Engagement Fund ;)

Friday, 22 April 2011

Simpan.Sepah.Selerak.

3S pertama yang sudah bertukar konsepnya. Inilah akibatnya bila tak buat S yang kelima iaitu Sentiasa Amal. Document Tray setinggi 3 tingkat atas meja ni sudah bercampur aduk. Nampak je ada label untuk setiap tingkat. Tapi, benda yang terletak dalam setiap tingkat tu tak sama dengan label yang tertera. Memo, tugasan, ujian dan nota dah bercampur aduk. Semester 1 punya bahan dan tercampur dengan semester 2. Memo pun ada terselit sekali dalam bahan tu. Heh....Selerak sudah. Sila kemas tray anda sebelum audit seterusnya ye.

Rabu sudah, aku pulun kelas dari pagi sampai tengah hari kerana cikgu sains dan matematik ada hal. Penat berdiri dalam kelas. Sudahlah belajar grammar, pening-pening lalat budak-budak tu. Nak tak nak, aku kena tambah kelajuan mengajar sebab mereka sudah lari dari jadual belajar yang asal. Mana nak habiskan silibus, nak bagi mereka faham dan nak kukuhkan kefahaman. Memang terkejar-kejar. Untuk budak-budak semester 2, sepatutnya berjalan seperti yang dirancang. Tapi semalam mereka memang dah buat jadual aku lari. Kena ulang balik apa yang aku dah ajar sebelumnya. Penat aku pesan banyak kali minggu ni ada pembentangan dan semua orang kena hantar salinan tugasan dalam hari yang sama walaupun gilirannya lambat lagi. Tapi, hampeh.... Yang nak kena bentang pun tak siap lagi. Apa kes? Rasanya waktu aku belajar dulu, semua tugasan dihantar pada waktu yang sepatutnya. Thanks to my group mates. Mungkin kerana di universiti ada tarikh mati yang perlu diambil kira, maka kami buat seperti yang dijadualkan. Kalau tak siap, memang 'mati' gamaknya kena potong markah dan akan mengganggu markah keseluruhan untuk subjek tu. Kat sini? Hampeh kuasa 8. Ko ugut la nak potong markah pun, buat derkkk jugak sampai aku yang tertekan. Bila tertekan, aku membebel la dalam kelas. Lantak situ. Siapa suruh tak buat kerja? Geram je...


Semalam petang Kak Yah datang rumah bagi kunci kereta dengan rumah dia. Macam biasa, kena bagi Pipo makan tiap petang. Nak bagi makan dengan Pipo dan yang lain-lain, berperang jugak. Aku jalan, dia nak jalan. Aku jalan, dia nak jalan. Macam mana aku nak jalan? Bila nampak aku masuk dalam rumah, dia pun nak masuk jugak. Masaalahnya bila dia dah masuk, dia tak nak keluar dah. Seronok je baring atas tikar. Itu kalau aku tuang Whiskas. Dia memang tak layan mangkuk berisi Whiskas. Tapi kalau aku bagi nasi digaul ikan rebus, memang tak hairan pun aku bukak pintu. Hahaha... Kucing, kucing. Oh, perkembangan terbaru Abang Mad setakat semalam. Alhamdulillah, Abang Mad dah pindah ke wad biasa. Bukan lagi duduk dalam Cubicle. Maknanya dah stabil dan imun dengan kuman yang menyebabkan jangkitan. Dah boleh datang melawat ramai-ramai. Ada ura-ura juga nak dipindahkan ke Hospital Putrajaya. Tapi masih belum dapat kepastian. Kalau di Putrajaya, dekat sikit rasanya. Jalan pun tak sesibuk jalan nak ke Kuala Lumpur.

Ada satu hari dalam minggu ni aku buang tebiat. Mulanya aku tengok peti simpanan mesej N6085. Ingat nak padam mana-mana mesej yang dah tak guna lagi. Memori asyik penuh je kan. Mesej makluman mesyuarat persatuan yang tahun bila entah pun masih ada lagi. Sengal ke tak tu? Hampir 200 mesej jugak aku padam. Akibatnya aku jadi teringat dekat orang-orang yang mesejnya dipadam tu. Maka, aku telah menghantar mesej saja-saja secara rambang. Aku letak je satu kumpulan terus pada nombor penerima. Maka anda yang dapat mesej pada malam Rabu lepas adalah anda yang diletakkan dalam kumpulan tu. Walaupun dah lama tak berhubung, tak bermaksud anda telah dilupakan. Aku perasan, bila dah habis belajar je, mesti terus putus hubungan. Kenapa? Tak baik tau tak ingat kat kawan.

No comments: