Engagement Fund ;)

Saturday, 26 March 2011

Sedarlah bahawa...

...anda dah tua! Aku dah tua wei! Tahun ni umur dah meningkat satu angka lagi. Al-kisahnya, minggu lepas aku masuk kelas semester 1 macam biasa. Semangat je aku nak bagi kuiz. Sekali ramai pulak tak ada. Pelik ni. Rupanya kelas CADD Senibina baru balik lawatan pagi tadi. Jam 3.00 pagi baru tiba di sini dan adalah beberapa yang tak sihat. Ada juga yang ponteng. Tak kurang juga yang bersemangat waja menggagahkan diri hadir ke kelas. Tapi.... masing-masing tak berapa nak bermaya. Tak cukup tidur katanya. Eleh, yelah tu. Awak dalam bas tidur kan? Bukannya awak yang bawa bas kan? Tak mengapa, saya puji semangat awak tu. Hehehe...

Lepas tu, ada satu lagi kemusykilan. Dalam kelas tu, ada seorang pelajar yang tiap kali kelas, memang dia akan tidur. Dah tak tau nak buat apa kat dia. Bila suruh pergi basuh muka, sah-sah dia tak akan masuk kelas semula. Abeh, camane??? Dulu-dulu, waktu kat Maahad, ada seorang ustaz ni kata; "Kalau mengantuk, tandanya ada makhluk yang bergayut di pelupuk mata. Cubalah beralih tempat. Manalah tahu di tempat baru makhluk tu tak nak ikut." Lebih kurang macam tulah. Tak ingat ustaz apa yang cakap. Itu pun aku dah buat. Tapi, hampeh kuasa 8. Tidur jugak. Camane??? Apa yang peliknya, kelas minggu lepas dia tak tidur langsung. Siap angkat tangan nak jawab soalan bagai. Aikk??? Apa sudah jadi? bersambung....

Kelas subjek umum cuma 1 jam 30 minit je. Di pertengahan kelas, hampir separuh daripada mereka terlentok dan tersengguk. Dah tengah hari, sejuk pulak tu. Mata pun cepat je layu. Selalunya, kalau nampak mereka mengantuk, aku suruh mereka berdiri dan buat la senaman ringan sikit-sikit. Suruh nyanyi pun pernah. Lantaklah lagu kanak-kanak pun. Yang penting mereka segar semula. Hahahaha... Tiba-tiba aku teringat satu senaman yang diajar oleh Abang Fasilitator sewaktu KRIS di Sg. Congkak dulu. Sebab mereka tak ramai, boleh la kalau nak melompat dalam kelas. Hehehe... Semangat ni aku nak ajar senaman tu. Maka;

Cikgu : Class, do you know N'sync?
Budak-budak : Ha???? Siapa tu Cik?
Cikgu : N'sync... music band.
Budak-budak : N'sync? (sambil tunjuk muka pelik tahap gaban)
Cikgu : Kamu tak kenal N'sync? Justin Timberlake kenal?
Budak-budak : Oooooooooohhhhhhhh.
Cikgu : Ha, he's one of the members before they break up.
Budak-budak : Oooooohhhhhhhh...
Budak 1 : Miss, kenal Justin Bieber? Justin Bieber saya tau la. Justin Timberlake saya tak kenal sangat.

Ceh, hampeh betul. Justin Bieber yang kamu tau? Nasib baik Raihan dan Rabbani mereka kenal. Tapi Backstreet Boys kenal pulak. Bila tanya kumpulan apa lagi yang mereka tau, bukan main panjang lagi senarainya. Sum 41, Secondhand Serenade, bla...bla...bla... Jadi, dapat disimpulkan bahawa;
1. Generasi yang mengenali N'sync termasuk lagu-lagu dan cara tariannya sudah boleh dikatakan tua; atau
2. Populariti N'sync tidak sehebat Backstreet Boys. Hahaha...
Disebabkan itu, tak jadilah mereka melompat dalam kelas. Kekekeke...Oh, sesiapa yang tak kenal Nsync, ini aku tempek gambar mereka di sini hasil carian menggunakan Pakcik Google.



sambungan... Habis kelas, aku tanya Kak Rin pasal budak ni sebab dia buat hal jugak dalam kelas Kak Rin. Rupanya budak ni dah kena marah dengan Ketua Bahagian ataupun Ketua Bengkel CADD Senibina. Patutlah segar-bugar aje. Kemudian, hari ni adik-adik praktikal ni bagi tahu bahawasanya si budak ni memang semua kelas pun dia tidur. Patut la kena marah dengan Ketua Bahagian. Anda semua, sila jangan tidur dalam kelas ye. Kalau ngantuk pun, agak-agak la. Tak payah la sampai taruk kepala atas meja. Setakat sengguk-sengguk tu boleh dimaafkan.

Pengakuan berani: Tuan tanah dulu selalu jugak tersengguk-sengguk dalam kelas. Hehehe... Tapi tidur taruk kepala atas meja cuma waktu tak ada cikgu dalam kelas je. Hahaha...

*Entri ni ditulis pada hari Isnin nan silam...tapi baru nak letak hari ni...sengal ke apa?Erm...

No comments: