Engagement Fund ;)

Tuesday, 1 February 2011

Sebuah Kehilangan

Sabtu, 29 Januari 2011, seorang lagi ahli keluargaku pergi buat selamanya. Beliau merupakan nenek saudara belah keluarga emak. Tak silap, adik arwah atuk. Terkejut juga bila mendapat berita memandangkan beliau tidak ada penyakit kritikal. Kebetulan sepanjang tengah hari, hujan turun tanpa henti. Lepas hujan reda, baru berpeluang pergi layat (ziarah jenazah). Bila dah berjumpa dengan menantu Mbah Mainah, barulah ku tahu puncanya. Terjatuh di bilik air malam sebelumnya. Ajal maut di tangan Allah. Apa pun sebab kematian, semuanya ditentukan olehNya. Al-fatihah untuk Mbah Mutmainah Binti Abd Rashid. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Juga Al-fatihah untuk abang kepada salah seorang sahabat di UNISEL dulu, Encik Presiden yang pergi buat selamanya akibat leukimia. Betul, setiap yang hidup akan mati suatu hari nanti. Kita bukan siapa-siapa melainkan hanya dipinjamkan ke dunia. Sampai masa, Allah akan ambil semula apa yang dipinjamkan.

No comments: