Engagement Fund ;)

Thursday, 17 February 2011

Epal Besar

*Entri tertunggak tulis malam tadi, baru letak hari ini*

Selepas sebulan lebih aku tak merayap saja-saja, semalam redah juga jalan Klang-Banting semata-mata nak ke Jusco Bukit Tinggi disebabkan teringin nak makan sushi dengan donat Big Apple. Boleh? Pergi sana semata-mata dua benda tu. Nasib baik duduk Banting, kalau duduk dekat Klang, boleh muflis dibuatnya. Habih, dah jarak rumah dengan tempat kejadian cuma sekangkang kera. Asal rasa nak makan je, boleh pecut ke tempat kejadian. Mau tak pokai kalau tiap minggu buang tebiat? Hahaha... Mujurlah...

Sehari sebelum tu, tanya Kak Chik kalau-kalau dia lapang. Boleh jugak ukur jalan sama-sama. YB dah lama tak turun kawasan sama-sama, mesti ada perubahan punyalah pada kawasan jajahan. Sekali beliau dah janji dengan orang lain. Maka perancangan dibatalkan. Itu yang aku buang tebiat sendiri dekat Jusco. Sanggup kalau kena pergi sorang pun. Tapi pada saat-saat kecederaan, Abang Paiz nak ikut pulak... Terpaksalah bertolak lewat sikit. Sakit jiwa oh naik kereta dengan dia kalau aku yang memandu. Nasib baik aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. Tahu kenapa dia nak ikut? Ada udang di sebalik mee gamaknya. Dah, ikut dia ukur Harvey Norman tu pulak demi kerana tetikus tanpa wayar. Ko tiru aku ni Bang, aku beli tetikus kat Harvey Norman, ko pun sibuk jugak nak beli kat Harvey Norman. Aku beli cap Microsoft, ko pun nak jugak. Apa kes? *ada unsur-unsur dengki di situ* hahaha...

2 kali masuk gak Harvey Norman tu konon-konon nak banding harga dengan kedai lain. Makanya, waktu beliau membandingkan harga tetikus tanpa wayar tu, aku pergi Big Apple Donuts & Coffee. Tak ada orang langsung yang beratur nak pilih donat. Bahagia aku memilih. Soalan terkumpul, berapakah bilangan donat yang dibeli oleh aku? Tengok, nafsu punya pasal, aku borong setalam bak kata Makcik Rehan. Sebelum nak borong setalam ni, sempat pulak aku kira harga seketul untuk kotak kecik dengan talam. Haruslah beli banyak lagi murah sikit kan. Sudahnya, ada lagi baki dalam peti ais nun.

Lepas beli tetikus tanpa wayar tu, terus la turun cari sushi. Singgah kejap kat La Boheme. Beli tat telur dengan roti-roti yan ada kat situ. Saya yang menurut perintah, hanya mengambil apa yang diarahkan oleh tukang bayar. Tat telur dia sedap rupanya. Dulu waktu praktikal aku selalu beli tat telur murah yang besar dan sedap dekat bakeri Melayu berdekatan Mc Donalds Sri Andalas. Lupa pulak nama dia. Murah weh, sehengget seketul. Itu yang berat bertambah-tambah bila keluar praktikal. Dah borong sushi, callo balik rumah. Lepas ni tunggu lama sikit baru makan balik benda-benda ni. Hehehe...

Hari ni tak tau nak masak apa. Memikirkan sayur banyak dalam peti tu, maka aku tak beli makanan masak dekat pasar tadi. Masalahnya, apasal dah dua kali aku goreng mee, dua-dua kali masin ek? Musykil betul. Kicapnya yang masinkah atau cili giling segeranya yang masin? Tak taruk garam langsung pun sebab aku tau cili giling segera tu agak masin. Kuantiti cili dah kurang pun, masih masin lagi. Lepas ni kena rajinkan diri buat stok cili giling sendiri.

Eh, lagi satu perkara pelik tapi benar yang berlaku malam tadi. Donat ni sedap dimakan bersama kopi panas. Maka, aku bancuh la Radix satu mug malam tadi sambil makan donat tu. Memang masyuk... Murah dan sedap nak dibandingkan kopi Big Apple yang mahal tu. (Ifdal, lenkali kalau makan donat Big Apple bawak bekal kopi Radix siap-siap, jimat banyak..hehehe) Sebab memang sifat semulajadi Abang membuli si Adik, maka setengah mug Radix aku hilang ditelan si Abang. Aku yang tak puas hati, pegi bancuh lagi sepeket. Kesannya?? Tak tidur sampai ke pagi kau! Dahsyat betul. Taubat tak nak minum Radix malam-malam dah. Mujurlah siang tadi tak sakit kepala. Satu kelebihan Radix, walaupun anda tidak tidur akibat minum Radix, anda tidak akan sakit kepala keesokan harinya. Waktu pergi PBC dulu dia ada bagi tau sebabnya. Tapi dah lupa. Okeh, itu saja laporan berita hari Selasa lepas. Oh, jawapan soalan kuiz terkumpul...............
 Sila kira sendiri ye ada berapa ketul. Eh, tapi kan Duren Duren tu dah tak ada duri kat luar dia. Dulu macam ada duri-duri sikit kat permukaan donat tu. Kurang masyuk jadinya...Kehkehkeh... Sebenarnya ada dua entri yang berciri-ciri ilmiah nak letak. Kejap lagi la ye. Nak tambah tolak mana-mana yang patut. Better late than never bak kata orang Jawa. :)

No comments: