Engagement Fund ;)

Tuesday, 8 March 2011

Semoga Cepat Sembuh

Ahad lepas, Abang Mad telefon memberitahu Wak Mis berada di hospital Selayang. Risau jugak bila dengar Wak Mis masuk hospital sebab sebelum ni pun sering keluar masuk hospital. Sebelum ni pernah juga masuk hospital Selayang. Hospital Kuala Pilah pun pernah, Hospital Tanjung Karang pun pernah. Tak dapat nak jaga, datang melawat pun boleh. Tetamu kan bawa rahmat, dan mendoakan pesakit. Seperti yang dimaklumkan, Wak Mis menghidap penyakit buah pinggang. Kena buat dialisis 3 kali seminggu rasanya. Waktu duduk di rumah Abang Zahar, memang kena bawak ke pusat dialisis untuk buat rawatan sebab kat rumah tak ada kemudahan. Wak Mis tak boleh jalan, jadi perlu bantuan untuk diangkat. Kalau nak beli mesin tu, fikir berkali-kali juga sebab harganya dalam 80 ribu ringgit. Bukan setakat dah ada mesin, boleh buat sendiri. Kena cari juga orang yang berkelayakan untuk menguruskan proses tersebut. Lama juga kami di sana sebelum berangkat pulang. Waktu kat sana, dapat berita bahawa Abang Razak kemalangan. Bersimen lutut khabarnya. Jadi Abah kata kalau sempat nak singgah sekali rumahnya di Pelabuhan Klang. Juga, nak lawat Paman Din di Shah Alam yang juga tidak mampu untuk berjalan. Tak pasti pulak sakit apa.

Sampai di Shah Alam pun dah senja. Makan dan solat dulu, baru singgah ke rumah Paman Din. Tak lama pun di situ sebab dah lewat. Tak sempat singgah rumah Kak Idah gamaknya. Sambung hujung minggu ni pulak. Didoakan supaya Wak Mis kembali sihat dan bolehlah datang ke Kanchong lagi. Begitu juga dengan Paman Din dan Abang Razak. Semoga cepat sembuh... Sesungguhnya sakit adalah ujian dari Allah dan tanda bahawa Allah masih sayangkan hambaNya.

No comments: