Engagement Fund ;)

Thursday, 17 March 2011

Adaptasi Novel

Pada suatu petang, sewaktu membaca surat khabar, aku selak jugak bahagian rancangan TV. Nak tengok apa rancangan yang seronok untuk ditonton. Tiba-tiba terbaca sinopsis drama di TV 1. Baca...baca...baca... Norjinah...Razif..Salmi.. Ini bukan ke karakter dalam novel Tak Seindah Mimpi? Harus tengok ni.

Ternyata drama ini merupakan kisah yang diadaptasi dari novel Tak Seindah Mimpi tulisan Sharifah Abu Salem. Antara novel terawal yang aku baca. Waktu tu, inilah novel paling tebal yang dibaca. Mula-mula baca secara bersiri dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Arwah mak dulu pelanggan tetap majalah ni, jadi dapat la baca tiap bulan. Lepas tu, dia berhenti separuh jalan sebab nak suruh orang beli novel. Kalau tak rugi la kan orang tak beli novel, baca dalam majalah je. Tapi waktu tu tak cukup umur lagi. Mak tak bagi beli dan tak belikan pun. Sabar saja sampailah dah tingkatan 4, baru dapat novel susulan kedua dari Cik Nilam sebagai hadiah hari jadi. Oh, sesiapa yang tak tahu, novel ini ada 3 siri. Yang pertama adalah Tak Seindah Mimpi, diikuti dengan Tak Semanis Impian dan diakhiri Tiada Lagi Mimpi. Dapat yang kedua dulu pun jadilah. Kemudian bila naik tingkatan 5, dapat novel yang pertama waktu jamuan dorm. Biasalah, bila buat jamuan dorm je mesti main tukar-tukar hadiah. Hadiah boleh mintak, tapi kita tak tahu siapa yang bagi kita. Si pemberi hanya diketahui pada malam kejadian saja. Tak silap, nilai hadiah diantara RM15-RM20. Kalau orang tu mintak barang bernilai lebih daripada nilai yang ditetapkan, si pemberi boleh tuntut balik. Macam tulah budayanya di asrama ku dulu. Asrama lain aku tak tau. Sekadar untuk suka-suka di hujung tahun sebelum mendapat teman satu dorm yang baru pada sesi persekolahan baru. Kenangan gitu. Terima kasih kepada Hartini yang membelikan novel tu untuk akak.



Tengok, satu perenggan saja cerita untuk novel. Pada pendapat aku, novel ini menarik untuk dibaca kerana kebanyakan novel yang berkisah tentang rumahtangga adalah skema dan tak menarik. Tapi karya tulisan Sharifah Abu Salem adalah menarik untuk dibaca. WARNING: DO NOT READ ALL OF THEM AT ONCE OR....... Muntah dibuatnya bila baca tiga-tiga novel ni dalam satu masa. Dah pernah buat, itu yang boleh cakap macam ni. Hehehe..  Iye, aku memang suka baca novel. Tapi sekarang dah tak minat beli novel cintan cintun. Minda tak berapa nak berkembang dan balik-balik cerita cinta yang sama jugak. Umur pun dah banyak, kena la penuhkan diri dengan ilmu banyak-banyak. Sekarang lebih suka baca buku ilmiah tapi masih tak boleh lawan Kak Chik yang boleh baca buku ilmiah di mana saja. Sambil tunggu bas? Sambil tunggu orang? Sambil tunggu komuter? Layan... Aku? Hampeh... Gamaknya baca ayat yang sama berulang kali la. Tak boleh nak fokus bila membaca bahan bacaan berat di tempat yang bising. Anda bagaimana?

Siapa nak tahu kisah novel-novel ni bagaimana, pergilah tonton di RTM 1 dari jam 10 hingga 11 malam. Rasanya bersiaran dari Ahad hingga Selasa. Rasanyalah... Pelakon yang membintangi drama ni pun mantap-mantap. Sudahnya, baru hari ni aku tampal entri ni dalam ATN walaupun aku tulis entri ni waktu Trilogi Cinta baru mula beberapa episod. Sengal bukan???

No comments: