Engagement Fund ;)

Monday, 28 March 2011

Tunggu Rajin Sikit

Hari Isnin yang biru. Kawasan institut yang sunyi. Pejabat yang sejuk melampau. Aku yang hampir termuntah dek kerana terlebih rajin. Hahahaha.... Pagi-pagi dah membebel. Gasaklah, aku dah lama tak membebel secara pukal dalam ATN.

1. Minggu lepas, pertama kali aku masuk dapur semula selepas bercuti agak lama. Ini membuktikan bahawa aku tidaklah rajin mana pun. Rajin kadang-kadang, malas itu selalu. Bukan apa, bila Abah ke kebun Nenek, memang Nenek akan bagi nasi dan lauk-pauk yang sangat banyak. Maka, tidaklah perlu aku memasak. Sayur-sayur yang aku beli pun terbiar layu dalam peti sejuk. Maka minggu lepas aku cuma membuat Kek Keju Mangga yang tak berapa nak jadi. Tujuannya adalah untuk menghabiskan keju krim yang aku beli akibat tamak. Sekilo terus belinya. Hahaha... Kemudian, hari Rabu malam aku menggigih buat kuih Puteri Ayu untuk majlis makan-makan di pejabat. Tujuan utamanya adalah untuk menghabiskan ovalette yang juga dibeli kerana perasaan tamak haloba. Waktu beli, semangat je ambil yang bekas besar. Konon-konon aku ni ada gerai jual kuih kot. Dapat la dua adunan. Alhamdulillah yang dibawa ke pejabat semua habis.

2. Aku rasa macam nak muntah hijau dah ni. Gara-gara terlebih rajin bagi tugasan karangan pada budak-budak ni. Macam ni la perasaan cikgu-cikgu Bahasa Inggeris aku dulu kan. Sakit jiwa je mengadap karangan anak-anak murid yang tonggang terbalik. Terima kasih cikgu sebab gigih mendidik kami.

3. Budak-budak tengah cuti pertengahan semester sekarang ni. Maka sunyilah kawasan institut. Cutilah dengan gembira ye, cikgu kamu ni nak susun balik apa-apa yang patut. SPC untuk semester ni pun dah ada. Maka bertambahlah satu lagi tugas untuk memasukkan markah-markah tugasan ke dalam SPC tu. Aku pun macam nak cuti jugak. Nak selesaikan apa yang sekian lama tertangguh. Sebelum beralih ke nombor seterusnya, nak letak iklan sikit. Sila tekan pada gambar untuk paparan lebih jelas.



4. Semalam, sempat meluangkan masa ke rumah Wak Yah memenuhi undangan kenduri doa selamat di Klang. Waktu nilah nak jumpa saudara mara yang jarang-jarang jumpa. Tapi kan, tiap kali jumpa je mesti kami akan memperkatakan soal jodoh. Apakah? Mereka tanya; "Ko bila lagi? Belajar dah habis. Kerja pun dah sudah. Masak pun dah pandai. Kemas rumah pun boleh." Ooooopppp, sila betulkan fakta itu. Yang lain-lain tu hampir betul, tang mengemas tu masih gagal. Jawapan aku adalah; "Tunggu rajin sikitlah." Hahaha... InsyaAllah, kalau jodoh dah sampai nanti, dapatlah kad wangi dari aku. Sedang mencari. Dr. Fadzilah Kamsah kata, jodoh memanglah aturan Allah. Tapi kena juga berusaha mencari. Kanak-kanak, teruskan pencarian okey?

Lega sikit aku dapat membebel pagi-pagi ni. Mood nak menanda tugsan budak pun sudah mari. Maka, silalah pergi mengadap kertas merah jambu yang berkepuk-kepuk atas meja tu ye. Sehingga berjumpa lagi.

No comments: