Engagement Fund ;)

Monday, 29 November 2010

Kahwin...Bersediakah??

Cuti sekolah dah bermula. Maka tibalah musim melangsungkan perkahwinan bagi yang dah sampai seru. Sejak mula bekerja, sudah beberapa orang bertanya status dan bilakah mahu berkahwin? Ingat bila nak kahwin ni semudah macam bila nak keluar makan tengah hari kah? Kalaulah jawapannya mudah macam jawapan bila nak keluar makan tengah hari, dah lama dah jawab...Hahaha... Belum sampai jodoh. Bak kata Kak Chik, "Tunggulah nanti sampai ayah awak bersedia nak lepaskan awak. Macam tu jugak saya, tunggu mak saya bersedia nak lepaskan saya."

Perkahwinan bukanlah semudah yang disangka. Perlu persediaan. Tapi kalau jodoh dah depan mata, jangan bertangguh. Tanggungjawab lepas kahwin akan bertambah. Kalau waktu bujang, fikir diri sendiri je. Nak makan ke, tak nak masak ke, malas nak basuh baju hari-hari ke, lantak situ. Dah kahwin, kena jaga-jaga. Kalau dapat yang cerewet, habis la. Kalau dapat yang boleh kawtim, bagus jugak. Macam aku ni, dah la tak berapa rajin nak mengemas, nak masak pun kadang-kadang malas. Minggu lepas, berapa kali je dapur berasap. Selebihnya singgah pasar atau kedai makan beli lauk. Sungguh pemalas... Eh, toi..toi..toi..kantoi.

Kepada adik-adik yang tak lama lagi nak bergelar 'Puan', jangan risau dan ragu-ragu. Sungguh pun anda muda, yakinlah bahawa takdir anda untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sampai pada usia muda dan anda mampu memikulnya. Cuma, perlulah melebihkan persediaan. Boleh dapatkan nasihat daripada orang-orang berpengalaman atau baca buku-buku tentang perkahwinan yang berlambak-lambak di pasaran sekarang.

Semalam juga, aku menghadiri majlis pernikahan seorang lagi sepupuku belah Abah. Baru melangsungkan pernikahan, majlis resepsinya bulan 12 nanti. Tiba agak lewat juga dan sampai-sampai sudah selamat. Sekali lafaz rasanya. Tahniah buat Kak Had kerana sudah bertukar status kini. Sempat juga bergosip-gosip berborak-borak dengan Makcik ku tentang persiapan perkahwinan. Ambil perhatian, bagi yang mahukan majlis mengikut adat, perkara ini juga perlu difikir dan dipertimbangkan. Daripada urusan hantaran, sampailah perjalanan majlis nanti. Dalam zaman siber dan canggih ni, boleh buat rujukan di internet. Contohnya, untuk persiapan perkahwinan, boleh baca catatan Puan Xora di Dia Terima Nikahnya. Serba serbi dia catat dalam tu. Sangat la membantu. Senang cerita, mengadakan majlis perkahwinan ni sama macam mahu mengendalikan program. Perlu ada organisasi dan kertas kerja dan sudah pasti akan berhadapan dengan masalah dan krisis. Banyak lagi sebenarnya yang kami gosipkan, tapi itu adalah rahsia kerajaan antara kami yang terlibat.Hehehe...
Ini pengantinnya...cuma ambik sekeping gambar ni je sebab semalam aku segan nak klik..klik macam selalu. Nak jadi jurugambar kena tebalkan muka dan yakin. Jadi, kena bertukarrrrr! Sebab semalam tak bertukar, maka ni ajelah yang ada. Ehehehe..

 Ini hantaran dari pihak perempuan. Seperti yang dimaklumkan, kesemuanya ada 15 dulang.

Rusa Masuk Kampung

29 November 2010. Isnin yang tak sempurna. Sebab tak minum Kopi Radix pagi tadi. Selalu kalau sarapan di kafe ku bancuh Kopi Radix dan nikmati dengan makanan yang dibeli. Tapi hari ni Kak Yati buat makan-makan. Jadi cuma sarapan di pantri saja dengan hidangan spagetti dan sate. Sarapan sate kau.. Hehehe..

Lepas sarapan, terus sibukkan diri semula dengan tugasan yang dihantar pada minit-minit kecederaan. Selasa ni mereka mula periksa. Jadi kena masukkan semua markah dalam sistem. Markah semua ada pada pensyarah yang mengajar. Cuma peratus kedatangan kena mintak dengan Ketua Bahagian. Maka tadi aku menjelajah la dari bengkel ke bengkel untuk mendapatkan peratus kedatangan. Secara jujurnya, ini kali pertama aku masuk bengkel-bengkel tu. Macam rusa masuk kampung la pulak. Hahaha... Dulu waktu di bawa melawat untuk mengajar, Cik Amira cuma bawa kami melawat ke tempat kelas akan diadakan. Jadi pertama kalilah aku menjejak kaki ke bengkel CADD Mekanikal, IT Rangkaian dan Multimedia. Nasib baik jumpa orang mahu ditemui. Hehehe..

Lepas tu, diberitahu bahawa SPC yang lama ada masalah pulak. Tertekan di situ sebab markah semua dah masuk dalam SPC yang dikatakan salah. Jadi, ku minta format SPC baru dari Cik Dayana. Benarlah bagai dikata. Sistem lama tu bermasalah. Adoyai..! Patut la ramai benar yang tak layak masuk peperiksaan akhir sebab carry marks tak cukup. Serius pelik bila dah masukkan semua markah, tiba-tiba sangat ramai yang markahnya tak cukup. Nasib baik la aku buat balik. Kalau tak, naya je... Sabar je la..

Friday, 26 November 2010

Memang Sah..!

Adoi la, capek pulak melihat kertas merah jambu ni. Hantar lambat satu hal, jawapan sama pulaknya. Korang ni meniru ke, membuat secara berjemaah? Sabar je la. Mentang-mentang kelas korang tak sampai 10 orang, boleh pulak nak salin-menyalin. Kan, bila satu salah semua salah. Nasib la ye...

Thursday, 25 November 2010

Berdebar

Assalamualaikum w.b.t... Tuan Tanah sibuk dan serabut untuk minggu ni dan mungkin berlarutan hingga pertengahan Disember. Sebab? Biarlah rahsia. Hari-hari pun susah hati. Hari-hari pun risau. Hari-hari jugak berdebar-debar. Entah apa yang disusahkan, dirisaukan, dan didebarkan pun aku tak tahu. Tapi itulah keadaan aku sejak dua menjak ni. Kalau ikut kitab perubatan HPA, berdebar-debar tu tanda-tanda awal penyakit jantung. Mungkin juga... Harus berjaga-jaga kerana aku ada sejarah berkaitan ini dan pernah didiagnosis oleh Herbalis HPA bahawa ada sedikit masalah berkaitan itu.

Seronok bila dah lama di sini. Bersyukur juga kerana dapat pelajar-pelajar yang AGAK mendengar kata dan menghantar tugasan walaupun pada minit-minit kecederaan. Kalau kat U, senang je. Tak hantar pada masa yang ditetapkan, bagi je telur ayam. Kat sini kena tolak ansur banyak sebab sistem di sini tak sama macam universiti.

Okeylah, esok-esok kalau rajin tulis lagi di sini. Ini pun masih lagi berada di pejabat. Menyiapkan kerja-kerja yang ada. Jangan mengeluh, jangan gusar. Allah sentiasa bersama kita.

Bila matahari terpancar di permukaan laut
Saya mula merindui kamu
Bila rembulan bersinar di permukaan tasik
Saya mula merindui kamu
Bila debu bertiup dari jalan
Saya akan nampak bayang kamu
Malam di lorong gelap, berjumpa orang asing
Terasa nampak bayang kamu
 
Nota: Sajak di atas tiada kena mengena dengan sesiapa pun dan bukan hasil nukilan Tuan Tanah. Kalau bijak, cari la mana Tuan Tanah dapat sajak ni. HEhehe..

Monday, 22 November 2010

Rahmat Tetamu

Minggu lepas merupakan minggu paling banyak cuti sejak mula bekerja. Jadi kemalasan menjadi-jadi. Ingat nak sambung bermalasan sampai hari Ahad sebab hari Sabtu tu buang tebiat beli CD Korea. Maka nak habiskan la tengok cerita tu. Sungguh buang tebiat rasanya sebab kali pertama masuk dalam Speedy dan keluar dengan membawa sesuatu. Inilah akibatnya kalau tengah bercelaru. Membeli-belah telah dibuktikan keberkesanannya mengubati kecelaruan atau kemurungan oleh SAYA ye. Hahaha....

Sebab tengah hari Ahad Abah nak pergi kondangan, maka aku bercadang malas memasak untuk tengah hari. Yang lain tu kalau nak makan, pandai-pandai la nak hidup. Tiba-tiba Abang Mad telefon tanya ada daun sur ke tak? Nak datang ambik daun sur untuk masak. Stok memang sentiasa ada sebab aku jarang sangat petik. Malas nak meredah kebun mencari daun sur. Datang-datang je Abang Mad dengan Kak Yah kata nak lepak dapur je. Tak lama tu, Abang Mad cakap teringin nak makan kat sini. Jadi aku terpaksa menukar mood kemalasan kepada kerajinan tahap gaban. Lauk kampung je pun sebab mereka berdua mengidam nak makan lauk kampung. Belasah je. Maka menu kami tengah hari semalam adalah jangan bening daun sur + pucuk ubi rebus + sambal tumis ikan bilis + ikan masin a.k.a gereh + telur dadar. Rahmat tetamu, mengusir kemalasan dan membawa kerajinan. Rasanya ini pertama kali masak sambal dengan kadar segera. Selalu tu siap tinggal-tinggal tengok TV nak bagi dia masak. Hahaha... Lagi lama masak, lagi sedap kan sambal ni. Oh, jangan tu adalah perkataan jawa yang membawa maksud gulai. Jadi orang bukan jawa, kalau terkahwin dengan orang jawa, bila pak mertua perkenalkan lauk pauk atas meja dengan menggunakan perkataan jangan, bukan bermaksud pak mertua anda tak bagi anda makan. Tapi dia nak kenalkan nama lauk pauk tu pada anda. Cerita ni diceritakan oleh salah seorang penceramah waktu di kursus pra perkahwinan dulu dan bukan cerita dongeng.

Waktu makan, Abang Mad mengimbau zaman dulu-dulu, waktu arwah nenek dan arwah mak ada. Memang selalu kami makan ramai-ramai dan selalunya lauk macam kat atas nun la. Nostalgia tau menu ni. Kalau sesiapa yang tertanya-tanya macam mana la rupa daun sur ni, nanti aku letak gambar pokok sur kat sini ye.

Saturday, 20 November 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PERNIKAHAN ANDAK

Peringatan: Ini adalah entri versi GAM UHU. Untuk entri baru, sila lihat di bawah. 

Semalam secara sengaja menegur Andak di Yahoo Messenger. Dan hasil teguran itu, Andak memesan untuk mengkhabarkan tarikh pernikahannya bersama pilihan hati. Jadi, kepada yang mengenali Saudara Muhammed NorHezri Bin Baharudin, anda dijemput hadir ke


Semua yang kenal pun boleh datang. Kad jemputan kenduri akan diedarkan kemudian. Aih, dah jadi macam S/U si Andak pulak dah. Hahaha.. Takpelah sebab Andak bos paling best...! Bos-bos lain jangan terasa pulak ye. Encik Presiden, lain orang lain caranya kan..kan..kan.. hehe..Oh, kalau nak tahu nama bakal isteri Encik Andak, silalah datang pada hari kejadian ye.

Friday, 19 November 2010

Budaya Kerja 5S

Tertarik dengan artikel yang terlekat di papan kenyataan yang tergantung di luar bilik mesyuarat ni, maka aku kongsikan disini.

5S permulaan kesihatan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Hal ini adalah perkara asas peningkatan produktiviti. Bila berjaya dilaksanakan 5S akan membawa banyak perubahan. COntohnya semua item yang tidak diperlukan dibuang dari tempat kerja, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja dan mesin dan kelengkapan jadi bersih dan bersinar.

5S DALAM 5 PERKATAAN JEPUN

SEIRI - SISIH
SEITON - SUSUN
SEISO - SAPU
SEIKETSU - SERAGAM
SHITSUKE - SENTIASA AMAL

Pada masa ini 5S adalah alat peningkatan produktiviti yang popular di Jepun, dan menjadi popular juga di negara lain kerana alasan berikut:
  • Tempat kerja yang bersih dan lebih tersusun.
  • Hasilnya nyata kepada semua - orang luar atau dalaman.
  • Hasil nyata meningkatkan lebih banyak idea baru
  • Semua orang akan berdisiplin.
  • Operasi di pejabat dan kilang lebih senang dan selamat.
  • Menjadi kebanggaan semua kerana tempat kerja yang bersih dan tersusun.
  • Meningkatkan imej dan perniagaan syarikat / orang.
Setakat ini yang aku tahu, budaya 5S ni sudah dipraktikkan di beberapa institut di bawah KSM seperti ILP, ADTEC dan CIAST dan program ini dijalankan secara berperingkat.  

Bila Bos Tak Ada...

Hari ni masih lagi dalam mood beraya. Pejabat juga lengang kerana ramai yang bercuti. Kafe pun tutup kerana tidak ramai makhluk di ILP ni. Cuma bilik kewangan je yang meriah macam biasa. Siap kedengaran suara orang menyanyi dari kejauhan. Hehehe... Bos besar dah balik kejap tadi. Ada hal mungkin. Maka ramai pulak yang ikut jejak. Bukan aku pastinya kerana aku masih diam di meja kerja ni. Selepas bercuti dua hari, rasa macam bengong-bengong je. Sebab? Duduk rumah tak buat apape melainkan bermalas-malasan walaupun hakikatnya aku perlu merapikan rumah tu supaya jadi lebih kemas dan teratur.

Cadangnya, hari ni nak habiskan menanda tugasan budak-budak ni. Kali ni mereka cemerlang kerana semuanya berjaya menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan. *Tepuk tangan* TAPI... Aku jadi keliru bila mengadap tugasan mereka tu. Apakah? Inilah fungsi latihan diberi. Boleh tahu mereka faham ke tak dengan apa yang diajar. Kesimpulannya, aku kena letak tepi dulu tugasan-tugasan tu dan balik rumah korek nota + assignment dari pensyarahku dulu untuk kepastian. Tunggu-tunggu budak-budak TESL dalam Facebook tadi, tak ada pulak yang muncul. Kalau tak, boleh jugak buat perbincangan dengan mereka macam tempoh hari. Kali ni, tugasan untuk topik Reading Comprehension. Dulu aku belajar benda ni waktu Tahun Asas, subjek apa ek? Hilang ingatan pulak.Mr. Lim yang ajar.  Lepas tu waktu dah masuk degree belajar jugak pasal ni dalam subjek Academic Writing, Mr. Siva yang ajar. Apa yang pasti, aku memang kurang gemar topik ni sebab lambat sikit nak faham. Banyak kekeliruan di situ. Tapi sebab nak mengajar, kena fahamkan dulu betul-betul. Belajar balik guna buku teks yang digunakan dulu. Alhamdulillah, dah faham dah. Yang ajaibnya, bila mengadap je tugasan budak-budak ni, aku jadi kabur balik. Hahaha... Tunggu buat rujukan balik, baru boleh tanda tugasan ni. Kalau didapati ramai yang buat silap dalam tugasan ni, maknanya mereka tak faham apa yang diajar. Maka, WAJIB buat kelas tambahan untuk mereka. Cikgu-cikgu, mengajar bukan setakat habiskan silibus, tapi nak bagi mereka faham. Itu yang utama. Ingat ye...

Thursday, 18 November 2010

Pandanglah Ke Arah Matahari

Rentetan dari penyakit berjangkit yang ubatnya cuma pada ada diri sendiri, nak ulas sikit dekat sini. Sebenarnya, dah lama aku cari CD drama yang satu ni. Merata-rata aku cari. Waktu kat Klang tempoh hari, semua kedai CD yang ada aku masuk dan tanya tajuk cerita ni. Ye, aku tau la cerita ni tak segempak Winter Sonata (yang aku tak pernah tengok sebab cerita dia macam lembab), tapi takkan la tak ada langsung kedai yang jual CD ni? Apa pun, terima kasih kepada satu kedai ni yang bersungguh-sungguh carikan CD tu dalam kedai dia + telefon cawangan lain kalau-kalau ada stok. Tapi...tiada. Ada jugak Google, jumpa dalam Amazon.com tapi harga dia tahap boleh beli handphone baru sebijik. Membazir. Kot ye pun fanatik, toksah la membazir kan. Jadi, pencarian diteruskan sampai la aku jumpa satu mamat ni dalam satu forum kat mana ntah, tak ingat dah. Dia jual CD 'cetak semula' dan cetak baru. Aku tanya la kat dia, ada ke cerita ni? Dia kata tak ada, tapi dia akan tolong cari. Jadinya, lepas raya aritu, dia email aku kata dah jumpa cerita tu. Wallah, suka... Walaupun kualiti gambarnya kureng, tapi jadi la kan. Hahaha... Oh, nama cerita ni adalah Into The Sun. Keluar tahun 2003. Pertama kali tengok, kat TV berapa ntah, waktu cuti sekolah tahun bila pun aku tak ingat dah. Tentang cerita ni;
1. Ambik berat tentang keluarga anda walau sesibuk mana pun anda dengan kerja anda.
2. Kalau nak kan sesuatu, usahalah hingga berjaya.
3. Benda yang dah lepas tu, sudahlah. Tak elok nak ungkit-ungkit sangat.Sesekali ingat, tak apa.
4. Jangan lah tipu orang kesayangan anda kalau anda mahukan dia jadi teman hidup anda.
5. Sila terima hakikat kalau cinta si dia bukan untuk anda.
6. Kalau anda cintakan si dia tapi dia tidak ditakdirkan untuk anda, silalah redha.
7. Banyak mana pun cara kotor anda gunakan untuk menipu dan menutup kesalahan anda, kebenaran tetap akan terbongkar juga suatu saat nanti.
Keseluruhannya, ada elemen kekeluargaan, komedi dan cinta dalam drama ni.

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Menyambut Aidiladha


Salam pertemuan...pejam celik, pejam celik, dah raya balik. Raya yang ini bukan sekadar raya. Renung-renungkan peristiwa di sebalik sambutan Aidiladha ni ye. 

Sunday, 14 November 2010

Dia Buat Hal Lagi...

Jumaat lepas, mencuba nasib dengan menekan nombor Atin pada N2610 yang antik itu. Pelik sebab mesej yang dihantar tidak terhantar dan bila telefon je, bunyi engage. Bila Atin telefon balik, dia kata; "Asal aku hantar mesej banyak kali tak dapat?" Dengan rasa tak bersalahnya, aku jawab; "Ko ada hantar mesej kat aku ke? Asal bila aku call ko asyik engage?" Hahaha..sengal sungguh. Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Cik N2610 ni memang tau, suka buat hal. Kalau dah berhari-hari tak ada mesej masuk(macam la ada orang nak mesej kan), kena off kan dia, cabut bateri dan simkad kemudian on balik. Baru la ada mesej masuk (dari Celcom je pun). Macam dah nak kena tukar je. Tapi sayang duit pulak. Dari beli telefon, baik beli tudung ke baju ke.. Heeeeepppp...! Baju dah tak muat almari pun nak beli baju lagi? Ok, beli almarilah kalau macam tu. Hahaha... Takdelah, tengok la keinginan dan keperluan. Kalau dah perlu sangat, baru beli. Sebab N2610 ni aku guna untuk nombor Celcom yang dikhaskan untuk keluarga dan sahabat terdekat. Untuk urusan rasmi, guna nombor Maxis. Kalau nak beli pun, macam nak beli yang lipat jugak. Macam yang ini.




Sebab?
1. Dia lipat.
2. Dia buatan Korea (demam Korea tak baik-baik)
3. Dia ada buat warna hijau.
4. Dia segak dan nipis.
5. Dia lipat.

Biarlah orang lain nak beli telefon skrin sentuh ke, beri hitam ke, aku nak yang lipat jugak. Tapi mana nak cari ek? Kat Banting ni tak pernah nampak pulak.

Maaf, Abang Poslaju..

Tajuk kontroversi pulak. Seperti yang tertulis dalam entri sebelum ni, duduk rumah pun tak selamat dari segi keinginan untuk membeli-belah. Jadi, aku telah TERbeli sesuatu dari Maratussolehah Muslim House. Dah lama dah tengok-tengok benda alah yang satu tu. Tapi selalu boleh je tahan. Kali ni tak boleh tahan dah... Hahaha.. Maka TERBELIlah sehelai abaya yang dah tinggal satu tu je. Dapat diskaun lagi. Suka..suka.. Satu perkara yang seronok membeli-belah di MMH adalah dia suka bagi diskaun untuk barang-barang dikategorikan sebagai 'Penghabisan Stok'.



Belinya hari Rabu, jadi dalam hari Jumaat sampai la. Tapi bila balik rumah petang tu, tak ada lagi. Maka aku sangkakan hari Isnin nanti la kot. Tetiba semalam petang dengar hon kat luar. Eh, Encik Poslaju..! Abah yang keluar sebab Abah duduk kat depan. Dia tanya, kenapa telefon tak dapat? Maaf ye Encik Poslaju, telefon I dalam bilik, I duduk kat dapur. Tak dengar. Hehehe... Ingatkan tak datang sebab dah petang. Tunggu gak dari pagi. Nasib baik jumpa rumah I ni. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan MMH tak ada masalah. Dah banyak kali jugak beli baju dekat MMH. InsyaAllah akan datang membeli lagi. Eh, Kak Chik, macam mana dengan pertemuan anda dengan Encik Mundar Mandir? Selamatkah duit atau terkorban duit anda?

Friday, 12 November 2010

Siapa Kata Duduk Rumah Selamat?

Hari tu borak-borak dengan bos pasal gaji masuk awal. Kakitangan kerajaan kan dah gaji bulan ni sebab nak Raya Haji. Perempuan dengan perempuan, bila borak-borak santai ada jugak terselit pasal membeli dan membelah. Ada orang, yang minat dekat satu benda je macam baju-baju contohnya. Atau ada yang minat dengan peralatan dapur macam nak beli periuk nasi yang paling canggih dan terkini ke, kuali tak melekat teknologi terbaru ke atau sebagainya. Aku? Semua benda pun suka. Hahaha.. Bahaya. Baju ke pinggan mangkuk ke barang kemas ke, belasah suka. Eh, tapi kena la kawal. Kalau nak borong semua sekali tiap kali dapat gaji, gi kerja jalan kaki la gamaknya sebab dah tak ada duit nak isi minyak kereta.

Kesimpulan dari perbualan pendek tu, aku cakap kat bos; "Kalau nak selamat, tak boleh keluar. Nanti nampak tu nak beli, nampak ni nak beli. " TAPI... kat rumah pun tak selamat jugak. Masih boleh membeli-belah dalam talian macam yang tukang taip buat. Cet...bahaya betul. Habih duitku membeli barang dari rumah. Puan-puan, kalau nak selamat, duduk rumah jangan cucuk sambungan internet anda ye. Itu barulah selamat. Hehehe..

Tolong La Hantar

Assalamualaikum w.b.t... Lama pulak rasanya tak mencoret sesuatu di sini. Perjalanan hidupku macam biasa, cuma setiap hari akan ada perkara berbeza yang berlaku. Sekarang ni tengah sibuk nak tanda semua tugasan yang diberikan. Risau sebenarnya sebab silibus tak habis lagi dan kelas asyik tak ada. Untuk semester 1 boleh tarik nafa s lega sebab kuota tugasan dah cukup dan hari ni sepatutnya hari terakhir hantar markah tugasan dalam SPC. Tapi untuk semester 2 tak cukup kuota lagi. Camano? Risau sangat dengan budak-budak semester 2 ni sebab silibusnya lebih berat berbanding semester 1. Kena buat kelas tambahan la gamaknya. Kalau tak memang sempat habis silibus tanpa kelas tambahan tapi disebabkan peperiksaan diawalkan seminggu dan banyak program dan cuti jatuh pada hari mereka ada kelas, maka berlaku masalah disitu.

Satu perkara yang menggeramkan adalah, mereka tidak menghantar tugasan yang diberi. Ko ugut la camane pun, ada diorang kesah? Masalahnya bukan tak bagi masa. Bagi banyak masa tu, tapi tak cukup jugak. Adoyai... Nak bagi kosong, tak sampai hati walaupun diugut akan dapat kosong kalau tak hantar pada masa yang ditetapkan. Tolong la hantar semua tugasan yang diberi. Markah awak tu tau tak? Belum tau lagi waktu peperiksaan nanti boleh jawab semua ke tak. Jadi markah ni la untuk tambah mana yang lompong. Ini baru kes tak hantar tugasan.

Kes seterusnya, hantar tugasan tapi serupa macam tak payah buat. Memang la, untuk mereka cuma belajar benda asas. Tapi benda yang paling asas pun salah jugak, camano? Raj cakap; "Nak bagi markah kat diorang ni pun tak tau macam mana." Tu la, macam mana tu Raj? Sebab musabab kami patut untuk tidak bagi banyak markah:
1. Dah bincang banyak kali topik tu. Langkah demi langkah lagi.
2. Dah bagi contoh dan dibenarkan tiru format dalam contoh yang diberi.
3. Dah bagi masa lama untuk buat.

Sabar jelah. Kalau kita je yang nak tolong diorang tapi diorang tak nak tolong diri sendiri, tak guna jugak. Bila dah lama sikit duduk sini, barulah faham kerenah budak-budak ni. Waktu mula-mula dulu semua nampaknya macam bagus. Rupanya banyak jugak masalahnya. Dekat mana-mana pun sama jugak kan? Kat universiti dan kolej lain pun aku yakin mesti ada masalah yang sama. Seingat aku, dulu waktu kami jadi pelajar, tak pernah derhaka hantar tugasan lambat. Kalau pensyarah kata nak esok sebelum pukul 5, semua dah kelam kabut nak hantar. Siap berkampung depan pejabat pensyarah tu sebab nak hantar tugasan kan Mimynn?? Nostalgia sungguh. Sekarang? Aku yang berkampung kat pejabat ni tunggu diorang hantar tugasan. Apakah?

Sunday, 7 November 2010

Dapur Baru

Tiada yang penting pun dalam entri ini. Eh, tapi penting jugak sebab nak buat pengumuman. Disebabkan macam banyak resepi dalam Atas Nama Cinta ni dan susah nak cari balik resepi-resepi yang dikehendaki, maka aku memutuskan untuk membuka dapur baru. Sesiapa yang sudi, boleh la datang bertandang ke dapur baruku ye.

 
Anda dibenarkan menyalin semula resepi-resepi yang terpapar dan digalakkan mencubanya sebab kadang-kadang ada yang rajin salin je tapi tak cuba. Macam aku la bila datang ribut malas. Salin je lepas tu tak buat-buat sampai sudah. Hahaha.. Sila jangan ikut tabiat buruk ni ya. Sudi-sudilah menjengah dapur baru ku yang tak cukup aksesori lagi. 

Thursday, 4 November 2010

Tak Nak..!!!!


Ini cerita minggu lepas. Tapi nak tulis jugak. Kalau tak nak baca, sila tinggalkan tempat ini sekarang. Baiklah, sambung. Pada suatu petang, ada seorang budak ni berhajat nak buat piza. Memandangkan keluar pejabat pun dah pukul 6, maka si budak pun tak nak buat piza yang kena uli. Buat piza segera saja. Maka pergilah si budak ni ke pasaraya E******* dengan harapan semua bahan yang diperlukan ada. Malangnya, bahan utamanya iaitu roti pita tak ada di sini. Dicubanya singgah ke pasaraya M**** yang terletak tidak jauh dari situ. Alhamdulillah, ada pun roti pita yang sejuk beku punya. Capai la sebungkus. Cuma itu saja yang dibeli di pasaraya tersebut. Sewaktu di kaunter pembayaran, budak ni cakap siap-siap dekat juruwang tu; "Dik, tak nak plastik ye." Setakat sebungkus roti, boleh bawak macam tu je, tak payah la nak plastik-plastik kan. Tiba-tiba si juruwang ni macam teragak-agak dan tangannya dah mencapai plastik nak isi roti tu. Maka si budak pun ulang lagi sekali; "Dik, tak payah plastik." Tetapi si juruwang ni tadi bersuara; "Tak boleh la kak, kena jugak ada plastik." Budak ni terkejut beruk bila juruwang tu cakap cenggitu. Heh, I ni pelanggan U tau.(dalam hati je) "Tapi masalahnya akak tak nak plastik. Setakat nak isi sebungkus roti, membazir la." Si Budak dah mula bengang. "Tak apa kak, kita bagi jugak plastik. Tak kena bayar pun." Kebengangan si Budak dah kritikal bila dengar ayat juruwang tu. "Memang la tak kena bayar. Tapi sekarang ni akak tak nak plastik. Akak ada hak kan untuk tak nak plastik tu? Akak bayar barang ni dan ada resit. Kalau orang nak syak akak mencuri, akak ada bukti barang ni akak beli dan awak letak la sticker PAID tu kat barang akak ni. Susah ke?" Si juruwang terkulat-kulat kat situ tapi tetap masukkan roti tu dalam plastik. "Tak apa kak, akak ambik je plastik ni. Kita memang kena bagi plastik. Takut jadi macam kes semalam." Agaknya ada kes orang mencuri kot semalam. Tapi, Si Budak tak nak kalah gak. "Habis tu, hari Sabtu macam mana?" "Hari Sabtu pun kita bagi plastik macam biasa." Selepas si budak dapat baki duit dan resit, dia terus pergi dengan hati yang bengkek. Hape la, hangat-hangat tahi ayam. Waktu mula-mula kempen tanpa beg plastik dulu, bukan main sokong. Sekarang??? Hampeh.. Nak tunggu jadi macam gambar ni ke baru nak insaf?
 Memang la, buang sampah dalam plastik gak. Tapi kalau dah banyak sangat beg plastik kat rumah ni, tak ke menyemak namanya? Tak diguna dan akhirnya jadi rumah lipas dan dibuang begitu saja sebab dah bau lipas dan tak boleh digunakan untuk isi benda lain. Setakat guna untuk buang sampah, berapa helai la sangat. Pikir la sendiri...

Nak Beli?

Mula-mula nak letak gambar dulu.










Esok cuti. Yiiiiihhhaaa... Tapi tak boleh jugak nak cuti bagai nak rak. Kena intai-intai kerja yang perlu disiapkan. Cadangnya nak menerjah kedai yang menjual peralatan membuat kek untuk beli benda alah kat atas nun. Semua ni adalah jenis-jenis nozzle tips yang wujud untuk menghias kek atau kek cawan. Kesemua gambar di atas adalah diambil dari sini dan sini. Ini cap Wilton yang mahal tu. Cikgu kata, sebiji tips boleh mencecah harga RM 9. SEBIJI ok, bukan satu set. Harap-harap la dapat beli supaya boleh digunakan untuk melatih tangan ni disamping memahat kukuh ilmu yang dipelajari. Ehhehe.. Dan nak beli jugak aksesori lain macam:
Ini adalah coupler. Fungsinya untuk kunci nozzle supaya tak tercabut atau memudahkan anda untuk menukar corak nozzle yang dikehendaki. Contohnya, anda letak buttercream warna hijau dalam piping bag. Dengan warna hijau, kita boleh hasilkan corak rumput dan daun. Contoh la. Jadinya, tak perlu nak buat piping bag berisi krim warna hijau banyak-banyak. Gunakan coupler saja dan anda boleh tukar-tukar nozzle yang dikehendaki.

Ini disposable piping bag. Sebab krim adalah renyah untuk dibersihkan selepas diguna, maka guna saja benda alah ni untuk memudahkan kerja.

Ini dipanggil spatula. Kegunaannya adalah untuk menyapu krim pada kek.

Ok, yang dah mahir tahap boleh hias kek sambil pejam mata, anggap la ini sebagai ulangkaji ye. Saya budak baru belajar. Jadi, siapa nak ikut saya menerjah Jusco Bukit Tinggi kedai menjual alatan membuat kek? Tinggalkan pesanan di 012 xxxxxxx atau 019 xxxxxxx. Haha..

Tuesday, 2 November 2010

Tempat Lepak Baru

Laman web ni memang best....!! Silakan menjengah ye.

TADIKA UNIVERSAL SMART JUNIOR TALAMIZ

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. Eceh, macam nak baca berita pulak gayanya. Tak ada makna weh. Alhamdulillah rezeki melimpah-limpah hari ni. Pertama; pagi-pagi tadi waktu nak bayar makanan sarapan, kebetulan bos besar pun nak bayar sekali. Aku pun beratur dan tunggu giliran. Tiba-tiba Raj kata bos dah bayar sekali. Allah, dah la ambik makanan mahal hari ni. Haritu tu pun macam tu jugak. Waktu ambik makanan mahal la ada orang tolong bayarkan. Macam serba salah pulak. Terima kasih banyak-banyak...Hehehe.. Tak apa, rezeki jangan ditolak. Kedua; kira-kira jam 10 ++ tadi Kak Fiza dengan Kak Mohas menjamu laksa pulak sempena hari lahir mereka. Burrpp...kenyang.. Alhamdulillah.. Jadinya sempena kemurahan rezeki hari ni, aku nak bantu seorang sahabat mempromosi perniagaan baru beliau dan kakak beliau. Mula-mula, tahniah diucapkan kerana berjaya merealisasikan impian anda berdua. Semoga usaha anda berdua diberkati Allah hendaknya. Umie, kurangkan tidoq naa. Satgi anak-anak murid hang dok berpesta dalam kelas. Hehehe.. Okey, mari kita tengok iklan dan brosur mereka. Zasss....



Sila tekan pada imej untuk paparan lebih jelas ye. Sekian terima kasih..

Monday, 1 November 2010

Laporan Tidak Bergambar

Memang sah kena reject kalau hantar ke HEP. Sebab ini bukan nak hantar ke HEP, ada aku kisah? Hehehe... Laporan ni tentang apa yang berlaku lepas balik dari kelas menghias kek cawan tu. Mula-mula singgah beli kuih kat depan Abiz Mart(kedai runcit yang wujud sejak zaman kanak-kanak lagi) sebab nak ke pejabat Kak Chik + lapar. Lepas tu singgah rumah sebab Abah pesan suruh tengok surat dan aku juga nak ambil barang-barang yang tak muat masuk dalam Mrs. Kanc waktu pindah haritu. Dari kejauhan ku lihat pokok mangga nan sebatang yang ditanam oleh Abah dah makin togel. Ini tak lain tak bukan mesti kerja *********. Okey, tenang dulu. Tapi bila dah sampai depan pagar, terus hilang ketenangan bila selonggok sampah diletak di depan rumah. Haish... agak-agak la weh, memang la Tuan Rumahnya tak duduk situ tapi kawasan tu masih lagi kawasan Tuan Rumah. Cuba kalau aku longgok sampah depan rumah kau, apa perasaan? Sabar je la weh.. Waktu aku duduk situ dulu pun masih ada yang berani buang sampah merata-rata. Ah, semua pun ada akal, fikirlah sendiri. Nak bebel banyak-banyak pun bukan diorang baca blog aku ni.

Lepas dah punggah barang-barang semua, terus menuju ke bangunan LZS, tempat kerja Kak Chik. Beberapa kali pusing jugak baru dapat parking. Lepak kejap dalam tu tunggu Kak Chik habis kerja. Lepas tu, sementara nak tunggu masa 'mesyuarat' dengan Bos sampai, dok fikir nak lepak mana. Tiba-tiba terasa nak ke Jusco Bukit Raja. Maka merayap la kami dalam tu. Kebetulan ada warehouse sale pulak kat situ. Apalagi, usha la. Kak Chik terkorban duit beli baju untuk anak-anak buah. Aku pulak, cuma mampu bersabar melihat beberapa pasang ***** yang cantik dan berpatutan harganya. No money no talk okay! Dapat tengok je la kan. Kemudian tibalah masanya. Selepas bertegur sapa, kami terus ke KFC. Kata Bos nak belanja haritu kan? Moh..moh..Punya la ramai kat KFC tu. Mujur masih ada tempat kosong. Agak lama jugak menghabiskan hidangan yang bersulamkan perbualan. Sebelum bersurai, Andak menyerahkan kad jemputan perkahwinannya pada kami. Cantik..! Wangi pulak tu. Andak kata; "Ini pengantin sendiri yang bagi ni, kalau tak datang ni tak tau la." Lawak ke, serius ek? Apapun InsyaAllah kami datang bawak hadiah. Tapi takde la bawak peti sejuk. Eden tak mampu...

Perhimpunan

Pagi tadi, ada perhimpunan bulanan untuk para pelajar. Jadinya ke dewan besar lah kami tepat jam 8.30. Staf dan pengajar tak ramai hari ni. Masih ada yang berkursus dan ada juga yang cuti. Seperti biasa, kalau perhimpunan, mesti ada nyanyian lagu patriotik. Negaraku wajib ada. Diikuti lagu Wawasan 2020 dan Lagu JTM. Dua lagu ni aku memang belum hafal liriknya. Makanya cuma ikut-ikut saja. Tidak selancar aku menyanyikan lagu SKKD atau menasyidkan Ya Maahadi. Kehkehkeh..

Pehimpunan bulanan staf dan kakitangan pulak minggu lepas. Lagu-lagu tu ada jugak cuma Wawasan 2020 ditukar dengan lagu Perkhidmatan Awam. Ini pun tak hafal lagi. Agaknya bila dah nak keluar dari situ kot baru hafal. Hahaha.. Tak adalah, kena ingat jugak lagu ni untuk kemajuan diri sendiri. Boleh pulak ek. Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu JTM ni.

Peneraju Pembangun



Peneraju Pembangun

Tenaga Mahir Negara

Jabatan Tenaga Manusia

Kami Cekal Berhemah

 

Khidmat Cekal Berkualiti

Menjadi Amanat Semua

Malaysia Terus Terbilang

Di-Mata Dunia

 

C/S

Mendukung Misi Bersama

Membangun Sumber Manusia

Itulah Janji Pada Negara

Malaysia Berjaya.

 

Lagu : Othman Masri

Lirik : Ramziah Md Noor