Engagement Fund ;)

Thursday, 10 February 2011

Tenung Skrin Sampai Tembus

Sungguh, lama tak tulis sesuatu di sini. Bila tak menghadap, banyak pulak idea nak menulis. Tapi bila dihadap, idea tu semua terjun lombong. Kepala tengah berdenyut-denyut ni. Pelik sikit sakit kepala kali ni, dia datang dan pergi dari minggu lepas lagi. Selalu, rasanya 2 ke 3 hari je. Ke aku dah lupa sebab dah agak lama tak kena? Nak pergi klinik tak? Memang dah lama sungguh tak jumpa doktor tentang penyakit yang satu ni sebab nanti dia bagi ubat. Kalau bagi ubat, kena makan bila sakit tu menyerang. Lepas tu nanti bila sakit lagi dan makan ubat, tak jadi apa-apa sebab dah kebal dengan ubat. Boleh tak fikir macam tu? Hehehe.. Jadi jangan tanya kenapa kalau aku duduk diam daripada biasa sambil tongkat kepala dan tenung skrin laptop sampai tembus. Tu memang tengah tahan sakit la tu. Kat hostel dulu, memang aku terbongkang je bila dia datang. Tidur yang macam tak tidur sebab kepala berdenyut-denyut.

Tengok, sekali menaip je dah membebel kat sini. Banyak entri tertunggak sebenarnya ni. Nanti la bila rajin aku letak ye. Apapun, terima kasih kepada pengikut baru ATN, Madam Lala. Ceria blog Madam Lala ni, merah gitu. Bila cuti lama, ada sikit malas nak masuk pejabat. Kekeke... Isnin lepas la tu. Baju pun baru terhegeh-hegeh nak gosok pagi tu. Tapi pagi tadi aku datang awal sikit. Sebab semangat nak masuk kelas. Tapi sudah terkedepan pulak dengan budak-budak sem 2 ni. Patut ada lagi 2 kali kelas untuk topik ni. Tapi dah habis ajar. Alhamdulillah dapat budak-budak pandai. Senang faham. Bolehlah buat latihan minggu depan. Siang-siang aku cakap suruh servis telinga sebab nak buat latihan berkaitan mendengar maklumat daripada CD. Ala-ala MUET gitu. Kalau tak cakap macam tu, karang diorang kata aku tak cakap awal-awal pulak. Diorang ni memang, suka cakap aku tak bagi tau awal padahal dah ulang banyak kali. Macam tadi;

Budak 1: Cik,tak cakap pun ada kuiz hari ni?
Budak 2: Ha'ah la Cik, tak sempat selak nota.
Cik: Auta awak ni. Saya siap bagi nota khas untuk kuiz ni 2 minggu lepas lagi. Kelas sebelum ni pun saya ada cakap nak buat kuiz.
Budak 1: Mana ada.
Cik: Kalau saya tak cakap pun, saya memang dah bagi tahu waktu mula-mula masuk hari tu saya akan buat Kuiz ni ikut suka hati saya. Tapi Test saya akan bagi tahu awal-awal. Awak kena la bersedia.
Budak 3: Ada ke?
Cik: Tak percaya? Meh tengok buku rekod pengajaran saya ni, saya siap tulis sebiji-biji apa yang saya nak buat dan bagi tahu dalam kelas awak. Tak puas hati lagi? Jom kita pergi tengok rakaman CCTV. Nasib baik kelas awak sem ni kat Bilik Seminar.
Budak 4: Ish, ni kalau masuk court ni, memang kalah. Ada bukti bagai.
Cik: Muahaha..

Hambik ko. Main-main ye? Kena balik. Nasib baik yang sengal-sengal ubi macam tu tak ramai. Berita lain, pagi tadi dapat PC baru. Tergezut jugak bila balik dari sarapan nampak Encik Awi tengah pasang PC kat meja aku. Aik??? Tak mintak pun boleh dapat ke? Encik Awi kata tak apa, ambik je.Memang baru-baru ni ada la terfikir-fikir; 'Macam best je kalau ada PC sendiri jugak' sebab tengok meja orang lain ada PC sebijik. Sekali dapat betul. Hahaha...  Sebelum ni memang ada satu PC kat meja ni. Tapi aku lagi suka guna Permataku untuk buat segala kerja sebab Permataku adalah hebat!!! Macam-macam dia boleh buat. Jadi, bila Asma nak PC tu, aku bagi je la sebab tak guna pun. Orang dah bagi, ambik je la kan. Siap baru keluar kotak lagi. Bau kedai gitu. Malangnya banyak benda tak dimasukkan lagi. Jadi terbiarlah dia di atas meja sendirian. Hahaha...

Ok, untuk orang tu, aku tak marah pun. Cuma terkilan je. Takpe la, masing-masing ada kerunsingan masing-masing macam aku yang tengah malas nak memberi reaksi pada mesej-mesej yang masuk ke dalam N6085 dan N2610. Maaf la ye, sebarang kemusykilan boleh terus berhubung di sini atau Facebook. Serius, tengah tak ada angin nak layan telefon tu. Kak Chik kata, kalau orang SMS kena balas walaupun dengan satu huruf. Tapi kalau peminat rahsia yang mesej, kena balas jugak ke?

No comments: