Engagement Fund ;)

Wednesday, 27 April 2011

Bocor

Sabtu sudah, tak macam hujung minggu yang biasa, aku bangun awal. Sebab? Dah janji dengan Kak Chik nak ke PWTC. Boleh pulak bangun awal? Selalu kalau nak pergi hospital, bangun lambat. Hehehe... Bangun awal, sidai baju. Gosok baju. Mandi dan sarapan sambil borak-borak dengan Abah. Lepas dah siap-siap tu, Bibik telefon. Sementara tunggu Abah habis cakap, kemas kereta sikit-sikit. Tak lama kemudian, Abah kata nak kirim pisang kepada Bibik. Alang-alang dah sampai Shah Alam, singgah la kejap kan hantar pisang tu. Bolehhh... Dalam 8.30++ aku bertolak. Sebelum jalan jauh, memang aku akan periksa kadar tekanan angin pada keempat-empat tayar. Sebenarnya dah agak lama jugak tak diperiksa. Main lanyak je. Bila sampai pada tayar belakang belah kiri, tertera angka 60 pada skrin pam angin. 60? Agak-agak la weh. Tayar lain dalam 178 ++ macam tu walaupun lama tak diisi anginnya. Maka aku pun buat la sesi menjelajah tayar dan terjumpa macam cebisan besi terlekat pada tayar. Dalam otak ni nak terus jalan je sebab benda yang terlekat tu bukan paku sebab dah set dalam otak paku je yang menyebabkan tayar bocor. Tapi cuak jugak. Maka masuk dalam kereta, aku telefon rumah tanya Abah. Abah kata balik rumah dulu, nak tengok. Sampai rumah, Abah kata ni kena tampal ni. Fuh, nasib baik aku tak redah je ke KL. Tunggu la kejap Abah hantar kedai nak tampal tayar. Dah selesai, Abah tunjuk benda alah yang melekat tu. Cebisan besi tajam ye yang tertusuk dalam tayar tu. Cuma RM 5 saja ye untuk tampalan tu.

Dekat pukul 10 juga baru bertolak. Sampai rumah Kak Chik dah pukul 11.00 ++. Kak Chik ambik duit kejap. Gitu gini, gitu gini, dah tengah hari. Perut pun dah lapar. Maka terus ke Azira untuk isi perut, cas tenaga untuk digunakan di PWTC nanti. Waktu makan, jumpa sepupuku, Faizah pulak. Maka lepas makan terus ke kedai Bibik yang terletak berdekatan dengan Restoran Azira untuk menyerahkan barang amanah. Takut kalau aku angkut ke PWTC, masak pulak pisang tu duduk dalam kereta. Haha... Jadinya, sampai di lokasi betul-betul masuk waktu zohor. Alhamdulillah, selamat sampai walaupun tak pernah memandu sendiri sebelum ni. Solat dulu di Hentian Putra untuk lebih selesa. Tak ramai orang. Oh, caj meletak kereta di Hentian Putra hanya RM 3 sehari. Jimat di situ. Sebaik saja solat, kami pun ikut serta orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam ruang pameran.

Aku tak rancang dengan tepat buku apa yang nak dibeli. Cuma tulis secara rawak. Mula-mula lalu depan booth Al-Ameen Publication di mana ia merupakan penerbit bagi buku-buku karya Dr. Faisal Tehrani. Lama juga singgah di sini. Tapi macam biasa, tengok-tengok dulu mana yang patut. Aku rancang nak beli Ketupat Cinta dan 3 Kali Seminggu. Tak apa, nanti nak balik kan lalu. Terus saja jalan. Tujuan utama adalah mencari PTS Publication. Panjang benar senarai buku Kak Chik. Takut aku tengok. Hehehe... Cubaan pertama mencari PTS Publication tak berjaya. Maka kami cuma jalan-jalan tengok buku yang ada. Tempat paling lengang adalah di aras 2 iaitu ruang pameran untuk buku-buku universiti. Boleh jalan sesuka hati. Dah sesat tu, kami turun semula ke aras 1 sebab Kak Chik nak jumpa Abang Su. Lama juga borak dengan Abang Su sebelum teruskan misi.

Sebab kaki dah mula lenguh, kami berkeputusan untuk mendapatkan bantuan di kaunter pertanyaan. Rupanya PTS Publication di aras bawah. Dewan apa, aku dah hilang ingatan. Tapi, masuk je dewan tu, memang harapan nak nampak buku. Ramai gila orang kat tempat PTS Publication sampai tak boleh nak jalan. Tapi kami tak putus asa. Redah jugak. Gigih kami redah lautan manusia semata-mata nak dapatkan buku yang dihajati. Hahaha... Mujur berjaya. Terima kasih Kak Chik sebab sudi kongsi diskaun 20 % dengan saya. Kak Chik ada daftar di laman web PTS untuk dapatkan diskaun ni di mana kalau anda membeli buku bernilai RM 150 hingga RM 200, anda layak mendapat diskaun sebanyak 20%. Eh, betul kan 20%? Lupa pulak tiba-tiba. Hehehe... Lagi banyak anda beli, lagi banyak diskaun dia bagi. Menarik? Hah, pergi redah lautan manusia sana!

Dah dapat resit, kami nak cari DBP pulak. Untuk tahun-tahun lepas, ruang pameran DBP ni terletak di bahagian tengah dewan di aras 1. Tapi tahun ni tempat tersebut diisi oleh ITNM. Eh? Pusing-pusing juga kami mencari. Sementara nak jumpa tu, aku ajak Kak Chik ke ruangan penerbit antarabangsa iaitu di bahagian buku-buku universiti. Alah, kawasan yang lengang tu. Dah berhajat nak cari buku untuk seorang kenalan. Eceh, kenalan. Sedari, jangan gelak. Sebab terlupa nak semak tajuk buku tu, maka terpaksa kami belek satu persatu buku yang terpamer di rak. Bagi menambahkan lagi cabaran mencari, tiada label ditampal pada rak buku tu. Tak macam pempamer lain yang melabelkan buku ikut kategori. Macam nak putus asa. Tapi tak sempat bila Kak Chik berjaya menemui sebuah. Terima kasih banyak-banyak kerana menemui buku tersebut. :) Harganya masih dalam jangkaan dan bila ditolak diskaun, harganya jadi diluar jangkaan. Terus aku angkut. Buku itu adalah unik dan menarik. Tak percaya, tengok ni.
Sesiapa terasa buku ni dia punya, maka sabarlah menunggu. Hehehe... Di tempat yang sama, aku jumpa buku yang sentiasa aku nak beli walaupun harganya mak aihhhh. Tapi aku tetap tak nak lepas. Hahaha... Bila dia kata ada diskaun 30%, lagi la aku jalan pergi kaunter tanpa fikir rugi ke apa. Bajet la tu duit warna hijau dalam dompet ada banyak keping. Kahkahkah.... Bila dia imbas kod bar kedua-dua buku tu, harganya bolehlah dipertimbangkan. Kalau diluar pertimbangan pun, aku tetap kena bayar jugak. Ngehngehngeh... Kak Chik pun beli juga 2 buah buku cerita yang comel dan menarik. Lepas bayar, kami tak larat nak jalan dah. Cari tempat nak lepaskan lelah. Alhamdulillah, ada kerusi kosong di ruang legar aras 2 tu. Lama juga kami duduk. Siap berkenalan dan berbual dengan Kak Ayu. Dia yang begitu ramah menegur kami dulu. Maka kami pun borak-borak juga. Kemudian, mencuba nasib mencari booth DBP lagi. Sebab dah cari tapi tak jumpa-jumpa, maka lagi sekali pergi ke kaunter pertanyaan. Rupanya kali ni DBP ditempatkan di Bilik Pulau Pinang. Terus kami ke sana. Kak Chik berjaya membeli Manikam Kalbu manakala aku memborong majalah Pelita Bahasa. Dah lama sangat rasanya tak ambil tahu perkembangan Bahasa Melayu secara formal. Waktu sekolah dulu ada jugak beli majalah ni kadang-kadang. Seronok ambil, sedap bayar. Maka tak dapat la aku jengah Karangkraf. Hajat hati, nak beli 1 atau 2 novel Alaf21. Dah lama tak layan novel ringan, teringin juga nak baca. Tapi tak dapat la sebab bajet dah susut. Buku terakhir yang dapat aku beli adalah 3 Kali Seminggu. Ketupat Cinta kena tahan dulu. Jadi, inilah hasil tangkapan pada Sabtu lepas.
 Majalah-majalah terbitan DBP

Buku paling mahal adalah yang paling bawah tu...

Waktu nak balik, kesengalan melanda. Aku dok fikir. 'Mana nak bayar tiket parking ni?' Aku teringat kat Abang Garang je sebab waktu pertama kali pergi dulu, tumpang CCA dia. Telefon, tak angkat. Maka Kak Chik telefon Nabilah teman serumahnya dulu. Rupanya bayar bila nak keluar nanti. Kahkahkah.... Pandai pergi, tak pandai balik. Waktu balik tu menggagau juga cari jalan. Nasib baik tak sesat. Cuma ada 2 insiden ngeri yang berlaku. Maaflah Kak Chik, saya gelak-gelak tu bukannya sebab benda tu biasa. Tapi sebab cuak dalam hati. Hahaha... 2 kali weh. Nasib baik tak serius. Fuhhhh... Sebab trafik sesak, maka kami berhenti solat Asar dan Maghrib di stesen minyak sebelum Tol Batu 3. Sementara tunggu Maghrib, isi perut di A&W. Layannnn....
Sebelum

Selepas

Nampak gambar sebelum? Ada dua dulang yang dipenuhi makanan. Selepas? Tinggal satu dulang yang penuh dengan bungkusan burger serta mug besar yang kosong. Inilah akibatnya kalau lapar sangat. Semua benda nak nampak sedap, semua benda nak dimakan. Baliknya, masing-masing kekenyangan. Habih dah bantai satu 'jag' float, mau tak kenyang? Tak apa, A&W tak selalu pergi. Kurang sikit rasa bersalah. ;)

Last but not least, I got this magazine from Kak Chik. Terima kasih daun keladi Kak Chik. InsyaAllah saya akan baca majalah ni, bukan lagi mengeja. Hehehe...

2 comments:

MAN ANA? said...

yup, 20%. ada lebihan lagi umpan menjala tu. rasanya mau menjala lagi. habiskan umpan.

bila ingat balik cerita kita di hari Sabtu tu, memang gelak xhengat. haha

sedari, gambar bersama hasil tangkapan xde ek? hihi

kenalan? uppsss, sila sediakan koleksi buku FT, baru bleh diam2 simpan rahsia. lalala

tima kasih jugak tau sebab plan sesama nak g menjala di lautan manusia. jgn serik ek? taun dpn kita menjala lagi, kali ni dengan pukat tunda lak. besar sket.

~miss u~

farae al-farafisya said...

Selamat menghabiskan umpan...
Lebihan wang sudah saya labur membeli kain pasang...
hahaha..

Erkk...nak koleksi buku FT?
tunggu dpt durian runtuh..keke...

gambar bersama hasil tangkapan akan dimuat naik di FB ye...
untuk thn dpn, dah kena mula 'jahit pukat' gamaknya...

;)