk bilik mesyuarat. Rupanya ada lebihan jamuan daripada mesyuarat. Lebih banyak tu sebab hampir semua orang datang makan tapi tak habis jugak makanan tu termasuk la yang menaip ni. Hehehe.. Oh ye, mejaku betul-betul tepi pintu bilik mesyuarat. Jadinya, kalau ada mesyuarat ke apa, memang akan ada orang yang berhenti berbincang di belakangku atau tepi meja ku.


Alhamdulillah, bungkusan ini telah selamat sampai ke tangan penerima. Selamat Pengantin Baru untuk sahabatku, Noraini Mohd Taib. Semoga bingkisan dari semenanjung tu bermanfaat buat awak dan suami. Maaf sekali lagi sebab tak dapat hadir majlis awak. Siapa nak hadiah macam kat atas ni, kahwin la cepat-cepat. Nanti I poskan. Hehehe...

Petang tadi, seperti biasa singgah pasar malam di Banting. Tapi tak ada mood nak beli bahan mentah. Maka beli saja makanan yang dah siap masak. Malangnya, tergoda dengan nasi lemak berbungkus daun pisang yang banyak bilisnya, sambalnya dan potongan telur yang besar. Camana nak kurus? Malam-malam makan nasi lemak? Hancus... Asalnya menunggu di gerai tersebut nak beli pecal. Sebab lama sangat menunggu dan sambil tunggu sambil tengok beliau membungkus nasi lemak yang berasap-asap tu, terus tukar fikiran. Kahkahkah..memang hancus... Tetiba rindu dengan nasi lemak makcik kampung dan nasi lemak di pasar Taman Sri Andalas. Hurmm.. ok, cukup cerita pasal makan. Nanti kena sound lagi. Siapa yang sound tu? Berani kamu ye?

Rentetan dari entri terkenal semalam, waktu kat pasar tadi ada lagi yang menegur. Kena tegur dengan Cikgu Haniah, kawan arwah mak di SKKD dulu. Aku tak perasan mulanya. Bila cikgu Haniah nak beredar dari gerai tu, dia berhenti dan tengok aku. Kemudian dia tanya; "Ini anak ustazah kan? Farahin?" Aku pun ingat-ingat lupa muka cikgu Haniah sebab jumpa dia kejap je dulu sebelum aku habis sekolah. Maka berbuallah kami seketika disitu. Tengok?? Orang tetap akan cam muka ni dulu sebelum empunya muka cam orang yang menegur. Hehehe.. Mungkin sebab muka ku sama dengan arwah mak, maka ramai yang kenal. Sebelum ni pun, ada seorang anak murid mak menegurku waktu nak beli kuih di pasar jugak. Tak apalah ditegur kerana kenal, jangan ditegur kerana nak buat dajal, sudahlah. Tak luak pun kalau berbudi bahasa dengan orang kan? Budi bahasa amalan kita..

Hati-hati..

Salam tengah hari Isnin semua. Hari Isnin adalah hebat..! Silalah katakan ayat tersebut berulang kali walaupun Isnin anda biasa-biasa atau tidak bermaya kerana apabila kita berfikiran positif, semuanya akan jadi positif. Tapi dulu Ustaz Akram pernah kata waktu kelas Bahasa Arab Tinggi (BAT) pada hari Isnin bahawa sebaik-baik perkara adalah di pertengahan. Beliau turut memberikan sepotong hadis yang bermaksud:
"sebaik-baik perkara adalah yang dipertengahan"

Maknanya tak kurang, tak melebih-lebih. Sebab beliau menerangkan tentang hadis tersebut? Sebab aku selalu ngantuk waktu BAT hari Isnin. Tak tahu la kenapa. Tu yang beliau cakap macam tu. Terus segar mata yang layu. Hehehe...

Baru-baru ni aku ada menerima satu email dari Pensyarahku yang menjadi Penyelia untuk praktikum tempoh hari. Perkongsian dari wanita untuk wanita. Email tersebut sangatlah panjang maka pergilah ambil air teh dulu ke, biskut-biskut ke sambil nak baca entri ni.

It was last Friday, 15th October 2010. I was heading home from work (from Lebuhraya Mahamehru into Fed Highway and heading towards Old Klang Road, into Jalan Kuchai Lama towards Besraya Highway for Seri Kembangan).

Traffic had been the usual Friday evening traffic – BAD, right from my place of work - it was approximately 7.45pm when I reached and entered Jln Kuchai Lama from Old Klang Road and noticed a heavily tinted old looking taxi (Proton Wira) in yellow & white, the registration plates were not very visible as well. It was HP 60….something… The taxi was driving very close to me nearly grazing the right size of my car. This made me swerve to the left lane just right after Ajinomoto factory before the set of traffic lights (there is a Chinese Restaurant cum Night Club on the left side). The taxi somehow stopped next to me and the driver wound down the window and started throwing abuses at me in Bahasa Melayu which I ignored.

When the lights turned green, I moved on but the taxi kept closeby and cut off in front of me from the left, he then continued to apply his brakes deliberately, I swerved to the right lane & he cut me off, then I swerved to the left and he moved left as well. A few other vehicles who witnessed this- honked and a few motorcyclists even yelled at the taxi driver.

As I continued driving slowly into Bestraya Highway, the taxi slowed down and I passed him on the right, as I did that he turn his vehicle towards mine hitting my right front wheel and side body. He continued with his abuses in Bahasa Melayu with his window down yelling that I had hit his taxi. He over took me and drove in front of my vehicle then applied emergency brakes and stopped his taxi in front of my vehicle. I had no choice but to do the same but managed not to hit his taxi from the rear as I was driving slow.

The taxi driver, an Indian guy alight from his heavily tinted taxi walked straight towards me & pounded on my window with his fist (I was quite afraid that the window would break). He shouted that I had hit him & tried to run away (You langgar saya and mau lari ah? You mesti bayar! You keluar dari kereta sekarang!)- something to that effect. He was very very loud & kept pounding on my window which I refused to wind down. He was obviously a road bully. As I contemplated to reverse my car & drive fast to the nearest Police station, another vehicle stopped right behind me- this time was a Kancil. In that split second I thought I had been trapped and the only way out was to reverse and ram the Kancil to free myself from these gangsters

However, I was surprised when out from the Kancil came an elderly Malay man who shouted at the taxi driver (the taxi driver was an Indian guy in his mid 40s, wearing glasses, medium built, approx. 5’ 6” in height only, in horizontal stripped tee shirt and not white shirt like most taxi driver’s would wear) to stop hitting my car window and to stop harassing me ie: Kenapa you sengaja kacau dia. Dari Old Klang Road you sudah kacau dia mau langgar dia! Then a heated argument ensued. The taxi guy kept shooing the Malay man away telling him that it was not his problem and to leave the scene immediately. The good Samaritan refused and stood his ground. By this time a younger man (early 20s- could he his son or colleague) stood by him & also told off the taxi driver. The Kancil was a TM (Telekom Malaysia) car.

Then an Iranian looking man in his mid 30s, also medium build, curly short hair with moustache, fair skinned came out from the taxi and pulled the brutish taxi driver away from us. The Taxi driver continued his verbal abuses at me that I had hit his car and wanted payment from me. He shouted for me to get out from my car which I refused. The good Samaritan instructed me to stay in the car. He then cautioned the taxi driver that he will lodge a report to the Police for his reckless driving and his abusive ways to me. He also took his mug shot and of the taxi’s with his mobile phone. This angered the taxi driver who went for the older man with intention to hit him but was pulled back by the Iranian looking man. The younger Malay man also came forward to protect to the older man.

Finally the horrible taxi driver returned to his taxi pulled back by the Iranian but turned and threatened all of us that he will find us should we report him to the police. To this the good Samaritan threatened him back that he will find him first and ensure that he be kept in the lock-up! It was a horrible experience even for someone like me who has formal safety & security training. The entire incident lasted approximately 15 minuts and at a dark and lonely stretch of the highway. There were on lookers but no one stopped except this good Samaritan and his young friend. Before we took off from the location, 2 other Malay men stopped and inquired if we needed assistance.. The good Samaritan even escorted me until I reached the tol gates (after Palace of the Golden Horses) before he made a turn back.

I was lucky that this wonderful kind soul came to my rescue and stood his ground with such a horrible brute who clearly had targeted me and only God knows his actual intention. Also what was the Iranian doing in his car? Most likely both were in this together. My car maybe damaged but I am glad my driver’s side window withstood the heavy pounding by the horrible man. The younger man informed me later that the taxi license & photo inside the vehicle is not the driver’s. The plate number was not clear as well.

There is not much I can access but I thank God for the good Samaritan and although with good driving skills which I have earned driving the past 25 years and being taught all the skills of handling a car by my car crazy Dad, I must say this guy was very focus into driving me off the road and into damaging my vehicle with the intention to rob me or maybe even abduct me. I would never know and chose not to think too far. I am no longer young and already way into my 40s and basically is rarely every fearful of anything including open seas, heights, darkness, snakes & ghosts. However, what happened to me last Friday night have made me more aware of the roads I am taking especially in the evenings when one is tired after work and just wants to go home. I must be more alert - I could have driven into a petrol station or made a U turn back when I was in Old Klang road and headed straight for the Pondok Police in Mid Valley if I had sensed the danger.

I am not one to write lengthy e-mails BUT this unfortunate experience I must share with you. I pray that none of you or your friends and loved ones ever have to encounter such and cross paths with such brutes and road gangsters.

Be safe & stay alert always. My next car will most likely be a truck or a vehicle road bullies will not target so easily. I have to be less complacent to assume that road bullies and thugs only targets younger girls. We should all be more aware and alert at all times especially when driving alone in the evenings along lonely dark roads and highways - even if the lonely part are short stretches. Again, I can never thank the Pak Cik who saved me last Friday night- he refused to provide me his details and refused any rewards, he told me that knowing I am safe that night is reward enough for him. God bless this wonderful and caring being and his friend.

Take care all
Be safe always
Joyce Chew

Sudah baca? Bahaya kan jadi wanita ni? Jadi, ketika anda mahu memandu,
  1. pastikan telefon bimbit anda dicaj dan mempunyai kredit.
  2. JANGAN letakkan beg tangan/beg laptop anda di atas kerusi penumpang iaitu tempat yang senang dilihat oleh orang lain.
  3. cuba untuk tidak melalui jalan yang sama setiap hari.
  4. sentiasa perhatikan kenderaan dibelakang, kiri dan kanan anda sekiranya ia mencurigakan.
  5. jangan terlalu panik sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Perkongsian ini perlu kerana aku adalah seorang wanita yang kerap memandu sendirian. Kadang-kadang aku ni berani mati memandu malam-malam sendiri atau melalui jalan yang agak sunyi pada waktu malam. Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku dan minta dijauhkan. Setiap kali memandu, aku akan teringat pesanan sesetengah orang yang prihatin. Contohnya bila aku rasa memandu agak laju, aku teringat Ifdal cakap "Akak, slow kak. Jalan tak elok ni." Atau bila melalui jalan yang agak sunyi, teringat Bik Seri cakap; "Bahaya la ikut jalan tu, tak ramai orang lalu. Tak apalah lalu jalan jauh sikit."

Sunday, 24 October 2010

Hukum Memakai Cincin

Perhiasan emas bagi seseorang wanita adalah umpama mahkota bagi seorang permaisuri yang menjadi kesempurnaan dalam melengkapi etika berpakaian.

Pemakaian dan kecintaan barangan berasaskan emas seperti rantai dan gelang seakan sinonim dengan seseorang wanita, seolah-olah tidak sempurna berpakaian seseorang wanita sekiranya tanpa disulami dengan perhiasan di tangan berupa gelang, cincin dan rantai leher dan sebagainya.

Dalam Islam, pemakaian barangan berasaskan emas dan sutera adalah dibenarkan bagi kaum wanita, tetapi diharamkan bagi orang lelaki. Terdapat banyak dalil yang menjelaskan tentang keharusan wanita menggunakan emas dan sutera sebagai perhiasan mereka.

Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

    “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”

    ( Hadith Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Berdasarkan kepada ayat al-Quran Surah an-Nuur ayat 31, Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a. berkata dalam mentafsirkan apa yang terzahir itu adalah celak dan cincin.

Pemakaian cincin bagi seseorang wanita yang diperbuat daripada besi adalah tidak bertentangan sama sekali dengan hukum agama.

Ini kerana perbahasan kitab-kitab turath (klasik) terfokus kepada perbahasan pemakaian emas dan sutera bagi kaum Adam.

Begitu juga pemakaian cincin yang diperbuat daripada perak, bagi orang laki-laki adalah jelas dihalalkan oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadith riwayat Imam al-Bukhari,

    “Bahawa Rasulullah SAW sendiri memakai cincin perak, yang kemudian cincin itu berpindah ke tangan Saydina Abu Bakar, kemudian berpindah ke tangan Saydina ‘Umar r.a. dan terakhir berpindah ke tangan Saydina ‘Uthman r.a.”

Tentang logam-logam yang lain seperti besi dan sebagainya, tidak terdapat ada satu dalil dan nas yang mengharamkannya, bahkan terdapat dalil yang sebaliknya, iaitu Rasulullah SAW. pernah meminta daripada seorang lelaki yang hendak berkahwin untuk memberikan cincin besi, dengan hadithnya:

    “Berilah (si perempuan itu) mas kahwin, walaupun dengan satu cincin yang diperbuat daripada besi.”

    (Hadith Riwayat Imam al- Bukhari)

Sekian والله أعلم
Disediakan oleh:
Ustaz Mohamad Shukry Sulaiman
Ahli Panel Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)

* Dipetik daripada ruangan soal jawab di laman web rasmi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS).

Aku Yang Terkenal

Salam petang Ahad... Hari ni mood memasak ada banyak lari. Jadinya cuma bakar ikan je. Malas nak masak yang seronok-seronok. Ok, nampak tajuk di atas? Itu kisah semalam. Al kisahnya, aku ke BIMB nak mengeluarkan duit. Waktu nak masuk dalam bank tu, ada seorang gadis nak keluar. Kira berselisih la. Sebab sama jantina, aku pun senyum la. Cuba untuk menjadi ramah katanya. Tiba-tiba si gadis menegur;"Farahin..!" dengan nada excited. Eh??? Tokojut eden. Siapakah beliau? Lama aku tengok muka. "Oh, Madiha?" Rupanya kawan sekolah rendah dulu. Maklum la lama tak jumpa. Semua pun dah makin bergaya dan ramping. Berbual-bual la seketika kami di situ. Dia kata; "Ko dah lain la. Dah kurus." Hahahaha.. Gelak dalam hati. Dia tak tahu yang aku sebenarnya pernah lebih kurus dari sekarang. Terima kasih kerana mengatakan aku kurus. Azam untuk kembali kepada berat badan ideal kembali menebal. Hehehe.. Apasal ek, selalu kalau pergi mana-mana mesti ada yang cam muka aku dan tegur aku dulu? Agaknya memang muka aku dari dulu sampai sekarang tak berubah langsung kot. Hehehe..Awet muda gitu. Okey, entri takde motif. Dari pagi menanti mesej dari seseorang. Sampai ke petang masih tiada. Sama ada perancangan batal atau mereka tidak menginginkan aku bersama. Tak mengapa. Kalau menyibuk jugak, nanti orang kata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Atin, aku tau ko baca blog aku kan? Bila habis exam? Jom ngeteh.. Hehehe.. Lama sungguh tak jumpa ko.

Saturday, 23 October 2010

Pastel de patata

Selepas sekian lama Puan Oven tersadai kat tepi, petang tadi aku gunakan beliau untuk membakar pastel de patata ni. Awat nama pelik sangat? Entah, jumpa resepi ni kat sini. Nampak macam best je, jadi aku pun cuba la buat petang tadi. Ala-ala Shepard Pie jugak menda alah ni. Motif utama buat sebab nak habiskan brokoli yang dah layu tu dan cendawan yang dibeli Isnin lepas. Seminggu ni cuma masak sekali je sebab ada beberapa hari Abah ke kebun nenek. Jadinya bila dah ke sana, nenek selalu akan membekalkan nasi dan lauk pauk sekali. Ahh, seronoknya dapat memasak. Hehehe..Ini resepi belasah ye. Aku kan suka letak menda ikut suka. Intinya aku main campak je. Cuma bahan lapisan bawah dan atas aku ikut resepi. Nak resepi? Meh tengok kat bawah ni..


Bahan lapisan:
Kentang (aku guna 12 biji hok kecik)
Garam secukup rasa
Susu
Mentega
Serbuk buah pala
Oregano
Serbuk lada hitam
2 biji telur
2 paket sup cendawan segera (ini versi nak menghabiskan stok, tak letak pun takpe)

Cara masak:
1. Rebus kentang bersama garam hingga empuk.
2. Toskan dan lenyek.
3. Masukkan sedikit mentega, susu, lada hitam, serbuk buah pala, dan oregano. Korang agak-agak la ye sebab aku pun agak-agak je Gaul sebati.
4. Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning telur dan gaul rata.
5. Pukul putih telur hingga ringan dan masukkan sedikit demi sedikit dalam kentang. Kacau sampai rata.

Inti:
Sepeket daging kisar Ramly
Sepokok brokoli (kalau kat pasar dia memang jual sepokok kecik-kecik kan, buh semua sekali)
Secawan cendawan (hiris nipis)
Sebiji tomato (potong dadu)
Lada benggala (potong dadu jugak..aku guna separuh je sebab dalam rumah ni ada yang alergik dengan cili ni)
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Kiub daging Knorr
Serbuk lada hitam
Italian herbs

Cara memasak:
1. Tumis bawang besar yang dicincang bersama dengan bawang putih dan kiub daging hingga layu.
2. Masukkan lada benggala. Kacau rata.
3. Masukkan brokoli dan cendawan. Gaul kejap dan masukkan daging.
4. Masak hingga daging masak dan masukkan tomato.
5. Bubuh garam secukup rasa, italian herbs dan lada hitam.
6. Gaul sebati dan biar la sampai masak.

Sentuhan terakhir:
1. Ambil 2 senduk kentang putar dan campurkan dengan 2 paket sup cendawan yang dibancuh secara pekat. Gaul sebati.
2. Griskan loyang dan letak campuran kentang bersama sup cendawan ni sebagai lapisan pertama.
3. Letakkan intinya pulak.
4. Letakkan kentang selebihnya hingga menutupi inti. Bakar dalam 20 minit pada suhu yang sesuai (oven ku tak ada penetap suhu).
5. Keluarkan kejap dan parutkan keju parmesan atas permukaan pai ni. Bakar balik sampai jadi warna keemasan.
6. Senduk dalam pinggan dan siap untuk dinikmati.

 Mai sepinggan..!

Silalah mencuba ye. Sonang je.

Friday, 22 October 2010

Perancangan Itu Perlu

Ini cerita semalam. Tuan Tanah ni memang, sibuk mengalahkan PM. Hahaha.. Belasah la labu. Banyak yang berlaku semalam. Antaranya:
1. Dapat mesej pagi-pagi buat dari teman serumah lama. 3.25 pagi. Dah masuk alam pekerjaan ni, pukul 10.00 malam pun mata dah kelabu. Zaman belajar dulu, normal la kalau tidur 3 ke 4 pagi. Ok, melalut. Sebenarnya mereka mahu mengadakan perjumpaan semula bersama semua penghuni J4-...-....(tetiba terlupa pulak unit rumah berapa..sesiapa yang berkenaan, tolong saya untuk ingat semula..hehehe). Aiseh, adik-adik pun. Bukan ke 25 Oktober tu hari Isnin? Hari bekerja la sayang oi. Tambahan, Ijok itu adalah jauh dari Banting. Jaaaaaauuuuuuuuhhh. Bolehkah kalian buat perancangan baru?

2. Sakit kepala dan muntah juga. Sekali lagi, tanda-tanda migrain ni datang. Mengikut pengalaman, tanda-tanda ini berada dalam kategori teruk. Cuma tak hentak kepala kat dinding je semalam. Dari pagi pulak tu. Mujurlah bila petang tu reda sikit sakitnya. Dan aku balik lambat juga semalam gara-gara tidak memandu sendiri. 6.30 petang okeh.

3. Akibat tamak. Hah, bukan tamak apa pun. Tamak tak bagi balik kertas ujian dan assignment budak-budak ni. Bersusun atas meja ni hah. Akibatnya, aku fotostat balik latihan yang sebenarnya dah ada difotostat. Tamak lagi bubuh kertas warna merah jambu  ni banyak-banyak. Hahaha.. Punya la memikir nak buat apa latihan banyak-banyak. Nak lupuskan, macam banyak sangat. Tetiba, tinggggg! Weh, ko bawak je lah pergi semester depan. Apa susah? Macam la sem depan tak mengajar budak-budak sem dua. Hahaha.. Kelembapan di situ. Kepala sakit, fikir pun tak betul.

4. Azam baru. Sebab tak mampu nak mengadap kerja-kerja yang ada, maka aku cuma mengadap Mozila Firefox mencari bahan untuk ujian lisan dan pembentangan untuk ceramah kerjaya. Kerja jugak tu. Secara tidak sengaja, ternampak perkataan IELTS. Apakah menatang IELTS ni? IELTS adalah satu peperiksaan Bahasa Inggeris antarabangsa. Kira kalau nak sambung belajar dekat mana-mana universiti di dunia, kena ambik IELTS ni. Tiba-tiba rasa macam nak ambik IELTS ni pulak. Tapi cakap awal-awal, peperiksaan ni susah tahap gaban. MUET pun terkontang kanting, apatah lagi IELTS ni. Mujur MUET dah lepas. Ada lagi satu peperiksaan yang lebih kurang sama iaitu ESOL. Nampak macam sama tujuan IELTS dengan ESOL, tapi ianya adalah berbeza. IELTS untuk anda yang mendapat tempat di universiti manakala ESOL untuk anda yang mahu memohon visa pekerjaan di negara yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi. Ada rezeki dan kemampuan, satu hari nanti, nak ambik salah satu daripada peperiksaan ni. Untuk keterangan lanjut, boleh cuba tekan sini untuk IELTS dan tekan sini untuk ESOL. Kalau samar-samar tentang dua menatang ni, boleh tekan sini. Janganlah tekan saja-saja ye. Tekan dan bacalah apa yang perlu dibaca.

Hanya perancangan di masa depan. Perancangan itu perlu. Dah merancang, kena usaha pulak. Pagi ni, pagi-pagi dapat mesej dari Ketua Kumpulan TKR. Bagus kamu ni. Buat apa yang dipesan. Sedang menanti mesej dari Ketua Kumpulan CADD Mekanikal pulak. Hari tu lambat, kali ni kalau lambat jugak, tak tau la nak buat apa. Tidaklah denda duit. Karang ada yang mengadu pulak. Hehe..tak mengapa, masih ada beberapa jam sebelum jam lima.

Datang Disambut, Pergi Dialu-alukan

Selepas banyak hari Atas Nama Cinta sepi tanpa sebarang entri baru, maka aku nak catat sesuatu pada pagi Jumaat yang sejuk ni. Ye, Pejabat Pentadbiran ILP ni sokmo sejuk. Baru selesai menghadiri jamuan perpisahan untuk meraikan beberapa pelajar praktikal di sini. Kali ini, ramai dari kalangan staf yang hadir meraikan. 3 orang terakhir berstatus pelajar praktikal akan menamatkan tugas mereka jam 5 petang ini. Selamat maju jaya buat anda semua... Seperti biasa, ada ucapan dari para penyelia, empunya diri yang diraikan juga daripada Tuan Pengarah sendiri. Waktu Tuan Pengarah berucap ni la yang beliau cakap; "Yang datang, kami sambut. Yang pergi, kami alu-alukan." Gamat bilik mesyuarat dengan gelak tawa hadirin. Hehehe.. Yang pergi, jangan terasa. Tuan Pengarah bergurau saja. Maka tiadalah lagi pelajar praktikal di pejabat ini. Jadi, sesiapa yang rasa nak buat praktikal di sini, boleh cuba mintak.

Sunday, 17 October 2010

Tak Lena Tidur

Dah cerita pasal masak, ni nak cerita pasal alatan memasak. Tapi nak melencong dulu cerita lain. Ini Tempoh hari, lepas memenuhi undangan dari Abang Zahar, kami menerjah Jusco Bukit Tinggi. Sebab aku nak beli pencuci muka. Mula-mula macam cuak sebab dulu selalu aku pergi kat kaunter Clinique sini, orangnya selalu tak ada. Hampa... kerana Jusco inilah tempat paling hampir untuk aku menebus semua sample percuma yang diberi oleh Clinique. Agaknya sebab nak dapat benda free, maka dia pun tak ada. Nasib baik hari tersebut beliau ada di kaunter. Mula-mula ingat nak beli pencuci muka je. Fikir-fikir balik, baik aku beli sekali dengan penyegar dan pelembap. Tapi habis la melayang baaaaanyak duit ku membeli satu set pembersih muka tu. Lepas tu dia tanya aku pakai mekap apa. Aku mana la rajin nak mekap. Kalau mekap pun bodoh-bodoh je. Jadi cuma guna Avon. Sekali dia tanya, tak nak cuba mekap Clinique pulak ke? Erkk...tunggu gaji ku cecah 5 angka ye. Mahal seh mekap-mekap dia.

Lepas bayar tu, ronda-ronda kejap kat bahagian baju-baju. Tiba-tiba terjumpa blazer labuh. Alah, dah beli benda lain tadi. Bajet sudah habis. Cuma mampu belek-belek dan cuba-cuba saja. Tak lena tidur dibuatnya. Hahaha... Bukan apa, blazer labuh cenggitu adalah agak payah untuk ditemui. Takpe, nanti aku datang lagi. Tu baru blazer. Ada banyak benda yang bila dah terkenan dan berazam nak dimiliki akan membuatkan kadang-kadang tidur tak lena. 3 benda paling dikehendaki buat masa ni adalah; 

1. Bread maker. Walaupun rupa dia macam mesin basuh, tapi ini adalah mesin pembuat roti ye. Harga dia pun boleh tahan mahal.


 2. Stand mixer. Kalau la dapat yang ini, memang masyuk ah nak buat kek bagai. Dah la warna kegemaran, banyak fungsinya pulak. Harganya pun masyuk jugak. Beriban-riban kau.

3. Oven. Ini memang seronok kalau dapat ni. Siap ada tempat bakar pizza lagi. Harganya pun mungkin boleh tahan jugak ni.

InsyaAllah satu hari nanti akan ada jugak benda-benda alah ni kat dapur nun. Kalau nak lagi rambang mata tengok aksesori dapur, boleh klik sini. Histeria dibuatnya.

Berjaya!!

Cita-cita untuk membuat Ketupat Sotong telah menjadi nyata. Yeaay! Setelah berhempas pulas mengerjakan sotong yang sebanyak 1 kilo itu, ku asingkan 8 ekor untuk dibuat ketupat. Selebihnya ku buat sambal sotong. Kenapa 8 je? Ini kan pertama kali nak cuba, jadinya nak tengok dulu kena kat tekak ke tak. Komen saya, SEDAP...! Terima kasih kepada Kak Chik dan Kak Pnut atas tunjuk ajar untuk mengukus pulut. Selama ni masak pulut macam tanak nasi je. Puas la memikir camana nak kukus pulut tu.Padahal tak adalah susah mana pun. Nak resepi? Nah, ambik dan cuba masak yek. Tapi ni  versi campak-campak dan agak-agak je sebab tak ikut sukatan sebenar resepi asal. Ampun orang Kelantan kalau resepi ni tak sama dengan yang asal. Hehe.. Gambar tak cun sebab malas nak setting tempat.

Bahan-bahan
8 ekor sotong (saiz sederhana)
1 kotak kecil santan M&S
1/2 cawan beras pulut
Sebiji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halba
Garam secukup rasa

Cara mengukus pulut.
1. Rendam beras pulut selama 2 jam. Toskan dan cuci bersih.
2. Letakkan dalam loyang yang dilapik daun pisang. Tak ada pun tak apa kot. Tapi aku letak.
3. Panaskan pengukus hingga air kukusan mendidih. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus hingga separuh masak.
4. Gaul pulut yang separuh masak tu dengan 3 sudu santan + sedikit garam dan kukuslah hingga masak.

Cara masak ketupat.
1. Basuh bersih sotong.
2. Sumbatkan pulut yang siap dikukus dalam sotong. Jangan penuh sangat, karang melimpah pulak. Kira-kira 3/4 penuh.
3. Cucuk hujung sotong dengan lidi. Aku guna pencungkil gigi je sebab tu je yang ada. Hehe..
4. Masukkan sotong yang siap disumbat kedalam periuk berisi santan dan bahan-bahan lain.
5. Masak hingga pekat. Dah siap..!

Versi tenggelam

Versi nak kena ngappp! (sila abaikan lidi-lidi tersebut)

Sebenarnya teringin nak masak banyak benda. Tapi tengah MALAS-TAHAP-GABAN. Dua hari lepas percubaan mengeluarkan mentega untuk membuat kek. Alih-alih mentega tu masuk balik dalam peti. Hahaha.. Angin malas, syuhh..syuhhh..pergi jauh-jauh sana.

Saturday, 16 October 2010

Tak Susah Pun..

Selamat hari Sabtu semua. Sabtu inilah paling 'seronok' sekali sebab kena kerja. Tak apa, nanti bulan depan ada banyak cuti. Jadi kena ganti bulan ni. Bajet 2011 dah bentang kan semalam? Macam nampak ada bonus untuk kakitangan kerajaan TERMASUK pegawai kontrak. Hehehe... Lagi satu yang menyeronokkan untuk wanita, cuti bersalin diberi hingga 3 bulan. Staf wanita kat sini masing-masing cakap "Tahun depan aku beranak." Hehehe.. Encik Bad pulak cakap, "Habis la pejabat ni kosong nanti." Aku senyum je la.

Pagi tadi juga terbaca satu email yang disebarkan dalam Facebook mengenai sos pasta jenama PREGO. Antara kandungan dalam sos tersebut adalah minced pork. Jadi, berhati-hatilah kalau nak membeli bahan masakan yang dibuat oleh syarikat di luar Malaysia. Seeloknya, sebelum membeli, baca dulu isi kandungan bahan tersebut. PREGO memang jenama terkenal dan harganya pun agak mahal. Hok cinonet tu dah RM5++ tak silap. Jadinya, meh teman ajar satu resepi mudah sos pasta. Walaupun ianya mudah, anda perlu menambah rajin dan keazaman supaya sos pasta anda menjadi nyata. Ini akibat terlalu banyak menonton Rachael Ray la ni. Suka tengok dia masak sebab dia main campak-campak je dan tinggg.. dah jadi satu masakan yang enak. Sebenarnya memang sangat mudah. Anda cuma memerlukan;

Tomato
Lada benggala (capsicum)
Bawang putih
Minyak zaitun (EVOO) [beli yang HPA punya murah dan dijamin halal]
Italian Herbs [harga sebotol memang agak mahal tapi boleh guna lama]
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuatnya;
Belah dua tomato dan lada benggala. Sukatan tu agak-agak la ye sebab aku buat pun main campak je. Hehehe... Ketuk bawang putih dan letakkan semuanya dalam dulang pembakar atau loyang. Taburkan Italian Herbs, garam dan lada hitam. Herbs tu jangan la banyak sangat sebab kalau terlebih jadi tak sedap. Lepas tu, letak minyak zaitun. Bakar dengan suhu tinggi selama 15 minit. Ikut la jenis oven. Oven ku hok tak boleh set suhu. Bila dah masak, sejukkan kejap dan kisar hingga hancur. Tadaaa, dah siap sos pasta. Murah dan mudah. Silalah cuba ye...

Thursday, 14 October 2010

Takut Air

Itu hari kan, lepas melantak makan semua jenis juadah yang terhidang kat rumah Na, aku dengan Umie singgah buang tebiat dekat Tasik Shah Alam. Lama gila tak datang sini, tempat bertendang waktu kecik-kecik dulu. Abah rajin bawak kitorang jalan-jalan waktu kecik dulu. Kalau masih awal, pergi Tasik Shah Alam ni. Kalau dah agak lewat, pusing-pusing bandar Klang je atau pergi ke Tanjung Harapan makan kacang rebus. Kecik-kecik dulu aku duduk Klang. Tu yang mampu sampai ke Tasik Shah Alam tu.

Mula-mula ingat nak jalan-jalan dekat-dekat je tapi akhirnya 3/4 tasik tu kitorang pusing. Berpoluh-poluh tau dak. Dengan berjubahnya, bersandal tinggi lagi. Nasib baik tak melecet. Bukan setakat pusing di daratan, malah kami pusing di atas air. Mula-mula Umie kata nak naik kanu. Aku dok pikir, udah la berjubah bagai. Tak reti berenang + takut air, ada hati nak berkayuh ke tengah tasik. Hahaha.... Akhirnya kami cuma naik bot persiaran. Layan weh, menikmati pemandangan petang sambil wajah disapa angin sepoi-sepoi bahasa, diiringi lagu baru Alif Satar yang "hanya kerna kau yang cukup indah, untuk dimiliki, untuk dicintai.." layannnnnn...hahaha..

Okey Umie, lain kali kita datang dengan seluar trek eh. Boleh singgah Bukit Cerakah, kayuh basikal dulu baru kita datang sini dayung sampan pulak. Hehehe.. Tapi bila duduk je dalam bot tu, terus teringat kenangan dekat Pulau Pangkor dulu. Sangat seronok sampai aku demam seminggu lepas balik dari sana. Hahaha... Demam yang sangat teruk ok. Muntah-muntah, menggigil, dan hampir pitam di kafe. Tapi tak ada orang tau aku demam termasuk teman sebilik waktu tu sebab dia balik rumah sebab tak ada kelas sebab cuti Deepavali tak silap. Rugi tau orang yang takut air ni kalau ke pulau sebab tak dapat nak main selam-selam atau berenang-renang sampai ke tempat yang agak dalam. Cuma bemandi-manda di tepian saja. Waktu pergi snorkeling pun aku duduk dalam air dalam 5 ke 10 minit kot. Penakut punya pasal. Habis je umpan kat tangan, terus menggagau cari tempat berpaut nak naik atas sebab tiba-tiba air pasang pulak. Tapi sempat jugak beramah mesra dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Aku nak bernostalgia malam ni, jadi nak tempek gambar sikit-sikit. Siapa rasa cerita ni dah basi tahap reput jadi baja, boleh klik X merah kat belah kanan ni ye.

 Ini sebelum bertolak. Bergambar dulu depan bas. Tema pada hari tersebut adalah BIRU

 Ini atas feri. Tak lama feri gerak, semua serbu naik atas. Sedap duduk kat atas ni, angin kuat. Sebab merasakan diri ini diva, semua nak menyibuk bergambar sama sampai kena halau.Hahaha...
Ini hari kedua. Riadhah waktu pagi. Aktiviti yang dijalankan santai tapi menyeronokkan. 

Ini sesi paling best. Sesi menangguk yat-yat. Nak tau yat-yat tu apa? Boleh tengok gambar kat bawah nun. Sekali dah dapat, seronok sungguh. Nak tangguk yat-yat kena cangkung membelakangkan laut supaya bila ombak kembali ke laut, pasir yang terikut yang mungkin membawa bersama yat-yat akan tertinggal di tangan penangguk. Dapat la beberapa ekor. Itu pun Abang Dee yang banyak tangkap. Abang Dee ni pemandu pelancong kami. Khidmatnya memang tip top.

Yang 3 orang ni memang dok tangguk pasir je. Hahaha... 

 Ini lepas tak puas main air dekat Monkey Bay (sebab terlari jadual). Monkey Bay ni tempat tersorok dan airnya tenang sikit. Waktu ni macam-macam gaya keluar. Kuak lentang la, gaya bebas la.. Hanya bagi mereka yang pandai berenang saja.

Ni la yat-yat tu. Teringat telatah Saudara Merico yang terlalu seronok mendapat yat-yat sehingga menukar nama ciptaan Allah ni menjadi "Was-was". Kahkahkahkah..bantai gelak kami semua..

Ini hari terakhir sebelum snorkeling. Tak ingat nama pulau ni. Tapi kami di bawa meredah hutan kecil yang ada disitu untuk merasai pengalaman jungle trekking di pulau.


Program inilah paling tak boleh belah sekali. Banyak kali kami terkena dan dikenakan oleh insan-insan sengal yang tak bertanggungjawab. Bermula dengan sesi Wa Kena Beb hari lahir Encik Presiden (ketika itu Ketua Exco Sahsiah), sesi balas dendam kepada pengarah program, hinggalah sesi Wa Kena Beb untuk semua ahli rombongan. Gerammm je bila dapat tau kebenarannya. Sabar..sabar..sabar... Sekian saja cerita goreng-menggoreng malam ni.

Kelam Kabut

Selamat hari Khamis. Selalu ku kan gembira bila Khamis tiba kerana selepas Khamis adalah Jumaat. Bila Jumaat tiba, keriangan lebih terasa kerana selepas Jumaat adalah Sabtu. Sabtu adalah hari tidak bekerja. Maka, yeayyyy..! Tapi tidak pada minggu ini dan MUNGKIN minggu depan kerana Sabtu adalah hari kerja sebagai ganti cuti raya haji. Seperti yang ku katakan awal-awal dulu, ILP adalah seperti sekolah juga. Bukan serupa universiti. Semakin lama ku di sini, semakin seronok rasanya. Seperti kembali ke zaman sekolah di Hamidiah. Ada beberapa budaya bagus yang diterapkan oleh Pengarah kami.

Pertama: Budaya salam. Perkara pertama yang diterapkan adalah memberi salam pada setiap orang yang ditemui. Tak kira dalam kalangan pelajar atau staf.
Kedua: Solat berjemaah. Ini dapat dilihat pada waktu asar. Masuk saja waktu, azan akan berkumandang di seluruh pelosok ILP Kuala Langat ni melalui sistem pembesar suara. Usai azan berkumandang, staf lelaki semuanya berduyun-duyun menuju ke surau untuk solat jemaah diketuai oleh Tuan Pengarah sendiri.
Ketiga: Giliran outing untuk para pelajar. Mereka mempunyai jadual outing berasingan bagi lelaki dan perempuan.

Terima kasih kepada Asma yang memberi info. (Hai asma yang tengah baca tu..;)) Hari ni ku merasai pengalaman baru iaitu berkampung di Pejabat Poslaju. Pertolongan diminta daripada Puan Erlina dan Encik Hafiz untuk menyemak kembali nombor siri surat graduasi pelajar. Aku cuma membantu apa yang diarahkan. Dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang kami di sana. Ampun maaf kerana membuat bising di sana. Hehehe... Mau tak bising? 3 orang bekerjasama untuk meneliti senarai nama yang BEGITU BANYAK dan dipadankan dengan slip pengeposan yang ada. Penat mata meniliti, lenguh tengkuk menunduk. Siap ada yang tertidur berdiri. Siapa tu? Angkat tangan. Hahaha.. Sampai bersila kami dibuatnya. Jadi masuk kelas hanya seketika. Encik Hafiz kata kejap je buat benda alah tu. Sekali sampai berjam-jam kami bertapa kat sana. Berkeriuk-keriuk perut masing-masing. Sampai pejabat kelam kabut nak ke kelas. Lepas kelas baru la dapat jamah pisang goreng bekal pagi tadi. Ada hikmah tu aku tak makan pisang goreng untuk sarapan sebab Raj ajak kitorang makan kat kafe pagi tadi. Siap belanja lagi. Terima kasih daun keladi, gaji bulan depan boleh belanja lagi. Hehehe... Seminggu ni baru hari ni jejak kaki kat kafe nun sebab hari-hari bawak bekal dan stok kopi Radix dah ada. Jadi, makan bekal dari rumah berteman secawan Radix. Wallahh..! nyaman... Oh, jangan salah sangka. Bukan aku yang masak sarapan tu. Abah ku yang rajin yang telah memasak sarapan. Aku cuma ambik giliran masak untuk makan malam. Rentetan dari peristiwa berlapar itu, ku mengajak Asma makan di restoran berhampiran kerana beliau tidak akan dapat mencari sumber makanan lain selain DM. Alhamdulillah, lagi sekali murah rezeki. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menaja makanan ku hari ini.

Wednesday, 13 October 2010

Ingat Saya Main-main Ke????

Hari ni rasa macam sibuk je sepanjang hari. Rasanya hari yang ada kelas memang sibuk menyediakan bahan untuk kelas. Semalam pun sibuk jugak sebab sebelah paginya jadi pembantu untuk Kelas Asas ICT. Kali ni, kelas MS Powerpoint. Hari tu MS Excel. Boleh la setakat tolong sikit-sikit. Dalam masa yang sama, boleh ulangkaji balik apa yang dah dipelajari. Ramai jugak la pelajar untuk satu sesi dan kelas ini adalah PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Sesiapa yang berminat, boleh roger. Nanti aku bagi nombor orang yang perlu dihubungi. Nak datang secara berkumpulan pun boleh. Ini cuma yang asas. Yang advance pun ada. Tapi kena bayaran la. Macam kursus ada. Maklumat lanjut pun nanti aku letak kemudian ye, pamplet tertinggal kat pejabat.

Mari kita ke topik utama. Hari ni ada kelas dengan budak-budak semester 1. Minggu lepas dah pesan pada mereka. BAWAK KAMUS...BAWAK KAMUS...BAWAK KAMUS...Ulang banyak kali ni. Siapa tak bawak, DENDA RM 1. Tak kisah la kamus BI - BM yang biasa tu ke atau BI - BI. Lagi bagus kalau BI - BI sebab belajar BI kan. Tapi tak nak yang elektronik. Apa yang berlaku petang tadi, ramai yang TAK BAWAK. Udah la masuk lambat, tak bawak kamus pulak. Kalau tak ada, pinjam la pada kawan-kawan lain. Kamu kan duduk asrama. Budak-budak sem 2 pun belajar BI jugak, mesti diorang ada kamus. (Eh, terbebel dekat korang pulak. Tak nak kena bebel, sila pergi blog lain sekarang. Heee..) Silalah bangun ye anda yang tak bawak kamus. Semuanya ada 20 orang. Apa lagi, bak sini singgit. Dah pesan kan minggu lepas? Ingat saya main-main??? Ingat saya tak boleh serius??? Tak jangka la pulak sampai seramai ni yang tak bawak. Dah kutip-kutip duit tu, aku berkata; "Wah, banyak ni boleh saya pergi Secret Recipe lepas ni." Hahaha..(gelak jahat) Pung..pang..pung..pang 15 minit jugak buang masa kat situ. Sabar je la... Kalau dah topiknya "Penggunaan Kamus", mestilah aku nak ajar segala neka yang berkaitan dengan kamus yang seketul tu. Haish.. dah la laptop ni buat hal. Tak boleh nak pancar slideshow. Tapi bila dah bega-bega, keluar la jugak walaupun ianya tidak normal. Terima kasih kepada Encik Shukri yang menbega laptop sampai dia boleh kawtim dengan projektor. Laptop ni memang dari dulu lagi memilih. Ada sesetengah projektor yang dia ngam, ada yang dia tak ngam. Eh, tapi aku makan pun duit diorang tu. Tak baik... Kita kumpul dulu. Kot-kot boleh jadi bukit ke. Boleh jugak buat rombongan Cik Farah ke Secret Recipe. Hahaha..

Balik agak lewat jugak. Datang lewat, balik pun lewat la. Lewat di sini bukan la bermakna punch card ku merah. Lewat dalam erti kata masuk pejabat, duduk seminit, pasang plug laptop, loceng pun bunyi. Maknanya aku datang tepat-tepat la.Tapi ada sehari tu, punch card jadi merah. Cuak ni padahal baru pukul 7.55 pagi. Sekali rupanya punch card semua orang pun merah. Mesin tu la yang bengong.  Tak apa la balik lewat sikit, siapkan kerja yang ada. Rumah pun sekangkang kera je.


Dalam perjalanan balik, terasa macam kotor benar kereta ni. Terus la singgah cuci kereta. Lama la pulak dia cuci. Sampai pukul 6.30 baru siap semua. Sebab dah petang, mood nak memasak pun dah hilang. Singgah je la pasar malam beli apape yang boleh dimakan. Nak beli bahan mentah, semalam baru beli. Sotong sekilo, ikan cencaru, ikan tongkol dengan ikan bawal. Dah bayar tu, aku terfikir; ko pehal beli sotong sampai sekilo? Nak jamu keluarga mertua ke? Hahahaha... Ingatkan sekilo tu tak banyak mana, rupanya banyak la jugak. Selalu beli dekat Econsave je. Makanya pilih dulu baru timbang. Boleh la agak-agak kalau dah banyak. Waktu pilih ikan bawal, aku tanya harga sekilo berapa. Dia cakap RM 18 sekilo. Agak mahal la tu. Ikan bawal memang la mahal. Nak-nak bawal putih yang gedabak tu. Dia dah angkat nak timbang, aku cakap "Eh, kejap-kejap. Agak-agak sampai sekilo tak tu?" Besar weh saiz dia. Sekali akak yang jual tu gelak dan berkata; "Alah, tak sampai sekilo ni. Ha, tengok ni. Cuma setengah kilo." Apa da gelabah. Hakhakhak... Abah cakap, dekat Bandar Banting banyak pilihan kalau nak beli ikan. Tu yang semalam terjah tu. Memang benarlah bagai dikata. Banyak pilihan dan segar-segar. Nampak sangat la selama ni bukan aku yang membeli ikan. Kalau perasan, ikan yang aku beli semuanya saiz besar. Sebab?? Malas. Ikan besar masuk kuali sekali je. Ikan kecik kena ada banyak pusingan. Beli ikan besar senang. Tambahan, dah siap disiang. Balik rumah tinggal cuci je, boleh terus masak ikut menu kegemaran. Tapi bila ke sini, memang bila masuk kedai ni, jumpa staf ILP. Masuk kedai sebelah, pun staf ILP jugak. Hehehe.. Bandar Banting disebut sebagai BB di ILP. Teringat pulak masa kat UNISEL dulu. BB di sana merujuk pada Batang Berjuntai. Manakala bagi orang-orang KL, BB merujuk kepada Bukit Bintang. Setuju?


Oh ye, aku TAK JADI ke Sabah. Sebab, semua orang nak simpan duit untuk kahwin. Sob..sob..sob..Tak dapat nak tengok Aini bersanding. Cuma dapat menghantar bungkusan saja dari semenanjung. Buat saudari Umie, akan ku cuba realisasikan permintaanmu untuk mengulas buku yang dikau beri di sini. Umie suruh buat ulasan bab demi bab. Cabaran ni. Buku yang tak terbaca pun berlambak lagi. Yang belum bukak balutan pun ada. Beli pandai, baca tak pandai. Takpe, buku bukannya basi. Bila-bila boleh baca. Nak tau buku apa?

Ini la dia... Kisah benar tau..
Dah dua hari ni tak dapat connection internet bila guna broadband. Mengada-ngada Celcom ni tau. Bila orang bayar bil awal, dia gedik buat hal. Bila orang bayar bil selepas amaran keluar, okey pulak. Gedik.... Lepas ni nak bayar bil lambat-lambat balik. Hurmmm... eh, hari Sabtu ni keje. Malasnya.. Minggu ni kena datang sebab ada kelas dengan budak-budak sem 2. Kelas ni untuk ganti raya haji nanti. Minggu depan pun ada kelas ganti lagi. Tapi Puan Reza kata kalau tak nak datang, mohon cuti macam biasa. Macam rugi je kalau cuti. Baik datang kan.. Datang, dapat gaji. Tak datang gaji tak masuk. Hehehe... Sekian la saja kisah benar tentang hidup seorang Farah.

Tuesday, 12 October 2010

Kenangan Lama

Saja nak cerita santai pulak. Siang tadi dah cerita fakta kan. Saya suka hari Isnin. Tetiba pulak. Sebenarnya tetiba teringat waktu praktikal dulu. Hari Isnin adalah hari yang paling memberi tekanan sebab kena masuk kelas 3 Mutiara; kelas paling hujung. Jadi, faham-faham la macam mana ragam mereka. Kalau rajin nak korek cerita waktu aku praktikal dulu, mungkin jumpa kot coretan tentang mereka. Bila dah jadi cikgu, baru la aku faham dan setuju apa yang cikgu-cikgu kat sekolah rendah dulu buat. Arwah mak pun pendidik juga maka banyak la cerita pelik tentang ragam budak-budak di sekolah. Ada satu cerita yang aku ingat arwah mak bagi tau, ada seorang budak tu sampai kena ikat dekat kerusi sebab aktif sangat. Dulu aku terfikir; "Ish, tergamak cikgu ni ikat budak yang nak belajar." Bila dah alami sendiri, memang patut pun budak tu kena ikat. Abeh kalau dah kejenya asyik berjalan, mengacau orang lain nak buat kerja, sampai boleh menimbulkan pergaduhan, nak diapakan? Ku kira sesi ikat mengikat tu adalah langkah terakhir. Sebagai pendidik, tak boleh terus aplikasikan cara brutal. Kena ada peringkatnya. Kiranya sesi ikat mengikat itu adalah bila kesabaran di tahap terakhir. Aku dulu tak boleh nak sentuh budak-budak tu kerana dalam waktu praktikal. Paling koman aku buat pun suruh pesalah-pesalah tu berdiri di koridor sambil menyiapkan latihan yang diberi.

Berbeza dengan Abah yang mengajar di sekolah menengah. Ragam budak-budak dah besar lain. Jadi cara didik juga perlu berbeza. Anak-anak murid Abah kata Abah garang kat sekolah. Tempoh hari, waktu pergi ke reunion pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah, punyalah payah nak melepaskan diri ke tempat kejadian dan melarikan diri untuk pulang. Kejap-kejap terserempak dengan bekas pelajar Abah. Dah, berhenti dulu nak bertegur sapa. Tambahan, Abah bukan saja guru di situ tapi juga warden asrama dan berkhidmat di situ lebih 20 tahun. Lama tu. Kiranya semua orang nak mengenang nostalgia waktu bersekolah di situ la. Sesi bergambar lagi la. Akhirnya aku dengan Abang Farhan 'melantak' juadah yang disediakan. Hahaha.. Apa punya perangai la kan. Kitorang dah habis makan baru Abah mula makan. Seronok sebenarnya jadi cikgu ni.

Jadinya bila tension, aku selalu merayap lepas balik sekolah. Serius, memang tension woo masuk kelas tu. Bukan aku je, cikgu-cikgu lain pun sama jugak. Dengan cikgu perempuan jangan harap la diorang nak takut. Kalau cikgu lelaki, baru la diorang gerun sikit. Sikit je. Cara aku nak hilang tension adalah dengan meronda tanpa hala tuju. Kadang-kadang sampai aku solat maghrib di masjid negeri. Sanggup tu menempuh kesesakan jalan raya semata-mata nak memandu tanpa tujuan. Atau kadang-kadang terjah King's Confectionary yang sekangkang kera dari rumah untuk membeli kek. Makan benda manis boleh melegakan stress. Bagi aku la. Orang lain mungkin caranya berlainan.

Petang tadi aku teringin sangat-sangat nak makan kek. Mula-mula fikir nak beli bahan je buat kek karet. Tapi fikir punya fikir, rajin sangat ke aku nak memarut karet tu? Tak kuasa den. Akhirnya Mrs. Kanc terberhenti depan Secret Recipe. Ter ye. Tak sengaja (banyak la ko punya ter..hahaha) Tengok jam, eh sempat lagi dapat minuman percuma ni. Ada masa kecederaan sebelum pukul 6 sebab tawaran minuman percuma hanya apabila anda makan sepotong kek di situ mulai jam 3 hingga 6 petang. Siapa tak nak benda free? Angkat tangan kalau ada. Maka ku memilih sepotong black forest bla..bla..bla.. Nama dia panjang sangat, tak ingat. Boleh la tahan. Cuma makan kek je. Nak makan benda lain macam tak berbaloi pulak dengan harga yang tertera dengan menu yang disenaraikan. Kira berbaloi-baloi la makan sepotong kek dengan secawan kopi yang diisi dalam cawan yang boleh tahan besar cuma perlu membayar harga sepotong kek. Ater, teman kan dah jadi kedekut. Siapa entah ajar teman jadi kedekut ni. Nasib la... Makan kek hari ni bukan sebab tension ye. Tapi sebab teringin...

Nota: Aku bukan kipas susah mati Secret Recipe. Biasa-biasa aja tahap penerimaan pada restoran ini. Cuma pergi ke sini waktu tebiat betul-betul dah kena buang.

Monday, 11 October 2010

Restoran Yang Sah Status Halalnya dan Yang Diragui Kehalalannya

Salam hari Isnin. Sebenarnya mata tengah kelabu mengadap modul yang sedang dalam proses penterjemahan. Jadi nak bagi dia normal, aku buat entri salin dan tampal ni ye. Info ni dapat dari Facebook dan bila di rujuk-rujuk semula, dah ramai yang tampal artikel ni di blog masing-masing. Jadi, kalau-kalau ada yang tak terbaca lagi, boleh la baca ye. Semoga bermanfaat.

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha.

  Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ):

Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: 

Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Sunday, 10 October 2010

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr.
Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah
yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk
dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan,
khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh,
menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun
1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan
bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap
makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang
tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa
lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan
membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya
penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah
kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih
stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan
penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis
darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan
memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.



DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam
kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau
lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan
kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini
menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma,
infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh
diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis
darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses
penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari
jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam
jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu
darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam
kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih
seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu,
keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek,
kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang
tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih
fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah
ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat
menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan
imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran
hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan
laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam
organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih,
makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam,
ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan,
minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya,
kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu,
bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan
gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan
golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah
sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan
jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur
(kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian),
minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah,
semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis
buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging
lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging
yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam
kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti,
kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak
mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk
susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini
menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan
nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu
dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan
kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang
tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada
sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu
yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan.
Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah
mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan
harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan
zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan
pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat
keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan
bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Sumber: Kelab Diet Online

Nota: Kalau dah tahu jenis darah, senang nak ikut diet ni. Darahku jenis B. Darah mu? Selamat Berdiet kepada diri sendiri yang nak berdiet.

Dah Cukup Peram

Hari ini sudah pun masuk 2 Zulkaedah. Hari baru, bulan baru. Cerita raya yang ku peram, sudah pun cukup matang dan boleh dimakan dicatat di sini seadanya. Dok bertangguh-tangguh, sampai dah lupa. Alhamdulillah, jauh perjalanan dan banyak juga rumah saudara mara yang dikunjungi. Rumah terbuka juga tidak terkira banyaknya. Nak tempek gambar je la kot.

Ini di rumah Abang Zahar. Asalnya nak ke rumah Wak Mis. Tapi separuh perjalanan tu, ku telefon Wak Mis nak bagi tau kami dalam perjalanan. Bila Wak Mis kata ada kat rumah Abang Zahar, maka teruslah menghala ke sana. Sebelum tu sempat juga singgah di rumah Bik Seri dilalui dalam perjalanan. Nak jumpa saudara mara yang agak jauh, memang jarang-jarang terutama Abang Wan yang kini menetap di Dubai. Dalam gambar ni cuma ada isterinya saja, Kak Atie. Abang Wan dah habis cuti. Dari kiri belakang; Abang Farhan, Abang Faiz, Abah, Abang Narul, Abang Zahar, Kak Lina, Kak Atie, Kak Ela dengan anak bongsunya, Aqilah Ilyani, dan Kak Eli. Depan dari kiri; Diri sendiri, Wak Mis, Mira.

Yang ini kami sekeluarga dengan Wak Mis.

Ini pulak depan rumah Bik Mini di Shah Alam. Dah petang sangat pun sampai sini. 

Ini di KLIA. Malam Ahad 18 September. Menghantar anak saudara yang melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang pergigian. Nama dia Farah. 

Ini pulak siang 18 September. Anak murid Abah yang memang tiap tahun datang beraya datang ziarah. Memang wajib ada sesi bergambar kalau Dr. Rafie ni ada.
 
Ni kat luar rumah pulak, sebelum berangkat pulang. Memang wajib ada.

Ini gambar terakhir arwah mak. Diambil pada Syawal tahun sudah, sehari sebelum mak pergi buat selamanya. Juga sewaktu Dr. Rafie datang beraya. 28 Syawal yang lalu, genap setahun mak pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk mak. Semoga mak ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Rasanya itulah saja coretan raya untuk kali ini. Jemputan rumah terbuka memang tak tercoret gamaknya sebab banyak la jugak. Terima kasih pada yang menjemput datang memeriahkan majlisnya tempoh hari. Mohon maaf pada mereka yang tak sempat ku jengah rumahnya. InsyaAllah panjang umur kita ketemu pada Syawal akan datang.

Sebelum mengakhiri entri ini, selamat berangkat ke Tanah Suci diucapkan kepada Abang Zahar yang bakal bertolak 12 Oktober nanti. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Friday, 8 October 2010

Kemusykilan Terjawab

Semalam, diadakan kempen menderma darah di ILP Kuala Langat. Teruja sebab tahun ni 2 kali kena tolak permohonan nak derma darah sebab tak cukup hemoglobin. Takut-takut jugak waktu mula-mula tu. Takut tak boleh derma lagi. Macam biasa prosedurnya. Isi borang, timbang berat, periksa darah, pemeriksaan oleh doktor, isi buku pendermaan darah, dan akhirnya pergi la berbaring di kerusi yang disediakan. Tiap kali derma darah, aku tak pernah tengok prosedur dia cucuk jarum ke dalam urat sebab jarum dia agak BESAR. Kalau tengok gamaknya terbayang-bayang dalam otak; "Huish, jarum besar gabak. Habis la sakit tangan aku." Sebenarnya tak besar mana pun. Jadi toksah la takut-takut nak derma darah ye. Kami adalah antara orang terawal menderma. Lambat-lambat karang berebut pulak dengan budak-budak. Hehehe..

Petang tu, ada satu kumpulan tak masuk kelas sebab pergi derma darah. Hoh, sedikit terganggu proses pembelajaran di situ. Takpe la, pelan-pelan kayuh. Sebab dah lama tak derma darah, tak ingat rasanya macam mana lepas tu. Tapi semalam rasa penat lain macam. Malam pun ngantuk gila. Kira tidur awal tak hengat dunia sampai la pagi tadi. Hehehe.. Dan kemusykilan tentang sesuatu telah terjawab. Perlu berusaha dan berazam untuk kembali ke zaman muda-mudi dulu. Apa benda yang dimusykilkan tu? Rahasia...

Alhamdulillah, apa yang dinanti dah pun selamat tiba. Hari Isnin tu dapat penyata. Hari Selasa Encik Mus bagi tau duit dah dimasukkan. Mungkin petang-petang sikit dapat la tu. Dan benarlah bagai dikata, petangnya tu dalam 5 lebih BIMB hantar mesej kata duit dah masuk. Tapi aku tak boleh nak merasa jugak lagi sebab kad buat hal pulak. Kena uruskan dulu kad tu. Duit yang diperoleh dengan usaha sendiri dan duit yang diberi adalah sangat berbeza nilainya. Yang pasti, kena bijak urus belanja. Dan paling penting, kena simpan sikit untuk Tabung Mrs. Kanc bagi kegunaan servis dan sebagainya. Sebenarnya Mrs. Kanc baru diservis beberapa minggu lepas.Semua sekali dekat RM 3000 jugak. Hoh, kalau aku yang membayarnya, memang makan pasir la weh. Melebihi kemampuan. Tukar tu, ganti ni, betulkan yang itu, baiki yang itu, tergezut jugak. Bila diingat-ingat balik, tahun ni je Mrs. Kanc dah menelan belanja hampir RM 5000. Sebab awal tahun ni kan ada yang dia kena tarik tu. Brek rosak pulak. Kena banyak jugak tu. Hoh, abaikan la angan-angan nak beli kereta besar. Pakai Kancil pun dah telan banyak duit.

Wednesday, 6 October 2010

Sementara Menunggu

Sementara menunggu Cik Mira untuk kami mengisi perut, nak conteng sikit di sini. Semalam yang sudah menjadi sejarah, pertama kali mesin fotostat buat hal waktu aku guna. Boleh pulak dia nak sangkut-sangkut kertas. Sebelum ni Asma ada bagi tau yang mesin tu kadang-kadang sengal ubi kalau fotostat banyak tapi sebab tak pernah kena, aku bahagia je la. Bila dah terkena tadi, gabra jugak weh. Mujur la Kak Eli tolong tunjuk ajar. Lepas satu, satu amaran keluar kat skrin. Pendek kata, semua tempat yang boleh sangkut, dia nak sangkut. Hoh, cuak tau dak. Mesin cenggitu dah la fragile. Kalau terrosak, tak pasal-pasal pulak kan. Akhirnya dapat la jugak siapkan soalan ujian tu petang semalam.

Sebab budak-budak tu minta pelepasan kelas petang ni untuk buat persiapan jamuan raya malam karang, maka kelas petang dibatalkan. Tapi kami mencari waktu untuk ganti. Tadi mereka pelik kenapa kelas BI pagi? Tambah pelik bila aku cakap ada ujian. Heh, saya dah bagi tau kamu 2 minggu lepas lagi nak buat ujian untuk topik-topik yang dah dipelajari. Dan ada insiden sengal berlaku waktu mengagihkan kertas soalan. Ada seorang tak dapat soalan. Aik? Aku buat cukup-cukup dah semalam. Puas tanya siapa terambik lebih. Bila tak ada yang mengaku, boleh pulak kawan-kawan keliling dia dok hulur soalan masing-masing; "Nah-nah, ambik soalan aku." Cet..boleh pulak camtu. Bila nak pergi ambik, baru ada yang hulur soalan lebih tu. Haish, kamu jawab dua pun saya kira markah yang satu je.

Mereka: Cik, kenapa tiba-tiba kelas pagi?
Ku: Bukan kamu mintak pelepasan ke petang ni?
Mereka: Oh, patut la. Ingatkan takde kelas langsung.
Ku: Saya tak akan lepaskan kamu begitu mudah.
Mereka: Hehehe...

Hamboi, dah la minggu lepas ada yang tak datang. Terpaksa tunda ujian dan kuiz ke minggu ni. Tapi sempat buat ujian je. Kuiz tak sempat nak bagi. Idak la kejam sangat kan. Itu pun masing-masing dok termenung nak menjawab. Cenggitu la aku waktu jawab ujian dulu. Hahahaha...

Eh, sekarang ada cerita Korea baru kan kat 8TV? Waktu tak sesuai la, mula pukul 5. Pukul 5 baru habis keje. Takkan la nak terpacak depan mesin punch kad tu jam 4.59 dan cucuk kad bila jam menginjak ke angka 5? Itu sengal namanya... Takpe la, nanti tengok online je..

Tuesday, 5 October 2010

Surat Cinta

Beberapa hari tiada entri baru di sini. Kemalasan + ketiadaan masa. Cerita raya pun tak catat lagi padahal rayanya dah nak habis. Hehehe.. Hujung minggu sepanjang Syawal ni, tidak lekat di rumah. Mengikut Abah memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka atau beraya ke rumah saudara mara. Jadi, hujung minggu ni rancangnya nak duduk diam kat rumah mengemasa bilik yang macam tongkang pecah dan juga mengemas rumah. Semoga angin-rajin-tahap-gaban bertiup kencang ke dalam diriku. Amiiinn...

Pagi tadi, sesuatu telah berlaku di Banting. Sejak kebelakangan ini Banting memang tersohor kerana pembongkaran kes pembunuhan dan orang hilang yang masih hangat diperkatakan. Tak pasal-pasal pulak kan, datang Banting je hilang...datang Banting je hilang. Semoga penduduk Banting sentiasa berada dalam lindungan Allah. Oh, pagi tadi punya kes bukan pasal orang hilang ye. Tapi pasal lori besi terbalik merentangi jalan raya utama untuk ke Banting. LORI BESI ok..! Hok panjang tu la. Aku memang tak tau apape la sebab untuk ke ILP tak melalui pekan Banting. Cuma bila dah sampai pejabat baru kecoh-kecoh kata ada lori terbalik. Tempat terbalik tu memang strategik, dekat jambatan Sg. Langat tu. Memang tak ada jalan lain dah untuk keluar dari Banting kecuali ko nak pusing ikut Sg. Pelek. Lama jugak kesesakan yang berlaku. Sampai tengah hari, baru reda. Tuan Pengarah yang patutnya ada mesyuarat di HQ boleh patah balik sebab tersekat dekat depan Maybank selama 1 jam. Kalau aku pun aku patah balik. Tak suka sesak-sesak ni. Hehehe..

Pagi tadi jugak, sampai-sampai je ada sampul surat atas meja. URUSAN SERI PADUKA BAGINDA beserta cop jabatan dan tertulis namaku. Cuak weh... Pagi-pagi dah dapat surat cinta. Surat amaran ke? Tapi tak pernah la pulak punch card ku merah. Sekali bukak...laaa....buat cuak je. Penyata gaji rupanya. Kus semangat. Baru dapat penyata je ye. Duitnya belum ada. Jadi, marilah kita menabung. Hehehe...

Hari ni tiada kelas. Jadi ku hanya menyambung kerja-kerja penterjemahan yang diberi. Tak pasti pulak modul tu untuk kos apa.Yang pastinya ia berkenaan komputer, internet, dan virus-virus komputer. Seriau pulak bila dah tau pasal malware, adware, spyware etc. etc. secara terperinci.  Dekat sini, kena ingat semua kos yang ada dan ringkasannya macam TKR, TPM, CADD Senibina, CADD Mekanikal, dan ada satu lagi yang aku lupa. Sebab aku mengajar semua kelas yang ada, kena la ingat. Kelas pun bukan lagi sekangkang kera. Lepas dirombak, kelas dah jadi sekangkang zirafah (ada ke?haha). Ok la, jalan jauh sikit. Boleh bersenam. Minggu lepas, ingat nak bagi kuiz kat budak-budak sem 1. Sekali ada satu kelas tak masuk pulak. Udah le deme tak kabo kat teman deme ada program. Lepas tu program deme dekat sebelah je kelas berlangsung. Macam mana teman tau? Teman ada cam 2 ke 3 orang budak-budak dari kelas tu. Geram la jugak. Sekurang-kurangnya datang la kejap kat kelas tu bagi tau tak dapat masuk kelas sebab terlibat dengan program. Ish, sabar..sabar..Jadi, nasib kome la minggu ni kena buat kuiz + ujian sekali. Kita tengok siapa yang kena. Kehkehkeh...Oh, ada seorang pelajar ku bernama Faliq. Tetiba teringat dekat Ifdal Faliqh pulak. (hai Ifdal :) )

Hari Khamisnya, masuk kelas Sem 2 pulak. Nasib baik mereka tak lewat macam minggu sebelumnya. Sem 2 punya silibus berat sikit sebab melibatkan banyak penulisan. Aku paling benci bila tengah buat penerangan, tiba-tiba hilang perkataan yang nak disebut. Kita tau perkataan tu tapi tak terkeluar apa bendanya. Untuk P&P, tak guna sepenuhnya bahasa inggeris, ada campur-campur bahasa melayu. Itu pun, bila dah habis kelas, ada 3 orang pelajar perempuan datang padaku cakap tak faham bila aku speaking. Heh?? Bila ku tanya faham ke tak, semua semangat kata "YESSSSSSS..." Sabar je la..

Sedikit pengenalan tentang ILP. ILP adalah sebuah institut yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Menawarkan kursus di peringkat sijil hingga diploma dengan beberapa pilihan bidang iaitu CADD Mekanikal, CADD Senibina, Teknologi Perisian Pengaturcaraan, Teknologi Perisian Multimedia, dan Teknologi Maklumat Rangkaian. Untuk keterangan lanjut, boleh klik di sini. ILP ni tak macam kolej atau universiti. Mereka ada uniform dan peraturan yang ketat. Setiap pagi ada perhimpunan dan rutin harian macam di sekolah berasrama.

Gitu la corat-coret kehidupan sebagai seorang pengajar budak besar. Berbeza weh. Dulu ajar budak umur 9 tahun. Sekarang ni dah jadi 19 tahun. Jauh beza tu. Cara pendekatan pun kena berbeza jugak. Kerenah mereka lagi banyak beza. Ko kenakan aku? Hah, jawab soalan ni. Berdiri la kome sampai dapat jawab... Baru termangu-mangu. Hehehe...