Engagement Fund ;)

Monday, 4 April 2011

50 : 50

*Sebelum mula membaca, pergilah ambil biskut dengan air dulu. Agak panjang entri kali ni. Entri panjang tanpa gambar yang mungkin membuat anda menyampah. 

What a greeeeeeeeaaaaaaaat day! Say it out loud. Itu yang cikgu tusyen aku ajar dulu kalau malas nak bangun dari katil. Tapi, apa kejadah pulak aku nak jerit pagi-pagi kan. Tak pasal-pasal kang satu rumah cuak. Hahaha... Hari Selasa, aku cuti. Cuti yang tiba-tiba. Nasib baik bos besar luluskan. Selagi tak selesaikan benda yang satu tu, selagi tu aku tak tenang. Maka hari Selasa lepas aku berangkat ke UNISEL bersama Kak Chik untuk menyelesaikan apa yang patut. Bertolak agak pagi dan tiba di sana kira-kira jam 11.00++. Memandangkan waktu ini UNISEL sedang cuti semester, maka kawasan kampus lengang saja dan staf-staf pun sudah bertukarrr! Aik, bertukar jadi apa? Bertukar jadi tak formal dari segi penampilan. Mujurlah semua orang yang aku jumpa semalam memberi layanan yang bagus dan tidak kerek. Mintak maaf cakap ye, tapi itulah realitinya sebelum-sebelum ni. Ini cerita 50 yang pertama.

Mula-mula aku ke Unit Kewangan sebab Kak Chik kata periksa dulu apa-apa yang patut walaupun dah langsaikan semua hutang sebelum keluar praktikal lagi. Tak ada orang pun. Masuk kejap, nombor terus naik. Bila bagi kad matrik dan diperiksa, dia kata aku ada hutang dengan UNISEL RM500. APAKAH???? Wajiblah aku bersoal jawab dengan akak tu. Lepas tu, aku tunjuk Penyata Yuran yang aku dapat waktu kali terakhir bayar yuran. Kira-kira balik, tetap jugak hutang. Tapi bukan RM500, jadi RM180. Sudah tukar ka??? Beliau kata, itu yuran credit transfer waktu nak naik degree dulu, pihak fakulti baru masukkan. Hello, itu cerita 3 tahun lepas ok, kenapa baru timbul sekarang?? Aku berkata dalam hati. Tak apalah, dia kata ada tertunggak tu maknanya adalah walaupun aku rasa isu yuran credit transfer ni dah selesai masa tahun akhir dulu. Aku ingat lagi ada satu waktu tu Ketua Kelas kami kata untuk yuran sem tersebut akan dimasukkan caj tu. Entahlah.

Lepas tu, tanpa berfikir aku terus ke Unit Peperiksaan. Nak ambil keputusan peperiksaan terakhir. Sekali Encik tu cakap "Ada clearance slip?" Toing...toing...toing... Ney, yuran tak habis lagi, macam mana nak ada clearance slip. Terus aku duduk termenung kat tepi tu. Tidaklah aku menjangka aku masih berhutang dengan UNISEL lagi. Maka tak adalah aku bawa duit lebih. Kad bank yang ada dengan aku hanyalah berisi duit belanja harian yang dah nyawa-nyawa ikan. Akhir bulan kan... Kad bank lain aku tak bawa. Aiseh, macam mana ni? Sangkut satu, sangkut la semua. Tiba-tiba Kak Chik tawarkan bantuan untuk meminjamkan duit beliau dulu. Alamak, serba salah pulak. Bukannya sikit aku nak pinjam ni. Fikir dan fikir, okeylah. Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak Kak Chik kerana membantu saya. Kemudian, kami menuju ke Pusat Pelajar untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM. Walaupun mesin ATM dah bertambah, satu pun tak berfungsi. Kakak Tukang Sapu tu kata, bila akhir bulan dia memang macam tu. Nak tak nak, kami ke Pekan BB. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Maka aku kembali ke Unit Kewangan untuk melangsaikan hutang tadi dan berurusan di kaunter yang sama. Kemudian, baru aku ke Unit Peperiksaan.

Alang-alang dah sampai, buat transkrip sekali. Borang untuk transkrip boleh diperoleh di Unit Peperiksaan ye, bukan Unit Rekod. Sebab dah tengah hari dan pejabat pun dah mula tutup, maka kami cari tempat nak isi perut dulu. Jumpa satu gerai yang buka di hadapan FITM. Makan dan solat, barulah kami meneruskan tugas. Sempat juga berjumpa Abang Su sebelum tawaf fakulti lamaku dulu. Rupanya fakulti-fakulti ni sudah bertukar. Manalah aku tau kan, dah lama tak datang. FELS dah pindah ke FOB. Bio Tech duduk di FELS. Heh, pening aku. Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan walaupun dari mula lagi aku berfikir negatif dan asyik dicas positif oleh Kak Chik sampaikan beliau kata; "Awak habis je buat benda ni, saya nak tepuk tangan." Hehehe... Nasib baik ada beliau sebagai peneman. Tidaklah aku kalut tahap gaban.

Kak Chik kata, prosedur ni kena dicatat supaya senang kalau ada yang bertanya. Jadi, aku catat di sinilah ye. Apa yang diperlukan adalah; duit berkepuk dalam akaun (kalau tiba-tiba ada hutang kan), penyata yuran terakhir yang diperoleh dari Unit Kewangan (bawak semua bukti pembayaran lagi bagus) dan salinan keputusan MUET. Ini prosedur untuk yang belum ambik keputusan peperiksaan akhir macam aku la ye. Kalau dah ambik, boleh abaikan beberapa langkah.

1. Ke Unit Kewangan. Periksa akaun anda dengan UNISEL kalau-kalau masih ada hutang yang tertunggak. Kalau ada, langsaikan hutang tu dulu dan jangan lupa minta clearance slip.

2. Pergi ke Unit Peperiksaan untuk ambil keputusan DAN borang transkrip.

3. Kemudian pergi ke Perpustakaan untuk mendapatkan pengesahan. Jangan pergi waktu rehat sebab dia akan suruh datang semula pada jam 2.00.

4. Dapatkan pengesahan daripada Ketua Program (H.O.P) masing-masing. Bagi penuntut TESL, fakulti anda sudah berpindah ke FOB. Dari lobi FOB, anda pergi ke sayap kiri, aras 2. Bilik Cik Norhayati ada di situ. Tunjuk sekali keputusan MUET anda dan ia akan dikepilkan dengan borang transkrip.

5. Sesudah itu, dapatkan cop dan pengesahan daripada Dekan. Sekiranya dekan tiada, Timbalan Dekan pun boleh.

6. Kemudian, hantar ke Unit Kewangan. Selebihnya akan diuruskan oleh staf di Unit Kewangan. Jangan lupa isi buku rekod penghantaran supaya tiada masalah di kemudian hari.

Rasanya itu saja. Yang membuatkan anda seperti nak menangis bila ada masalah macam aku ni. Nasib baik naik kereta, kalau jalan kaki memang aku nangis la nak kena berulang alik. Hehehehe... Hari tu jugak, terjumpa ramai orang yang dikenali. Ada sorang ni ahli i Rakan. Minta maaf banyak-banyak akak tak ingat nama awak. Ingat muka je. Jumpa waktu nak makan. Kemudian, jumpa Fiza waktu nak jumpa H.O.P. Selamat menempuh alam persekolahan Fiza. Dia ada kursus sebelum keluar praktikal. Waktu di canseleri, jumpa Faizah, Farhana dengan Aishah kot nama dia. Tak ingat jugak. Hehehe... Mereka sedang berpraktikal dan hampir sampai ke penghujung. Akhir sekali terjumpa Ifdal waktu makan di Mc Donalds Puncak Alam. Dia dari UNISEL juga rupanya. Seluas kampus UNISEL tu, kat Mc Donalds pulak kita jumpa ye. Perasaan bila berjumpa mereka? Gembira yang teramat. Lama tak jumpa kan. Ifdal, kalau awak sms akak dan tiada jawapan balas, silalah buat panggilan rindu ye. Telefon bimbit akak dah uzur. Tunggu masa je. Hahaha... Oh, panggilan rindu yang dimaksudkan adalah missed call. Fikir ke lain la tu.

Sekarang, cerita 50 yang kedua. Aku hanya bertolak pulang ke Banting selepas maghrib. Itu adalah selepas solat di rumah Kak Chik. Dalam perjalanan, aku mendapat panggilan. Abah mengkhabarkan berita buruk. Terus aku berdebar-debar. Abang Mad dimasukkan ke hospital akibat pendarahan otak. Maka malam ni kami perlu ke LCCT untuk menjemput Fairuz. Aku memang tak tahu apa-apa cerita. Paginya, memang ada panggilan dari Kak Yah tapi memandangkan aku sedang memandu, maka panggilan itu tidak ku jawab. Ku sangka, beliau mahu aku menemankan beliau sebab Abang Mad bertugas di luar. Selalunya begitu. Kerana kalut menguruskan transkrip, aku terlupa nak menghubungi beliau semula.

Sampai saja di rumah, gelap gelita. Mulalah aku seram sejuk. Lama jugak aku termenung dalam kereta. Nak turun takut. Hehehe... Maka, aku telefon Abang Faiz dan tanya apa yang berlaku. Kemudian, aku beranikan diri jugak turun kereta nak masuk rumah. Sekurang-kurangnya dapat la bersihkan diri sebelum berangkat ke LCCT sementara tunggu Abah sampai rumah. Lebih kurang jam 10.00 malam, Abah sampai dan terus gerak ke LCCT. Jarang sebenarnya ke LCCT. Kalau KLIA dah selalu. Gitu gini, sampai rumah dekat 12.30 jugak la. Siapkan tempat tidur, terus pengsan sampai pagi. Tak sedar sampai la Fairuz kejut paginya.

Paginya, punch card dan hantar Fairuz balik rumah dulu. Kalau-kalau nak ambil barang apa-apa sebelum ke HKL. Aku masuk pejabat kejap sebelum minta kebenaran keluar untuk ke HKL. Kesian pulak Fairuz sorang-sorang. Singgah di Klang dulu ambil Abang Mohsein baru gerak ke HKL. Sampai sana, memang waktu melawat. Susah betul nak cari tempat letak kereta. Tepat jam 12.30 tengah hari, baru kami boleh naik ke wad Abang Mad masih ditempatkan dalam ICU. Jadi, hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Ramai juga yang datang melawat tengah hari tu. Kerusi menunggu di luar tu penuh dengan keluarga kami je. Lama juga aku di situ sebelum berangkat pulang sebab nak masuk pejabat semula. Inilah 50 kedua yang mendebarkan.

* Aku mengambil masa selama seminggu untuk menyudahkan entri ni.Agak sengal di situ. Perkembangan semasa Abang Mad akan turut aku catatkan di sini.

No comments: