Engagement Fund ;)

Monday, 21 February 2011

Mengidam Ke?

Tarikh Kejadian: 5 Februari 2011
Tempat Kejadian: Restoran Q Thai, Nilai

Dah nak habis bulan 2 baru aku terhegeh-hegeh tulis. Tak ada masalah, better late than never okay. Tag line baru ATN. Hahaha... Okeh, sempena hari lahir Abah dan Abang Paiz dapat gaji awal daripada adik dia + bonus Tahun Baru Cina, dia ajak makan kat luar nak sambut hari jadi Abah kononnya. Dia mesej aku masa aku dalam perjalanan pulang dari King's selepas membeli kek. Kemestian aku adalah kena ada kek untuk meraikan hari jadi. Selalu aku tempah kek dari Kak Ana. Tapi tahun ni macam ye tak ye aje, tu yang beli kek siap kat King's. Kenapa kat King's? Sebab aku nak cari kek yang tidak akan dikomen oleh Abah. Hehehe... Abah kureng sikit bab-bab kek berkrim ni. Mula-mula aku nak masak yang luar biasa je kat rumah. Bila orang ajak makan, maka saya yang menurut perintah gamaknya. Dah dia ajak makan, dia tanya aku kat mana yang best. Aku kata tempat ni, dia tak nak. Akhirnya dia kata nak makan steamboat. Dari haritu lagi dia dok cakap nak makan steamboat.

Kalau dulu, kami callo ke Restoran Nelayan Bangi. Steamboat yang murah dan best. Tapi sekarang dah tutup. Menggagau carik. Siap Google bagai. Mula-mula tanya kat Red Wok. Tutup pulak dah. Google lagi dan bukak forum kat Facebook. Semua ni Abang aku yang buat sebab dia yang mengidam. Hahaha... Akhirnya ada kawan dia bagi cadangan Restoran Q Thai kat Nilai. Konsepnya adalah tempat yang senang nak pergi biarpun jauh dari tempat kediaman. Maka aku yang kena telefon restoran tu tanya bukak ke tak dan tempah tempat sekali. Apasal aku pulak? Sebab dia kata dia dah cari. Gasak ko lah Bang. Ini nombor telefon Restoran Q Thai Nilai: 06 7999569. Senang nak cari tempatnya. Satu kawasan dengan Pasaraya Giant. Dekat situ jugak ada banyak lagi restoran 'pelik' yang tidak terdapat di Banting. Hehehe... Nak tau restoran apa, pergilah terjah sana.


Sampai-sampai je, penuh restoran tu. Nasib baik dah tempah meja tadi. Sebab baru pertama kali datang, agak termangu-mangu jugak mulanya. Tapi konsepnya macam restoran lain jugak. Duduk di meja dan pelayan akan datang ambil pesanan. Kalau tak tahu nak makan apa, pelayan tu boleh tolong syorkan. Kat sini ada dua kategori; buffet steamboat dan a la carte. Tempat makan pun terbahagi dua. Yang penuh sesak tentulah di bahagian buffet steamboat. Buffet steamboat pun terbahagi kepada dua; steamboat dan steamboat + grilled. Tak ingat nama spesifik dia. Mula-mula nak makan steamboat je. Bila nampak yang ada panggang-panggang ni, terus aku hasut Abang aku ambik yang panggang-panggang tu. Barulah Korea! Hahaha... Masa nilah nak kopak Pakcik Engineer Mesin ni. Muahahaha *gelak jahat* Harganya tak jauh beza. Steamboat saja RM 22 +. Steamboat + grilled pulak RM 27 +. Mari layan gambar yang sempat diambil.

Sebelum makan, pergi ukur tinggi dulu. Kot-kot ketinggian tak mencukupi, dapat la makan percuma. Hehehe... Sila baca juga amaran di atas tu. SILA JANGAN MEMBAZIR! SETIAP 100 GRAM PEMBAZIRAN YANG BERLAKU AKAN DIKENAKAN CAJ SEBANYAK RM10. Jangan main-main, waktu kita pergi kaunter nak bayar tu akan ada pelayan pergi ke meja kita dan godek-godek periuk steamboat tu dan bawak keluar semua khazanah yang tertinggal.

Ini periuknya. Kecik sikit untuk merebus khazanah sebab kena bahagi dua dengan pemanggang tu. Kalau ambik steamboat saja, periuk dia besar.

 Ini muka orang-orang kelaparan.

 Sesudah... Waktu ni dah lengang sebab dah malam kot.

 Ini tempat makanan masak. Ada la nasi goreng dengan lauk pauk sikit serta kuih muih untuk cuci mulut katanya. Sebelah dia tu tong aiskrim dan buah-buahan untuk rojak buah. Tempat aiskrim tu memang tak pernah tak ada orang. Selagi aiskrim yang sedap tak habis, selagi tu orang pergi balik kaut aiskrim.

 Sila abaikan periuk tu. Aku ambik gambar ni dari tempat duduk je. Segan nak ke sana sebab dah tak orang. Hehehe... Nampak bakul-bakul tu? Segala jenis mee dan sayur-sayur ada kat bahagian tu. Pilih je mana yang berkenan. Sederet dengan tu jugak ada bahagian untuk sambal-sambal pencicah, bawang putih cincang dan cili padi potong. Makna kata, korang boleh masak mee sup dekat meja makan tu.

Dekat dalam peti sejuk besar tu, terdapat segala jenis bebola. Macam-macam bentuk dan warna. Pilih mana yang berkenan. Ada 3 ke 4 peti sejuk besar tu. Satu peti pulak berisi makanan laut serta isi ayam dan hirisan daging yang diperap untuk dipanggang. 

Bagi aku, okeylah restoran ni untuk steamboatnya. Tapi Abah lagi suka Nelayan sebab kat Nelayan ada nasi putih dan pelbagai pilihan lauk. Kalau hantu steamboat, datang sini memang muntah la makan segala jenis makanan yang ada tu. Teringin nak makan? Telefon dulu sebelum datang untuk buat tempahan.

2 comments:

M!$$ LaVeNdeR said...

sazoh..sdapnye steambot tuhhh..dah lame x mkn ~ nyum3~!!!
last mkn tyme form 5 dulu..tyme jamuan PPS kat restoran nelayan bangi ,yg femes tyme skola dlu..hihi~

farae al-farafisya said...

chik, memang sodap..
tapi kena makan dgn penuh adab sebab kalau makan laju2 akan rasa muak...
bila dah muak, perut rasa sendat..
bila sendat, tak dpt nak rasa semua..
hehehe...
nelayan bangi dah tutup...
sedey...