Engagement Fund ;)

Friday, 31 December 2010

10 Minit

Salam pertemuan.. Seminggu tak menconteng di sini. Dalam beberapa minit lagi, 2010 akan menjadi sejarah kerana 2011 bakal menjelma. Secara tiba-tiba, teringat pasal pertandingan yang di buat oleh Cik Fairy Lily tentang "peranan nombor dalam hidup anda". Dah nak tarikh tutup ni. Kena taip laju-laju. Hehehe...

Sebenarnya nombor memainkan banyak peranan dalam hidup aku walaupun aku tak berapa serasi dengan nombor. Kalau melibatkan matematik yang sudah pastinya adalah NOMBOR, memang gagal. Banyak juga kisah menarik yang berlaku di sebabkan nombor ni. Memandangkan ini entri terakhir untuk tahun ini, maka aku nak coret sikit tentang pentingnya 10 minit dalam hidupku.

Bila ku imbas kembali, aku sebenarnya sangat bernasib baik dalam banyak perkara pada tahun ini. Disebalik nikmat yang diberi, aku terus-terusan berfikir kenapa Allah sering memudahkan urusan ku walaupun apa yang aku dapat tu bukanlah apa yang aku jangkakan. Ternyata disebalik semua nikmat itu, terlalu banyak hikmahnya dan aku akan terus mencari. Bermula dengan insiden berikut.

Pertama; tempat praktikal yang sangat dekat dengan rumahku di Klang. 10 minit saja dari rumah. Kalau terlambat pun masih sempat punch card pada waktunya.
Kedua; tempat kerja yang juga dekat dengan rumahku kini, Banting. Mengambil tempoh 10 minit juga untuk sampai ke destinasi.

10 minit bukanlah angka besar tapi peranannya sangat besar padaku. Dengan hanya sepuluh minit, aku dapat tiba ke destinasi yang ku tuju pada masanya. Mudah-mudahan rezeki berpihak padaku dan semoga ku dapat hadiah comel dari Cik Fairy Lili dengan entri yang ku tulis tak sampai 10 minit ni. Hehehe..Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung.

Friday, 24 December 2010

Tokojut Den..!

Di saat jari-jemari ku menaip patah-patah perkataan ini, daku masih lagi dalam keadaan terkejut dan tidak percaya. Ceritanya, seorang sahabat yang sama-sama menuntut di Hamidiah dulu menelefon ku petang tadi. Mujurlah aku perasan ada panggilan masuk sementelah kedua-dua telefon ku sakit tenat sampai yang satu tak berbunyi dah, yang satu pulak mati bila ada panggilan masuk. Waktu tu, aku sedang mencari aiskrim perasa vanila untuk dibeli di Econsave. Bila ku angkat, si pemanggil memberi salam dan terus memanggil; "sazoh.!" Ah, sudah...siapa pulak ni? Suaranya tak kenal. Main teka teki kejap, baru la si pemanggil berkata; "Hawa la ni..Hawa Dolkafle." Oh, Hawa ke? Suara dah matang + dah bertahun-tahun tak dengar suara. Terus ku tinggalkan tempat aiskrim tanpa membelinya. Hahaha...

Pelik bila dia telefon tiba-tiba. Kemudian, cepat-cepat ingat yang dia pernah cakap akan pulang ke Malaysia hujung tahun ni (sekarang la). Inilah antara inti pati perbualan antara kami;

Hawa: Sazoh, lapang tak esok?
Sazoh: Erk, tak pasti lagi. Kenapa ye?
Hawa: Macam ni, kita nak nikah esok. Jadi nak jemput datang.
Sazoh: Haaa??? Nikah? Esok? Tipulah....Ko dah ada kat Malaysia ke?
Hawa: Iye, kita nak kahwin dah. Jemput la datang.
Sazoh: Erm..InsyaAllah..Eh, biar betul ni We. Esok? 25 haribulan?
Hawa: Iyyee, esok 25 haribulan. Dari pagi sampai petang. Nikahnya pukul 11. Kalau nak tengok nikah, datang la pagi tu.
Sazoh: Nikah lepas tu terus majlis ek? Sehari je? Buat kecil-kecilan ke? Kenapa tak bagi tau awal-awal?
Hawa: Hari tu tak confirm lagi sebab nak berurusan dengan JPA semua. Ni dah confirm, baru kite bagi tau. Ha, sehari je. tapi malam ni ada kenduri doa selamat. Kalau sempat datang, boleh datang jugak.
Sazoh: Owh...
Hawa: Lepas tu nak mintak tolong, ada tak nombor kawan-kawan kita yang lain? Tak dapat nak contact la, ramai yang dah tukar nombor.
Sazoh: Ada la jugak.
Hawa: Kalau macam, tolong panjangkan jemputan ni kat diorang ye? Datang la wei, dah lama tak jumpa korang. Boleh kumpul-kumpul esok.
Sazoh: InsyaAllah, nanti kite panjangkan jemputan ni.
Hawa: Datang ye..

Anda berjaya membuat kami semua terkejut. Tahniah Hawa..! hahaha.. Mau tak terkejut? Tiba-tiba je telefon kata nak nikah esok sampai aku siap kata tipu lagi tadi + temu ramah dalam telefon. Adoyai, maaf la We, terkejut punya pasal. Cik Hawa ni sedang melanjutkan pelajaran di Mangalore, India dalam bidang perubatan dan sudah bertunang awal tahun ni kalau tak silap. Waktu balik Malaysia tempoh hari, ada ura-ura nak berjumpa sesama kami tapi tak sempat. Bila dia kata akan balik lagi hujung tahun nanti, aku ada syak jugak entah-entah nak langsung dah. Rupanya betul... Inilah pertama kali dapat jemputan bidan terjun macam ni. Memang terkejut habis. Ikut perancangan, esok nak rewang rumah makcik ku. Tapi aku datang hari Ahad je la gamaknya sebab esok nak ke Sijangkang. Jadi anda yang mengenali Hawa Dolkafle, jemputlah datang ye. Aku tolong jemput bagi pihak je. Hehehe...

Thursday, 23 December 2010

10 Ribu Setahun?

Baiklah, aku tak sanggup lagi nak menunda kerja rumah yang dah tertunda hampir 2 minggu. Seperti yang dijanjikan, ku mahu menulis tentang majlis resepsi Andak. Eceh, resepsi.... Sekali sekala guna istilah moden. Hehehe... Sehari sebelum, aku sibuk bertanya siapa yang akan datang ke majlis ini. Ramai (lebih dari seorang) yang kata akan datang dan ramai juga yang tak dapat datang. Dalam kepala dah fikir; mesti seronok kalau ramai kawan yang datang sebab dah lama tak jumpa mereka. Gembira ni... Esoknya, aku bertolak dari rumah hampir tengah hari kerana kesengalanku sendiri. Tiba di rumah Kak Chik, ahli rombongan dah berkumpul. Ada Sue, Che Pah dengan Kak Rem (bukan nama sebenar). Bila Kak Chik masuk je kereta, beliau kata Faris nak ikut sekali. Tapi tidak berkumpul di situ. Kami akan 'kutip' di Klang. Maka bermulalah perjalanan kami ke rumah Andak.

Memandangkan ini kali pertama ke rumah Andak, harus la sesat sikit. Bila aku salah jalan, yang lagi 2 kat belakang pun mengikut je. Kitorang dalam kereta dah gelak kuat-kuat sebab macam lucu pulak bila semua ikut je padahal sesat ni. Nasib baik konvoi 3 kereta. Kalau konvoi banyak kereta? Tak pasal-pasal ada kesesakan lalu lintas pulak sebab rombongan Cik Kiah sesat. Hahaha.. Lepas berpusing di kawasan perumahan bersebelahan, akhirnya jumpa jugak rumah Andak. Tahniah, anda berjaya! Hehehe... Sampai je, pengantin tengah makan. Kami pun makan la jugak. Nak tunggu pengantin habis makan mesti lambat. Jadi isi perut dulu. Sambil makan, sambil gosip. Sambil gosip, sambil mengira. Sambil mengira, sambil berbincang. Lama sungguh tak kumpul macam ni, teringat waktu kat universiti dulu. Kami jadi rapat sebab semuanya terlibat dengan Program Pidato Piala Merdeka pada tahun 2007. Faris masih lagi sengal macam dulu. Borak dengan dia, memang penat weh. Penat gelak... Nasib baik tak tersembur nasi dalam mulut. Dalam pada borak-borak, sempat pulak dia kira kos perbelanjaan kahwin dan meleret-leret sampai entah mana-mana. Siap bagi tau, zaman sekarang kalau nak kahwin paling-paling kena ada 10 ribu dalam akaun. Kalau lelaki pulak, kena ada lebih dari tu. Tu yang dia cakap nak simpan 10 ribu setahun. Selamat menyimpan ye Encik Faris. Dah penat gelak, kami cari pengantin. Nak bertegur sapa gitu. Lama jugak la kat sini. 2 jam ada kot. Agaknya kalau dah solat zohor, mau kami tolong kemas. Hehehe.. Sebelum balik, wajiblah bergambar dengan pengantin. Kenangan gitu.

 Dah nak balik pun sempat lagi bergambar.

 Rombongan Cik Kiah...Cik Kiah yang pakai tudung merah jambu..hehehe

Yang berdiri sebelah Andak itu adalah Encik Faris..

Pengantin..Andak macam tak ikhlas je pegang lapik tangan tu..

Sekian saja laporan bergambar dari saya. Lepas ni, giliran siapa? Oh ye, tahniah diucapkan kepada Sue yang bakal mengikat tali pertunangan Sabtu ini. Semoga selamat semuanya... Maaf kerana tidak dapat hadir. InsyaAllah walimahnya nanti saya datang ye Sue...

Wednesday, 22 December 2010

25 Facts About Cik Farae

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you."



Saya nak isi masa senggang (masa senggang?*berfikir*) dengan buat tag ni boleh? Dah lompat beberapa blog yang ada tag ni dan mereka kata, siapa yang baca ni kena buat. Bukanlah wajib pun. Tapi saja nak buat.

1. Dilahirkan pada tanggal 5 Julai 198_ di Klinik Damo, Klang dan membesar di sebuah kampung yang terletak dalam jajahan Kuala Langat.

2. Anak ke 3 daripada 3 orang adik-beradik.

3. Satu-satunya wanita di dalam rumah selepas emak kembali ke rahmatullah setahun yang lalu. Masih tetap bergenang air mata bila ada yang menanyakan tentang mak.

4. Banyak nama panggilan melekat selain nama sebenar. Bermula di Hamidiah, kawan-kawan panggil nama penuh kecuali Nur. Tapi selalu perasan sebab ada lagi seorang kawan nama sama jugak hinggalah masuk tingkatan 3, kami ditempatkan dalam dorm yang sama. Terbitlah nama 'Ayin' tapi cuma kawan kembar nama je yang panggil nama tu.

5. Lepas kem SOLEH, dapat nama baru. Ustazoh. Melekat nama tu sampai sekarang (tapi dipendekkan kepada "sazoh") sebab dulu cita-cita nak jadi ustazah tapi end up jadi cikgu BI. Hehehe..

6. Dah masuk U, dapat lagi nama baru yang aku guna dalam dunia blogger ni; Farae. Sebutannya bukan "fara e" tapi "fare" ('a' yang akhir tidak dibunyikan dan 'e' disebut macam 'e' dalam perkataan emak). Nama yang diilhamkan oleh Izie dan Mimynn.

7. Selepas beberapa tahun di U, berjodoh pulak dengan seorang insan bernama sama sekali lagi. Serumah dan seangkatan dalam persatuan. Bila kami berjalan bersama dan ada yang memanggil nama tanpa disertakan nama ayah, kami cuma buat pandai dan teruskan berjalan.

8. Seorang yang pendiam tapi banyak cakap dengan orang-orang yang rapat. Diam bukan bererti sombong ye tapi lebih baik mendiamkan diri daripada bercakap perkara yang tak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain.

9. Tulisan tangan aku sangatlah tak cantik sampaikan seorang teman di SKKD dulu cakap, kena banyak tulis cerpen untuk membaiki tulisan. Sampai sekarang tulisan masih tak cantik jugak walaupun telah berlatih dengan cara menulis surat kepada sahabat pena bertahun lamanya. Kesian kat mereka sebab kena baca tulisan buruk ku. Hehehe...

10. Pernah mempunyai sahabat pena sewaktu di Hamidiah dulu yang mana beliau mula mengutus surat sejak gambar kirimanku sewaktu Merentas Desa di Wetland Putrajaya tersiar di Dewan Siswa dan kerap juga berutus surat dengan seorang sahabat yang telah berpindah dari Maahad sewaktu di tingkatan 2. Rindunya nak menulis surat macam dulu-dulu. Sudah tidak berhubung lagi dengan mereka sekarang ni. Tak ingat kenapa terputus hubungan. Kena korek kotak ajaib untuk mengetahui puncanya. Ada yang nak menjadi sahabat pena saya?

11. Sangat-sangat suka memasak dan mencuba masakan baru. Tapi kalau ribut malas melanda, aktiviti itu dicampak jauh-jauh..

12. Suka menonton rancangan masakan sejak kanak-kanak lagi. Kalau dah mengadap rancangan masakan, orang lain tak boleh kacau. Semua aku sapu, Chef Wan ke, Chef Florence Tan ke, Chef Zaidah ke, mahupun Chef Ismail, belasah je. Rancangan masak antarabangsa pun disapu sekali. Suka tengok Jamie Oliver sebab dia masak main campak-campak je. Memberi motivasi kepada orang yang menonton mengenai mudahnya untuk memasak.

13. Lebih suka beli sendiri bahan-bahan masakan dan kalau membeli sayur, tidak merancang sayur apa nak dibeli. Dah sampai pasar, baru fikir menu sambil tawaf gerai penjual sayur beberapa kali. Lebih seronok sebenarnya.

14. Sangat tidak berbakat dalam ilmu tanaman dan berkaitan tumbuhan. Terus putus asa bila cuba menjaga kaktus yang sepatutnya mudah dijaga, tapi kaktus tu mati dalam jagaan.

15. Geli pada cicak sampai sanggup tak masuk tandas bila kebetulan ada cicak tanpa ekor mencicit lalu di tepi dinding bila lampu bilik air dibuka. Sebab? Sah-sah la ekor dia tertinggal kat mana-mana dalam tandas tu. Geli...Mungkin sebab pernah lenyek cicak dengan tapak kaki sampai lunyai tanpa sedar bahawa yang aku lenyek itu adalah bukan getah tapi cicak.

16. Suka menggunakan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Seiring dan sejalan katanya sebab walaupun ilmu berbahasa Inggeris banyak, masih juga perlu kuasai bahasa Melayu dengan bagus kerana itulah bahasa ibunda dan keduanya saling bergantung. Masih ingat kata-kata Abang Su suatu waktu dahulu; walaupun menceburi bidang baru, jangan abaikan bidang yang sepatutnya kita kuasai sebelum menguasai bidang baru itu.

17. Senang menyelak kamus Dewan mahupun Oxford sekiranya tak pasti dengan makna mahupun ejaan. Kenapa nak malu sebab selak kamus? Yang penting tak salah guna bahasa.

18. Sangat suka telefon bimbit jenis lipat kerana nampak lebih bergaya selain terpengaruh dengan drama Korea yang pelakonnya sering menggunakan telefon bimbit jenis lipat. Bercita-cita untuk memiliki LG Lollipop suatu hari nanti kerana setakat ini itulah telefon bimbit yang ada warna hijau dengan harga yang dalam kemampuan.

19. Hijau merupakan warna kesukaan. Kalau boleh semua benda nak cari warna hijau tapi agak-agak la weh, tak semua benda sesuai berwarna hijau.

20. Membaca merupakan salah satu hobi dan kesukaan tapi kebelakangan ini aku bukan lagi membaca tapi mengeja kerana mengambil masa berminggu lamanya untuk menghabiskan sebuah buku. Apakah?

21. Terlalu ingin bercuti ke mana-mana tempat yang damai dan menenangkan di Malaysia tanah airku. Langkawi, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands tersenarai di tempat teratas. Sedari, jom cuti-cuti Malaysia.

22. Tidak mempunyai keberanian dan pengetahuan untuk menggunakan pengangkutan awam. Mula menggunakan pengangkutan awam ketika berada di universiti dan mesti berteman. Tapi tidak mengapa kalau diberi sebuah kereta untuk ke mana-mana lokasi yang tidak pernah dijejak. Lebih rela memberanikan diri memandu daripada menaiki kenderaan awam dengan senarai nombor bas yang perlu dinaiki atau nama-nama stesen komuter yang perlu dijejak untuk sampai ke satu-satu lokasi.

23. Mempunyai lesen motorsikal yang sah tapi tak pernah menunggang motorsikal di jalan-jalan utama. Penakut punya pasal! Setakat merayau dan merayap di kawasan kampung saja.

24. Berazam untuk menjadikan diri ini lebih baik dari sebelum ini berpandukan senarai semak di sini. Azam ni boleh juga diumpamakan macam kereta. Lepas enjinnya dihidupkan, kena masuk gear supaya kereta bergerak. Jadi, lepas berazam, kena cari cara untuk menjadikan azam itu satu kenyataan.

25. Berharap agar dapat menunaikan janji yang dibuat dengan orang-orang terdekat secepat mungkin. Menanti masa yang sesuai. Baru saja berjaya mengotakan janji pada Kak Chik yang dibuat beberapa tahun lepas kerana kekangan masa. Masing-masing sibuk nak melawat tanah jajahan sampai tak ada masa nak buang masa. Eh, kenapa saya buat janji tu dengan awak ek? Lupa dah. Hahaha... Teruk betul

Itulah dia fakta pelbagai tentang Tuan Tanah. Tak nak la tag siapa-siapa. Siapa rasa nak buat, silakan. Tapi teringin nak tahu dengan lebih terperinci tentang mereka yang tersenarai di bahagian Pieces of Me. Anda tahu siapa anda...

Malaun

Apa khabar orang kampung? Lama tak conteng-conteng kat sini. Kalau waktu praktikal dulu, bila aku jarang-jarang bercerita tentang kehidupan sebagai seorang guru di sekolah atau asyik letak gambar makanan, ada yang akan bersuara; "Akak, saya nak baca pasal budak-budak tu. Kenapa akak letak banyak gambar makanan?" Ngehngehngeh...Hai orang tu! Jangan marah ha, akak tak letak nama kali ni. Sebenarnya, aku tak harap orang jadi kipas-susah-mati blog ni. Cuma kalau ada yang membaca, tinggallah jejak. Kot-kot anda juga ada blog, boleh kita main terjah-menerjah. Kunjungan balas gitu. Aku pun suka jugak baca blog orang lain. Sangat banyak sampaikan tak tersenarai di sini. Kehidupan adalah novel yang tidak ditulis bak kata Kak Chik dan kita dapat belajar banyak benda daripada kehidupan.

Aku pun tak faham kenapa aku susah nak cari masa untuk mengemaskini blog ni macam bulan-bulan sebelum ini. Mungkinkah kerana sudah disampuk slot Best of The East di 8TV? Hurrmmm...*berfikir* Baik, berbalik kepada tajuk. Beberapa hari lepas, aku mengalami gangguan panggilan-rindu daripada nombor yang tidak dikenali. Apa kes? Dah telefon tapi bila diangkat ko letak pulak? Dah lama tak kena. Dulu pernah la jugak kena waktu kat U dan semua nombor tu aku simpan dengan nama Sengal atau Samdol. Hambik..! Siapa suruh kacau orang? Dari Sengal 1 hingga Sengal 9, semua ada. Sebab Sengal dan Samdol dah penuh, yang kali ni aku letak Malaun pulak. Ha, kacau orang lagi. Tak pasal-pasal kena panggil Malaun. Jadi kawan-kawan yang bertukar nombor baru dan berniat dan kacau-kacau, lupakanlah atau anda akan mengisi tempat Malaun 2 dan seterusnya. Mahu?

Sumber: Pakcik Google

10 Tabiat Merosakkan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi

    * Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

    * Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

    * Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

    * Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

    * Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

    * Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

    * Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

    * Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi

    * Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

    * Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Friday, 17 December 2010

Sibuk Ke?

Berjaya meluangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu di Atas Nama Cinta. Rasa macam penat je minggu ni dan malas dah nak bukak laptop bila dah sampai rumah. Nak merepek pasal kenduri Andak pun belum sempat lagi. Sepanjang minggu ni agak-agak sibuk jugak menyiapkan kerja yang bertarikh akhir 31 Disember ni, mengawas peperiksaan, dan menanda kertas peperiksaan akhir mereka. Budak-budak semua dah selamat pulang ke rumah. Cutilah kamu ye 3 minggu ni. Jangan lupa datang balik 10 Januari nanti.

Selalunya, aku yang jadi calon. Kali ni jadi pengawas pulak. Cuma peperiksaan subjek umum je yang dijalankan di Dewan Besar. Peperiksaan subjek teras semuanya dikendalikan di Bengkel masing-masing. Tugas mengawas sebenarnya cuma sehari iaitu Rabu memandangkan hari tersebut adalah subjek Bahasa Inggeris. Tapi Encik Raihan minta bantuan untuk menggantikan tempat beliau pada hari Selasa kerana beliau terlibat dengan 3P. Setakat jalan-jalan, ushar-ushar, dan ngantuk-ngantuk je dalam Dewan Besar tu. Hahaha... Ngantuk rupanya ye jaga periksa ni. Kebetulan aku jaga tu waktu subjek Pendidikan Moral sekali dengan Pendidikan Islam, bila jalan je, ramai pulak yang nak tanya. Tanya soalan tak faham, tak apa jugak. Ini tanya jawapan. Cet, hape lah kamu ni. Mentang-mentang saya bertudung labuh, ingat saya ustazah ke? Walaupun aku tau jawapannya, tidak ku berikan pada mereka. Ketua Pengawas tu dah jeling-jeling je sebab ramai sangat yang angkat tangan waktu aku jalan. Takut gak kan. Dah la Ketua Pengawas tu bukan dari sini. Kot-kot dia jenis yang skema tahap gaban, habis dia suruh Pengawas Peperiksaan pulak keluar. Haru jadinya. Hahahaha...

Teringat waktu periksa dekat UNISEL dulu. Datang-datang je kena tengok kat pintu dewan, nombor tempat duduk untuk subjek dan kelas kita. Pastikan warna kertas jawapan kita apa dan kemudian berasak-asak depan pintu dewan tu sebelum dipanggil masuk. Bila dah boleh masuk, berebut pulak nak tempat duduk yang selesa. Kalau kat Dewan Besar, dulu-dulu tak semua guna meja, yang bahagian belakang guna kerusi yang ada meja tu. Kurang selesa la sikit kan sebab meja tak besar. Lepas tu, kena isi slip kedatangan sebab Pengawas Peperiksaan akan kutip sebaik saja periksa bermula. Paling penting sekali, kena pastikan kad pengenalan, kad matriks dengan slip peperiksaan ada kat atas meja tu. Kalau tak, balik tido jelah. Di sini, mereka tak dibenarkan memakai jaket sewaktu peperiksaan. Mungkin ada kes meniru agaknya. Tapi di UNISEL, alamat bekulah ko kat tempat duduk tu kalau tak bawak jaket masuk dewan. Sejuk sungguh...! Kalau nasib kena jawab periksa dekat Dewan PKP atau IPIS, lagi la haru kuasa dua. Berpanas kat dalam tu. Tapi semua tu dah tinggal kenangan je. Kenangan yang boleh buat aku senyum sendiri bila teringat peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari peperiksaan.

Hari Rabunya, barulah tugas sebenar. Pertama kalinya aku datang awal dari biasa. Eh, kedua kali. Kali pertama waktu mula-mula masuk dulu. Hehehe... Kena la datang awal, nak edar kertas soalan. Soalan untuk budak-budak Semester 1 sangat la mudahnya. Tapi aku berdebar jugak sebab kalau senang, mereka akan cuai. Raj cakap; "I jaga budak U, U jaga budak I." Tapi akhirnya tak jugak sebab dia asyik jalan kat kawasan budak-budak dia. Tak apalah, sama je pun. Pantang aku buat rondaan, semua nak tanya. Yang mana tanya jawapan tu, aku bagi senyuman je. Banyak cantik? Buat sendiri...

Petangnya baru giliran Semester 2. Bila tengok soalan, aku jadi tambah risau. Agak susah soalannya. Tengok masing-masing pun termenung je. Maaf la ye, memang tak dapat nak tolong. Ada sesetengah soalan yang tak terdapat dalam silibus macam Idioms. Banyak pulak soalan berkaitan Idioms tu. Tengok soalan-soalan sem lepas-lepas, tak banyak sangat soalan Idioms. InsyaAllah semester depan kena selit jugak Idioms yang selalu digunakan walaupun tak ada dalam silibus. Bila kertas dah dikumpulkan, masing-masing mengeluh jugak. Tak apa, mana yang saya boleh tolong, saya tolong. Habis je periksa, jumpa diorang kejap sebab dah janji nak bagi sesuatu untuk yang berjaya mendapatkan banyak markah bagi Pengucapan Awam. Sebab tak tahu nak beli hadiah apa, aku beli je coklat untuk diorang. Senang tak payah nak balut cantik-cantik sebab akak tu dah letak dalam kotak cantik dan ikat riben sekali.
 Lebih kurang macam ni rupanya.Tapi aku punya ada 3 bentuk, 4 segi, hati dan ros.Bila akak tu tanya nak warna apa, aku kata tak kisah. Sekali semua warna jambu daaa. Nasib la ye mana-mana budak lelaki yang dapat coklat warna merah jambu tu.

Friday, 10 December 2010

Pada Suatu Petang....

Pada suatu petang, seorang budak sedang bersiap-siap untuk memulakan semula kerjanya selepas kembali dari waktu rehat, tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Tertera perkataan 'Pos Laju' pada skrin dan terjadilah perbualan di bawah;

Pakcik Pos Laju: Assalamualaikum...ini dari Pos Laju la.
Budak: Waalaikumussalam...haaa,ye.
Pakcik Pos Laju: Omah kue nang ndi yo? Seng eneng pokok randu yo?
Budak: Ermm..a'ah, seng eneng pokok randu.
Pakcik Pos Laju: Kuwi lah, wes suwi orak tekan, mbok si salah umah. Mau tengah hari wes tekan, tapi orak eneng wong. Angger eneng, wes di kek ke.
Budak: Oh..ha..
Pakcik Pos Laju: Angger sempet, nyong mareng meneng iki sore. Angger orak, yo ngesok wae.
Budak: Yo keneng.
Pakcik Pos Laju: Ok, terima kasih. Assalamualaikum..
Budak: Waalaikumussalam..

Tu dia, Pakcik Pos Laju cakap Jawa. Hehehe... Perkara yang dapat dibongkar daripada perbualan di atas:
1. Pakcik Pos Laju tersebut adalah seorang Jawa dan budak itu juga.
2. Nampak sangat Pakcik ni selalu kena hantar barang ke rumah budak ni sampai si budak dah simpan nombor Pakcik dalam telefon dia.
3. Pakcik ni kuat ingatan. Bagus...bagus..sebab si budak ni memang gagal dalam hal-hal tunjuk arah.

Lagi, kalau ada yang nak membongkar, boleh bongkar di ruangan komen. Erk, kejap.. Anda fahamkah butir bicara Pakcik dan Budak? Buat-buat faham lah ye. Hehehe... Kalau anda perasan, Budak tu membalas sepatah-sepatah. Tak padan dengan apa yang Pakcik tu cakap panjang berjela. Sebab?? Budak tu blurrr nak balas dengan apa. Itulah dia padahnya bila jarang-jarang cakap Jawa. Kan, dah lupa. Jadi, ada sesiapa nak berkomunikasi menggunakan bahasa Jawa dengan si Budak? Supaya lain kali kalau Pakcik tu telefon, boleh la si Budak tunjuk skill. Ahaks..

Wednesday, 8 December 2010

Duduk Diam-Diam Sana!

Assalamualaikum w.b.t... Selepas bercuti sehari, rasa macam tiba-tiba nak hari Jumaat dah. Cepat betul masa berjalan. Dan tadi akhirnya, dapat 'surat cinta' ketiga dan mesej PENTING kedua untuk bulan ni. Alhamdulillah, rezeki... Hari ini juga berjaya melabur duit di Tupperware. Hish, pantang betul. Pantang tengok! Nasib baik dapat harga ahli. Kira murah la jugak. Bila aku fikir-fikir balik, aku lebih kurang sama dengan arwah mak; suka Tupperware. Gedik nak beli sebab tengok warna dia cantik dan menarik. Gunanya, entah bila. Padahal kat rumah ni dah bersepah-sepah Tupperware. Takpe, benda tak basi. Hahaha..

Hari Ahad lepas, selamat mengukur Jusco Bukit Tinggi dengan Kak Chik. Tapi tak puas ukur pun sebab pergi lambat. Kesian Kak Chik, penat-penat balik program, kena 'paksa' ukur Jusco + paksa makan Pizza. Dekat sana pun aku berjaya meleburkan sejumlah duit. Memang pakar sungguh bab-bab melebur ni. Bahaya..bahaya..Itu pun nasib baik Kak Chik tahan aku daripada membeli secara berlebihan. Kalau tak, pergi kerja jalan kaki la gamaknya. Tak sanggup den! Walau bagaimanapun, terima kasih kepada Kak Chik kerana sudi mengukur jalan bersama saya. Tapi hutang yang tertunggak dari tahun bila entah, masih belum berjaya dibayar. Sedari, Ahad ni ek. Kita ukur Plaza Shah Alam. Eh, nak pergi mengukur lagi?

Jadinya, sekarang ni TAK BOLEH keluar mengukur pusat membeli belah, TAK BOLEH bukak laman web yang menjual barang, TAK BOLEH buat senarai nak-kena-beli. Gi duduk sana diam-diam...! Benda terakhir yang patut dibeli adalah external hard disk sebelum nak mula merawat Permataku ni. Aku tahu, sesuatu yang buruk bakal berlaku bila dia kejap-kejap bengong. Sebagai langkah berjaga-jaga, kena buat salinan semula semua fail yang ada. Takut-takut jadi macam peristiwa ni. Serius, menangis tak berlagu dibuatnya. Tapi, apa pasal nak kena beli external hard disk baru pulak? Sebab Permataku ni laptop zaman batu yang kapasiti cakera kerasnya tak segah laptop zaman sekarang. Eh, walaupun laptop zaman batu, Permataku tetap hebat tau!

Monday, 6 December 2010

Silih Berganti


Salam pertemuan. Dalam masa beberapa jam lagi, 1431 akan digantikan dengan angka baru. Bila tahun bertukar, maka umur juga bertambah. Bagaimana dengan amalan kita? Bertambah atau berkurang? Muhasabah amalan ni, bukan waktu tahun nak bertukar je, hari-hari pun kena buat. Sejak menjadi seorang Blogger, aku suka menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain yang pelbagai. Dalam seronok menjelajah, aku terjumpa satu blog yang memaparkan senarai semak untuk diri sendiri buat dan ingat setiap hari. Menarik dan tertarik. Senarai itulah sebenarnya yang diterapkan waktu aku duduk di Hamidiah dulu. Indahnya zaman persekolahan, ramai yang mengingatkan bila alpa. Aku sertakan senarai semak yang buat aku tersentak...
Senarai Semak untuk Saya dan Anda Semua...

# ~ Menutup aurat sepenuhnya
# ~ Beristighfar apabila buat benda lagho
# ~ Bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah
# ~ Membaca al-Mulk dan witir sebelum lena
# ~ Mendoakan orang lain
# ~ Memaafkan kesalahan orang lain
# ~ Membaca Al Ma'tsurat selepas subuh dan asar
# ~ Membaca dan menghayati al-Quran setiap hari
# ~ Taat pada suami & ibu bapa
# ~ Bersabar mendidik anak
# ~ Mengingati mati sekerap mungkin
# ~ Merasa diri hina dan buruk dihadapanNYA
# ~ Berfikir tentang kekuasaan Allah
# ~ Bangun qiam sekurang-kurangnya seminggu sekali
# ~ Berpuasa 8 kali sebulan
# ~ Solat 5 waktu di awal masa
# ~Berfikiran positif dan gembirakan diri dan orang lain
# ~Berbaik sangka, jauhi berduka & akui kelemahan diri
# ~Berusaha memperbaiki diri
# ~Jaga makan, minum dan lakukan senaman
# ~Jaga mata, lidah dan hati
# ~Jaga pergaulan
# ~Senyum selalu & gembirakan orang sekeliling

Senarai semak yang mungkin nampak ringan, tapi semua yang disenaraikan itu adalah apa yang patut kita lakukan setiap hari. Aku tak tambah dan kurangkan senarainya langsung, sama seperti yang tertera di blog Kitchen Colours.  Semoga tahun baru yang bakal menjelma, dipenuhi hari-harinya dengan perkara yang tersenarai diatas. Selamat menghadapi hari baru dengan semangat baru. Jangan lambat-lambat hari ni, bersedia di atas sejadah seawal 6.30 petang untuk doa akhir tahun dan doa awal tahun. 

Saturday, 4 December 2010

Good Luck!



Wishing all the best to my students in their final exam. 

Do the best and let Allah take care the rest...

Wednesday, 1 December 2010

Hadiah Untuk Pengantin

Salam pertukaran bulan. Hari ini dah pun masuk ke bulan baru yang juga merupakan bulan terakhir di tahun 2010 ni. Kerja untuk hari ni, adalah menyambung penterjemahan modul. Bila agak-agak otak pun beku, aku menebeng kat sini kasi dia cair balik. Hahaha... Alasan ah ko. Okey, berbalik pada tajuk. Hadiah untuk pengantin. Terasa nak buat entri pasal ni sebab:
  1. Terbaca tentangnya di sini.
  2. Aku akan menghadiri banyak majlis perkahwinan selepas ini.
Selalunya, kalau yang berkahwin tu adalah kenalan rapat, aku lebih suka nak bagi hadiah, bukan salam kaut bak kata Andak. Kenapa ye? Mungkin sebab...entah. Masing-masing ada sebab masing-masing. Ini antara cadangan barang-barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah pada pendapat akulah ye.

Buku - Ini mungkin jarang orang buat. Tapi tak tahulah kalau sekarang dah ramai yang buat. Macam yang aku baca dalam novel Lantera Mustika, Dr. Mustika lebih cenderung sekiranya buku dijadikan hadiah kerana buku memberi ilmu baru kepada yang membacanya. Mungkin anda boleh beri buku yang mungkin jadi kegemaran si pengantin atau buku-buku tentang ilmu rumahtangga. Buku masak pun boleh jugak. Lebih bermakna bila yang menerima hadiah tu suka memasak. Dia boleh merujuk pada buku yang diberi untuk menyediakan menu setiap hari. Kalau hari-hari buat telur teplok masak kicap atau ikan goreng berlada, boleh muntah dibuatnya. Hahaha...jawa pulak. Telur teplok ni macam telur mata la. Dipanggil teplok sebab dipecahkan telur sebiji demi sebiji dalam kuah kicap yang mendidih dan tunggulah dia masak. Kalau dapat buku-buku tulisan Jamie Oliver, masyuk gak ni. Ahaks....
 Buku yang mahal dan susah nak dapat


Perkakas rumah - Ini pun paling biasa orang buat. Dari peralatan elektrik hinggalah perkakas dapur. Hadiah biasa macam seterika, periuk nasi, cerek elektrik, set pinggan mangkuk dan lain-lain. Bagi ini boleh, tapi kadang-kadang ada 2 ke 3 hadiah sama. Betul tak pengantin? Jadi, kalau tak nak sama dengan orang lain, bagilah benda-benda pelik macam pinggan Corelle atau mesin pengadun Kenwood. Hahaha..demand kau ye nak benda-benda mahal.
 Set pinggan Corelle dengan corak terbaru yang berharga paling murah RM360 satu set

Cadar - Pasti akan digunakan kalau bagi cadar ni. Mana ada orang tidur atas tilam tak bercadar? Tilam bayi pun bercadar tahu. Satu perkara yang bagus adalah cadar ni tahan lama. Buktinya, cadar yang diberikan sebagai hadiah perkahwinan abah dan mak dulu, masih elok keadaannya hingga kini. Rasanya cadar ni mahal harganya sebab mesti nak bagi yang berkualiti kan kat orang? Jadi, bolehlah kongsi-kongsi dengan kawan-kawan lain.
Dapat cari cadar yang dah siap bungkus dengan reben, lagi sonang


Tuala - Kalau yang ini, nak bagi sampai 2 helai pun mampu rasanya. Murah je kan. Kadang-kadang dekat pusat membeli-belah, ada yang dijual dengan sulaman ucapan Selamat Pengantin Baru. Boleh juga beli yang itu. Haruslah digunakan kalau dapat hadiah ni. Korang mesti mandi kan hari-hari? Sah-sah la nak guna tuala untuk keringkan badan.
 Macam-macam warna ada!

Hamper makanan- Rasanya takkan ada yang menolak kalau diberi makanan percuma, apatah lagi dijadikan hadiah. Makanan boleh juga dijadikan alternatif untuk hadiah. Zaman sekarang ni, ramai orang yang tak akan menolak bila dihadapkan dengan kek cawan yang dihias dengan cantik dan menarik. Rasa geram je nak makan kan. Selain daripada kek cawan, anda boleh juga bagi coklat yang digubah menjadi hamper atau dibungkus dengan bungkusan yang menarik. Tak payah susah-susah cari di kedai. Boleh saja beli dalam talian, macam yang aku selalu buat. Caranya? Pergilah ke blog peniaga, lihat produk yang ditawarkan, runding harga dan cara penghantaran, bayar dan tunggulah produk tu sampai. Contoh-contoh blog yang menawarkan produk tersebut ada disenaraikan sedikit di bahagian Cute and Adorable dalam blog ini.
 Antara pembungkusan coklat yang ditawarkan di Gorgeous Homemade Chocolate

 Kek cawan yang dihias comel di Anissya Cakes

Itulah saja pendapat yang terlintas di otak ni. Mungkin ada lagi barang lain yang anda rasa sesuai dijadikan hadiah. Ada yang nak kongsi, boleh saja tambah di ruangan komen. Peringatan: tulisan ini 'tiada kena mengena' dengan kehendak penulis. Kehkehkeh.... Marilah sambung buat kerja ye.