Engagement Fund ;)

Thursday, 21 April 2011

Alang-alang Menyeluk Pekasam...

Semalam dah cerita hujung minggu, hari ni cerita hari biasa pulak.

Hari Isnin, aku kerja separuh hari. Nak mintak keluar, segan sebab dah beberapa kali mintak keluar. Kalau separuh hari, nak potong gaji, potonglah. Eceh, mentang-mentang gaji dah naik sikit, berlagak kau ye. Gaji naik pun, cuti yang tujuh hari tu dah tak ada. Huwaaaa.... Tak ada cuti dah. Kalau cuti, tak dibayar. Tak mengapa. Kita guna konsep pengorbanan di sini. Nak dapatkan sesuatu, kena korbankan sesuatu. Kerja kontrak, macam nilah. Syarat kontrak baru ni memang tak menarik perhatian. Tapi, syukurlah. Dalam banyak-banyak orang, aku terpilih nak dapat kerja ni.

Ok, mintak separuh hari sebab nak ambik Farah di KLIA. Dia mintak juga nak balik tengok keadaan ayahnya lepas peperiksaan akhir. Dapat cuti 2 minggu tapi Kak Yah cuma bagi balik Malaysia seminggu je. Aku tak bawa kereta pun, cuma teman Fairuz. Kak Yah pesan, tegur-tegur sikit Fairuz bila memandu sebabnya dia dah biasa tekan accelerator kapal terbang. Menakutkan sebenarnya. Tapi selagi tak membahayakan, aku tak adalah tegur. Hehehe... Sampai KLIA pukul 2++. Kapal terbang mendarat pukul 2 tepat. Tapi tunggu bagasi semua, hampir jam 3 baru selesai dan nampak muka. Baliknya, si kakak pulak yang memandu sebab sebenarnya lesen si adik dah tamat tempoh. Berani mati betul. Hahahaha... Pemanduan si kakak lebih menenangkan. Petangnya, ke JPJ nak baharui lesen memandu si adik. Pertama kali aku masuk JPJ tu sebenarnya. Sebelum ni Abah yang tolong baharui lesen memandu. Hehehe...

Hari Selasa, aku ulangkaji silibus yang nak diajar dan siapkan latihan dan nota. Menghampiri tengah hari, lampu pejabat ni kelip-kelip. Semua orang sibuk cakap; "Hah, baik save cepat." Maksudnya simpan segala kerja yang sedang dibuat kalau tak nak hilang tiba-tiba. Benarlah bagai dijangka. Beberapa minit kemudian pejabat gelap. Lama juga bekalan elektrik terputus. Sampai waktu rehat pun belum hidup lagi. Jadinya, keluar rehat awal sikit sementalah aku nak selesaikan bil-bil Kak Yah dan Abang Mad. Minggu lepas dah selesaikan bayaran Astro dan kad kredit RHB. Astro tak ada masalah sebab bayar di Pejabat Pos. Tapi kad kredit RHB kena ke cawangan RHB di Jenjarom. Maka tengah hari Jumaat tu aku berkejar ke Jenjarom waktu rehat. Tak berapa sibuk. Tapi, waktu nak masuk dalam bank tu, aku nampak papan tanda waktu operasi bank. Alamak, bank ni pun tutup ke tengah hari Jumaat? Tapi kenapa macam ramai orang mundar-mandir dalam tu? Aku teragak-agak sama ada nak masuk atau tak. Akhirnya aku tak masuk pun sebab macam kecewa sangat nampak papan tanda tulis rehat dari 12.15 tengah hari - 2.30 petang. Lepas tu, aku memandu tanpa arah kejap sebelum menghala ke Tesco.

Kecewa ni, kecewa. Di Tesco, aku isi perut dulu. Medan selera, ramai orang. Maka aku ke Marrybrown. Ada pulak Kak Eza dengan Kak Dahiyah kat situ. Kebetulan. Maka aku makan sekali dengan mereka. Sudah makan, masuk Tesco kejap cari keju mozarella dan parmesan. Angan-angan nak buat baked pasta. Waktu nak bayar, jumpa Bik Yani pulak. Maka bertegur sapa kejaplah. Dah sudah tu baru aku pecut ke RHB semula. Mujurlah tak ramai orang. Masuk-masuk, aku blurr kejap. Macam mana nak buat ni? Tanya pada Pakcik Jaga. Alhamdulillah dia tunjukkan macam mana nak buat. Aku tanya jugak, tengah hari Jumaat, bank ni tutup juga ke? Waktu dia jawab; "Tak, RHB Islamic je yang tutup waktu rehat hari Jumaat.", aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Aiyak...aiyak...aiyak... Aku bengong ke, papan tanda kat luar tu bengong? Berdasarkan kes ini, terbuktilah bahawa pepatah melayu yang berbunyi 'Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' boleh diguna pakai. Dalam kes ni, kasi tukar sikit; 'Alang-alang dan sampai depan pintu, bukalah pintu tu'

No comments: